Selasa, 7 Julai 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Husam cadang Muhyiddin ambil alih pentadbiran negara

Posted: 07 Jul 2015 02:08 AM PDT

MSO


Bekas Naib Presiden Pas, Husam Musa hari ini menggesakan Muhyiddin Yassin mengambil alih pentadbiran negara sesegara mungkin daripada tangan Najib Razak.

Sehubungan itu juga Husam menggesa semua pihak melakukan sesuatu agar Najib berundur demi untuk menyelamatkan negara daripada menjadi lebih teruk.

Dalam satu kenyataan yang dihantar kepada blog ini sekejap tadi, Husam menyebut; negara kini benar-benar dalam keadaan sangat kritikal pertama kali seumpamanya apabila Perdana Menteri selaku ketua pengurus negara dilingkari tanda-tanda penyalahgunaan kuasa yang amat dahsyat.

Tegas Husam kenyataan berani oleh Peguam Negara pada Sabtu lepas yang mengaku sudah melihat dokumen berhubung penyelewengan dikatakan membabitkan Najib dan mengarah siasatan dijalan sudah cukup untuk Najib berundur.

Dalam pada itu Adun Salor itu juga mencadangkan Muhyiddin segera menghadap Yang diPertuan Agong bersama Peguam Negara dengan membawa bersama dokumen berkaitan penyelewengan membabitkan Najib.

Berikut adalah kenyataan penuh Husam;

Muhyidin Perlu Segera Ambil Alih Negara 

Negara kini benar-benar berada dalam keadaan sangat kritikal pertama kali seumpamanya.Ketika Perdana Menteri selaku ketua pengurus negara dilingkari tanda-tanda penyalahgunaan kuasa yang amat dahsyat, kemudi negara untuk membetulkan keadaan itu masih di tangan beliau sendiri.
Tidak mungkin pembetulan untuk meletakkan negara kembali ke landasan keluhuran undang-undang sebagai kunci perjalanan kerajaan di atas dasar jujur dan amanah serta menjamin keamanan dan kedaulatan negara dapat dilakukan.

Kenyataan berani dan terbuka Peguam Negara pada Sabtu lepas sebenarnya sudah cukup bagi seorang pemimpin yang bermaruah mengambil langkah mengundurkan diri. Segalanya telah tersimpul dalam kenyataan itu dan hingga petang ini, Isnin 6 Julai, empat hari selepas kenyataan itu, PM gagal mengeluarkan sebarang penjelasan terhadap kenyataan AG.

Ketika AG membuat kenyataan telah melihat sendiri dokumen-dokumen berkaitan dan mengarahkan serbuan dibuat ke atas syarikat berkaitan, negara kita sepatutnya telah pun diambil alih oleh seorang PM yang baru atau paling kurang Pemangku PM.

Ketiadaan sebarang reaksi dan tindakan ekoran kenyatan AG itu, hanya akan membuka jalan kepada penutupan jenayah dan pelbagai manipulasi politik.

Kenyataan oleh badan-badan mahasiswa UIA pada hari ini adalah sangat bermakna dalam situasi kritikal sekarang. Saya mengucapkan syabas kepada semua mahasiswa UIA khususnya pemimpin mereka Saudara Hanif Mahpa dan Ahmad Fadhli Umar Aminolhuda dan lain-lain.

Sesuatu mesti dilakukan oleh semua pihak dalam negara kita untuk memaksa PM melepaskan tanggung jawab dan kuasanya setidak-tidaknya untuk sementara waktu bagi membolehkan siasatan dan tindakan yang bebas dapat diambil.

Saya bersetuju TPM mesti mengambil inisiatif utama untuk meluruskan langkah pembetulan negara.

TPM sewajibnya menemui DYMM YDP Agung bersama AG untuk menyembah maklum keadaan yang ada dan seterusnya mencadangkan pelucutan jawatan PM.

Ahli Parlimen seluruhnya perlu menunjukkan sikap patriotik mereka termasuk memberikan sokongan kepada TPM untuk mengambil alih negara dari DS Najib sekalipun mereka adalah dari parti-parti di luar kerajaan.

Tan Sri Muhyiddin juga perlu menjamin suatu tindakan undang-undang diambil tanpa mengira kedudukan dan pangkat. Lebih banyak malapetaka akan berlaku jika tindakan segera tidak diambil.


Husam Musa
6 Julai 2015
19 Ramadhan 1436H

PAS Kini Hanya Untuk Ulama, Bukan Lagi Pas For All..

Posted: 07 Jul 2015 02:06 AM PDT

KELAB GREENBOC

 

Tidak ada rekonsilisasi lagi dalam PAS, berpatah arang berkerat rotan

Selepas sebulan berlalu muktamar tahunan PAS yang penuh pecah belah, harapan untuk penyatuan semula atau rekonsilisasi antara puak progresif dan ulama sudah terpadam, bahkan sudah menjadi perumpamaan 'berpatah arang, berkerat rotan'.

Bukan sahaja pihak yang kalah, malah pihak yang menang juga, masing-masing kini membawa diri mengikut jalan sendiri.

"Dahulu ketika mula-mula perpecahan berlaku, saya menjangkakan rekonsilisasi boleh berlaku antara yang menang dan yang kalah tetapi ia tidak begitu.

"Masing-masing sudah mengambil jalan masing-masing," kata pengkaji politik dari Universiti Malaya, Profesor Datuk Dr Redzuan Othman.

Menurut bekas pengarah Pusat Kajian Politik dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) itu, sikap pihak yang menang dalam PAS sudah tidak menampakkan usaha untuk membawa pihak yang tewas pulang semula, kerana mereka dianggap 'sudah mati'.

Ekoran itu, katanya, pihak yang kalah tidak ada jalan lain melainkan menubuhkan parti baru sebagai satu pilihan terbaik berbanding beberapa pilihan lain, termasuk menyertai parti yang ada dalam Pakatan Rakyat (PR) seperti PKR dan DAP
.

"Mereka dianggap sudah mati oleh PAS. Takkan mereka (yang terpinggir) nak jaga cucu sahaja selepas ini," kata beliau merujuk kepada sikap pimpinan baharu PAS terhadap bekas pimpinan yang tewas.

Pada pemilihan parti awal Jun lalu, golongan ulama menyapu bersih semua jawatan dalam jawatankuasa PAS Pusat, menumpaskan semua calon dari puak progresif, dengan memenangi 22 daripada 23 jawatan yang dipertandingkan.

Susulan itu, kumpulan yang tewas bersatu membentuk kumpulan yang kini dikenali sebagai G18 dan pemimpinnya menonjolkan diri sebagai mempunyai hubungan yang baik dengan DAP dan PKR.

Bagaimanapun, mulai semalam, kumpulan itu berkata ia kini mahu dikenali sebagai "Gerakan Harapan Baru".

Sementara itu, salah seorang pelopor gerakan itu, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata, kedua-dua pihak kini sudah pergi terlalu jauh untuk berpatah balik kembali.

"Mereka terlalu sombong dan angkuh. Keadaan sekarang umpama berpatah arang berkerat rotan. Hanya Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti sahaja yang akan menyedarkan mereka," kata bekas timbalan pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat itu.

Wan Rahim meramalkan, berdasarkan simulasi yang dibuat pihaknya, jika 10% sahaja sokongan lari dari parti itu, PAS akan kalah teruk, termasuk kehilangan kerajaan negeri Kelantan dalam PRU14 kelak.

Wan Rahim yang memimpin PAS kawasan Kota Baru sejak sekian lama juga meramalkan, nasib parti baharu yang bakal dibentuk mereka juga tidak sebaik mana selepas berpisah dari PAS, namun mereka mempunyai kelebihan berbanding parti lama mereka.

"Kelebihan kita adalah bersama dengan rakan lain dalam Pakatan Rakyat 2.0 yang sedang dibentuk. Jadi, saling tumpang menumpang ini memberikan kelebihan kepada kita, terutama di pantai barat," katanya.

Harapan terbesar parti baru ini terletak pada kerusi campuran yang sebelum ini ditandingi PAS.

"Kerusi yang mempunyai komposisi Melayu tidak sampai 50% adalah tunggak utama kita untuk menang, di samping kerusi yang mempunyai komposisi bukan Melayu yang melebihi 20%," katanya. –TMI

ULASAN GB

Semalam GB sudah nyatakan. Petikan:

Pakatan 2.0 tidak perlu lagi menghiraukan PAS.

Kerana PAS mahu pilih jalannya sendiri - menuruti jejak langkah UMNO yang berjuang di atas dasar assabiyah. Rujuk: [VIDEO] UMNO & PAS Kini Berlumba Untuk Jadi Juara Rasisma

PAS seperti telah berpatah arang berkerat rotan dengan DAP. Menuduh DAP sebagai "cauvinis" walhal empat jari menunjuk kepada diri sendiri...

Malah salah seorang AJK Pusat nya menyatakan: .


Kenyataan di atas itu BUKTI nyata mereka ingin sendirian, mereka tidak mampu dan tidak berupaya untuk bersama dengan orang lain lantaran kejumudan mereka. Saranan Ketua Ulamak Sedunia, Yusof Al-Qardhawi yang menyuruh tegakkan kehidupan Islam terlebih dahulu, bukan hudud, itu sendiri pun mereka bantah.

Perbuatan pimpinan PAS memfitnah dan memberi gelaran tidak baik kepada ahli yang berani menegur seperti Jebon, Anwarinas, tolol dan seumpamanya menunjukkan mereka adalah golongan jumud dan tertutup.

Perbuatan menghina ahli sendiri...menunjukkan contoh yang tidak baik kepada orang bukan Islam... Adakah ini sebuah parti yang dikatakan Islam?

Justeru itu biarlah mereka menyalak sendirian, kabilah Pakatan 2.0 perlu berjalan terus untuk tumbangkan BN.


Tun M hairan Isa Samad dilantik Pengerusi Felda

Posted: 07 Jul 2015 02:02 AM PDT

 FREE MALAYSIA TODAY

 
Beliau hairan mengapa Perdana Menteri melantik Isa yang sebelum pernah disabitkan mengamalkan politik wang dalam Pemilihan UMNO.


mahathir,-najib,-felda



PETALING JAYA: Tun Dr. Mahathir Mohamad hairan mengapa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melantik Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi Felda.

Ini kerana, katanya, Isa, bekas Naib Presiden UMNO pernah dikenakan tatatertib kerana terlibat mengamalkan politik wang ketika Pemilihan UMNO.

Bekas Perdana Menteri meluahkan perkara itu ketika menerima kunjungan muhibah Persatuan Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) ke Yayasan Kepimpinan Negara pada Isnin.
.
"Tun hairan kenapa Najib (Perdana Menteri) lantik Tan Sri Isa Samad jadi Pengerusi Felda, sedangkan beliau (Isa) telah dibuang (Kabinet) atas kesalahan salah laku dan politik wang.

"Kenapa FGV buang duit beli hotel, kilang dan melabur di luar Negara sedangkan ruang dan peluang masih terbuka luas di negara sendiri. Beli aset pula dengan harga tinggi untuk ambil kesempatan peribadi," komen Dr Mahathir seperti yang ditulis Pengerusi ANAK, Mazlan Aliman di Facebooknya.

Mazlan berkata, Dr. Mahathir turut berkongsi kebimbangan sekiranya FGV membuka ruang pemilikan saham kepada syarikat luar yang akan menyebabkan harta peneroka tergadai.

"Najib melakukan banyak perkara yang memudaratkan negara. Dia kata Pak Lah teruk, tapi pemerintahan Najib lagi teruk. Dulu saya sokong Najib, le ni saya terpaksa bersuara dan tarik balik sokongan. Saya sudah tegur dia, Najib tidak endah pandangan saya'," kata Dr Mahathir.

Selain isu Felda dan FGV, Dr. Mahathir juga menyentuh isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan GST.

Muhyiddin mahu tapi malu-malu ganti Najib

Posted: 07 Jul 2015 01:59 AM PDT

 
Perasaan malu-malu Muhyiddin akan berkurangan jika lebih banyak kumpulan masyarakat sedia tampil dan memberikan sokongan kepadanya menjadi Perdana Menteri.


Muhyiddin Mohd Yassin,melaysia



PETALING JAYA : Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin masih malu-malu untuk mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripada Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bekas Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Wangsa Maju, Shahbudin Husin berkata,
perasaan malu-malu Muhyiddin akan berkurangan jika lebih banyak kumpulan masyarakat sedia tampil dan memberikan sokongan kepadanya.

katanya , pemimpin, parti politik, NGO, individu berintergriti dan pelbagai kumpulan berpengaruh dalam masyarakat seharusnya tampil memberi sokongan dan rangsangan kepada Muhyiddin kerana isu yang berlaku kini bukan lagi bersifat kepartian, sebaliknya demi menyelamatkan serta menjaga maruah negara di persada antara bangsa.

"Para pemimpin UMNO yang masih berbaki setia terhadap Najib, sedarlah bahawa ketika ini adalah masa untuk memikirkan kepentingan negara melebihi segala-galanya.

"Jika semua sayangkan negara, Muhyiddin yang 'mahu tapi malu-malu' harus terus dibantu serta dirangsang, manakala Najib yang tiada perasaan malu itu pula tentu saja perlu 'diajar' kali ini," katanya dalam entri terbarunya shahbudindotcom.blogspot.com.

Menurut Shahbudin, di mana- mana sahaja kedengaran keinginan agar Muhyiddin segera bertindak bagi mengambil alih kepimpinan kerana isu yang timbul itu dianggap peluang terbaik baginya yang tidak seharusnya dilepaskan.

Katanya, ia merupakan momentum kedua yang membuka ruang kepadanya untuk menjadi Perdana Menteri setelah momentum pertama mengenai video ucapannya di Janda Baik itu dibiarkan begitu sahaja.

"Gambaran yang barangkali sesuai mengenai perasaan dan isi hati Muhyiddin Yassin ketika ini ialah 'mahu tapi masih malu-malu', manakala Najib Razak pula, di sebalik mahu terus bertahan seperti sudah 'tiada perasaan malu' lagi," tulisnya.

Isu tuduhan WSJ: Pembangkang kena sabar tunggu laporan siasatan – Perkasa

Posted: 07 Jul 2015 01:45 AM PDT

SARAH M.KHIR

 

11 M
Perkasa yakin bahawa siasatan yang akan dibuat adalah tulus dan hasil siasatan akan diumumkan secara terperinci mengikut format Laporan Suruhanjaya Diraja (RCI). - Foto TRP/Syahirah Roslan



KUALA LUMPUR- Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menyambut baik pengumuman awal Pasukan Petugas Khas yang dianggotai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia dan Bank Negara Malaysia, Bank Negara Malaysia dan Peguam Negara Malaysia berhubung dakwaan dana yang disalurkan ke akaun Perdana Menteri hari ini.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata makluman awal mengenai siasatan yang dibuat telah membantu meredakan kegelisahan orang ramai berkaitan isu itu.

"Penjelasan mengenai tindakan hasil Siasatan Pasukan Petugas Khas berkenaan dakwaan dana yang disalurkan ke akaun Perdana Menteri melegakan orang ramai yang pasti membantu meredakan kegelisahan orang ramai yang semakin memuncak", katanya menerusi kenyataan media yang dikeluarkan hari ini.

Ibrahim berkata pihaknya percaya rakyat tidak akan membuat apa jua spekulasi sehingga siasatan pasukan petugas khas selesai.

Jelasnya, Perkasa yakin bahawa siasatan yang akan dibuat adalah tulus dan hasil siasatan akan diumumkan secara terperinci mengikut format Laporan Suruhanjaya Diraja (RCI).

Ini juga katanya, akan membantu pelbagai persepsi yang timbul mengenai hasil siasatan berkenaan.

"Pembangkang yang ghairah terutama DAP dan PKR yang berharap dapat meraih 'political mileage' juga wajar dan bersabar menunggu laporan siasatan.

"Tak ke mana gunung di kejar. Perkasa tetap dengan pendirian yang benar tetap benar dan yang salah tetap salah, tidak kira siapa.

"Semoga pasukan siasatan diberi kekuatan dan hidayah oleh Allah SWT mencari kebenaran demi rakyat dan negara Malaysia kita yang tercinta," katanya.

DAP bayang adakan demonstrasi jalanan tuntut penjelasan Najib

Posted: 07 Jul 2015 01:42 AM PDT

IKHWAN HAZWAN

 

ANTHONY LOKE
Ahli Parlimen DAP-Seremban, Anthony Loke berkata cadangan yang diutarakan oleh beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu tidak mustahil menjadi kenyataan sekiranya Najib terus berdolak-dalih. - Foto TRP/Mokhsin Zamani



KUALA LUMPUR - DAP tidak menolak bahawa akan berlakunya satu demonstrasi jalanan yang akan diadakan secara besar-besaran bagi meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberikan penjelasan mengenai tuduhan Wall Street Journal.

Ahli Parlimen DAP-Seremban, Anthony Loke berkata cadangan yang diutarakan oleh beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu tidak mustahil menjadi kenyataan sekiranya Najib terus berdolak-dalih.

Menurutnya, suara yang mahukan demonstrasi diadakan semakin kuat pada setiap hari dan Perdana Menteri harus memberi jawapan segera.

"Sekiranya Perdana Menteri tidak meletak jawatan atau setidak-tidaknya bercuti bagi membolehkan siasatan diadakan.

"Kalau beliau terus berdolak-dalih, saya tidak menolak kemungkinan bahawa satu gerakan demonstrasi besar-besaran akan diadakan," katanya ketika ditemui selepas menghadiri pertemuan di Parlimen di sini hari ini.

Terdahulu, aktivis sosial menggesa supaya rakyat berhimpun dan mengepung kawasan Parlimen kerana ia dilihat sudah tidak lagi bebas.

"Semua dah letih, rakyat dah tahu. Namun persoalannya adalah apakah tindakan wajib kita ambil. Pada saya, tidak ada lain kita susun gelombang rakyat, kepung Parlimen.

"Saya yakin tidak akan ada tindakan undang-undang yang akan diambil dan jalan raya adalah pilihan kita sebelum ke Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang," ujarnya.

Tambah Anthony Loke lagi, gerakan itu nanti akan melibatkan semua pihak termasuk parti politik, gerakan mahasiswa dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Jelasnya, kerjasama antara pihak-pihak tersebut dilihat akan mewujudkan sebuah gerakan rakyat secara keseluruhan.

"Kalau tidak ada penafian dan penyiasatan yang jujur maka tidak mustahil gerakan rakyat akan menjadi kenyataan," tegasnya.

Azmin ancam dedah bukti Pusat lengah perjanjian penstrukturan air

Posted: 07 Jul 2015 01:39 AM PDT

IKHWAN HAZWAN

 

AZMIN ALI
Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali hari ini mengancam untuk mendedahkan bukti bahawa Kerajaan Persekutuan sengaja melengah-lengahkan perjanjian penstrukturan air. - Foto TRP/Daniel Chan



KUALA LUMPUR - Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali hari ini mengancam untuk mendedahkan bukti bahawa Kerajaan Persekutuan sengaja melengah-lengahkan perjanjian penstrukturan air.

Menurut Azmin, perkara tersebut terpaksa dilakukan ekoran tindakan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) sering berdolak-dalik dan menukar pendirian mereka.

Jelas beliau, Kerajaan Persekutuan merupakan pihak yang perlu dipersalahkan atas kelewatan perjanjian tersebut dimuktamadkan.

"Saya boleh mendedahkan banyak bukti yang menunjukkan kerajaan Persekutuan berdolak-dalik dan sengaja melengahkan.

"Sekiranya perkara ini tidak dapat diselesaikan, saya tidak ada pilihan melainkan memberitahu kepada umum tentang tindakan-tindakan yang tidak bertanggungjawab yang dibuat oleh Kerajaan Persekutuan," katanya ketika ditemui di Parlimen di sini hari ini.

Tambah Mohamed Azmin, antara contoh yang menunjukkan sikap berdolak-dalik Kerajaan Persekutuan ialah sebelum ini kerajaan Pusat dan Negeri telah bersetuju aset-aset syarikat konsesi (CCWA) diserahkan tanpa tanah dan persetujuan telah dicapai.

Jelas Azmin, beliau telah mendapat surat daripada Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili bertarikh 3 Jun menyatakan penyerahan CCWA ini dibuat tanpa tanah.

"Tetapi hari ini saya mendapat notis daripada Jabatan Peguam Negara bahawa aset-aset air syarikat konsesi ini mesti diserahkan dengan tanah.

"Jadi sampai bila perkara ini boleh dimuktamadkan dan jangan dipersalahkan Kerajaaan Negeri Selangor," ujarnya.

Kata Azmin lagi, sikap berlengah-lengah Kerajaan Persekutuan tersebut amat mengecewakan kerana pihaknya cuba sedaya-upaya untuk memuktamadkan perjanjian itu secepat mungkin.

"Saya sendiri mengambil tanggungjawab bukan saja berbincang dengan menteri tetapi bertemu dengan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri sebagai jawatankuasa kabinet mengenai air.

"Namun belum ada satu perkembangan positif malahan kementerian masih tetap berdolak-dalih," tegasnya.

Dbocor – k'jaan beli perisian intipan awam

Posted: 07 Jul 2015 01:30 AM PDT

MALAYSIAKINI



Maklumat bocor menunjukkan bahawa Pejabat Perdana Menteri (PMO) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) antara pelanggan perisian pengintip daripada Hacking Team, syarikat teknologi maklumat di Milan, Itali.

Perkara ini didedahkan selepas Hacking Team menjadi mangsa penggodam yang mencuri 400 gigabait data syarikat dan membolehkan ia dimuat turut di akaun Twitter syarikat itu sendiri.

Antara data dicuri termasuk senarai syarikat dan invois-invoisnya.



 
PMO, SPRM dan "Malaysia Intelligence" (risikan Malaysia) antara termasuk dalam senarai itu, menurut CSO Online.

Menurut lebih data daripada pengguna Twitter di Medium.com, SPRM membelanjakan lebih daripada RM500,000 untuk membeli sistem yang dinamakan Da Vinci itu.

Dokumen bocor itu juga menunjukkan SPRM membayar 102,122.50 Euro untuk sistem itu pada 2011 dan kemudian Euro 38,500 untuk memperbaharuinya pada 2013.

Da Vinci beroperasi dengan memperdaya pengguna membukanya.

Apabila diaktifkan dengan pembukaan fail komputer, ia akan menjejak, memerhati dan memuat turut maklumat daripada komputer mangsa.

Dokumen disiarkan juga menunjukkan bahawa langganan SPRM telah tamat tempoh manakala PMO dan "Malaysia Intelligence" masih aktif.

Badan pemantau kebebasan media Reporters Without Borders (RSF) yang berpangkalan di Paris pada 2013 menamakan Hacking Team antara "musuh korporat di Internet".

Siasatan laporan WSJ, 6 akaun bank dibekukan

Posted: 07 Jul 2015 01:27 AM PDT

MALAYSIAKINI



 
 
 
Pasukan petugas khas bagi menyiasat dakwaan penyaluran wang AS$700 juta (RM2.6 bilion) ke dalam akaun perdana menteri, mengeluarkan perintah pembekuan enam akaun bank dipercayai terlibat dalam kes itu.

Perintah itu dikeluarkan semalam, menurut kenyataan bersama Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed.

"Selain itu, pasukan petugas khas telah mengambil dokumen-dokumen berkaitan 17 akaun dari dua buah bank bagi membantu siasatan.

"Pasukan petugas khas juga telah mengambil dokumen-dokumen melibatkan isu ketidakpatuhan peraturan-peraturan dan kaedah Bank Negara Malaysia oleh bank terbabit," kata mereka.

Dalam kenyataan awal petang ini, mereka berkata siasatan masih berjalan dan  menyeru semua pihak agar memberi kerjasama sepenuhnya bagi melengkapkan siasatan.

Pasukan petugas khas itu bagaimanapun tidak menyebut dengan jelas akaun yang diarahkan beku itu milik siapa.

The Wall Street Journal (WSJ) sebelum ini menggegarkan negara dengan laporan terdapat sejumlah besar dana daripada badan berkaitan 1MDB berakhir di akaun peribadi Najib di AmBank. 
 
 
 

Najib, 1MDB memalukan negara, kata Mahathir

Posted: 07 Jul 2015 01:25 AM PDT

MALAYSIAKINI



 
 
Tun Dr Mahathir Mohamad membidas kembali kritikan bahawa beliau memalukan negara dengan bercakap kepada media antarabangsa berhubung isu 1MDB dan kepimpinan Datuk Seri Najib Razak.

Menjawab kritikan Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman itu, Mahathir berkata pihak yang memalukan Malaysia sebenarnya Najib dan 1MDB, bukan beliau.

"Sesungguhnya yang memalukan negara ialah Datuk Seri Najib dengan 1MDB-nya.

"Sebelum ini negara tidak pernah dicemuh dengan tuduhan-tuduhan yang tidak terjawab seperti sekarang," katanya.

Menulis di blognya hari ini, Mahathir berkata, jika "skandal" seperti itu berlaku di luar negara sudah tentu pemimpin itu akan meletakkan jawatan dan memohon maaf.

"Tetapi di Malaysia ada orang yang mempertahankan pemimpin tanpa sebab, hanya kerana keselamatan jawatan," sindirnya.

Beliau mengulas kritikan Anifah padanya kerana memberikan wawancara kepada akhbar Amerika The New York Times.

"Mungkin Anifah tidak pernah baca suratkhabar Amerika sebelum usaha untuk memburukkan nama saya dijadikan asas mempertahankan perdana menteri Najib.

"Tetapi seluruh dunia tahu berkenaan Datuk Seri Najib, Jho Low dan 1MDB," katanya.

'Anak tiri berlagak kaya'

Beliau juga berkata akhbar terkenal Washington, New York dan London juga telah menyiarkan rencana panjang berkaitan 1MDB, Najib dan dakwaan hidup mewahnya.

Mahathir juga dengan laporan berkaitan hartawan Jho Low dan anak tiri Najib Riza Aziz.

Selain itu Mahathir turut membangkitkan kajian pakar Barat bahawa Malaysia adalah salah sebuah daripada sepuluh negara tahap rasuahnya tertinggi di dunia.

"Tetapi Anifah tidak berasa malu dengan semua laporan ini. Tidak ada sepatah pun disuarakan olehnya.

"Semua laporan yang memburukkan Malaysia dibuat sebelum saya mengkritik Datuk Seri Najib," katanya lagi.

Mahathir juga berkata Anifah patut menyoal Najib dan menasihatinya "supaya tidak bersahabat dengan Jho Low dan melarang anak tirinya dari berlagak sebagai hartawan kaya". 
 
 
 

'Jangan beri muka' kepada peniaga asing

Posted: 07 Jul 2015 01:21 AM PDT

Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas), Mohd Ridzuan Abdullah
Mohd Ridzuan
 

KERAJAAN digesa memandang serius isu lambakan peniaga asing yang memonopoli beberapa lubuk rezeki perniagaan sekitar Lembah Klang terutama menjelang musim perayaan.

Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas), Mohd Ridzuan Abdullah berkata, agensi berwajib perlu meningkatkan pemantauan dan penguatkuasaan, kemungkinan terdapat peniaga warga asing tidak mempunyai lesen atau menyalahgunakan permit atas nama warga tempatan.

"Dari dulu, Ikhlas memandang serius perkara ini. Kebanjiran peniaga asing 'membunuh' rezeki peniaga tempatan.

"Tahun lepas bila kita suarakan isu ini, jumlah mereka berkurangan tetapi tahun ini nampak jumlah peniaga asing sama ada penjaja atau di kedai meningkat," katanya.

Beliau berkata, kerajaan perlu gazetkan hanya orang tempatan dibenarkan menjalankan perniagaan jenis bermusim terutama bulan Ramadan dan menjelang perayaan.

"Kalau boleh kita tak mahu tengok peniaga warga asing yang mengaut keuntungan lumayan pada bulan Ramadan, tak nak dengar alasan perlu guna pekerja warga asing dan sebagainya," katanya.

Beliau memberitah ada menerima aduan terdapat warga asing sanggup menyewa premis dengan harga tiga kali ganda daripada pemilik tempatan.

Akibatnya, peningkatan jumlah peniaga asing boleh dilihat di merata-rata kedai terutama di Jalan Tunku Abdul Rahman, Jalan Masjid India dan Lorong TAR.

"Hampir 4.5 juta warga asing berada di negara ini, kebanyakan mereka mencari rezeki dengan  berniaga. Kerajaan perlu cari jalan elak sesuatu tempat tu dimonopoli warga asing," katanya.


Kurang pemantauan punca ramai peniaga asing

Posted: 07 Jul 2015 01:17 AM PDT

Kurang pemantauan punca ramai peniaga asing
Pekerja warga asing dilihat pandai memujuk pengunjung singgah di kedai mereka menggunakan katakata manis dan lembut.
 
 
LEBIH 8 juta warga asing berada di Malaysia dan tidak mustahil jumlah tersebut bakal meningkat pada masa hadapan, kata Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani.
 
Beliau turut membidas kerajaan Persekutuan yang disifatkannya sebagai tidak peka dengan isu berkenaan dan membiarkan lambakan warga asing di pelbagai sektor.
 
"Jika benar penguatkuasaan mereka mantap, mengapa kemasukan warga asing secara haram semakin berleluasa dan tiada pemantauan.
 
"Sebagai contoh di Telok Panglima Garang, banyak kilang-kilang pembuatan dimonopoli warga asing dan apakah mereka ini datang ke sini secara sah atau sebaliknya," katanya.
 
Katanya, menerusi pemerhatian, isu kebanjiran warga asing berlaku kerana kurangnya pemantauan dan terdapat ramai warga asing di negara ini tiada pengenalan diri yang sah.
 
 

Peniaga asing mampu sewa RM8,000 sebulan

Posted: 06 Jul 2015 11:42 PM PDT

Peniaga asing mampu sewa RM8,000 sebulan
Rata-rata papan tanda kedai di pusat bandar Klang ditulis dalam bahasa asing.
 
 
BERADA di Klang seolah-olah sedang berada di Bangladesh atau Myanmar. Mereka ini dilihat memonopoli sekitar pusat bandar dan tidak mustahil boleh menenggelamkan warga tempatan jika tidak dibendung.

Buktinya boleh dilihat di premis-premis jualan. Bukan sahaja mereka ini datang sebagai pengunjung, tetapi warga asing ini menjadi pekerja malah terdapat papan tanda ditulis dalam bahasa asing di premis berkenaan.

Tinjauan Sinar Harian mendapati terdapat puluhan kedai makan, kedai menjual barangan serbaneka dan pelbagai kedai lain dipercayai milik warga asing beroperasi di situ.

Wartawan Sinar Harian meninjau premis-premis di sekitar bandar Klang untuk mendapatkan gambaran sebenar daripada warga asing yang bekerja di situ.

Shujon, 36, seorang warga Bangladesh yang bekerja di sebuah kedai menjual peralatan harian memberitahu, perniagaan itu adalah milik seorang lelaki dari negaranya yang berkongsi dengan warga tempatan.

"Kedai ini disewa harga tinggi lebih kurang RM8,000 sebulan. Berniaga sini bagus sebab ramai orang  Bangladesh. Kalau hujung minggu ramai datang beli-belah, duduk-duduk (melepak)," katanya yang masih pekat dengan telo bahasanya.

Menurut Shujon, kedai berkenaan sudah beroperasi hampir tujuh tahun dan kebanyakan barangan yang dijual di situ dibawa khas dari Bangladesh.

Salah seorang peniaga warga asing turut memaklumkan, mereka selesa berniaga di situ.

Menurut Kushen, 46, seorang peniaga kuih warga Bangladesh, dia menyewa bahagian depan sebuah restoran sebagai tapak niaga.

"Restoran itu kawan (senegara) saya punya. Dia sewa RM7,000. Kedai ini sudah lama buka di sini," katanya kepada Sinar Harian.


Jangan ulang insiden Pasir Gudang

Posted: 06 Jul 2015 10:55 PM PDT

Jangan ulang insiden Pasir Gudang
Pimpinan pembangkang menunjukkan keratan akhbar yang melaporkan kejadian berkenaan.
 
 
BATU PAHAT - Pimpinan parti pembangkang yang terdiri daripada DAP, PKR dan Pas mengharapkan adanya tindakan sewajarnya kepada individu terlibat dalam memulakan kekecohan di program DAP di Pasir Gudang, kelmarin.
 
Dalam insiden berkenaan difahamkan 50 individu terlibat, di mana mereka turut cuba menyerang dua pemimpin pembangkang iaitu Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang, Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong dan mereka yang menghadiri program santai anjuran DAP itu.
 
Setiausaha PKR Johor, Mohd Khuzzan Abu Bakar berkata, tindakan itu melanggar undang-undang negara dan mengganggu kebebasan bersuara, dan seharusnya pihak berkuasa melakukan siasatan lanjut berkaitan kejadian yang berlaku.
 
Katanya, siasatan segera perlu dilakukan supaya orang ramai tidak ragu terhadap pasukan keselamatan negara.
 
"Bagaimanapun kami pihak pimpinan pembangkang mengucapkan terima kasih kepada pasukan polis yang bertugas ketika itu, kerana dapat mengawal keadaan daripada menjadi lebih teruk.
 
"Cuma yang kami kesal kehadiran anggota bertugas tidak ramai, ia bukan sahaja mampu mendatangkan bahaya kepada pemimpin (wakil rakyat) yang ada tetapi kepada anggota polis yang bertugas juga," katanya.
 
Beliau berkata demikian dalam satu sidang media, di Pejabat DAP Batu Pahat, semalam.
 
Sementara itu, Adun Penggaram, Gan Peck Cheng berkata, pihaknya mengharapkan siasatan dapat dilakukan seadilnya dan mereka yang terlibat dalam kekecohan ini dikenakan tindakan undang-undang.
 
Katanya, program santai itu tidak memberikan sebarang ancaman kepada orang ramai, selain mendapat kebenaran daripada pemilik kedai makan berkenaan.
 
"Saya dan pimpinan DAP tidak faham sebab mereka menyerbu seterusnya melakukan kekecohan.
 
"Saya harap siasatan serta tindakan dapat dilakukan kepada mereka yang terlibat agar tidak akan berlaku lagi di masa akan datang," katanya.
 
Dalam pada itu, Adun Parit Ya'ani, Aminolhuda Hassan berkata, tindakan berkenaan tidak melambangkan budaya orang timur yang dikenali dengan sopan santun.
 
Katanya, daripada insiden berkenaan pihak berkuasa perlu meneliti dan memberikan perlindungan sewajarnya kepada wakil rakyat, sama ada dari pihak kerajaan atau pembangkang.
 
"Sikap seperti ini sepatutnya dapat dielak memandangkan kita sedang menuju menjadi negara maju dan seharusnya penduduknya perlu mempunyai pemikiran matang, bukan seperti kelas ketiga.
 
"Daripada insiden berkenaan sedikit sebanyak telah mencemar dan menjejaskan imej Johor yang aman selama ini, juga dikhuatiri usaha untuk menjadikan Johor lebih maju terbantut kerana pelabur lari akibat bimbang dengan situasi yang berlaku," katanya.
 
Ketiga-tiga pemimpin berkenaan juga berharap agar Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dapat memohon maaf secara terbuka, kerana kejadian berkenaan berlaku di dalam kawasannya.
 
 

Pemerhati: Fikirlah rakyat sebelum naik kadar tol

Posted: 06 Jul 2015 10:53 PM PDT






Ismail Sualman
Penganalisis Politik, Profesor Dr Ismail Sualman



SHAH ALAM - Meskipun kadar tol dinaikkan saban tahun dan lebuh raya dilebarkan dari semasa ke semasa, namun masalah kesesakan jalan raya tetap berlaku di negara ini.

Pemerhati politik, Prof Madya Dr Ismail Sualman berkata, jika penambahan lorong mampu membendung isu kesesakan, maka kenaikan kadar tol itu masih boleh dianggap wajar.

"Contohnya sehari 1 juta kereta masuk ke KL dan dari situ hasilnya akan dibina dan baiki jalan. Sekarang ini pertikaian yang timbul adalah, walaupun jalan dilebarkan beberapa kali, kesesakan tetap berlaku.

"Jadi tindakan membesarkan jalan itu bukan satu alternatif sebenarnya pun. Sebab apa yang saya lihat contohnya dari Senawang sampai ke Nilai hingga ke Kuala Lumpur, walau kita buat 10 lorong sekalipun, jalan tetap sesak teruk.

"Kadar tol tak sepatutnya dinaikkan hanya kerana syarikat itu mahu membesarkan jalan sebab kalau mereka besarkan jalan dapat menyelesaikan masalah, tak apa," katanya.

Minggu lalu, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof dilaporkan berkata kerajaan dijangka membayar sebanyak RM1.08 bilion dalam bentuk pampasan kepada 23 syarikat konsesi membabitkan 30 lebuh raya seluruh negara sekiranya tiada kenaikan kadar tol.

Sehubungan itu, Prof Ismail yang juga pensyarah di Universiti Teknologi Mara (UiTM) berkata, dalam tempoh yang mendesak ini yang menyebabkan kos sara hidup kian meningkat, kadar tol tidak boleh dinaikkan.

"Akhirnya beban itu perlu ditanggung pengguna. Rakyat sudah terbeban dengan pelbagai kenaikan dan tol ini sentiasa naik, tidak pernah turun pun. Kalau tol naik lagi, rakyat akan tertekan," katanya.

Sementara itu, Prof Madya Dr Mohamad Fuad Othman berkata, jika kerajaan bercadang untuk bersetuju menaikkan kadar tol, kerajaan perlu menjelaskan sebab untuk berbuat demikian.

"Kereta dahulu katakanlah 100,000 sehari yang lalui lebuh raya, tapi hakikat sekarang, kereta yang menggunakan lebuh raya sudah lebih bukan 100,000 lagi. Di situ kutipan tol bertambah.
Masalahnya kita tidak diberitahu melalui perjanjian konsesi ini bagaimana jadual-jadual pembayaran dan sebagainya.

"Oleh sebab sekarang rakyat sudah dibebani dengan GST (Cukai Barangan dan Perkhidmatan). Masalah GST ini adalah kutipan cukai pada kadar realiti maksudnya orang lihat hari-hari. Jika cukai pendapatan dan cukai-cukai lain ini mungkin hujung tahun sahaja.

"Jadi, kerajaan kalau nak perkenalkan dasar baharu atau tambah kadar sedia ada, kerajaan perlu terangkan pada rakyat kenapa perlu naikkan kadar itu? Kerana rakyat sudah terbeban sangat sekarang ini," katanya.


Penganalisis politik dari Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Dr Jeniri Amir pula mengingatkan bahawa dalam apa juga dasar yang mahu dirancang atau dilaksanakan, kerajaan perlu mendahulukan kepentingan rakyat bukan mana-mana pihak yang berkepentingan.


Malah beliau menyifatkan alasan menteri bahawa kerajaan terpaksa membayar pampasan RM580 juta kepada syarikat konsesi ketika ini, jika kadar tol tidak dinaikkan sebagai tidak boleh diterima.


"... bukan akhirnya merugikan rakyat tapi menguntungkan syarikat-syarikat berkaitan yang kroni dan sebagainya. Kepentingan rakyat harus diutamakan lebih-lebih lagi sekarang dalam keadaan kos hidup meningkat dan harga barang semakin meningkat. Kalau tol dinaikkan lagi atas apa jua alasan, saya fikir ini memberi kesan yang semakin teruk kepada rakyat.


"Alasan itu alasan yang tidak boleh diterima. Pasti kerajaan dan konsesi-konsesi berkenaan dapat berunding untuk menilai semula kadar tol dan tempoh itu supaya ia tidak menyusahkan rakyat sekurang-kurangnya dalam tempoh setahun dua ini, ketika kesan GST begitu dahsyat menimpa rakyat.

"Hampir semua harga barang daripada sekecil-kecil sehingga sebesar-besar barang harganya naik. Jadi, kalau naik lagi tol, kesan limpahannya melibatkan kenaikan kos pengangkutan, harga barang juga akan naik lagi. Sampai bila perkara ini akan berterusan?," katanya.

Gambar Najib, keluarga bersama Jho Low bongkar hubungan 1MDB-PetroSaudi

Posted: 06 Jul 2015 10:48 PM PDT

KEADILAN DAILY

 




KUALA LUMPUR : Portal kontroversi, Sarawak Report mendedahkan bagaimana ahli perniagaan Jho Low mengatur pertemuan antara PetroSaudi dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menerusi Datuk Seri Najib Razak, pada 2009.

Pendedahan pada semalam itu menyaksikan pertemuan yang dilakukan di atas sebuah kapal mewah – Tatoosh – yang biasanya disewa dengan kadar setengah juta dolar seminggu itu dikatakan berlangsung pada Ogos 2009, bagi menjalin hubungan 1MDB dan PetroSaudi.

Tatoosh merupakan kapal layar ke-26 terbesar di dunia dan dikatakan juga kapal layar yang sama digunakan Jho Low untuk menghiburkan bintang hiburan Paris Hilton dalam tahun 2010.

Dengan tajuk 'Oh No Jho Low! – SCOOP PHOTO TELLS ALL', Sarawak Report menyiarkan beberapa keping gambar eksklusif pertemuan itu yang dikatakan dihantar oleh Pegawai Khas Perdana Menteri, Wan Ahmad Shihab Ismail kepada Pengarah PetroSaudi, Tarek Obaid dan Jho Low, sebagai kenang-kenangan.

Dari kiri, Jho Low; pemilik PetroSaudi, Putera Turki, Najib; Rosmah, Nor Ashman, Tarek Obaid dan Nooryana Najwa di atas kapal mewah Tatoosh di perairan selatan Perancis.
Dari kiri, Jho Low; pemilik PetroSaudi, Putera Turki, Najib, Rosmah, Nor Ashman, Tarek Obaid dan Nooryana Najwa di atas kapal mewah Tatoosh di perairan selatan Perancis.

Gambar itu dikatakan dirakam ketika Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor serta anak lelaki mereka Nor Ashman dan anak perempuan, Nooryana Najwa bersama Jho Low dan Tarek menghabiskan cuti musim panas di atas kapal berkenaan di perairan selatan Perancis.
najib-kapal-mewah-3
Jho Low sebelum ini mengakui Rosmah merupakan kawan baik beliau.

Jutawan itu juga berulangkali menafikan beliau mempunyai peranan dalam 1MDB.

Najib juga turut menafikan mengenali Jho Low.



Skandal 1MDB: Tunggu Himpunan Bersih 4 jika Najib terus membisu

Posted: 06 Jul 2015 10:42 PM PDT

KEADILAN DAILY



KUALA LUMPUR: Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) akan menganjurkan "Perhimpunan Bersih 4″ sekiranya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terus berdiam diri dalam isu 1Malysian Development Berhad (1MDB).

Pengerusi Bersih.2.0, Maria Chin Abdullah juga mengesa Najib mengambil cuti sebagai Perdana Menteri dan segala jawatan yang dipegang agar siasatan dapat dijalankan dengan lancar.
maria-chin-abdullahMaria turut menggesa akaun isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dan anak-anaknya perlu dibekukan sewaktu siasatan dijalankan.

"Najib juga perlu mendedahkan kepada umum butiran akaun banknya dan menjelaskan jika akaun AmBank yang wujud di atas namanya. Jika ya, tunjukkan butiran transaksi tersebut pada hari yang berkenaan," kata Maria.

"Semua hasil siasatan Bank Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), pihak polis dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) terhadap 1MDB dan syarikat-syarikat yang berkaitan perlu diumumkan kepada umum dalam tempoh segera," katanya.

Maria berkata, empat perkara ini perlu dilakukan dalam tempoh kurang dari sebulan kerana ia adalah perkara yang mudah untuk dilakukan.

"Kami memang memikirkan mengenai itu (Bersih 4) tetapi kami mahukan jawapan daripada 4 perkara ini terdahulu.

"Sebab mengapa kami menekankan empat perkara ini kerana ia membabitkan wang rakyat. Beliau membuat pelbagai kenyataan tetapi tiada tindakan daripadanya.

"Contohnya, jika selepas sebulan tiada apa-apa yang berlaku, semua institusi awam tidak mahu memberitahu kita apa yang terjadi, semua orang akan berasa marah. Dan bukan sahaja kami yang menyeru untuk Bersih 4 diadakan, tetapi rakyat yang akan menuntut supaya ia diadakan," katanya.

Dihalang guna bilik mesyuarat, MP Pakatan ‘bersidang’ di lantai

Posted: 06 Jul 2015 10:40 PM PDT

KEADILAN DAILY

 




KUALA LUMPUR: Mesyuarat tergempar Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Rakyat bersama pimpinan masyarakat pagi ini terpaksa diadakan di tangga bangunan Parlimen kerana mereka tidak dibenarkan menggunakan bilik taklimat.
Wawi
Pertemuan itu bagi membincangkan skandal 1Malaysian Development (1MDB) dan pendedahan RM2.6 bilion akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak oleh Wall Street Journal (WSJ).

Menurut Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil, alasan diberikan kerana bilik taklimat tersebut telah ditempah oleh Felo Perdana Kementerian Belia dan Sukan.
Wawi 2
Ekoran halangan itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bersama barisan Ahli Parlimen Pakatan termasuk pimpinan masyarakat sivil antaranya Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said dan Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0), Maria Chin Abdullah mengadakan mesyuarat di ruang terbuka di perkarangan bangunan itu.
IMG-20150707-WA0009
"Ahli-Ahli Parlimen KEADILAN, DAP dan PAS, termasuk NGO-NGO hari ini, bergabung untuk bermesyuarat di 
Parlimen…bagaimanapun kami terpaksa mengadakan mesyuarat di parade ground Parlimen setelah dinafikan bilik mesyuarat oleh pihak Parlimen.

"Sebagai Ketua Pembangkang, Kak Wan memanggil semua Ahli Parlimen Pembangkang untuk membuat resolusi berkenaan 1MDB dan PM.

"Inilah bukti solidariti dan kesatuan untuk memperjuangkan isu rakyat masih utuh. Alhamdulillah…," tulis Wan Azizah yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh dalam kenyataan di facebook.



Kontroversi Mara: "Ia Di Luar Pengetahuan Saya" - Shafie Apdal

Posted: 06 Jul 2015 10:34 PM PDT

Oleh: IZRA ABDUL RAHMAN
 
 


BANGI: Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, dakwaan terdapat individu tidak berkaitan menandatangani perjanjian salah satu pembelian hartanah Majlis Amanah Rakyat (Mara) di Australia adalah 'di luar pengetahuannya'.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang bertanggungjawab terhadap Mara itu berkata, kenyataan tersebut hanyalah satu dakwaan dan siasatan belum memutuskan bahawa ia betul.

"Ia di luar pengetahuan saya.

"Apa yang kita tahu perjanjian-perjanjian tersebut dilakukan oleh badan-badan Mara Inc. Sebarang transaksi yang dilakukan sebelum itu adalah di luar pengetahuan saya," katanya pada sidang media selepas merasmikan majlis Penghayatan Wasatiyyah dan Ihya' Ramadan Mara di sini, Isnin.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab dakwaan oleh Pengarah Eksekutif NOW, Rafizi Ramli bahawa terdapat dua invidu tidak berkaitan dengan Mara telah menandatangani perjanjian pembelian hartanah 746 Swanston Street di Australia.

Individu berkenaan adalah Erwan Azizi dan Izmir Abdul Hamid.

Mengenai dakwaan Rafizi bahawa urusniaga pembelian hartanah itu turut melibatkan individu dalam pimpinan Pemuda Umno, beliau berkata, ia hanya satu dakwaan sahaja.

"Saya tak perlu jawab soalan ini, ia hanya dakwaan sahaja.

"Kita tak boleh berpegang kepada tuduhan itu sama ada benar, tak benar, sehingga siasatan selesai.

"Kita tak boleh kata apa yang Rafizi kata itu betul sehingga siasatan. Takkan kenyataan Rafizi sudah konklusif, perlu ada siasatan dan sekarang ia berjalan lancar, berikan masa," katanya.

Beliau berkata, sebarang kemungkinan tindakan susulan terhadap Rafizi ataupun terhadap individu berkaitan Mara yang mungkin didapati terlibat dalam penyelewengan akan dilakukan selepas penemuan dan hasil siasatan selesai.

Rafizi Amal Budaya Politik 'Bodoh' - KJ

Posted: 06 Jul 2015 10:31 PM PDT

Oleh: ARIFFUDDIN ISHAK
 
 
 
 
KUALA LUMPUR: Pengarah Eksekutif National Oversight and Whistleblowers (NOW), Mohd Rafizi Ramli disifatkan mengamalkan budaya 'politik bodoh' apabila cuba mengaitkan beberapa Exco Pemuda Umno dalam skandal ketirisan hartanah Majlis Amanah Rakyat (Mara) sebanyak RM63 juta.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata, Rafizi sekadar menimbulkan persepsi dengan menggunakan logik bahawa hubungan ahli exconya dengan pihak yang didakwa mempunyai kaitan dengan proses pembelian hartanah oleh syarikat milik penuh Mara Inc terlibat dalam skandar tersebut.

"Logik Rafizi memang tak boleh pakai langsung. Dia hanya tunjuk kaitan bahawa individu tersebut ada urusan perniagaan dengan Exco Pemuda. Tapi urusan perniagaan itu tak ada kaitan dengan kes di Australia.

"Jadi macam mana nak kaitkan ia dengan kes ini? Itu kerja bodohlah," katanya kepada pemberita pada Majlis Berbuka Puasa Pemuda Barisan Nasional (BN) di sini, Isnin.

Mengulas lanjut, Ketua Pemuda BN itu menafikan individu yang dituduh terlibat dalam skandal berkenaan tiada kaitan seperti yang didakwa Rafizi.

"Orang yang dia tuduh ini tak ada kaitan langsung dengan kes di Australia...setahu sayalah.

"Kalau ada bukti tunjuk...tetapi kalau nak kait mengait sahaja dengan menggunakan (formula) bahawa you kenal dia so you pun terlibat dengan kes ini... itu memang saya tak boleh terima. Itu politik bodoh," katanya.

Terdahulu, Rafizi yang juga Naib Presiden PKR mendakwa lima anggota Pemuda Umno terbabit dalam tiga pembelian hartanah di Australia yang belum didedahkan, iaitu hartanah 746 Swanston Street, 333 Exhibition Street dan 51 Queen Street.

Menurut Rafizi lagi, dua individu yang terlibat dalam pembelian hartanah yang tiada kaitan dengan Mara ialah Erwan Azizi dan Izmir Abdul Hamid.

Dakwa Rafizi, persoalan timbul kerana kedua-dua individu tersebut mempunyai banyak kepentingan dengan Naib Ketua Pemuda Umno, Khairul Azwan Harun dan Exco Pemuda Umno, Dazma Shah Daud.

Kanak-Kanak Meninggal Dunia Selepas Terjatuh Dari Tingkat 9

Posted: 06 Jul 2015 10:16 PM PDT

MSTAR ONLINE
 
 
Gambar keluarga: Muhammad Adam Qhalish (duduk, kanan) dipangku bapanya.
 
 
BUTTERWORTH: Sepasang suami isteri kehilangan anak lelaki mereka berusia 3 tahun selepas terjatuh dari tingkat sembilan sebuah apartment di Teluk Air Tawar.

Muhammad Adam Qhalish Hairul Anuar meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

Kanak-kanak ini dikatakan telah memanjat timbunan kotak di biliknya sebelum jatuh dari tingkap kira-kira 11:00 pagi Isnin.

Ketika kejadian, bapa kanak-kanak itu berada di tempat kerja, Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia di Teluk Air Tawar sementara ibu dan adiknya berada di bilik lain.

Seorang jiran yang menemui mangsa dalam keadaan dipenuhi darah segera memberitahu ibunya.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Abdul Rahman Ibrahim berkata, polis menerima panggilan kecemasan pada kira-kira pukul 11.30 pagi.

Ibu bapa kanak-kanak tersebut masih berada dalam keadaan terkejut dan enggan menemui media.

Kasino Tidak Dibenarkan Di Pulau Pinang - Guan Eng

Posted: 06 Jul 2015 10:14 PM PDT

MSTAR ONLINE


 
 
 
GEORGE TOWN: Ketua Menteri Lim Guan Eng menafikan kerajaan negeri DAP Pulau Pinang akan membina sebuah kasino di negeri ini seperti yang didakwa oleh Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bungah Teh Yee Cheu.

Beliau berkata dasar kerajaan negeri amat jelas iaitu tidak akan membenarkan sebarang kasino di Pulau Pinang kerana ia tidak bersesuaian untuk ekonomi dan masyarakat tempatan. 

"Saya amat terkejut dengan kenyataan itu kerana ia memang satu fitnah. Saya telah nyatakan sebaik saya menjadi Ketua Menteri pada 2008, pendirian saya dan kerajaan negeri adalah kasino tidak akan dibenarkan dibina di negeri ini," katanya pada sidang akhbar pada Selasa.

Akhbar berbahasa Cina bertarikh 22 Jun lepas melaporkan Teh, wakil rakyat DAP itu sebagai berkata beliau mendengar khabar angin bahawa sebuah kasino akan dibina di Bukit Bendera, dekat sini.  

Sementara itu, mengenai pameran Seni Jalanan Transformers yang pertama di Asia, Lim berkata kerajaan negeri membelanjakan RM1.1 juta untuk program yang berlangsung dari 19 Julai hingga 17 September di Padang Kota Lama, di sini.

Beliau berkata bersempena dengan pameran itu, orang ramai turut diberi peluang untuk bertemu dan bergambar dengan karakter utama filem Transformers iaitu 'Optimus Prime' dan 'Bumblebee' pada 10 Julai.  

"Saya rasa inilah sesuatu yang amat diperlukan untuk menghadapi dan menangani kegawatan ekonomi. Jadi, kami menjemput semua datang. Ini adalah hadiah daripada kerajaan negeri," katanya.

Pertikaian Pas-DAP sukar diselesaikan- Khalid Samad

Posted: 06 Jul 2015 04:40 PM PDT

 
Penubuhan parti baru bagi menggantikan Pas merupakan jalan penyelesaian kepada pertikaian itu.


Khalid-Samad_ulam_600


SHAH ALAM: Perselisihan antara Pas dan DAP sukar diselesaikan dalam waktu yang singkat, kata Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

Sehubungan itu, katanya, penyelesaian terbaik ialah dengan menubuhkan parti baru yang beridentitikan Islam.

"Usul putus hubungan Pas dengan DAP di dalam Muktamar secara teknikalnya menyebabkan PR sudah tidak wujud lagi.

"Maka kami rasakan perlunya satu pakatan baru yang boleh menyatukan hasrat rakyat.

"Ini bagi menandingi Barisan Nasional (BN) dalam menghadapi Pilihan Raya yang sudah dekat," katanya dalam sidang media pada Isnin.

Khalid bagaimanapun berkata, parti baru yang dinamakan Gerakan Harapan Baru hanya akan diwujudkan sekiranya Pas masih tetap pendirian memutuskan hubungan dengan DAP.

"Kita terpaksa teruskan mewujudkan parti baru ini sekiranya Pas masih tidak berubah dengan pendirian mereka masa ini.

"Jika Pas rasakan mereka boleh teruskan dengan pendirian mereka masa ini, maka kita akan teruskan dengan menubuhkan parti baru itu," katanya lagi.

Bagaimanapun Khalid tidak memberitahu bila parti baru itu akan ditubuhkan kerana ia masih peringkat cadangan.

"Mungkin lepas Hari Raya Aidilfitri, mungkin lepas Raya Haji," tambahnya.
Katanya, apa yang penting parti baru ini bersesuaian dengan konsep Pakatan Rakyat sebelum ini yang sesuai untuk semua.

Muhyiddin perlu menghadap Agong untuk ambil alih negara

Posted: 06 Jul 2015 04:38 PM PDT

 
Semua Ahli Parlimen Kerajaan dan Pembangkang perlu memberi sokongan kepada Muhyiddin untuk ambil alih jawatan Perdana Menteri.


muhyiddin.agong

  
PETALING JAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu segera mengambil alih kepemimpinan negara daripada Datuk Seri Najib Tun Razak.

Gesaan itu dibuat oleh Datuk Husam Musa kerana mendakwa negara ini buat pertama kalinya benar-benar berada dalam keadaan sangat kritikal.

Katanya, tindakan drastik perlu diambil termasuk menukar tampuk pemerintahan negara dan individu paling layak adalah Muhyiddin selaku pemimpin nombor dua negara.

"Muhyiddin sewajibnya menemui Yang Dipertuan Agong bersama Peguam Negara untuk menyembah maklum keadaan yang ada dan seterusnya mencadangkan pelucutan jawatan Perdana Menteri.

"Ahli Parlimen seluruhnya perlu menunjukkan sikap patriotik mereka termasuk memberikan sokongan kepada TPM untuk mengambil alih negara dari Najib sekalipun mereka adalah dari parti-parti di luar kerajaan.

"Muhyiddin juga perlu menjamin suatu tindakan undang-undang diambil tanpa mengira kedudukan dan pangkat. Lebih banyak malapetaka akan berlaku jika tindakan segera tidak diambil," katanya dalam kenyataan media.

Husam berkata, kenyataan berani dan terbuka Peguam Negara pada Sabtu lalu sebenarnya sudah cukup bagi seorang pemimpin yang bermaruah mengambil langkah mengundurkan diri.

"Segalanya telah tersimpul dalam kenyataan itu dan hingga petang ini, Isnin 6 Julai, empat hari selepas kenyataan itu, Najib gagal mengeluarkan sebarang penjelasan terhadap kenyataan Peguam Negara.

'Ketika Peguam Negara membuat kenyataan telah melihat sendiri dokumen-dokumen berkaitan dan mengarahkan serbuan dibuat ke atas syarikat berkaitan, negara kita sepatutnya telah pun diambil alih oleh seorang Perdana Menteri yang baru atau paling kurang Pemangku," katanya.

Demi Maruah- Ds Najib Harus Mengundur Diri Buat Sementara

Posted: 06 Jul 2015 04:30 PM PDT



Oleh Abu Hassan Adam 


Demi menjaga maruah keluarga (keluarga Tun Abdul Razak bin Datuk Hussin) bangsa, negara dan agama, DS Najib harus mengambil tindakan berani dengan mengundur diri ( buat sementara) dari jawatan Perdana Menteri, bersendikan falsafah 'berani kerana benar dan takut kerana salah'. DS Najib tidak perlu ragu-ragu mengambil tindakan sedemikian sekiranya beliau betul-betul tidak melakukan 'malapetaka' sepertimana yang didakwa oleh Wall Street Journal itu. 

Maruah rakyat dan negara harus diutamakan oleh DS Perdana Menteri. Sebagaimana yang dikatakan oleh adiknya sendiri, Dato Nazir Abdul razak di Instagramnya yang meletakkan rakyat negara ini di atas segala-galanya. Selanjutnya beliau menyatakan,"They gave their lives so we could build a nation. In this darkest of political times, we must remember to place the country and the rakyat first.Not personal interests, nor personal loyalties, not even party politics,"

Rakyat Malaysia amat bersetuju agaknya dengan saranan sedemikian dan sememangnya begitu sifat orang Melayu tulin apabila berhadapan dengan sesuatu kemelut yang membabitkan diri dan negara yang dipimpinnya. DS Najib harus menonjolkan dirinya sebagai 'anak lelaki tulin' keturunan Tun Abdul Razak Hussin dengan berbuat sesuatu yang boleh memberikan tanggapan bahawa 'darah pahlawan' yang mengalir dalam dirinya itu terus menerus mengalir.

Tuduhan yang dilemparkan oleh Wall Street Journal terhadap DS Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia bukan suatu perkara kecil yang boleh dipandang enteng. Jarang sangat akhbar berkenaan membuat tuduhan sedemikian kecualilah apa yang dilaporkan oleh mereka itu betul-betul berlaku. Dan sehingga kini DS Najib belum lagi menyatakan 'sahih-tidak'nya tuduhan oleh WSJ itu menyebabkan rakyat seluruh Malaysia dan dunia masih tertanya-tanya walaupun DS Najib ada membayangkan bahawa apa yang dituduh itu tidak berlaku.

Pengunduran sebagai Perdana Menteri buat sementara adalah amat penting bagi DS Najib 'membersihkan' namanya khususnya dikalangan rakyat Malaysia yang dipimpinnya. Beliau tidak akan mampu mentadbirkan negara ini sekiranya persepsi rakyat terhadapnya diselubungi suasana negatif, walaupun beliau kerapkali mengatakan bahawa beliau dipilih oleh rakyat atas dasar demokratik melalui pilihan raya. Rakyat akan terus merasa sangsi selagi DS Najib masih berdoalk-dalik dan tidak berani melakukan tindakan yang boleh meyakinkan kembali keyakinan rakyat terhadap kepimpinannnya.

DS Najib akan dilihat sebagai pemimpin yang hebat sekiranya beliau 'menyerahkan' diri untuk diadilkan oleh rakyat dan penguasa undang-undang seperti Polis, SPRM, Bank Negara, dll. Setelah dilakukan penyiasatan yang terperinci dan didapati 'bersih-sebersihnya' barulah imej Perdana Menteri akan terserlah sebagai pemimpin bangsa yang cukup hebat.

Kini seolah-olah DS Najib 'bergantung nyawa' kepada sokongan-sokongan yang dilafazkan oleh pihak-pihak tertentu yang kadang-kadang tidak tahu apakah 'biji-buah'nya perkara yang mereka sokong. DS Najib juga harus sedar bahawa ada 'sokong yang boleh membawa rebah' terutama sokongan yang berasaskan kepentingan diri masing-masing. Golongan yang kononnya menyokong itu akan hanya 'berdiri di belakang' selagi seseorang pemimpin itu berkuasa dan boleh digunakannya untuk 'berladang di kepala' si pemimpin itu. Mereka hilang lenyap entah ke mana selepas seorang itu tidak lagi berkuasa.

Suasana 'tidak menentu' di Malaysia kini juga menelurkan suatu suasana yang boleh menyerlahkan 'kebodohan' dan 'kepandiran' setengah rakyat Malaysia. Ada sokongan-sokongan yang diberikan oleh mereka pastinya menampakkan bahawa sebenarnya mereka tidak arif tentang apa yang berlaku. Mungkin baru kini mereka mendengar ada akhbar di dunia yang bernama 'Wall Street Journal' dan mereka mengagak bahawa akhbar berkenaan setanding dengan Utusan Malaysia atau Berita Harian yang dilihat mereka setiap hari. Mungkin begitu.

Biar aku ulangi penjelasan Dato A.Kadir Jasin mengenai penyiaran berita akhbar berkenaan. Katanya,"The reporting rules at newspapers like WSJ and its sister publication, Asian Wall Street Journal (AWSJ), are very stringent. In cases like 1MDB, reporters' copies will be vetted by company lawyers. In most instances the lawyers would insist on seeing supporting documents and the identities of the reporters' sources of information" sebelum sesuatu berita itu disarkan

Maknanya dengan sendirinya memberikan keyakinan kepada kita bahawa apa yang ditulis oleh WSJ semacam betul dan tepat dari segi fakta (sehinggalah dibuktikan tidak tepat). Dengan sebab itulah penafian demi penafian yang dibuat oleh pihak-pihak tertentu sudah pasti hanya mengundang cemuhan dan kritikan yang mempersendakan minda pihak yang membuat penafian. Lagi banyak penafian dibuat maka lagi luaslah publisiti untuk ditonton oleh seluruh masyarakat dunia yang membayangkan tentang tidak cerdiknya setengah pemimpin kita.

Namun begitu bagi menjernihkan nama DS Najib dan maruah negara dan bangsa Malaysia, DS Najib tidak harus teragak-agak untuk mendakwa akhbar berkenaan dan seterusnya meletakkan jawatan sementara penyiasatan dijalankan .

Itu yang merupakan langkah 'anak jantan' keturunan pahlawan.http://abuhassanadam.blogspot.com/

Tiada ulasan: