Jumaat, 31 Julai 2015

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Sah milik Boeing 777

Posted: 31 Jul 2015 05:08 AM PDT

Kuala Lumpur: Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia Datuk Abdul Aziz Kaprawi mengesahkan serpihan flaperon yang ditemui Pulau Reunion, Rabu lalu, ialah komponen pesawat Boeing 777 yang secara tidak langsung meningkatkan kemungkinan mengesahkan ia adalah milik pesawat penerbangan MH370.

"Berdasarkan nombor siri pada komponen itu, mengesahkan serpihan itu adalah daripada pesawat Boeing 777. Maklumat ini daripada Penerbangan Malaysia. Mereka sudah beritahu saya.

"Saya percaya kita bergerak hampir menyelesaikan misteri MH370. Ini boleh menjadi bukti meyakinkan bahawa MH370 terhempas di Lautan Hindi," katanya di sini, hari ini.

Hanya satu pesawat Boeing 777 dilaporkan terhempas di Hemisfera Selatan iaitu MH370 yang hilang pada 8 Mac 2014 selepas berlepas dari Kuala Lumpur untuk ke Beijing, China.

Komponen sayap atau flaperon sepanjang dua meter yang ditemui di pulau milik Perancis, Reunion, itu tercatat nombor 657-BB. Ia dihantar ke Perancis malam tadi untuk siasatan.

Kenyataan Abdul Aziz itu adalah kenyataan rasmi pertama mengesahkan komponen berkenaan milik pesawat Boeing 777 dan ia menjadi langkah pertama untuk mengenal pasti pesawat mana.

Menurut Abdul Aziz, pengesahan paling muktamad perlu datang daripada Boeing dan pengubahsuaian oleh syarikat itu terhadap flaperon berkenaan memudahkan ia dikenal pasti.

"Ada beberapa ubah suai pada bahagian dalaman flaperon itu. Hanya Boeing boleh mengesahkan (flaperon itu datang dari MH370). Ubah suai itu dilakukan Boeing.

"Hanya selepas mereka mengesahkan bahagian dalaman flaperon yang mereka ubah suai itu, barulah kita boleh yakin ia dari MH370," katanya.

Abdul Aziz berkata pasukan penyiasat Malaysia sudah berada Paris dan akan ke Toulouse untuk membantu memeriksa serpihan.

Menurutnya, satu lagi pasukan Malaysia dalam perjalanan ke Reunion untuk memeriksa beg bagasi yang ditemui semalam atau apa saja serpihan dan barang lain ditemui. - AFP

Penafian Berita Disiarkan Oleh akhbar Berita Harian

Posted: 30 Jul 2015 08:17 PM PDT



Tajuk berita dalam akhbar cetak Berita Harian "Hadi beri amaran jangan sokong undi tidak percaya" bertarikh 31 Julai 2015 itu adalah salah dan mengelirukan. Presiden Pas menyebut bahawa undi tidak percaya di parlimen adalah salah satu proses demokrasi. PAS akan menelitinya. Bagaimana pula ia telah di spin sedemikian rupa oleh Berita Harian dengan tajuk dan isi yang bercanggahan dengan apa yang disebut oleh Presiden PAS.

Melainkan Berita Harian berniat jahat dan mempunyai agenda pecah perintah. Kami mendesak pihak Berita Harian meminta maaf dan membuat pembetulan dalam masa 24 jam. Sekiranya pihak Berita Harian enggan berbuat demikian, pihak kami akan mengambil tindakan selanjutnya.

Disertakan pautan temuramah tersebut :

Watch "UNDI TIDAK PERCAYA ADALAH PROSES DEMOKRASI" on YouTube - https://youtu.be/FrtduqAGCBU

Dr Ahmad Samsuri Mokhtar
Setiausaha Politik Presiden PAS
31 Julai 2015
11.00 am

Tiada ulasan: