Jumaat, 31 Julai 2015

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


BEBASKAN MEDIA

Posted: 31 Jul 2015 08:04 PM PDT

Realiti pahit politik Malaysia: Hadi akan “dipermainkan” lagi oleh Najib

Posted: 31 Jul 2015 07:34 AM PDT

31 julai 2015 
Hadi_Awang_Najib_Razak
Saya terperanjat dengan kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang terus membuat tuduhan palsu bahawa keinginan DAP untuk merampas kuasa politik ke tangan kaum Cina adalah sebab mengapa DAP mahu mengembalikan pilihanraya kerajaan tempatan dan punca perpecahan Pakatan Rakyat.
Saya baru saja menonton video wawancara Hadi dengan Channel News Asia yang di dalamnya beliau menuduh DAP melanggar "moral" Pakatan Rakyat dan mahu merampas kuasa politik demi kaum Cina dengan cara mengembalikan pilihanraya kerajaan tempatan.
Saya terkejut dan sekaligus sedih kerana seorang bekas pemimpin Pakatan Rakyat seperti beliau sanggup meletakkan dirinya ke tahap yang begitu rendah dengan menyebarkan pembohongan sedemikian. Ia perbuatan yang tidak berakhlak bagi seorang pemimpin politik atasan.
Ketika UMNO menyebarkan pembohongan tentang DAP, pemimpin atasan UMNO tidak melibatkan diri, membiarkan kerja-kerja kotor dilakukan oleh para propagandis dan pemain politik tingkat bawah.
Namun dalam PAS, Presiden parti sendiri terlibat secara giat menyebarkan pembohongan yang dulu diulang-ulang oleh UMNO!
Kita mungkin boleh berbaik hati dan memberi alasan bahawa Hadi mempunyai masalah ingatan sehingga sanggup berbohong dan menuduh DAP cuba merampas kuasa demi kaum Cina dengan cara menuntut supaya pilihanraya kerajaan tempatan dikembalikan dan kononnya pilihanraya itu akan merugikan Melayu kerana 60 peratus daripada kerusi Dewan Undangan Negeri dalam negara ini telah dikawal oleh DAP.
Dakwaan sedemikian adalah pembohongan terang-terangan dan tidak masuk akal atas enam sebab
i) DAP tidak menguasai 60 peratus daripada kerusi DUN kerana gabungan ketiga-tiga parti Pakatan Rakyat, iaitu DAP, PKR, dan PAS (sebelum Pakatan dikorbankan dalam Muktamar PAS pada 3 Jun lalu) telah memenangi tidak sampai 50% daripada jumlah keseluruhan kerusi DUN dalam PRU ke-13 yang lalu. Jumlah keseluruhan dan peratus kerusi DUN yang dimenangi oleh parti-parti Pakatan dalam PRU 13 adalah 229 kerusi atau 45% daripada 505 kerusi DUN dalam negara.
ii) DAP tidak pernah menjadi sebuah parti khusus untuk kaum Cina atau mana-mana jua kaum atau agama. Sejak penubuhan parti ini hampir 50 tahun lalu, DAP komited dengan matlamat menjadi parti untuk semua kaum dan penganut agama di Malaysia. Malah, DAP adalah satu-satunya parti politik pan-Malaysia di Malaysia, dengan cabang di semua negeri dalam negara ini.
iii) Pemulihan pilihanraya kerajaan tempatan sentiasa menjadi matlamat DAP sejak penubuhan parti ini pada tahun 1966.
iv) Suatu perbuatan yang amat mengelirukan dan tidak bertanggungjawab untuk mengatakan bahawa pilihanraya kerajaan tempatan akan memanfaatkan kaum Cina dan merugikan Melayu. Kenyataan sedemikian mengabaikan hakikat bahawa sejak lima dekad lalu penstrukturan semula kerajaan tempatan telah berlaku dan begitu juga proses urbanisasi Melayu, menghasilkan 148 kerajaan tempatan, sekitar 90% daripadanya mempunyai majoriti Melayu lebih 50%, manakala kaum Cina hanya membentuk majoriti di hanya dua atau tiga peratus daripada 148 kerajaan tempatan itu, dan 13 kerajaan tempatan bersifat majmuk dengan tujuh daripadanya didominasi Cina dan enam didominasi Melayu.
v) Suatu kemuncak sikap tidak bertanggungjawab juga untuk menuduh para pejuang pilihanraya kerajaan tempatan sebagai "cauvinis" atau "komunis", memandangkan pilihanraya kerajaan tempatan turut diadakan di Indonesia, Turki dan Iran. Apakah Hadi cuba menyatakan bahawa Presiden Jokowi di Indonesia, Erdogan di Turki, dan bekas presiden Ahmadinejad adalah "komunis" dan "cauvinis" kerana mereka berjaya dalam pilihanraya kerajaan tempatan?
vi) Tiada asas bagi dakwaan bahawa DAP telah melanggar "moral" Pakatan dengan bertindak secara bersendirian untuk cuba memulihkan pilihanraya kerajaan tempatan sehingga mencabul Dasar Bersama Pakatan Rakyat. Hakikatnya, pemulihan pilihanraya kerajaan tempatan terdapat dalam manifesto Pakatan Rakyat di peringkat kebangsaan dan manifesto Pakatan Rakyat Selangor untuk PRU 13.
Pada Mac 2010, Menteri Besar Selangor dan Ketua Menteri Pulau Pinang telah menulis surat secara berasingan atas nama kerajaan masing-masing meminta Suruhanjaya Pilihanraya mengendalikan pilihanraya kerajaan tempatan di negeri masing-masing, namun permintaan itu ditentang oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Saya berasa sedih melihat Hadi menggunakan pembohongan dan pendustaan UMNO untuk memburuk-burukkan DAP sedangkan beliau sendiri tahu menerusi penglibatan beliau selama tujuh tahun dalam Pakatan bahawa semua dakwaan itu adalah dusta semata-mata.
Lebih buruk daripada itu, Hadi cuba menyemai perpecahan dalam DAP dengan mendakwa bahawa "sesetengah pemimpin DAP" dan "pemimpin negeri" tidak bersetuju dengan pemimpin parti di peringkat kebangsaan dan bahawa hubungan pemimpin PAS dengan pemimpin-pemimpin DAP yang dimaksudkannya itu "masih baik".
Hadi boleh terus dengan khayalannya itu kerana DAP tidak akan mula menjalankan proses "menyucikan parti" hanya berasaskan dakwaan berniat jahat Hadi itu.
Lebih penting untuk setiap orang mengenal pasti kenyataan pahit dalam politik Malaysia.
Realiti pahit pertama: Pakatan Rakyat akan kalah teruk dalam pilihanraya umum akan datang jika melibatkan diri dalam pilihanraya itu tanpa mempedulikan sama sekali pelanggaran Dasar Bersama oleh PAS, menjadikan hudud satu isu panas dalam kempen pilihanraya.
Malah, sekiranya Dasar Bersama Pakatan dilanggar sebelum PRU 13 yang lalu dan hudud dijadikan isu panas, tentu keputusan yang terhasil berbeza – kerajaan negeri Selangor mungkin telah kembali ke tangan UMNO/BN dan UMNO/BN mendapat semula majoriti dua pertiga, menghasilkan akibat politik jangka panjang.
Sekiranya Dasar Bersama Pakatan dicabul dalam keadaan sedemikian, kesannya di kalangan pengundi Melayu mungkin tidak banyak, tetapi sokongan bukan-Melayu pasti akan merosot teruk, membawa kepada kehilangan sokongan daripada pengundi bukan-Melayu sebanyak sehingga 20%.
Peningkatan undi Melayu sebanyak 1% dan pengurangan undi bukan-Melayu sebanyak 20% dalam PRU 13 mampu menghasilkan  senario berikut:

Projeksi berdasarkan negeri sekiranya Hudud dijadikan isu pilihanraya
Senario
Sokongan kepada pembangkangSenario baru
Melayu+1%
Bukan-Melayu-20%

Rumusan berdasarkan negeri
GE13Senario Baru
Ringkasan ParlimenPASPKRDAPPASPKRDAP
PERLIS000000
KEDAH140000
KELANTAN900900
TERENGGANU400400
PULAU PINANG037027
PERAK237103
PAHANG121010
SELANGOR494244
W.P. KUALA LUMPUR045005
NEGERI SEMBILAN012001
MELAKA011001
JOHOR014000
Jumlah21283116721


GE13Senario baru
Rumusan NegeriPASPKRDAPPASPKRDAP
PERLIS110000
KEDAH942510
KELANTAN32103400
TERENGGANU14101400
PULAU PINANG110191717
PERAK55181214
PAHANG327202
SELANGOR1514155511
NEGERI SEMBILAN0311006
MELAKA106003
JOHOR4113004
Jumlah854291621557

Dalam senario seperti di atas, Pakatan tidak memenangi 89 kerusi parlimen atau 40% daripada kerusi parlimen, sebaliknya jumlah kerusi yang dimenangi hanya 53 kerusi (44 di Semenanjung dan 9 di Sarawak/Sabah) atau 24% daripada keseluruhan kerusi parlimen. Bermakna UMNO/BN kembali mendapat majoriti dua pertiga, membolehkannya membuat persempadanan semula demi memanjangkan lagi cengkamannya ke atas kuasa secara tidak demokratik.
Di peringkat Dewan Undangan Negeri, 229 kerusi DUN yang dimenangi di Semenanjung Malaysia tentu telah merosot kepada 42% atau hanya 134 kerusi DUN.
Walaupun Pakatan berkemungkinan kekal berkuasa di Pulau Pinang dengan 25 kerusi DUN (17 DAP, 7 PKR dan 1 PAS) berbanding 30 yang dimenangi dalam PRU 13 (19 DAP, 10 PKR dan 1 PAS), kerajaan negeri Selangor akan kembali jatuh ke tangan UMNO/BN di mana 44 kerusi Pakatan yang dimenangi dalam PRU 13 (15 DAP, 15 PAS dan 14 PKR) akan merosot kepada 21 (11 DAP, 5 PAS, 5 PKR).
Keputusan di negeri-negeri Pantai Barat yang lain tentunya sama buruk.
Di Johor, Pakatan tidak mungkin membuat penerobosan dengan memenangi 18 kerusi DUN (13 DAP, 4 PAS dan 1 PKR) dalam PRU 13 dan negeri itu akan kekal sebagai "deposit kekal" UMNO/BN dengan Pakatan hanya memenangi 4 kerusi negeri (semuanya DAP dan sifar untuk PKR dan PAS).
Di Perak, jumlah 28 kerusi Pakatan (18 DAP, 5 PKR dan 5 PAS) pada Mei 2013 mungkin merosot kepada 17 (14 DAP, 2 PKR dan 1 PAS); di Pahan 12 kerusi Pakatan (7 DAP, 3 PAS dan 2 PKR) mungkin merosot kepada 4 (2 DAP, 2 PAS dan 0 PKR); di Negeri Sembilan, jumlah 14 kerusi Pakatan (11 DAP, 3 PKR dan 0 PAS) mungkin merosot kepada 6 (6 DAP, 0 PKR dan 0 PAS); dan di Melaka dari 7 kerusi Pakatan (6 DAP, 1 PAS, 0 PKR) berkurangan kepada (3 DAP, sifat untuk PAS dan PKR).
Jika Hadi mencabul Dasar Bersama Pakatan Rakyat sebelum pilihanraya umum yang lalu dan hudud menjadi isu panas, PAS mungkin telah lenyap di Johor, Melaka, dan Perlis, mengekalkan hanya 1 kerusi DUN di Perak, 2 di Pahang dan 5 di Selangor dan juga Kedah – hanya mengekalkan kedudukan di Kelantan dan Terengganu.
Realiti pahit kedua: Dalam pilihanraya umum ke-14 yang akan datang, PAS mungkin hilang kuasa ke atas Kelantan yang telah ditadbirnya selama 15 tahun sejak 1990 jika berlaku perubahan undi sebanyak 4% yang tidak memihak kepada PAS di negeri itu.
Realiti pahit ketiga: Satu kesilapan besar untuk mengabaikan kemungkinan PAS kalah di Kelantan dalam PRU 14 jika berlaku perubahan undi sebanyak 4% kerana PAS hilang kuasa di Terengganu dalam pilihanraya tahun 2004 setelah berlaku perubahan undi sebanyak 15% setelah PAS memerintah dan Hadi menjadi Menteri Besar Terengganu selama hanya satu penggal.
Realiti pahit keempat: Hadi sekali lagi akan "dipermainkan" oleh Najib pada persidangan Parlimen akan datang kerana usul rang undang-undang persendirian berkenaan hudud tidak akan diberi ruang untuk dibentangkan kerana Najib telah pun mencapai matlamatnya untuk memecah-belahkan Pakatan Rakyat. – Roketkini.com


Will Gani Patail have the gumption to stand up for justice?

Posted: 31 Jul 2015 07:13 AM PDT

Will Gani Patail have the gumption to stand up for justice?

by P Ramakrishnan - 31 Jul 2015

Attorney General Gani Patail was removed - Photo credit: issamichuzi.blogspot.com

What is certain is that the Attorney General's term of tenure has been terminated. Whether that termination was done according to procedure, observing rules and regulations, is a point of contention. 

What is termination? It is bringing to an end the services of an employee before the mandatory age of retirement. Some may put it bluntly by stating that the employee concerned has been dismissed. In simple layperson's language, it would mean sacked from service.

In Gani Patail's case, it is very strange. He had been dismissed from his position; yet, he is allowed to continue in service until 6 October 2015, when he is legally required to retire from service.

In other words, his authority to act in his capacity as attorney general has been taken away from him – suddenly and immediately; it has been effectively and deliberately removed. What was intended was to render him incapable of exercising his powers as the Attorney General.

But strangely, he is allowed to continue in service – not withstanding his 'health problems' – as 'a judicial and legal service officer' without any authority and without any job specification. He is allowed to mark time without anything to do until his due date of retirement on 6 October 2015.

For the newly minted Attorney General to state that Gani had "neither been dismissed from nor reduced in rank" is a bewildering statement.

Does he now hold a parallel rank in the judicial and legal service? Or is he expected to take orders from his successor? Does he now head any department in the judicial and legal service? Does he have any specific duties to perform?

When the announcing authority, the Chief Secretary to the Government, had declared that Gani's service as Attorney General had been terminated, it is not for the incoming attorney general to contradict him. Gani had been removed from his position as Attorney General – simply put, he has been dismissed from his post. And when that happens, he is reduced in rank. It is as simple as that!

Can you imagine his embarrassment? From top man, he has been reduced to a nonentity. Those who were taking orders from him will now completely ignore him!

In the case of Gani, he was not facing a disciplinary problem; nevertheless he has been 'demoted' from his previous position without just cause. He was denied his natural justice of defence, and action was simply taken arbitrarily to terminate his term of tenure. And by keeping him in the same department he is made to endure the humiliation inflicted on him on a daily basis. This is wrong.

According to the Chief Secretary to the Government, "The service of Tan Sri Abdul Gani Patail as the Attorney General has been terminated effective 27 July due to health reasons".

But the Attorney General was totally unaware of this development. He was taken aback on hearing the announcement because it had come as a total surprise suddenly.

If the action had been taken on health grounds, the Attorney General would have expected this announcement and would have been prepared to receive this news. In such a situation, there would have been some discussion prior to his termination. There was nothing to suggest that this was the case because the Attorney General was completely taken by surprise by the announcement.

When action is taken on medical grounds, there is a process to be followed. The civil servant can voluntarily opt for early retirement on medical grounds – in which case a medical board would be constituted to assess him. 

On the other hand, if a civil servant's performance was found to be unsatisfactory on health grounds – too many MCs, etc – his head of department can refer him or her to a medical board for a decision.

There is a procedure for every civil servant when he or she is appointed or dismissed. This must be strictly adhered to. This procedure cannot be ignored or set aside under whatever circumstance.

As far as the Attorney General was concerned, he had apparently not submitted a letter requesting for an early retirement due to failing health. Neither had he been ordered to appear before a medical board for an assessment. Then how could his services arbitrarily be terminated without following the mandatory procedures?

It is ironical for the Chief Secretary, Tan Sri Dr Ali Hamsa, to announce that the Attorney General had been terminated effective 27 July due to health reasons and, at the same time, to hope that "he will always be blessed with good health". It is incongruous!

What is baffling is that in exactly 71 days the Attorney General would have retired gracefully.

The Chief Secretary's comment following the termination of the Attorney General – "Tan Sri Abdul Gani Patail has contributed tremendously to the country as the attorney general. On behalf of the government, I wish to record my deepest appreciation and thanks for the service he has rendered…" – sounded hollow and without sincerity, according to the perception of thinking Malaysians. 

If this sentiment was expressed on 6 October 2015, the day of his mandatory retirement as attorney general, it would have made a great impact on the outgoing attorney general.

But after unceremoniously dismissing the Attorney General from his position without him knowing it first-hand, what effect would such a 'glorious' expression of sentiment have on the Attorney General? It is not too difficult to guess!

The intriguing question is why couldn't the government have waited for another 71 days to allow the Attorney General to retire normally? What was the urgency to dismiss him post-haste and deprive him of his authority that comes with his position as the attorney general?

He was deliberately crippled, as it were, from exercising his authority as the attorney general from 27 July onwards. Why was that so?

As we know, it is the attorney general who authorises any prosecution to proceed; it is the attorney general who is responsible for any framing of charges against individuals deemed to be guilty and deserving to be prosecuted.

Was there a likelihood of someone very important in the higher-level hierarchy being targeted for action that triggered this sudden and hasty decision to dismiss the Attorney General?

Only the Attorney General can answer this, He has been involved in issues of right and wrong. He should know the difference between justice and injustice.

Was justice done to him? Tell us, Mr AG. What is the truth?

Malaysians are wondering, will Gani Patail have the gumption to stand up for justice?

In responding to these questions, we hope that the Attorney General will be guided by this saying:
"The only thing necessary for the triumph of evil is for good men to do nothing."
Edmund Burke

PKR DAKWA ANWAR TAHU LEBIH AWAL MUHYIDDIN AKAN DIPECAT

Posted: 31 Jul 2015 06:37 AM PDT

PKR DAKWA ANWAR TAHU LEBIH AWAL MUHYIDDIN AKAN DIPECAT


Print pagePDF pageEmail page

azmin-ali
Menteri Besar Selangor itu berkata, Anwar memaklumkan perkara itu kepadanya ketika melawat Ketua Umum PKR di Penjara Sungai Buloh pada 24 Julai lalu.
(Free Malaysia Todaay) – Datuk Seri Anwar Ibrahim dikatakan telah tahu lebih awal Tan Sri Muhyiddin Yassin akan dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali berkata, Anwar telah memberitahunya "sesuatu yang besar akan berlaku dalam masa terdekat ini".
Menteri Besar Selangor itu berkata, Anwar memaklumkan perkara itu kepadanya ketika melawat Ketua Umum PKR di Penjara Sungai Buloh pada 24 Julai lalu.
Media rasmi kerajaan Selangor, Selangor Kini melaporkan, Azmin dan Naib Presiden PKR, Tian Chua, juga telah mengulangi 'sesuatu perkara besar akan berlaku dalam masa terdekat' ketika berucap dalam program Jelajah Amanat Presiden di Kuala Selangor pada 24 Julai lalu.
Tian Chua mengaku perkara besar yang dimaksudkan olehnya dan Azmin dalam program itu melibatkan pemecatan Muhyiddin.
"Ya, memang ini yang kami maksudkan masa itu (Jelajah Amanat Presiden). perpecahan dalam UMNO akan menyebabkan sama ada Muhyiddin dilucutkan atau Najib sendiri disingkir.
"Kita dah pantau keadaan ini agak lama dan dalam isu 1MDB terdapat suara berbeza dikeluarkan pemimpin UMNO.
"Kita juga lihat tingkah laku Peguam Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang 'mengambil' orang tertentu ketika siasatan yang menyulitkan lagi situasi Najib," kata Tian Chua yang dipetik Selangor Kini.

Undi tak percaya: Pas akan selamatkan Najib?

Posted: 31 Jul 2015 01:49 AM PDT




oleh: JEBON


Selepas pemecatan Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan usaha ahli parlimen pembangkang serta serpihan Umno berunding untuk melaksanakan undi tidak percaya di parlimen ke atas PM Najib Razak, tumpuan kini beralih kepada Pas.

Parti Melayu kedua terbesar itu mungkin adalah satu-satunya penyelamat Najib. Berdasarkan kenyataan 10 ahli parlimen pembangkang baru-baru ini, yang turut disertai pengerusi Gerakan Harapan Baharu Mohammad Sabu, maka undi tidak percaya itu tidak mustahil berlaku pada sesi Dewan Rakyat Oktober – Disember atau pun lebih awal daripada itu.

TGHH - Pemimpin Negara Berkabajikan 

Walaupun pembangkang hanya mempunyai 87 kerusi parlimen manakala BN 134, namun sekiranya ahli parlimen (MP) penyokong Muhyiddin dan Syafie Apdal berganding tenaga, Najib boleh ditumbangkan. Shafie mempunyai pengaruh di Sabah yang memiliki 25 kerusi parlimen. Di Johor, bukan sahaja separuh MPnya penyokong Muhyiddin, malah keluarga Di Raja Johor pun tidak senang terhadap Najib.

Kerajaan sementara

 
Kumpulan MP ini menjanjikan kerajaan sementara selama setahun sebelum dianjurkan pilihan raya umum ke 14. Kerajaan sementara itu akan menyiasat semua skandal besar era Najib. Sekiranya Dr Mahathir ingin riwayat politik Najib tamat dengan apa cara sekali pun maka beliau boleh mengeluarkan arahan kepada MP penyokong Muhyiddin agar mengundi menolak Najib.

Cuma yang menjadi penghalang adalah ahli parlimen Pas yang taat kepada Presiden Hadi dan Mursyidul Am Haron Din. Mungkin ketika ini Hadi mengenakan tekanan ke atas Najib untuk membenarkan Hudud dibahas di Parlimen dan sebagai tukaran adalah sokongan MP Pas kepada beliau.

Pas memiliki 21 ahli parlimen. Matematik mudah kumpulan pembangkang yang mahu menjatuhkan Najib perlu mencari 24 MP BN bagi menyokong usul itu. Pas akan kehilangan Khalid Samad, Dr Hatta Ramli, Kamaruddin Jaafar, Mujahid Yusuf dan Dr Mariah Mahmod.

Sebaliknya Pas boleh menawarkan 16 ahli parlimen lain yang akan menyokong Najib. Maka usaha pembangkang itu akan kelihatan sukar menjatuhkan Najib. Pendirian Pas sejak awal krisis 1MDB amat jelas, iaitu tidak mahu campur dan tidak akan ikut parti pembangkang lain mendesak Najib meletak jawatan.

Perhitungan sendiri

Walaupun Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man beberapa kali mengkritik Najib namun Presiden Hadi tidak mengeluarkan apa-apa kecaman atau kritikan keras ke atas PM. Mursyidul Am Haron Din pula tidak percaya Najib menyelewengkan wang berbilion ringgit ke dalam akaun peribadi.

Dua tokoh yang amat ditaati ahli Pas itu tentunya mempunyai perhitungan sendiri untuk tidak mengecam Najib. Oleh itu dapat difahami mereka akan menyokong Najib mulai tahun ini sehingga pilihan raya umum akan datang.

Sokongan itu semakin jelas jika melihat komen Hadi terhadap kabinet baharu Najib yang dipertikaikan rakyat.

"Kita tak boleh kata bersetuju atau tidak (dengan barisan cabinet baharu) kita tunggu sejauh mana mereka dapat laksanakan tugas khususnya bagi isu melibatkan rakyat dan negara," kata Hadi mengulas perlantikan Dr Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri Baharu.

Hilang populariti

Masalah yang akan dihadapi Pas sekiranya menyokong Umno di bawah Najib adalah hilang populariti dalam kalangan pengundi Melayu. Pas akan termakan label 'syaitan bisu' era Fadzil Noor dan Nik Aziz.

Ulama Pas sepanjang dekad 1990an sering mengecam tokoh agama dan ustaz yang berada dalam Umno sebagai syaitan bisu. Mereka merelakan Mahathir memfitnah Anwar dan menelan duit rakyat sesuka hati walaupun tahu batas halal dan haram. Pelbagai ancaman neraka diketengahkan oleh penceramah Pas terhadap ustaz Umno ketika itu, termasuklah dari Hadi sendiri.

Namun hari ini, apabila Hadi dan Haron kelihatan 'condong' kepada Najib yang telah terpalit dengan dakwaan seribu satu skandal kewangan maka label itu akan berbalik ke atas mereka.

Jika perhitungan kelulusan Hudud diutamakan, agak sukar untuk dipercayai Najib akan membenarkan Hudud lulus kerana MP BN dari Malaysia Timur tidak akan menyokong rang undang-undang tersebut.

Lebih parah MP Sabah dan Sarawak bukanlah penyokong membabi buta dan mereka dengan mudah boleh menarik sokongan dan beralih kepada pembangkang. Sebarang langkah sedemikian akan menyebabkan kerajaan BN di peringkat persekutuan secara automatik tumbang. Najib tidak akan memilih risiko sebesar itu ketika beliau menghadapi serangan puak Mahathir dan Muhyiddin.

Ironinya, andai kata Hudud tidak juga diluluskan pada sesi akhir Dewan Rakyat 2015 maka majoriti penyokong Pas akan meninggalkan parti itu yang gagal mutlak.

Lakukan yang terbaik
Sesunguhnya politik Melayu tidak wajar kembali ke era sebelum reformasi 1998. Negara telah sensara sepanjang tempoh 1998 – 2000 akibat terdesaknya Mahathir untuk meneruskan kekuasaan di tengah-tengah kemelut krisis ekonomi. Satu pendekatan baharu politik perlu dilaksanakan mengatasi politik perkauman Umno dan Pas.

Pemimpin Melayu yang cintakan negara dalam Umno, Pas, PKR mahu pun lain-lain parti perlu mencuba konsep kerjasama / konsensus nasional. Sekiranya undi tidak percaya perlu dilakukan maka semua parti perlu bersatu tenaga demi menyelamatkan rakyat.

Sekiranya perlu pergabungan parti pemerintah dan pembangkang untuk berkerajaan sementara maka ianya sesuatu yang wajib diusahakan.

Krisis politik kali ini dengan hutang negara berjumlah RM600 bilion, hutang isi rumah RM800 bilion dan bayaran faedah ke atas hutang RM26 bilion setahun amat parah. Ditambah hutang 1Malaysia Development Berhad RM42 bilion serta pelbagai hutang  GLC yang dijamin kerajaan, akan menjerumuskan negara ke kancah kehancuran ekonomi.

Malaysia menghampiri situasi Greece jika MP berdegil dan mementingkan diri. Kroni Najib boleh kenyang untuk setahun dua ini tetapi sekiranya negara mengulangi tragedi keruntuhan Greece maka mereka akan jatuh miskin selepas 2018! 


ULANG CERITA PERTANYAAN APA YANG BERLAKU PADA PAS

Posted: 31 Jul 2015 01:41 AM PDT

 

 

 

 

 OLEH: KERENGGA

 


MESTI BACA!!! Apa yang terjadi dengan PAS sebenarnya? – Arifin Zakaria

1. Dua soalan popular ketika hari raya tentang PAS. Pertama kenapa habis sepasukan pimpinan lama dibuang? Sedangkan dengan merekalah kami kenal PAS. Era 80-an dan 90-an nama popularnya Mat Sabu, Mahfuz Omar, Husam Musa, Solehudin Ayub dll. Pasca reformasi popular dengan Dr Dzul, Dr Mujahid, Mazlan Aliman, Ustaz Ghani Samsudin, Nizar Jamaludin dll. Tetapi kenapa mereka dibuang kesemuanya?

2. Soalan kedua popular. Benarkah bekas pimpinan yang tewas ini hendak tubuh parti? Kenapa perlu tubuh parti? Tidak bolehkah bersabar dan tunggu perubahan seterusnya dalam parti? Tidakkah nanti dituduh tidak boleh terima kalah lalu tubuh parti? Tidakkah UMNO sebenarnya yang mengupah mereka ini agar tubuh parti? Tidakkah mereka ini berada dalam percaturan JIM/IRC/IKRAM/HIS untuk ranapkan PAS? Inilah dua jenis soalan yang kerap ditanya. Saya cuba menjawab dengan pengetahuan dan maklumat yang ada pada saya.

4. Menjawab soalan pertama. Mereka ini dibuang setelah melalui kempen yang panjang. Ada yang mengatakan 18 bulan pasca muktamar 2013 hingga 2015 kempen non stop dilancarkan untuk membuang mereka. Sebenarnya tidak. Sebelum itu lagi. Sejak pemilihan tahun 2009 lagi.

Mereka ini dilihat menentang UG atau Kerajaan Perpaduan dengan PAS - Umno. Sebenarnya UG ini tidaklah sama maksud dengan apa yang Presiden lontarkan pada tahun 2009. Presiden TGHA lontarkan UG yang menggabungkan kesemua parti politik termasuk PKR dan DAP untuk buat perubahan dalam kerajaan.

Walaupun lontaran yang tidak masak, tetapi bukan UG itu yang ditentang. Tetapi jauh daripada itu sememangnya wujud usaha hendak menggabungkan PAS dengan Umno hasil kerja kuat bekas Timbalan Presiden Ustaz Nasharudin Mat Isa (UN) dan bekas Naib Presiden Dato Dr Hasan Ali (DHA) dan bekas Timbalan Mursyidul Am yang kini menjadi Mursyidul Am Dato Dr Harun Din (DHD).

Pasca PRU 2008, Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri bersama Khir Toyo berunding dengan pimpinan PAS untuk membentuk kerajaan PAS Umno di Selangor dan di Perak. Rundingan ini pada awalnya dinafikan Pengarah Pilihanraya PAS ketika itu Dato Mustafa Ali. Tetapi bocor apabila Pak Lah sendiri membocorkannya. Ada pertemuan di sebuah lokasi tidak jauh bangunan parlimen. Berakhir dengan PAS menolak pelawaan tersebut.

Tetapi Ustaz Nasha dan Hasan Ali meneruskan agenda ini. Kerap mereka berdua bertemu Pak Lah, Datuk Seri Najib Tun Razak dan tokoh tokoh Umno baik di bangunan parlimen atau di Hotel Meridien. Watak kedua orang ini dilihat pelik dalam tempoh 2008-2011. Dilihat mesra UMNO dan menjadi pengacau kepada Pakatan Rakyat dan kerajaan PR di Selangor. Kerap Hasan Ali mengambil tindakan berseberangan dengan kerajaan Tan Sri Khalid Ibrahim.









Diantaranya pengakuan bekas Pengerusi ngo GERAK Nazree Yunus, beliau didatangi Hasan Ali dan orang orangnya termasuk Roslan SMS dan SETPOL Presiden PAS Dr Ahmad Samsuri untuk membuat pendedahan tentang salahguna kuasa Tan Sri Khalid. Beliau membuat report SPRM, TS Khalid Ibrahim sudah menguna peruntukan kerajaan untuk menghadiahkan lembu korban ke parlimen Bandar Tun Razak kawasannya sendiri. Kemudian tuduhan kedua menggunakan peruntukan kerajaan untuk servis kereta peribadi. Tujuannya adalah untuk menjatuhkan Tan Sri Khalid dan menaikkan Hasan Ali sebagai MB. Tetapi setelah disaman Tan Sri Khalid, Nazree berubah dan menyertai PKR serta mendedahkan perancangan jelik ini.

Dr Hasan Ali dan Ustaz Nasha dilihat meneruskan usaha ini sehinggalah sebelum PRU 2013 pertemuan diantara Hasan Ali, Ustaz Nasha dengan PM Najib di Hotel Meridien. Pertemuan ini didedahkan Hasan Ali kepada rakan-rakannya sendiri. Kata beliau PM Najib sedia memberi kerjasama membantu beliau dan Ustaz Nasha membuat satu gerakan politik Melayu Islam atas nama ngo ala ala PERKASA. Najib sedia bantu wang ringgit dan segala kepakaran.











Targetnya mereka sedia bertanding calon bebas di kerusi PAS. Ngo ini akhirnya ditubuhkan selepas Hasan Ali dipecat iaitu ngo JATI. Pertemuan untuk membuat kerjasama dengan Najib dan menubuhkan platform baru itu bocor ke pengetahuan Presiden dan SUA Dato Mustafa Ali. SUA menjalankan siasatan. Di tengah siasatan berjalan, Ketua Penerangan PAS Selangor YB Shaari Sungip mengeluarkan kenyataan nama Dr Hasan Ali tiada dalam senarai calon PAS Selangor.

Kemudian melentinglah Hasan Ali dan pengikutnya dan berlakulah perang media yang berleluasa sehinggalah membawa pertemuan beliau dengan TGNA di Kelantan. Berakhir dengan beliau dipecat daripada PAS yang kesemua pihak melihat kononnya hasil serangan awal Shaari Sungip itu. Walhal kisah sebenarnya memang dia sedang disiasat SUA dan Presiden atas isu pertemuan beliau dan Ustaz Nasha dengan Najib di Hotel Meridien.

Pokoknya selepas dipecat belangnya dengan Umno semakin jelas. Ucapan beliau menyeru penyatuan Umno PAS sangat jelas. Begitu juga Ustaz Nasha. Kelibatnya kerap bersama Najib jika Najib ke negara negara Arab dalam keadaan dia masih ahli PAS. Tetapi beliau tidak dipecat. Itu yang pelik.

Dalam kes Perak pula. Seawal kemenangan 2008 UMNO berusaha memujuk PAS membentuk kerajaan bersama di Perak dengan janji PAS sebagai MB. Kisah Zahid Hamidi bekejar ke rumah Ustaz Ahmad Awang PJ Perak ketika itu untuk memujuk membentuk kerajaan sudah menjadi rahsia umum.

Ustaz Ahmad Awang mendedahkan ketika muktamar 2011 ketika ucapan penggulungannya memang wujud usaha menggabungkan PAS Umno. Jangan ada sesiapa nafikan. Saya ada maklumat. Kata Ustaz Ahmad Awang.

Beliau mendedahkan 3 pihak menghubungi beliau memohon dibentuk kerajaan PAS Umno di Perak. Iaitu Zahid Hamidi, Mufti Harusani dan Dato Dr Harun Din. Inilah 3 pihak yang berusaha mewujudkan kerajaan PAS Umno di Perak.



Inilah perkara yang ditentang Husam, Mat Sabu, Mahfuz, Solehudin dan kumpulan mereka. Namun dengan mudah mereka disabitkan menentang Presiden. Maka bermulalah wujud kononnya kumpulan penentang Presiden. Datanglah isu apa sekalipun mereka ini akan dikaitkan. Walaupun sekarang terbukti Hasan Ali dan Ustaz Nasha jelas menjadi pembantu Umno. Jelas dan terbukti apa yang dikatakan fitnah sebelum ini. Tetapi perkara itu diabaikan. Kumpulan Husam, Mat Sabu dll ini kekal diletakkan dikandang bersalah. Sedangkan Ustaz Nasha kekal kebal sebagai ahli PAS tanpa dipecat.

Tiada ulasan: