Isnin, 17 Ogos 2015

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


"AMANAH" Nama Parti Islam Yang Baharu

Posted: 17 Aug 2015 01:01 AM PDT

Parti Islam baharu diberi nama Amanah

Parti Amanah Rakyat atau "Amanah" dijangka menjadi nama rasmi parti Islam baharu yang ditunggu-tunggu, ditubuhkan daripada kumpulan serpihan pemimpin PAS dan ahli badan bukan kerajaan Islam.

Dijangka dilancarkan pada Hari Kemerdekaan, menurut sumber, parti yang berteraskan Islam itu akan menggunakan warna Gerakan Harapan Baru (GHB) sekarang iaitu oren sebagai warna tema partinya.

Nama dan logonya akan dihantar ke Pendaftar Pertubuhan (RoS) tidak lama lagi sebelum dilancarkan secara rasmi pada 31 Ogos.

Keputusan mengenai nama, logo dan warna parti itu dimuktamadkan pada mesyuarat di Shah Alam semalam yang dihadiri pemimpin-pemimpin Gerakan Harapan Baru (GHB), yang merupakan sebahagian daripada ahli Parlimen dan pemimpin politik PAS yang paling menonjol.

GHB adalah pelopor kepada parti baharu ini.

Menurut satu temu bual terdahulu dengan bekas Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, keanggotaan ahli dan pemimpin PAS akan terbatal sebaik sahaja mereka menyertai parti politik yang lain.

Selain ahli PAS dari seluruh negara kata sumber itu, Amanah akan terdiri daripada pemimpin utama beberapa NGO Islam terbesar negara seperti Abim, Ikram dan Haluan.

Difahamkan hampir 70% pemimpin PAS dari Johor, Melaka dan Negeri Sembilan akan meninggalkan parti itu dan menyertai Amanah sebaik sahaja ia ditubuhkan nanti.

Sehingga kini, Amanah yang bakal ditubuhkan sudah sedia dengan penyelarasnya di setiap negeri dan kawasan Parlimen di seluruh negara yang terdiri daripada bekas pemimpin kanan PAS sebelum ini yang dilantik menerusi GHB.

Parti itu dijangka bekerjasama dengan DAP dan PKR membentuk pakatan pembangkang baharu selepas Pakatan Rakyat dibubarkan apabila hubungan PAS dan DAP secara rasmi berakhir pada Jun lalu.

PAS dijangka bergerak sendiri tetapi akan cuba mengekalkan hubungannya dengan PKR bagi mengelakkan pertandingan 3 penjuru dengan parti yang baharu pada Pilihan Raya Umum ke-14. -TMI

Bolehkah Diwujudkan Pelbagai Parti Islam?


Dr Yusof Al-Qadhawi dalam bukunya yang bertajuk "Min Fiqh Ad-Daulah Fil Islam", Terbitan Dar As-Syuruq, Cetakan Tahun 1997, muka surat 151-154 menjelaskan seperti berikut:

1. Adalah harus menubuhkan pelbagai parti Islam dalam sesebuah negara islam, yang setiap satunya memiliki ciri-ciri pemikiran, metodologi dan pendekatan politik yang berbeza-beza. Setiap parti islam mestilah disokong dengan hujjah-hujjah dan riwayat-riwayat yang sahih dalam tindakan mereka. Oleh itu sesiapa sahaja boleh menyokong mana-mana parti islam yang telah ditubuhkan mengikut keyakinan mereka masing-masing. Sesiapa pun boleh menolak jika didapati ada parti lain yang lebih baik.
2. Pelbagai parti dalam bidang politik adalah sama seperti pelbagainya mazhab dalam bidang fekah. Perbezaan pelbagai mazhab tidak boleh dielak disebabkan setiap madrasah pemikirannya memiliki dasar-dasarnya yang khusus di dalam memahami syariat dan mempunyai perbezaan cara mengeluarkan hukum daripada dalil-dalilnya yang komprehensif. Oleh kerana parti politik islam juga mengambil daripada pelbagai mazhab yang berbeza aliran pemikirannya ini, maka cara, pendekatan dan metodologinya juga tidak sama. Maka wajar berlakunya kepelbagian parti politik.
3. Terdapatnya parti politik yang berpendapat bahawa Syura itu bersifat mulzimah (wajib dipatuhi keputusannya) dan terdapat juga yang berpendapat Syura itu hanya sekadar Mu'limah(hanya sekadar memaklumkan pendapat masing-masing dan ketua tidak wajib mengikut) . Sudah pasti pertembungan ini memberikan keputusan yang berbeza dalam mengambil tindakan politik.

Dr. Yusof Al-Qardawi telah menganggap pendapat yang mengharamkan taadud jamaah sebagai fatwa kosong dan terasing daripada agama Allah. Beliau juga telah menyatakan beberapa dalil yang menunjukkan keharusan menubuhkan jamaah-jamaah. Hujjah–hujjahnya telah disebut di dalam kitabnya(16) "

i. Kaedah fekah :-

الاصل فى الاشياء والتصرفات المتعلقة بعادات الناس ومعاملاتهم الاباحة
(Asal pada perkara-perkara dan urusan-urusan yang berkait dengan adat-adat dan muamalat manusia adalah harus.)

ii Nas-nas Al-Quraan dan hadis.

Firman Allah Taala :

وتعاونوا على البر والتقوى ولا تعاونو على الاثم والعدوان
Maksudnya : "Tolong menolonglah kamu untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu tolong-menolong pada melakukan dosa dan permusuhan."
(surah al-Maidah : 20)

Firman Allah Taala :

واعتصموا بحبل الله جميعا ولا تفرقوا
Maksudnya : "Dan berpegang teguhlah kamu dengan tali Allah (ugama Islam) dan janganlah kamu bercerai berai."
(surah Ali Imran : 103)

Sabda Rasulullah ;

المؤمن للمؤمن كالبنيان يشد بعضه بعضا
Maksudnya : "Seorang mu'min dengan mu'min yang lain seperti bangunan yang teguh meneguh di antara satu sama lain."
(riwayat Bukhari dan Muslim)

Sabda Rasulullah :

يد الله مع الجماعة ومن شذ شذ فى النار
Maksudnya ; "Tangan Allah bersama jamaah Islam dan sesiapa yang menyendiri daripada jamaah, dia akan keseorangan di dalam neraka."
(riwayat Tarmizi)

"Sunnah Rasulullah telah menyeru kepada satu jamaah dan kesatuan dan melarikan daripada kedagangan dan perpecahan. Sunnah Rasul menyeru kepada ukhuwah dan mahabbah dan menjauhkan daripada permusuhan dan marah-memarahi."

[kedagangan bermaksud terasing dan mengasingkan diri daripada umum, kelainan]

Kaedah yang dikemukakan menunjukkan bahawa penubuhan jamaah Islam adalah harus pada asalnya selama mana tiada dalil yang mengharamkan.








IKLAN BERBAYAR







[GAMBAR BERBICARA] Pemimpin Itu Lahir Dalam Hempas Pulas Di Kancah....

Posted: 16 Aug 2015 06:15 PM PDT


Pemimpin tidak lahir di bilik kuliah. Dia lahir sendiri dalam hempas-pulas di kancah. Dia muncul di tengah-tengah berlakunya masalah. Dia menonjol berbanding rakan-rakan seangkatannya, lalu diterima dan didukung umat." -Pak Natsir.

Imbas kembali dan saksikanlah...







IKLAN BERBAYAR







Tiada ulasan: