Sabtu, 18 Julai 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Najib Betul- Betul Terkedu.. Saksikanlah

Posted: 18 Jul 2015 07:30 PM PDT

 

Najib Betul- Betul Terkedu.. Saksikanlah. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak hari ini tidak menjawab soalan media mengenai dakwaan bahawa RM2.6 bilion dana 1MDB masuk ke dalam akaun bank peribadinya dan digunakan untuk tujuan pilihan raya umum.

Ketika ditemui pemberita di majlis rumah terbuka Hari Raya di Putrajaya, beliau tidak mahu menjawab soalan berhubung dengan 1MDB.Beliau diminta mengulas laporan Wall Street Journal (WSJ) yang mendakwa wang 1MDB itu dikesan masuk ke dalam dua akaun simpanan AmBank di bawah namanya.


Akaun-akaun itu telah pun ditutup.Najib hanya merenung wartawan berkenaan dan diam.Sebelum ini, perdana menteri telah menafi mengambil wang rakyat untuk kepentingan peribadi tetapi tidak secara khusus menjawab sama ada wang itu telah didepositkan ke dalam akaun bank peribadinya.

Najib Betul- Betul Terkedu.. Saksikanlah

Begitu juga dengan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang turut menghadiri rumah terbuka itu, juga enggan mengulas mengenai perkara itu."Jangan tanya soalan," katanya, sambil melambai ke arah pemberita.Sebuah pasukan petugas khas untuk dibentuk untuk menyiasat perkara itu.

Datin Seri Rosmah Mansor, isteri kepada perdana menteri, juga membisu mengenai dakwaan RM2 juta dalam bentuk wang tunai yang dilaporkan disalurkan ke dalam akaun bank peribadinya awal tahun ini.

Beliau diminta mengulas gesaan pelbagai pihak yang meminta beliau mendedahkan sumber wang itu dan tujuannya.Malaysiakini tidak dibenarkan masuk ke Seri Perdana untuk membuat liputan rumah terbuka Najib.

 Wartawan berkenaan terpaksa beratur dengan orang ramai untuk bersalam dengan Najib dan isterinya di lobi kediamannya. Soalan-soalan itu diajukan kepada mereka di sana.

Konspirasi dan kebenaran SKANDAL 1MDB Oleh Apanama

Posted: 18 Jul 2015 07:00 PM PDT

 
Nampaknya pelbagai percubaan telah dan sedang dilakukan untuk mengaburi mata rakyat dari Skandal 1MDB. Secara khususnya cubaan demi cubaan dilakukan untuk mengalih tumpuan orang ramai dari penglibatan langsung Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dalam skandal yang amat memalukan negara ini.

Konspirasi dan kebenaran SKANDAL 1MDBUntuk makluman, Najib Tun Razak belum lagi menjawab isu wang tunai berbillion Ringgit yang dilaporkan telah disimpan dalam akaun peribadi beliau di Ambank. Laporan akhbar terkemuka dunia The Wall Street Journal dalam satu pembongkaran eksklusif telah melaporkan butiran agihan dana bernilai lebih kurang 700,000,000 Dolar Amerika (anggaran RM2.6 Billion) dan telah beberapa kali selepas itu membuat kenyataan bahawa laporan mereka adalah berasakan bukti kukuh.

Selain percubaan untuk mengalihkan perhatian serta persoalan rakyat akan laporan dana dalam akaun, sehingga kini Najib belum lagi mengambil apa-apa tindakan undang-undang yang jelas terhadap WSJ kecuali meminta jasabaik WSJ untuk menyuluh sesuatu yang sudah terang menerusi satu surat permintaan kepada akhbar tersebut.

Untuk beberapa ketika isu pergaduhan di Plaza Low Yat diKuala Lumpur cuba dicanang disana sini untuk mengalih perhatian rakyat dan apabila percubaan itu gagal timbul pula seorang bekas editor akhbar dari Sarawak yang telah beberapa kali dipecat dari jawatan beliau sebelum ini.

Cerita konspirasi editor tersebut 'mati ketika dilahirkan' apabila beliau mengaku telah dibayar oleh seseorang yang mengaku sebagai Pegawai Khas kepada Perdana Menteri.

Kini cerita warga Swiss yang ditahan Polis Thailand untuk siasatan perasugut terhadap PetroSaudi pula muncul kembali. Pada mulanya Polis Thailand telah menolak beberapa permintaan Polis Malaysia untuk mencampuri isu Justo.


Namun beberapa laporan terkini dan percubaan tanpa henti akhbar tempatan ternampak seolah satu lagi skrip konspirasi telah disediakan. 

Konspirasi kali ini berkisar dengan kenyataan jurucakap Polis Thailand yang telah membuat kenyataan berbau politik dimana konon-nya Justo telah mengaku berjumpa dengan beberapa ahli politik (pembangkang dan ahli Umno) dalam urusan menjual beli maklumat sulit tentang 1MDB-Petrosaudi.

Bersedialah untuk disajikan dengan pelbagai rasa hidangan berencah Thailand berasaskan pengakuan Justo yang datangnya dari pihak ketiga, ke-empat dan para pendukung Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak.

Dalam suasana dimana kita tidak pasti sama ada watak Justo itu sendiri adalah kisah benar atau sebenarnya sebahagian daripada beberapa cerita rekaan untuk mengalih perhatian dari penyiasatan skandal 1MDB, cerita konspirasi adalah tidak berapa penting.

Jika konspirasi dijadikan sandaran maka tidak mungkin bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar bin Ibrahim disabitkan kesalahan, dua kali, oleh badan penghakiman negara.

Jika cerita konspirasi dijadikan sandaran, Najib pun ada berjumpa dengan Saiful Bukhari sebelum laporan polis kes liwat kedua terhadap Anwar Ibrahim dibuat. Apakah perjumpaan itu menidakkan jenayah liwat yang dilakukan Anwar?

Jika tidak kenapa perjumpaan Justo dengan ahli politik Malaysia atau Ahli Kongres Timbaktu atau mungkin Sami Budha dari Burma harus menjadi isu utama yang dicanang tanpa henti? Jika Justo meniduri pelacur dari Kota Belit pun, tidak menjadi isu kepada rakyat Malaysia.

Perkara pokok bagi kita adalah - rasuah, salahguna kuasa, melesapkan duit negara, mencuri tanah milik kerajaan, menipu pihak berkuasa termasuk Bank Negara dan berbohong kepada rakyat Malaysia.

Yang penting bagi kita rakyat Malaysia ialah untuk memastikan agar negara kita ini tidak diketuai oleh seorang individu yang tidak bermoral, rasuah, pembohong dan telah menggadaikan diri kepada kuasa asing, termasuk saudagar Unta yang kaya-raya dari Timur Tengah.

Yang penting bagi kita adalah agar Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia, tampil memperjelaskan beberapa jenayah penipuan, pengalihan wang haram serta salahguna kuasa yang melibatkan beliau sebagai penjawat awam yang telah bersumpah untuk setia kepada negara ini.

Kita risau kalau-kalau negara kita ini sebenarnya sudah tergadai. Kita amat risau jika pemimpin kita tidak lagi bergerak diatas landasan kebenaran demi kepentingan negara Malaysia dan rakyatnya. Kita risau kebatilan semakin subur dengan taburan wang ringgit dan emas permata. Kita risau akan kelangsungan negara kita Malaysia.

Tidak mengapa jika Najib tidak ingin menceritakan apa beliau bincang dengan mangsa liwat Anwar Ibrahim sebelum laporan Polis dibuat beberapa tahun yang lalu itu, kita ingin tahu kebenaran akan skandal 1MDB yang amat memalukan negara dipersada dunia sekarang.

Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak harus tampil menjawab segala persoalan yang ditimbulkan secara terbuka dan bukannya menyorok dibelakang budak hingusan bergelar Menteri kabinet.

Perdana Menteri boleh bermula dengan menjawab soalan mudah berikut:-


Datuk Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak, BENAR atau TIDAK duit berjumlah lebih kurang RM2.6 Billion dimasukkan kedalam akaun peribadi anda di Ambank?

- http://www.apanama.my/

 

Sirul diainaya-Mak Long Piah - FMT Reporters

Posted: 18 Jul 2015 06:30 PM PDT

 
mahathir_sirul_600

Naluri keibuan dan perwatakan Sirul menyakinkan Piah anaknya tidak membunuh Altantuya Shaariibuu

PETALING JAYA: Berdasarkan naluri, perwatakan dan hubungan yang rapat antara anak dan ibu, Piah Ahmad yakin anaknya tidak bersalah membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Jelasnya, perkara yang sama turut diakui mereka yang rapat dengan anaknya, termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dalam pertemuannya sebelum ini, Dr Mahathir menzahirkan perkara itu kerana cukup mengenali Sirul yang pernah bertugas sebagai salah seoranng pengawal peribadinya.

"Tun beritahu, dia (Sirul) budak baik. Dia duduk kerja dengan Mahathir banyak tahun. Tun kata, takkan dia (Sirul) nak buat orang macam ini, walaupun setelah menerima arahan," kata Mak Piah," katanya ketika ditemu ramah wartawan FMT.

Ulasnya lagi yang dikenali sebagai Mak Long Piah oleh masyarakat setempat, dalam pertemuan dengannya di Australia beberapa bulan lalu, berkali-kali Sirul menafikan melakukan perbuatan itu.

Meskipun Mahkamah Persekutuan pada Januari lalu memutuskan anaknya bersalah atas tuduhan membunuh dan dikenakan hukuman mati namun, dia yakin dengan nalurinya sebagai seorang ibu, bahawa Sirul terainaya.

Bahkan katanya yang kini menginjak usia 73 tahun, sejak anaknya dituduh, kawan-kawan rapat dan teman setugas dengan Sirul juga mempunyai tanggapan yang sama.

"Mak Piah yakinlah, sebab apabila ditanya, dia pun tidak mengaku bahawa dia buat (bunuh Altantuya). Malah, kawan dia yang bekerja sebagai pegawai polis juga tidak percaya," katanya.

Menteri BN sanggup berbohong demi bodek KERAjaan ibarat MENUTUP BANGKAI GAJAH yg dah busuk..

Posted: 18 Jul 2015 06:00 PM PDT




Agak2 lah nak bodek. Tak kan SANGGUP MENIPU berbanding fakta sebenar.. Ini Menteri Pengangkutan ka atau Menteri Ampu Bodek.. Biasalah dlm BN, syarat nak duduk kekal lama dlm kabinet Najib MESTI KUAT AMPU JILAT SAMPAI NAJIB LETAK JAWATAN... "YOU HELP ME, I HELP YOU" Posted & copy by RAKYAT MARHAEN

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
Agak2 lah nak bodek. Tak kan SANGGUP MENIPU berbanding fakta sebenar.. Ini Menteri Pengangkutan ka atau Menteri Ampu Bodek.. Biasalah dlm BN, syarat nak duduk kekal lama dlm kabinet Najib MESTI KUAT AMPU JILAT SAMPAI NAJIB LETAK JAWATAN... "YOU HELP ME, I HELP YOU" Posted & copy by RAKYAT MARHAEN

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

Teruskan perjuangan menentang kezaliman BN...!!! Jumpa di Ipoh...

Posted: 18 Jul 2015 05:30 PM PDT

Clare: Saya sedang dicerca kerana mendedahkan kebenaran ??

Posted: 18 Jul 2015 04:30 PM PDT



Putrajaya berusaha keras untuk mengalihkan perhatian orang ramai dari skandal 1MDB dan hubungannya dengan Najib, kata pengasas Sarawak Report Oleh K Kabilan

KUALA LUMPUR: Pengasas laman Whistle-blower Sarawak Report yang Clare Rewcastle Brown berkata beliau hanya menjalankan tugasnya dan menyampaikan fakta-fakta untuk pembaca pintar di Malaysia dengan mendedahkan salah laku dalam 1MDB.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan baru-baru ini yang telah dikaitkan Clare dan Sarawak Report didakwa mengganggu dokumen yang berhubungan dengan 1MDB.

Beliau telah dituduh bersubahat dengan pembangkang terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan memalsukan dokumen 1MDB. Pada hari Khamis, polis Thai mendakwa bekas pengarah PetroSaudi International Xavier Andre Justo - yang berada dalam jagaan mereka untuk memeras ugut bekas majikannya - telah bertemu dengan kira-kira 10 orang untuk menjual dokumen berkaitan dengan 1MDB dan PetroSaudi.

Clare dikatakan salah seorang daripada mereka, bersama-sama dengan orang-orang Umno, pemimpin-pemimpin pembangkang dan wartawan Malaysia atau bos media. Pada hari yang sama, bekas wartawan Sarawak Lester Melanyi mendakwa dia mengambil bahagian dengan plot terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib oleh Sarawak Report dan pembangkang, didakwa memalsukan dokumen yang berhubungan dengan 1MDB.

Sarawak Report telah menafikan apa-apa plot dan mempersoalkan kredibiliti Lester dengan berkata bahawa dia telah dibayar untuk membuat tuntutan tersebut.

Apabila Berita Daily bertanya Clare untuk bertindak balas kepada dakwaan ini melalui temu bual e-mel, warganegara UK kelahiran Malaysia itu berkata ini adalah cubaan Putrajaya untuk mengalihkan perhatian orang ramai dari skandal 1MDB dan hubungannya dengan Najib.

"Mereka cuba untuk mengalihkan perhatian daripada jenayah; mereka cuba untuk memburuk-burukkan dan mencemar nama baik mereka yang telah mendedahkan dan mereka agak jelas dalam taktik ini dalam proses itu," katanya.

"Saya rasa mereka cuba untuk mewujudkan gangguan dan untuk menjatuhkan saya melalui media yg mereka kuasai," tambah beliau.

"Mereka telah menggodam saya dan saya rasa mereka boleh terus mencuba untuk membayar orang untuk mengatakan barangan.

Tetapi, saya hanya akan melakukan kerja saya dan membentangkan fakta-fakta untuk pembaca pintar di Malaysia," tambah beliau.

Apabila ditanya mengenai pertemuan yg dikatakan beliau dengan Justo, Clare enggan mengulas mengenai perkara itu. "

Apa ada kaitan dengan orang Thai dan penyiasatan mereka sebagai ancaman pemerasan mendakwa dan / atau kesalahan imigresen didakwa oleh Encik Justo ?," tanya beliau.

"Mengapa saya akan bekerja dengan mana-mana orang-orang ini - tetapi sama ada saya hubungi ahli-ahli politik Malaysia dan tokoh masyarakat, ya saya berbuat seperti mana-mana wartawan lakukan," katanya.

Beliau menambah bahawa dia bukan orang yang bertanggungjawab atas kehilangan berbilion-bilion wang pembayar cukai Malaysia. "Fakta perkaranya ialah setiap yang telah saya lakukan bukanlah di bawah siasatan.

"Satu-satunya sebab saya yang dimaki-maki dan diburu oleh orang-orang yang terlibat dalam kehilangan wang ini ialah saya telah mendedahkan aspek yang jelas muncul sebagai satu jenayah yang besar," kata Clare.

"Saya merasakan bahawa jika Umno mengambil jalan keluar seperti yg tidak masuk akal ini, maka mereka mustahil untuk menentang isu-isu yang mereka hadapi keatas skandal 1MDB," kata beliau beritadaily

 

HARAPAN DAN IMPIAN BARU.

WOW Foto-foto seksi isteri baru Nazri@Bongkak.....Patutlah Nedim melenting seksi ooooo suarakami

Posted: 18 Jul 2015 04:00 PM PDT

 
Kami terpanggil untuk mencari siapakah gadis bermadu yang dimaksudkan Nedim yang 'desperate' menggunakan 'title' Datin Seri ini. Rupanya, gadis yang dimaksudkan adalah Haflins, ibu tiri kepada Nedim sendiri.

Wow!!! Memang hot!! Tiada kata lain yang sesuai bila melihat gambar Datin Seri Haflins isteri kepada Datuk Seri Nazri Aziz ni.

Menurut jawapan balas Datin Seri kepada Nedim, beliau tiada isu untuk menggunakan Datin Seri kerana tiada di dalam warta kerajaan.

Datin Seri tidak berhenti di situ sahaja. Dia terus menempelak Nedim kerana tidak menghormati kerjaya ayahnya dan membawa isu ini ke 'public'.

Apa-apa pun, perkara boleh settle ape. Tapi mak tiri Nedim memang hot lah!!!





Suara Kami

Umno Pulak Yang Bimbang Harapan Baru Akan Musnahkan PAS

Posted: 18 Jul 2015 02:06 PM PDT



Kumpulan yang menamakan mereka sebagai Gerakan Harapan Baharu (GHB) dilihat sengaja ditubuhkan bagi melumpuhkan PAS, kata Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC), Tan Sri Shahrir Samad.

Menurut beliau, kewujudan kumpulan tersebut dilihat hanyalah untuk mengisi ruang membalas dendam dengan parti Islam tersebut.

Ini kerana, mereka yang terdiri daripada kumpulan ini ialah golongan profesional di dalam PAS yang sentiasa bercanggah pandangan dan pendapat dengan kumpulan ulama parti itu.


"Kewujudan GHB ini memang sengaja untuk membunuh PAS yang sedia ada. Dia akan menimbulkan masalah dengan membalas dendam, akan cuba untuk menunjukkan masih ada pengaruh, orang dia lebih disambut baik oleh DAP dan PKR, akan mengakibatkan pertandingan tiga penjuru.

"Dan jika wujud pertandingan tiga penjuru, saya nampak ruginya dan akhirnya akan membunuh PAS sendiri.

"Jadi dia akan menjadi pengacau dan lebih mendorong kepada kekalahan Pakatan Rakyat. Dia akan pecahkan sistem dua parti itu," katanya kepada The Rakyat Post baru-baru ini.

Malah jelasnya, kewujudan kumpulan tersebut dilihat lebih kepada memenuhi rasa kecewa ekoran kekalahan di dalam pemilihan tempoh hari.

Pada awalnya, kumpulan tersebut menggelarkan diri mereka sebagai G18 yang melibatkan 18 orang ahli-ahli PAS yang gagal pada Muktamar Tahunan ke-61 awal Jun lalu.



"Jadi disebabkan kalah dalam pemilihan parti sendiri serta meninggalkan parti induk dan menubuhkan parti baru, akhirnya dia akan dilihat sebagai kumpulan yang kecewa dan terdesak.

"Kerana nak menegakkan kepentingan, maka kata mereka tidak boleh menerima kekurangan parti dia sendiri, dia mesti hendak sentiasa menang dan tidak akan reda dengan kekalahan.

"Dalam sebuah parti mesti mempunyai falsafah yang sama, jadi kalau mereka kata tidak bersetuju dengan perjuangan PAS, sebab kalah itu tidak munasabah. Pada saya, ini bukan perjuangan," tambah Ahli Parlimen Johor Bahru itu.

GHB kini dipimpin oleh Mohamad Sabu yang sebelum ini merupakan Timbalan Presiden PAS.

Ia turut dianggotai oleh Khalid Samad, Hanipa Maidin, Dr Dzulkefly Ahmad, Datuk Mahfuz Omar, Suhaizan Kaiat dan beberapa yang lain.

- therakyatpost

Tiada ulasan: