Sabtu, 1 Ogos 2015

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Pendirian PAS Kuala Terengganu

Posted: 01 Aug 2015 07:55 PM PDT

Pendirian PAS Kuala Terengganu Terhadap YBM Raja Dato' Kamarul Bahrin Shah, AP Kuala Terengganu


Assalamualaikum Wrt Wbt
IMG-20150801-WA0080Kepada Semua Ahli PAS Kawasan Kuala Terengganu
Tuan/puan,
PENDIRIAN PAS KAWASAN KUALA TERENGGANU TERHADAP YBM RAJA DATO' KAMARUL BAHRIN SHAH (AHLI PARLIMEN KUALA TERENGGANU)
Sebagaimana yang dimaklumi bahawa YBM Raja Dato' Kamarul Bahrin Shah (Ahli Parlimen Kuala Terengganu) telah diisytiharkan secara rasmi sebagai Pengerusi Gerakan Harapan Baru (GHB) negeri Terengganu sepertimana yang telah diumumkan dalam himpunan GHB pada 31.7.2015 di Jerteh Besut dan beliau telah memperakui menerimanya.
IMG-20150801-WA0079Sehubungan dengan itu PAS Kawasan Kuala Terengganu yang bermesyuarat pada 1.8.2015 berpegang kepada perkeliling isu GHB yang dikeluarkan oleh PAS Pusat bertarikh 29.7.2015 rujukan : PAS/PA/2.01/15-17(8) antaranya tidak lagi mengabungkan diri, bekerjasama, memberi apa-apa jua bantuan atau kemudahan kepada YBM Ahli Parlimen Kuala Terengganu.
Kerjasama dan perhatian dalam mematuhi arahan ini amatlah diharapkan.
Sekian, terima kasih
Yang Menjalankan Amanah,
MOHD SOUD @ SAID @ MAT ALI
Setiusaha PAS Kawasan KT

JANGAN MENGHIDUPKAN SEMULA BUDAYA TAKFIRI YANG TELAH BERJAYA DIKIKIS OLEH ALMARHUM USTAZ FADZIL

Posted: 01 Aug 2015 07:50 PM PDT



Ihsan : Al Hussen



BismillahirRahmanirRahim  

Saya menerima satu artikel yang disebarkan dalam alam maya yang berjudul "TEGAS TANGANI ANASIR DALAM JAMAAH" ditulis oleh Izwan Abdul Halim (Exco Pemuda Pas Malaysia).

 Saya amat terkejut apabila membaca artikel yang menyimpulkan hukuman bunuh terhadap "kumpulan yang datang bawa mari Parti Islam dasar Islam juga" yang dinisbahkan kalam tersebut kepada seorang tokoh agama di negeri Kedah.

 Saya MENGANGAP bahawa kenyataan ini amat bahaya, bahkan memasarkan kembali pemikiran takfiri di kalangan masyarakat.

 Di sini saya turunkan petikan tersebut beserta ulasan secara point dari kenyataan tersebut. " Nabi suruh bunuh kumpulan yang datang bawa mari Parti Islam dasar Islam juga, dia mari ajak kita sokong, maka kumpulan baru itu untuk memecah belah, akan hilangkan kekuatan jamaah, nabi suruh bunuh, jangan taruh".

 "Kalau ada kuasa bunuh, tak ada kuasa kita halang jangan biar dia merebak, ini hadith sohih Muslim, saya bacakan depan pimpinan tu, tapi orang yang tak percaya Hadis dan Quran payah kira, orang ni tak sah untuk lantik sebagai pimpinan" tegasnya menyandarkan ketegasan hukum berdalilkan ayat 105 surah an Nisa.9 Dari petikan tersebut ini komen saya:

 1. Budaya mudah menghukum dengan hanya bersandarkan kepada 'teks' hadis yang difahami oleh pemberi kenyataan amat berbahaya, kenyataan ini secara umum (sebagaimana yang saya selami) merujuk kepada hadis yang berkaitan dengan jamaah, lalu perkataan jamaah itu disandarkan kepada satu pihak sahaja, sedangkan di kalangan para ulama hadis menafsirkan jamaah itu kepada beberapa makna, antaranya :

 a. Sawadul a'zam (pandangan majoriti yang dipegang oleh Muslimin) b. Imam mujtahid dan fuqaha c. Sahabat Nabi d. Kesatuan ummat Islam e. Kesatuan ummat Islam yang dipimpin oleh pemimpin agung.

 Semua takrifan tersebut, tidak DIRUJUK kepada mana2 jamaah, bahkan kebanyakan syurrah (para pensyarah Hadith) menilai al Jamaah itu dirujuk kepada ummat Islam yang bernaung di bawah pimpinan seorang khalifah.

Bermudahan dalam menafsirkan istilah jamaah ini akan menatijahkan kecelaruan dalam berhukum sehingga akan menyebabkan tuduhan kufur, murtad, berdosa dan mati jahiliah akan berleluasa di kalangan ummat ini.

 2. Ketegasan hukum ini kononnya disandarkan kepada ayat 105 surah an Nisa. Ayat 105 surah an Nisa adalah: " Sesungguhnya Kami telah menurunkan kitab (Al Quran) kepadamu (Muhammad) membawa kebenaran, agar engkau mengadili antara manusia dengan apa yang telah diajarkan Allah kepadamu dan janganlah engkau menjadi penentang (orang yang tidak bersalah) kerana (membela) orang yang berkhianat".

 Setelah anda meneliti ayat di atas, dimanakah yang boleh dinyatakan "ketegasan hukuman" yang dimaksudkan sehingga membolehkan membunuh orang yang "mari dengan parti Islam baru". Ayat al Quran bukan boleh dipasangkan mengikut suka hati sahaja.

 Saya membelik dua tafsir (Mukhtasar Tafsir Ibnu Kathir dan Al Muyassar fi Tafsiril Quran), saya tak temui maksud ketegasan hukum tersebut. Sekali lagi kesucian ayat Al Quran yang seharusnya membawa rahmat kepada manusia sejagat dinukilkan dengan secara yang 'amat2 salah' sehingga menghalalkan darah manusia yang amat suci dalam agama ini.

 Kepada Saudara Izwan dan yang sewaktu dengannya ! Berhatilah2 dalam menukilkan dalil sehingga agama yang rahmat ini tidak disalahertikan.

Ridzwan bin Abu Bakar 
9 30 Julai 2015 / 15 Syawal 1436 H 
Perlembahan Ilmu, Derang

Artikel yang dimaksudkan itu ialah sebagaimana berikut :

TEGAS TANGANI ANASIR DALAM JAMAAH


 Oleh IZWAN ABDUL HALIM

izwan@harakah.net.my
ALOR SETAR: Tokoh ulama PAS Negeri Kedah, Tuan Guru Abdul Wahab Hassan melontarkan peringatan bermakna untuk direnungi seluruh anggota Harakah Islamiyah PAS berhubung pendirian dan tindakan terhadap situasi dalaman yang sedang melanda jamaah masa ini.
Menurutnya, terdapat empat kewajipan utama pemimpin dengan perkara pertama adalah 'tanfizu syariah' iaitulah meluluskan syariah sekadar boleh dan termampu, di mana hasrat itu tidak ada pada parti Islam baharu yang disebut-sebut akan ditubuhkan.
Kedua ujarnya, 'nasyru dakwah' iaitulah mengibarkan dakwah seluas-luasnya dan ketiga adalah 'al qada u ala tawaghit' yakni segera menyelesaikan segala bentuk penyelewengan terutama di dalam jamaah.
 "Saya tengok terlalu lewat bertindak dari pimpinan. Semua yang ternyata bawa cela (kerosakan) tak patut lekat (berada) dah, bagi saya jangan taruh (simpan) dah. Puak ni taruh jadi bahaya, jadi duri dalam daging," tegas beliau yang dikenali dengan julukan Tuan Guru Awang Lanai.
Manakala keempat katanya, 'idadu jaish 'ila ikalimatillah' iaitulah menyediakan sebanyak mungkin tentera atau kumpulan tenaga kerja untuk meninggikan kalimah Allah.
Beliau turut memetik takrif kepimpinan oleh Imam Al-Mawardi RA dari kitab Ahkamu Sultaniah yang bermaksud "Kepimpinan diasaskan sebagai pengganti Nabi-nabi meneruskan sistem pemerintahan dalam menjaga agama dan urus tadbir dunia dengan hukum hakamnya dan pegangan mereka di tengah-tengah ummah adalah wajib disepakati".
Perkara itu terangnya, telah tercatat sejak tahun 450 Hijrah lagi, malangnya ulama-ulama di dalam Umno membutakan mata dan membisu terhadap perkara itu kerana menjaga periuk nasi dan kepentingan peribadi.
"Ini sebab depa (mereka) belajar (agama) mula tujuan macam tu dah. Sebab tu saya pesan kepada pelajar kita yang pergi mengaji luar negeri, jangan niat pergi belajar tu untuk nak cari makan gaji, nampak kuasa dan sebagainya.
"Siapa yang niat tujuan dia belajar (agama) macam tu, Allah akan turunkan dia tiga bala. Yang pertamanya dibalakan dengan jawatan. Kedua Allah letakkan dia dipinggir negeri di tempat tidak ada orang boleh kira berbicara.
"Bala ketiga Allah Taala matikan ketika umurnya muda lagi, tak sampai had pencen akan mati awal. Jadi yang belajar kerana tujuan tu, tengok dalam kitab Ihya' Ulumuddin Imam Ghazali sebut nasihat ni kepada pelajar-pelajar.
"Jadi, pergi luar negeri kena niat elok nawaitu. Ingat niat nampak habuan besar, balik rupanya jumpa tiga bala ni," ujar Mudir Pondok Tahzibun Nufus Lanai, Parit Panjang. Kerana itulah katanya, pemilihan pemimpin dalam Islam, apatah lagi Jamaah Islam, mestilah mereka yang ahli agama dan sekiranya tidak, bermakna parti atau kumpulan tersebut hanya ada Islam pada nama semata-mata.
Malah menurutnya, sebagaimana pemimpin itu adalah pengganti Nabi menjaga agama dan politik dunia, maka perlantikan pemimpin di kalangan umat juga wajib dengan ijmak ulama. Beliau yang berpengalaman hampir 30 tahun sebagai Yang DiPertua PAS Kawasan Baling turut menggesa pimpinan agar segera bertindak terhadap semua anasir di dalam jamaah dan akuinya pernah menyampaikan perkara tersebut kepada pimpinan.
"Jangan bela, jangan beri layanan langsung kepada puak-puak baru timbul ini sama ada PasMa, G18, kena pisah hapus jangan bagi sempat tumbuh.
"Dalam hadis riwayat Muslim ada kata, "Barangsiapa yang datang kepada kalian sedang urusan kalian berada di tangan seorang lelaki (pemimpin), lalu dia hendak memecah belah ikatan kesatuan dan mencerai beraikan jamaah kalian, maka bunuhlah dia".
"Nabi suruh bunuh kumpulan yang datang bawa mari Parti Islam dasar Islam juga. Dia mari ajak kita sokong, maka kumpulan baru itu untuk memecah belah, akan hilangkan kekuatan jamaah, Nabi suruh bunuh, jangan taruh.
"Kalau ada kuasa bunuh, tak ada kuasa kita halang jangan biar dia merebak. Ini hadis sahih Muslim, saya bacakan depan pimpinan tu. Tapi orang tak percaya hadis dan Quran payah kira. Orang ni tak sah untuk lantik pimpinan," tegasnya menyandarkan ketegasan hukum berdalilkan ayat 105 surah an-Nisa'.
Katanya, Gerakan Harapan Baru (GHB) dalam pemerhatiannya mengambil pandangan mereka daripada golongan bukan Islam terutama DAP berdasarkan sikap berdiam diri anggota GHB tatkala DAP menyerang pimpinan PAS, di mana diam itu adalah tanda setuju.
Sedangkan katanya, serangan DAP itu adalah kepada para alim ulama dan dasar Islam yang diperjuangkan PAS.
Beliau menggesa agar golongan seperti itu jangan dibawa masuk ke premis dan entiti jamaah serta dijauhi.
Membaca petikan kitab, Tuan Guru menyebut, mendepani gerak kerja jamaah adalah wajib atas setiap Muslim dan mengerjakannya dan melunasinya adalah tanggung jawab yang dituntut serta dipertanggung jawabkan di hadapan Allah.
"Akan ditanya kamu kerja tak untuk kuatkan jamaah Islam. Tuhan akan tanya kamu buat tak kerja ni? Tahap mana kamu kerja? Itu saja akan ditanya. Kita hidup atas muka bumi kuatkan tak jamaah Islam?
"Ini kadang-kadang tak ambil tahu langsung masalah jamaah Islam nak hidup atau mati, senyap saja. Nabi kata, "Setiap amalan dicatat dan dipegang dengannya pertanggung jawaban atas mereka".
"Kerana inilah Islam seru kita untuk tempatkan diri dalam jamaah dan tegah untuk pencilkan diri ketika adanya jamaah. Kalau tak ada, wajib kita bantu tubuhkan jamaah. Jelas kena ada jamaah sehingga kalau pemimpin menyeleweng sekalipun, zalim sekalipun tetap kena duduk dalam jamaah," terang beliau.
Tuan Guru turut membacakan hadis Nabi di mana menegaskan sesiapa keluar dari jamaah yang telah terpimpin maka boleh dipenggal lehernya kecuali ia kembali kepada jamaah dengan menegaskan bahawa hadis itu kuat kerana terdapat dalam Musnad Imam Ibnu Hambal, Sunan Tarmizi dan Sahih Muslim.
Jelasnya, terjadinya perkara-perkara sedemikian adalah disebabkan berjuang dengan tidak berpandu al-Quran dan hadis serta berjuang mementingkan jawatan dan kebendaan, bukan menuju akhirat.SUMBER
CATATAN :
Entah kenapa sumber asal artikel tersebut  ( http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/36677-tegas-tangani-anasir-dalam-jamaah) kini tidak dapat di akses.

PATUT LA RAMAI DI MELAKA...INI HABUAN TIPU MELAYU

Posted: 01 Aug 2015 07:28 PM PDT

Wow..honda city..30 bijik motosikal..iphone..dn byk lg....pasti ramai...pssttt..ada jkkk dpt sampai 10keping cabutan bertuah...kalau x bertuah..x tau ler...sampai kad cabutan bertuah pun nk kelepet...kakakaka....

Khairul Fauzi Hj Muhammud's photo.
Khairul Fauzi Hj Muhammud's photo.
Sukur la Msia masih aman..
Makan dapat..duit raya dapat.. kereta pn dpt..
Punya la takut..orang tak ramai..

Awang Selamat nasihat Ahmad Maslan jadi pemimpin bijak

Posted: 01 Aug 2015 07:04 PM PDT

http://wrlr.blogspot.com/2015/04/mat-maslan-buat-bodo-lagi-setelah.html

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ahmad Maslan perlu lebih berhati-hati sebelum bercakap dengan mengambil kira implikasinya kepada kerajaan dan masyarakat awam. – Gambar fail The Malaysian Insider, 2 Ogos, 2015.Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ahmad Maslan perlu lebih berhati-hati sebelum bercakap dengan mengambil kira implikasinya kepada kerajaan dan masyarakat awam. – Gambar fail The Malaysian Insider, 2 Ogos, 2015.
Akhbar Utusan Malaysia hari ini menasihati Datuk Ahmad Maslan supaya menjadi pemimpin yang bijak susulan pelantikan beliau sebagai timbalan menteri perdagangan antarabangsa dan industri yang berkuat kuasa Rabu lalu.
Melalui ruangan pojok Awang Selamat, akhbar edisi mingguan milik Umno itu menyarankan Ahmad menggunakan peluang kedua yang diberi untuk memperbaiki kelemahan dirinya yang sering mengeluarkan kata-kata kontroversi tanpa mengendahkan kesan terhadap kerajaan dan masyarakat.
"Harap-harap Ahmad akan ambil iktibar pengalaman sebelum ini yang kerap mencetuskan kontroversi melalui kenyataannya."Beliau perlu lebih berhati-hati sebelum bercakap dengan mengambil kira implikasi kepada kerajaan dan masyarakat awam," katanya.
Kata Awang, walaupun Ahmad disifatkan sebagai seorang yang berdedikasi, rajin dan komited dalam menjalankan tugasnya, namun apa yang rakyat perlukan adalah pemimpin yang bijak dan kemas dalam mengurus persepsi.
"Kerja kuat sahaja tidak memadai. Lebih-lebih lagi pada era yang mencabar ini.
"Ini zaman yang menuntut pemimpin bijak dan kemas dalam mengurus persepsi. Lagipun, pemimpin bukan sahaja dinilai dengan kata-kata, yang lebih penting tindakan dan hasilnya," katanya.
Ahmad sebelum ini kerap dikritik kerana mengeluarkan kenyataan yang dianggap kurang bijak dan mengundang kontroversi terutamanya apabila menerangkan mengenai cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dalam kapasitinya sebagai timbalan menteri kewangan.
Selasa lalu, dalam satu rombakan Kabinet, Najib mengumumkan pelantikan Ahmad, yang juga ahli Parlimen Pontian yang kini dalam penggal keduanya, sebagai timbalan menteri di kementerian yang baru pula. – 2 Ogos, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/awang-selamat-nasihat-ahmad-maslan-jadi-pemimpin-bijak#sthash.vohnLqFp.dpuf

SENARAI OKT DEMO PETANG TADI

Posted: 01 Aug 2015 04:40 AM PDT



List yg kena tangkap

Azira Aziz 861013565954
Marwan 951115106133
Md Ashraff 920229086693
Ahmad Nazrin 900810086859
Sidiqin Omar 821001 01 6505
Jay Jay Denis 930505106099
Merico 850920146135
Mohammad afiq arif 900831085169
Muslim aqil 940102_14_5041
Mohamad Khomaimei bin mansor 871208065545
Amir hadiri bin Abd Hadi 910620146637
Tan Kar Hing 820504145443
Afzainizam b. Abdul Rahman-810301-14-5567
Chang Lih Kang 801023-08-5781
Nashita Md Noor 660212025570
Asiah bad Latif anak kepada Nashita, 14 tahun
Valerian Mohan Das a/p Chandra Mohan, 850203146028
Rozan Azen Mat Rasip 771208-14-5061
Er Teck Hwa 721217015001
Annie ooi Siew lan 460124025320
Sylvester Lenin de Silva 601121016265
Noor rashid bin Amirdin 861130305107
Fong mei li 641104075622
Saw Hock Hin 500526075367
— with Mandeep Singh.

LAGI GAMBAR PETANG TADI-IHSAN Muntazhar Muhammad

Posted: 01 Aug 2015 04:13 AM PDT

GAMBAR GAMBAR HIMPUNAN SEBENTAR TADI

Posted: 01 Aug 2015 01:49 AM PDT

GAMBAR-GAMBAR CERAMAH GHB DI BESUT SEMALAM

Posted: 01 Aug 2015 12:17 AM PDT


 Info terkini...PAS Cawangan Bkt Permai DUN Teratai dlm Parlimen Pandan dibubarkan semalam. Ketua Cawangan dan semua AJK isytihar keluar parti masuk GHB.
Program GHB di Besut, Tganu SEMALAM. Tok ada kat celah2 tu sibuk buat rakaman utk nk tunjuk kat guru tok agar puak2 jebon ni dipecat segera, kalau guru tok berani lah. Saksi ada lebih dua org ni....

Kenapa PAS perlu nak marah Harapan Baru? – Tanaka Mustafa

Posted: 31 Jul 2015 11:13 PM PDT


KELAB SS


 PRESIDEN PAS SENDIRI PERNAH MENYURUH MEREKA YANG TIDAK BERSETUJU DENGANNYA TUBUH PARTI BAHARU









Greenboc


Gerakan Harapan Baru (GHB) yang diumum baru-baru ini membuatkan mereka menjadi sasaran tembakan peluru PAS. Pimpinan PAS menyerang mereka bertubi-tubi samada dalam ceramah, mahupun blog dan media sosial.

Dalam banyak-banyak serangan, saya simpulkan peluru yang digunakan adalah berupa serangan psikologi dengan menggelar GHB ini sebagai kumpulan orang kecewa kalah pemilihan.

Serangan psikologi ini diasak dan disalut dengan dalil yang sedap didengar, tajam menikam, panas berapi - membuatkan ahli dari ceruk kampung tidak akan mendekati kumpulan ini. 








Apa sebenarnya yang pimpinan PAS mahu? Sebenarnya tidak perlu sindir, tidak perlu serang. Biarlah GHB tubuh parti baru. Tidak perlu pecat, mereka akan gugur keahlian dengan sendiri jika menubuhkan parti baharu.

Sepatutnya pimpinan PAS bersyukur kerana orang yang mereka singkir itu benar-benar hilang daripada PAS. Lega bukan? Tapi sebaliknya, pemimpin PAS terjerit-jerit serang psikologi seolah-olah tak mahu mereka keluar daripada PAS.

Apakah PAS mahu mereka terus berada dalam parti supaya psikologi mereka boleh didera secara halus? Jika tidak suka, biarkan mereka. PAS patut buat kenduri macam Ibrahim Ali. Syukur kerana jebon-jebon dah lari.

Perlu diingat, kamu gunakan serangan psikologi "orang kecewa kalah pemilihan". Walhal saya beranggapan mereka bukanlah memilih GHB kerana tewas pemilihan. Tetapi mereka tidak boleh terima cara pemilihan yang dilakukan.

Pemilihan itu bukan sekadar hari Muktamar. Semua orang tahu, berbulan-bulan sebelum Muktamar, mereka digelar sebagai jebon, munafik haraki, macai-DAP, geng liberal dan sebagainya. Mereka dicaci, disindir, diherdik sesuaka hati. Malah siap berdalil aqli dan naqli. Bukan itu saja, mereka diasak dengan persepsi untuk menjatuhkan presiden.

Hasil cacian dan makian itu meresap masuk ke dalam minda perwakilan dan akhirnya diterjemah melalui pemilihan. Malah pencalonan Ustaz Ahmad Awang memberi bonus kepada kempen "menghapuskan orang yang mahu jatuhkan presiden".

Siapa tidak terasa. Kamu beri contoh Ustaz Hassan Syukri yang tewas tapi tetap istiqamah dengan PAS. Adakah Ustaz Hassan dimaki dan dicaci sebagai jebon dan munafik haraki sebelum pemilihan? Tunjukkan siapa yang terus istiqamah selepas dilabel begitu?

Ustaz Nasharudin Mat Isa pun terbarai akibat serangan "UG UG UG" dan serangan "agen Umno" yang menyaksikan beliau tewas kepada Mat Sabu. Ke mana Ustaz Nasharudin selepas itu? Hilang daripada peta politik PAS. Kecewa dan membawa diri, bukan kerana kalah semata, tetapi kalah kerana hati terluka akibat dicaci maki. Itu sebab dia seorang. Kalau dia seramai 20 orang, dah lama dia gerakkan G20 versi dia sendiri.

Pemimpin PAS perlu muhasabah, kenapa mereka mahu menyerang GHB. Saya terbaca tulisan Dr Zuhdi yang penuh fakta dan kaji selidik, berdalil bagai. Tetapi saya tidak nampak semua hujah itu terkena kepada kumpulan GHB itu. Sekadar andaian dan tuduhan tidak berasas.

Ya, orang kampung, pembaca harakah cetak, para penyokong bawahan yang kurang maklumat, pasti bersertuju dan hadam habis tulisan Dr Zuhdi itu. Tapi orang yang keluar daripada momokan dan doktrin halus, mereka tidak akan menerima dakyah sedemikian. Jika tidak suka dengan GHB sekalipun, bukanlah tulisan Dr Zuhdi itu hujahnya.

Saya antara orang yang tidak bersetuju penubuhan GHB. Tetapi saya tidak menolak penubuhannya kerana mereka yang mahu menubuh GHB lebih tahu apa yang mereka perlu buat. Mereka merasai keperitannya dihalau secara clean sweep.

Berbalik kepada serangan psikologi pemimpin PAS, saya rasa lebih baik PAS diam sahaja dan biarkan mereka bergerak mengikut haluan mereka. PAS sudah halau mereka, maka usah sedih dengan kehilangan mereka. Tidak perlu serang mereka dengan label pengkhianat, jebon dan munafik haraki lagi.

Semua itu hanya akan mendatangkan simpati kepada mereka dan backfire kepada PAS. Bukankah PAS yakin dengan kekuatan sendiri dan sudah bersih daripada unsur-unsur jebon yang mahu jatuhkan presiden? Mereka tidak akan mampu tarik ahli PAS yang setia. Yang tidak setia kepada PAS, buka jalan keluar kepada mereka, usah ditangisi, usah dirindui. PAS akan bersih. Buat kerjalah dengan senang hati. Biarkan mereka, usah meroyan pula.



Jawapan Kepada Soalan Yang Ditanya Berhubung Harapan Baru

Saya telah menerima beberapa soalan berhubung Harapan Baru dan kesannya terhadap hala tuju politik Negara. Saya telah berjanji untuk menjawabnya melalui blog saya kerana saya berpendapat bahawa ianya turut bermanafaat kepada masyarakat ramai selain yang bertanya.

Soalan 1
"Bagaimana pembahagian kerusi pada PRU 14 akan datang dan seterusnya? Jika berlaku pertembungan 3 penjuru (PAS, UMNO dan parti baharu) siapa akan menang?


Pembahagian kerusi akan bergantung kepada suasana sebelum PRU 14. Terdapat 3 kemungkinan.

Pertama, PAS bersama PR 2.0. Dalam keadaan ini pembahagian kerusi boleh dirunding kembali. Mungkin PAS di Pantai Timur dan Harapan Baru (HB) di pantai barat? Perlu tunggu dan lihat. Adakah mungkin PAS kembali berdamai dengan DAP dan Harapan Baru?

Kedua, PAS bersendirian dan HB bersama PR 2.0. Ini akan menghasilkan 3 kemungkinan lagi.

Kemungkinan 2(a): Diadakan persefahaman politik antara PAS dan PR 2.0 dan dengan itu maka kembali kepada keadaan seperti kemungkinan pertama.

Kemungkinan 2(b): PAS bersendirian, tiada persefahaman politik dengan mana-mana pihak. Maka berlaku tiga penjuru seperti yang diinginkan oleh PJ PAS Perak apabila disebut PAS Perak akan bertanding kesemua 59 kerusi DUN Perak. Maka rakyat perlu pilih antara BN, PR 2.0 atau PAS.

Kemungkinan 2(c): PAS mengadakan persefahaman politik dengan BN dan dalam keadaan itu rakyat perlu pilih di antara BN/PAS dan PR2.0.

Ketiga, PAS bersama BN. Maka keadaan kemungkinan 2(c) seperti di atas akan kembali merupakan pilihan.

Sekiranya berlaku 3 penjuru, maka rakyat kena bijak apabila memilih antara calon parti yang ingin menang dan membentuk kerajaan menggantikan BN dan calon yang bertanding "hanya demi keredhaan Allah, kalah pun tidak mengapa". Maka yang bertanding demi keredhaan Allah, kalah pun tidak mengapa; insyaAllah tercapai matlamat mereka dengan hanya sekadar bertanding. Oleh itu, tidak perlu undi mereka dan undi pihak yang ingin menang dan menggantikan kerajaan BN. Maka dengan itu kedua-dua pihak, iaitu PAS dan HB mencapai matlamat mereka masing-masing. Satu sekadar ingin bertanding demi keredhaan Allah dan satu lagi pihak bertanding untuk menang demi keredhaan Allah.

Siapa akan menang? Bergantung pada kefahman rakyat dan betapa kuatnya keinginan rakyat untuk menggantikan BN. Kalau keinginannya kuat, mengatasi segala yang lain, maka PR 2.0 akan dimenangkan. Lebih-lebih lagi apabila disedari bahawa jika dimenangkan PAS sekalipun, terdapat kemungkinan PAS akan bersama BN untuk tubuh kerajaan seperti pernah dicadangkan pada 2008 dan semasa krisis MB Selangor.

Soalan 2:
"Apakah probabiliti yang tidak akan wujud parti baharu lain jika sekiranya wujud serpihan yang tidak puas hati pula dengan performance parti baharu A pada pilihanraya seterusnya?"
Kemungkinan itu akan sentiasa wujud. Terpulang pada pihak yang terlibat. 'Serpihan B' dari PAS pun boleh berlaku bukan sekadar serpihan dari parti baharu A. Namun akhirnya terpulang pada rakyat samada untuk menyokong atau tidak.

Kalau sekiranya parti 'serpihan B' dapat sokongan mengatasi parti 'serpihan A' dan PAS, dan selepas itu mereka memberi khidmat yang baik; maka satu hari kelak mungkin juga 'serpihan A' atau PAS sendiri akan bungkus. Tiada yang kekal kecuali Allah.

Namun kebiasaannya parti serpihan tidak akan menerima sokongan kecuali terdapat sebab dan alasan kukuh di atas penubuhannya.

Soalan 3:
"Apa value added parti baharu ini kepada gabungan baharu nanti seperti dulu PAS menjadi value added kepada Pakatan Pembangkang tahun 1990 dulu?"


Tahun mungkin tidak betul, bukan 1990 yang dimaksudkan? Masa itu PAS bersama Semangat 46 iaitu Angkatan Perpaduan Ummah (APU). Atau itu yang dimaksudkan? Namun soalannya difahami walau apa pun.

'Value addednya' adalah terbentuknya satu gabungan yang benar-benar ingin berkerjasama dan memerintah atas dasar dipersetujui bersama atau 'common policy framework'. Dasar dipersetujui bersama merujuk kepada dasar yang akan dilaksanakan sebagai kerajaan. Namun, adanya dasar yang dipersetujui ini tidak menghalang setiap parti bergerak di tengah masyarakat membawa agenda khusus parti berkenaan atas nama parti masing-masing.

Keadaan sebegini di mana usaha kerjasama dilakukan secara bersungguh-sungguh dan jujur tidak pernah wujud semasa PR bersama PAS. Dari awal PAS kelihatan teragak-agak seolah-olah berada dalam satu gabungan yang tidak begitu diingininya. Ingat kembali pengalaman dengan Dr. Hassan Ali. Mungkin terpaksa atas sebab hujjah yang dibawa 'golongan progressive', atau HB sekarang, yang tidak dapat dijawab sejak dari dulu.

Oleh itu keberkesanan gabungan PR tidak dapat dibuktikan dengan sejelas yang diinginkan atas sebab ketiadaan kommitmen 100% dari PAS. Namun begitu, bertambah kerusi juga di Selangor!

PR Selangor wajar dijadikan bukti untungnya PAS melalui PR. Dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan Negeri dipersetujui bersama. Sambil itu PAS bergerak di tengah masyarakat membawa kefahaman Islam dan perjuangannya. Masjid dan Surau dibuka luas dan diberikan kebebasan untuk PAS memberikan kefahaman kepada ummat Islam berhubung perjuangan Islam. Malangnya dipersia-siakan peluang ini oleh sebahagian penceramah yang lebih giat memburukkan individu tertentu yang tidak disenangi. Sedangkan dengan itu PAS untung dari dua sudut. Pertama, sebahagian dasar yang ingin dilaksana terlaksana, sebagai contoh, bantuan kepada sekolah tahfiz. Kedua, pada masa yang sama kebebasan bergerak sepertimana yang tidak sanggup diberikan BN telah turut dinikmati.

Malangnya kelebihan ini seolah-olah tidak disedari pimpinan utama walaupun disebut dan dinyatakan berulang-kali oleh PAS Selangor sendiri. Akhirnya hubungan dengan DAP serta PKR tetap dikucar kacirkan dan terjadilah apa yang telah terjadi.

Soalan 4:
"Adakah wujud Baiah sehingga menceraikan isteri sebagaimana laporan Malaysiakini?" Ya, Baiah itu ada. Pada 2008 hampir semua negeri mengamalkannya. Pada 2013 hanya Kelantan sahaja yang kekal dengan baiah tersebut.


Saya difahamkan ianya mula diamalkan pada 2006 atau 2007 apabila PAS tinggal majoriti hanya 1 kerusi setelah kalah dalam Pilihanraya kecil. Pada asalnya ada majoriti 3 kerusi tetapi apabila sudah kalah pilihanraya kecil tersebut maka kerusi PAS kurang satu dan kerusi UMNO/BN bertambah satu. Sebagai contoh kalau asalnya 25 PAS dan 22 UMNO/BN, maka apabila PAS kalah 1, maka PAS tinggal 24 kerusi DUN sahaja. UMNO/BN pula tambah satu maka dari 22 menjadi 23 kerusi DUN. Bezanya hanya 1 kerusi ADUN.

Dalam keadaan itu, dengan penuh kekhuatiran bahawa UMNO akan cuba beli, ugut dan sebagainya supaya sekurang-kurangnya seorang ADUN PAS akan lompat, maka demi menyelamatkan kerajaan PAS Kelantan, TGNA memanggil kesemua ADUN PAS untuk berbaiah dengan baiah ini. Kekhuatiran PAS pada ketika itu sememangnya berasas. Soal beli calon dianggap amalan biasa pihak UMNO/BN.

Malangnya selepas suasana yang dianggap cemas dan darurat itu sudah tiada lagi, baiah itu terus dikekalkan. Tetapi untuk negeri-negeri lain ianya dibuat tahun itu sahaja dan hasil teguran dan nasihat dalaman sendiri, ianya tidak lagi diamalkan pada 2013. Kecuali di Kelantan.

Soalan 5:
"Apa perbezaan ketara GHB dan PAS yang memberi keyakinan kepada saya untuk tukar tanpa ragu wadah saya?"


Sebenarnya Harapan Baru sahaja iaitu HB dan bukan GHB. Perbezaannya adalah pendekatan. Asas perjuangannya insyaAllah sama, iaitu Islam. Tetapi dalam soal pendekatan HB akan berusaha untuk lebih terbuka dan jujur dalam berpakat tetapi tanpa menggadaikan prinsip Islamnya. Tidak akan cakap lain tetapi buat lain, mungkir janji dan istiqamah tidak hadir mesyuarat. HB ada menunjukkan keinginan bersungguh-sungguh untuk menang dalam PRU 14 bersama PR 2.0 dengan penuh keyakinan kemenangan itu boleh dicapai bersama keredhaan Allah. Juga tidak berpegang kepada kepercayaan khurafat bahawa hanya UMNO/BN boleh memerintah dengan membela nasib Islam dan ummat Islam. Adalah diyakini bahawa insyaAllah PR 2.0 yang HB bersamanya akan menguntungkan perjuangan Islam dan ummatnya dengan lebih baik lagi dan oleh itu HB tidak 'takut dengan kemenangan' (fear of success).

Secara ringkasnya HB berpegang teguh dengan konsep Islam sebagai

1. Rahmatan lil 'alamin, iaitu rahmat untuk seluruh alam bukan untuk orang Islam Melayu sahaja,

2. Politik Islam adalah politik li ta'arafu iaitu untuk berkenalan dan berbaik-baik bukan untuk mengadu domba antara kaum,

3. Matlamat politik Islam 'li yaquman nasu bil qist' iaitu untuk manusia menegakkan keadilan sesama manusia secara keseluruhannya dan bukan sahaja untuk Melayu Islam, dan

4. Politik Islam adalah politik amanah dan berpegang pada janji walaupun dengan yang bukan Islam. Rujuk kisah Hudaibiyyah dan ayat 94 Surah An-Nahl serta tafsirannya.

Walaupun PAS akan cuba menyatakan bahawa mereka sama sahaja, tetapi itu terpulanglah kepada rakyat untuk membuat penilaian.

Soalan 6:
"Apakah yang dimaksudkan YB bahawa PAS telah terkeluar dari Baiahnya sendiri?"


Sefaham saya, baiah ini adalah di antara dua pihak. Satu yang memberi dan satu lagi menerima. Kedua-dua pihak ada tanggung-jawabnya terhadap satu sama lain. Dalam konteks baiah yang dilakukan sebagai calon PRU 13, ianya adalah untuk melakukan tugas tertentu, iaitu menjadi calon dalam PRU ke 13 sebagai calon PAS. PAS pula menurunkan calonnya sebagai sebahagian dari Pakatan Rakyat iaitu gabungan PKR, DAP dan PAS. Dalam kempen yang dilakukan semua calon PAS memanafaatkan manifesto PR, bercakap atas nama PR dan berkempen bersama rakan PR. Undi yang diperolehi sebahagiannya adalah atas sebab PAS bersama PR.

Oleh itu apabila membuat baiah sebagai calon PAS, semua memahami bahawa hubungan PAS dan PR, lebih-lebih lagi di Selangor di mana PR memerintah bersama. Ini bererti sambil calon ada baiah dengan PAS dan PAS juga berjanji (atau baiah) dengan PR. Dan janji PAS dengan PR diketahui dan dipersetujui semua calon. Janji PAS dengan PR inilah yang telah lama dilanggar seperti kes Kota Damansara, pil kuda, MB Selangor serta lain lagi dan akhirnya mengambil bentuk rasmi mutakhir ini. Ini menjadikan baiah calon juga yang telah bersetuju dalam konteks dan suasana terdahulu turut tercabar keabsahannya.

Namun demikian saya bersetuju bahawa sekiranya baiah tersebut ingin dilanggar maka perlu yang melanggarnya beristighfar dan membayar kaffarah. InsyaAllah sekiranya ianya dilakukan demi yang kebaikan Islam, Allah Maha Mengetahui dan Maha Mengampuni.

Soalan 7:
"Bagaimanakah GHB nak atasi persepsi GHB 'anjing DAP' untuk meraih undi pengundi luar bandar?"


Persepsi ini akan diatasi melalui kata-kata dan tindakan.

Hakikatnya persoalan perlaksanaan sistem perundangan Islam, termasuk hudud, tetap ada dalam matlamat perjuagan Harapan Baru (HB). Hanya pendekatan ke arah perlaksanaannya adalah jauh berbeza di mana kebergantungan kepada UMNO tidak merupakan sebahagian dari strateginya. Sebenarnya inilah yang membezakan sikap pengasas HB dan PAS. Pengasas HB menganggap UMNO hanya memperalatkan hudud untuk memecah-belahkan PR. PAS berkeyakinan UMNO ikhlas sehingga sanggup memecahkan PR demi mendapatkan bantuan UMNO supaya hudud terlaksana. Siapa betul perlu dinilai sendiri oleh semua.

Kedua, terdapat pimpinan PAS yang beranggapan orang Melayu tidak mahu pada PAS kerana PAS bersama DAP di dalam PR. Kenyataan ini meyakinkan saya bahawa pimpinan tersebut telah termakan dengan propoganda UMNO/BN. Oleh itu usaha 'bergaduh' dengan DAP dan mengeluarkan DAP dari PR dilakukan mereka. Sedangkan statistik menunjukkan sokongan Melayu dan bukan Melayu terhadap PAS telah bertambah apabila bersama PR. Amat malang apabila terdapat pimpinan terpengaruh dengan kata-kata UMNO/BN dan MKN. HB menganggap DAP sebagai rakan dan asset, pimpinan PAS melihat mereka sebagai musuh dan liabiliti. Bagaimana untuk selaras?
Maaf kalau tidak sempat menjawab semua soalan. Terlalu banyak. InsyaAllah ianya akan turut dijawab oleh website HB apabila ianya siap dan dilancarkan.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD





Video 25 Minit Temubual dengan USTAZ HASRIZAL ABDUL JAMIL (SaifulIslam.com) berkenaan #HarapanBaru oleh Ali Abu.

Antara Soalan ditanya:

1. Siapa calon PM Harapan Baru?
2. Isu Mat Sabu & Syiah.
3. Isu DAP & Harapan Baru
4. Isu title Yb PAS yg mahu ke Harapan Baru
5. Pertembungan/pertandingan 3 penjuru Vs 1 lawan 1
6. Isu bai'ah cerai isteri talak 3
7. Isu hudud & Harapan Baru
8. Pandangan mengenai isu krisis MB Selangor tahun 2014
9. Anwar Ibrahim & Harapan Baru
10. Pakatan Rakyat & Harapan Baru
11. Tun Mahathir & Harapan Baru


PRESIDEN PAS SENDIRI PERNAH MENYURUH MEREKA YANG TIDAK BERSETUJU DENGANNYA TUBUH PARTI BAHARU






Tiada ulasan: