Jumaat, 26 Jun 2015

dollah yankee

dollah yankee


Dulu umno baru, sekarang sekarang pula Pakatan baru

Posted: 26 Jun 2015 07:12 AM PDT



Pada hari yang sama bila suara Anwar dari tirai besi di Sg.Buloh kata Pakatan Rakyat akan muncul dengan lebih kuat dan teratur, pemimpin-pemimpin yang terdiri dari mereka yang telah mati dalam Pakatan Rakyat 1.0 telah muncul bertemu, berbincang, berbahas, memerah otak sambil pekena pulut udang, cucuq badak, karipap, onde-onde, putu mayung dan apom balik dalam satu sesi berbuka puasa di sebuah rumah di Kuala Lumpur.

Biar lah gambar sebagai bukti yang berbicara. Gambar-gambar mereka bertebaran dalam internet duduk bersama-sama, duduk rapat-rapat, berpegang tangan samvbil tersenyum dimana dikatakan yang mereka berbincang tentang mahu melahirkan Pakatan Rakyat 2.0.

Biarpun muktamar PAS telah mengambil keputusan untuk bercerai dan berpatah arang dengan DAP, namun malam itu telah membuktikan yang Pakatan Rakyat 2.0 yang lebih kuat seperti kata Anwar Ibrahim yang akan menerajang Najib dan BN/umno dari Putrajaya pasti menjadi kenyataan untuk beranak.

dollah yankee -
Kita biarkan TG Hj.Hadi kalau dia nak kahwin dengan umno, kerana perkahwinan mereka tidak akan kekal sebab umno akan menceraikan TG Hj.Hadi dan Hj.Hadi akan menjadi janda yang kesepian dan gersang ... Kah..Kah..Kah..

Tiada ulasan: