Isnin, 10 Ogos 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


MH370: Serpihan Ditemui Di Maldives Pula

Posted: 09 Aug 2015 11:03 PM PDT

RAKYATNEWS


alt


MALDIVES  -Serpihan pesawat penerbangan Malaysia Airlines MH370 yang hilang mungkin telah terdampar di sebuah pulau di Maldives, di Lautan Hindi, menurut laporan akhbar tempatan.

Polis masih belum mengesahkan laporan itu, tetapi serpihan pesawat dikatakan telah ditemui di Baa Atoll Fehendhoo dan Fulhahdhoo, kedua-duanya terletak di Selatan Maalhosmadulhu Atoll.

Satu penemuan juga dikatakan berlaku di Pulau Noonu Atoll, di Miladhunmadulu Atoll, menurut laman web berita Haveeru.

Sebelum ini laporan tempatan Maldives juga pernah melaporkan melihat pesawat terbang rendah pada hari MH370 dilaporkan hilang.

Gambar salah satu kepingan besar logam yang ditemui berhampiran resort Banyan Tree di pulau Vabbinfaru dikatakan membawa persamaan yang ketara dengan bahagian sayap dipenuhi cengkerang yang ditemui terdampar di pulau Reunion Julai lalu dengan jarak 2,000 batu dari Maldives.

Penduduk Maldives Mohamed Wafir, yang menyiarkan gambar-gambar asal penemuan itu ke Facebook, mendakwa bahawa ia ditemui pada 31 Mei.

Seorang pekerja syarikat penerbangan, James Hardy, menegaskan bahawa potensi penemuan itu lebih signifikan berbanding bangkai yang terdapat di Pulau Reunion, dan mampu 'mengubah segala-galanya' mengenai siasatan.

"Saya dan rakan-rakan yang bekerja dengan syarikat penerbangan yang telah melihat gambar-gambar ini percaya ia adalah bahagian-bahagian kapal terbang, berdasarkan bentuknya," Hardy memberitahu laman web Before It's News.

Beliau berkata, jika penemuan itu boleh disahkan, "ia akan menolak kawasan carian semasa di Perth kerana saya yakin bahawa arus dan air pasang surut tidak mungkin akan menolaknya sejauh itu".

Hardy dilaporkan berkata bahawa lokasi serpihan ditemui adalah sepadan dengan pengiraan yang dilakukannya dan juruterbang Quantas dari segi ketahanan bahan api.

"Jika diterbangkan rendah dan perlahan, lebih daripada cukup bahan api untuk sampai ke Maldives.

Salah satu bahagian yang ditemui mempunyai tulisan 'IC' berwarna merah. Huruf atau nombor selebihnya telah terhakis.

Polis dilaporkan telah mengeluarkan bahagian-bahagian itu untuk analisis lanjut.

Satu lagi serpihan pesawat dilaporkan telah dihanyutkan ke pantai di resort North Male Atoll sebulan yang lalu.

Jika ia disahkan tergolong dalam pesawat Boeing 777 hilang, serpihan itu akan membantu siasatan untuk mengenal pasti di mana pesawat itu berakhir.


APA PUNYA MALANG...SUDAHLAH SIKU BURUK, HIDUNG PULA TAK MANCUNG...

Posted: 09 Aug 2015 10:45 PM PDT

shahbudindotcom

 
 
Mesyuarat perwakilan bahagian-bahagian tahun ini barangkali yang tersibuk bagi Najib Razak kerana  paling banyak bakal dirasmikan olehnya. Tidak seperti tahun-tahun sebelumnya yang mana hanya beberapa UMNO bahagian saja dirasmikannya manakala selebihnya dilakukan oleh pemimpin-pemimpin yang lain, tahun ini keadaan itu jadi sebaliknya.

Tahun ini seperti setiap minggu ada saja acara perasmian itu untuk Najib. Macam dah berlumba-lumba pula dengan Muhyiddin Yassin yang sudah dipecatnya. Sebahagiannya kerana jemputan bahagian, yang lainnya mungkin atas permintaan Presiden UMNO itu sendiri.

Minggu lepas, Najib merasmikan tiga bahagian iaitu Seremban, Kota Melaka dan Hulu Selangor. Ketika itu juga beliau perlu pergi ke kawasan Parlimennya, Pekan kerana mengadakan jamuan hari raya di sana. 

Sibuk betul Najib sejak memecat timbalannya walaupun ada wang RM2,600 juta dalam akaun peribadinya....nasib baik ada jet peribadi dan helikopter yang boleh membawa ke sana sini dengan cepat.

Minggu ini pula  beliau merasmikan mesyuarat UMNO Bandar Tun Razak di Wilayah Persekutuan dan Pasir Gudang, Johor. Di Pasir Gudang, sebagaimana yang diberitahu oleh Khaled Nordin, kehadiran Najib bukan atas jemputan atau kehendak bahagian itu tetapi kerana Najib sendiri meminta untuk menjadi perasminya.

Aduyai...malu wehh!!

Kenapa sampai meminta-minta. Biasanya jemputan merasmikan ini terpulang kepada sesuatu bahagian itu. Dengan kesibukan tugas sehariannya menguruskan negara, adalah biasa Perdana Menteri menolak jemputan merasmikan mesyuarat UMNO, tetapi tentulah luar biasa bila beliau seolah-olah merayu mahu datang ke sebuah bahagian itu.

Rasanya inilah pertama kali sejak UMNO ditubuhkan seorang Presidennya meminta untuk merasmikan mesyuarat UMNO bahagian dan ia kemudian didedahkan pula seolah-olah UMNO Pasir Gudang tersepit di kedudukan  "rela dalam terpaksa" menerima kehadiran Najib itu.

Di sisi Najib, perbuatan meminta-minta ini lebih tepat diumpamakan "hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong."

Jika UMNO Pasir Gudang sepenuhnya rela dan gembira dengan kehadiran Najib, buat apa Khaled perlu memberitahu kehadirannya sebagai perasmi itu bukan kehendak bahagian, sebaliknya diminta oleh Presiden UMNO itu sendiri?

Selepas memecat Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri, kehadiran Najib tidak lain ialah untuk "menyuci dosa-dosanya" terhadap perbuatannya itu sambil mengharapkan sokongan dapat diteruskan kepadanya.

Tetapi kehadiran Najib bukan saja mendapat sambutan lesu, itu pun setelah diingatkan oleh Khaled agar perwakilan UMNO Pasir Gudang yang diketuainya berdisiplin dan berhemah menyambut kedatangan tetamu, bahkan ugutan Najib sama ada BR1M perlu diteruskan atau sebaliknya, disambut dengan jawapan "tidak" oleh mereka.

Selain itu terdapat juga  memorandum daripada cawangan-cawangan dalam UMNO Pasir Gudang yang diserahkan dengan tangan kepada Najib sendiri memintanya berehat daripada jawatannya.

Sekali lagi...malu weh diperlakukan sebegini rupa!

Harapan Najib untuk mendapatkan sokongan daripada UMNO Johor dengan hadir merasmikan bahagian yang dipimpin oleh Menteri Besarnya bukan saja tidak kesampaian, malah malu pula bertompok-tompok menimpanya.

Ketika merasmikan mesyuarat UMNO Bandar Tun Razak sehari sebelum itu, Najib bersungut kerana pemimpin UMNO tidak bersungguh-sungguh mempertahannya sedangkan mereka sudah menerima wang daripadanya.

"Sebagai Presiden parti, apa yang saya buat, sama ada kutip dana atau apa-apa, adalah semata-mata untuk kepentingan parti, bukan yang lain-lain.

"Zaman saya banyak pertolongan disalurkan kepada bahagian, banyak kerja amal dibuat, ramai orang pergi haji, banyak bahagian dapat sumbangan setiap bulan.

"Tetapi janganlah apabila (wang) sudah dapat, semua senyap. Apabila saya diserang, kita pula tambah tuang minyak," katanya lagi.

Jika di Pasir Gudang, Najib menonjol-nonjolkan perbuatan "hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong", di Bandar Tun Razak pula, beliau tidak malu-malu bersikap "buruk siku"  kepada pemmpin-pemimpin UMNO yang menerima wang daripadanya.

Sekali lagi, amatlah malang ada Presiden UMNO sebegini rupa. Kenapa perlu diungkit-ungkit pemberian yang sudah diberi? Berapa sebenarnya wang yang diberikan oleh Najib kepada bahagian-bahagian berbanding RM2,600 juta yang masuk ke dalam akaun  peribadinya?

Lagi pun, bukankah wang itu diberi untuk menggerakkan aktiviti parti dan bukannya sampai ke peringkat mempertahankan sesuatu yang tidak wajar atau salah dilakukan oleh Presiden UMNO sekali pun?

Apakah jika tidak didedahkan oleh The Wall Street Journal dan Sarawak Report, Najib mahu mengaku wang RM2,600 juta itu sebagai sumbangan penderma untuk dana politik?

Apa pun, sama ada secara nyata mahu pun terlindung, sikap "buruk siku" dan "hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong" yang ditunjukkan oleh Najib ini tidak lain menunjukkan dirinya semakin terdesak untuk mempertahankan diri, walaupun hakikatnya sudah wujud tanda-tanda beliau semakin tidak dikehendaki lagi dalam UMNO.

Dalam kehidupan seharian pula, orang  "siku buruk" dan ditambah pula dengan perbuatan "hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong" adalah mereka yang paling dibenci dan diumpat setiap hari.

Begitu juga dengan Najib, dua perbuatannya ini akan terus menjauhkannya daripada UMNO dan juga rakyat. Penolakan dan kebencian itu sudah kian merata sehingga semakin ramai tidak segan-segan meluahkannya di facebook milik Najib sendiri.

Takkan Najib masih tak faham dan terus mahu "bermuka tebal"  lagi? 

MIC: Krisis semakin kusut atau bertambah baik

Posted: 09 Aug 2015 10:42 PM PDT



Oleh HASSAN MOHD. NOOR 


KETIKA parti komponen Barisan Nasional (BN) iaitu UMNO sedang 'bergelut' de­ngan pelbagai isu yang cuba 'me­runtuhkan' keyakinan terhadap kepemimpinannya, parti itu masih mampu meneruskan persidangan perwakilan sama ada di peringkat sayap atau bahagian dengan baik.

Di pentas persidangan itu, pe­mimpin dapat menjelaskan pelbagai isu dalam bentuk serangan dan tohmahan yang sedang 'bermain' di benak fikiran anggota parti.

Sekurang-kurangnya kekusutan me­ngenai 1MDB, rombakan Kabinet, dana politik RM2.6 bilion dan pelbagai lagi akan terungkai sedikit. Pada masa yang sama, jangan pula lupa memberi sedikit perhatian kepada masalah rakyat yang turut dirasai anggota UMNO terutama kejatuhan nilai ringgit. Itu cerita dalam 'rumah tangga' UMNO.

Malangnya, salah satu parti komponen BN iaitu MIC sedang berkecamuk, seperti anak ayam kehilangan ibu. Walaupun Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) dikatakan telah mengisytiharkan G. Palanivel bukan lagi ahli tetapi apa yang berlaku semalam menggambarkan suasana di sebaliknya.

Kumpulan yang diketuai Palanivel mengadakan proses pencalonan dan pemilian jawatan presiden di Sentul, dekat Kuala Lumpur. Selak difahamkam, sebanyak 2,004 pengerusi cawangan hadir pada perhimpunan bagi memilih Presi­den MIC. Palani­vel yang juga bekas Menteri Sumber Asli dan Alam

Sekitar itu diisytiharkan menang tanpa bertanding bagi jawatan Presiden MIC bagi penggal 2013-2016.
Beliau mendakwa mendapat 334 pencalonan. Dalam reaksi segera kepada proses penamaan calon itu, Pemang­ku Presiden MIC, Dr. S. Subramaniam berkata:

"Saya diberitahu ada pencalonan yang telah berlangsung di Sentul pagi ini (semalam) untuk jawatan presiden parti MIC, itu bukan sah, tidak rasmi dan tidak diterima oleh mana-mana pihak termasuk parti,"

Pada hari yang sama, Subramaniam mengadakan Konvensyen Khas Pengerusi-Pengerusi Cawangan MIC 2015 di Kuala Lumpur. Beliau mendakwa 2,800 pengerusi cawangan MIC yang hadir bersetuju tidak mengiktiraf pemilihan yang dikendalikan oleh Palanivel.

Konvensyen itu juga sebulat suara menyokong beberapa re­­solusi termasuk menerima kehilangan keanggotaan lima anggota MIC secara persendirian (Ipso Facto) termasuk Palanivel. Empat lagi ialah S. Sothinathan dan S. Balakrishnan (naib pre­siden), A.

Prakash Rao (bekas setiausaha agung) dan A. K. Ramalingam (CWC). Kumpulan Subramaniam yang mengetuai Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) Interim MIC 2009 akan mengadakan pencalonan bagi jawatan Presiden pada 21 Ogos ini. Sekiranya berlaku pertandingan, pemilihan akan berlangsung pada 6 September.

Perkembangan semalam menunjukkan krisis MIC dijangka berlarutan. Apa pula yang akan berlaku pada 21 Ogos ini? Mungkinkah krisis pada kali ini sebagai yang terburuk dalam sejarah 68 tahun MIC? Jika diselak krisis sebelum ini, antara lain melibatkan pemecatan Naib Presiden, M.G Pandithan, wujud Gerakan Anti Samy (GAS) dan perselisihan yang melibatkan Samy Vellu dengan timbalannya,

S.Subramaniam yang membawa mereka bertembung untuk jawatan presi­den pada tahun 1989. Akibat pemecatan dan penyingkiran pada era Samy Vellu itu juga me­lahirkan parti serpihan MIC termasuklah yang kekal sehingga ke hari ini, Barisan Kemajuan India (IPF) yang diasaskan oleh Pandithan.

Bagaimanapun krisis da­laman yang berlaku sebelum ini boleh diatasi dengan baik. Walaupun mengalami kekalahan teruk dalam beberapa pilihan raya umum (PRU) lalu, MIC masih mendapat sokongan. Apa pun krisis dalaman sekarang sudah berlarutan begitu lama dan perhimpunan agung parti yang sepatutnya berlangsung pada 13 dan 14 Disember 2014 terpaksa ditangguhkan.

Dalam menghadapi kemelut ini, kumpulan Palanivel dan Subramaniam masing-masing mengaku mempunyai sokongan pengerusi cawangan dari seluruh negara. Difahamkan, MIC mempunyai 3,700 cawangan. Krisis MIC tercetus berikutan perbezaan pendapat antara Palanivel dan Dr. Subramaniam selepas ROS mengeluarkan notis pada 5 Disember 2014 dan meminta MIC mengadakan pemilihan se­mula parti.

 Difahamkan ROS, dalam surat bertarikh 25 Jun lalu kepada Setiausaha Agung CWC sementara MIC bagi 2009, A. Sakthivel, menyatakan bahawa secara "ipso facto", Palanivel bukan lagi anggota MIC.

Begitulah ceritanya krisis MIC sehingga semalam. Persoalannya apakah episod seterusnya? Adakah ketika ini setiap cawangan mempunyai dua pengerusi? Satu memihak kepada Palanivel dan satu lagi Subramaniam? Ibarat satu kapal dua nakhoda. Apakah kesudahannya sekalipun Subramaniam disahkan sebagai Presiden MIC?

Di atas kertas, mungkin masalah siapa presiden akan selesai. Bagaimana pula di peringkat bawah? Adakah anggota-anggota parti boleh menerima keputusan akibat 'masalah teknikal' ini? BN yang ditunjangi UMNO perlu melihat situasi ini supaya tidak ada pihak yang rasa terluka atau dipinggirkan begitu mudah.

Sesuatu harus dilakukan. Jika perlu, sebuah badan bebas hendaklah ditubuhkan bagi membawa kedua-dua pihak ke meja rundingan. Carilah formula yang dapat melibatkan dua kumpulan ini supaya perpaduan dalam kalangan masyarakat India tidak berpecah. Jika situasi hari ini berterusan, kemungkinan undi masyarakat India kepada BN akan terjejas.

Harus diingat, pendirian politik akan hanya diketahui semasa di peti undi PRU. Apakah reaksi sebenar masyarakat India apabila Palanivel digugurkan sebagai menteri?

Kedudukan MIC dalam Kabinet kembali kepada asal dengan satu jawatan menteri. Mungkin kedudukan sebelum ini - dua jawatan menteri - hanya boleh dikembalikan apabila MIC dalam keadaan tenang.

Bagi tujuan ini, pemulihan MIC perlu disegerakan. Jangan biarkan masyarakat India kehilangan parti politik yang boleh menjadi pelin­dung mereka. Jika BN masih mengharapkan undi masyarakat India, MIC perlu dipulihkan dan tidak membiarkan anggota parti itu tercari-cari siapakah yang benar. Presiden dan timbalan presiden boleh bersilih ganti tetapi anggota parti perlu dikekalkan bukannya beralih mencari perlindungan di tempat lain sama ada DAP, PKR atau mana-mana parti pembangkang.-U/Malaysia

Karakusan Najib Razak

Posted: 09 Aug 2015 10:33 PM PDT


 




Oleh Faiz Fadzil

Kerakusan Najib Razak terus berkuasa berikan 'Impak Maksima' kepada kemerosotan ekonomi dan masalah sosial rakyat Malaysia.

Hari ini nilai mata wang negara Ringgit Malaysia adalah RM 3.93 berbanding 1 dolar US. Reserve Bank Negara pula kini hanya tinggal RM 100 billion, sedangkan hutang negara melebihi RM 800 billion.

Ia adalah bukti kemerosotan ekonomi negara yang tidak dapat dikawal lagi oleh Najib Razak.

Penurunan nilai mata wang disebabkan pelbagai faktor termasuk kehilangan kepercayaan pelabur luar terhadap urustadbir kewangan dan pentadbiran yang bersih dan baik apabila pemerintah umnobn dilanda krisis korupsi dan penyelewengan dana awam yang semakin parah. Aliran keluar pelaburan asing kini mencecah RM 11.6 billion.

Peningkatan harga barang dan petrol ditambah dengan pelaksanaan gst telah memburukkan lagi keadaan ekonomi yang menyebabkan kelembapan pergerakan urusniaga. Semakin kurang pengguna berbelanja semakin merosotlah aktiviti dan pendapatan industri perniagaan dalam semua sektor samaada runcit, kecil dan sederhana, pertanian dan perladangan.

Jika keadaan ini berterusan dan gagal dipulihkan, inflasi akan terus meningkat, rakyat akan terus terhimpit dengan tekanan kemiskinan, kehilangan pekerjaan jika kilang-kilang ditutup yang akhirnya menyebabkan masalah sosial meningkat termasuk perceraian, kebankrapan, lelongan rumah dan penjejasan pendidikan. Maka, masa depan anak muda kian terancam.

Rakyat harus terus bangkit menentang kerajaan umnobn kerana ibu krisis ekonomi ini adalah sistem urustadbir pentadbiran dan kewangan yang korup. Skandal 1MDB ini bukan perkara baru, tetapi habit pemerintah umnobn yang sering dilanda skandal korupsi seperti PKFZ, Perwaja Steel dan NFC dan lain-lain.

‪#‎SelamatkanMalaysia‬

Faiz Fadzil, Pengarah Komunikasi, Gerakan Anakmuda ‪#‎HarapanBaru‬

PM Najib Tolong Jelaskan "Donation" Atau Payment ".

Posted: 09 Aug 2015 10:30 PM PDT



Oleh DATO' HJ MAHFUZ HJ OMAR


1. Isu pemindahan wang ke dalam akaun peribadi PM Najib yang berjumlah RM 2.67 bilion teus menarik perhatian semua pihak dalam atau luar negara.

Ulasan dan penjelasan pemimpin politik Umno Bn termasuk PM Najib makin mengelirukan dan menjadi bahan lawak jenaka di kalangan rakyat. Saya percaya jika ia dijadikan skrip atau bahan utama lawak untuk Pertandingan Maharaja Lawak sudah pasti akan dinobatkan sebagai lawak terbaik musim ini.

PM NAJIB TOLONG
JELASKAN "DONATION" ATAU "PAYMENT".

2. Apa yang diperlukan ialah penjelasan yang sejujurnya daripada PM Najib, apakah status sebenar wang yang dimasukan ke dalam akaun peribadi beliau. Sumbangan derma (donation) atau bayaran (payment) yang diterima beliau daripada pengirim? Mustahil beliau tidak mengetahui siapa pengirim dan apa tujuan kiriman wang tersebut ke dalam akaun beliau?

3. Berdasarkan pendedahan terbaru oleh Sarawak Report seperti borang pemindahan wang MT 103 yang disyaratkan untuk diisi oleh pengirim jelas menunjukan perkataan di bahagian "remittance information" ialah "Partial Payment" (separa bayaran) bagi borang yang pertama untuk kiriman pertama bertarikh 21 march 2013 dan bagi borang yang kedua di bahagian yang sama tercatit perkataan "Second Part For Final Payment" (bayaran akhir) untuk kiriman bertarikh 25 march 2013 ke akaun persendirian milik PM Najib di Aam Islamic Bank.

4. PM Najib perlu menjelaskan bayaran tersebut daripada siapa dan untuk kerja apa dan adakah bayaran tersebut dibayar atas apa-apa kerja dan perkhidmatan yang diberikan oleh Dato' Seri Najib? Apakah kepakaran yang ada pada Najib sehingga beliau boleh menghasilkan pendapatan yang begitu lumayan?

5. Apakah beliau memiliki kepakaran mengurut dan menyedia perkhidmatan mengurut untuk Putera Raja di Timur Tengah sehingga mendapat bayaran RM 2.67 bilion? Saya harap Najib dapat berkongsi idea dan pengalaman pekerjaan serta perkhidmatan yang beliau ada dengan rakyat Malaysia agar lebih ramai rakyat Malaysia mencapai tahap berpendapatan tinggi. Maka tercapailah hasrat untuk melihat Negara berpendapatan tinggi.

6. Rakyat Malaysia sedang menanti penjelasan PM Najib derma atau bayaran. Jika bayaran untuk untuk kerja dan perkhidmatan apa yang dilakukan Najib sehingga mendapat bayaran yang lumayan RM 2.67 bilion?

"SELAMATKAN RAKYAT DAN MALAYSIA TERCINTA"

DATO' HJ MAHFUZ HJ OMAR
Ahli Parlimen Pokok Sena

Tak selamat di sini, kata bos SPRM

Posted: 09 Aug 2015 10:14 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Kepulangan yang ditunggu, namun hanya dua ayat sempat dipetik daripada Timbalan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Shukri Abdull malam ini - "Terima kasih" dan "Di sini tidak selamat".

Beliau 'diserbu' pemberita sejurus selepas tiba dari Amerika Syarikat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hanya mengulangi ucapan itu dan tidak menjawab sebarang pertanyaan daripada wartawan yang menantinya.

Dikelilingi kira-kira 10 pengawal Shukri cuba dirapati untuk mendapatkan komennya mengenai tindakan kerajaan memindahkan serta-merta dua pengarah SPRM pada Jumaat lalu, Shukri hanya menjawab:  "Terima kasih. Terima kasih. Nanti I jumpa you. "

Beliau juga berkata keadaan "tidak selamat" di situ.

"Biar saya selesaikan dulu," katanya.

Turut kelihatan hadir di KLIA ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low Seng Kuan dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya II SPRM Datuk Mustafar Ali.

Tawar diri ganti dua pegawai

Shukri tiba di KLIA pada jam 9.40 malam selepas menamatkan kunjungan rasmi ke AS selama 10 hari.

Kemudian, beliau bersama Low dan Mustafar mengadakan pertemuan kira-kira 15 minit di lounge khas di lapangan terbang itu sebelum menaiki kenderaannya.

Minggu lalu SPRM menjadi tumpuan ramai apabila pegawai kanan dan penyiasatnya ditahan polis yang menyiasat kes kebocoran maklumat berhubung isu pengaliran dana ke akaun persendirian perdana menteri.

Situasi itu berlaku ketika Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed bercuti sakit, manakala Shukri yang berada pada kedudukan kedua organisasi antirasuah itu berada di luar negara.

Seorang timbalan pendakwa raya SPRM dan seorang bekas panel penasihat badan itu adalah antara individu ditahan polis untuk membantu siasatan.

Dua pengarah bahagian SPRM pula dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri.

Keadaan itu menimbulkan suasana tegang antara SPRM dan Polis Diraja Malaysia sehingga mendorong Shukri menawarkan dirinya sebagai ganti untuk pegawai yang ditukarkan kerana kedua-dua mereka bertindak atas arahan beliau. 




Wanita tanggal baju waras, layak dibicarakan

Posted: 09 Aug 2015 10:10 PM PDT

SINAR HARIAN


Wanita buka baju dituduh tak bayar minuman
Aksi wanita berkenaan yang berjaya dirakam


KUALA LUMPUR - Bekas model yang didakwa menanggalkan bajunya di khalayak ramai dengan gambarnya tanpa baju dan coli menjadi viral di laman sosial, adalah waras dan layak dibicarakan di mahkamah.

Majistret Nur'Aminahtul Mardiah Md Nor memutuskan demikian selepas meneliti laporan kesihatan mental yang dikeluarkan Hospital Tanjung Rambutan, terhadap Persana Avril Sollunda, 33.

"Semasa kejadian berlaku beliau (tertuduh) dalam keadaan tidak waras dan tidak sedar, bagaimanapun buat masa ini, keadaan mental beliau adalah stabil dan beliau layak dibicarakan," katanya ketika membaca laporan kesihatan itu semasa sebutan kes itu.

Pada 29 Mei mahkamah memerintahkan Persana Avril dirujuk ke Hospital Tanjung Rambutan, untuk pemeriksaan mental.

[ARTIKEL BERKAITAN: Laporan mental wanita tanggal baju 10 Ogos]

Mahkamah menetapkan tiga hari bermula 11 Jan depan untuk perbicaraan kes itu. 

Persana Avril didakwa menanggalkan baju di khalayak ramai apabila gagal membayar selepas makan di sebuah kedai nasi ayam di Jalan Petaling di sini pada 23 April lepas.

Dia didakwa terhadap pertuduhan melakukan perbuatan lucah di tempat awam mengikut Seksyen 294(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara  maksimum tiga bulan atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Noor Svetlana Mohd Noor Nordin manakala tertuduh diwakili Kelvin Tan. - Bernama


Tukar pegawai SPRM tidak kena masa

Posted: 09 Aug 2015 10:06 PM PDT

Tukar pegawai SPRM tidak kena masa
Mas Ermieyati bersama perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri melaungkan kata-kata keramat 'Hidup Umno' sebelum memulakan mesyuarat perwakilan, semalam.


IPOH - Puteri Umno menganggap pertukaran dua pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke Jabatan Perdana Menteri dibuat pada masa yang tidak sesuai sehingga menimbulkan persepsi negatif di kalangan masyarakat.

Ketuanya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, walaupun tindakan itu bertujuan menyiasat kebocoran maklumat dalam SPRM, insiden tersebut menyebabkan banyak spekulasi khususnya melibatkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Bagaimanapun katanya, perkara tersebut telah berlaku dan berharap apa sahaja tindakan selepas ini perlu ditangani dengan bijak supaya tidak memberi kesan terhadap kepimpinan parti dan negara.

"Bagi saya, pihak yang mengarahkan tindakan berkenaan telah membuat siasatan teliti, malah jika mengimbau sejarah terdahulu, ada juga di kalangan anggota SPRM yang pernah didakwa kerana penyalahgunaan kuasa dan sebagainya.

"Dalam situasi hari ini, saya harap semua pihak bukan sahaja di peringkat tertinggi termasuk di bahagian-bahagian tidak mengeluarkan kenyataan-kenyataan bertentangan kehendak parti yang akhirnya akan merugikan Umno," katanya selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno bahagian Ipoh Timur, semalam.

Sementara itu, ketika mengulas mengenai pengganti Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), beliau berkata, penggantian Pengerusi PAC perlu diusulkan oleh perdana menteri dalam sidang dewan, manakala penggantian anggota PAC pula diusulkan melalui jawatankuasa pemilihan.

"Pada saya tidak perlu adakan penggantian buat masa ini tetapi sekiranya telah difikirkan itu yang sesuai dan Perdana Menteri pun bersetuju, saya tidak menolak," katanya.


Ditahan leka rakam bawah skirt wanita

Posted: 09 Aug 2015 09:32 PM PDT

MALAYSIAKINI


Kegiatan licik tidak bermoral seorang lelaki tempatan berumur 31 tahun yang merakam bawah skirt seorang wanita di kompleks membeli belah Mid Valley, terbongkar apabila tindakannya disedari teman lelaki mangsa.

Aktiviti suspek membuat rakaman ketika mangsa menaiki eskalator dikesan berikutan penemuan beberapa rakaman video daripada telefon bimbit suspek yang dirampas polis.

Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Sharul Othman Mansor berkata dalam kejadian pukul 6.10 petang kelmarin, mangsa yang merupakan seorang pelajar, sedang menaiki tangga eksalator ke tingkat dua kompleks membeli belah itu bersama teman lelakinya.

"Teman lelakinya naik dahulu tangga eskalator kemudian mendapati suspek berada di belakang mangsa. Kemudian teman lelaki mangsa melihat suspek memegang telefon bimbit di celah kangkang mangsa.

"Bagaimanapun, suspek tidak menyedari tingkah lakunya diperhatikan teman lelaki mangsa sebelum dia disergah atas kesalahannya itu," katanya ketika dihubungi, semalam.

Sharul Othman berkata dua pengawal keselamatan di komplek beli belah itu bertindak menahan suspek sebelum diserahkan kepada pihak polis.

Polis merampas sebuah telefon bimbit Samsung berwarna hitam yang mengandungi video mangsa yang dirakam suspek bagi membantu siasatan.

Suspek ditahan menurut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil dan direman sehingga Selasa depan. - Bernama


 

Arahan pindah 2 pegawai SPRM dibatalkan

Posted: 09 Aug 2015 09:25 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Setelah bantahan keras daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), perpindahan dua pegawai kanannya ke Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada Jumaat lalu, dibatalkan hari ini.

Keputusan itu dibuat selepas pertemuan dengan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal hari ini.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa dalam kenyataannya sebentar tadi mengesahkan perkara itu.

Ali berkata beliau telah bertemu sendiri denagn Pengarah Operasi Khas Datuk Bahri Mohamad Zin dan Pengarah Komunikasi Strategik SPRM.

"Kedua-dua pegawai telah memberikan penjelasan mengenai tindakan mereka mengeluarkan kenyataan media.

Susulan penjelasan tersebut, saya telah membuat keputusan membatalkan pertukaran kedua-dua pegawai ke JPM dan kembali ke jawatan asal masing-masing berkuat kuasata pada 10 Ogos 2015 (hari ini)," katanya. 


Dr M: Demokrasi sudah mati

Posted: 09 Aug 2015 09:23 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan rasa meluat kerana Datuk Seri Najib Razak sanggup melumpuhkan siasatan ke atas 1MDB dan juga kes wang RM2.6 bilion dalam akaun perdana menteri itu.

Tindak-tanduk perdana itu menyebabkan demokrasi kini mati, kata Mahathir lagi dalam tulisan di blog chedet.cc.

Tambahnya, pasukan polis sepatutnya menyiasat penggantinya, Datuk Seri Najib Razak dan bukannya mengganggu penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

"Demokrasi sudah mati. Ia mati kerana pemimpin yang dipilih memilih untuk menjatuhkan maruah institusi kerajaan dan menjadikannya sebagai alat untuk mengekalkan kuasanya.

"Tiada lagi demokrasi yang boleh dirosakkan. Tentulah, bercakap mengenai 1MDB tidak akan menjejaskan perkara yang tidak lagi wujud.

"Jika ada pihak yang patut disiasat oleh polis, orangnya ialah Najib," kata Mahathir dalam tulisannya di blog chedet.cc.


2 pegawai SPRM jumpa KP JPA, KSN hari ini

Posted: 09 Aug 2015 09:20 PM PDT

MALAAYSIAKINI


 


Dua pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang ditukarkan serta merta ke Jabatan Perdana Menteri (JPM) dua hari lepas akan menemui Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa hari ini bagi membincangkan pertukaran mereka.

Sehubungan itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim meminta semua pihak bertenang kerana isu pertukaran kedua-dua pegawai itu akan diselesaikan dengan cara terbaik.

"Saya yakin walaupun isu ini urusan pentadbiran, kerajaan akan menanganinya dengan baik. Kita tidak mahu orang ramai hilang kepercayaan kepada agensi-agensi penguatkuasaan," katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat perhubungan Umno negeri Perlis di Padang Besar semalami.

Shahidan mengulas isu pertukaran dua pegawai SPRM tersebut, Pengarah Bahagian Operasi Khas (BOK) SPRM, Datuk Bahri Mohamad Zin; dan Pengarah Komunikasi Strategik SPRM, Datuk Rohaizad Yaakob.

Bahri mengetuai BOK, bahagian yang menyiasat SRC International Sdn Bhd dalam isu (1MDB) manakala Rohaizad menerima rombongan pemimpin pembangkang di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya dan berdialog dengan mereka.

Shahidan yang juga pengerusi badan perhubungan Umno Perlis berkata Umno negeri itu akan membuat persiapan untuk menyambut Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak untuk merasmikan persidangan ketiga-tiga Umno bahagian Kangar, Padang Besar dan Arau secara berkelompok.

Bernama difahamkan persidangan itu akan berlangsung di Dewan 2020 pada 23 Ogos ini yang dijangka dihadiri lebih 12,000 orang.

"Jumlah kehadiran mungkin lebih kerana ahli-ahli Umno ternanti-nanti ucapan perdana menteri berhubung kemelut politik semasa dan media sosial," kata Shahidan. - Bernama


Mat Sabu: Jika kawan Umno, anda kena keluar

Posted: 09 Aug 2015 09:19 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Gerakan Harapan Baru (GHB) tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana anggota gerakan itu yang berkawan atau menyokong seteru politiknya Umno, kata pengerusi jawatankuasa penajanya,  Mohamad Sabu.

Ia juga dilihat sebagai satu peringatan tersirat kepada pemimpin PAS, termasuk Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang kini dilihat selesa dengan Umno.

"Sesiapa yang berkawan dengan Umno, anda kena keluar," kata Mohamad, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, disambut tepukan gemuruh di majlis makan malam Aidilfitri bersama Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng di Seberang Jaya, malam tadi.

Mat Sabu berkata GHB, yang terdiri daripada bekas progresif dari PAS, dituduh mahu hidup senang apabila mereka mengambil keputusan untuk menubuhkan kumpulan serpihan PAS itu.

Keputusan untuk membentuk kumpulan baru itu dibuat selepas DAP mengisytiharkan Pakatan Rakyat telah terkubur, selepas PAS di muktamarnya yang ke-61, meluluskan usul memutuskan hubungannya dengan DAP kerana memutuskan hubungan dengan Hadi.

Bagaimanapun, Mat Sabu menolak sebarang tanggapan bahawa pemimpin GHB mahu mencari cara mudah selepas kekalahan mereka dalam pemilihan PAS Jun lalu, yang didominasi oleh sayap ulama.

Mat Sabu berkata isterinya mengadu bahawa sepanjang 35 tahun perkahwinan mereka, beliau hanya tinggal di rumah selama setahun.

Katanya, ia kerana beliau kerap ditahan, termasuk penahanan di Kamunting di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri.

Katanya, beliau ingin bebas seperti orang lain, berpegangan tangan dengan isterinya di pantai, sepertimana warga emas di Barat.

Bagaimanapun, selepas melihat keadaan yang tidak menentu di negara ini, isterinya berkata 'walaupun anda tidak pulang ke rumah, teruskan perjuangan anda', " katanya disambut tepukan gemuruh hadirin.


Tiada ulasan: