Selasa, 28 Julai 2015

dollah yankee

dollah yankee


Arul Kanda gelak,Ghani Patail ternga-nga ..

Posted: 28 Jul 2015 07:30 AM PDT


Najib telah menjadualkan kehidupanya ke arah yang lebih selesa (betul kah boleh selesa?), sementara Ghani Patail pula ternga-nga (tak tau lah jika ada lalat dah terbang masuk dalam mulut)  tak tahu hujung pangkal kenapa dia kena buang kerja. 

Manakala Arul Kanda CEO 1MDB gelak dan ketawa sangat besar hari ini sebab dia yang telah dijadualkan dipanggil untuk mengadap PAC pada 4 dan 5 ogos nanti telah ditangguh sehingga ke satu tarikh baru yang diumum kelak kerana Chairman PAC (anak Tok Mat Bulat) telah dilantik menjadi menteri semasa sedang rancak menyiasat hal-hal 1MDB dan Najib. (ditengah-tengah kerancakan siasatan dia telah dinaikan pangkat...sempoiii!!!)

Siapa lagi dalam team siasatan 1MDB yang akan kena buang dan dinaikan pangkat? 

dollah yankee -
Kah..Kah..Kah.. 
ini baru betul-betul kartun ...




Tiada ulasan: