Kelab Greenboc |
- Skandal 1MDB: Najib Perlu Rehat Atau Hadapi Kemungkinan Ditangkap...
- [VIDEO & GAMBAR] TERKINI: Serpihan MH370 Ditemui Di Pulau Reunion?
- [VIDEO & GAMBAR] Terkini: Bangunan Polis Bukit Aman Terbakar!
Skandal 1MDB: Najib Perlu Rehat Atau Hadapi Kemungkinan Ditangkap... Posted: 30 Jul 2015 12:31 AM PDT Pemuda Umno Labis minta Najib rehat LABIS - Pemuda Umno Bahagian Labis bersependapat bahawa adalah tidak wajar empat ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara dibawa masuk ke dalam barisan Kabinet yang baharu oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Ketuanya, Mohd Shahir Ali Huddin berkata, ini kerana mereka sedang terlibat di dalam penyiasatan satu kes besar di peringkat nasional dan pengguguran Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail juga adalah suatu yang mengejutkan. "Bagi kami tidak wajar beberapa ahli PAC dibawa masuk ke dalam barisan kabinet dan situasi ini mewujudkan satu lagi persepsi buruk rakyat terhadap kredibiliti siasatan yang sedang dijalankan dan kami meminta Datuk Seri Najib berehat bagi melicinkan proses siasatan. "Pada pandangan kami, Datuk Seri Najib pasti mengetahui bahawa rakyat tidak akan mempercayai apa juga keputusan siasatan yang dijalankan kerana apa sahaja jawatankuasa atau 'task force' yang diwujudkan masih tertakluk kepadanya sebagai Ketua Eksekutif Negara," katanya. Beliau berkata kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Pemuda Umno Bahagian Labis di Bilik Mesyuarat Pemuda Umno Bahagian Labis, di sini, malam semalam. Menurutnya, mereka juga menerima serta menghormati keputusan yang dibuat Najib yang menggugurkan bekas timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yasin kerana beliau sebagai Ketua Eksekutif Negara berhak untuk menamakan atau menggugurkan mana-mana ahli Kabinet. Katanya, hasil dari mesyuarat khas seluruh kepimpinan di peringkat cawangan Labis juga sependapat bahawa apa yang dinyatakan Muhyiddin hanyalah meminta penjelasan tentang isu-isu semasa yang berlegar di kalangan rakyat dan ahli Umno khususnya. "Maka, boleh disimpulkan bahawa kenyataan tersebut adalah bersifat untuk memperkukuhkan parti di dalam menghadapi PRU14 yang akan datang. Serangan demi serangan jelas dilihat tidak ditujukan kepada parti, tetapi kepada individu. "Kami di peringkat akar umbi juga akan terus bekerja keras untuk memastikan BN terus berkuasa dan memerintah negara walaupun pelbagai isu nasional yang begitu lambat ditangani semakin menghakis kepercayaan golongan muda terhadap kerajaan pada hari ini," katanya. Menurutnya, mereka juga berharap agar siasatan terhadap segala tohmahan dan serangan kepada pucuk pimpinan negara akan dapat diselesaikan dengan segara agar rakyat mendapat penjelasan yang tepat. Pada masa sama, Najib juga perlu memikirkan cara yang terbaik untuk mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap persepsi buruk yang terpalit kepada dirinya agar dapat mengembalikan semula keyakinan rakyat dan juga pengundi. "Kami berharap agar segala tindakan dan keputusan yang telah dan akan dilakukan oleh Datuk Seri Najib akan merungkai segala kecelaruan dan kebencian rakyat terhadap BN di kala kita berada di dalam situasi yang amat meruncing," katanya. -SH
|
[VIDEO & GAMBAR] TERKINI: Serpihan MH370 Ditemui Di Pulau Reunion? Posted: 29 Jul 2015 09:40 PM PDT Serpihan misteri di Lautan Hindi mungkin daripada MH370, lapor AFP Sekeping serpihan kapal terbang dijumpai terdampar di pulau La Reunion, di Lautan Hindi pada Rabu, mencetuskan spekulasi ia mungkin sebahagian daripada pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370, lapor AFP. Serpihan misteri berukuran 2 meter itu kelihatan seperti sebahagian daripada sayap kapal terbang, ditemui mereka yang sedang membersihkan pantai. "Ia diselaputi kulit kerang, jadi boleh dikatakan ia sudah lama berada dalam air," seorang saksi dipetik berkata kepada AFP. Pegawai pengangkutan udara Perancis sudah mula menyiasat dari mana asal serpihan itu. Xavier Tytelman, pakar keselamatan udara berkata, ia mungkin serpihan milik MH370 yang hilang tanpa kesan pada 8 Mac, 2014. Beliau menyatakan gambar media tempatan menunjukkan "persamaan yang luar biasa antara flaperon #B777 dan serpihan yang ditemui," merujuk kepada sebuah Boeing 777, model pesawat yang hilang itu. Sepanjang tempoh kehilangannya, tidak ada satu pun serpihan daripada pesawat itu ditemui, menjadikan ia misteri terhebat dalam dunia penerbangan. Pihak berkuasa Malaysia mengisytiharkan semua penumpang dan anak kapal MH370 maut, pada Januari lalu. Pesawat itu, yang membawa 239 penumpang dari 14 negara berbeza, sedang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing. Ia berlepas pada 12.41 pagi pada Sabtu, 8 Mac, 2014 dan sepatutnya mendarat di Lapangan Antarabangsa Beijing pada 6.30 pagi hari sama. |
[VIDEO & GAMBAR] Terkini: Bangunan Polis Bukit Aman Terbakar! Posted: 29 Jul 2015 04:45 PM PDT Kuala Lumpur – Bangunan Bukit Aman di laporkan terbakar dalam satu kejadian kira-kira jam 5.20 petang tadi. Menurut sumber, kebakaran di tingkat 9 dan 10 menara tersebut bermula dari 'pantry' sebelum merebak ke tempat lain. Sepasukan anggota bomba dan penyelamat telah tiba di tempat kejadian bagi mengawal keadaan. Kebakaran tersebut berlaku tatkala negara "di tengah-tengah bahang" dengan isu pemecatan Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Gani Patail sebagai Peguam Negara serta isu 1MDB. Justeru itu tidak menghairankan wujudnya spekulasi nakal di laman sosial yang mengaitkan kebakaran itu dengan percubaan untuk menghilangkan "evidences" tertentu. Ketua Polis Negara walaubagaimana pun menyatakan hanya dokumen tidak penting yang terbakar dan meminta semua pihak tidak menyebarkank habar angin. Asrro awani melaporkan: Satu kebakaran telah berlaku di salah sebuah bangunan lama Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia di Bukit Aman. |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan