Jumaat, 24 Julai 2015

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Pendedahan semakin menjerut Najib!

Posted: 24 Jul 2015 09:00 AM PDT

Menteri Umno, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata The Edge kini tidak boleh mendabik dada sebagai akhbar yang bermaruah kerana terbukti menipu dalam mendapatkan maklumat untuk laporan 1MDB.

 Apatah lagi, The Edge menipu sumber mereka untuk mendapatkan maklumat yang dicuri, kata Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu lagi.

 "Jangan cuba cari jalan keluar dengan mendakwa (diri mereka) bermaruah. Encik Ho (Kay Tat) dan Encik Tong (Kooi Ong), ingatlah, tiada maruah di kalangan penjahat," katanya yang menambah, beliau tidak hairan jika The Edge juga akan menipu rakyat Malaysia. Baca lagi di sini.

Itulah contoh manusia bangang yang jadi menteri Umno.Ingatkan Umno hanya ada Ahmad Maslan sorang tuu jer...

Dulu tuduh The Edge tidak bermaruah kerana membeli dokumen yang dicuri...tapi apaila terbukti The Edge tidak membayar apa-apa pun  kepada sesiapa, mangkuk ni masih nak tuduh tidak bermaru'ah juga.Lol! Semuanya tak kena dengan mangkuk nih! Memang kerjanya tukang jilat PM Najib!

Bukan main lagi dia menghentam The Edge; seolah-olah media propaganda Umno UTUSAN MELOYA DAN TV3 SUKU tu semua bermaru'ah...??? Phuuiit!!

Hoi mangkuk, ini bukan persoalan maru'ah The Edge atau Encik Ho Kay Tat dan Encik Tong Kooi Ong. Ini adalah persoalan maru'ah rakyat Malaysia yang cuba ditipu oleh sekumpulan kecil warga Malaysia dan asing membabitkan AS$1.83 bilion (RM6.97 bilion).


Kita patut tabik diatas kebijaksanaan pemilik kumpulan media The Edge, Datuk Tong Kooi Ong yang telah berjaya mendapatkan dokumen berkaitan 1MDB tanpa mengeluarkan apa-apa bayaran pun!

Beliau mengakui mengelirukan Xavier Andre Justo berhubung bayaran untuk memastikan pihaknya memperoleh bukti daripada bekas eksekutif PetroSaudi International itu.

 "Ya, kami mengelirukan dia. Tetapi hanya itu cara untuk mendapatkan bukti bagi mendedahkan bagaimana sekumpulan kecil warga Malaysia dan asing menipu rakyat Malaysia (membabitkan) AS$1.83 bilion (RM6.97 bilion).

 "Kenyataannya mengesahkan apa yang kami katakan sebelum ini, kami tidak membayar kepada sesiapa," kata Tong dalam kenyataan media hari ini.

 Tong yang disiasat mengikut Seksyen 124 Kanun Keseksaan membuat kenyataan itu sebagai reaksi kepada temu bual Justo dengan akhbar Singapura, Straits Times.

 Tong bagaimanapun menafikan dakwaan Justo bahawa ada rancangan untuk mengubah suai dokumen itu bagi menjatuhkan kerajaan. ~ malaysiakini

'Tunjuk apa dipinda, tang mana dipinda'

Posted: 24 Jul 2015 07:00 AM PDT

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, mustahil untuk meminda dokumen syarikat PetroSaudi International (PSI) seperti yang didakwa oleh bekas eksekutifnya, Xavier Andre Justo.

 Menurut Dr Mahathir, perkara itu dilihat mustahil untuk dilakukan memandangkan jumlah dokumen tersebut "banyak".

 Sehubungan itu, beliau meminta kepada pihak yang berkenaan supaya menunjukkan dokumen yang didakwa dipinda seperti didakwa Justo.

 "Tunjuklah apa yang dipinda. Tunjuk dokumen itu, tunjuk tang (di) mana yang dipinda.

 "Nak pinda dokumen (macam mana), banyak tu, tak boleh," katanya ketika ditemui pemberita di lobi hotel Shangri-La di Kuala Lumpur hari ini.

 Dalam temubual bersama Straits Times Singapura Justo mendakwa pengendali Sarawak Report dan seorang ahli perniagaan Malaysia berbincang untuk "meminda" maklumat dalam dokumen syarikat PSI itu.

 Justo ditemu bual akhbar itu di Bangkok, Thailand.

 Justo yang menjadi sumber kebocoran maklumat tersebut juga bersetuju untuk menjual dokumen berkenaan, yang didakwanya dicuri dari PSI untuk bayaran sebanyak AS$2 juta (RM7.6 juta).

 Justo mendakwa, individu yang ditemuinya awal tahun ini merancang untuk menggunakan dokumen tersebut "sebagai cubaan untuk menjatuhkan kerajaan Malaysia" dan mereka juga merujuk kepada usaha untuk "meminda dokumen tersebut".

 Bagaimanapun, editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown menafikan dakwaan untuk meminda dokumen itu dan mempersoalkan mengapa 1MDB dan PSI masih belum mengemukakan bukti pindaan tersebut. ~malaysiakini

Hadi punca kematian Pakatan Rakyat

Posted: 24 Jul 2015 04:12 AM PDT

Hadi adalah punca utama kematian Pakatan Rakyat bukan saja kerana mencabul Dasar Bersama dan prinsip muafakat Pakatan Rakyat tetapi juga kerana cuba untuk menjadi "tuan" Pakatan Rakyat.

 Berat hati saya untuk menyatakan rasa kesal yang amat sangat apabila melihat Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang terus mengulang-ulang propaganda Umno bahawa DAP mahu menjadi "tuan" ke atas parti lain.

 Propaganda ini menyelindungkan pendirian politik baru beliau untuk menjadi pembela terkuat Datuk Seri Najib Razak dalam keadaan para pemimpin dan ahli Umno sendiri sedang mencari arah baru untuk negara ini.

 Sebagai contoh, ketua Umno Cheras Syed Ali Alhabshee kelmarin menyifatkan Pakatan Baru pembangkang tidak mampu menggugat Umno. Beliau juga terus menyebarkan pembohongan bahawa Gabungan Baru berkenaan akan dikuasai oleh DAP seperti mana kononnya DAP dulu menguasai Pakatan Rakyat yang telah berkubur.

 Dakwaan yang hampir sama diulang oleh Hadi kelmarin dengan menyebut bahawa golongan yang menghargai perjuangan Islam tidak akan menjadikan DAP sebagai 'wali', mengulangi tuduhan Umno bahawa DAP mahu menjadi "tuan" dalam hubungan "tuan dan hamba" dengan parti-parti politik lain.

 Tuduhan itu bukan saja tidak berasas sama sekali, malah ia pembohongan paling keji daripada seorang bekas pemimpin Pakatan Rakyat.

 Pakatan Rakyat dulunya hampir menjadi sebuah gabungan politik baru antara kekuatan-kekuatan politik yang hampir setara di kalangan parti yang menjadi anggotanya, berasaskan prinsip muafakat di mana setiap keputusan atau dasar Pakatan perlu dicapai menerusi muafakat ketiga-tiga parti komponen.

 Tidak ada parti atau pemimpin memegang kuasa veto bagi membatalkan keputusan yang telah dicapai secara muafakat oleh pemimpin-pemimpin ketiga-tiga parti komponen.

 Justeru tindakan Hadi mencabul Dasar Bersama Pakatan dan prinsip muafakat ini, kerana mahu menjadi "tuan" dalam Pakatan Rakyat, muncul krisis demi krisis dalam Pakatan, iaitu dengan:

 1. Mencabul dasar Pakatan Rakyat untuk memastikan pertandingan satu lawan satu menentang Barisan Nasional dalam pilihanraya dengan meletakkan calon-calon PAS pada hari pencalonan untuk bertanding melawan PKR di enam kerusi Dewan Undangan Negeri dalam Pilihanraya Umum ke-13, menyebabkan Umno menang di semua kerusi terbabit.

 2. Mengenepikan keputusan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada 17 Ogos 2014, yang dihadiri oleh Timbalan Presiden Mat Sabu bagi pihak Hadi, yang menetapkan Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor.

 3. Melanggar janjinya sendiri pada mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada 8 Februari 2015 bahawa sebarang pindaan ke atas Enakmen Jenayah Syariah Kelantan dan sebarang usul persendirian Ahli Parlimen Pakatan berkenaan pelaksanaan hudud akan terlebih dulu dibentangkan di hadapan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat.

 Cita-cita Hadi untuk menjadi "tuan" dalam Pakatan Rakyat melanggar prinsip asasi Pakatan sebagai sebuah gabungan antara parti-parti yang setara, dimeterai dengan prinsip muafakat dan Dasar Bersama Pakatan Rakyat.

 Atas sebab inilah Hadi mengenepikan keputusan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat untuk melantik Menteri Besar Selangor kerana Azizah seorang wanita.

 Malah, Hadi juga tidak bersetuju dengan cadangan untuk menamakan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon dari Pakatan Rakyat untuk kerusi Perdana Menteri.

 Tidak berlebihan jika disebut bahawa Hadi adalah punca utama Pakatan Rakyat berkubur, bukan saja kerana mencabul Dasar Bersama dan prinsip muafakat Pakatan Rakyat tetapi juga kerana cuba untuk menjadi "tuan" Pakatan Rakyat, menggunakan kuasa veto bukan saja ke atas Jawatankuasa Pusat PAS tetapi juga Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat.

 Konsep politik Hadi, termasuk politik gabungan, sama sekali tidak serasi dengan demokrasi, pluralisme, hak asasi manusia, kepelbagaian budaya, hak wanita serta gagasan pembangunan dan kemodenan. Saya telah sebutkan kelmarin bahawa terserah kepada Hadi jika beliau mahu membantu memanjangkan hayat politik Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri di tengah taufan politik skandal 1MDB.

 Namun, beliau tidak berhak berbohong dan berdusta tentang DAP demi matlamat politik barunya untuk menjadi sahabat sejati Najib yang sedang berdepan tuntutan untuk meletakkan jawatan, termasuk daripada khalayak Umno.

 Setahun yang lalu, saya boleh menyatakan dengan yakin bahawa jika ada usul untuk mengadakan undi terhadap Najib di Parlimen, semua ahli parlimen Pakatan Rakyat akan mengundi tidak percaya.

 Berlainan keadaannya hari ini. Apakah Hadi dan para pendukungnya akan sanggup membuat undi tidak percaya terhadap Najib di Parlimen? Hampir tidak mungkin, jika melihat kepada pembelaan luar biasa Hadi terhadap Najib.

 Setahun yang lalu, tidak diragui lagi bahawa semua ahli parlimen Pakatan Rakyat dari DAP, PKR, dan PAS akan seia-sekata menuntut ketelusan dan kebertanggungjawaban berkenaan skandal 1MDB. Apakah hari ini Hadi dan pengikutnya akan menyokong usul sedemikian di Parlimen?

 Hadi boleh mengubah pendirian dan belang politik beliau untuk menjadi pembela Najib yang paling kuat, namun janganlah melakukannya dengan cara mengorbankan kebenaran, keadilan, dan kejujuran dengan mengulang-ulang pembohongan dan pendustaan yang disebarkan Umno berkenaan DAP.

 LIM KIT SIANG ketua parlimen DAP dan MP Gelang Patah.~ malaysiakini

DHPP Perak : Selamat Tinggal kekasihku, jangan kau ratapi pemergian ku ...

Posted: 23 Jul 2015 11:00 PM PDT

Pengarah pilihan raya baru PAS, Datuk Mustafa Ali dilihat telah cuba memujuk ahli-ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) supaya terus kekal bersama PAS.

Mustafa berjanji bahawa parti itu akan meletakkan calon lebih ramai bukan Islam dalam pilihan raya akan datang.


Mustafa dalam satu kenyataan sebelum ini berkata :

 "Sekarang ini rasanya PAS akan bersendiri. Kita akan mengukuhkan sayap penyokong. Jadi Malaysia akan melihat lebih ramai calon bukan Islam diketengahkan PAS dalam pilihan raya.

 "Kita tiada halangan, jadi kita bebas tanding semua kerusi, termasuk kerusi DAP," kata Mustafa. 

"Anda rasa calon PAS bukan Islam boleh menang terhadap calon DAP bukan Islam? Mustahil!" Begitulah sinisnya reaksi dari seorang pemimpin DHPP Richard Wong Chee Chew, dari Langkap, Teluk Intan.


Pengerusi DHPP Perak, S. Naliraja berkata ramai anggota DHPP negeri ini, yang semuanya terdiri daripada bukan Islam dan jumlah 17,000, turut kecewa dengan cara pemimpin-pemimpin parti "progresif", seperti bekas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu dan Ahli Parlimen PAS Parit Buntar Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, telah disingkirkan oleh puak ulama konservatif dalam pemilihan parti bulan lalu.


 Mujahid, bekas ahli jawatankuasa kerja  PAS pusat  sejak 2005, juga bertanggungjawab menubuhkan DHPP bukan Islam.

 "Ramai berkata mereka menyertai DHPP 'kerana pemimpin progresif seperti Mat Sabu dan Mujahid dan tidak suka cara pemimpin-pemimpin ini telah ditendang keluar.

Naliraja berkata ramai anggota DHPP itu merasakan bahawa jika pemimpin progresif boleh dikeluarkan, ia juga akan menjadi mudah bagi penyokong orang bukan Islam untuk dihapuskan juga.

 Nampaknya Mustafa terpaksa berputeh mata dan menggigit jari kerana DHPP tidak semudah itu mahu dipergula-gulakan.Malah PAS Perak juga akan meratap pilu pada hari minggu ini kerana DHPP Perak merancang untuk keluar beramai-ramai menyokong Gerakan Harapan Baru (GHB) yang akan menjelajah Ipoh nanti.



Pengumuman mereka dijangka selepas mesyuarat Gerakan Harapan Baru (GHB) - sebuah gerakan baru progresif PAS - di Ipoh Ahad ini.

 GHB diterajui oleh pemimpin-pemimpin PAS yang progresif yang menyokong kerjasama politik dengan PKR dan DAP dan yang mengambil pendekatan politik yang lebih terbuka dan inklusif.

 Pelan untuk GHB adalah untuk berusaha ke arah membentuk sebuah parti yang tersendiri, yang akan membuka jalan kepada gabungan pembangkang baru.

 Gerakan ini muncul selepas pemimpin progresif PAS telah disingkirkan dalam pemilihan parti baru-baru ini, yang turut menyaksikan parti Islam yang melanggar hubungan dengan DAP mengenai isu hudud, berakhir Pakatan Rakyat. ~  sumber

Wajib Taat Jamaah Islamiyyah Macam Taat Khalifah?

Posted: 23 Jul 2015 06:00 PM PDT

Ramai yang bertanya saya; benarkah sesiapa yang masuk ke dalam organisasi tertentu maka dia wajib taat kepada kepimpinannya sama seperti taat kepada Ulul Amri? Apakah dia sentiasa wajib memberi wala ketaatan yang tiada berbelah bahagi kepada pimpinannya seperti seorang khalifah? Apakah mereka tidak boleh melanggar sumpah setia mereka?

 Di sini saya suka menukilkan teks dari tokoh gerakan Islam yang ternama iaitu al-Syeikh Said Hawwa r.h dalam bukunya JundulLah Takhtitan. Saya nukilkan teks Said Hawwa sebab beliau sangat terkenal di peringkat awal memperjuang kesetiaan kepada jamaah. Dalam konteks beliau ialah al-Ikhwan al-Muslimun. Hal ini dapat kita lihat dalam buku awalnya JundulLah thaqafatan wa akhlaqan. Namun apabila pengalaman dan ilmu meningkat, dalam tulisan beliau yang lebih kemudian termasuk JundulLah Takhtitan ini beliau memberikan ulasan yang lebih ilmiah dan matang. Berikut teks beliau yang saya terjemahkan:

"Sebahagian golongan Islamist telah dikuasai oleh kefahaman-kefahaman jahiliyah, di mana mereka telah memberikan kemaksuman kepada tanzim (organisasi) sekalipun telah nyata kesalahan organisasi tersebut di sudut syarak, ataupun di sudut maslahah. Di kesempatan ini, semestinya dijelaskan pemikiran bahawa ketaatan kepada tanzim (organisasi) bukanlah seperti ketaatan kepada Amirul Mukminin (khalifah). Adapun amirul mukminin apabila memerintahkan sesuatu yang harus untuk sesuatu kemaslahatan maka ia menjadi wajib (ditaati).

 Pun begitu, para ulama telah mengecualikan jika beliau (khalifah) memerintahkan sesuatu yang berbeza dengan sunnah ataupun yang berbeza dengan mazhab seseorang tokoh fikah. Adapun 'Ali bin Abi Talib –telah sabit daripadanya- bahawa dia telah berbeza dengan perintah (Khalifah) Uthman (bin 'Affan) apabila dia melihat 'Uthman berbeza dengan sunnah. Al-Alusi dalam tafsirnya (Ruh al-Ma'ani) telah menulis bahawa harus (dibolehkan) untuk seseorang insan mengelak dari mentaati ulul amri jika berbeza dengan mazhab fekah (yang diyakini) oleh seseorang. Justeru itu, ketaatan kepada tanzim adalah bergantung kepada kaedah dan syarat yang disepakati oleh ahli tanzim. Demikian juga ia bergantung sejauh mana ia tidak menyanggahi keyakinan seseorang di sudut syarak.

 Aku telah berfatwa dan telah bersetuju denganku tentang hal ini orang yang aku percayai di sudut ilmunya dari kalangan ahli fatwa, yang mana aku dapati hal ini dalam kitab fekah; sesiapa yang memberikan janji kepada mana-mana badan islami maka janji itu antara harus dan wajib untuk ditaati berdasarkan kepada teks perjanjian. Sesiapa yang berjanji untuk taat maka dia wajib untuk menunaikannya dalam perkara yang tidak maksiat dan tiada mudarat. Namun, jika dia melihat berdasarkan pertimbangan syarak bahawa selain apa yang dia berjanji itu lebih baik daripada apa yang dia telah berjanji, maka hukum perjanjian dalam keadaan tersebut sama seperti hukum yamin (sumpah) di sisi Mazhab Hanafi, dia boleh rongkaikan dan membayar kifarah sumpah. Al-Baghawi telah memetik hal ini dalam Syarh al-Sunnah daripada Mazhab Hanafi. Difahami dari fuqaha Mazhab Syafii bahawa mereka tidak menganggap sesiapa yang menyebut (علي عهد الله) "ke atas aku janji Allah" sebagai sumpah. Berdasarkan Qawaid Fiqhiyyah bahawa sesiapa yang menyanggahi janjinya disebabkan penilaian di sudut syarak, ataupun di sudut maslahah dalam situasi semasa kita, maka pada mazhab Syafii (yang dikenakan kepadanya) hendaklah dia beristighfar.

 Sesungguhnya yang menyebabkan kami (penulis iaitu al-Syeikh Said Hawwa) terpanggil untuk mendetilkan hal ini kerana sebahagian pimpinan gerakan Islam mengandaikan bahawa mereka mempunyai hak untuk ditaati secara mutlak padahal mereka tidak memiliki kuasa pemerintahan seperti seorang khalifah rasyid, ataupun sultan yang rasyid lantas mereka tidak memperdulikan penegakan ihsan dalam kepimpinan sedangkan Allah berfirman kepada Yahudi:

 إن أحسنتم أحسنتم لأنفسكم وإن أسأتم فلها 
(Jika kamu berbuat baik (bererti) kamu berbuat baik bagi dirimu sendiri dan jika kamu berbuat jahat, maka (kejahatan) itu menimpa diri kamu sendiri) (Surah al-Isra ayat 7)"

 (sila rujuk: Said Hawwa: JundulLah Takhtitan, ms 81. Beirut: Dar 'Ammar) ~ DrMAZA

Tiada ulasan: