Isnin, 15 Jun 2015

Tukar Tiub

Tukar Tiub


BURUH ASING - LUKAH BUAT DUIT

Posted: 15 Jun 2015 07:21 PM PDT






URUSAN KERJA ASING DISWASTAKAN KEPADA BESTINET MILIK UMNO
3 SOALAN YANG AHMAD ZAHID 
BELUM JAWAB SEJAK JAN 2015 

Saya mengecam keputusan terburu-buru Kementerian Dalam Negeri yang menghidupkan semula Sistem Foreign Workers Centralized Management System (FWCMS). Semua kaunter imigresen hanya akan dibuka dalam tempoh peralihan selama 15 hari dan akan ditutup sepenuhnya pada 1 Julai 2015.

Mengimbas kembali, FWCMS (http://www.fwcms.com.my/) yang diusahakan oleh Bestinet Sdn. Bhd. (BESTINET), mewajibkan semua pemeriksaan kesihatan pekerja-pekerja asing di negara sumber dan permohonan Visa Dengan Rujukan (VDR) tidak boleh diuruskan di kaunter Jabatan Imigresen, sebaliknya perlu dilakukan sepenuhnya secara atas talian.

Selain itu, semua pusat pemeriksaan kesihatan di negara sumber pekerja-pekerja asing juga wajib menggunakan sistem BESTINET. Ini telah mencetuskan ketegangan dengan agensi tenaga kerja serta kementerian negara Nepal apabila mereka diwajibkan untuk mengguna sistem Bio-Medical mulai 15 Jan 2015.[1] Agensi-agensi tempatan di negara sumber telah mengesahkan bahawa untuk kes Filipina, pekerja ataupun ejen pengambilan pekerja perlu membayar USD15 (RM54) bagi tujuan memuatnaik maklumat kesihatan pekerja asing.[2]

BESTINET bukan saja akan mengaut keuntungan besar melalui penguasaan monopoli eVDR dan Bio-Metric, tetapi juga bakal meningkatkan kos pengambilan pekerja asing dan apabila penambahan kos ini tidak dipantau, ianya akan mendedahkan pekerja-pekerja asing kepada risiko eksploitasi dan pemerdagangan manusia.

Maklumat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menunjukkan bahawa BESTINET merupakan sebuah syarikat RM2 sehingga tahun 2013, tidak menghantar Laporan Akaun sejak tahun 2010 selama 4 tahun (yang pastinya telah melanggar Akta Syarikat 1965), dan diklasifikasikan sebagai syarikat 'Dormant'.

Antara pengarah penting Bestinet Sdn. Bhd. adalah Tan Sri Azmi bin Khalid yang merupakan Ahli Majlis Tertinggi UMNO sekarang dan pernah menyandang jawatan Timbalan Menteri Dalam Negeri (1999), Menteri Pembangunan Luar Bandar (1999-2004), Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri (2004-2006), Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar (2006-2008) dan Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Malaysia (2008-2013).

Kami terkilan dengan penglibatan bekas Menteri KDN UMNO/BN dalam syarikat BESTINET yang membangunkan sistem FWCMS untuk kementerian yang sama. Ini memberikan gambaran wujudnya percanggahan kepentingan (conflict of interest) dan seolah-olah projek ini dianugerahkan atas hubungan dan rundingan dalaman.

Kami juga berasa dukacita dengan siri penswastaan dan kotrak monopoli yang berlaku ke atas peranan dan fungsi Kementerian Dalam Negeri (KDN) di bawah Menteri Dalam Negeri  Ahmad Zahid Hamidi, bermula dengan MyEG, dan sekarang BESTINET.

Apabila isu ini dibangkitkan pada bulan Januari 2015, Ahmad Zahid elak daripada menjawab persoalan dan keraguan rakyat. Sekarang Ahmad Zahid tidak boleh lagi elak dan wajib menjawab 3 soalan berikut:

1.     Bilakah sistem FWCMS telah lulus pembuktian konsepnya (Proof-of-Concept) dan mendapat kelulusan kabinet?

2.     Mengapakah menganugerahkan projek tersebut kepada BestiNet Sdn. Bhd yang sebelum ini merupakan Syarikat RM2 dan tidak mempunyai apa-apa track record pembangunan sistem atas talian?

3.     Adakah kontrak tersebut dianugerahkan melalui tender terbuka, dan apakah peranan Tan Sri Azmi dalam urusniaga tersebut?

Kami menetapkan pendirian KEADILAN bahawa maklumat yang diuruskan oleh sistem tersebut melibatkan maklumat sensitif yang bakal membawa risiko kepada keselamatan dan kedaulatan negara dan TIDAK HARUS disumberluarkan kepada syarikat swasta. Kami menggesa penjelasan langsung daripada Ahmad Zahid sebelum kami dedahkan lagi maklumat lanjut mengenai projek tersebut. 

YB Lee Chean Chung
ADUN Semambu
Ketua Penerangan AMK Pusat
012-9540498


---------------------

NASI PANGGUNG

Posted: 15 Jun 2015 06:57 PM PDT







 NASI PANGGUNG


Dikala org sibuk membilang harta
Dikala org sibuk mengejar pangkat
Masih ada yang tercari-cari sesuap nasi
Masih ada yang masih memikir apa nasib esok hari

SEDEKAH AMAL JARIAH
Menu Jalan Panggung hujung minggu lepas:
Tim Dapur Jalanan - Koey Teaw Tomyam
Tim INTEC - Toiletries Pek
Tim Gender Studies UM - Kedai Jalanan Pasar Percuma
Adzim & Keluarga - Roti & Air Kotak

MINAH DATANG TOLONG
Anak semua bangsa; kawan2 yg membantu berkerja bakti:
Aisyah, Padel, Azen, Faizal Zainal, Afiq,
Hafizal, Husin, Nad, Raja Azraff, Syu & kawan,
Ehsan, Rahul & Tim INTEC Shah Alam,
Dr Maszlee & Keluarga, Awatif & Tim Recycle,
Aie, Faizal, Amir dari RnR Penang, Brader Pyanhabib, 
& semua yang hadir bersetiakawan bersama miskin kota!

KEDAI JALANAN
Ini minggu akhir sebelum puasa
minggu depan tukar waktu
setiap sabtu, 10 malam
sepanjang bulan puasa
MOREH JALAN PANGGUNG

TERIMA KASIH SEMUA
Jumpa minggu depan!

MINAH  UNTUK DIJUAL
 Baju edisi baru ada dijual. Datang Jalan Panggung atau Bangsar Utama. Beli sambil membantu!
 Untuk maklumat terkini, info-info mengenai kami boleh cari & tekan like Facebook page DapurJalananKualaLumpur & follow twitter - @dapurjalanan & instagram - dapurjalananKL. Cari, follow & LIKE!!

Untuk yang mahu menyumbang boleh masuk ke akaun Dapur Jalanan, 
CIMB: 8001-7278-49 SPKL Collective
Untuk yang ingin sama-sama potong bawang atau sumbang makanan atau apa-apa nak disumbang boleh talipon: ezzuandi 0192671285 atau
 Hadi Khalid 0126648873

----------

NAJIB DAPAT SAMPAH

Posted: 15 Jun 2015 06:27 PM PDT




Zam: Media pro-kerajaan punca Najib dapat penyokong sampah

 | June 11, 2015
Media prokerajaan lebih mengutamakan individu menyeleweng berbanding pemimpin UMNO berintegriti untuk mempertahankan Najib.





KAH KAH KAH
woit
ini ke maksud zam
kah kah kah

SAMPAH NYAMPAH




----------------

HUTANG NAJIB DAN ROSMAH

Posted: 15 Jun 2015 06:06 PM PDT





TIPU TIPU TIPU TIPU TIPU



Faedah perlu 1MDB bayar antara RM2.4-RM2.7 bilion, kata menteri

Menteri Kewangan Kedua  Ahmad Husni Hanadzlah mengganggarkan pembayaran faedah yang perlu dibayar syarikat menanggung beban hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berjumlah antara RM2.4 bilion dan RM2.7 bilion setahun.
Anggaran tersebut dibuat Husni jika mengambil kira hutang keseluruhan 1MDB yang berjumlah MR42 bilion.
"Jika hutang tersebut RM42 bilion, pembayaran faedahnya adalah antara RM2. 4 bilion dan RM2.7 bilion setahun," katanya menjawab soalan daripada ahli Parlimen Sepang Mohamed Hanipa Maidin semasa sesi penggulungan Rancangan Malaysia Ke-11 di Dewan Rakyat hari ini.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/faedah-perlu-1mdb-bayar-antara-rm2.4-rm2.7-bilion-kata-menteri#sthash.aGcFnV8Y.dpuf

KAH KAH KAH
woit
hutang 1MDB 42 bilion ringgit
bayar bunga setahun 2.7 bilion ringgit
duit bunga ini saje
sama dengan jumlah dana PTPTN
kalau tak ada hutang 1MDB
semua dapat belajar percuma
semua dapat biasiswa
cilaka china tembam
dia buat duit rakyat kena bayar

PUNDIEK MUNDIEK 


---------------

PANGLIMA ZOMBI

Posted: 15 Jun 2015 10:22 AM PDT




NAJIB TAKUT 
DENGAN ALI TINJU


Najib tidak hadir jelas isu 1MDB semasa penggulungan Dewan Rakyat


 Najib Razak tidak hadir ke Dewan Rakyat untuk sesi penggulungan Kementerian Kewangan mengenai Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) pada ketika ahli Parlimen Pakatan Rakyat menanti untuk menyoal mengenai syarikat pelaburan kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

 - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/najib-tidak-hadir-jelas-isu-1mdb-semasa-penggulungan-dewan-rakyat#sthash.N5Tcn49f.dpuf

KAH KAH KAH
woit
apa jadi panglima bugis
sudah jadi panglima zombi
pwtc tak datang
alasan keselamtan
parlimen pun tak datang
woit
ali tinju bukan YB laaa
kah kah kah

PUNDIEK PUNTAT



----------------

HUTANG OOO HUTANG

Posted: 15 Jun 2015 07:00 AM PDT





KOCEK NAJIB
Kalau Najib letak jawatan hari ini ... ? Minggu depan dia dapat Tun, anugerah tertinggi negara. Kocek Najib penuh dengan duit, berbillion-bellion ... hasil titik peluhnya mengerjakan Malaysia ini. Hasil komisen kiri kanan ... halal ... itu sebab dia tak ambik satu sen pun gaji daripada 1 MDB. 

Najib buleh enjoy ... mungkin mak badak pun dia tinggalkan, cari gadis seiras Cik Aminah. Tapi kalau Najib berenti?. Malaysia ini sama tarafnya dengan basikal yang bekas tuannya Keling atau janda bekas Pak Arab. Dah lohe habis ... tak ada apa yang tinggal ... tak ada-apa yang nak dikayuh, ditanam dan dijilat. 

Yang tinggal adalah hutang yang mencecah trillion ringgit. Maka itu Najib akan ditangkap dan didakwa ... dihumban dalam penjara, silap haribulan mungkin dihukum .......? Sebab itu Najib tak akan berenti? Percayalah. on BUKAN GWA CAKAP
Publish | Delete | Spam
panglimo potaseh
on 6/13/15




--------

BAKAL HILANG

Posted: 15 Jun 2015 05:48 AM PDT



AKAN HILANG
kah kah kah
kah kah
kah 



-----------

PASANG TAJUR - LAST KOPEK

Posted: 15 Jun 2015 12:30 AM PDT






KOMENTAR
ku li ada tiga hari saje lagi
hari khamis ini parlimen cuti

ku ini terus menjadi calon tetap
presiden united malays national organisation
ku li juga adalah calon tetap
untuk menjadi perdana menteri malaysia

dari segi sosok ku li ini
adalah pilihan terbaik untuk malaysia

TOK BATIN GUA MUSANG

Media antarabangsa dakwa Ku Li bakal ganti Najib

 | June 13, 2015
Laporan itu mendakwa undi tidak percaya terhadap Najib di Parlimen akan diadakan dalam waktu terdekat.






PETALING JAYA: Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah bakal menggantikan  Najib  Razak sebagai Perdana Malaysia Ketujuh.
Razaleigh atau Ku Li, 78, dilaporkan akan mengetuai kerajaan perpaduan kerana Barisan Nasional (BN) sudah hampir lumpuh disebabkan skandal 1MDB, sebagai jalan kepada kemelut politik negara.
Menurut laporan Asia Sentinel, satu pertemuan telah diadakan di kediaman Ku Li pada 11 Jun lalu yang diketuai  Daim Zainuddin, rakan baik  Mahathir Mohamad.
Laporan itu mendakwa, Daim telah diberi tugasan memujuk Ku Li menerima tanggung jawab itu.
Perjumpaan kedua akan diadakan pada minggu ini dan diikuti dengan undi tidak percaya terhadap Najib di Parlimen, tulis laporan itu yang memetik sumber.

KAH KAH KAH
jika ku li tidak 
memcemar duli
maka ku li hanya diingati
sebagai tok batin gua musang

MUSANG KING


-------------

SABOTAJ EKONOMI

Posted: 14 Jun 2015 11:00 PM PDT






PAHLAWAN ZOMBI

Krisis Tun M, Najib punca nilai ringgit jatuh
WangSHAH ALAM - Ketidaktentuan iklim ekonomi negara kini dipengaruhi dengan iklim politik dalaman yang tidak stabil, sekali gus menyumbang penyusutan mata wang ringgit.

KAH KAH KAH
woit
ini sabotaj ekonomi
ini ajen ah seng
ini anti melayu
kah kah kah
tangkap mahathir
tangkap najib
kah kah kah
jangan tangkap hasan malek
hasan malek bodoh 
bodoh bukan satu jenayah
kah kah kah

TANGKAP &

DAKWA





-------------

HOTT HOTT HOTT

Posted: 14 Jun 2015 09:51 PM PDT






BIK MAMA
lawan
MAHATHIR
perang diteruskan
kah kah kah


KAH KAH KAH


MACHA INGATKAN MACHA

Posted: 14 Jun 2015 09:05 PM PDT






FACE BOOK

Macha jangan jadi Batu api. Buat apa nak campur masuk hal Gajah lawan Gajah, nanti Thamby mati tengah tengah. Ter hairan pulak, Johor masih ada MIC. Bukankah dah tutup kedai dan buka kedai Thosai dari janji2 kosong NAJIB & Nambeikai


Ugut 'belasah' TMJ, Pemuda MIC Johor mahu Nazri dipeca






KAH KAH KAH

----------------

DI MUAR MALAM ESOK

Posted: 14 Jun 2015 08:39 PM PDT







ESOK MALAM

MUAR



-------------

SENYUM PAGI INI

Posted: 14 Jun 2015 08:16 PM PDT




AHMAD MASLAN DI ISMAIL SABRIKAN
Setelah diHassan Malikkan, Ahmad Maslan rasa adalah lebih baik di Ismail Sabrikan. Tetapi Ismail Sabri lebih rela diHassan Malikkan dari di Ahmad Maslankan...entah mengapa taknak jadi 3 pointer lebih rela jadi cap ayam. Tetapi......JENG JENG JENG....

Hassan Malik bukan sekadar cap ayam, tak rela diIsmail Sabrikan atau diAhmad Maslankan. Hassan Malik hanya satu walaupun diCap Ayamkan....kah kah kah kah....semuanya hanya kerana suka bodek laki najib on AHMAD MASLAN SEMAKIN HASAN MALIK
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 6/14/15


-----------

Tiada ulasan: