Selasa, 9 Jun 2015

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


SENARAI KEDUDUKAN UNIVERSITI TEMPATAN

Posted: 09 Jun 2015 06:50 PM PDT

SEMAKIN RAMAI YANG MENOLAK JAWATANG

Posted: 09 Jun 2015 03:31 PM PDT

Aishah: Ini tak betul, kawan…

Posted: 09 Jun 2015 03:21 PM PDT

Aishah: Ini tak betul, kawan…

DSC_1915
KUALA LUMPUR, 9 JUN: Sindiran penyanyi Aishah terhadap kumpulan konservatif dalam PAS semakin hangat apabila terbaru menempelak penyingkiran kumpulan progresif dalam PAS.

Beliau dalam kiriman Facebook dipercayai menyatakan rasa tidak puas hatinya dengan tindakan kumpulan pro ulama menyingkirkan kumpulan progresif dalam PAS pasca muktamar PAS baru-baru ini.
Beliau juga menyifatkan percaturan politik kumpulan proulama itu satu tindakan politik yang salah.
aisyah 


"Percaturan yang kurang bijak, tamak sangat nak buang semua (kumpulan progresif).

"Jika saya jadi mereka, strategi saya bukan pecah semua terus. Lihat sekarang anda  sudah buang satu pasukan yang kuat.

"Ini adalah satu percaturan politik yang tak betul kawan, ini tak betul" ujar penyanyi  yang popular dengan lagu Janji Manismu itu.

Aishah yang mendapat pendidikan sains politik di New Zealand sebelu ini, pernah mengkritik Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana pendekatannya terhadap rakan pembangkang serta ahli progresif dalam partinya sendiri.

Beliau juga memuat naik lirik lagu penyanyi dari Indonesia, Tegar, berjudul Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang.

Lirik itu diubah suai oleh Aishah menjadi Pas Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang. – Roketkini.com

Terkini :- Tawaran terbuka kepada Presiden Pas Tuan Guru haji hadi Awang agar bersama sama UMNO menentang Dap

Posted: 09 Jun 2015 06:40 AM PDT

Terkini :- Tawaran terbuka kepada Presiden Pas Tuan Guru haji hadi Awang agar bersama sama UMNO menentang Dap
Posted by ASI Post on Tuesday, June 9, 2015

KLIK  pada ASI Post

PAS perlu keluar Pakatan atau diketawakan

Posted: 09 Jun 2015 06:14 AM PDT

PAS perlu keluar Pakatan atau diketawakan

pixelection21
KUALA LUMPUR, 9 JUN: Peguam PAS Mohamed Hanipa Maidin hari ini menyatakan PAS perlu keluar Pakatan demi 'mempertahankan jati diri' parti berkenaan.

HANIFAH MAIDIN
Peguam PAS Hanipa Maidin
Menurut Hanipa, jati diri PAS akhir-akhir ini banyak dipersoalkan golongan proulama yang mendakwa  toleransi parti berkenaan dengan DAP sudah melepasi tahap dibenarkan Islam.

Kata Ahli Parlimen Sepang itu, pendirian Dewan Ulama kepada DAP dapat dilihat kepada kenyataan  ketuanya, Datuk Dr Mahfoz Mohamed yang menyatakan golongan progresif tidak arif dengan dasar PAS  dan sering menghalang keputusan dengan fakta bernas.
Justeru ujar beliau, PAS yang kini dikuasai golongan konservatif tidak wajar berundur selepas membuat  ketetapan memutuskan hubungan dengan DAP.

"Jika tidak, PAS akan diketawakan kerana tidak berpegang dengan prinsip," katanya.

Menurut Hanipa, tanpa kumpulan sederhana dalam PAS ketika ini, parti itu sepatutnya tidak mempunyai masalah untuk meneruskan visi dan misi seperti diingini.

"Kalau mereka tidak berani bertegas dengan pendirian mereka seperti yang dijelmakan dalam muktamar lalu dan masih mahu terus bersama Pakatan mereka pasti akan ditertawakan.

"Maka satu satunya jalan bagi mempertahankan jati diri PAS, kepimpinan baru wajar berani, tegas dan konsisten mempertahankan prinsip perjuangan dan satu satunya jalan bagi merealisasikan hal tersebut ialah dengan keluar daripada Pakatan secara hormat," jelas Hanipa lagi. – Roketkini.com

Kerana berdua lebih baik

Posted: 09 Jun 2015 06:10 AM PDT

Kerana berdua lebih baik

Salah satu kain rentang yang pernah dinaikkan di Kuala Lumpur.
(Salah satu kain rentang yang pernah dinaikkan di Kuala Lumpur)
Senario terkini politik negara adalah sesuatu yang sudah dijangka. Ramai yang meramalkan akan ada sesuatu untuk menggugat Pakatan Rakyat ini.

Akhirnya, perkara yang dibimbangi itu menjadi kenyataan. Betapa caca-marbanya keadaan PAS kini pada era pascamuktamar 2015. Perhimpunan yang sepatutnya mengukuhkan PR menjadi medan serangan bertali arus ahli parti itu kepada rakan sendiri.
Pada masa sama, PAS sebagai parti pembangkang, tiada sekelumit pun serangan khas buat agensi 1MDB atau perdana menteri.
PAS untuk semua?
PAS untuk semua?

Buat penyokong PR, pastinya ini tragedi mengerikan. Para pemerhati politik pastinya kecewa besar dengan kebobrokan ini.
Tatkala UMNO dan BN terlalu lemah dengan krisis keyakinan rakyat dan masalah dalaman, sesetengah pemimpin pembangkang pula terhegeh-hegeh mahu menyulam cinta dengan mereka.

Negatif dan kecewa. Perasaan begitu dikongsi bukan saja ahli PAS malah orang ramai secara umum, termasuk kumpulan atas pagar.
Kesepakatan yang dibina sejak 8 Mac 2008 bergoncang lagi untuk kesekian kalinya. Cuma kali ini gegarannya luar biasa.

Namun pada setiap masalah pasti ada hikmahnya. Sisi positifnya masih ada. Mungkin wujud harapan baru untuk PAS dan UMNO. Mungkin takdir tertulis bahawa akan wujud kerajaan perpaduan atau perpaduan PAS dan UMNO. Gabungan ini bakal menjadi koalisi paling popular.

Gabungan PAS dan UMNO

Manakan tidak. Jika dihitung-hitung populasi negara, 60 peratus rakyat Malaysia adalah Islam dan Melayu. Jumlah ini sudah cukup untuk menguasai ruang parlimen dan membentuk kerajaan. Undi popular untuk gabungan PAS dan UMNO barangkali boleh meningkat sehingga ke 58 peratus.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Ia suatu percaturan yang cukup hebat, malah PAS akan mendapat kerusi yang lebih banyak daripada bergabung dengan PR. UMNO pula pasti akan menyerahkan kerusi mereka yang di kawasan pedalaman kepada PAS. UMNO akan bertumpu kerusi kawasan separa bandar dan bandar.

Dalam keadaan begitu, modus operandi PAS adalah mudah saja. PAS hanya perlu menarik undi orang Islam. Pengundi lain boleh saja disiku dan lututkan. Paling tidak, PAS boleh menjentik saja mereka ini seperti diilhamkan seorang ahli Jawatankuasa PAS Pusat dulu.

Bagi UMNO, kewujudan BN mungkin tidak lagi sepenting dulu. Apa perlunya gabungan pelbagai parti jika UMNO sudah memiliki parti sehebat PAS? Biarkan saja parti lain menumpang belas ihsan dengan satu dua kerusi.

Kerajaan Perpaduan?

Gabungan bersama PAS lebih bahagia, pengundi alim boleh mengundi PAS, manakala yang tebal semangat Melayu, boleh mengundi UMNO. Bukankah ini perpaduan bangsa dan agama yang diidam-idamkan? Bukankah ini yang diidamkan oleh kedua-dua parti ini?

Oh ya, kalau penyatuan ini berjaya, peluang PAS untuk menjadi menteri besar di Terengganu, Kedah dan Kelantan akan menjadi kenyataan. Dakwah juga akan diperluaskan ke setiap negeri tanpa halangan.

Masakan UMNO akan menghalang mereka. Mereka sudah berpadu. Inilah hikmah yang bakal terjadi jika penyatuan PAS UMNO menjadi kenyataan. Seperti pepatah Inggeris, (cuba mencari pepatah Arab untuk nampak Islamik tetapi gagal), "If you can't beat them, join them".

Mungkin inilah strategi pascamuktamar. Gabungan bersama UMNO akan membuahkan hasil mahsul yang lumayan dan habuan berlipat ganda dari Pulau Pinang dan Selangor. Jawatan pula pastinya melimpah-ruah dan hal ini baik untuk mereka untuk berdakwah nanti.

Soal ekonomi dan tadbir urus, PAS boleh serahkan kepada UMNO yang menguruskannya. Mereka pun lebih mahir dan tidaklah sejahat Firaun, Cuma sedikit nakal sahaja. – Roketkini.com

USTAZ ABDULLAH AKUI DAP BENARKAN BANYAK KULIAH

Posted: 09 Jun 2015 05:56 AM PDT

Ust PAS mengaku DAP di Penang bagus tak seperti UMNO di Kedah sekarang....
Posted by Amizudin Ahmat on Monday, June 8, 2015

Kami Rakyat Sarawak Mahu Taib Berundur

Posted: 09 Jun 2015 02:03 AM PDT

 
 
 
Ini Kisah lawak jenaka, cuma admin x sampai hati nak gelak. Pilihanraya lepas bekas do Dalat dari pbb/Barisan nasional melawan calon PKR Hj Jalil di Balingian.  
 
Calon Bn pergila ke rumah panjang Iban rumah seruji di Balingian ni dan menjanjikan akan memberi tong biru 1 Malaysia Barisan nasional di mana walaupun zaman sudah 2014 penduduk nya masih mandi air yg kotor dan bertakung. Kira Okla dpt tong biru.
 
Tapi janji dulu. Maka diberikan kpd mereka replika tong biru.
Hujung nya, sampai cerita ini di tulis.. Ia masih lagi REPLIKA... 

PS: tempat ini adalah kubu Pehin seri Tun Taib Mahmud dahulu.
Bn lebih minat minyak, emas dan Arang Batu di Balingian dr membantu rakyatnya

SUDAH ADA AHLI PAS LETAK JAWATANG DAN KE AHLIANG

Posted: 08 Jun 2015 10:32 PM PDT

DAP dan PAS Selangor ‘cerai talak tiga’, kata exco kanan-TMI

Posted: 08 Jun 2015 10:21 PM PDT

DAP dan PAS Selangor 'cerai talak tiga', kata exco kanan


Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Teng Chang Khim menegaskan jika PAS berhasrat terus bersama dalam kerajaan negeri Selangor, mereka perlu mematuhi suara majoriti iaitu gabungan DAP dan PKR. – Gambar fail The Malaysian Insider, 9 Jun, 2015. 
 
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Teng Chang Khim menegaskan jika PAS berhasrat terus bersama dalam kerajaan negeri Selangor, mereka perlu mematuhi suara majoriti iaitu gabungan DAP dan PKR. – Gambar fail The Malaysian Insider, 9 Jun, 2015.
 
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor Datuk Teng Chang Khim menyifatkan hubungan PAS dan DAP kini seperti pasangan suami isteri yang sudah berpisah dengan talak tiga.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP itu berkata jika PAS berhasrat untuk terus bersama dalam kerajaan negeri Selangor, mereka perlu mematuhi suara majoriti iaitu gabungan DAP dan PKR.

"Sudah cerai talak tiga, takkan boleh tidur sebantal lagi. Dulu rakan sama taraf, sekarang kedudukan seperti rakan kongsi majoriti dan minoriti.


"Sekiranya PAS masih berhasrat mengekalkan jawatan dalam kerajaan Selangor, mereka hendaklah mengakui dan menerima hakikat yang parti itu tidak boleh lagi menjadi penentu dasar. "Sebaliknya mematuhi semua keputusan dasar kerajaan negeri yang dianggotai DAP dan PKR," katanya seperti dilaporkan akhbar Sinar Harian hari ini.

Teng berkata jika PAS tidak dapat menerima hakikat itu maka pemimpin parti Islam seharusnya meninggalkan barisan kepimpinan negeri.

Katanya, PAS akan membuat tindakan paling keji jika bergabung dengan Umno kerana parti Melayu itu sudah pun ditolak di Selangor.

"Usaha bergabung dengan Umno adalah mengkhianati rakyat. Bahkan terdapat Adun PAS yang bermaruah tidak akan bersetuju dengan penggabungan PAS dan Umno di Selangor.

"Gabungan PAS dan Umno tidak akan berjaya kerana tiada majoriti," katanya seperti dilaporkan akhbar itu.
Muktamar PAS yang berakhir pada Sabtu meluluskan usul Dewan Ulama tanpa bahas bagi memutuskan hubungan dengan DAP tetapi masih kekal dalam Pakatan Rakyat  (PR).

Walaupun terdapat perwakilan yang mahu usul berkenaan dibahaskan di muktamar namun ia dibimbangi alan mencetuskan kontroversi dan salah faham dalam PR. – 9 Jun, 2015.

Tiada ulasan: