Jumaat, 17 Julai 2015

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


11 SEBAB UNTUK KEKAL DALAM PAS

Posted: 17 Jul 2015 09:00 AM PDT

Oleh Abdul Karim Aswad 

1. PAS telah bersih dari anasir-anasir kufur dan liberal. 

2. PAS dipimpin oleh ulamak yang ingin melaksanakan hudud, walaupun rumah banjir masih belum siap. 

3. Projek-projek balak boleh ditebas dari hutan kelantan, tanpa memikirkan ekosistem, kerana dasar politik yang menggunakan slogan *asal dapat keredhaan Allah* 

4. PAS adalah pemegang kunci syurga. Mana-mana muslim yang menyokong tahaluf siasi dengan pakatan Rakyat adalah munafik, dan menyertai DAP adalah jatuh kufur. 

5. Kesalahan jenayah Kolar Putih, seperti pemindahan wang berbillion-billion RM memerlukan saksi yang adil. Walaupun sesama ahli kita tuduh mereka barua, broker dan tolol, dengan UMNu kita katakan "Najib bukan malaikat... (tidak sempurna)" 

6. Amanah & Quwwah adalah ciri2 kepimpinan Islam. Bagi PAS martabat amanah yang tertinggi adalah dengan bermesyuarat jarakjauh menggunakan hati, tanpa kehadiran jasad. Manakala Quwwah bagi PAS adalah kekuatan untuk mencerca dan mencaci maki saudara-saudara sesama aktivis Parti. Lagi kesat, lagi afdol. 

7. Ulamak adalah pewaris nabi. Bagi PAS, nabi sudah meninggal, yang menggantikan nabi adalah para ulamak. Jadi mereka ini jangan lah dipersoalkan atau berbeza pandangan.... 

8. Para Ulamak Pas diharuskan membela hantu2 FB, membuat Whatsapp fitnah, risalah, poster banner dan lain-lain cara menghina saudara2 yang berbeza pandangan, kerana ia adalah simbol ketinggian akhlak Ulamak. 

9. HARUS hukumnya, bahkan WAJIB menggunakan nas-nas al-Quran atau sirah seperti kisah Khalid Alwalid pada setiap hujah, WALAUPUN TAK TEPAT KONTEKS dan maknanya, demi mengekalkan kuasa. 

10. Derma jihad dan tin milo wajar dikutip pada setiap perhimpunan dan ceramah, agar boleh berikan sampul untuk para ulamak beli Vellfire, BMW, Range Rover atau sekurang-kurangnya plate number "PAS 61". 

11. Projek Pembodohan, adalah GRAND DESIGN perjuangan *PAS yang asal* sebelum dicemari parasit. Selagi mana ahli-ahli itu bodoh, tidak faham ilmu & prinsip, selagi itu kuasa dapat dikekalkan. Orang-orang pandai dalam Parti hendaklah disingkirkan atas apa cara sekalipun kerana mereka ini adalah PENGHALANG KEPADA PROJEK PEMBODOHAN AHLI-AHLI dan PENYOKONG PAS. JIKA ORANG-ORANG PANDAI INI BERADA DALAM PARTI, SEMAKIN AKTIF AHLI-AHLI BERFIKIR. Para lebai chai tak boleh cari makan, dan sentiasa mengulangi slogan 'AGAMA JANGAN PAKAI AKAL' .

Bukan Islam mana bakal bertanding untuk PAS, soal Mujahid

Posted: 17 Jul 2015 07:18 AM PDT

Pengarah pilihan raya baharu PAS, Datuk Mustafa Ali baru-baru ini berkata mereka mungkin meletakkan calon bukan Islam di beberapa kerusi menentang DAP pada pilihan raya akan datang selepas putus hubungan dengan bekas sekutunya.

 Beliau berkata, PAS akan memberi kuasa kepada sayap penyokong bukan Islam dan akan terdapat ramai calon bukan Islam diletakkan pada pilihan raya nanti.

Kenyataan Mustafa Ali ini meragukan bekas ketua biro perpaduan nasional PAS Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa yang secara sinis bertanya:

 "Siapakah calon-calon ini? Setahu saya, Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) juga tidak pasti sama ada kewujudannya dalam parti terjamin.

 "Dewan ini sekarang memikirkan kedudukannya dalam parti," katanya di sini

Komen al-Husseyn

Eloklah Mustafa Ali pastikan terlebih dahulu, samada Hj Hadi atau MSU sudah jawab kemusykilan DHPP yang dikemukakan oleh Pengerusinya, N. Balasubramaniam dalam ucapan penangguhannya pada Muktamar Tahunan PAS ke-61 di Kuala Selangor tempohari.

"Saya tak pasti apakah dalam ajaran Islam atau dalam Al-Quran tiada larangan supaya jangan memfitnah dan melabel orang lain dengan label yang buruk.

 "Kenapa kita mengamalkan larangan Al-Quran dalam parti PAS?" soalnya 

Kepimpinan ulama PAS dikritik seorang bukan Islam pada hari itu kerana tidak menegur ahlinya supaya menghentikan memfitnah dan melabel satu sama lain yang berterusan sejak sekian lama dalam parti. Baca di sini

Tiada ulasan: