Khamis, 23 Julai 2015

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Sarawak Report ancam keselamatan negara kerana laporannya tidak palsu

Posted: 23 Jul 2015 09:00 AM PDT

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia mengakui bahawa siri pendedahan oleh laman Sarawak Report belum dapat dibuktikan sebagai palsu.

  Menurut suruhanjaya tersebut, kandungan laman berkenaan antara lainnya boleh "mewujudkan keadaan tidak tenteram dan seterusnya menganggu-gugat kestabilan negara, ketenteraman awam dan kestabilan ekonomi," kata SKMM.

Ketua bahagian pemantauan dan penguatkuasaan SKMM, Zulkarnain Mohd Yassin mendedahkan perkara itu dalam satu taklimat kepada para editor portal berita, termasuk Malaysiakini yg turut dihadiri  lebih 10 orang editor, termasuk dari The Malaysian Insider, The Star dan New Straits Times.

 Zulkarnain juga memberitahu editor berkenaan supaya mengambil sikap "berhati-hati" dalam laporan mereka.

 Namun, beliau menegaskan bahawa ia "bukan satu amaran" dan hanya satu "nasihat".

 "Apabila keadaan memerlukan, kita akan bertindak," katanya. Baca lagi di sini

Komen al-Husseyn :

Baru kita tahu, rupa-rupanya kerja menyangak dan menyamun saperti projek 1MBD itu, kalau tidak ada sesiapa yang membocorkan rahsia kegiatan musibat mereka itu, keadaan negara kita akan terus tenteram dan akan terus stabil, tidak akan mengganggu gugat ketenteraman awam dan kestabilan ekonomi.....

Kalau ada berlaku rompakan depan mata, korang tutup mata buat-buat tak nampak dan jangan sekali-kali mendedahkan sebarang maklumat yang mungkin ada pada anda kepada polis kerana ini hanya akan menjadikan pihak polis susah tak senang duduk dan hanya menjadikan polis tidak tenteram....

Kalau perompak itu seekor kucing kurap tak mengapalah....ini yang merompak adalah segala bapak Harimau bapak Singa dan bapak buaya... Hahahaha!

PERLU JUJUR JIKA INGIN BERBICARA TENTANG BAIAH

Posted: 23 Jul 2015 07:00 AM PDT

Bagi menjamin para wakil rakyatnya terus taat setia kepada Pas, Pas menyediakan satu akujanji taat setia kepada perjuangan parti untuk diikrarkan oleh mana mana calon yang bertanding pilihanraya . Ia bertujuan memastikan mana mana wakik rakyat yang dipilih atas tiket Pas akan terus bersama Pas selepas mereka memenangi pilihanraya.

 Sudah tentu baiah untuk terus bersama sama Pas dibuat atas premis segala tindakan yang dibuat oleh Pas selari dengan ajaran dan prinsip Islam. Jika tidak , sudah tentu ia termasuk dalam baiah yang boleh dipertikaikan kesahihannya.

 Dari segi moral politik, baiah atau akujanji taat setia itu suatu yang baik bagi memastikan mana mana wakil rakyat yang dipilih tidak mengkhiananti amanah yang diberikan oleh rakyat dalam pilihanraya tersebut.

 Sebagai parti yang menjadikan Islam sebagai dasar perjuangannya sudah tentu Pas bukan sahaja megharapkan mana mana wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat atas tiket Pas akan terus menjalankan amanah yang diberikan oleh rakyat melalui undi mereka kepada calon calon Pas tersebut malahan wakil rakyat Pas juga bertanggungjawab memastikan Pas juga dalam masa yang sama tidak sama sekali mengkhianati sokongan rakyat yang diberikan kepada Pas.

 Sudah tentu , menurut hemat saya, bila kita berbicara mengenai akujanji taat setia kepada perjuangan Islam yang dibawa oleh Pas itu , ia merangkumi aspek tidak mengkhianati sokongan rakyat yang diberikan kepada calon calon Pas tersebut. Dengan lain perkataan ,wakil rakyat Pas bukan sahaja perlu bersama dengan perjuangan Islam tapi wakil rakyat Pas juga perlu memastikan Pas juga dalam apa apa keputusan dan tindakan yang dilakukan oleh parti tersebut, tidak dalam apa keadaan meremehkan jauh sekali mengkhianati sokongan rakyat yang diberikan kepada Pas melalui calon Pas tersebut. 

 Sudah tentu misalnya apabila rakyat memilih calon Pas sebagai Ahli Parlimen mereka mengharapkan Ahli Parlimen itu bukan sahaja turun ke kawasan Parlimen yang beliau tandingi tersebut dan mengambil tahu dan cuba menyelesaikan masalah rakyat malahan rakyat juga mahukan Ahli Parlimen tersebut juga turut hadir dalam mana mana persidangan Parlimen dan turut sama mengambil bahagian dalam perbahasan di Parlimen. Jika itu tidak dilakukan sudah tentu ia boleh ditafsirkan sebagai meremehkan sokongan rakyat dan dikhuatiri ia juga boleh tergolong kepada pengkhianatan sokongan rakyat kepada calon Pas tersebut.

 Oleh itu jika kita berbicara tentang baiah ia harus dilihat secara holistik dan tidak seharusnya disempitkan kepada aspek tertentu sahaja.

 Dalam pilihanraya umum yang lepas ada beberapa realiti politik yang perlu diambil kira jika kita serius ingin bercakap tentang isu baiah.

 Saya perhatikan, dalam perbincangan mengenai isu baiah setakat ini , mereka yang lantang menuduh para Ahli Parlimen dan Adun Pas yang menyokong Harapan Baru telah melanggar baiah, nampaknya, atas alasan yang hanya mereka sahaja tahu, telah gagal sama sekali mengambil kira realiti tersebut sekaligus amat mudah dan cepat mereka menjatuhkan hukuman ke atas ahli ahli Parlimen dan adun adun tersebut.

 Antara realiti politik yang wujud dalam pilihanraya umum yang lalu adalah seperti berikut.

 Pertamanya Pas telah mengadakan tahaluf politik dengan Dap dan Pkr atas nama Pakatan Rakyat ( PR ) dan Pas menyertai pilihanraya tersebut atas nama Pakatan Rakyat meskipun ketiga tiga parti tersebut menggunakan lambang atau simbul masing masing.

 Keduanya, kerana wujudnnya PR itu, boleh dikatakan hampir seluruh kerusi Parlimen dan Dun yang ditandingi oleh calon calon Pas tidak menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Pas dengan sama ada calon calon Dap atau Pkr kecuali dibeberapa tempat sahaja antaranya Dun Kota Damansara. Dalam isu Kota Damnasara wujudnya "penyeludupan" baiah melalui cara yang saya berani katakan amat tidak bertanggungjawab oleh pihak tertentu kepada calon Pas di Dun tersebut. Kesannya calon PR ( Pas dan Pkr ) kalah dan calon BN yang menang !!!

 Ketiganya, calon calon Pas yang bertanding atas platform PR menghadapi musuh bersama iaitu Barisan Nasional ( BN ) dan apabila rakyat menyokong calon calon Pas mereka mengambil kira faktor tersebut. 

 Keempatnya , dengan wujudnya PR calon calon Pas mendapat manfaat yang amat besar sehingga beberapa kerusi yang ditandingi tersebut menyaksikan calon calon Pas menang ( termasuk ada yang menang dengan majoriti yang amat besar ) kerana mendapat sokongan pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira kaum dan agama. Kerusi kerusi yang menang itu bukanlah kerusi tradisi Pas. 

 Kelimanya, sokongan rakyat ke atas calon calon Pas bukan hanya datang daripada ahli ahli Pas sahaja sebaliknya ia melangkaui ahli ahli Pas. Malahan di kawasan yang tinggi peratusan pengundi bukan Islam calon Pas berjaya menang. Sebagai contoh di Dun Putri Wangsa, Negeri Johor, YB Abdullah Hussien yang pada masa itu memegang Ketua Dewan Ulama Pas Johor berjaya menang bila peratus pengundi bukan Islam di situ sebanyak 47 peratus. 

Keenamnya, hasil sokongan pelbagai kaum , bangsa dan agama atas calon Pas , Pkr dan Dap maka kita berjaya memerintah Selangor atas nama PR maka bagaimanakah sokongan rakyat yang membawa Pas turut sama dalam Kerajaan PR tiba tiba Pas tidak rasa apa apa bila tindakannya mengkhianati sokongah rakyat tersebut.

 Sebagai contoh , semua orang tahu bagaimana Pas, dalam isu MB Selangor , telah memberikan kepada pihak Istana tiga nama calon MB Selangor yang kesemuanya daripada Pas tanpa perbincangan dengan Dap, Pkr malahan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat sendiri. Tidakkah ini satu tindakan pengkhianatan ? Saya tidak pasti Islam yang mana membenarkan pengkhianatan seperti ini ?

 Isunya adakah dalam kita berbicara mengenai isu baiah, realiti realiti politik di atas wajar diremehkan begitu sahaja dan kita menghadkan isu baiah itu kepada satu sudut perbincangan sahaja dan melupakan sama sekali aspek aspek lain yang wajar diambil kira.

 Ahli Ahli Parlimen dan Adun-Adun Pas , khususnya yang kalah dalam pemilihan AJK Pusat yang lalu, adalah mereka yang istiqamah memastikan Pas terus bersama sama PR dan atas dasar itu mereka telah menerima pelbagai gelaran dan ejekan. Mereka istiqamah mahukan Pas tidak mengkhianati sokongan rakyat kepada Pas melalui PR. Mereka yakin tindakan Pas yang bertentangan dengan permuafakatan bersama PR sekaligus meranapkan PR adalah satu pengkhianatan kepada sokongan rakyat dan ia tidak selari dengan ajaran dan prinsip Islam. Harapan Baru wujud antara lain atas kesedaran hal tersebut.

 Oleh itu jika kita ingin berbicara isu baiah , permintaan kecil saya, paling kurang biarlah kita jujur dalam perbicaraan itu. Janganlah berbicara baiah yang terpilih. 

 Wallahu 'alam. 
 MOHAMED HANIPA MAIDIN

SUMPAH TA'LiQ TALAK ISTERI AHLI PAS TIDAK SAH

Posted: 23 Jul 2015 04:00 AM PDT

Korang nak dengar cakap budak atau Tok Mufti?
Jabatan Mufti Neger Pulau Pinang menerima banyak pertayaan daripada orang ramai mengenai sumpah bai'ah (kesetiaan) yang dilafazkan oleh ahli DUN dan Parlimen Parti Islam SeMalaysia (PAS) dengan tertalaknya isteri dengan talak 3 sekiranya keluar parti atau melompat ke parti lain.

 Pertama sekali saya selaku Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang ingin menyatakan rasa kesal terhadap sikap memandang ringan dan memudah-mudahkan terhadap lafaz talaq semata2 untuk mencapai kepentingan diri atsu kumpulan sendiri, sedangkan talaq atau perceraian antara pasangan suami isteri adalah perkara yang paling dibenci Allah walaupun ianya diharuskan di dalam syari'at dalam keadaan yg terpaksa dilakukan kerana mempertimbangkan kemudaratan yang lebih besar skiranya hubungan antara pasangan diteruskan.

 Oleh yang demikian ikatan perkahwinan adalah tidak wajar sama sekali dileraikan semata-mata untuk memaksa kesetiaan seorang Muslim kepada sebuah parti politik atau apa jua pertubuhan yang berkepentingan.

 Talaq tidak sah kecuali dengan niat dan keazaman yang ikhlas oleh sisuami untuk menceraikan isterinya, bukan dengan tujuan-tujuan yang lain seperti untuk mencegah dirinya daripada melakukan sesuatu atau untuk mengukuhkan tekadnya bagi mencapai sesuatu matlamat yang diingini.

 Sehubungan ini, saya menasihatkan kepada setiap orang yang telah melafazkan sumpah ta'liq yang tersebut supaya menebus sumpah itu dengan cara memberi makanan atau pakaian kepada 10 orang fakir miskin atau, jika tidak mampu, hendaklah berpuasa 3 hari sebagaimana yang diperintahkan di dalam al-Qur'an, surah al-Maidah 89.

 Difahamkan daripada ayat ini bahawa sumpah yang dipaksa ke atas seseorang melafazkannya boleh dikategorikan sebagai sumpah yang lagha atau tidak dilakukan dengan niat yang sebenar.

 Sekian, semoga mendapat pethatian semua pihak.

 DATO' DR WAN SALIM WAN MOHD NOOR
 MUFTI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG.

Jangan salahkan Ustaz Azhar Idrus, pesanan dia pasal pemilihan tu memang betul cuma tanyalah dia balik...!!! Usin UG Ceroi

Posted: 23 Jul 2015 01:17 AM PDT

Tok tak salahkan ustaz azhar. Org tanya secara umum, dia pun jawab secara umum. Mmg la, kalau secara umum kalah pemilihan dlm parti tak elok keluar parti. Tapi, cuba tanya ostat azhar soalan2 ini;

 1. Parti komunis Lenin dulu waktu pemilihan ada guna "chai" tak?

 2. Parti komunis lenin tu bkempen dlm pmilihan ada label melabel...tuduh menuduh...kmudian yg dituduh tak pula disiasat, contohnya geng "hawai five 0" tu...mana siasatan? Parti komunis ada bkempen camtu?

 3. Lenin tu rajin ke malas dtg mesyuarat? Lenin tu dia guna kputusan mesyuarat ke atau kuasa veto dia?

 4. Lenin pernah fitnah kawan sendiri edar pil kuda tanpa bukti dan saksi tak?

 Byk lagi beza parti tok dgn parti komunis yg menunjukkan kehebatan parti tok berbanding parti komunis.

 Ada ustaz azhar idrus tahu semua kisah ini? Jadi...nak tanya ustaz azhar jgn tanya bab politik dalaman sbb dia tak duduk dlm kancah politik.

 Dia umpama ustaz yg tahu hukum haid dan nipas, tapi dia tak pernah alami haid dan nipas.~ Usin UG Ceroi 

Anonymous said...:

 Lenin dan Stalin, berani kamu nak bangkang? Dah lama hidup... taip perkataan STALAG digoogle... tengok berapa juta terbunuh di sana..

 Pergi ke youtube, taip perkataan CHEKIST, tengok bagaimana pembunuhan dilakukan macam aktiviti penyembelihan ayam sahaja.

 So ustaz2 perlu ambil iktibar dari kisah Imam Abu Hanifah dengan terompah kayu... kamu semua kena fikir kenapa orang hilang hormat kepada struktur ulama PAS? Pada aku puncanya adalah kamu semua bersikap membela pemimpin kamu yang salah dan cuba menghalalkan perbuatannya sama sebagaimana umno sebelum ini... jadi kerana itu mereka menentang. Kerana ilmu yang diajar oleh ulama tak sama seperti ulama itu praktikan.

 Pada aku ustaz idrus wajar bertindak neutral dalam hal ini, ilmu kamu benar boleh jadi rujukan, namun jika kamu membela yang tak benar kehinaan akan terserlah... 

JANGAN JADI TELUR SESANGKAK, BILA JATUH PECAH SEMUA.... berhati2 kelak Allah menarik balik nikmat kesohoran kamu kerana membela golongan yang salah.

 Aku bukanlah seorang yang baik di sisi Allah... namun jika benar akan aku benarkan, dan jika salah aku tetap akan tegur. ~ sumber

GHB lebih releven dari PAS

Posted: 22 Jul 2015 09:00 PM PDT

Berikut adalah rumusan saya dari artikel YB Khalid Samad, dalam riaksinya terhadap tulisan Fathi Aris Omar.

Pakatan Rakyat (PR) merupakan harapan rakyat untuk mengalahkan BN. Tetapi PR sudah tidak lagi wujud secara rasmi. PAS dan DAP tidak mungkin berdamai dan ada yang tidak inginkan mereka ini berdamai! Maka nilai PR sudah tidak seperti dulu. Sudah jatuh merudum. Rakyat sudah tidak lagi yakin untuk memberi undi kepada mereka selagi satu gabungan yang mampu berkerjasama tidak diwujudkan. 

 Walaupun sokongan dan keinginan untuk perubahan sememangnya ada, tetapi rakyat tidak sanggup keluar dari mulut buaya masuk ke mulut singa. Mereka mahu menyaksikan satu gabungan dan kerjasama yang kukuh. Ini yang sedang diusahakan selama ini melalui PAS. Tetapi pimpinan PAS tidak memahami dan tidak inginkannya.

 PAS sudah tidak relevan


PAS sudah tidak relevan lagi dalam landskap politik negara adalah disebabkan sikap dan pendekatan yang ditunjukkan pimpinan utama PAS terhadap rakyat dan PR kebelakangan ini telah berubah! 

 Hasil dari perubahan ini maka PAS akan kehilangan undi Melayu dan bukan Melayu dan oleh itu mungkin akan kalah di kawasan yang telah ia menanginya sebelum ini. 

 Bahawa prestasi PKR juga akan turut terjejas oleh 'performance' PAS jika PKR masih mahu meneruskan hubungannya yang sudah tidak direstui oleh majoriti penyokongnya.

 Gerakan Harapan Baru lebih releven




Penubuhan parti baru yang meletakkan Islam sebagai dasar perjuangannya merupakan usaha ke arah memenang atau mengekalkan kembali kerusi yang dimenangi oleh PR.

 Ini menjadikan 'parti baru' menjadi sesuatu yang sangat releven! Lebih-lebih lagi bahawa parti baru yang didukung oleh Gerakan Harapan Baru (GHB) mendukung konsep seperti "PAS for all" mempunyai peluang lebih cerah untuk mencapai kemenangan! 

 Tindakan DAP yang dilihat seolah-olah 'memaksa' PKR membuat pilihan antara PAS dan 'golongan progressif' adalah wajar demi kesinambungan kerajaan PR terus wujud di Selangor.

 Ianya persoalan kemantapan dan potensi kemenangan PR yang jelas hubung-kaitnya secara terus dengan PKR! Oleh itu sikap yang tegas dari PKR amat sangat diperlukan dan itulah sebabnya DAP bagaikan 'memaksa'. 

Penyokong PR telah sekian lama mengidamkan satu suasana di mana wujudnya sikap saling menghormati dan kejujuran dalam berpakat di antara parti politik di negara kita ini. Ini boleh direalisasikan dengan kewujudan 'parti baru' ini. 

 Di sini peranan 'Parti Baru'! Mengisi kelompangan ini. Membentuk Pakatan 2.0 yang mampu berkerjasama secara jujur. Bermusyawarah dan tidak ponteng mesyuarat serta tidak 'reverse' keputusan mesyuarat. Membina keyakinan rakyat. Mendapat undi rakyat. Mengalahkan BN.

 Beza 'Parti Baru' dengan PAS hanya satu. Aqeedahnya sama, dasar perjuangan sama, kefahaman terhadap Islamnya sama. Yang membezakan hanyalah kejujuran berkerjasama dan kommitmen kepada kaedah tahalluf siyaasi dan konsep PR.

 Bersama untuk mencapai yang lebih baik

 Kita kini sedang berhadapan dengan peluang untuk mencapai sesuatu yang lebih baik! Kita perlu mengusahakannya dan hadapi bersama segala rintangan dan cabaran.

 Perlu ada keberanian dan keyakinan diri. Bahawa yang lebih baik itu boleh tercapai sekiranya diusahakan bersama dan segala tohmahan dan persepsi negatif akan dapat ditangani. Bukan sekadar melalui kata-kata, tetapi melalui aksi dan tindakan.

 Perlu juga ada keyakinan terhadap pertolongan dari Allah. Bahawa Allah yang Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa akan menjayakan usaha hambaNya yang dilakukan secara ikhlas dan bersungguh-sungguh.

 Dengan sokongan dan kerjasama semua pihak, insyaAllah kita akan berjaya! Berjaya mewujudkan satu Pakatan dan kerjasama yang mampu mengalahkan BN dalam PRU-14. InsyaAllah. Ini jauh lebih baik dari kita mempertahankan gabungan yang sudah tiada, yang kita semua akui bahawa mempunyai harapan cerah untuk kalah.

DAP nafi beri dana kepada Harapan Baru

Posted: 22 Jul 2015 06:00 PM PDT

KUALA LUMPUR - Tidak timbul soal DAP kini giat mengagihkan dana kepada pihak tertentu khusus untuk tajaan kewangan bagi menubuhkan parti Gerakan Harapan Baru, kata Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

 Beliau menegaskan parti itu sendiri memerlukan dana dan bersedia menerima bantuan kewangan daripada mana-mana pihak.

 "Kita perlukan dana. Siapa yang hulur tangan untuk derma, kita akan terima. Kita beri dana kepada sesiapa saja, isu ini tak bangkit.

 "Persoalan yang timbul mengatakan DAP mengagihkan dana (kepada Harapan Baru) tidak timbul lagi kerana kita sendiri memerlukan dana," katanya kepada pemberita pada Majlis Sambutan Aidilfitri di pekarangan Parlimen, di sini, hari ini.

 Sebelum ini, khabar angin bertiup kencang mengatakan penubuhan parti Islam baharu itu dipercayai ditaja sepenuhnya oleh DAP selepas Pas memutuskan hubungan dengan parti itu pada Jun lalu.

 Harapan Baru yang dipelopori oleh kumpulan progresif Pas yang ditewaskan pada Muktamar Pas Pusat lalu dikatakan sealiran dengan DAP apabila membawa agenda Pakatan Rakyat 2.0 dan membawa imej Islam sederhana.

 Sementara itu, Kit Siang selaku Ahli Parlimen Gelang Patah juga berkata penubuhan Pakatan Rakyat 2.0 masih di peringkat perbincangan bagi menggantikan kerjasama politik itu yang berkubur sejak Muktamar Pas lalu.

 "Ada keperluan kepada kenderaan baharu supaya dapat membawa harapan dan aspirasi rakyat.

 "Kita sudah bincangkan tentang kenderaan baharu ini sama ada Pakatan baharu atau PR 2.0 ataupun Harapan Rakyat. Ia masih dalam proses (perbincangan)," katanya lagi.sinarharian

Tiada ulasan: