Selasa, 28 Julai 2015

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Pecat Muhyiddin & Ghani Patail, Usaha Najib Selamatkan Diri? -UPDATED

Posted: 28 Jul 2015 01:00 AM PDT


Muhyiddin tersingkir dari kabinet

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak mengumumkan rombakan kabinetnya sebentar tadi. Seperti dijangka Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin disingkir dan diganti Datuk Seri Dr Ahmad Hamidi.

Ia juga menyaksikan beberapa menteri kanan lain tersingkir.

Selain Muhyiddin, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal digugurkan jawatan sebagai Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Begitu juga dengan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek.

Turut menerima nasib Menteri Sumber Asli & Alam Sekitar, Datuk Seri G. Palanivel.

Manakala beberapa mereka yang sebelum ini tidak memegang portfolio dilantik semula ke kabinet.

Antara mereka Datuk Seri Salleh Said Keruak yang dilantik menjadi Menteri Komunikasi dan Multimedia.

Mengulas mengenai penyingkiran Muhyiddin, Najib turut menyelar tindakan timbalannya kerana menjadikan pentas terbuka untuk menyerang kepimpinannya.

"Perbezaan pendapat tidak boleh dilakukan di forum terbuka yang boleh menjejaskan kerajaan dan negara", katanya dalam pengumuman itu.

Sebelum ini, perkhidmatan Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai Peguam Negara tamat semalam.

Menurut Bernama, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa mengumumkan bahawa perkhidmatan Abdul Gani ditamat atas sebab kesihatan

Bekas hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Mohamed Apandi Ali dilantik menggantikan Abdul Gani,
katanya.

Perkhidmatan Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai Peguam Negara tamat semalam.

The Malaysian Insider melaporkan penyingkiran secara tiba-tiba Gani Patail sebagai Peguam Negara hanya akan mengukuhkan lagi "teori konspirasi" yang perdana menteri, yang disiasat berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), berkeras mahu mengekalkan kedudukannya menerajui pentadbiran negara, kata sebuah badan pemikir.

Menegaskan yang penyingkiran Gani tidak boleh diterima, terutamanya kerana beliau sebahagian daripada pasukan petugas khas kerajaan yang sedang menyiasat operasi 1MDB, ketua Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas) Wan Saiful Wan Jan berkata, langkah itu akan menimbulkan banyak persoalan mengenai niat di sebalik "pemecatan" Gani.

"Perkhidmatan Gani memang pun sepatutnya berakhir pada Oktober, jadi tidak ada sebab untuk lakukan pemecatan awal ini.

"Rakyat sudah bercakap tentang kemungkinan satu konspirasi terdesak oleh perdana menteri untuk terus kekal berkuasa.

"Tindakan ini malangnya menguatkan lagi teori konspirasi itu dan seterusnya melemahkan kuasa moral jika Datuk Seri Najib Razak terus berpegang pada jawatannya,"
katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, menyingkirkan Gani tidak akan menyelesaikan apa-apa, sebaliknya mengundang lebih banyak persoalan.


Undi tidak percaya menanti Najib

Pembangkang mendesak satu undi tidak percaya dibuat di Dewan Rakyat bagi menyingkirkan kepimpinan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Cadangan itu dibuat bekas Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu.

Dia yang mendakwa mewakili kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Gerakan Harapan Baharu (GHB) mengesyorkan tindakan itu dibuat di luar sidang Dewan Rakyat atau pada sesi akan datang.

Ia akan membawa usul undi tidak percaya terhadap Najib.

Jelasnya, sebaik Presiden UMNO itu disingkir, sebuah 'Kerajaan Peralihan' akan dibentuk.

"Antaranya Perdana Menteri interim dari kalangan pimpinan terkanan ('elder statesman') bagi tempoh satu tahun sehingga PRU14 yang dipanggil di akhir tempoh tersebut.

"Reformasi institusi-institusi penting untuk memastikan PRU14 akan berjalan dengan adil dan keluhuran perlembagaan dan undang-undang dikembalikan,
" katanya.

Sementara itu Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli memaklumkan kepimpinan pembangkang telah menyenaraikan beberapa nama untuk menjadi calon Perdana Menteri.

"Antaranya bekas Menteri Kewangan Tengku Razaleigh Hamzah, bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi BNBBC, Tan Sri Shahrir Samad.

"Mat Sabu juga boleh jadi Perdana Menteri dalam kerajaan peralihan ini sekiranya rakyat banyak menyokongnya," katanya (berseloroh). -FMT



UNDI TIDAK PERCAYA TERHADAP DATO' SERI NAJIB TUN RAZAK KE ARAH PENUBUHAN KERAJAAN PERALIHAN ("TRANSITION GOVERNMENT")

Sejak pendedahan-pendedahan mengenai keterlibatan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak berhubung tuduhan salahlaku pengurusan dana 1MDB dibuat, seluruh negara menjadi mangsa apabila urusan pentadbiran dan pembangunan dikorbankan demi percaturan politik beliau.

Keadaan menjadi parah kebelakangan ini sejak pendedahan Wall Street Journal (WSJ) mengenai pemindahan wang sejumlah RM2.6 bilion ke akaun yang dituduh milik peribadi Dato' Seri Najib Tun Razak.

Beberapa minggu ini, seluruh negara diheret dengan pelbagai desas-desus pergolakan politik dalaman Umno seperti berikut:

1. Perpecahan dalaman di dalam Pasukan Petugas Khas ("Special Task Force") yang diamanahkan menyiasat penglibatan Perdana Menteri kepada dua kumpulan – satu yang ingin menyelamatkan Perdana Menteri dan satu lagi yang ingin mendakwa Perdana Menteri. Perkara ini disahkan dengan berita pemecatan Peguam Negara pada hari ini.

2. Pemecatan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan beberapa menteri kanan dari Umno untuk mengukuhkan kedudukan Dato' Seri Najib Tun Razak.

Segala desas-desus begini adalah tidak baik untuk negara kerana ia menimbulkan ketidaktentuan politik, ekonomi dan sosial. Kedegilan Dato' Seri Najib Tun Razak untuk terus berkuasa akan mengheret negara dengan ketidaktentuan selagi ia tidak diselesaikan segera.

Kami mengutuk sekerasnya-kerasnya tindakan mementingkan diri oleh Dato' Seri Najib Tun Razak yang mengheret seluruh negara sedangkan tanggungjawab beliau adalah mentadbir dan menguruskan negara dengan cekap, telus dan amanah.

Oleh yang demikian, pimpinan-pimpinan KEADILAN, DAP dan Harapan Baru yang hadir pada hari ini menyeru supaya ahli-ahli Parlimen dari Barisan Nasional yang sayangkan negara supaya mengambil tindakan drastik menyokong penubuhan sebuah kerajaan peralihan ("transition government") dengan terma rujukan yang khusus seperti berikut:

1. Perlantikan seorang Perdana Menteri interim dari kalangan pimpinan terkanan ("elder statesman") bagi tempoh satu tahun sehingga PRU14 yang dipanggil di akhir tempoh tersebut.

2. Reformasi institusi-institusi penting untuk memastikan PRU14 akan berjalan dengan adil dan keluhuran perlembagaan dan undang-undang dikembalikan.

3. Penyelesaian kepada skandal-skandal utama negara termasuk 1MDB dengan matlamat memastikan mereka yang bertanggungjawab di bawa ke muka pengadilan.

4. Merombak dasar-dasar ekonomi yang menindas rakyat.

Penubuhan kerajaan peralihan ini boleh diadakan dalam masa terdekat sekiranya ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional bersama-sama ahli-ahli Parlimen KEADILAN, DAP dan Harapan Baru menyokong satu usul tidak percaya terhadap Dato' Seri Najib Tun Razak. Usul in boleh dibuat diluar sidang Parlimen atau semasa sidang Parlimen akan datang.

Dengan desas-desus yang tersebar luas bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin akan dipecat dari jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri, sudah sampai masanya beliau dan kumpulan beliau serta ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional yang lain yang cintakan negara menyokong satu usaha menubuhkan kerajaan peralihan melalui satu undi tidak percaya kepada Dato' Seri Najib Tun Razak.

Kami juga memberi amaran kepada Dato' Seri Najib Tun Razak untuk tidak mengambil peluang dari pergolakan dalaman Umno ini untuk terus menyalahgunakan kuasa dengan menahan pimpinan-pimpinan pembangkang, pengamal media dan mereka yang mengkritik pentadbiran beliau. Sekiranya beliau meneruskan amalan biasa Umno yang memenjarakan lawan politik pembangkang ketika berlaku pergolakan dalaman Umno, kami pasti ratusan ribu rakyat akan turun ke jalanraya yang akan mempercepatkan kejatuhan beliau.

Kami akan membawa pulang cadangan undi tidak percaya terhadap Dato' Seri Najib Tun Razak ke arah penubuhan sebuah kerajaan peralihan ("transition government") untuk diperhalusi di peringkat parti masing-masing. Kami yakin rakyat mahu melihat satu kepimpinan yang tegas dari parti-parti pembangkang agar kemelut ketidaktentuan akibat pergolakan dalaman Umno dan tuduhan rasuah terhadap Dato' Seri Najib Tun Razak ini dapat dihentikan serta merta untuk mengembalikan urusan pentadbiran negara yang mengutamakan kebajikan rakyat.

28 Julai 2015

Mohamad Sabu
Dr Dzulkefly Ahmad
YB Khalid Samad
YB Saari Sungib
YB Dr Siti Mariah
YB Hanipa Maidin
YB Dr Hatta Ramli
YB Kamarudin Jaffar
YB Hasnul Baharuddin
Hj Izham Hashim
YB Tony Pua
YB Teresa Kok
YB Liew Chin Tong
YB Rafizi Ramli
Dato' Saifuddin Nasution
YB Sim Tze Tzin
YB Wong Chen



MP perlu bersatu hadapi keruntuhan integriti PM – Husam Musa

Teguran terbuka timbalan perdana menteri adalah suara hilang kepercayaan kepada perdana menteri.

Ini juga bermakna perdana menteri gagal meyakinkan anggota Kabinetnya tiada yang tidak kena dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ucapan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mempertikaikan penggantungan permit The Edge dan mencadangkan laporan interim 1MDB dari Ketua Audit didedahkan kepada umum juga satu cabaran terbuka terhadap kewibawaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Malangnya, satu-satunya pertahanan Najib terhadap keruntuhan integritinya adalah larangan bersuara!

Arahan terbuka Najib supaya semua pihak, termasuk timbalannya sendiri, mesti membisu sepanjang isu 1MDB, membuktikan Najib tidak lagi mengambil kira integriti diri dan kerajaan yang dipimpinnya.

Demi 1MDB, Najib sanggup melakukan apa sahaja tanpa mempedulikan lagi nasib negara dan maruah dirinya.

Bermakna, jika beliau kekal sebagai perdana menteri, lebih banyak malapetaka terhadap negara akan berlaku.


Andainya Muhyidin dipecat dari Kabinet, semua ahli Parlimen yang mempunyai kesedaran untuk menghentikan kerakusan kuasa dengan membelakangkan kepentingan negara hendaklah mengusahakan satu tindakan bersama mengikut amalan demokrasi sedia ada.

Muhyidin bukan tokoh terbaik tetapi membiarkan 1MDB merosakkan lagi negara ini adalah lebih memudaratkan.

Saya mengulangi seruan saya supaya MP ada kesedaran patriotik mengambil satu inisiatif bersama.

Selamatkan negara !!!










IKLAN BERBAYAR





Terbaik Dari Pak Syukur & GHB Perak..

Posted: 27 Jul 2015 10:25 PM PDT

Dinamika politik harapan baharu Oleh A Shukur Harun

Politik bukan sebuah dunia angan-angan dan khayalan atau sebuah mimpi indah untuk mendapatkan kuasa tetapi politik ialah sebuah dunia yang sangat dinamik, hamparan realiti dan pragmatik sifatnya.

Sebab itulah mereka yang mahu melibatkan diri dalam politik mestilah bersedia untuk menghadapi dunia realiti, menerima hakikat bahawa politik itu – yang tentunya mengenai kuasa – bukan boleh dirancang hanya berdasarkan khayalan dan jangkaan menurut emosi serta khyalan.

Maka itu mereka yang menjadi pemimpin politik atau aktivisnya perlu bersikap realistik, menerima hakikat bahawa politik itu sangat dinamik, berubah mengikut keadaan.

Bertahun-tahun Nellson Mandela sebagai tahanan politik di Afrika Selatan kerana perjuangan aparthednya, kemudian ia dibebaskan dan menjadi presiden negaranya.

Di tanah air kita, sejak merdeka, parti politik dan pemimpinnya datang dan pergi silih berganti, menang dan kalah atas kehendak masa dan keadaan. Sebab itu Winston Churchill, bekas perdana menteri Britain yang terkenal itu pernah berkata:

"Politics is almost as exciting as war and quite as dangerous. In war you can only be killed once, but in politics many times."

(Politik adalah hampir menyenangkan seperti perang dan cukup berbahaya. Dalam perang, anda hanya boleh dibunuh sekali, tetapi dalam politik banyak kali.)

Oleh itu dalam politik, parti dan pemimpin serta pendukungnya boleh kalah dan menang, kalah lagi dan menang lagi, begitu seterusnya.

Dalam hubungan inilah, saya kira pemimpin dan pendukung Gerakan Harapan Baru (GHB), yang akan menjadi parti politik tidak lama lagi sangat memahami realiti dan dinamika politik ini dengan segala risikonya.

Kalau tidak masakan pendukung GHB ini (nama sementara), dengan penuh tekad hendak menubuhkan badan politik baru.

Bukan semata-mata kerana dikalahkan dalam pemilihan di muktamar PAS Jun lalu, tetapi lebih jauh dari itu kerana didorong oleh kesedaran mereka bahawa sebuah badan politik baru yang progresif, dinamik, terbuka dan peduli rakyat sangat perlu ditubuhkan untuk mendepani cabaran yang ada.

Langkah ini sebagai respons kepada kehendak majoriti rakyat negara ini yang sudah sangat kecewa dengan situasi politik kuno yang ada sekarang yang sangat melemaskan.

Dengan dasar Islamnya yang membawa pendekatan sebagai agama Rahmatan Lil Alamin, wadah baharu ini sangat peduli rakyat, bukan saja kepada umat Islam, tetapi juga kepada bukan Islam.

Ia benar-benar berusaha memahami masalah rakyat dan berusaha menyelesaikannya menurut pendekatan Islam yang berpaksikan keadilan.


Inilah hasrat pemimpin wadah baharu ini dengan sikap keterbukaan mereka.

Saya amat kenal dengan para penggerak GHB ini. Mereka pernah menang dan kalah dalam pelbagai pertandingan parti dan pilihan raya negara sebelum ini, tetapi ketika itu mereka belum terpanggil untuk menubuhkan parti politik baru disebabkan ketika itu masih melihat ada harapan untuk perubahan.

Tetapi dengan apa yang berlaku sekarang ini, menyebabkan para tokoh progresif ini mengambil keputusan menubuhkan parti baru justeru tidak ada pilihan lain kerana tiada lagi harapan berubah dari keadaan yang wujud sekarang.

Secara kebetulan, Pakatan Rakyat menghadapi krisis hingga berakhir hayatnya dengan penuh duka.


Maka itu menguatkan lagi keazaman para tokoh progresif ini untuk menubuhkan parti politik baharu yang sangat dinantikan oleh rakyat.

Kehadiran mereka di tengah pentas politik negara menghamparkan harapan kepada masyarakat sivil dan golongan anak muda serta golongan prihatin lain untuk menyaksikan suatu perubahan dari politik beku seperti yang wujud sekarang kepada wadah politik peduli rakyat.

Di sinilah politik harapan baharu kelihatan menjanjikan suasana ini.

Adapun ahli parti lama, kiranya mereka berhasrat menyertai GHB ini terpulang kepada mereka. Jika mereka mahu menyertainya dialu-alukan.

Tidak ada pujuk rayu dengan linangan air mata, justeru semua itu hak demokrasi mereka untuk memilih.


Bahtera baharu ini bukan lampu ajaib yang boleh menyelesaikan semua masalah. Tetapi sekadar mengambil bahagian penting dalam usaha menyelesaikan masalah negara, sesuai dengan tuntutan Islam yang menyeru umatnya kepada yang makruf dan mencegah yang mungkar.

Bahtera baharu ini sangat sedar akan cabaran besar yang dihadapinya dari segenap penjuru.

Oleh itu saya yakin pendukung GHB ini mampu untuk menghadapi semua cabaran ini.

Pengalaman mereka yang selama ini berjuang dalam politik dengan penuh integriti, keintelektualan dan prestasi yang cemerlang serta konsistensi mereka memperjuangkan sebuah cita-cita besar, Insya Allah, memungkinkan mereka terus berjuang melalui wadah baharu ini.

Saya amat kenal dengan mereka ini, antaranya Mohamad Sabu, Salahuddin Ayub, Dr Dzulkefly Ahmad, Mohamed Hanifah Maidin, Khalid Samad, Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa, Suhaizan Kayat, Izham Hashim, Dr Siti Mariah Mahmud, Asmuni Awi, Datuk Seri Nizar Jamaludin dan Aiman Athirah al-Jundi dalam senarai yang panjang. Mereka adalah tokoh emas tempawan yang tinggi nilainya.

Saya yakin di tangan mereka ini wadah baru ini akan berkembang subur dengan sokongan pelbagai pihak.

Sementara itu, penyokong parti politik baru ini nampaknya gembira dengan sikap pemimpin mereka yang 'tidak membalas serangan dengan serangan' dari pihak yang menentangnya.

Mereka kelihatan terus tabah, sabar dan tenang kerana yakin kepada kebenaran yang mereka miliki.

Justeru mereka yang memiliki kebenaran, seperi kata Ibnu Khaldun, mampu berdiri teguh kerana kebenaran itu sendiri adalah sebuah kekuatan luar biasa.

Lebih-lebih lagi mengingat pesan pemimpin Ikhwanul Muslimin, Almarhum Imam Hasan Al Banna: "Kamu sebagai pejuang Islam hendaklah mempunyai sifat seperti pohon yang berbuah. Orang melemparnya dengan batu, ia membalasnya dengan buah yang ranum."

Maka itu, masa-masa mendatang cabaran akan lebih pahit, panas dan tajam. Inilah tanda bahawa kehadiran Gerakan Harapan Baru itu sudah dirasakan oleh masyarakat.

Kini pendukung wadah baru ini perlulah segera menyusun rancangan yang benar-benar menggambarkan peduli rakyat kerana rakyat sungguh-sungguh sedang memerhatikan mereka. -TMI

Liputan Program GHB Di Perak

Lebih 3,000 hadir menyantuni Road Show dan Pelancaran ‪#‎HarapanBaru‬ Peringkat Negeri Perak di Manjoi, Ipoh malam tadi, 26 Julai 2015. Hampir kesemua pimpinan #HarapanBaru Pusat hadir. Di Perak, badan yg bakal mengumumkan pembentukan sebuah parti politik Islam yg baharu itu, dipimpin oleh bekas Bendahari Pas Pusat, Hj Asmuni Awi dan bekas MB Perak, Dato Seri Mohammad Nizar Jamaluddin. Alhamdulillah, Perak nampaknya subur utk #HarapanBaru. -Dato Tarmini Mohd Jam





ULASAN GB

Dimana-mana pun perhimpunan GHB, ribuan rakyat datang memberikan sokongan. Ia mengambil-alih tempat PAS yang kini kian lesu dan luntur.

Tetapi setiap perjuangan kebenaran dan keadilan tidak terhampar dengan permaidani merah. Ada tribulasi dan mehnah di sepanjang perjuangan.

Golongan PAS yang merasa begitu tergugat telah cuba untuk mensabotaj program-program GHB diseluruh negara.

Terbaru dikesani sebuah poster perhimpunan GHB di Jerteh telah diedit dan program itu dikatakan "dibatalkan."


Kemudian timbul pula status seorang yang berkelulusan PhD, tetapi menulis seperti seorang samseng tak lulus SRP.


Demikian membiaknya species-species samseng di dalam parti lama GB, melakukan p elbagai ancaman, ugutan, ingatan dan sebagainya untuk menghalang perjuangan GHB.

Mungkin itu yang dikehendaki oleh "Cancelor" Universiti Siku dan Lutut terhadap para graduannya...

Teruskan saja perjuangan, usah dilayan salakan anjing dan serigala itu, kabilah berjalan terus. GHB tetap muncul dan menang akhirnya.





IKLAN BERBAYAR







Semuga Berita Ini Benar....

Posted: 27 Jul 2015 06:55 PM PDT

Ada pemimpin Umno minat masuk GHB, kata Mat Sabu

Pengerusi Gerakan Harapan Baru (GHB) Mohamad Sabu mendakwa terdapat pemimpin Umno yang terdiri daripada wakil rakyat serta bekas wakil rakyat menyatakan hasrat untuk menyertai mereka, lapor Utusan Malaysia.

Bekas timbalan presiden PAS yang lebih mesra dengan panggilan Mat Sabu itu berkata, ini membuktikan parti baharu yang akan ditubuhkan untuk bersama-sama dengan DAP dan PKR itu diterima banyak pihak.

"Bukan setakat itu, pemimpin Umno (sendiri), bekas menteri (malah) ada wakil rakyat yang telefon dan bertanya boleh ke untuk sertai GHB," katanya seperti dilaporkan akhbar milik Umno itu.

Pada 13 Julai lalu, GHB secara rasmi dilancarkan, dibarisi pemimpin progresif daripada PAS yang sebelum ini tersingkir semasa pemilihan parti pada muktamar bulan lalu.

Mat Sabu berkata, GHB dilihat sebagai wadah atau entiti menggerakkan semula kerjasama parti politik. -mk

ULASAN GB

Kita berharap laporan di atas benar, walaupun ianya disiarkan oleh sebuah akhbar milik UMNO.

Dengan pelbagai kemelut yang dihadapi oleh pimpinan tertinggi UMNO, terutama di dalam isu 1MDB mungkin sudah sampai masanya wakil-wakil rakyat UMNO yang jujur dan ikhlas di dalam perjuangan mereka untuk menyertai GHB.

GHB adalah sebuah wadah perjuangan yang bermottokan "amanah, progresif dan peduli." GHB perihatin terhadap apa jua masalah yang dihadapi rakyat. GHB dipimpin oleh barisan kepimpinan yang professional yang mempynyai pengalaman bertahun-tahun di dalam memperjuangkan nasib rakyat. Ia juga menerima sokongan NGO-NGO yang mendokong perjuangan rakyat. Apa tah lagi, barisan kepemimpinan komponen Pakatan telah menyatakan kesediaan mereka untuk menerima GHB untuk bersama-sama mereka (PKR & DAP) di dalam pilihanraya akan datang.

Justeru itu sudah sampai masanya untuk sekalian pemimpin dan ahli UMNO agar bersama-sama GHB dan Pakatan 2.0 untuk membentuk sebuah negara yang lebih maju, telus, dinamis dengan kepimpinan yang lebih berintegriti.





IKLAN BERBAYAR







Tiada ulasan: