Ahad, 2 Ogos 2015

Tukar Tiub

Tukar Tiub


KABINET DARJAH ENAM

Posted: 02 Aug 2015 07:09 PM PDT







BELUM SELESAi

ATAU

TAK AKAN 

SELESAi



Kabinet 1MDB, kata Sanusi Junid


Veteran Umno  Sanusi Junid berkata Kabinet baharu yang dilantik perdana menteri minggu lalu dibarisi mereka yang akan mempertahankan syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB), menggelarnya "Kabinet 1MDB".
Ia juga terdiri daripada mereka yang kritikal terhadap bekas Perdana Menteri  Mahathir Mohamad, kata bekas menteri Besar Kedah itu dalam video yang dimuat naik di YouTube.
"Yang jelas pula, yang dilantik di dalam (jemaah) menteri itu ialah orang-orang yang bersuara menghentam  Mahathir.
"Seolah-olah, Kabinet ini Kabinet 1MDB. Kabinet untuk mempertahankan 1MDB. Kabinet untuk memperkecilkan atau menutup segala usaha untuk mendedahkan 1MDB.
"Jadi, masalah dia masih belum selesai. Bunga pinjaman bank jalan terus, pelaburan yang tak menguntungkan jalan terus dan modal bank terpaksa jalan terus," kata Sanusi yang merupakan bekas setiausaha agung Umno dan naib presiden pada zaman Mahathir.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kabinet-1mdb-kata-sanusi-junid#sthash.p5LlzgCp.dpuf
KAH KAH KAH
woit
dulu half past six
kabinet pak lah
sekarang  kabinet 1MDB
ini kabinet darjah enam
bukan lagi half past six
lebih ayam
lebih hasan dari hasan malek
tapi yang molek
kes 1MDB  berterusan
tak sudah sudah
tak henti henti
sampai mat mongol tergolek ayam

SAMBUNG 



-----------

MEMANG HEBAT

Posted: 02 Aug 2015 06:40 PM PDT






HEBAT SEKALI 

Umno lemah kerana ahli fitnah sesama sendiri, kata Ku Nan

Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini menyalahkan ahli parti itu yang suka menyebarkan fitnah sebagai punca kepada kelemahan parti.
"Umno lemah hari ini, kenapa? Ia lemah kerana ahlinya.
"Kita ada dalam 30% ahli yang tukang mengadu domba, yang menyebarkan fitnah, dan yang terpengaruh dengan cerita pembangkang.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/umno-lemah-kerana-ahli-suka-fitnah-sesama-sendiri-kata-ku-nan#sthash.t40Ryiqs.dpuf


KAH KAH KAH
woit
hebat memang hebat
memang handal
tanpa tv
tanpa radio
tanpa harian
hanya ada blog
hanya ada internet
pembangkang telah berjaya 
bejaya sebar fitnah hingga
gerombolan jadi lemah longlai
hingga gaduh sesama sendiri
kah kah kah

TAHNiAH 


-----------

TERUSKAN LAGI

Posted: 02 Aug 2015 06:00 PM PDT







JENG JENG


Usul Altantuya, 1MDB dalam AGM Umno Kluang

 Muhyiddin Yassin hari ini menerima sambutan hangat ketika hadir ke mesyuarat agung tahunan Umno bahagian Kluang, berbeza dengan mood di Seremban dan Kota Melaka semalam.

Muhyiddin, yang digugurkan sebagai timbalan presiden Umno dipercayai kritikan berhubung isu 1MDB, dijadual berucap kepada 400 orang perwakilan.

Mesyuarat pula dijangka panas apabila terdapat usul menuntut penjelasan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjelaskan dakwaan skandal terhadapnya, termasuk isu 1MDB dan pembunuhan Altantuya Shaariibu.

"Isu itu masih menjadi persoalan termasuk siapa yang memberi arahan kepada Sirul Umar Azhar," menurut usul yang diterima media itu.

"Sebagai pengawal peribadi  Najib, dakwaan Sirul perlu disiasat untuk menentukan siapa yang memberi arahan. Ini adalah nyawa manusia, amatlah zalim jika Sirul dibunuh kerana menjalankan arahan."

Selain itu, usul berkaitan 1MDB mempersoalkan bagaimana sebuah syarikat milik penuh kementerian kewangan yang mana perdana menteri sendiri merupakan pengerusi lembaga penasihat miliki bebanan hutang berjumlah RM51 bilion.

"Laporan-laporan dalam akhbar di New York (New York Time 7 Februari 2015) begitu tajam, pedas dan berleluasa, namun Najib membisu seribu bahasa," kata usul tersebut.

Sementara itu, menyentuh isi pelaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan (GST) mengusulkan dengan mendesak kerajaan menggandakan aktiviti pemantauan ke atas pelaksanaan GST dengan lebih agresif bagi mengelak penipuan oleh peniaga.

"Kerajaan telah memaklumkan bahawa pelaksanaan GST memberi jaminan harga barangan menjadi lebih rendah, tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya," kata usul tersebut.
 

KAH KAH KAH
woit
gwa sudah cakap kes 1MDB
kes altantuya
tak akan tamat
akan bertersuan
hingga mat mongol tersungkur

TUNGGU




------------------

ANAK MUDA BANGUN MELAWAN

Posted: 02 Aug 2015 11:33 AM PDT






FACE BOOK


 PAK WAN

Bila aku tengok gambar ini, hati aku menggelegak dan sedih pada masa yang sama. Insan di dalam gambar ini namanya Ezzuandi Ngadi, atau lebih mesra dalam kalangan teman sebagai Pak Wan. Dia seorang sahabat, seorang teman, seorang ketua koordinator Dapur Jalanan yang banyak membimbing aku dalam kerja bakti memberi makanan kepada warga miskin kota setiap hari Ahad, seorang mentor dalam tunjuk ajar pelbagai perkara.
Selama aku mengenalnya, beliau seorang yang berpelaku lembut, seorang insan yang sukar nak marah, seorang yang penyabar. Kemudian, pada demonstrasi semalam, beliau telah ditangkap dan dibawa ke lokap Jinjang. Ya Tuhanku, apalah salahnya sehinga ditangkap?
Negara kita sedang menuju kehancuran. Celaka lah Najib, Rosmah serta kroninya2. Dan tambah lagi celaka orang yang masih setia menyokongnya. Malaysia perlukan perubahan. Kepada teman-teman dan rakan-rakan yang lain yang turut ditangkap seperti Adam AdliHadi KhalidAmirx Abd HadiAzen HarrithsMuhammad Aiman Hakim , Md Ashraf , Sidiqin Omar , Mandeep Singh dan lain-lain, semoga kalian baik-baik sahaja di sana. Salut buat semua! Perjuangan ini akan tetap diteruskan sehingga kehancuran UMNO, Najib dan Rosmah, politikus yang menekan dan korup, dan seterusnya menjadikan Malaysia yang lebih baik.





Protesters Call on Malaysian Prime Minister to Resign


KUALA LUMPUR, Malaysia—Police arrested more than two dozen people at a largely peaceful protest here on Saturday that called on Malaysian Prime Minister Najib Razak to resign amid investigations into the troubled state investment fund 1Malaysia Development Bhd. ‎
The rally‎took place as Mr. Najib tries to contain fallout from probes, including by the police and the Malaysian central bank, into activities of 1MDB, which amassed more than $11 billion in debt.
Protesters were seen carrying placards calling for the arrest of Mr. Najib, who chairs 1MDB's advisory board.
Asked about the protesters' demands that Mr. Najib resign and be arrested, a spokesman for the prime minister said in an email that Mr. Najib has "made multiple comments that are a matter of public record which answer such demands."‎
Mr. Najib has denied wrongdoing in relation to 1MDB and has urged critics to wait for the conclusion of four official investigations that are continuing into 1MDB's activities.
On July 2, The Wall Street Journal reported that investigators believe nearly $700 million was deposited in Mr. Najib's personal bank accounts after the movement of cash among agencies, banks and companies linked to 1MDB.
The original source of the money is unclear and the government investigation doesn't detail what happened to the money that allegedly went into Mr. Najib's personal accounts.
Mr. Najib denies taking any money for personal gain.
The protesters had been warned ahead of time not to hold the rally. Protests are uncommon in Malaysia.
Led by student activist group Demi Malaysia, the rally had been earlier banned by authorities. Police estimated that about 200 protesters turned out, resulting in 29 arrests. The detainees are being investigated‎for illegal assembly and, if convicted, could face up to six months jail, a fine, or both, Kuala Lumpur Police Chief Tajuddin Isa said in a statement.
Those arrested are also being investigated for activities detrimental to parliamentary democracy, an offense upon conviction that carries jail sentence of up to 20 years, he said.
"Those arrested will be brought to court to be remanded to facilitate investigation," Mr. Tajuddin added. The statement didn't identify those arrested and it wasn't possible to know whether they had engaged lawyers.
Write to Jason Ng at jason.ng@wsj.com


----------------

GWA PUN TAK TAHU

Posted: 02 Aug 2015 06:00 AM PDT





Aktivis Hishamuddin Rais, Fahmi Zainol bebas, 2 lain ditahan 2 hari 

Aktivis Hishamuddin Rais dan Fahmi Zainol, antara yang ditahan kerana penglibatan dalam perhimpunan #TangkapNajib di Kuala Lumpur semalam, akan dibebaskan hari ini selepas majistret menolak permohonan reman oleh pihak polis.
Dua yang lain - bekas aktivis pelajar Safwan Anang dan pelajar undang-undang Universiti Malaya Vince Tan - ditahan reman selama 2 hari, kata peguam G Sivamalar.
"Permohonan reman bagi Hishamuddin dan Fahmi ditolak... mereka akan dikeluarkan dengan serta-merta manakala Vince Tan dan Safwan akan ditahan reman selama 2 hari," kata Sivamalar kepada pemberita di luar balai polis Jinjang.
Katanya, selepas mendengar hujah peguam Eric Paulsen, Gobind Singh dan  Ambiga Sreenevasan, majistret Nur Aminathul Mardiah menolak permohonan reman tersebut, mengatakan tidak ada sebab meletakkan Hishamuddin dan Fahmi di bawah tahanan reman kerana tidak ada bukti mereka hadir pada sidang akhbar Demi Malaysia yang diadakan pada 30 Julai.
"Kedua-dua mereka tidak hadir pada sidang akhbar itu," kata Sivamalar, merujuk kepada sidang akhbar yang dianjurkan sekumpulan pemuda untuk mengumumkan perhimpunan #tangkapnajib semalam.
Sivamalar turut berkata, Tan dan Safwan ditahan di Sogo semalam dan polis pada mulanya meminta tujuh hari reman ke atas mereka.
Mereka akan dibebaskan esok, katanya.
Demonstrasi #tangkapnajib semalam, bertujuan menggesa penangkapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, menyaksikan 29 orang berumur antara 14 hingga 69 tahun ditahan. 23 daripadanya lelaki dan selebihnya wanita.
Sehari sebelum perhimpunan tersebut, 3 aktivis – Mandeep Singh, Adam Adli dan Syukri Razab ditahan.
Kesemua mereka disiasat mengikut Seksyen 124 dan 143 Kanun Keseksaan.
Seksyen 124 berkaitan dengan kesalahan yang dipercayai mengancam demokrasi berparlimen, manakala Seksyen 143 berkaitan dengan perhimpunan haram.
Tiga aktivis itu ditahan reman selama empat hingga enam hari. – 2 Ogos, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/aktivis-hishamuddin-rais-fahmi-zainol-bebas-2-lain-ditahan-2-hari#sthash.Jqcka5ha.dpuf

I REST MY CASE







------------

JANGAN LUPA KONDOM

Posted: 02 Aug 2015 05:30 AM PDT




GENG CUCI PLUG
Kita dari Geng Cuci Plug, tak ganggu orang lain. Selepas dapat gaji , kami pi Berikfiel (ejaan BM,kakaka).. Makan sana lepas tu jalan jalan..naik tangga turun tangga..kakaka Sini bajet ,servis Plug tanpa GST , Tak ganggu orang lain..tak kacao penduduk.

 Kalao nak tangkap ..pi lah tangkap penjual syabu, pi lah tangkap yang jaga kereta,pi lah tangkap yang melanun dan perompak. Kalao nak bersih, sediakan lah tong sampah dan mintak Alam Flora datang 2 kali se-hari. on SELAMAT TINGGAL JALAN THAMBYPILLAI
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 8/1/15





--------------

DUIT SEDEKAH TOK ARAB

Posted: 02 Aug 2015 04:43 AM PDT








DUIT SEDEKAH 

JARiAH

Wang dalam akaun peribadi Najib bukan milik rakyat

 | August 2, 2015
Wang dalam akauan amanah PM adalah derma daripada penyokong parti yang tidak didedahkan identitinya.
PETALING JAYA: UMNO memberi kebenaran  Mohd Najib Tun Razak untuk mempunyai akaun amanah bagi pihak parti atas kapasitinya sebagai Presiden UMNO.
Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Abdul Rahman Dahlan berkata, ia bukan perkara baru kerana mereka yang menyandang kedudukan itu sebelum ini juga mempunyai akaun yang sama.
"Saya hendak memberitahu bahawa UMNO mempunyai peruntukan dalam perlembagaan yang membenarkan presiden parti untuk mempunyai akaun amanah bagi pihak parti.
"Adalah tidak mustahil dan tidak memeranjatkan jika Presiden UMNO (ketika ini) dan Presiden UMNO terdahulu mempunyai akaun amanah bagi pihak parti," katanya yang dipetik daripada ismaweb.net.
Jelasnya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Pemuda UMNO Kubang Pasu, Menteri Kesejahteraan Bandar dan Kerajaan Tempatan itu menerangkan wang yang berada di dalam akaun amanah berkenaan bukan milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) atau duit rakyat.
"Apa-apa derma diambil daripada dahulu hingga sekarang oleh UMNO tidak ada kena-mengena dengan wang rakyat. Ia adalah derma daripada penyokong-penyokong parti. Jika dia ada wang dan hendak membantu parti, itu adalah hak individu dan bukan wang 1MDB," katanya.
Jelaskan lagi, pembangkang tidak perlu tahu sumber yang diperolehi dalam akaun berkenaan kerana tiada undang-undang yang mewajibkan mana-mana parti politik mendedahkan nama penderma mereka.



KAH KAH KAH
woit
duit ni mesti
dari tok fakir arab
najib jumpa di saudi
jumpa depan masjid
tok arab ni nak sedekah jariah

DUIT ARABLAH

---------------------

BARU DI BEBASKAN

Posted: 02 Aug 2015 02:19 AM PDT





BERSAMA PEGUAM 
DI JINJANG


TERIMA KASEH
saya baru saje dibebaskan 
dari lokap jinjang
terima kaseh pada peguam yang bijaksana
terima kaseh pada semua kawan-kawan
ada kawan  anta sms
ada kawan bertweet

nak baru tahu 
bila masuk lokap
talipon tak boleh bawa masuk
malah satu barang pun tak boleh bawa masuk pakaian pun diganti
seluar dalam pun tak boleh pakai

pasal seluar dalam ni gwa tak hal
semenjak pulang malaysia
gwa tak ada lagi pakai seluar dalam

jadi jangan marah 
bila sms tak dibalas 
talipon tidak diangkat
tak caya ke?

SiLA CUBA



---------------

Tiada ulasan: