Selasa, 4 Ogos 2015

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Governor Bank Negara dan Orang No. 2 SPRM juga akan di tangkap, selain Clare

Posted: 04 Aug 2015 10:03 AM PDT

Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown hari ini mendakwa bahawa polis Malaysia tidak mempunyai cara untuk mengekstradisinya walaupun mendapatkan waran tangkap  terhadapnya di Kuala Lumpur.

 Katanya, ia kerana 'jenayah' yang polis Malaysia tuduh dilakukannya, tidak wujud di UK dan negara-negara lain.

 "'Jenayah' bagi waran tangkap yang diperolehi itu, tidak wujud di kebanyakan negara di luar Malaysia, jadi saya tidak boleh diekstradisi di bawahnya," katanya. 

 Bukit Aman hari ini mengumumkan bahawa ia telah memperoleh waran tangkap terhadap Clare di bawah Seksyen 124B dan 124I Kanun Keseksaan. Clare dikehendaki untuk siasatan atas dakwaan menjalankan kegiatan yang memudaratkan demokrasi berparlimen.

 Waran itu berkaitan dengan kesalahan-kesalahan yang didakwa dilakukan di bawah Seksyen 124B dan 124I Kanun Keseksaan.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata lebih ramai lagi akan dipanggil dan tidak menolak kemungkinan Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akthar Aziz dan orang nombor 2 SPRM Datuk Mohd Shukri Abdull juga akan turut disoal siasat.

 Clare, Zeti dan Shukri telah dituduh oleh sesetengah pihak sebagai antara mereka yang terbabit dalam satu konspirasi untuk menjatuhkan perdana menteri.

 Juga dalam senarai itu ialah Pemilik kumpulan media Edge, Datuk Tong Kooi Ong.

 Sarawak Report dan The Edge telah menerbitkan artikel mengenai dakwaan skandal 1MDB. ~ malaysiakini

Nota Tambahan : Pada 30 Julai lalu, Ketua polis Negara menafikan  polis sedang menyiasat Gabenor Bank Negara Zeti Akhtar Aziz di bawah Seksyen 124 Kanun Keseksaan yang berkaitan dengan aktiviti menjejaskan demokrasi berparlimen. Penafian tersebut dibuat apabila terdapat dakwaan dari sebuah blog bahawa gabenor dan pegawai-pegawai Bank Negara sedang disiasat oleh polis cawangan khas di bawah Seksyen 124  

SAMBUTAN LUAR BIASA WARGA KUALA LUMPUR TERHADAP ‪#‎HARAPANBARU‬ WP

Posted: 04 Aug 2015 05:00 AM PDT


2 OGOS : Pelancaran #HarapanBaru WP jam 9.00 malam ini di Dewan Kelab Sultan Sulaiman, Kg Baru, KL  telah mendapat sambutan diluar jangkaan.


Menurut TMJ, spt juga di Perlis, Kota Bharu, Perak dan Johor, hampir 3,000 orang hadir memberikan sokongan kpd #HB sehingga melimpah dewan, pd mlm itu dan kutipan derma dekat2 RM5,000. Lebih 20 orang berucap dari wakil2 Dap, Pkr dan NGO. Sementera tokoh2 #HB Pusat antara yg ramai berucap, pun begitu ramai lg yg tidak berkesempatan berucap kerana kekangan masa. 

Beberapa tokoh yg dulunya bersama Pas telah mengistiharkan diri mereka bersama #HarapanBaru dgn menyerahkan borang kpd SU ‪#‎HB‬ Pusat dan Pengerusi #HB WP, Dr Dzulkefly Ahmad dan YB Dr Hatta Ramli. 


Mereka yg berbuat demikian, penyanyi tersohor Sdri Wan Aishah Ariffin; kolumnis Harakah yg juga sasterawan, Pak Shukor Harun; adik arwahnya Mat Indera, Sdra Bahrom Shah Indra dan SU Gerakan Mansuh PPSMI, Husni Abas.

Pak Hj Amjal (kiri paling depan) antara 
ribuan yg hadir 
Pak Amjal seorang aktivis Pas era 80an sehingga kini yg tegar turur hadir bersama2 geng ‪#‎HB‬ Lembah Pantai.  Beliau banyak membantu parti itu dari sudut sumbang duit, tenaga dan penggerak demontrasi sekitar WP. Kini beliau memilih bersama #HarapanBaru.

 Tahniah kpd mereka dan lebih ramai lg tokoh2 masyarakat dan NGO akan mengistiharkan diri bersama #HB sebaik #HB dilancarkan sbg parti politik Islam yg baharu. Juga tahniah kpd YB Dr Hatta Ramli selaku Pengerusi #HB WP dan pasukannya.

LAPORAN KEPADA SPRM UNTUK SIASATAN SUMBANGAN POLITIK BERJUMLAH RM2.6 BILION

Posted: 04 Aug 2015 03:00 AM PDT

Kenyataan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam bahawa sejumlah RM2.6 bilion wang yang dipindahkan ke akaun peribadi Dato' Seri Najib Tun Razak adalah derma politik mengundang lebih banyak persoalan mengenai rasuah dan pecah amanah yang perlu disiasat.

 Saya ingin mengingatkan Dato' Seri Najib Tun Razak dan rakyat Malaysia bahawa skop siasatan Pasukan Petugas Khas ("Special Task Force") yang dianggotai oleh SPRM, BNM, PDRM dan Peguam Negara adalah untuk menyiasat secara keseluruhan urusniaga 1MDB untuk memastikan tidak ada pecah amanah atau salah guna kuasa. Ini meliputi semua tuduhan yang dibawa sebelum ini termasuklah tuduhan wang 1MDB dipindahkan ke akaun milik individu yang rapat dengan Dato' Seri Najib Tun Razak seperti Jho Low; sehinggalah kegagalan 1MDB memenuhi komitmen kewangannya untuk membayar hutangnya yang telah mencecah RM42 bilion.

 Urusniaga pemindahan wang sebanyak RM2.6 bilion ke akaun peribadi Dato' Seri Najib Tun Razak hanyalah satu tugasan kecil yang kebetulan mendapat perhatian rakyat apabila Wall Street Journal mendedahkan adanya dana yang dipindahkan ke akaun peribadi Perdana Menteri. Oleh yang demikian, kenyataan SPRM semalam tidak sedikit pun menjawab soalan-soalan penting yang perlu disiasat oleh Pasukan Petugas Khas yang bertanggungjawab kepada rakyat untuk merungkai semua persoalan mengenai 1MDB.

 Malah, kenyataan SPRM semalam mengundang lebih banyak persoalan mengenai sumbangan politik berjumlah RM2.6 bilion itu, terutamanya berhubung peruntukan-peruntukan khusus Akta SPRM 2009 seperti berikut: 

  Seksyen 3 Akta SPRM menetapkan bahawa Dato' Seri Najib Tun Razak adalah penjawat awam yang tidak dibenarkan menerima "suapan" dalam apa jua bentuk sekali pun. Takrifan "suapan" di bawah akta ini termasuklah hadiah dan derma apabila hadiah dan derma itu diberikan untuk mendapat balasan.

  Seksyen 50 Akta SPRM menetapkan bahawa sekiranya seorang penjawat awam memberi atau menerima suapan, penjawat awam itu telah melakukan satu rasuah.

  Seksyen 16 Akta SPRM menetapkan bahawa seseorang yang didapati bersalah melakukan rasuah boleh dipenjarakan sehingga 20 tahun.

 Tidak ada rakyat Malaysia yang waras yang boleh menerima penjelasan bahawa Dato' Seri Najib Tun Razak menerima derma sebanyak RM2.6 bilion dari seseorang untuk membiayai kempen PRU13 Barisan Nasional tanpa penderma itu mendapat sebarang balasan. Oleh itu, derma yang disebut-sebut oleh pimpinan Umno sekarang ini boleh digolongkan sebagai suapan mengikut Seksyen 3 Akta SPRM.

 Oleh itu, pada hari ini telah mengarahkan pimpinan KEADILAN di seluruh negara di semua peringkat untuk membuat laporan kepada SPRM mendesak SPRM memulakan siasatan terhadap sumbangan politik itu mengikut peruntukan di bawah Akta SPRM 2009. Satu pekeliling dengan laporan contoh telah dikeluarkan kepada pimpinan KEADILAN di seluruh negara bagi tujuan ini.

Saya menjemput seberapa ramai rakyat Malaysia untuk turut sama membuat laporan SPRM untuk menyiasat mengenai sumbangan politik kepada Dato' Seri Najib Tun Razak ini sebagai luahan rasa marah rakyat kepada perkembangan politik mutakhir.

 RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG 
AHLI PARLIMEN PANDAN

Semoga Allah berikan petunjuk serta takdir yang terbaik ....

Posted: 04 Aug 2015 01:00 AM PDT

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) nampaknya begitu kecewa kerana sehingga kini 4 orang pegawainya termasuk Pengarah Operasi Khasnya dan pengarah forensik SPRM IG Chandran telah disoal siasat oleh polis.

Keempat-empat mereka terlibat dalam siasatan SPRM terhadap SRC International Sdn Bhd yang dikaitkan dengan 1MDB.

Lantaran itu telah mendorong SPRM mengadakan solat hajat  di surau SPRM selepas solat Zohor hari ini yang dipimpin oleh bekas Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme SPRM), Datuk Seri Zakaria Jaffar dan disertai kira-kira 100 warga kerjanya.

Berikut pula berita yang kita sangat berharap, ia bukanlah kes balas dendam sebagaimana ungkapan yang biasa kita dengar 'Hari ini hari engkau, esok hari aku pula!' Utusan.com. melaporkan : 

Dua inspektor polis ditahan SPRM  

SEREMBAN 4 Ogos - Ketua Polis Daerah Seremban, ACP Muhamad Zaki Harun hari ini mengesahkan dua inspektornya ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menerima suapan RM3,500 daripada orang awam.

 Beliau berkata, SPRM menghubunginya lewat petang semalam bagi memaklumkan penahanan pegawai terbabit. 

"Kedua-duanya ditahan SPRM kerana disyaki menerima suapan bagi kes yang sedang disiasat mereka.

 "Saya akan memberikan kerjasama penuh kepada SPRM jika diperlukan," katanya kepada media di sini.

Kedua-dua inspektor itu yang masing-masing berusia 26 dan 28 tahun, ditahan SPRM di Terminal 1, di sini kira-kira pukul 6.10 petang semalam.

 Kes disiasat mengikut Seksyen 17A Akta SPRM 2009.- BERNAMA 

Agak-agak tangan siapa ?

Posted: 04 Aug 2015 12:00 AM PDT

Pengarah Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Bahri Mohamad Zin membayangkan kemungkinan wujud 'tangan tersembunyi' di sebalik tindakan polis sekarang.

 Bahri berkata demikian kepada pemberita selepas disoal siasat oleh pasukan polis dari Bukit Aman di bawah Seksyen 124 Kanun Keseksaan kerana aktiviti yang menjejaskan demokrasi berparlimen.

 Beliau menegaskan bagaimana SPRM telah menyiasat isu SRC International "siang dan malam" dan tiba-tiba ada tangkapan.

 "DPP kami (Ahmad Sazalee Abdul Khairi) diambil pada jam 1 pagi (Sabtu)," katanya sambil menambah bahawa langkah itu amat mengherankannya.

 "Saya rasa pihak polis tak buat kerja gila macam ni kecuali ada pihak yang mengarahkan sedemikian," katanya.

 Selain Ahmad Sazalee, polis turut menahan bekas penasihat SPRM, Tan Sri Rasphal Singh dan seorang pegawai Pejabat Peguam Negara, Jessica Gurmeet Kaur.

 Menurut polis, Rashpal dan Jessica telah ditahan berkaitan dengan laporan yang dibuat terhadap editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown.

 Ketiga-tiga telah pun dibebaskan.

 Pasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman menghabiskan masa selama tiga jam bercakap dengan Bahri hari ini.

 Bahri beredar dengan tergesa-gesa dan hanya bercakap sekejab kepada wartawan yang hadir.

 Bahri juga menafikan yang beliau telah ditukar tugas atau bercuti berhubung dengan siasatan pasukan petugas khas itu.SUMBER 

Komen al-Husseyn :


Minggu lepas, draf kertas pertuduhan itu telah disebar secara meluas di media sosial yang mendakwa ia adalah sebab di sebalik penamatan secara tiba-tiba perkhidmatan Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai peguam negara.

 Ketua bahagian pendakwaan Jabatan Peguam Negara, Tun Abdul Majid Tun Hamzah mengeluarkan penafian melalui Twitter. Diikuti penafian oleh Peguam negara yang baru dilantik, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, bahawa dokumen itu adalah palsu.

Tapi sehingga kini, kenapa pihak berkuasa tidak mahu mendapatkan kenyataan dari Gani Patail sendiri berhubung dengan dokumen tersebut?

Selain penafian dari mereka yang memang tukang bodek Najib, keadaan lebih aneh kerana siasatan polis bertumpu untuk mencari dan mengesan pihak yang bertanggungjawab membocorkan maklumat mengenai draf kertas pertuduhan tersebut.

Kalau dah benar dokumen tu palsu sebagaimana penafian mereka tu, kenapa polis perlu menyiasat hingga  menahan beberapa orang hingga termasuk Pengarah Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Bahri Mohamad Zin? 

Jangan lupa untuk ucapkan tahniah kepada Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun yang kini baru dilantik sebagai Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, tukang kumpul dan memproses risikan keselamatan dotdot dotdot!

Siasatan PAC ke atas 1MDB disabotaj, kata timbalan pengerusi

Posted: 03 Aug 2015 09:00 PM PDT

Dr Tan Seng Giaw (kiri) dan di sebelahnya bekas
pengerusi Datuk Nur Jazlan Mohamed (tengah)
dinaikkan pangkat menyertai Kabinet. 
OLEH EILEEN NG
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) sudah menjangkakan siasatan ke atas 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akan "sengaja disabotaj", kata timbalan pengerusinya Dr Tan Seng Giaw selepas kehilangan tunggak utama menjelang sesi pendengaran bersama eksekutif dan bekas eksekutif syarikat sarat hutang itu.

 Jawatankuasa bi-partisan itu sepatutnya menyoal siasat bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) 1MDB Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi di Parlimen pagi ini, sebelum diteruskan dengan Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB Arul Kanda Kandasamy esok.

 Mohd Hazem Abdul Rahman yang berkhidmat sebagai CEO 1MDB dari Mac 2013 hingga Januari 2015, turut diminta memberi keterangan kepada jawatankuasa itu pada Khamis ini.

 "PAC sengaja digantung dan kami sudah menjangkakan pegawai 1MDB tidak akan hadir.

 "Kami sudah menjangka segala-galanya akan sengaja disabotaj," kata Dr Tan kepada The Malaysian Insider.

 Dr Tan enggan mengulas lanjut mengenai siapakah yang "sengaja mensabotaj" prosiding PAC tetapi mengatakan tidak pernah berlaku dalam sejarah ramai daripada 13 ahli jawatankuasanya keluar menyertai Kabinet secara serentak. PAC kehilangan pengerusinya yang lantang, Datuk Nur Jazlan Mohamad dan 3 ahli lain - Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, Datuk Mas Ermieyati Samsudin dan Datuk Wilfred Madius Tangau. Minggu lepas keempat-empat mereka dinaikkan pangkat ke Kabinet. Pelantikan mereka ke dalam Kabinet sekali gus membatalkan status mereka sebagai ahli PAC.

 Terdapat percanggahan pendapat mengenai pemahaman ke atas Peraturan Mesyuarat di mana ahli jawatankuasa yang kekal dalam PAC masih boleh meneruskan sesi perbicaraan.

 Biarpun Dr Tan dan ahli pembangkang lain jawatankuasa itu mengatakan ahli PAC yang kekal boleh terus menjalankan siasatan ke atas 1MDB, namun Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang memetik Peraturan Mesyuarat 77(3), mengumumkan semua prosiding PAC, termasuk siasatan ke atas 1MDB , terpaksa ditangguhkan sementara menunggu pelantikan seorang pengerusi baharu dan ahlinya.

 Pandangan Pandikar itu dipertikaikan ahli PAC daripada pembangkang dan juga Majlis Peguam yang mengatakan jawatankuasa itu masih boleh berfungsi kerana ia mempunyai kuota mencukupi, manakala Dr Tan sebagai timbalan pengerusi boleh mengambil alih tugas pengerusi.

 Dr Tan mengesahkan PAC sudah menerima surat rasmi daripada setiausaha Parlimen memaklumkan mengenai penangguhan semua prosiding siasatan, termasuk pendengaran ke atas 1MDB.

 Tetapi ahli jawatankuasa daripada pembangkang akan meneruskan mesyuarat hari ini, katanya sambil berharap ahli yang kekal daripada parti pemerintah Barisan Nasional juga akan hadir.

 Perkembangan terkini itu juga menandakan Shahrol dan Arul Kanda terlepas daripada PAC buat kali kedua. Mereka gagal menghadirkan diri pada sesi pendengaran yang dijadualkan berlangsung pada 26 Mei lalu atas urusan kerja di luar negara.Baca seterusnya di sini

Kenapa pecat Muhyiddin, Gani, jika RM2.6 bilion cuma derma, soal PAS

Posted: 03 Aug 2015 07:00 PM PDT

 Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man  desak DS Najib Razak menjelaskan
mengapa beliau mengambil masa yang begitu lama menjelaskan
berkenaan derma RM2.6 bilion. 
PAS hari ini mengajukan 10 soalan yang perlu dijelaskan susulan kenyataan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung derma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

 Timbalan Presidennya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan mendesak Najib menjelaskan mengapa beliau mengambil masa yang begitu lama menjelaskan berkenaan derma itu.

 "Mengapa Najib mengambil masa sebegitu lama untuk menjawab persoalan ini, lebih-lebih lagi setelah pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tan Sri Abdul Gani Patail serta penahanan beberapa pegawai Bank Negara dan SPRM berkaitan dengan kebocoran maklumat siasatan?" soalnya.

 Beliau merujuk kepada Muhyiddin yang digugurkan dari Kabinet sebagai timbalan perdana menteri pada 28 Julai dan Gani yang digantikan dengan Tan Sri Mohamed Apandi Ali sebagai peguam negara berkuatkuasa 27 Julai.

 Tuan Ibrahim turut menggesa agar dermawan yang menyumbangkan wang itu ke dalam akaun Najib didedahkan, serta syarat-syarat yang dikenakan ke atas penerimaan derma itu dinyatakan.

 "Siapa penderma yang sebegitu murah hati? Mengapakah akaun itu ditutup jikalau ia dianggap bukan satu kesalahan? "Apakah syarat-syarat derma RM2.6 bilion? Susah dibayangkan derma sebesar ini dilakukan tanpa syarat ke akaun Perdana Menteri," katanya.

 Tuan Ibrahim turut menyenaraikan 6 lagi persoalan untuk dijelaskan:

 * Apakah ini derma dan bukan rasuah untuk habuan tertentu? Apakah siasatan SPRM melihat kepada perkara ini?
* Apakah ini sekadar permainan perakaunan? 
* Jika betul ia bukan duit 1MDB, mengapa sehingga kini saman kepada The Wall Street Journal (WSJ) masih tertangguh?
* Ketika wang derma dimasukkan ke akaun Najib, apakah Ambank memaklumkan perkara ini kepada Bank Negara?
* Mengapa Lembaga Hasil Dalam Negeri berdiam diri apabila ada akaun perseorangan yang memiliki dana sebanyak RM2.6 bilion? 
* Apakah peranan Pengarah Urusan SRC International Nik Faisal Ariff Kamil? Apakah polis mengetahui di mana beliau berada?

 Petang tadi, SPRM mengatakan RM2.6 bilion yang disalurkan ke akaun peribadi perdana menteri merupakan sumbangan penderma, bukan dari syarikat berkaitan 1MDB seperti didakwa pihak tertentu.Baca seterusnya : di sini

Siapa yang derma RM2.6 bilion kepada Najib?

Posted: 03 Aug 2015 05:30 PM PDT

SPRM mengesahkan   bahawa RM2.6 bilion yang telah didepositkan ke dalam akaun Najib itu, datang daripada "penderma" dan bukan dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB) seperti yang didakwa sebelum ini. 

 SPRM tidak pula mendedahkan identiti penderma ini atau tujuan sumbangan tersebut serta bagaimana wang itu dibelanjakan. 

 Kenyataan SPRM tersebut telah mengundang beberapa reaksi dari ramai pihak untuk mendapatkan penjelasan lebih telus.

 Peguam terkemuka Datuk Ambiga Sreenevasan, jika sumbangan itu datang dari sumber asing, ia akan mungkin melanggar beberapa undang-undang, termasuk yang meliputi pengubahan wang haram.

"Sesiapa yang mendermakan jumlah wang yang besar itu akan mempunyai agenda. Apakah agendanya itu? " Tanya beliau.

Cynthia Gabriel, Pengarah Pusat untuk Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4), menggesa Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini melancarkan siasatan ke atas sumbangan RM2.6 bilion daripada penderma dalam akaun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

 Menurutnya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu mendedahkan maklumat lanjut mengenai sumber dana, yang suruhanjaya itu sahkan adalah daripada "penderma" dan bukan dari 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebagaimana yang didakwa sebelum ini.

A Kadir Jasin secara sinis menulis dalam blognya,"Awat la cik tak bagi tau awai-awai?"

Mengapa Mohd Najib dan seluruh briged tukang spinnya tidak berterus terang sahaja dengan kisah derma ini dari awal?

 Beberapa hari sebelum pengumuman SPRM hari ini, khabar angin bertiup kencang bahawa seorang pembesar Arab dan sheikh super kaya  "mengaku" telah menderma sejumlah wang yang besar kepada Mohd Najib. Itulah sebabnya dalam posting bertajuk "Hikmah Di Sebalik Pemecatan Muhyiddin" pada 31 Julai saya menyatakan perkara berikut dalam ruangan komen:

"Saya pun dengar cerita seribu satu malam daripada Ali Baba Bujang Lapok yang kata, ada seorang saudagar yang sangat kaya yang ada ribu-ribu unta dan tikar terbang dari negeri Autastan, jiran Tipustan, bagi sadakah bilion-bilion dirham kepada DS Najib. Masya-Allah, banyaknya duit Sheikh unta itu. Alhamdulillah murahnya rezeki DS Najib. Shukran!" 

Dengan peristiwa sejak kebelakangan yang begitu luar biasa cepat, dramatik dan hebat,  penamatan perkhidmatan Peguam Negara (Tan Sri) Abdul Gani Patail pada 27 Julai dan rombakan kabinet pada 28 Julai, adalah sukar untuk memaksa rakyat supaya tidak membuat spekulasi.

 Siapakah penderma ini dan mengapa ia mengambil masa yang lama bagi SPRM dan Pasukan Petugas 1MDB  untuk mengetahui bahawa AS $ 700 juta adalah dari derma?

Jika wang dalam akaun Perdana Menteribukan dari 1MDB, mengapa Jho Low tidak berkata begitu atau mengapa orang yang dikaitkan dengan akaun/s terpaksa melarikan diri dari negara ini?

 Mereka yang sedang diburu oleh Pasukan Petugas, termasuk Nik Faisal Ariff Kamil dan (Datuk) Suboh Mohd Yassin, kini perlu tampil ke hadapan untuk membersihkan nama Perdana Menteri, kata A Kadir Jassin di sini.

Saya nak tanya korang: Korang percaya tak ada orang nak derma kepada kepada suami yang isterinya terkenal boros berbelanja?

Tiada ulasan: