Sabtu, 15 Ogos 2015

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


[LIVE] NUNJI ’15 : KE ARAH FIQH MALAYSIA, MODEL MAJMUK

Posted: 14 Aug 2015 11:19 PM PDT

Kepelbagaian kaum atau kemajmukan masyarakat di Malaysia menjadikan ia sebuah negara yang unik, bebeza dengan negara-negara yang lain.

Namun, dalam mengurus kepelbagaian ini, negara memerlukan satu formula terbaik, bukan sahaja untuk memanfatkan kepelbagaian itu, dan pada masa sama mengurus perbezaan dalam menjaga keharmonian.

Sebagai sebuah gerakan politik, Harapan Baru melihat dengan cermat segala perubahan yang berlaku, termasuk suasana hubungan agama dan kaum yang semakin tegang ketika ini.

Atas dasar itu, Harapan Baru terpanggil untuk mencari satu formula penyelesaian kepada kemelut yang berlaku, dengan menjadikan Islam sebagai teras penyatuan.

Harapan Baru tampil dengan menganjurkan Nadwah Ulamak Nahdhah Jadidah 2015 (Nunji15), yang akan berlangsung 15 Ogos 2015 ini, di Shah Alam, Selangor.

Nadwah ini menghimpunkan ulama-ulamak dan tokoh-tokoh pemikir Islam dari dalam dan luar negara, untuk berbincang dalam membentuk satu formula "fiqh bernegara" yang paling sesuai untuk Malaysia.

Ia juga akan menjadi garis panduan kepada Harapan Baru merangka pendekatan politik Islam wajah baru melalui parti yang akan ditubuhkan sedikit masa lagi.

Ia dalam maksud, menyebarkan keadilan Islam dan menyatukan masyarakat berbilang kaum sesuai dengan konsep "Islam, Rahmat Untuk Semua".

DATUK DR MUJAHID YUSOF RAWA
Pengarah
Nadwah Ulamak Nahdhah Jadidah 2015


NADWAH 'ULAMAK NAHDHAH JADIDAH [ NUNJI2015 ]

"ISLAM & KENEGARAAN"

[1] MUQADDIMAH

1.1. Penyertaan ulamak dan asatizah adalah penting untuk menentukan halatuju politik Islam yang akan dipacu oleh Harapan Baru di Malaysia. Pandangan para asatizah penting untuk memandu Harapan Baru berada pada kejelasan.

1.2. Para ulamak dan asatizah adalah menjadi rujukan rakyat sebagai pembimbing dalam menentukan halatuju politik Islam dan membentuk kefahaman rakyat.

[2] OBJEKTIF

2.1. Mengumpulkan para ulamak dan asatizah serta mufakkirin Islam dalam satu nadwah.

2.2. Mendapat pandangan dalam menetapkan agenda Islam HB.

2.3. Muzakarah berbagai sudut tindakan dan sikap politik berdasarkan siyasah syarieyah dan membumikan fiqh waqie dalam konteks Malaysia sbg medan operasi.

2.4. Membuat rumusan melalui resolusi secara sepakat oleh semua peserta tentang Politik Islam yang akan dipegang oleh HB.

2.5. Nadwah menjadi asas kepada keterlibatan para asatizah dan ulamak dalam organisasi HB sebagai aktivis.

[3] TEMA

3.1. "Islam Rahmatal Lil 'Alamin"

وما أرسلناك إلا رحمة للعالمين

[4] ANJURAN

4.1. Gerakan Harapan Baru
4.2. Dengan kerjasama - NGO Ummah Centre

[5] TARIKH

5.1. Sabtu 15 Ogos 2015 / 30 Syawal 1436H

[6] TEMPAT

6.1. Auditorium, Perbadanan Perpustakaan Negeri Selangor (PPAS), Seksyen 13 Shah Alam.

[7] PESERTA

7.1. Ulamak, Asatizah, Mufakkir / aktivis (250 pax sahaja), closed invitation sahaja..

[8] PEMBENTANGAN

[PENDAFTARAN]
8:00 - 8:45am
Pendaftaran dan Sarapan (packed)

[PEMBUKAAN & ALUAN PENGERUSI]
8:45am

[SLOT 1]

UCAPAN PENGARAH NUNJI2015
8:55 - 9:10am (15min)
YB Dato' Dr Mujahid Yusuf

[SLOT 2]

PERASMIAN
9:10 - 9:30am (20 min)
Ustaz Ahmad Awang "Tajuk ____________ "

[SLOT 3]

UCAPUTAMA
9:30 - 10:15am (45 min)
Syeikh Dr Rahil Ghuraibah
Maktab Siyasi IM Jordan.
"Politik Islam Pasca Arab Spring di Negara Umat Islam: Bagaimanakah Penglibatan Berkesan Politik Islam dalam Kerangka Negara dan Kedaulatan Undang-Undangnya.

[ تجربة الأحزاب السياسية الإسلامية بعد فترة الربيع العربي ومدى فعالية مشاركة السياسة الإسلامية في إطار الدولة المدنية وسيادة قانونها ]

[MINUM PAGI]

10:15 - 10:30am

[SLOT 4]

KERTAS KERJA 1
10:15 – 11:45am (90 min)
Dato' Dr Siddiq Fadhil
"Prinsip Penetapan Fiqh Waqie dan Maslahat Muktabarah di Malaysia"
Pengulas - SS Us Dr Wan Salim

[SLOT 5]

KERTAS KERJA 2
11:45am + 1:15pm (90 min)
SS Dato' Dr Mohd Asri Zainal Abidin
"Perlaksanaan Syariah di Malaysia: Mewujudkan Suasana Kondusif dan Cabaran Semasa" Pengulas - Dr Maszlee Malik

[MAKAN TENGAHARI]
1:15 - 2:15pm

[SLOT 6]

KERTAS KERJA 3
2:15am - 3:45pm (90 min)
"Fiqh Muwathonah: Satu Perkongsian dalam Membina Sebuah Negara"
Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad
Presiden IKRAM.
Pengulas - Dr Zulqarnain Lukman

[SLOT 7]

FORUM ISLAM & KENEGARAAN
3:45 - 5:15pm (90 min)
"Mengasaskan Politik Rahmatan Untuk Malaysia: Peranan Ulamak Umarak dan Ummah"
Ahli Panel;
1.Ustaz Dr Fauzi Zakaria
2.Ustaz Hasanudin Mohd Yunus
3.Ustaz Ramadhan Fitri Elias (Moderator)


[SLOT 8]

RESOLUSI NADWAH

5:15 – 5:30pm
YB Dato' Dr Mujahid Yusuf (Pengarah Program)
"10 Kerangka Politik Islam di Malaysia"




LIVE NUNJI 15 DIBAWAKAN OLEH DPEDASFM


Get the Flash Player to see this player.






IKLAN BERBAYAR







Penyelesaian Kes Khalid-Saifuddin Papar Poitik Matang,

Posted: 14 Aug 2015 07:00 PM PDT

Kes Khalid-Saifuddin selesai luar mahkamah

Saman bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terhadap bekas Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail diselesaikan secara baik di luar mahkamah hari ini.

Kes itu diketepikan selepas kedua-dua pihak berbincang selama dua jam.

Perbincangan tertutup bermula kira-kira jam 9 pagi antara Abdul Khalid selaku plaintif, Saifuddin sebagai defendan dan bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang hadir sebagai saksi untuk kes itu.

Saifuddin selaku defendan membacakan permohonan maaf itu di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Shah Alam M Gunalan sebentar tadi.

Menurut Saifuddin, sebab saman itu ditarik balik atas nasihat Anwar sebagai perantara yang menyatakan negara sedang berdepan dengan masalah politik, ekonomi dan kos sara hidup yang meningkat.

Abdul Khalid menerima saranan tersebut malah berpesan kepada Saifudin bahawa penarikan saman itu adalah hikmah supaya beliau boleh memfokuskan kepada kerja lain dan PKR boleh memperkukuhkan parti.


"Saya dan Tan Sri khalid saling maaf memaafkan, Tan Sri Khalid pesan pada saya hikmah di sebalik penyelesaian, 'saya (Khalid) boleh tumpukan pada kerja dan tuan (Saifuddin) boleh kukuhkan parti'. Dan saya bersyukur kerana ia berlaku di hujung bulan Syawal.

"Tadi perkara yang Anwar ingatkan kepada saya dan Khalid, negara sedang berdepan dengan pelbagai kemelut masalah politik, ekonomi dan juga kos sara hidup yang tinggi kepada rakyat.

"Tiga asas itu dipersetujui sebagai latar belakang untuk saya dan Tan Sri Khalid mencapai penyelesaian," katanya kepada pemberita selepas sesi mahkamah itu berakhir.

Khalid diwakili Edmund Bon manakala Wiliam Leong yang juga Ahli Parlimen Selayang dari PKR mewakili Pengarah Pilihan Raya PKR itu.

Anwar sebagai perantara

Saifuddin menambah, Anwar yang pada mulanya hadir sebagai sepina bagaimanapun menjadi perantara dalam menyelesaikan kes ini.

Malah katanya Anwar dilihat lebih baik daripada peguam yang ada kerana mempunyai kebolehan mendamaikan kedua belah pihak dalam mencapai kata sepakat.

"Anwar asalnya datang sebagai saksi tapi berakhir sebagai orang tengah. Dia ada kemahiran itu, bahkan kemahiranitu lebih baik dari kemahiran peguam-peguam," katanya.

Saifuddin menambah, Anwar turut menasihati Abdul Khalid sekiranya kes ini diteruskan ia akan melalui proses yang panjang.

"Itu adalah syor dan nasihat Datuk seri Anwar kepada khalid. Kata Anwar, Khalid kamu sebahagian dari kami proses ini akan ambil masa yang panjang jika diteruskan," katanya. -mk

ULASAN GB

Itulah tanda kamatangan mengatasi segala-galanya.

Tidak semestinya kita meminta maaf kerana kita bersalah, tetapi adalah kerana kita tidak mahu memanjangkan hal tersebut dan kita sepatutnya meletakkan keutamaan di tempatnya yang wajar.

sebab saman itu ditarik balik atas nasihat Anwar sebagai perantara yang menyatakan negara sedang berdepan dengan masalah politik, ekonomi dan kos sara hidup yang meningkat.

Abdul Khalid menerima saranan tersebut malah berpesan kepada Saifudin bahawa penarikan saman itu adalah hikmah supaya beliau boleh memfokuskan kepada kerja lain dan PKR boleh memperkukuhkan parti.


"Saya dan Tan Sri khalid saling maaf memaafkan, Tan Sri Khalid pesan pada saya hikmah di sebalik penyelesaian, 'saya (Khalid) boleh tumpukan pada kerja dan tuan (Saifuddin) boleh kukuhkan parti'. Dan saya bersyukur kerana ia berlaku di hujung bulan Syawal.

"Tadi perkara yang Anwar ingatkan kepada saya dan Khalid, negara sedang berdepan dengan pelbagai kemelut masalah politik, ekonomi dan juga kos sara hidup yang tinggi kepada rakyat.

"Tiga asas itu dipersetujui sebagai latar belakang untuk saya dan Tan Sri Khalid mencapai penyelesaian," katanya kepada pemberita selepas sesi mahkamah itu berakhir.






IKLAN BERBAYAR







Tiada ulasan: