Kelab Greenboc |
Pengasas Kelab Penyokong PAS Tinggalkan Parti & Bakal Sertai GHB Posted: 18 Jul 2015 01:11 AM PDT Hu Pang Chaw putus hubungan dengan PAS Hu Pang Chaw, pengasas bersama Kelab Penyokong PAS, yang kemudiannya dinaik taraf menjadi sayap keempat dalam PAS, telah memutuskan hubungan dengan parti itu. Ketika dihubungi, Hu mengesahkannya, dengan alasan telah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan baru PAS. Katanya, beliau sedih kerana selepas PAS berjuang keras untuk sampai ke mana ia berada hari ini - selepas pilihan raya umum ke-12 dan ke-13 di mana ia membuktikan boleh mendapatkan sokongan bukan Islam - para ulama melepaskan peluang itu dan didakwa memusnahkan parti itu sendiri. Hu membantu menubuhkan Kelab Penyokong PAS pada 2004, dan kemudiannya menjadi Kongres Penyokong PAS pada 2010 atas gesaan pemimpin progresif dalam parti itu untuk membuat PAS lebih inklusif. Beliau mengambil keputusan itu di tengah-tengah rancangan pemimpin progresif PAS yang disingkirkan daripada kepimpinan parti itu oleh pemimpin tegar konservatif dalam muktamar parti itu bulan lalu, untuk menubuhkan sebuah parti baru. Hu berkata setelah penyokong PAS selama 16 tahun, fundamental parti itu tidak berubah tetapi halatujunya telah menyimpang dari slogan parti itu ''PAS untuk semua'. "Masalahnya ialah ulama muda (yang mengambil alih parti). Parti itu telah menyimpang dari jalannya dan memusnahkan segala yang telah dicapai," kata Hu. Ditanya sama ada Hu akan menyokong Gerakan Harapan Baru (GHB), sebuah gerakan yang dibentuk oleh pemimpin progresif PAS, ke arah menubuhkan sebuah parti baru, katanya tunggulah sama ada beliau akan hadir di jelajah GHB di Kota Bharu, Kelantan. Hu bertanding di bawah tiket PAS di Ayer Hitam menentang Datuk Wee Ka Siong dari MCA dalam pilihan raya umum lalu tetapi kalah. Dia berhenti menjadi Ketua Kongres Penyokong PAS pada tahun 2014 selepas menjadi semakin kritikal terhadap peningkatan elemen konservatif dalam parti itu. Kebangkitan golongan muda konservatif sampai ke kemuncaknya dengan penyingkiran barisan progresif daripada kepimpinan PAS pada bulan Jun, diikuti PAS memutuskan hubungan dengan DAP, langkah yang membawa kepada berkuburkan Pakatan Rakyat. -mk
ULASAN GB Hukum kebenaran dan keadilan pun berjalan. Baru sehari dua ini Mustafa Ali menyatakan PAS akan meletakkan calon bukan Islam untuk menentang calon DAP dalam pilihan raya akan datang, hukum pun berjalan "menjawab" dendam kesumat dan hasad dengki Mustafa Ali terhadap golongan professiona/progresif yang membentuk Gerakan Harapan Baharu dan cubaab Mustrafa untuk mensabotaj Pakatan 2.0 dengan hendak meletakkan calon bukan Islam menentang DAP. GB sudah katakan, bahawa kita alu-alukan langkah Mustafa Ali itu. Tetapi yang jelas dan nyata calon bukan Islam akan menemui kegagalan malah akan kehilangan depositnya. Dan kini Pang Caw bersuara, memberikan tamparan keras ke muka Mustafa. Suara Pang Chaw seiringan dengan kritikan Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) yang dilantik PAS mengganntikan Pang Chaw, N Balasubramaniam di dalam muktamar yang lepas menyatakan rasa terkejutnya melihat amalan fitnah memfitnah dan saling melabel yang berlaku dalam parti Islam itu. Pada masa yang sama, Bala bertanya kepada PAS khususnya kumpulan ulama sama ada terdapat larangan dalam al-Quran yang menghalang seseorang melakukan amalan berkenaan. Hu Pang Chaw bukan orang asing di dalam PAS. Beliau ialah pengasas bersama Kelab Penyokong PAS pada tahun 2004 yang kemudian menjadi Pengerusi pertama Dewan Himpunan Penyokong PAS pada 2010. Pang Chaw ialah seorang Tionghua yang fasih berbahasa Melayu yang telah berjaya menarik ramai bukan-Islam untuk menjadi penyokong PAS di bawah slogan PAS FOR ALL, satu gagasan yang diperkenalkan oleh kumpulan progresif di dalam PAS. Pang Chaw dan Kamal Koh adalah dua orang pemimpin bukan Islam di dalam PAS yang telah mengkritik kepimpinan PAS yang diboloti oleh golongan ulama, yang menurut mereka berdua, kepimpinan PAS pada hari ini telah menjarakkan lagi bukan Islam terhadap Islam. Kamal Koh telah pun mengisiytiharkan dirinya bersama dengan Gerakan Harapan Barudan telah dinamakan sebagai Timbalan pengerusi 2 GHB Wilayah Persekutuan manakala Hu Pang Chaw diyakini akan menyertai jelajah Harapan Baru di Kota Bharu pada hari esok, 3 Syawal. Penyertaan kedua-dua tokoh DHPP ini akan menarik ramai lagi ahli-ahli DHPP untuk meninggalkan PAS dan menyertai GHB. |
Ramai Calon PAS Bakal Kehilangan Deposit Selepas Tertubuhnya GHB... Posted: 17 Jul 2015 11:35 PM PDT Bukan Islam mana bakal bertanding untuk PAS, soal Mujahid Bekas ketua biro perpaduan nasional PAS Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa menyatakan keraguannya mengenai rancangan parti Islam itu untuk meletakkan calon bukan Islam bagi menentang DAP pada pilihan raya umum akan datang. Ahli Parlimen Parit Buntar itu berkata, sayap penyokong bukan Islam PAS tidak yakin mengenai kedudukan mereka dalam parti Islam itu berikutan terputusnya hubungan dengan DAP dan Pakatan Rakyat (PR). "Siapakah calon-calon ini? Setahu saya, Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) juga tidak pasti sama ada kewujudannya dalam parti terjamin. "Dewan ini sekarang memikirkan kedudukannya dalam parti," katanya kepada The Malaysian Insider. Pengarah pilihan raya baharu PAS, Datuk Mustafa Ali baru-baru ini berkata mereka mungkin meletakkan calon bukan Islam di beberapa kerusi menentang DAP pada pilihan raya akan datang selepas putus hubungan dengan bekas sekutunya. Beliau berkata, PAS akan memberi kuasa kepada sayap penyokong bukan Islam dan akan terdapat ramai calon bukan Islam diletakkan pada pilihan raya nanti. Mujahid berkata, kewujudan DHPP itu sendiri adalah hasil usaha daripada pemimpin-pemimpin progresif, yang membawa sayap itu ke dalam struktur parti. "Pemimpin-pemimpin progresif parti itulah yang menggalakkan dan mendesak interaksi antara masyarakat yang pelbagai. Sekarang kita keluar, siapa yang melakukan kerja-kerja tersebut? "Inilah sebabnya mengapa DHPP berasa tidak selamat dengan kedudukan mereka," kata Mujahid, yang memainkan peranan penting dalam penubuhan sayap itu apabila beliau bertanggungjawab mengetuai biro perpaduan nasional PAS. Pemimpin PAS dari puak progresif yang disingkirkan dalam pemilihan parti baru-baru ini, termasuk Mujahid, bekas timbalan presiden Mohamad Sabu, bekas naib presiden Salahuddin Ayub, Ahli Parlimen Sepang Mohamed Hanipa Maidin dan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad, dan bekas ahli jawatankuasa Dr Dzulkefly Ahmad, membentuk Gerakan Harapan Baru (GHB). GHB yang dilancarkan di Kuala Lumpur pada hari Isnin, diterajui oleh pengerusi sementara, Mohamad, lebih dikenali sebagai Mat Sabu, bersama-sama dengan pemimpin-pemimpin PAS lain yang tewas. Gerakan yang berkembang dengan sokongan kumpulan masyarakat awam dan badan bukan kerajaan (NGO), dilihat sebagai pelopor kepada parti Islam baharu yang akan menjadi alternatif kepada PAS. Mujahid berkata DHPP pada pelbagai peringkat di beberapa negeri sudah menyuarakan minat mereka terhadap GHB. "Hari ini kita mempunyai DHPP Tasek Gelugor di sini dengan kami. Mereka ingin tahu mengenai kita dengan lebih lanjut," katanya selepas mengumumkan jawatankuasa sementara GHB Pulau Pinang GHB di Butterworth semalam. "Kita boleh berkongsi dengan mereka mengenai aspirasi pergerakan kita. Keputusan muktamad (sama ada untuk menyokong gerakan tersebut) terpulang kepada mereka," katanya. ULASAN GB GB sudah ulas sebelum ini. Petikan: Kini beliau cuba mensabotaj Pakatan 2.0 dengan hendak meletakkan calon bukan Islam menentang DAP. Kita alu-alukan. Tetapi yang jelas dan nyata calon bukan Islam akan menemui kegagalan malah akan kehilangan depositnya. Tuh, memang PAS kini sedang sakit tenat. Lebih banyak kerusi yang PAS bertanding lebih ramai calon PAS yang akan kehilangan deposit, lebih-lebih lagi jika letak calon bukan-Islam berbanding jika calon bukan-Islam itu bertanding di atas tiket GHB. Ingatlah berbelasan bekas AJK PAS Pusat yang disingkirkan, pengikut mereka dalam PAS bukan sekadar 20% seperti yang didakwa oleh sesetengah pemimpin! |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan