Ahad, 19 Julai 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Qaradawi doakan Presiden PAS pimpin kemenangan besar

Posted: 18 Jul 2015 05:37 PM PDT

 Oleh Sharifah Azmawati Syed Abdul Aziz

 
Post Pic
 
 
 
SHAH ALAM: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang semalam menerima ucapan Hari Raya Aidil Fitri daripada Ketua Kesatuan Ulama Sedunia, Dr Yusuf Al Qaradawi.
 
Dalam ucapan tersebut, Qaradawi turut meletakkan harapan yang tinggi kepada Presiden parti Islam itu untuk mengemudi bahtera perubahan umat Islam dan rakyat Malaysia secara khususnya.
 
"Kita merafakkan doa kepada Allah agar menjadikan hari raya ini membawa berita gembira yang baik serta dilimpahi keberkatan dan dipermudahkan segala urusan dan diberikan kemenangan kepada pihak tuan dan seluruh umat Islam," demikian antara petikan ucapan Hari Raya beliau.
 
Manakala dalam ucapan balas kepada Qaradawi, Hadi yang juga Naib Presiden kesatuan itu turut mendoakan agar Qaradawi turut diberikan kesihatan yang berterusan untuk mendoakan agar para pejuang Islam di negara ini sentiasa beristiqamah dalam menggalas amanah perjuangan Islam sehingga memperolehi kemenangan.
 
Presiden PAS itu telah mencatat sejarah penting di rantau Nusantara apabila dilantik sebagai Naib Presiden Kesatuan Ulama Sedunia yang merupakan antara badan tertinggi ulamak di peringkat antarabangsa. 
 
Ianya secara tidak lansung mengiktiraf PAS sebagai gerakan Islam terbesar di tanahair ini.
 
 

Tuduh Saya Jumpa Justo Secara Terbuka - Tony Pua

Posted: 18 Jul 2015 05:33 PM PDT

Oleh: M. KUMAR

 

Tony Pua.
 
 
PETALING JAYA: Ahli Parlimen DAP, Tony Pua mencabar pemimpin Barisan Nasional (BN) supaya menuduh beliau secara terbuka bertemu dengan bekas eksekutif PetroSaudi International, Xavier Andre Justo.

Pua melontarkan cabaran itu dilaman Facebook miliknya pada Sabtu berserta dengan pautan laporan berita Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang menggesa pihak pembangkang supaya segera membuat penafian yang mereka bertemu dengan Justo untuk membeli maklumat sulit.

"Saya mencabar mana-mana menteri BN untuk menuduh saya bertemu dengan Justo," tulisnya.

Justo dilaporkan bertemu dengan pemimpin pembangkang Malaysia dan pemilik media di Singapura sebelum warga Switzerland itu ditahan di Thailand pada 22 Jun lalu.

Justo yang sedang disiasat polis Thailand kerana didakwa memeras ugut bekas majikannya, mengaku bertemu beberapa individu di Singapura untuk berunding mengenai penyerahan dokumen tertentu dimilikinya.

Sirul diainaya-Mak Long Piah

Posted: 18 Jul 2015 05:21 PM PDT

 
Naluri keibuan dan perwatakan Sirul menyakinkan Piah anaknya tidak membunuh Altantuya Shaariibuu


mahathir_sirul_600


PETALING JAYA: Berdasarkan naluri, perwatakan dan hubungan yang rapat antara anak dan ibu, Piah Ahmad yakin anaknya tidak bersalah membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Jelasnya, perkara yang sama turut diakui mereka yang rapat dengan anaknya, termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dalam pertemuannya sebelum ini, Dr Mahathir menzahirkan perkara itu kerana cukup mengenali Sirul yang pernah bertugas sebagai salah seoranng pengawal peribadinya.

"Tun beritahu, dia (Sirul) budak baik. Dia duduk kerja dengan Mahathir banyak tahun. Tun kata, takkan dia (Sirul) nak buat orang macam ini, walaupun setelah menerima arahan," kata Mak Piah," katanya ketika ditemu ramah wartawan FMT.

Ulasnya lagi yang dikenali sebagai Mak Long Piah oleh masyarakat setempat, dalam pertemuan dengannya di Australia beberapa bulan lalu, berkali-kali Sirul menafikan melakukan perbuatan itu.

Meskipun Mahkamah Persekutuan pada Januari lalu memutuskan anaknya bersalah atas tuduhan membunuh dan dikenakan hukuman mati namun, dia yakin dengan nalurinya sebagai seorang ibu, bahawa Sirul terainaya.

Bahkan katanya yang kini menginjak usia 73 tahun, sejak anaknya dituduh, kawan-kawan rapat dan teman setugas dengan Sirul juga mempunyai tanggapan yang sama.

"Mak Piah yakinlah, sebab apabila ditanya, dia pun tidak mengaku bahawa dia buat (bunuh Altantuya). Malah, kawan dia yang bekerja sebagai pegawai polis juga tidak percaya," katanya.

Kenyataan Rahman Dahlan memalukan diri sendiri-Shahbudin

Posted: 18 Jul 2015 05:17 PM PDT

 
Pengarah Komunikasi Strategik BN dikatakan tidak membuat 'kerja rumah' sebelum membuat kenyataan


rahman

 
PETALING JAYA: Pendedahan Pengarah Strategik Komunikasi Barisan Nasional (BN), Datuk Abdul
Rahman Dahlan mengenai suatu klip video pengakuan bekas editor Sarawak Report mengenai pemalsuan dokumen berhubung 1MDB yang bersekongkol dengan parti pembangkang untuk menjatuhkan Perdana Menteri, mengecewakan.

Teka teki mengenai laporan dan individu yang dikaitkan terbongkar meskipun dalam sidang akhbar di pejabatnya, beliau memaklumkan akan berbuat demikian sekiranya mendapat jaminan polis.

Pada peringkat awal nampak seolah-olah pendedahannya itu amat mengejutkan dan bakal memberi impak besar kepada isu 1MDB yang semakin menekan kedudukan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak .

Bagaimanapun, kenyataan Sarawak Report selepas itu mendedahkan kelemahan Dahlan apabila ia menafikan editor yang kononnya dirahsiakan identiti itu pernah bekerja dengan portal berkenaan.

"Lester Melanyi, editor yang membuat pengakuan itu dikatakan bekerja di sayap lain iaitu Radio Free Sarawak dan bekas pengarang Sarawak Tribune yang digantung penerbitannya kerana menerbitkan karikatur kontroversi berkenaan Nabi Muhammad SAW pada 2006 dan kemudiannya meletakkan jawatan.

"Lebih memalukan ialah report polis itu sebenarnya dibuat oleh Ramesh Rao Krishnan Naidu, Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin, sebuah NGO mesra BN yang memang selalu tampil sama ada membuat laporan polis, mengadakan tunjuk perasaan kecil-kecilan dan membuat kenyataan untuk mempromosi dirinya," tulis Shahbudin Husin di blognya, shahbudindotcom.blogspot.com

Dalam entrinya, bekas Naib Ketua Pemuda Wangsa Maju itu mengkritik kenyataan yang dibuat oleh Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang disifatkan tidak melakukan 'kerja rumah' sebelum membuat kenyataan.

Dalam tulisannya, dia mempersoalkan nilai pendedahan yang dibuat oleh Rahman Dahlan kerana isi pendedahan yang tidak mendalam, sumber maklumat dan matlamat yang mahu dicapai langsung yang dikatakan tidak kesampaian.

Faktor itu menyebabkan ia gagal menyentuh hati rakyat dan disifatkannya tidak mempunyai kelas.

"Bukan saja pemimpin UMNO dan kerajaan yang tidak menyambut apa yang didedahkannya, malah Najib Razak yang diharap dapat digembirakan dengan pendedahannya juga barangkali berasa malu dengan kualiti Pengarah Komunikasi Strategik BN ini, " tulisnya.

Pas akan lawan GHB

Posted: 18 Jul 2015 05:12 PM PDT

FREE MALAYSIA TODAY


Kepimpinan Pas masih belum memutuskan tindakan ke atas ahlinya yang menyertai GHB.


Datuk-Ahmad-Yakob


TUMPAT : Pas tidak akan bekerjasama dengan Gerakan Harapan Baharu (Harapan Baharu) yang ditubuhkan oleh beberapa orang anggotanya.

Timbalan Mursyidul Am Pas Datuk Ahmad Yakob berkata, selain dasar perjuangan yang belum jelas parrti itu dianggap sebagai lawannya.

"Kami tak boleh bersama sebab dia (Harapan Baharu) parti lain. Kami sedia lawan mereka dalam pilihan raya umum," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Aidilfitri di rumahnya di Wakaf Baharu.

Isnin lepas, beberapa pemimpin kanan Pas daripada kumpulan progresif parti itu yang tewas dalam pemilihan parti melancarkan sebuah pergerakan dikenali sebagai Gerakan Harapan Baharu (Harapan Baharu) bertujuan untuk menyatukan semula parti politik pembangkang.

Ia dipengerusikan bekas Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu, manakala anggota jawatankuasa interimnya terdiri daripada bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhammad Taib, bekas Setiausaha Agung Pas Datuk Kamaruddin Jaafar, bekas Naib Presiden Pas Salahuddin Ayub, serta bekas pemimpin kanan parti seperti Khalid Samad, Dr Mohd Hatta Ramli dan Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa.

Ditanya mengenai tindakan disiplin yang akan dikenakan terhadap pemimpin Pas yang menyertai Harapan Baharu, Ahmad yang juga Menteri Besar Kelantan berkata parti itu mengambil pendekatan 'tunggu dan lihat'.

"Setakat ini kami bagi peluang. Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang belum ambil apa-apa tindakan terhadap bekas pemimpin Pas yang terlibat. Kami tengok dahulu keadaan.

"Mungkin itu satu cara yang diambil Presiden, tidak gopoh dalam mengenakan tindakan," katanya.
Dalam pada itu, beliau sekali lagi mengingatkan bekas pemimpin atau mana-mana anggota Pas yang ingin menyertai Harapan Baharu agar 'berundur secara terhormat' daripada Pas.

"Kalau mereka nak isytihar Harapan Baharu, dia terpaksa meninggalkan segala-galanya. Kena berdikari sendiri, guna cawangan sendiri, guna wang sendiri.

"Dalam sebuah negara yang demokrasi, kami mengalu-alukan (penubuhan Harapan Baharu),tapi jangan berada dalam Pas dalam keadaan yang tak menentu. Harapan Baharu pun tak, Pas pun tak… itu masalah," katanya.- Bernama

PM tidak menjawab soalan media berkaitan 1MDB

Posted: 18 Jul 2015 05:09 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak hari ini tidak menjawab soalan media mengenai dakwaan bahawa RM2.6 bilion dana 1MDB masuk ke dalam akaun bank peribadinya dan digunakan untuk tujuan pilihan raya umum.

Ketika ditemui pemberita di majlis rumah terbuka Hari Raya di Putrajaya, beliau tidak mahu menjawab soalan berhubung dengan 1MDB.

Beliau diminta mengulas laporan Wall Street Journal (WSJ) yang mendakwa wang 1MDB itu dikesan masuk ke dalam dua akaun simpanan AmBank di bawah namanya. Akaun-akaun itu telah pun ditutup.

Najib hanya merenung wartawan berkenaan dan diam.

Sebelum ini, perdana menteri telah menafi mengambil wang rakyat untuk kepentingan peribadi tetapi tidak secara khusus menjawab sama ada wang itu telah didepositkan ke dalam akaun bank peribadinya.

Begitu juga dengan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang turut menghadiri rumah terbuka itu, juga enggan mengulas mengenai perkara itu.

"Jangan tanya soalan," katanya, sambil melambai ke arah pemberita.

Sebuah pasukan petugas khas untuk dibentuk untuk menyiasat perkara itu.

Datin Seri Rosmah Mansor, isteri kepada perdana menteri, juga membisu mengenai dakwaan RM2 juta dalam bentuk wang tunai yang dilaporkan disalurkan ke dalam akaun bank peribadinya awal tahun ini.

Beliau diminta mengulas gesaan pelbagai pihak yang meminta beliau mendedahkan sumber wang itu dan tujuannya.

Malaysiakini tidak dibenarkan masuk ke Seri Perdana untuk membuat liputan rumah terbuka Najib.

Wartawan berkenaan terpaksa beratur dengan orang ramai untuk bersalam dengan Najib dan isterinya di lobi kediamannya. Soalan-soalan itu diajukan kepada mereka di sana.




Hu Pang Chow putus hubungan dengan PAS

Posted: 18 Jul 2015 05:04 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Hu Pang Chow, pengasas bersama Kelab Penyokong PAS, yang kemudiannya dinaik taraf menjadi sayap keempat dalam PAS, telah memutuskan hubungan dengan parti itu.

Ketika dihubungi, Hu mengesahkannya, dengan alasan telah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan baru PAS.

Katanya, beliau sedih kerana selepas PAS berjuang keras untuk sampai ke mana ia berada hari ini - selepas pilihan raya umum ke-12 dan ke-13 di mana ia membuktikan boleh mendapatkan sokongan bukan Islam - para ulama melepaskan peluang itu dan didakwa memusnahkan parti itu sendiri.

Hu membantu menubuhkan Kelab Penyokong PAS pada 2004, dan kemudiannya menjadi Kongres Penyokong PAS pada 2010 atas gesaan pemimpin progresif dalam parti itu untuk membuat PAS lebih inklusif.

Beliau mengambil keputusan itu di tengah-tengah rancangan pemimpin progresif PAS yang disingkirkan daripada kepimpinan parti itu oleh pemimpin tegar konservatif dalam muktamar parti itu bulan lalu, untuk menubuhkan sebuah parti baru.

Hu berkata setelah penyokong PAS selama 16 tahun, fundamental parti itu tidak berubah tetapi halatujunya telah menyimpang dari slogan parti itu ''PAS untuk semua'.

"Masalahnya ialah ulama muda (yang mengambil alih parti). Parti itu telah menyimpang dari jalannya dan memusnahkan segala yang telah dicapai," kata Hu.

Ditanya sama ada Hu akan menyokong Gerakan Harapan Baru (GHB), sebuah gerakan yang dibentuk oleh pemimpin progresif PAS, ke arah menubuhkan sebuah parti baru, katanya tunggulah sama ada beliau akan hadir di jelajah GHB di Kota Bharu, Kelantan.

Hu bertanding di bawah tiket PAS di Ayer Hitam menentang Datuk Wee Ka Siong dari MCA dalam pilihan raya umum lalu tetapi kalah.

Dia berhenti menjadi Ketua Kongres Penyokong PAS pada tahun 2014 selepas menjadi semakin kritikal terhadap peningkatan elemen konservatif dalam parti itu.

Kebangkitan golongan muda konservatif sampai ke kemuncaknya dengan penyingkiran barisan progresif daripada kepimpinan PAS pada bulan Jun, diikuti PAS memutuskan hubungan dengan DAP, langkah yang membawa kepada berkuburkan Pakatan Rakyat.


Polis Thai tak mahu nyatakan apa yang diubah suai

Posted: 18 Jul 2015 04:58 PM PDT

MALAYSIAKINI


Polis Thailand enggan mengulas lanjut mengenai dokumen yang didakwa diubahsuai yang dijual oleh bekas pengarah PetroSaudi International Ltd (PSI), Xavier Andre Justo kepada pihak ketiga.

Ditanya sama ada pengubahsuaian itu banyak, jurucakap polis Thai Major Jeneral Prawut Tavornsiri memberitahu Malaysiakini: "Perubahan itu kecil, tetapi penting".

Beliau berkata polis Thai telah membuat kesimpulan itu selepas menyoal Justo, yang memberitahu mereka bahawa hanya dokumen-dokumen asal dari PSI, yang telah diberikan kepada orang lain.

Prawut berkata beliau tidak dapat memberikan butiran lanjut mengenai dakwaan pengubahsuaian itu kerana perkara itu masih dalam siasatan.

Justo telah ditahan oleh polis Thailand sejak 22 Jun atas alasan dia cuba memeras ugut bekas majikannya untuk 2.5 juta Franc Switzerland untuk memastikan dokumen-dokumen tidak bocor.

Perkara ini menarik bagi Malaysia kerana 1MDB milik kerajaan itu,  pada tahun 2009, telah melabur AS$1 bilion dalam usaha sama dengan PSI.

Perjanjian itu penuh dengan kontroversi. Dua pengarah 1MDB telah berhenti kerana AS$ 700 juta bertujuan untuk JV telah dialihkan ke syarikat lain. JV juga telah dibatalkan dalam masa enam bulan.


LKS: Mengapa menteri tak minat cakap ahli Umno jumpa Justo?

Posted: 18 Jul 2015 04:56 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Pemimpin Veteran DAP Lim Kit Siang mempersoalkan mengapa menteri-menteri kabinet tidak berminat mengenai ahli Umno yang didakwa telah bertemu dengan bekas pengarah PetroSaudi International, Xavier Andre Justo.

Ini ekoran gesaan dua orang menteri - Datuk Ahmad Shabery Cheek (gambar) dan dan Datuk Abdul Rahman Dahlan - yang mencabar pemimpin pembangkang yang didakwa bertemu Justo mengaku.

"Seperti yang dikatakan oleh polis Thailand, Justo telah bertemu dengan kira-kira 10 orang, salah seorang daripada mereka adalah seorang ahli Umno, dalam usaha (Justo ini) untuk menjual data yang dicuri dari PetroSaudi International Ltd (PSI), mengapa Shabery tidak turut mencabar Umno atau BN atas perkara yang sama?, " kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.

Pada hari Khamis, polis Thai berkata, individu yang bertemu Justo termasuk hartawan media, seorang tokoh pembangkang Malaysia, dan juga seorang dari parti yang sama dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Bagaimanapun, polis Thai tidak menamakan sesiapa.

Selain daripada Shabery, Abdul Rahman turut membidas di Twitter dengan bertanya sama ada DAP bimbang "MPnya" akan terlibat.

Jawapan Lim ialah: "Tidak sama sekali".


Lebih 100 rumah rosak dilanda ribut

Posted: 18 Jul 2015 04:52 PM PDT

MALAYSIAKINI


 



Lebih 100 rumah rosak dilanda ribut di sekitar Bercham, Tanjung Rambutan, Chemor dan Klebang dekat Ipoh semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh P. Samasuvam berkata pihaknya menerima panggilan kira-kira 6 petang tadi melaporkan mengenai kejadian itu yang menyebabkan kebanyakan rumah terbabit mengalami kerosakan bumbung dan sengkuap.
 
"Kebanyakan kes membabitkan pokok tumbang, sengkuap dan bumbung terbang. Setakat ini, kami tidak menerima laporan melibatkan kecederaan," katanya ketika dihubungi Bernama malam tadi.
 
Menurutnya tiga jentera Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh serta satu jentera Balai Bomba dan Penyelamat Meru turut ditempatkan di lokasi kejadian.
 
Seorang penduduk di Chemor, Mazayu Mahadi, 45, berkata ketika kejadian beliau bersama keluarganya sedang melayan tetamu sempena Aidilfitri sebelum tiba-tiba terdengar bunyi guruh yang kuat di luar rumahnya.

"Masa kejadian ada dua keluarga dalam rumah. Saya dengar bunyi guruh dan bila lihat di luar saya tengok angin seperti puting beliung.
 
"Pokok di hadapan dan tepi rumah tumbang akibat angin itu... Alhamdulillah, tiada yang cedera dan rumah pun selamat. Bagaimanapun, enam hingga tujuh rumah sewa rosak teruk," katanya.

Beliau berkata kerugiannya dianggarkan kira-kira RM50,000 dalam kejadian itu yang pertama kali berlaku di Chemor.
  
Pengerusi Masjid Bandar Baru Putra di Bercham Datuk Masari Abdul Rashid berkata dalam kejadian kira-kira 5.45 petang itu, bumbung ruang utama masjid yang dibina pada 2001 itu, diterbangkan angin.
  
"Ruang solat lelaki tidak boleh digunakan kerana permaidani rosak... lebih menakutkan apabila bumbung dan sengkuap rumah berhampiran diterbangkan  ke kawasan masjid.

"Semasa kejadian, hanya saya sahaja berada di masjid," katanya.
 
Menurutnya lebih 30 rumah terlibat dalam kejadian itu dan semua penghuninya tiada di rumah ketika itu.
 
Masari berkata ia merupakan kejadian kedua di kawasan itu selepas yang pertama berlaku tujuh tahun lepas.- Bernama


 

'Boat tracker' langkah bendung nelayan hilang

Posted: 18 Jul 2015 04:45 PM PDT

Irmohizam Ibrahim
Irmohizam Ibrahim 
 
 
SHAH ALAM - Susulan soal keselamatan nelayan yang turun ke laut menjadi tumpuan sejak kebelakangan ini, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) memberitahu bot-bot nelayan sekarang akan dipasang sistem pengesan atau 'boat tracker'.

Pengerusinya, Datuk Irmohizam Ibrahim berkata, pihaknya juga turut bekerjasama dengan pihak Maritim Malaysia bagi memastikan keselamatan nelayan yang turun menangkap ikan.

"Justeru itu, LKIM bekerjasama dengan Maritim Malaysia untuk memastikan keselamatan mereka ini dapat dibendung bersama.

"Keduanya, setiap bot-bot nelayan sekarang ini akan dipasang sistem pengesan (boat tracker) bagi memastikan perjalanan bot-bot itu dapat dikesan," katanya kepada Sinar Online.

Laporan nelayan hilang sering kedengaran dan terbaharu empat nelayan yang keluar menangkap ikan dilaporkan hilang di Kuala Kemaman, bulan lalu.

Mengulas lanjut, Irmohizam yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor, berkata, soal keselamatan nelayan melibatkan banyak faktor yang di luar kawalan.

"Kita harus melihat soal keselamatan nelayan ini seperti isu nelayan hilang di laut ada pelbagai faktor. Antaranya, gelora, mereka luar dari radar dan banyak faktor lain," katanya.

Sementara ketika ditanya soal harga ikan yang dilihat tinggi di pasaran, beliau memberitahu bahawa pihaknya sentiasa menggalakkan nelayan menjual sendiri hasil tangkapan mereka.

"Kita harus melihat pelbagai elemen harga-harga ikan kerana ada kalanya ikan ini dijual oleh peraih menyebabkan harganya mahal. Ikan-ikan yang dijual oleh nelayan adalah jauh lebih murah daripada peraih atau orang tengah.

"Sehubungan itu, LKIM dalam proses untuk menggalakkan persatuan-persatuan nelayan dan nelayan sendiri menjual terus di pasar-pasar Tani dan di pasar-pasar nelayan," katanya.

Jelasnya, langkah itu dapat memberi peluang kepada pengguna untuk mendapatkan ikan pada harga yang jauh lebih murah sehingga 30 peratus.

"Setidaknya mereka boleh bersaing dan harga ikan pula akan lebih murah 20 peratus hingga 30 peratus," katanya.


Nik Aziz paling marah orang main mercun

Posted: 18 Jul 2015 04:41 PM PDT

Mercun
Gambar Hiasan
 

SEBUT tentang sambutan Hari Raya, setiap tahun pasti kita 'dimeriahkan' dengan gamatnya bunyi mercun dan bunga api yang dibakar saban malam sebaik sahaja menjelang Ramadan dan Aidilfitri.

Di sebalik kemeriahan itu juga, kita bakal disajikan dengan pelbagai laporan berita kemalangan yang meragut kegembiraan sambutan Aidilfitri sehingga ada yang cedera di mata, tangan, kaki dan beberapa anggota badan yang lain.

Oleh sebab itulah, bermain mercun adalah antara perkara yang paling dilarang bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika hayatnya sehinggakan beliau berhenti daripada menyambung ibadahnya untuk menegur siapa-siapa yang bermain mercun.

Membuka cerita, anak saudaranya yang juga pendakwah terkenal, Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani berkata, Allahyarham turut melihat bermain mercun itu sesuatu yang membazir.

"Antara perkara yang paling dia marah adalah main mercun. Membazir bagi dia. Sekiranya beliau sedang sembahyang tiba-tiba kedengaran bunyi letupan mercun beliau akan berhenti ketika waktu selang itu selepas bagi salam beliau akan terus tanya siapa yang main mercun? Beliau akan marah terus," ceritanya kepada Sinar Online.

Berkongsi suasana hari raya ketika hayat Allahyarham, Ustaz Ahamd Dusuki berkata, Allahyarham Nik Aziz akan menggalakkan agar semua anak-anak kecil di kawasan rumahnya untuk ke masjid bagi melaksanakan takbir raya dan bertahmid daripada malam raya sehingga keesokan harinya.

"Mula daripada malam raya, Tuan Guru akan galakkan supaya setiap kalangan anak-anak saudara, anak-anak kecil pergi ke masjid untuk takbir hingga pagi raya. Kemudian sebelum solat sunat raya beliau akan pastikan semua ahli keluarga telah membayar zakat fitrah. Selepas itu, Tuan Guru akan layan semua anak-anak muridnya dan beraya dengan beliau.

"Apabila masuk sahaja Aidilfitri, biasanya orang-orang yang memerlukan akan datang bertemunya untuk mendapatkan wang zakat, sedekah. Beliau tidak pernah terlepas daripada memberi," katanya.

Akui rindu dengan kelibat Allahyarham, Ustaz Ahmad Dusuki merasakan suasana rumah bapa saudaranya itu lebih 'sunyi'.

"Beliau seorang yang suka menderma. Setiap Ramadan beliau bersama orang rumahnya akan ke pasar untuk membeli kain-kain. Kain-kain itu akan diberi kepada  anak- anak yatim dan orang miskin. Itu yang kita akan rindu dengan budaya yang diamalkan Tuan Guru.

"Memang rasa kehilangan. Dari sudut keluarga memang rasa jauh...sunyi berbanding dulu. Dulu beliau sentiasa akan ada dan kita nampak kelibatnya untuk solat jemaah dan sebagainya," katanya.

Menurutnya, Allahyarham Nik Aziz sangat menggemari jubah berwarna putih untuk baju rayanya saban tahun.

Allahyarham Nik Aziz meninggal dunia pada jam 9.40 malam 13 Februari lalu di kediamannya di Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan.

Jenazah Allahyarham disembahyangkan ribuan umat Islam yang datang dari seluruh negara sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pulau Melaka pada jam 10.55 pagi, keesokannya.

Tiada ulasan: