Tukar Tiub |
- AL- FATIHAH
- BERITA BERGAMBAR
- CHINA TEMBAM
- PAHLAWAN BUGIS TAK ADA TELOO
- KEPALA AKAN PUTUS
- YA AMPOOON YA MAULANA
- ONLINE LAGI
- AL-FATIHAH
- PAHLAWAN ZOMBI TAKUT
- BACA SEKALI LAGI
- MATA MATA DATANG HALANG
- ZOMBI DAPAT MIMPI NGERI
- PROGRAM HASUT DAN LAWAN
- LIDAH PENGARANG
- CAKAP PAHLAWAN
- LARI LARI LARI
Posted: 05 Jun 2015 07:40 PM PDT |
Posted: 05 Jun 2015 07:30 PM PDT NAJIB RAZAK Najib Razak yang mengakui dirinya pahlawan Bugis kelihatan sedang mengintai-intai dari celah dinding. Najib cuba melihat sama ada Mahathir Muhamad telah beredar dari banguan PWTC. Najib enggan dan takut muncul untuk berhadapan dengan orang ramai yang sedang menunggu. Dari awal pagi lebih dari 1500 ahli-ahli Ngo dan orang ramai telah masuk ke dewan untuk mendengar jawapan Najib tentang dimana duit 42 bilion ringgit hilang.(Ajensi) ------------ |
Posted: 05 Jun 2015 06:30 PM PDT ZOMBI Ucapan Mahathir dihenti polis apabila sebut nama Jho Low Ucapan bekas Mahathir Mohamad pada forum berkenaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) hari ini disekat pihak polis apabila mula menyebut nama ahli perniagaan Low Taek Jho dan penglibatannya dalam syarikat sarat hutang itu. Mahathir ketika itu baru berucap kira-kira 10 minit pada forum "Nothing to Hide" yang sepatutnya menjadi dialog dengan Najib Razak dan badan bukan kerajaan (NGO) mengenai isu 1MDB, apabila beliau diganggu beberapa orang pegawai polis yang memintanya menamatkan ucapan. Negarawan bersara itu diminta berucap selepas Najib gagal hadir pada majlis itu. - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/ucapan-dr-m-dihenti-polis-apabila-sebut-nama-jho-low#sthash.TVkFcvqx.dpufKAH KAH KAH woit nampak peranan polis selamatkan orang jahat china tembam ni rompak duit mahathir pecahkan rahsia pahlawan bugis dah jadi zombi KAH KAH KAH ---------------- |
Posted: 05 Jun 2015 11:09 AM PDT FACE BOOK
|
Posted: 05 Jun 2015 07:00 AM PDT |
Posted: 05 Jun 2015 06:00 AM PDT Tengku Mahkota Johor kritik Najib kerana tak muncul Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim menjadi suara pertama kerabat diraja yang mengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana gagal menghadiri dialog "Nothing To Hide" anjuran SukaGuam pagi tadi. Menurut Tunku Ismail, sudah dijangkakan Najib yang seharus menjelaskan tentang syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pagi tadi dan turut dihadiri pengkritik utamanya Tun Dr Mahathir Mohamad di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur pagi tadi. "Bagaimana boleh diadakan suatu dialog bertajuk 'Nothing2Hide' dengan mengetengahkan seorang yang ingin menyembunyikan segala-galanya? "Tentu sekali dia tidak akan muncul," titah baginda dalam akaun Facebook Johor Southern Tigers. KAH KAH KAH ya ampooon ya maulanaa kah kah kah gwa tak ada apa tak nak nak tambah kah kah kah YA AMPOOON ----------- |
Posted: 05 Jun 2015 05:00 AM PDT NAK MONOPOLI Semuanya pakat2 nak monopoli Allah. Berjaya memonopoli Allah bermakna berjayalah memonopoli segala kebenaran. Apabila telah memiliki kebenaran, maka kerja2 membodohkan orang menjadi semakin mudah sapsapsoi la. Kerja2 ketua jabatan menjadi mudah kerana dia memiliki Allah. Kerja2 pengurus syarikat swasta menjadi lancar dan percuma kerana mereka memiliki Allah.Dengan sedikit cuit nama Allah, dengan mudah mereka dapat membodohkan orang bawahan. Inilah hikmahnya memiliki Allah. Mudah membolot rezeki dan menipu rezeki bahagian orang bawahan. Orang bawahan akan terus dikekang kononnya kuasa ghaib Allah menyebabkan mereka tidak mampu berusaha naik pangkat dan mendapat gaji yg lebih baik. Padahal hantu sebenar ialah malaun pukimak inilah yg menjadi dalang segala bagai keoayahan orang bawahan. on BELUM ONLINE LAGI Publish | Delete | Spam Anonymous on 6/4/15 TARAF TADIKA Ape la punya ngong statement perwakilan taraf budak tadika...ape ko ingat tuhan nak jerit dari langit suh lwn br nak lawan ke...akai ada letak kat lobang taik...tu la taraf bani melayu yg 'islam' kononnya...kasihan betul bila tengok perjuangan parti 'islam' yg 'melayau' semuanya terus berfikiran ortodoks...kah kah kah...ape punya perjuangan...puihhhh... on BELUM ONLINE LAGIAnonymous on 6/4/1 ------------- |
Posted: 05 Jun 2015 04:46 AM PDT AL-FATIHAH kepada isteri tengku razaleigh hamzah yang baru sabentar tadi meninggal dunia amin |
Posted: 05 Jun 2015 01:38 AM PDT KOMENTAR pagi tadi dalam forum nothing to hide mahathir telah dihalang dari bercakap yang menghalang polis apakah akhirnya najib akan menangkap mahathir? Tun M akan pertahan hak rakyat Katanya, halangan yang timbul termasuk daripada kerajaan tidak akan menghalang beliau bagi mencari jawapan terhadap isu yang dibangkitkan termasuk 1MDB. KUALA LUMPUR: Mahathir Mohamad menegaskan beliau akan meneruskan usaha untuk menjelaskan kepada rakyat berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Tegasnya, halangan yang timbul termasuk daripada kerajaan tidak akan menghalang beliau bagi mencari jawapan terhadap isu berkenaan. "Saya tidak tahu kenapa polis suruh saya berhenti bercakap dengan orang ramai yang hadir pada hari ini sedangkan penganjur memberi laluan. "Saya cuma nak bercakap tentang perkara yang ada kaitan dengan apa yang hendak dibincangkan pada pagi ini," katanya pada sidang media selepas beliau diminta berhenti oleh polis daripada berucap pada majlis tersebut. KAH KAH KAH woit ini sudah hebat tun akan pertahankan hak rakyat apa pahlawan zombi akan buat apa pahlawan zombi akan lakukan APA AGAKNYA -------------- |
Posted: 05 Jun 2015 12:08 AM PDT Najib, Hadi akan terus memimpin kerana Melayu malas berfikir Orang Melayu akan terus mengundi pemimpin seperti Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana mereka malas dan tidak suka berfikir, kata bekas menteri Umno, hari ini. Dalam satu posting di blognya, Datuk Zaid Ibrahim berkata di bawah pimpinan Najib dan Hadi, Malaysia akan mempunyai "imej yang baik, pandai putar, tetapi kurang kukuh". - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/najib-hadi-akan-terus-memimpin-kerana-melayu-malas-berfikir#sthash.MUpoP2vi.dpufBACA SEKALI LAGI Nilai bani Melayu (Oleh Hishamuddin Rais)Mengikut Perlembagaan Persekutuan, takrifan Melayu adalah: sosok yang mengamal budaya, bahasa Melayu dan beragama Islam. Takrifan ini cukup senang, demokratik dan tanpa banyak songel. Untuk saya, di belakang takrifan – siapa dia Melayu – ada persoalan yang lebih besar – persoalan nilai Melayu. Takrifan nilai ini sayangnya TIDAK dimasukkan dalam Perlembagaan Persekutuan sebagai cara untuk mengenal siapa Melayu dan siapa bukan Melayu. Takrifan siapa Melayu dalam Perlembagaan dilakukan hanya untuk mentadbir. Pentadbiran penjajah British yang membawa buruh imigran dari Cina dan India memerlukan sistem identifikasi. Justeru, lahir konstruksi takrifan Melayu yang membolehkan sosok seperti Mahathir Mohamad, Reezal Merican atau Azeez Rahim menerobos masuk dan mengakui Melayu. Walhal – rupa bentuk, kulit dan iras sosok tidak mencerminkan keMelayuannya. Persoalannya apakah nilai yang diamal oleh sosok ini mencerminkan nilai Melayu? Saya menimbulkan apa dan siapa itu Melayu kerana pada tahap ini Bani Melayu menghadapi krisis yang maha besar. Bani Melayu hari ini menghadapi krisis identiti diri. Krisis identiti ini membawa Bani Melayu kepada krisis nilai. Justeru krisis nilai Bani Melayu inilah yang sedang kita lihat dalam politik kontemporari Malaysia hari ini. Nilai muncul dari punca ekonomi. Nilai tidak muncul dari mimpi atau angan-angan. Satu ketika dahulu Bani Melayu keseluruhannya kaum tani, nelayan atau pekebun kecil. Kedatangan British memunculkan sosok Melayu untuk menjadi pegawai kerajaan, anggota polis, askar dan guru. Ramai Bani Melayu sebelum kedatangan British menjadi pelaut yang hebat. Dalam sejarah dan cerita rakyat ada tertulis juragan dan saudagar Melayu yang berniaga di kepulauan Melayu. Si Tenggang adalah contoh juragan dan saudagar dari Bani Melayu. Tetapi dengan kesampaian juragan dan saudagar dari India dan Cina yang memiliki jaringan perniagaan lebih luas, membuka persaingan. Akhirnya kerana persaingan sengit kumpulan juragan dan saudagar Bani Melayu pupus. 100 tahun dahulu Bani Melayu tidak kenal duit dan dinar. Ini berbeza dengan kaum imigran India dan Cina yang tamadunnya ribuan tahun mendahului tamadun Melayu. Justeru, nilai Bani Melayu adalah nilai kaum tani. Nilai Bani Melayu adalah nilai masyarakat pertanian-agraria. Nilai kaum tani dipasak oleh setiakawan yang intim, kejujuran kata-kata, janji yang ditepati dan paling ampuh adalah nilai bergotong royong. Nilai ini tidak pernah diukur dengan dolar dan dinar. Nilai bani Melayu ini muncul kerana keperluan bertani dan mencari kehidupan. Adalah tidak tepat jika kita menganggap nilai – apa yang dianggap salah dan apa yang dianggap benar – muncul dengan kedatangan Islam. Bani Melayu adalah mualaf yang baru berumur 500 tahun. Nilai salah benar – apa yang baik dan apa yang salah – wujud dalam roh Melayu sebelum sampainya juragan dan sudagar Arab di Melaka. Nilai keterbukaan fikrah bani Melayulah yang menyambut saudagar dan juragan Arab. Dunia berubah. Pembuatan dan pekerjaan untuk mata pencarian berubah. Asas ekonomi berubah. Bentuk ekonomi berubah. Semua ini membawa perubahan nilai. Dari asas ekonomi pertanian dan nelayan, Bani Melayu dipaksa ekonomi kapitalis yang berNabikan jual beli dan berkiblat keuntungan. Awalnya resapan ekonomi kapitalis agak lunak. Sistem ekonomi kapitalis masuk secara teratur dan tidak mengganggu gugat ketenteraman Bani Melayu. Walaupun sistem ekonomi kapitalis membawa budaya yang berlawanan dengan budaya agraria Bani Melayu – mereka tidak berasa terancam. Nilai kapitalis diukur dengan ringgit dan dinar. Tenaga kini bukan lagi diminta bergotong royong untuk bersama-sama membuat tali air sawah atau membaiki pembetung. Tenaga dalam sistem ekonomi kapitalis boleh dihitung untuk dipukul harga. Awalnya bani Melayu tidak menyedari ini. Perubahan ekonomi membawa perubahan politik. Kuasa politik yang dimiliki oleh United Malays National Organisation mula disedari sebagai lompong. Kuasa politik tanpa kuasa ekonomi hanyalah mimpi yang dimimpi-mimpikan. Mimpi ini pecah membawa kesedaran apabila ia diasak oleh kekalahan parti Bani Melayu yang berslogan Ketuanan Melayu pada 1969. Kekalahan besar United Malays National Organisation memunculkan satu dasar ekonomi yang baru. Dasar Ekonomi Baru (DEB) memaksa Bani Melayu masuk ke dalam kancah jual beli ekonomi kapitalis. Selama 40 tahun kebelakangan ini, Bani Melayu dipaksa menerima sistem nilai budaya yang dilahirkan oleh sistem ekonomi kapitalis. Justeru krisis politik yang kita lihat hari ini adalah manifestasi dari nilai-nilai tadi. Pergolakan politik yang berlaku lebih dari sedekad adalah manifestasi berkecamuknya nilai Bani Melayu. Kalau dulu, kata-kata dari mulut Bani Melayu adalah janji yang terikat. Hari ini kata-kata tidak boleh lagi diterima tanpa tandatangan dan surat akuan peguam. 'Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat' – tidak lagi menjadi asas kemasyarakatan Bani Melayu. Setiakawan dan semangat kekitaan dinilai dengan keanggotaan kelab ini atau parti itu. Budi dan bahasa hanya ucapan kosong kalau ia tiada ringgit dan dolar. Dalam masa satu generasi, Bani Melayu dipaksa untuk menerima nilai yang amat asing. Banyak jalur nilai ini tidak berakar umbi dalam pembudayaan salasilah agraria Bani Melayu. Perkembangan siasah terkini membuktikan dengan jelas. Tesis bahawa Bani Melayu sedang dilanggar krisis identiti. Krisis identiti ialah krisis nilai. Nilai yang saya jadikan contoh kajian ialah – bagaimana satu kumpulan Bani Melayu sanggup menerima dan menobatkan Najib Razak sebagai pemimpin mereka. Pada satu ketika dahulu, jika ada Raja Melayu yang zalim seperti Raja Bersiong atau seperti Sultan Mahmud, maka tidak dapat tidak, walaupun dalam budaya feudal – raja yang zalim ini akan dinyah. Raja zalim akan dihalau atau dibunuh. Ini nilai budaya Melayu – tanpa peguam atau akuan bersumpah. Saya perhatikan krisis nilai menjadi lebih tenat. Dalam masyrakat agraria, salah dan benar adalah salah dan benar. Tidak berdolak-dalik. Tidak perlu peguam atau surat aku janji. Tetapi nilai yang sistem ekonomi kapitalis yang dipaksa ke atas Bani Melayu menjadikan sosok Melayu hilang punca. Bani Melayu yang berslogan Ketuanan Melayu tidak dapat lagi memisahkan mana yang salah dan mana yang benar. Untuk memahami krisis nilai, kita lihat dengan lebih dekat. Kes contoh – pembunuhan Altantuya. Dalam kes ini Razak Baginda dituduh bersama dua anggota PDRM. Razak Baginda terlepas dari hukuman gantung manakala dua anggota polis didapati bersalah. Tidak cukup dengan ini, Peguam Negara tidak pula membuat rayuan agar Razak Baginda dibicarakan sekali lagi. Perangai Peguam Negara ini amat berbeza dengan kes empat mahasiswa UKM yang didapati tidak bersalah oleh mahkamah kerana terlibat dalam politik. Peguam Negara dengan pantas membuat rayuan agar mereka diulang bicara. Kes bunuh Altantuya tidak ada ulang bicara. Tetapi dalam kes politik mahasiswa UKM, Peguam Negara meminta ulang bicara. Inilah tanda bahawa bani Melayu sesat nilai. Kes pembunuhan Altantuya membuktikan tesis bahawa ada satu kelompok besar bani Melayu yang tidak lagi memiliki nilai salah dan benar. Bani Melayu yang berNabikan jual beli dan berkiblat keuntungan tidak lagi memiliki keupayaan untuk menilai mana yang salah dan mana yang benar. Mereka hanya memiliki keupayaan untuk menimbang nilai untung dan rugi. Justeru, krisis nilai ditenatkan lagi dengan ajaran agama. Islam mengajar Bani Melayu yang mualaf untuk menjadi manusia yang jujur. Untuk menjadi umat yang berani berkata benar dan bangun menentang kemungkaran dan kebatilan. Semua prinsip ajaran agama ini hancur berderai apabila kita jadikan kes pembunuhan Altantuya sebagai bahan rujukan. Dua minggu ini, Bani Melayu mendengar temu bual dan pengakuan Deepak Jaikishan. Saudagar permaidani ini pernah mengakui Rosmah Mansor sebagai kakak angkatnya. Saudagar ini juga memiliki hubungan yang intim dengan suami Rosmah. Dari temu bual saudagar ini jelas menunjukkan bukan sahaja Najib Razak yang terlibat dalam kes Altantuya, malah Rosmah Mansur juga terlibat sama. Awas! Bukan setakat laki bini sahaja yang terlibat – adik Najib Razak juga terlibat sama. Pada satu ketika dahulu, ada Bani Melayu hingar bingar melauang-laung Ketuanan Melayu. Kedaulatan Raja-Raja Melayu dan Islam kini mereka senyap tidak berkata apa-apa. Tidak ada mufti, tidak ada imam, tidak ada Tok Kadi, tidak ada ustaz atau ustazah yang berani bertanya: Betulkah apa yang dikatakan oleh Deepak ini? Tiada seorang pemimpin kerajaan, tidak ada Menteri Besar Bani Melayu, tidak ada Menteri Bani Melayu, malah tidak ada Raja Melayu yang dikatakan sebagai kepala agama Islam yang cuba berani bertanya – Apakah 'tuduhan dan pengakuan' Deepak benar atau salah? Untuk saya apabila Bani Melayu ini senyap, maka ini membuktikan tesis saya bahawa mereka sedang sakit tenat dan menghadapi penyakit ketidaktentuan arah nilai. Untuk saya – semuanya jelas – Bani Melayu kehilangan nilai – salah dan benar. Bani Melayu tidak dapat lagi mengenal hitam dan putih – yang satu ketika dahulu dimiliki datuk nenek moyang mereka.(TT) --------------- |
Posted: 04 Jun 2015 09:29 PM PDT PAGI TADI jelas tuntas satu pencerahan tapi belum habis pencerahan mata mata telah digunakan |
Posted: 04 Jun 2015 09:09 PM PDT Malam ini, saya dan Rosmah tidur nyenyak'3:59PM Jun 4 Najib berkata ini kerana BN Sarawak jelas ikhlas menyokongnya. KAH KAH KAH kah kah kah pagi ini bangun bangun dapat melihat mimpi ngeri betul betul depan mata AP PUNYA MIMPI ------------- |
Posted: 04 Jun 2015 08:58 PM PDT HASUT & LAWAN (benci kerajaan - sokong pakatan) SOLIDARITI : MALAYSIA MILIK KITA BERSAMA Tarikh : Sabtu 6 JUN 2015 Tempat : BlackBox, Publika, KL Masa : 1.00 petang hingga 10.00 malam Kugiran yang akan buat persembahan: - Dum Dum Tak - Shh...Diam! - Spooky Wet Dreams - Ching It Out - Orfeus - The BangsART Persembahan - Akustik - Tayangan Filem - Booth Bersih 2.0 - Kelab Filem Bangsar - Impian Malaysia - Genta Media - Alumni Sekolah Demokrasi - Dapur Jalanan - Gerak Budaya - Dubook Press - Rumah Amok - Merpati Jingga - Zine Satu Malam - Bikini Distro - DDt Distro - INSAN - Matthew & Niki - SUARAM - Fathi Aris Omar - All Women Action Society dll... MASUK PERCUMA !!! ---------- |
Posted: 04 Jun 2015 08:22 PM PDT MALAPETAKA najib membawa lim kok weng untuk membaiki imej untuk mendandan najib untuk membedak najib agar dapat mengabui kes pembunuhan altantuya agar dapat menutup fakta 42 bilion ringgit hilang pagi ini program NOTHING TO HIDE atau - TAK ADA APA NAK DISOROK - pastilah sebahagia dari perancangan lim kock weng dan kuncu kuncunya hasilnya: malapetaka menimpa najib kes pembunuhan altantuya kes hukum gantung sirul kes hukum gantung azilah tidak akan pergi dengan nasehat lim kok weng kes hutang 42 bilion ringgit 1MDB kes duit negara dirembat oleh jho low tidak akan padam ini hakikat ini hanya permulaan rakyat telah nak muntah 52% rakyat negara ini telah sepakat 52% rakyat TIDAK beri sokongan pada kerajaan apco paul stadlen lim kok weng farid tv 3 johan jaffar tidak akan dapat menyelamatkan najib rosmah kerjaan najib rosmah hari ini hanya bergerak dengan bantuan jentera jentera kerajaan pagi ini jelas terbukti bagaimana polis telah menyelamatkan najib ------------- |
Posted: 04 Jun 2015 08:06 PM PDT KOMENTAR apa yang mahu disorokkan kenapa tak berani hadapi rakyat Polis halang Mahathir bercakap, matikan mikrofon Polis menghentikan Mahathir Mohamad daripada bercakap di forum tentang syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang sepatutnya dihadiri Najib Razak pagi ini. Polis naik ke atas pentas apabila bekas perdana menteri itu mula bercakap selama 5 minit dan menggesanya untuk berhenti. - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/polis-halang-dr-mahathir-bercakap-matikan-mikrofon#sthash.7qCqk6Z0.dpufKAH KAH KAH woit apa sudah jadi kah kah kah napa tak beri cakap kah kah kah apa mahu sorok kah kah kah mengaku pahlawan mengaku wira kenapa takut kah kah kah APA PUNYA TUUR |
Posted: 04 Jun 2015 07:54 PM PDT Mahathir muncul di forum bersama Najib Mahathir Mohamad tiba ke forum bersama Perdana Menteri Najib Razak yang dianjurkan badan bukan kerajaan (NGO) SukaGuam di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur. Mahathir tiba kira-kira 9 pagi dan disambut beberapa penyokongnya dan beberapa ahli kumpulan Perkasa dan diiringi terus ke bilik tetamu. - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/dr-mahathir-muncul-di-forum-bersama-najib#sthash.eIQKb5rU.dpufKAH KAH KAH woit lari lari lari kah kah kah zombi sudah lari KAH KAH KAH -------------------- |
You are subscribed to email updates from Tukar Tiub To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan