Selasa, 18 Ogos 2015

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Majlis Penasihat Ikatan Amanah tidak sama Majlis Syura Pas – Ahmad Awang

Posted: 18 Aug 2015 02:18 AM PDT

Oleh: Amiruddin Ahmad
Suara PakatanDaily.com

Bekas Naib Presiden Pas Ahmad Awang dipilih menjadi penasihat umum bagi parti Islam baru yang akan dilancarkan bulan depan.
Menurut Ahmad, walaupun jawatan penasihat umum itu dilihat menyerupai mursyidul am Pas, namun terdapat perbezaan bagi dua jawatan tersebut.
Katanya, sebagai penasihat umum, beliau tidak akan campur tangan dalam urusan eksekutif parti dan hanya fokus dalam Majlis Penasihat yang terdiri daripada pakar-pakar dalam bidang tertentu bagi memberi nasihat kepada parti Islam baru itu.
Ahmad berkata lagi, Majlis Penasihat untuk parti Islam baru itu juga akan terdiri daripada golongan ulama serta profesional.
"Kita punya Majlis Penasihat pakar ini tak macam Majlis Syura (PAS). Majlis Syura itu, dia juga dalam Majlis Syura, dia juga (orang sama) di eksekutif. Kita tidak.
"Biar betul-betul duduk dalam Majlis Penasihat dengan kepakaran yang ada dan tak campur tangan urusan eksekutif.
"Baru nanti tak timbul isu, dialah (anggota) Majlis Syura dialah presiden.
"Majlis penasihat pakar itu terdiri daripada golongan ulama dan juga mereka yang pakar dalam bidang lain seperti kemasyarakatan, ekonomi, perbankan," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Selain itu, ditanya siapakah lagi individu yang akan turut berada dalam Majlis Penasihat itu, Ahmad berkata perkara itu tidak boleh didedahkan lagi buat masa ini.
"Belum boleh isytiharkan," katanya ringkas.
Ahmad, bekas presiden 17 tahun Persatuan Ulama Malaysia (PUM), tewas mencabar Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam pemilihan parti lalu.
Parti politik berteraskan Islam yang baru itu diasaskan daripada kumpulan profesional yang kalah dalam pemilihan Pas Jun lalu melalui kumpulan Gerakan Harapan Baru (GHB).
Ia bertujuan untuk memperjuangkan usaha penubuhan gabungan pembangkang.
Pembentukan parti baru yang belum diumumkan namanya itu secara rasmi dijangka akan dibuat menjelang 31 Ogos nanti.

Lim Kit Siang optimis Pakatan Rakyat Baru wujud pada 16 September

Posted: 18 Aug 2015 02:12 AM PDT



Oleh: Amiruddin Ahmad
Suara PakatanDaily.com




Lim Kit Siang berharap satu gabungan baru pembangkang negara ini dapat sempena Hari Malaysia pada 16 September ini.


Pemimpin veteran DAP itu berkata, jika parti Islam baru dibentuk menjelang 31 Ogos nanti, pakatan baru pembangkang – yang belum ditentukan namanya – boleh ditubuhkan pada tarikh berkenaan.
"Saya harap ia akan menjadi titip penyatuan untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengambil kira faktor bangsa, agama atau wilayah demi perubahan penting politik bagi menyelamatkan negara daripada bencaa," katanya dalam ucapan di majlis forum anjuran DAP di Johor Bahru malam tadi.
Lim yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah berkata , pemimpin Gerakan Harapan Baru, Dr Dzulkefly Ahmad (gambar) pernah menyatakan parti baru Islam akan dibentuk sebelum Hari Kebangsaan Malaysia pada akhir bulan ini.
Bekas Setiausaha Agung DAP itu juga mengakui selepas tujuh tahun Pakatan Rakyat berkubur dan hanya sempat melalui satu pilihan raya umum, iaitu pada 2013.
Perkembangan itu, kata Lim, memusnahkan harapan semua rakyat Malaysia yang mempunyai harapan serta keyakinan tinggi terhadap Pakatan.
Namun di sebalik kesedihan itu, Lim berkata, 'kematian' Pakatan tidak dapat dielakkan apabila satu daripada tiga parti dalam gabungan berkenaan enggan mematuhi dasar bersama yang dipersetujui.
Malah, kata Lim, tanda masalah dalam Pakatan sudah dapat dilihat ketika pilihan raya umum ke-13 apabila Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang membenarkan ahlinya bertanding di kerusi yang sudah ada calon pembangkang.
Tindakan Abdul Hadi menyebabkan berlaku pertembung lebih daripada dua penjuru dan menguntungkan Umno.
Lim berkata sudah ada tanda-tanda masalah dalam Pakatan ketika pilihan raya 2013 umum, apabila Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang merestui calon PAS yang membawa kepada pertandingan tiga penjuru di enam kerusi Dewan Undangan Negeri yang memberi menguntung calon-calon Umno di situ.
Mengimbas kembali, Lim berkata, ia mungkin menjadi satu rahmat bahawa Pakatan gagal memenangi majoriti kerusi Parlimen pada pilihan raya umum ke-13, kerana jika majoritinya tipis, maka nasib Pakatan akan terletak di tangan presiden PAS, yang menurutnya, tidak pernah menerima Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Pakatan Rakyat untuk menjadi perdana menteri Malaysia.
Jika Hadi tetap tidak menerima Anwar sebagai perdana menteri, kata Lim lagi, maka beliau juga boleh mengalih sokongan partinya di Parlimen kepada calon pilihan Umno, dan mewujudkan krisis utama yang pertama bagi Pakatan Rakyat.
"Kita mesti belajar daripada kesilapan-kesilapan ini dalam Pakatan dan memastikan bahawa Pakatan Rakyat baru yang akan ditubuhkan dengan pembentukan parti Islam yang baru pada Hari Merdeka, akan lebih bersatu padu dalam melaksanakan perubahan politik di Malaysia," katanya.
Dalam perkembangan lain, Lim menggesa lapan menteri dan dua timbalan menteri untuk mengisytiharkan sama ada mereka telah menerima sebahagian daripada dana RM2.6 bilion yang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak diterima dalam akaun bank peribadinya untuk kempen mereka semasa PRU13.
"Sebelum mesyuarat kabinet esok, mereka perlu mengisytiharkan sama ada mereka telah menerima pembiayaan daripada RM2.6 bilion akaun peribadi Najib untuk kempen pilihan raya umum ke-13, dan jika ya, berapa banyak mereka masing-masing terima," katanya.
Lim menamakan menteri dan timbalan menteri seperti berikut:
1. Datuk Seri Hishammuddin Hussein – Menteri Pertahanan.
2. Datuk Azalina Othman – Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
3. Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah – Menteri Kewangan Kedua.
4. Datuk Seri Liow Tiong Lai – Menteri Pengangkutan.
5. Datuk Seri Anifah Aman – Menteri Luar.
6. Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob – Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah.
7. Datuk Ahmad Shabery Cheek – Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
8. Datuk Mahdzir Khalid – Menteri Pendidikan
9. Datuk Tajuddin Abdul Rahman – Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
10. Datuk Razali Ibrahim – Timbalan Menteri, Jabatan Perdana Menteri
Mengenai Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) Datuk Shahrir Samad yang mengesahkan dakwaan laman pemberi maklumat Sarawak Report bahawa beliau telah menerima RM1 juta daripada perdana menteri, Lim berkata pengesahan Shahrir itu yang merupakan satu pengiktirafan terhadap kredibiliti laporan laman web tersebut.
"Ia telah dituduh sebagai orang gila yang tidak bertanggungjawab dalam membuat tuduhan tidak berasas terhadap pemimpin Umno / Barisan Nasional, tetapi sehingga kini, tidak ada satu pun kes mana-mana Sarawak Report menghantar ditunjukkan adalah palsu atau tidak benar.
"Sekarang Shahrir mengakui menerima RM1 juta daripada akaun Najib RM2.6 bilion peribadi untuk 13 kempen pilihan raya umum, kini giliran Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Ahmad Maslan, untuk mengesahkan sama ada beliau telah menerima RM2 juta daripada Najib , "kata Lim.
Semalam, portal BNBBC memetik Shahrir sebagai berkata bahawa menerima dana daripada presiden parti itu adalah perkara biasa.

#Kita Lawan teruskan mobilisasi Bersih 4.0, jumpa di Dataran Merdeka

Posted: 18 Aug 2015 02:04 AM PDT


KENYATAAN MEDIA: Anak muda #KitaLawan menyambut baik maklum balas daripada pihak polis yang mula mengeluarkan kenyataan bercanggah atau mula meminta rakyat untuk menjauhi Dataran Merdeka menjelang Himpunan BERSIH 4.0.
Ini seolah-olah risikan polis menunjukkan rakyat akan turun beramai-ramai ke Kuala Lumpur pada 29 Ogos dan 30 Ogos 2015 dan rakyat perlu ditakutkan untuk tidak bersama.
Bagi pihak anak muda #KitaLawan, kami akan meneruskan usaha mengajak lebih ramai lagi rakyat untuk bersama-sama ke Dataran Merdeka pada Himpunan BERSIH 4.0.
Rakyat perlu berani tampil ke hadapan bagi meraikan dan mempertahankan hak kita semua untuk berhimpun secara aman.
Setakat ini ceramah pentas #KitaLawan ke seluruh negara mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Sebanyak 6 buah negeri telah dijelajahi dan respon daripada rakyat tempatan jelas menunjukkan kesediaan mereka untuk turun beramai-ramai bagi menyertai Himpunan Bersih 4.0. Hujung minggu ini Jelajah ceramah #KitaLawan akan berakhir di Johor dengan ceramah di Jalan Bilal, Kampung Melayu Pandan (Pasir Gudang) dan Jalan Badik 17, Taman Puteri Wangsa (Tebrau).
Tumpuan mobilisasi oleh anak muda #KitaLawan seterusnya akan tertumpu ke Selangor dan Kuala Lumpur. Kami akan bergerak dari satu daerah ke satu daerah terutamanya di kawasan-kawasan tumpuan awam bagi memberikan penerangan ringkas dan mengedarkan risalah.
Bermula malam ini, kumpulan anak muda #KitaLawan dengan berbaju kuning akan mengunjungi bandar Selayang dan mengadakan aksi di Country Home FoodCourt, Pasar Malam Kampung Dato Lee Kim Sai dan Bandar Baru Selayang.
Anak muda #KitaLawan akan terus menyemarakkan lagi semangat rakyat untuk menyertai Himpunan BERSIH 4.0. Kami berazam untuk terus melawan kezaliman dan penindasan.
Walau berdepan ugutan dan penindasan, rakyat berhak bersuara memperjuangkan kebenaran dan keadilan.
Sekretariat #KitaLawanNajib

Skandal pentadbiran Najib: Peguam Negara baru terus membatu?

Posted: 17 Aug 2015 10:44 PM PDT




KENYATAAN MEDIA: Di dalam sidang media khas yang diadakan pada minggu lalu, Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz menyatakan bahawa Bank Negara sudah selesai menjalankan penyiasatan terhadap segala urusan transaksi perbankan yang berkait dengan 1MDB dan kertas siasatan yang menyatakan butir-butir terperinci penyiasatan yang dijalankan telah dihantar kepada Peguam Negara. Tan Sri Dr Zeti juga menyebut bahawa kandungan kertas siasatan tersebut turut mengandungi beberapa rekomendasi dari Bank negara untuk tindakan selanjutnya oleh Peguam Negara.
2. Meskipun Tan Sri Dr Zeti dan Bank Negara tidak menjelaskan secara terpeinci skop penyiasatan, penemuan atau hasil dari penyiasatan yang dijalankan Bank Negara, namun jika kita mengikuti perkembangan dari maklumat dan fakta-fakta yang telah sedia ada di domain awam, saya percaya salah satu perkara yang disiasat Bank Negara ialah transaksi penyaluran wang sebanyak RM42 juta dari akaun syarikat SRC International ke akaun peribadi milik Perdana Menteri. Saya juga tidak terkejut sekiranya penemuan dari penyiasatan yang dijalankan berjaya menunjukkan berlakunya unsur-unsur penyelewengan dan kesalahan jenayah di bawah mana-mana peruntukan undang-undang.
3. Oleh yang demikian, saya juga percaya rekomendasi yang dimaksudkan oleh Tan Sri Dr Zeti ialah supaya Peguam Negara menjalankan pendakwaan ke atas mereka yang terlibat melakukan atau bersubahat di dalam kesalahan-kesalahan jenayah sebagaimana hasil penyiasatan yang dijalankan oleh Bank Negara.
4. Amat menghairankan setelah beberapa hari Tan Sri Dr Zeti tampil menjelaskan perkembangan penyiasatan yang dijalankan Bank Negara, Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali masih berdiam diri tanpa memberikan sebarang respon rasmi terhadap kenyataan Tan Sri Dr Zeti tersebut. Apakah Peguam Negara masih tidak menyedari bahawa skandal 1MDB ini dan kes-kes yang berkaitan dengannya telah mencetuskan satu krisis keyakinan yang terbesar di dalam sejarah Malaysia hingga memberi kesan negatif kepada ekonomi dan kehidupan rakyat?
5. Sikap berdiam diri Peguam Negara ini menimbulkan persoalan adakah Peguam Negara berada di dalam dilema kerana berkemungkinan hasil penyiasatan Bank Negara ini telah menyeret sama individu-individu berjawatan besar, lantas 'skrip' yang sesuai sedang dirangka bagi memberi justifikasi kepada apa jua keputusan yang bakal diambil Peguam Negara yang berkuasa penuh dalam hal ehwal pendakwaan jenayah sebagaimana peruntukan Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan? Atau adakah Peguam Negara masih 'ragu-ragu' dengan status keesahan (validity) pelantikan beliau sebagai Peguam Negara hingga menyukarkan beliau untuk membuat keputusan besar berkaitan kes ini?
6. Bagi saya, Peguam Negara bertanggungjawab kepada rakyat Malaysia untuk segera bertindak di atas hasil penyiasatan skandal 1MDB yang telah dijalankan oleh Bank Negara dan agensi-agensi penguatkuasa yang lain. Sebarang tindakan 'cover-up' atau strategi mengalih tumpuan kepada isu-isu lain seperti isu garis panduan sumbangan politik atau cerita sensasi kononnya wujud gerakan menggulingkan kerajaan yang sedang dihebaoh-hebohkan oleh pemimpin UMNO dan media milik mereka tidak akan membantu untuk menyelamatkan ekonomi negara atau memulihkan keyakinan rakyat terhadap institusi-institusi penting negara.
7. Tindakan segera Peguam Negara ini amat dinantikan oleh kita semua apatah lagi selepas kita dikejutkan dengan pengakuan yangi dibuat oleh Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional, Datuk Abdul Rahman Dahlan di dalam wawancara beliau dengan akhbar The Star Online yang disiarkan lewat tengah malam semalam. Di dalam wawancara tersebut, Rahman Dahlan memberi gambaran seolah-olah tindakan Perdana Menteri memberhentikan perkhidmatan bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail untuk digantikan dengan Peguam Negara yang baru adalah berpunca dari usaha untuk mendakwa Perdana Menteri di mahkamah. Ianya bermaka pemecatan Gani Patail adalah satu langkah yang diambil Perdana Menteri untuk menghalang sebarang pendakwaan di jalankan ke atas Perdana Menteri. Ini adalah satu pengakuan terbuka yang sangat mengejutkan yang membuktikan bahawa perdana Menteri telah menyalahgunakan kuasanya untuk menyekat insitusi pelaksana hukum di negara ini dari melaksanakan tugas dengan adil dan amanah.
8. Saya percaya kenyataan Rahman Dahlan tersebut tidak akan berlalu begitu sahaja bahkan akan membangkitkan lagi kemarahan rakyat. Namun, bola sekarang di kaki Peguam Negara untuk melakukan tindakan yang tepat dan benar tanpa tunduk pada arahan sesiapa.

40 peratus perniagaan masih belum dapat rebat GST

Posted: 17 Aug 2015 10:42 PM PDT

Walaupun lebih 60 peratus syarikat yang telah memohon untuk mendapat kembali 'GST input tax' ataupun rebat Cukai Barangan dan Perkhidmatan berjaya mendapat kembali rebat tersebut, namun terdapat hampir 40 peratus yang belum lagi mendapat rebat itu.
Ini disebabkan oleh kesilapan dalam borang permohonan mereka, kata Jabatan Kastam seperti yang dilaporkan dalam sebuah akhbar harian tempatan Bahasa Inggeris bertarikh 8 Ogos lalu.
Hal itu menunjukkan walaupun Jabatan Kastam berhasrat untuk memulangkan rebat dalam masa 14 hari, kesilapan yang terdapat dalam borang permohonan syarikat-syarikat tersebut telah menggagalkan usaha mereka. Justeru, syarikat-syarikat terbabit mengalami masalah aliran tunai.
Selain dari itu, masalah nilai kejatuhan mata wang ringgit juga menyusahkan ramai usahawan terutamanya pengilang apabila mereka perlu membeli bahan mentah dengan harga yang lebih tinggi.
Namun demikian, Presiden MCA, Liow Tiong Lai telah berkata bahawa kerajaan akan cuba membantu ahli usahawan yang sedang mengalami masalah demikian.
Tetapi soalan yang perlu dibangkit ialah bagaimanakah kerajaan boleh membantu ahli usahawan itu? Soalan ini perlu ditanya sebab rezab antarabangsa Bank Negara Malaysia sudah berada pada paras kurang daripada AS$100 bilion (AS$96.7 bilion) dan ini bererti negara kita sudah tidak mampu menampung kelemahan matawang ringgit.
Adakah Perdana Menteri Najib Tun Razak sedar betapa rumitnya masalah ekonomi yang sedang melanda negara kita sekarang?

Tiada ulasan: