Ahad, 5 Julai 2015

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


APA KHABAR SAUDARA ANWAR

Posted: 05 Jul 2015 01:17 AM PDT

NUKILAN : YB DATO FAUZI ABDUL RAHMAN (PENGERUSI MPN PAHANG/MP INDERA MAHKOTA)

Apa khabar Pak Anwar
Sungguh lama tidak bersua
Air bergula ku rasa tawar
Garam segenggam tiada terrasa


Apa khabar Pak Anwar disana
Terlantar dilantai tiada beralas
Nyamuk berdaung mencari mangsa
Tidur mu nyenyak dihimpit tandas
Mengapa diPutra Jaya tidur tak lena
Dipasang pendingin dipasang kipas
Empuknya tilam pun serba tak kena
Tilam sekeras batu hawa seterik panas.


Apa khabar dikau Anwar
Dikau didalam begitu tenang
Orang diluar berhati gusar
Jiwa bergelora dihantui bayang
Kian hari berita berputar
Peristiwa celaka tersungguh malang
Jatuh berkali tangga menimpa
Tubuh bergoyang kepala bergoncang.


Apa khabar saudaraku Anwar
Kamu disana yang kami rasau
Apakah uzur apakah segar
Namun raayat yang kamu hirau
Teringat hamba di Kuala Kangsar
Sesama besekolah diwaktu lampau
Jiwa dikau senada tidak berubah tukar
Nasib si-marhaen yang sentiasa diimbau.


Salam REFORMASI dari kami semua
Dikau disana tidak pernah dilupa
Dikaulah symbol mercu tanda
Perjuangan RAKYAT memerdekakan jiwa
Kan kami cuba, cuba dan usaha
Agar perjuangan dikau tidak tersia-sia
Kepada Allah yang Maha Esa
Untuk keselamatanmu dipanjatkan doa.


Ya akhi saudara Anwar,
Allah Kurniakan ketinggian sabar,
Hamba yakin 'kemenangan' bekibar
Kerana sesungguhnya; Allah Allah Allahu Akbar

Najib, Jangan Lupa Saman Mahathir Sekali!!

Posted: 04 Jul 2015 09:29 PM PDT

 

 

shahbudin.com


Dalam usaha mempertahankan dirinya daripada serangan terbaru oleh Wall Street Journal (WSJ) yang mengaitkan dirinya dengan pengambilan dana 1MDB berjumlah hampir AS$700 juta, Perdana Menteri secara terbuka menuduh Tun Mahathir Mohamad adalah dalang di sebaliknya.

Sambil mengatakan tidak pernah mengambil sebarang dana untuk kepentingan peribadi sama ada dari 1MDB, SRC International atau mana-mana entiti yang lain, Najib Razak mengatakan dakwaan terbaru ini adalah serangan yang tidak berasas dan keterlaluan terhadap diri dan keluarganya.

Katanya, serangan itu bermula apabila beliau enggan memenuhi beberapa tuntutan peribadi Tun Mahathir yang kemudian membuatkan bekas Perdana Menteri itu mencipta krisis berhubung hutang 1MDB yang berjumlah RM42 bilion.

Sehubungan itu, Najib percaya bahawa Tun Mahathir, dengan kerjasama rakyat asing, termasuk Sarawak Report, adalah di belakang pembohongan terbaru ini.

Serentak dengan itu, beliau juga mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang sepenuhnya terhadap pengkritik yang mendakwanya mencuri wang negara itu.

Pihak yang melancarkan serangan ini patut berdepan dengan tindakan akibat dakwaan yang dilakukan itu. Taktik kotor ini, sesetengahnya berunsur jenayah untuk menggulingkan kerajaan, akan menemui kegagalan, katanya dalam jawapan melalui Facebooknya malam tadi.

Bagaimanapun sehingga ini tidak dipastikan siapakah yang bakal diambil tindakan undang-undang itu? Adakah ianya WSJ? Adakah ia  Sarawak Report yang sebelum ini banyak melakukan serangan terhadapnya dan didakwa bekerjasama dengan WSJ itu?

Atau adakah saman itu akan diambil terhadap "tok dalang" bernama Tun Mahathir yang dituduhnya secara terbuka memainkan peranan di belakang tabir serangan terbaru ini?

Melalui kenyataan yang dipetik dalam Sinar Harian oleh Setiausaha Politik Perdana Menteri, Khairun Aseh, beliau hanya menyatakan bahawa Najib akan mengambil tindakan undang-undang terhadap WSJ berikutan laporannya yang didakwa bersifat jenayah fitnah, berniat jahat dan tidak berasas dengan sumber yang lemah serta meragukan.

Tidak pula disebut tindakan undang-undang akan diambil terhadap Tun Mahathir sedangkan jika Najib sudah berani menuduh bekas Perdana Menteri selama 22 tahun sebagai dalangnya, sudah tentulah beliau mempunyai bukti terhadap tuduhan yang dibuatnya itu

Apakah tuduhan bahawa Tun Mahathir  sebagai dalang itu disertakan dengan bukti yang kukuh atau sekadar khayalan Najib dengan sumber yang lemah dan meragukan juga?

Jika benar Najib mempunyai bukti mengenai peranan atau penglibatan Tun Mahathir sebagai dalang dalam laporan WSJ itu, sudah tentulah "tok dalang" itu perlu diambil tindakan undang-undang terlebih dahulu berbanding WSJ atau Sarawak Report.

Sama sekali tidak berguna jika hanya mengambil tindakan undang-undang terhadap WSJ tetapi dalang yang dikenalpasti dibiarkan lepas bebas begitu saja.

Dengan membiarkan lepas bebas dan tidak diambil sebarahg tindakan, "tok dalang" boleh terus mencari panggung lain untuk memainkan peranan di belakang tabirnya.

Lagi pula, menuduh Tun Mahathir sebagai dalang dalam laporan WSJ yang mengaitkankannya dengan pengambilan wang untuk kepentingan peribadi sedangkan ia diketahui sebuah akhbar perniagaan berpengaruh di dunia dengan usia sudah menjangkau 125 tahun dan jumlah edaran sebanyak 2.5 juta sehari, adalah suatu pertuduhan yang berat dan serius terhadap bekas Perdana Menteri itu.

Tiada ulasan: