Ahad, 21 Jun 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Salahuddin - 'Perhitungan hidup mati saya dalam PAS'

Posted: 21 Jun 2015 10:35 PM PDT



Bekas naib presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata keputusan sama ada menerima atau menolak pelantikan sebagai ahli jawatankuasa PAS pusat adalah "perhitungan hidup mati karier beliau dalam PAS.

Menurutnya, beliau masih belum menjawab secara rasmi "tetapi beberapa jam yang lalu, telah riuh rendah di media baru tentang berita perlantikan saya sebagai AJK Pusat."

"Ada yang memberi nasihat dan memujuk. Ada yang memberi amaran dan ancaman memutuskan persahabatan," katanya dalam catatan di Facebook semalam, sambil menambah beliau "tak boleh marah-marah"

"Itulah asam garam dunia politik yang saya telah pilih dengan jiwa raga saya.

"Kesian saya. Sudahlah sebelum Muktamar ditohmah fitnah , dah kalah pun kena belasah lagi," tegasnya.

Dalam catatan itu, beliau berkata pejabat agung PAS telah menyerahkan surat rasmi perlantikannya  sebagai AJK PAS pusat.

"Bermakna bermula lagi satu episod dalam kehidupan saya untuk membuat satu keputusan penting.

"Keputusan yang bakal saya buat (sama ada menerima atau menolak) adalah perhitungan hidup mati karier saya dalam PAS," katanya.

Mengenai tawaran tersebut,  Salahuddin berkata: "Saya akan membuat keputusan dalam masa yang terdekat (mungkin selepas kita menyambut Syawal yang mulia).

"Almarhum Ustaz Fadhil Nor pernah menasihati saya dalam membuat keputusan penting dalam perjuangan politik.

"Kita boleh minta dan dengar nasihat dari orang lain. Jadilah pendengar yang baik. Buatlah keputusan atas pertimbangan sendiri. Jangan izinkan sesiapa pun "dictate" (mengatur) kita dalam hidup ini."

Setelah 35 tahun, tegas Salahuddin, beliau faham apa maksud nasihat Ustsz Fadhil.

"Betul atau salah keputusan yang saya akan buat, diri saya sendiri lah yang akan menanggungnya sepanjang hayat.

"Orang lain hanya mampu ketawa dan bersedih buat setika waktu saja.

"Pada tahap ini saya pasrah sepenuhnya pada pencipta saya Allah SWT.

"Hanya Dia tempat saya mohon petunjuk dan Maha Mengetahui yang terbaik untuk hambaNya seperti saya," katanya.

Menurut Salahuddin, perjuangan beliau dalam PAS bermula sejak tahun 1981.

"Bermula dengan timbalan yang dipertua kawasan Pontian hingga naib presiden PAS 2015," katanya.

UMNO Berkempen Untuk Ulama Semasa Muktamar PAS

Posted: 21 Jun 2015 07:00 PM PDT



Umno bantu ulama dalam PAS, kata Mat Sabu
Kemenangan kumpulan ulama koservatif dalam barisan kepimpinan PAS dipengaruhi Umno, kata bekas timbalan presiden parti itu, Mohamad Sabu.
"Semua agensi media pro-Umno seperti Utusan Malaysia, TV3 dan Bernama memberi keutamaan laporan kepada golongan ulama menjelang pemilihan parti," katanya dalam wawancara dengan Malaysiakini di Butterworth.

Kata Mohamad yang lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu, media Umno bertungkus lumus berkempen untuk kepimpinan barisan baru (ulama), manakala kumpulan profesional atau yang pro-Pakatan Rakyat tidak diendahkan.

"Ini jelas menunjukkan pusat strategi Umno terlibat secara aktif dalam pemilihan PAS," ujarnya.

Mohamad adalah seorang daripada 'korban' kumpulan ulama konservatif yang menguasai semua peringkat kepimpinan parti itu selepas PAS mengadakan muktamarnya dua minggu lalu.

Turut senasib dengan Mohamad ialah Ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin, Khalid Samad (Shah Alam) dan Mujahid Yusof Rawa (Parit Buntar).

Meraka adalah antara pemimpin yang menggerakkan perjuangan PAS sejak 2008 tetapi ditenggelamkan oleh kumpulan ulama konservatif di Kuala Selangor awal bulan ini.

"Ini adalah barisan pemimpin yang aktif, terkenal dan sering dijemput untuk menghadiri ceramah, forum, malah menghadiri majlis dialog gereja, yang dianjurkan oleh orang bukan Islam atau Pakatan," katanya.

ULASAN GB


 
Jadi hairankah kita dengan kemenangan kumpulan ulamak apabila mereka terang-terang mendapat sokongan dari media UMNO...

Tak cukup dengan "papagomo-papagomo versi PAS" seperti El-Haraki, TUC, Keli Laut, Albangi, Huzir Sulaiman dan lain-lain yang menggunakan media baru sebagai bahan untuk memfitnah, mencaci, memaki dengan segala macam label seperti JEBON, Anwarinas, Liberal dan sebagainya kepada golongan progresif, mereka turut dibantu oleh media-media UMNO untuk turut sama menghentam kumpulan profeional dan meenyebelahi ulama.

UMNO terpaksa berpaut kepada ulama PAS untuk survival mereka. Beitulah sebaliknya, PAS (pro-ulama) terpaksa bergantung kepada UMNO sehingga Presiden PAS menyatakan UMNO tidak seburuk Firaun.

Dan ianya terbukti apabila bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa mengeluarkan kenyataan: "Inilah masa terbaik untuk UMNO dan PAS bersatu!"



Kelab Greenboc

Tunggu Haron Din pulang umrah - Hadi

Posted: 21 Jun 2015 06:30 PM PDT

 

Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din sedang mengerjakan umrah dan akan pulang dalam dua minggu. - Foto fail TRP
KUALA LUMPUR, 21 Jun:

Majlis Syura Ulama (MSU) PAS menunggu kepulangan Mursyidul Am parti berkenaan, Datuk Dr. Haron Din pulang dari mengerjakan umrah di Mekah sebelum membincangkan mengenai usul putus hubungan dengan DAP.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, mesyuarat MSU pada hari ini diadakan untuk berbincang mengenai pelantikan ahli majlis berkenaan.

Menurutnya, tidak ada sebarang perbincangan mengenai usul Dewan Ulama PAS Pusat yang diluluskan tanpa bahas pada Muktamar parti tersebut baru-baru ini.

"Usul putus hubungan dengan DAP kena tunggu Mursyidul Am PAS balik dari Mekah dahulu.

"Perbincangan hari ini mengenai perlantikan ahli majlis syura dan tidak bincang mengenai usul putus hubungan dengan DAP," katanya ketika ditemui selepas menghadiri Mesyuarat Majlis Syura Ulama PAS di sini hari ini.

Haron sebelum ini telah ke Mekah bagj mengerjakan umrah selama dua minggu bermula 15 Jun lalu.

Beliau dijangka pulang ke tanah air pada akhir bulan ini.

Terdahulu, PAS melalui Muktamarnya baru-baru ini meluluskan usul memutuskan hubungan dengan DAP tanpa bahas untuk dibawa ke MSU.

Susulan perkara itu, DAP mengumumkan bahawa PR telah menemui titik noktahnya yang di dakwa berpunca daripada keputusan yang dibuat melalui Muktamar parti Islam itu.

Tambah Abdul Hadi lagi, mengenai pelantikan Ahli Majlis Syura Ulama, kebanyakan mereka dikekalkan sepertimana sesi sebelum ini.

"Bagi jawatan Setiausaha Majlis Syura Ulama pula, ia perlu menunggu Mursyidul Am pulang untuk menentukan pelantikan tersebut," ujarnya.

Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/06/21/tunggu-haron-din-pulang-umrah-

Kenapa PAS berubah sikap terhadap Anwar, PKR - VETERAN PAS

Posted: 21 Jun 2015 06:00 PM PDT

 Zack Ahmad's photo. Memang pelik sikap dan pendirian pemimpin Pas, terutama kumpulan konservatif yang menang besar baru-baru ini. Semasa krisis MB Sselangor dulu, apa yang mereka tak kata pada Anwar Ibrahim dan Wan Azizah.

Wibawa Azizah diperlekehkan secara terbuka. Anwar digelar Ketum, dengan nada menghina. Presiden Pas, Haji Hadi Awang di depan publik mempersoalkan keupayaan Azizah, yang dicadang Pakatan Rakyat menggantikan Khalid Ibrahim.

Juak-juak Presiden Pas, khususnya Dr Zuhdi Marzuki sudah tidak ada rasa hormat lagi dengan Anwar. Direka pelbagai teori karut-marut, terutama berkaitan survival bangsa Melayu, untuk menjahanamkan reputasi Anwar dan PKR.

Anwar dipaparkan seolah-olah pengkhianat umat Melayu dan perosak agama Islam. Hanya Pas yang suci dan bersih, itupun pemimpin yang dikira bersama Haji Hadi dan geng ulamak. Macamlah Anwar tiada jasa langsung kepada Pas.

Ramai yang dengar cerita bagaimana layanan buruk Haji Hadi kepada Anwar, yang datang ke Rusila untuk membincangkan hal MB Selangor. Anwar sebagai tetamu yang datang dari jauh langsung tidak dirai. Hilang nilai sebuah persahabatan.

Bila Anwar ditimpa malang buat kali kedua, dan dihantar ke penjara, cuba kita ingat balik, bagaimana reaksi pemimpin Pas geng ulamak ini.

Tetapi, cuba kita tengok keadaannya hari ini bila Pas sudah putuskan hubungan dengan Dap. Pakatan Rakyat sudah musnah. Betullah, sepanjang berpakat, Pas adalah parti yang paling banyak membawa masalah. Kononnya nak jadi abang sulung yang tak mahu dibuli PKR dan Dap.

Pas nak tunjuk lagak dia juga ada maruah, bukan jadi kuda tunggangan Dap dan budak suruhan Anwar. Mahu tunjuk ego sebagai ketua, seperti Umno salam BN, walaupun kerusinya di Parlimen adalah yang paling sedikit.

Untuk menjaga kepentingannya, yang mulai tergugat, terutama di Selangor, Pas mula berubah sikap dengan PKR. Parti yang selalu dikutuknya dulu, kini menjadi taruhan untuk terus berkuasa. ... Pas mendakwa Pakatan masih ada kerana PKR belum keluar. 

Harapan hanya dengan PKR dan Anwar, pihak yang dibelasah habis-habisan dulu.



-http://muktamarpas61.blogspot.com

DR M HITS BULLS-EYE: NAJIB AFRAID TO GO JAIL, THAT'S WHY HE WON'T QUIT

Posted: 21 Jun 2015 05:15 PM PDT

Isnin, 22 Jun 2015

 
 
As Umno grassroots grappled with news that their party may have committed an Islamic 'sin' by collaborating with and using money obtained illicitly from a casino and gambling conglomerate, former leader Mahathir Mohamad lobbed another missile at Prime Minister Najib Razak, the Umno party president accused of complicity and massive corruption via the 1MDB government-owned sovereign fund.

In a video uploaded on a pro-Umno blog, Din Turtle, Mahathir told a forum held at the Perdana Leadership Foundation said that as long as Najib remains in power, the country will deteriorate and remain unstable.

"Advice, I have given. Even threats I have issued. But he (Najib) says he can't, won't quit. And because he can't quit, I think he is afraid. If he quits, he might face criminal charges," Mahathir told an enthralled audience of mostly Malay NGOs.

The ex-PM who claims he has no choice but to become an aggressive anti-Najib critic to 'save Malaysia' went on to repeat a question that he has often raised when discussing 1Malaysia Development Berhad's (or 1MDB) reported RM42 billion debt.

"Where did the money go?" he asked. "So, Najib has committed many offences and I believe that for as long as he remains prime minister, our country will become problematic, will lose its stability and will no longer be a place for us to live comfortably,"

Mahathir said. The 90-year-old statesman has been at the forefront of attacks against the Najib administration and has been actively campaigning for the prime minister's resignation, believing the latter will lead BN to doom in the next federal polls. 'Haram' money, illegal GE-13 victory News of Mahathir's outburst comes after a shocking expose from the Wall Street Journal.

According to a WSJ report, debt-ridden 1MDB had indirectly supported Najib's campaign by purchasing power assets from Genting Group in 2012 for five times more than its worth. Genting allegedly donated part of the earnings to a foundation controlled by Najib.

The foundation, Yayasan Rakyat 1Malaysia, then announced several charity projects ‎which Najib later brought up during his campaign. "Though set up to help underprivileged Malaysians through education and sport, this charity soon got involved in spending that appeared designed to help Najib retain power in the May 2013 election," said WSJ. In a response to WSJ, the Prime Minister's Office said the claims were baseless.

Pinning down Najib for a 'slow kill' There has never been a greater uproar in Malaysian politics than the saga of a power tussle between prime minister Najib Tun Razak and ex-prime minister Mahathir Mohammad over the disclosure of improper acts or wrongdoings in the management and running of the sovereign wealth fund 1MDB.

The whistleblowers are being investigated but it was Mahathir who took the bull by the horns and began a savage attack on Najib and his wife Rosmah for a litany of wrongdoings, not only linked to 1MDB, but also regarding other facets of the governance of the nation.

It was very unlike Mahathir to become a barbaric and savage critic of Najib and Rosmah although he was pleased as punch when Abdullah Ahmad Badawi was shown the exit as prime minister only to be replaced by Najib.

Just as Badawi had incurred the wrath of Mahathir, both Najib and Rosmah are also now on the receiving end. Malaysians watching the ongoing spectacle unfold are beginning to wonder if anyone is good enough for Mahathir to occupy the chair of prime minister in this country.

Malaysians are learning fast that the political landscape in this country is not like what it seems and there appears to be a whole lot of skullduggery and cloak and dagger stuff that are going on behind the scenes which have been carefully camouflaged from the view of the man on the street.

Mahathir's hypocrisy The emergence of Mahathir's hypocrisy and the fact that some people are suggesting he undergo a lie detector test goes to show that his credibility as a leader has been undermined and it is most probable and evident that the 1MDB fiasco has blow his legacy into tatters.

What was supposed to be a pleasant retirement has now changed into a fast and furious bid by the former prime minister to salvage his legacy and try and convince Malaysians that his alleged wrongdoings of 1MDB by Najib are true.

This is difficult for Malaysians to stomach because the media in this country are weighted in different directions and aligned to different political parties and therefore it is hard to tell who is telling the truth and if Najib is really hiding anything. It must be remembered that during the time of Mahathir's tenure as prime minister billions were alleged to be misappropriated but there was nothing to deter him from going on to govern Malaysia with an iron fist covered by a velvet glove.

Mahathir was the quintessential dictator and this is what Malaysians are learning from the 1MDB fiasco and it is also obvious that Najib is a quick learner and has learnt all the tricks of the political trade from him only to give Mahathir a taste of his own medicine.

1MDB's media coverage From the beginning of the 1MDB saga breaking into the open and opening a can of worms, Malaysians of all walks of life have placed the media under scrutiny to see how credible and true and honest they are in the coverage of this debacle. Now Malaysians have got a lesson on how the media works in this country.

The state controlled media or mainstream media are guilty of favoring the government of the day and slanting stories in favor of Barisan Nasional (BN). The alternative media are supposed to give a contrarian view and to supposedly oppose the BN government because they are very often on the lookout for wrongdoing and acts of abuse of power and authority by BN leaders.

Since the government controlled media is on the side of the state and the alternative media is rooting for the once established opposition coalition that is now in disarray and fragmented, it is social media to which Malaysians are flocking in droves to get information of 1MDB.

Within the framework of social media, millions of Malaysians are participating in debate and discussion on not only 1MDB but other issues of the day in which their views, opinions, grievances, concerns, worries and complaints are all being followed by many people.

The verdict of Malaysians But it is really the 1MDB fiasco that is the hot issue off the press and millions of Malaysians are trying to form a verdict of whether Najib and the management of the sovereign wealth fund are guilty of causing RM 42 billion to "disappear" as alleged by Mahathir.

Malaysians are actually sitting as the jury and deliberating over reams of reports and stories and analyses and commentaries to find the needle in the haystack and it is really difficult to get to the bottom of the truth as the situation has become convoluted.

There are so many twists and turns that Malaysians don't know who to believe in and what to believe in as the 1MDB saga has been blown out of proportions by the vested interests of so many parties, that like so many other issues before, it looks as if the matter is just going to fade away into oblivion.

This is what many Malaysians believe, that at the end of the day, the 1MDB fiasco will be swept under the carpet and life will go on as usual for everybody as this is the way that the system works in this country to which there has never been any real attempt to change.

Unless and until people with the real political will and conviction come forward to helm the government, this sad tale of no action or nothing being done to stop the rot of mismanagement in the Malaysian government is set to be there for many more years to come.

Posted & copy by RAKYAT MARHAEN

Mursyidul Am Tak Balik Lagi... !

Posted: 21 Jun 2015 04:30 PM PDT


"Perbincangan mengenai usul putus hubungan dengan (parti) tersebut, perlu menunggu Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din pulang dari Mekah," kata Abdul Hadi kepada pemberita petang ini.

Sebelum ini dilaporkan Haron akan menunaikan umrah selama dua minggu bermula 15 Jun dan dijangka pulang pada akhir bulan ini.

Beliau sendiri sebelum ini berkata secara teknikalnya bukan pemegang rasmi jawatan itu kerana sudah habis tempoh dan menjangkakan pemimpin lain bakal menggantikannya.

Muktamar PAS awal bulan ini meluluskan usul memutuskan hubungan dengan DAP tanpa bahas untuk dibawa ke Majlis Syura Ulama dan PAS Pusat untuk pelaksanaannya.

Susulan itu, DAP mengumumkan bahawa Pakatan Rakyat sudah tidak wujud lagi selepas mendakwa ia berpunca daripada keputusan yang dibuat dalam muktamar parti itu.

Mengulas lanjut, Hadi berkata mesyuarat Majlis Syura hari ini hanya membincang mengenai pelantikan ahli Majlis Syura dan tidak ada menyentuh mengenai usul memutuskan hubungan dengan DAP.

"Hari ini (Majlis Syura) berbincang mengenai pelantikan Ahli Majlis Syura. Tidak bincang mengenai usul putus hubungan dengan DAP," katanya sambil menambah kebanyakan anggota jawatankuasa dalam badan itu masih kekal.

Jawatan setiausaha Majlis Syura Ulama juga pula perlu menunggu kepulangan Haron Din, kata Hadi.


VIDEO - Hadi Nafi Fitnah Ahmad Awang.. Jom Terjah Pembohongan Ulamak Besar Dunia Ini..

Posted: 21 Jun 2015 02:52 PM PDT

 

Sementara itu, Hadi menafikan bahawa beliau menggelar pencabarnya Ahmad Awang sebagai calon DAP, sewaktu pemilihan parti itu baru-baru ini.

"Saya tak kata dia calon mana-mana. Saya tidak ada keluar kenyataan begitu," katannya.


Ahmad dilapor berkata beliau sedang mengkaji untuk mengambil tindakan undang-undang termasuk terhadap presiden yang didakwanya menuduh beliau sebagai calon DAP dan beliau menyifatnya sebagai "fitnah".




Lihat video berikut.. Carilah kebenaran cakap Hadi Awang di situ..




PKR dalam dilema, mana satu harus dipilih..!!??

Posted: 21 Jun 2015 03:00 AM PDT


Zack Ahmad's photo.

Ketika ini seolah-olah apa yang telah di buat Hj Hadi dan pro Ulamak seperti tidak ada salahnya. PKR masih meneruskan pakatan dengan PAS walaupun formal tak formal. 

PKR memberi muka kepada si talam dua muka dan sekarang dah jadi bermuka-muka macam kueh lapis di bazaar ramadhan yang kita beli siang tadi.

Semasa pemilihan PAS yang lepas, kumpulan mana kah yang mempertahankan PR? Siapa kah yang mempunyai matlamat dan visi semasa bertanding dimana akan terus kekal dalam PR? 

Siapakah yang terang-terang menanam kebencian kepada DAP ia itu rakan kongsi dalam PR dan mengugut untuk bersendirian ?

Mereka telah mempertahankan PR dan ini lah salah-satu sebab pro Profesional kalah sebab por Ulamak mengaitkan nya dengan DAP dengan menuduh mereka di perkudakan oleh DAP dan sebagai calun DAP. Ini jugalah ada lah salah-satu punca nya PR berkecai.

Malang nya PKR tidak menghargai usaha pro Profesional terutama Ustad Ahmad Awang demi menyelamat PR. Malah sekarang seolah-olah PKR tunduk kepada pro Ulamak yang sehingga sekarang tak habis-habis menyerang DAP dan berpusing-pusing mengenai memutuskan hubungan dengan DAP.

Dengan menyaman Hj Hadi yang menuduh Ustad Ahmad Awang sebagai calun DAP akan membantutkan usaha damai atau kerjasama antara PKR dan PAS. Kes ini akan mendedahkan sikap lemah PKR dan kepura-puraan PAS dalam membela nasib rakyat.

Di satu keadaan, sekiranya Hj Hadi berjaya membuktikan memang apa yang di sebut sebagai calun DAP ada lah betul seperti mana tuduhan yang di buat oleh Hj Hadi. 

Ini bermakna PKR telah membuat keputusan yang salah kerana PKR pun sama tak suka atau sokong pada DAP. Jika Ustad Ahmad Awang menang, PAS malu dan PKR menganga.

Situasi PKR sekarang bukan lagi memilih samada DAP atau PAS. Tetapi memilih siapa antara pro Profesional atau pro Ulamak yang mempertahankan PR. Jika PKR kata pro Ulamak, nasib PKR pun akan sama dengan PAS. 

UMNO tahu dan sudah bersedia kerana pengundi bukan lagi memilih parti tetapi memilih calun semasa pru akan datang.

http://syssss.blogspot.com/…/pkr-dalam-dilema-mana-satu-har…
 

PKR dalam dilema, mana satu harus dipilih..!!??

Posted: 21 Jun 2015 02:00 AM PDT


Ketika ini seolah-olah apa yang telah di buat Hj Hadi dan pro Ulamak seperti tidak ada salahnya. PKR masih meneruskan pakatan dengan PAS walaupun formal tak formal. PKR memberi muka kepada si talam dua muka dan sekarang dah jadi bermuka-muka macam kueh lapis di bazaar ramadhan yang kita beli siang tadi.

Semasa pemilihan PAS yang lepas, kumpulan mana kah yang mempertahankan PR? Siapa kah yang mempunyai matlamat dan visi semasa bertanding dimana akan terus kekal dalam PR? Siapakah yang terang-terang menanam kebencian kepada DAP ia itu rakan kongsi dalam PR dan mengugut untuk bersendirian ?

Mereka telah mempertahankan PR dan ini lah salah-satu sebab pro Profesional kalah sebab por Ulamak mengaitkan nya dengan DAP dengan menuduh mereka di perkudakan oleh DAP dan sebagai calun DAP. Ini jugalah ada lah salah-satu punca nya PR berkecai.

Malang nya PKR tidak menghargai usaha pro Profesional terutama Ustad Ahmad Awang demi menyelamat PR. Malah sekarang seolah-olah PKR tunduk kepada pro Ulamak yang sehingga sekarang tak habis-habis menyerang DAP dan berpusing-pusing mengenai memutuskan hubungan dengan DAP.

Dengan menyaman Hj Hadi yang menuduh Ustad Ahmad Awang sebagai calun DAP akan membantutkan usaha damai atau kerjasama antara PKR dan PAS. Kes ini akan mendedahkan sikap lemah PKR dan kepura-puraan PAS dalam membela nasib rakyat.

Di satu keadaan, sekiranya Hj Hadi berjaya membuktikan memang apa yang di sebut sebagai calun DAP ada lah betul seperti mana tuduhan yang di buat oleh Hj Hadi. Ini bermakna PKR telah membuat keputusan yang salah kerana PKR pun sama tak suka atau sokong pada DAP. Jika Ustad Ahmad Awang menang, PAS malu dan PKR menganga.

Situasi PKR sekarang bukan lagi memilih samada DAP atau PAS. Tetapi memilih siapa antara pro Profesional atau pro Ulamak yang mempertahankan PR. Jika PKR kata pro Ulamak, nasib PKR pun akan sama dengan PAS. UMNO tahu dan sudah bersedia kerana pengundi bukan lagi memilih parti tetapi memilih calun semasa pru akan datang.

Kepada Allah kita kembalikan.

Penulis Tamu
 
 
http://syssss.blogspot.com/2015/06/pkr-dalam-dilema-mana-satu-harus-dipilih.html

Buatmu DSAI.... Semuga Allah SWT Senantiasa Memberimu Kekuatan Dan Semangat Juang Yang Jitu !

Posted: 21 Jun 2015 01:00 AM PDT

Aman Shah's photo.
Dirimu sentiasa di intip
Di intai
Musuh dan teman

Berpuluh tahun sudah
Musuhmu merancang mahu membunuhmu
Namun diri dan jiwamu masih tegak disitu..
Kental penuh semangat

Beribu rintangan dan fitnah melanda.. Kamu masih disitu
Kini..
Belumpun badai menampakkan reda
Teman pula membawa berita duka
Diperjalanan yang semakin sukar dan jauh
Apakah teman sudah bertukar menjadi musuh?
Hingga ikatan ukhuwah sudah mula retak menunggu belah..

DSAI
Aku tahu dirimu insan biasa
Punya rasa punya sedu
Tapi jika dirimu bicara sama nafsu
Sudah lama bicaramu bisu

Sabar DSAI sabar..
Kerana orang seperti aku masih ramai menunggu
Walau harapan belum tentu
Aku tetap menunggu
Fajar dibumi ini pasti menyingsing....


‪#‎BebasAnwar‬ ‪#‎March2Freedom‬

*Unit Publisiti & Hebahan March2Freedom Zon Utara.
 
Aman Shah's photo.

Anwar Bukan Calon PM: Krisis Pakatan mungkin lebih awal jika ia menang PRU13, kata Kit Siang

Posted: 21 Jun 2015 12:00 AM PDT

 

Lim Kit Siang berkata usul PAS di muktamar baru-baru ini yang memutuskan hubungan dengan DAP adalah 'kemuncak kepada segala kesabaran'. 

Lim Kit Siang berkata usul PAS di muktamar baru-baru ini yang memutuskan hubungan dengan DAP adalah 'kemuncak kepada segala kesabaran'. 

Pakatan Rakyat (PR) mungkin menghadapi krisis dalaman jika ia berjaya mengambil alih Putrajaya pada pilihan raya umum lepas, kata pemimpin DAP Lim Kit Siang. 


 

Mengakui perkara ini, Ketua Parlimen DAP itu berkata, ini kerana Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak pernah menerima Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri bagi pakatan pembangkang yang kini tidak lagi berfungsi itu. 

"Malah, krisis PR mungkin berlaku lebih awal jika ia berjaya memenangi majoriti kerusi Parlimen pada pilihan raya umum ke-13 dua tahun lalu kerana Hadi tidak pernah menerima Anwar sebagai calon perdana menteri Malaysia," katanya dalam satu kenyataan hari ini. 


Tahun lepas, pemimpin PKR Rafizi Ramli berkata, PAS yang diketuai Hadi, menolak Anwar sebagai calon PR untuk menjadi perdana menteri dan sebaliknya, bercadang menamakan Tengku Razaleigh Hamzah daripada Umno untuk jawatan tertinggi itu. 

Menyerang Hadi, Lim berkata usul PAS di muktamar baru-baru ini yang memutuskan hubungan dengan DAP adalah "kemuncak kepada segala kesabaran". 



Posted & copy by RAKYAT MARHAEN
Ahad, 21 Jun 2015 Anwar Bukan Calon PM: Krisis Pakatan mungkin lebih awal jika ia menang PRU13, kata Kit Siang Lim Kit Siang berkata usul PAS di muktamar baru-baru ini yang memutuskan hubungan dengan DAP adalah 'kemuncak kepada segala kesabaran'. – Gambar fail The Malaysian Insider, 21 Jun, 2015. Lim Kit Siang berkata usul PAS di muktamar baru-baru ini yang memutuskan hubungan dengan DAP adalah 'kemuncak kepada segala kesabaran'. Pakatan Rakyat (PR) mungkin menghadapi krisis dalaman jika ia berjaya mengambil alih Putrajaya pada pilihan raya umum lepas, kata pemimpin DAP Lim Kit Siang. Mengakui perkara ini, Ketua Parlimen DAP itu berkata, ini kerana Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak pernah menerima Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri bagi pakatan pembangkang yang kini tidak lagi berfungsi itu. "Malah, krisis PR mungkin berlaku lebih awal jika ia berjaya memenangi majoriti kerusi Parlimen pada pilihan raya umum ke-13 dua tahun lalu kerana Hadi tidak pernah menerima Anwar sebagai calon perdana menteri Malaysia," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Tahun lepas, pemimpin PKR Rafizi Ramli berkata, PAS yang diketuai Hadi, menolak Anwar sebagai calon PR untuk menjadi perdana menteri dan sebaliknya, bercadang menamakan Tengku Razaleigh Hamzah daripada Umno untuk jawatan tertinggi itu. Menyerang Hadi, Lim berkata usul PAS di muktamar baru-baru ini yang memutuskan hubungan dengan DAP adalah "kemuncak kepada segala kesabaran". Posted & copy by RAKYAT MARHAEN a

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

Tiada ulasan: