Ahad, 14 Jun 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Sebelum Nak Belasah TMJ, Nazri Patut Belasah Najib Lebih Dulu

Posted: 14 Jun 2015 05:41 AM PDT

shahbudindotcom

 



Ketika perbalahan antara Najib Razak dengan Tun Mahathir makin memuncak ketika ini, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Nazri Aziz tampaknya seperti pembela utama dalam mempertahankan kedudukan Perdana Menteri.

Berbanding menteri dan pemimpin UMNO yang lain, beliau semakin kerap muncul di dada media dengan apa saja yang ditanya mengenai serangan terhadap Najib akan dijawabnya dengan lantang, berani dan terus terang - sesuai dengan perwatakan semulajadinya.

Mereka yang mengenali Nazri tahu dan faham benar wataknya. Beliau tidak berpura-pura. Kalau menyokong, dia akan menunjukkan sokongannya tetapi kalau sebaliknya, dia juga akan menunjukkan penentangannya.

Di sisi Najib sekarang, beliaulah yang paling berani menyanggah Tun Mahathir manakala yang lain agak berhati-hati dan masih menyimpan rasa hormat terhadap bekas Perdana Menteri yang banyak berjasa itu.

Ketika era Tun Abdullah dulu, beliau jugalah antara yang paling lantang mempertahankan bekas Perdana Menteri itu daripada serangan Tun Mahathir.

Bagi Nazri, siapa Perdana Menteri itulah bossnya. Tidak lama dulu beliau pernah berkata, dalam dunia politiknya, hanya dua pihak yang perlu dijaganya - Perdana Menteri dan pengundinya di Padang Rengas.

Barangkali itulah antara sebab beliau masih kekal menjadi menteri sejak era Tun Mahathir dulu hinggalah sekarang.

Tidak saja Tun Mahathir yang berseteru dengan Najib sering dilawannya, bahkan Tuanku Mahkota Johor  atau TMJ yang baru-baru ini mengkritik Perdana Menteri kerana tidak hadir dalam forum Nothing To Hide, turut menjadi sasarannya.

Nazri memberi ingatan kepada TMJ agar tidak mencampuri urusan politik negara berikutan kedudukannya sebagai bakal raja akan mencemarkan kedudukannya.

"Saya rasa beliau harus menjauhkan diri daripada politik, jika tidak, beliau juga akan dapat benda yang sama. Kita akan belasah dia.

"Kalau dia mula mengulas mengenai politik dan kita belasah balik, maka dia jangan marah," kata Nazri mengingatkan.

Tindakan Nazri ini bagaimanapun mengundang polemik yang pantas di media sosial. Sementara ada yang bersetuju dan menyatakan kebenaran terhadap kata-kata Nazri itu, ramai juga mengatakan beliau kelihatan agak biadap dengan keluarga diraja Johor itu lantaran berani memberi ingatan sedemikian rupa.

Sebahagian pula mengatakan kerabat Johor ada hak menegur dan mengingatkan pemimpin UMNO kerana parti itu sendiri ditubuhkan di Istana Johor.

Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir juga bersetuju bahawa TMJ ada hak memberi teguran dan pandangan, kecuali ada undang-undang yang melarang daripada berbuat demikian.

Dalam hal ini, Nazri juga perlu diingatkan bahawa penglibatan Raja, Sultan atau keluarga diraja dalam politik bukanlah perkara asing sebenarnya. Selain ada Sultan di negeri tertentu yang memberi teguran atau sokongan terbuka kepada pemimpin kerajaan, Najib sendiri pernah menghebohkan sokongan Sultan terhadapnya.

Pada 23 Mei lalu, dalam usahanya meyakinkan rakyat bahawa kepimpinannya masih diyakini berikutan kritikan serta desakan meletakkan jawatan oleh Tun Mahathir, Najib secara terbuka mengatakan Sultan Pahang menyokong dan mahukannya terus kekal sebagai Perdana Menteri.

Kenyataan ini bukan saja turut dilihat sebagai campurtangan istana dalam politik, bahkan yang lebih buruk dan memalukan ialah tindakan Najib sendiri memperalat, menjaja dan menghebahkan sokongan Sultan Pahang terhadapnya.

Secara langsung dan penuh sedar, ia menunjukkan Najib sendiri yang mengheret nama Sultan dan istana demi keuntungan politiknya.

Sebelum mahu memberi ingatan kepada TMJ, Nazri sepatutnya membelasah perbuatan Najib itu terlebih dahulu. 

Oppsss...berani ke melawan boss?

Jokowi arah turun bayaran tol

Posted: 14 Jun 2015 05:38 AM PDT

SINAR HARIAN


Joko Widodo Jokowi
 

JAKARTA - INDONESIA. Bagi meringankan beban pengguna lebuh raya di Indonesia sempena sambutan Aidilfitri ini, Presidennya Joko Widodo mengeluarkan arahan supaya bayaran tol lebuh raya negara itu dikurangkan.

Memetik laporan Merdeka.com, bayaran itu mungkin dikurangkan 10 hari sebelum dan lima hari selepas hari lebaran itu nanti.

"Penurunan bayaran tol sebanyak diturunkan sebanyak 25 peratus hingga 35 peratus," kata Jokowi selepas mempegerusikan mesyuarat kabinetnya di Jakarta semalam.

Jokowi  berkata, penurunan itu dibuat kerana untuk meringankan beban pengguna, membahagikan kegembiraan dan bagi membantu pengguna menyalurkan duit itu untuk kegunaan lebaran.

Dalam masa yang sama Jokowi juga mengarahkan Menteri Badan Usaha Milik Negara (BUMN) Rini Soemarno dan Menteri Pekerjaan Umum dan Perumahan Rakyat (PUPR) Basuki Hadimoeljono untuk menghapuskan bayaran  tol di jambatan Surabaya Madura (Suramadu).

"Hal ini akan dilaksanakan mulai 13 Jun 2015," katanya.


Mengapa Samad Said terlepas ke pangkuan DAP?

Posted: 14 Jun 2015 05:30 AM PDT

MSO

 
Saya berkereta kira-kira lebih 300 km dari Kuala Lumpur ke Gua Musang semalam bukan untuk menyaksikan pengistyharan Sasterawan Negara A Samad Said menyertai DAP, tetapi untuk melihat satu upacara penyerahana 70 buah rumah mangsa banjir yang dibina dan dibaiki pulihkan oleh Gerak Impian Kelantan (GIK), Cakna UT dan DAP


Pak Samad menerima kad keahlian DAP daripada Kit Siang.
Tetapi tidak sangka pula, dicelah majlis itu berlangsung satu majlis ringkas lain yang penuh bersejarah dan sedikit mengejutkan, pengistyharan SN A Samad Said sebagai ahli DAP.

Terus terang saya nyatakan sebagai sorang Melayu yang tebal juga dengan semangat nasionalis, tidak begitu baik bagi saya untuk menyaksikan majlis pengistyharan Pak Samad sebagai ahli DAP itu. Walaupun peristiwa itu ada signifikan, tetapi sebak juga untuk menyaksikanya. Tersisih dan terkilan juga jiwa.

Kalau mengikut aluran dan denai pemikiran saya, Pak Samad tidak perlu menyertai DAP, cukup dia berdiri di atas panggung kesenimanannya sahaja. Panggung kesenimanannya itu sudah cukup gah dan kuat baginya untuk melaungkan suara menghentak jiwa rakyat. Panggung itu juga, yang menjadikan Pak Samad milik Pakatan Rakyat, atau rakyat amnya, menjadikan dia dilihat sebagai seorang wira tanpa ada dicap dengan ideologi politik. Kini apabila di bajunya sudah ada lencana dan cogan "Roket" maka ia tidak lagi dapat dirasai dirinya sebagai hak rakyat sebebasnya.

Dinsman, Kassim hadir merai Pak Samad.
Apabila Pak Samad menyertai parti politik, ia sedikit sebanyak menyemarkan perjuangan siasahnya yang dilihat lebih bersih dan terhormat sebelum ini. Penyertaan itu apa lagi akan dilontar dengan pelbagai persepsi yang sangat memerlukan kekuatan jiwa bagi menghadapinya. Tidak mustahil akan ada coretan liar mengatakan Pak Samad sebagai "kafir" selepas ini. Permainan politik di negara kita semakin nakal.

Tetapi pemilihan itu adalah hak Pak Samad sebagai seorang warga demokrasi negara ini. Maka tiada sesiapa boleh menghalangnya. Pilihannya adalah muktamad dan selesai kandatipun ia sedikit mengejutkan kita semua.

Ketibaan Pak Samad disambut Wan Rahim dan Sobree. 
Penyertaan Pak Samad itu tentulah mengecewakan dan memedihkan hati nasionalis tegar (Umno) di negara ini. Mereka yang makan, tidur dan berharap akan mati dengan Umno akan marah besar kepada Pak Samad. Atau setidak-tidaknya mereka rasa terkilan kenapa Pak Samad memilih parti Cina, bukan parti Melayu seperti Pas atau parti multi racial seperti PKR?

Dalam perjalanan semalam itu saya sudah membaca berita mengenai Pak Samad akan menyertai DAP dan pengumuman kemasukannya akan dilakukan di Kelantan. Mulanya saya mengira ia sebagai gimik sahaja, tetapi beberapa jurus selepas itu, ia dapat disahkan berita bahawa benar Pak Samad sudah mulai masuk ke daerah politik bertanda.

Justeru, pengistyharan Pak Samad sebagai ahli DAP, menjadi berita besar yang ditunggu-tunggu dan sekakaligus melenyakkan peristiwa utama itu, yakni penyerahan rumah-rumah kepada mangsa banjir di destinasi dituju saya itu, di Kampung Pasir Tumbuh, Gua Musang. Saya rasa kalau bukan kerana adanya peristiwa penting itu, para media tidak berapa ramai. Pun begitu juga dua rakan saya sdr Dinsman dan Kassim Muhamad dari Paksi tidak akan turun ke kampung itu. Khabarnya mereka berkereta menuju ke kampung itu sebaik sahaja selesai satu acara rutin bulanan di Gombak, jam 1:00 pagi.

Mereka juga terkejut dan berminat untuk mendengar dari mulut Pak Samad sendiri kenapa beliau memilih Roket, tidak bulan atau Mata sehingga membawa mereka ke perkampungan itu.

Deklarasi Pak Samad menyertai DAP semalam, dibuat leh Pensihat DAP, Lim Kit Siang tepat jam 12:45 minit tengah hari. Lim Kit Siang menganggap Pak Samad adalah wira baru yang berjuang untuk rakyat bersamanya. "Pak Samad adalah wira Impian Rakyat Kelantan dan Wira Rakyat Malaysia," begitulah nobat Lim Kit Siang disambut dengan tepukan bergemuruh terutamanya dari kalangan pemimpin DAP, Ketua Pemudanya Anthony Loke, ahli Parlimen Seputih Teresa Kok, bekas Spekaer Dun Kelantan, Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, Mohd Sobree Shafii dan lain-lain.

Sebagai simboliknya kad keahlian DAP berwarna merah disampaikan kepada Pak Samad dan dengan itu rasmilah Pak Samad menjadi ahli kepada sebuah parti demokrasi sosialis. Sebenarnya tidak ada siapa boleh menghalang dan melarang tindakan Pak Samad untuk berada jauh ke dalam sebuah parti politik. Ia adalah pilihan dan kehendaknya sendiri dipercayai dibuat dengan penuh inasf.

Pak Samad sebelum ini sudah dilihat, seakan tidak percaya kepada kuasa pena dapat membetulkan keterpesongan penguasa demi rakyat, atau pun pena tidak cukup kuat dan berkesan untuk memperjuangkan membela rakyat tanpa disertai sendiri dengan batang tubuh.

Beberapa kali dia sudah menggerak dan menyindir para seniman, penulis, penyair, budayawan, agar ikut sama menerjunkan diri dalam politik, turun ke lapangan, membela rakyat, dan menginsafi bahawa kesangsaraan rakyat yang dihimpit penguasa bukan sahaja perlu ditulis, tetapi ditindak dengan fizikal.

Atas kesedaran itu apabila diajukan pertanyan kenapa, Pak Samad yang sudah gah sebagai seniman rakyat mengambil keputusan bersama DAP. "Seniman bukan sahaja setakat menulis tetapi perlu melakukan lebih daripada itu," begitulah katajawab Pak Samad apabila diajukan Dinsman.

Dalam diam saya termengelamun jauh mengenangkan peristiwa kemasukan Pak Samad ke dalam DAP itu. Timbul persoalan dalam diri saya, kenapa Pak Samad memilih DAP dan tidak parti rakan-rakan DAP yang lain, Pas dan PKR yang dilihat lebih sesuai dan afdal baginya. Walhal Pak Samad dilihat akrab dengan semua ketiga buah parti itu, dan kehampirannya dilihat sangat kepada Pas. Kenapa tidak beliau memilih Pas? Atau pun Pak Samad selama ini tidak terfikir untuk memasuki dunia siasah jauh dari itu?

Fikiran nakal saya mengira (mungkin silap), apa yang mendorong Pak Samad mencari DAP ialah mungkin disebabkan senario yang berlaku dalam Pas kini. Saya bertanya perkara itu kepada Pak Samad, tetapi jawaban setepat yang saya ingini dan sangkal dan Pak Samad mengelak. Katanya, bukan sebab itu, (pergolakan dalam Pas), tetapi dia memilih DAP kerana parti itu ada landasan jelas dan mengenali dan berkawan lama dengan Lim Kit Siang.

Saya faham, tetapi saya tetap mengatakan, Pak Samad menjadi risau dan resah akhirnya mengambil keputusan menimbulkan persoalan itu, tentu ekoran perkembangan dalam Pas. Kekalahan atau tepatnya pembuangan (ethnic cleansing) semua golongan Prolib dalam Pas menerusi muktamar baru lalu, (dan juga perlantikan) pasti mengecewakan Pak Samad. Sebagai manusia berjiwa halus, kekecewaan itu tidak disebut tetapi diprotes dengan tindakan fizikal secara terhormat. Makanya sebagai protes beliau harus melakukan satu tindakan yang kontradik dengan kehendak umum orang Melayu, iaitu menyertai DAP.

Pilihan dibuat Pak Samad itu, meskipun ia masih bersam rakyat menggalas sama perjuangan Pas, tetapi ia satu kerugian besar kepada parti monopoli ad Din itu. Ia menunjukkan Pas gagal untuk menarik perhatian Pak Samad agar berada dalam pangkuannya. Model Islam yang dijadikan kosmetik kepada perjuangan Pas gagal untuk menarik perhatian Pak Samad. Laungan azan oleh Pas tidak menyelinap ke dalam sanubari Pak Samad. Pak Samad mungkin tidak terpesona dengan kosmetik tiruan yang tiada haruman.

Dan apabila Pak Samad berjaya dirampas oleh DAP, ertinya diplomasi DAP mengatasi apa yang ada dalam Pas maupun PKR. Ternyata seni perjuangan politik yang dipamerkan DAP lebih menarik minat Pak Samad.

Iya, bagi seniman sepertinya memerlukan sesuatu yang jelas, jilah dan benar. Kepura-puraan dan munafik akan ditolak dan dilawan semahunya. Jiwa senimannya tidak membenarkan itu berlaku kerana ia bertentangan dengan naluri semula jadinya. Bagi Pak Samad dia nampak akan keikhlasan dan kesungguhan DAP dalam berjuang demi rakyat. Tidak mustahil kalau Pak Samad tidak menyelami motif di sebalik keikhlasan DAP itu, tetapi mungkin dia mengira DAP lebih wajar berbanding dengan Pas yang lebih beretorik.

Tengok sahaja penyertaan DAP dalam misi kemanusiaan membantu mangsa banjir di Kelantan itu. Penyertaan itu walaupun ia ada motif politik, tetapi sikap dan sifat kemanusiaan DAP lebih melata berbanding dengan parti-parti lain. Contohnya kehebatan DAP dalam hal ini ialah, mengambil tanggungjawab memulihkan perkampungan yang dibaham banjir di kampung Pasir Puteh itu.

Jika hendak dikira, untuk apa DAP menjenguk kampung dilanda banjir yang berada di pedalaman. DAP sebuah parti yang bergerak di bandar dan ibu kota dimana pengikutnya majoritit orang Cina, berfahaman sosialis, tidak sepatutnya menyibuk hingga sampai ke kampung pedalaman. Apa lagi kampung yang disinggahi itu kampung tradisional Melayu yang utuh beragama. Idealogi DAP kalau hendak dijual di kampung berkenaan mungkin akan ditolak mentah-mentah kerana mereka rata-rata orang Melayu beragama Islam.

Tetapi tidak begitu dalam perkiraan dan sihir politik DAP. Baginya sebagai sebuah parti politik mempunyai tanggungjawab sosial yang besar. DAP mahu menunjukkan dia bingkas dalam segenap masalah rakyat tanpa dibatasi sempadan agama, bangsa dan geografi. Dalam masa sama ia mahu memperluaskan daerah pengaruh dan penglibatan dalam berkebajikan kepada rakyat.

Motto Negara Berkebajikan yang dijual rakyat telah dibeli tunai oleh DAP menerusi projek membangun kampung yang dilanda banjir itu.

Bagi saya kesudian DAP itu bukan sahaja atas misi kemanusiaan, tetapi ia tetap sama mengedung hasrat besar parti berkenaan untuk menjadi wadah bukan sahaja kepada orang bandar, orang Cina, tetapi menjadi satu landasan kepada orang Melayu luar bandar. Nah, disinilah kepintaran DAP dalam merancang memperhebatkan perjuangan mereka. Mungkin atas kehebatan dan keluasan sempadan perjuangan inilah menarik orang seperti Pak Samad untuk bersama dengannya secara langsung.

Justeru apabila DAP mendapat Pak Samad, tepatlah gelaran yang diberikan oleh Lim Kit Siang itu Pak Samad akan menjadi wira impian rakyat. Secara tidak langsung Pak Samad akan menjadi piala tarikan baru kepada rakyat untuk memperhebatkan DAP. Semoga sahaja Pak Samad bisa menghaluskan jiwa DAP seperti jiwanya.

Dalam lamunan itu, selain daripada Pas perlu bersa malu dan kerugian dengan pemilihan wadah Pak Samad itu, Pas juga tercabar dengan tindakan Pak Samad itu. Pas gagal untuk memberi pencerahan mengenai landasan perjuangannya sebagai parti ad Din. Apabila Pak Samad mengakui landasan DAP jelas, maka landasan perjuangan parti lain khasnya Pas adalah kabur. Ini bertentangan dengan prinsip dan konsep Islam itu sendiri sebagai pencerah dan rahmatan lialamin.

Mungkin untuk menafikan rasa kekecewaan atas ketidaksediaan Pak Samad untuk bersama Pas itu, menyebabkan ada orang Pas akan meniru sikap musang yang tidak mendapat anggur, dengan mengatakan Pak Samad bukan aset lagi, tetapi seniman tua yang sudah ketandusan ilham. Pendapat itu samalah dengan pendapat kecewa si musang yang tidak mendapat anggur kerana tidak cukup kuasa mendapatkannya dengan menafikan kelemahan itu untuk mengulik hati mengatakan anggur itu masam. Mungkin akan kedengaran, tetapi kita berharap ia tidak akan dilakukan

Malaysia perlu tegas bagi tekanan kepada Myanmar

Posted: 14 Jun 2015 05:07 AM PDT

SINAR HARIAN


Tun Dr Mahathir Mohamad
 
 

ALOR SETAR - Malaysia perlu tegas memberi tekanan kepada‎ Myanmar untuk menangani isu pemerdagangan manusia dan kemasukan pendatang etnik Rohingya ke negara ini, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, Malaysia sebagai Pengerusi Asean seharusnya membawa isu ini ke peringkat Asean kerana ia merupakan masalah yang perlu diselesaikan sendiri oleh Myanmar dan bagi mengelakkan negara anggota Asean yang lain terheret sama dengan isu itu.

"Kita (Malaysia dan Asean) hanya mampu memberikan bantuan sementara kepada pelarian Rohingya ini dan selepas itu mereka perlu dihantar balik semula ke negara mereka kerana jika tidak, ia akan menimbulkan masalah kepada negara Asean.

"Kalau dia (Myanmar) buat macam ini, timbul masalah kepada negara Asean yang lain. Ini dia (Myanmar) punya masalah, tak bolehlah bunuh orang sendiri," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Baru-baru ini, Dr Mahathir berkata Myanmar patut keluar daripada Asean‎ sekiranya negara itu terus menerus bertindak kejam terhadap pelarian Rohingya yang disifatkannya melanggar hak asasi manusia.

Beliau berkata, Malaysia sebagai Pengerusi Asean hanya dapat memberi bantuan setakat yang mampu tetapi masyarakat antarabangsa perlu turut sama memikul beban secara bersama dalam hal ini dengan menghulurkan bantuan sewajarnya.

"Sekiranya semua negara Asean bersepakat, kata putus mampu dicapai untuk menangani isu ini," katanya.

Terdahulu, Dr Mahathir dalam program sembang bersama pelajar Kolej Sultan Abdul Hamid di sini, berkata bahasa Inggeris perlu dikuasai oleh semua pelajar  sekolah mahupun institut pengajian tinggi memandangkan ia membolehkan negara ini setanding dengan negara maju.


Beliau memberi contoh iaitu ketika menjadi perdana menteri, beliau telah memperkenalkan bahasa Inggeris digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran subjek Matematik dan Sains di sekolah.

"Malah (ilmu matematik dan sains) sentiasa berubah setiap masa berbanding subjek Sejarah yang kekal sebagai fakta. Pada masa sama kita juga mahu memperkenalkan kebudayaan dan bahasa kita (bahasa Malaysia) kepada dunia, tapi penekanan harus diberikan terhadap penguasaan bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian," katanya. - Bernama


Mahfuz: Saya masih tunggu surat lantikan

Posted: 14 Jun 2015 05:05 AM PDT


 
 
SHAH ALAM – "Kita tunggu surat lantikan tersebut dahulu, lepas itu baru boleh komen," kata bekas Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar.

Mengakui menunggu surat lantikan tersebut, Mahfuz berkata, beliau sekarang masih meneruskan perjuangan Pas sebagai seorang ahli Parlimen.

"Buat masa ini saya tidak mahu komen apa-apa, saya tidak tahu apa-apa.

"Saya masih Ahli Parlimen Pokok Sena sehingga ke Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. Khidmat saya terhadap Pas akan diteruskan menerusi saluran tersebut," tegasnya ketika dihubungi Sinar Online hari ini.

Menurut beliau lagi, sehingga kini, pihak Pas Pusat masih belum menghubunginya untuk apa-apa makluman.

"Setakat ini tidak ada apa-apa lagi. Mereka pun masih tak (tidak) hubungi saya," katanya lagi.

Pas pada mesyuarat pertama Jawatankuasa Pusat Pas di Pejabat Pas Pusat Jalan Raja Laut di Kuala Lumpur, 10 Jun lalu mengesahkan akan  melantik beberapa pemimpin Pas bagi mengisi jawatan dalam lantikan lajnah dan jawatankuasa tambahan yang diperuntukkan dalam Pas.

Pelantikan tersebut akan diumum pada 21 Jun lepas.


'Saya sedih dengan berita kehilangan itu'

Posted: 14 Jun 2015 05:03 AM PDT

Najib Tun Razak Najib Tun Razak
 
 
SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak hari ini menzahirkan perasaan sedih beliau terhadap berita kehilangan sebuah kapal tangki petrol milik rakyat Malaysia.

Najib berkata, kerajaan akan menggunakan segala keringat dan bantuan yang diperlukan bagi menyelamat mereka.

"Saya sedih dengan berita rampasan sebuah kapal tangki milik rakyat Malaysia. Saya berdoa untuk keselamatan 22 anak-anak kapal di mana 16 daripadanya adalah rakyat Malaysia. Fikiran saya dengan keluarga mereka.

"Kerajaan akan memberi segala bantuan yang diperlukan," tulisnya di laman Twitternya hari ini.

Terdahulu laporan menyebut sebuah kapal tangki  membawa petrol  milik rakyat Malaysia dilaporkan hilang di kedudukan 30 batu nautika timur Tanjung Sedili, Kota Tinggi pada Khamis lalu.

Laporan terbaharu menyebut bahawa operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan dan ia diteruskan pagi ini meliputi kawasan pencarian seluas 20,000 kilometer persegi.

Pengarah Operasi Wilayah Maritim Selatan, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Laksamana Pertama Maritim Ibrahim Mohamad berkata, kawasan pencarian melibatkan Tanjung Penawar hingga ke Mersing seterusnya melangkaui sempadan perairan Malaysia dan negara jiran.

"Kapal MT ORKIM HARMONY sejenis kapal tangki yang berdaftar di Malaysia itu membawa muatan petrol RON95 anggaran 6,000 tan metrik dalam pelayaran dari Melaka ke Pelabuhan Kuantan.


"Laporan kehilangan kapal telah dibuat oleh syarikat kapal tersebut Orkim Ship Management Sdn Bhd pada pukul 6.30 pagi 12 Jun lepas," katanya dalam satu kenyataan,.

Katanya terdapat 22 kru berumur antara 20 hingga 64 tahun dalam kapal itu terdiri daripada 16 warganegara Malaysia, lima warganegara Indonesia dan seorang warganegara Myanmar.

Ibrahim berkata, pihaknya turut memanjangkan maklumat berkenaan kepada pihak berkuasa Singapura iaitu Singapore Police Coast Guard (SPCG) dan juga pihak berkuasa Indonesia Badan SAR Nasional (BASARNAS) serta Badan Keamanan Laut Republik Indonesia (BAKAMLARI).


Puas hati penjelasan Najib, kata Noh

Posted: 14 Jun 2015 04:29 AM PDT




Noh Omar  
Noh Omar



KUALA LUMPUR - Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar mengakui berpuas hati dengan penjelasan Perdana Menteri berhubung kemelut isu semasa yang berlaku dalam negara masa kini.

Menurutnya, isu-isu semasa yang dijadikan kemelut dalam negara hanya diputarbelitkan oleh pihak tertentu sebelum ini.

"(Datuk Seri) Najib (Tun Razak) sudah jawab dengan cukup jelas hari ini. Insya-ALLAH apa yang diterangkan kepada kami akan disampaikan kepada masyarakat.

"... Saya ‎memang dari dulu puas hati," selorohnya ketika ditanya penerimaan beliau terhadap penjelasan Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap konflik isu semasa yang berlaku dalam negara.

Bercakap kepada pemberita sebaik sahaja berakhirnya program tersebut, beliau berkata, Najib selaku Pengerusi Umno memberikan penjelasan berhubung isu-isu yang biasa dimainkan parti politik pembangkang.

"Ia hanya penjelasan terhadap perkara-perkara biasa dalam Parlimen," katanya lagi.

Najib hari ini menemui ketua-ketua Umno bahagian menerusi Majlis Penerangan Perdana di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) untuk memberi penjelasan berhubung isu-isu semasa seperti 1Malaysia Development Berhad, Rancangan Malaysia ke-11 dan lain-lain.

Megat Zulkarnain: Menanglah cara 'jantan'

Posted: 14 Jun 2015 04:25 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


"Jika nak menang, menanglah tetapi mesti cara 'jantan' dan bermaruah bukannya dengan cara menipu," luah Setiausaha Agung Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) Datuk Megat Zulkarnain Omardin yang tidak berpuas hati dengan keputusan berat sebelah ketua pengadil di Sukan SEA ke-28.
  
Pesilat negara, Mohd Fauzi Khalid yang beraksi dalam acara Putra Kelas F (70-75kg) gagal mara ke final selepas tewas kepada wakil Singapura, Muhammad Nur Alfian Juma'en 0-5 pada aksi separuh akhir yang berlangsung di Pusat Pameran dan Konvensyen Singapura hari ini.
  
Sebelum perlawanan berakhir, pesilat Malaysia mendahului peserta tuan rumah dengan mata 4-1, namun keputusan rasmi tiba-tiba berubah kepada 5-0 yang memberi kemenangan kepada pesilat Singapura.
  
Megat Zulkarnain berkata Mohd Fauzi mendahului pesilat Singapura dengan mata 4-1 hingga minit terakhir pertarungan, namun keputusan tiba-tiba berubah satu saat sebelum perlawanan tamat.
  
"Pada saat terakhir perlawanan, pesilat negara jatuh apabila ditarik (melalui gerakan tidak sah) dan ketua pengadil perlawanan berbincang dengan wasit (juri) bagi mendapatkan pengesahan dan mereka mengambil masa yang lama untuk membuat keputusan.

"Mengikut peraturan, jatuhan tersebut tidak dikira kerana video ulang tayang jelas menunjukkan bahawa pesilat kita ditarik dan sepatutnya kita menang perlawanan tersebut," katanya kepada pemberita.
  
Megat Zulkarnain berkata beliau telah meminta pengurus pasukan negara, Osman Nok mengemukakan bantahan rasmi, walaupun sudah dapat menjangkakan keputusan yang bakal diterima, kerana mahu mempertahankan hak pesilat negara.
  
"Perkara ini sering berlaku apabila kedudukan 50-50, pasukan tuan rumah akan menggunakan pengaruh mereka untuk meraih kemenangan dan secara kebetulan empat pesilat kita bertemu pesilat Singapura hari ini," katanya.-Bernama


 

Serangan Dr M pada PM didakwa susut nilai ringgit

Posted: 14 Jun 2015 04:23 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan menyalahkan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dengan mendakwa serangannya terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak dikatakan menjadi faktor penyusutan nilai ringgit ketika ini.

Ahmad yang juga MP Pontian minta Dr Mahathir itu menghentikan serangan terhadap perdana menteri kerana ia boleh kesan negatif terhadap ekonomi negara, lapor Utusan Malaysia Online awal pagi ini.

Malah, dalam laporan itu, timbalan menteri kewangan itu turut berkata kesemua 15 perkara yang dibangkitkan sebelum ini telahpun dijawab oleh perdana menteri.

"Seperti mana yang dinyatakan oleh Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Aziz, ekonomi negara masih berada pada asas-asas yang betul berdasarkan pada rizab yang kukuh, ekonomi berkembang de­ngan positif, inflasi terkawal dan kadar pengangguran yang rendah.

"Namun isu serangan yang dilakukan oleh Dr Mahatir ditambah dengan sokongan pihak tertentu turut dikatakan menjadi faktor kepada penyusutan ringgit ketika ini," katanya seperti dilapor oleh portal berita itu.

Laporan itu juga menyebut Ahmad ditanya kesan berterusan jika berlaku penyusutan nilai ringgit, beliau berkata ia akan menyebabkan barangan import mengalami kenaikan harga kerana urus niaga menggunakan dolar Amerika.

"Jika keadaan itu berlaku, keadaan ekonomi negara bertambah sukar, biarpun pada dasarnya ia tidak akan berlaku dengan adanya asas ekonomi yang kukuh, namun dibimbangi perkara itu tidak dapat dielakkan," katanya.

Laporan itu juga menyebut Ahmad menegaskan Najib tidak akan meletak jawatan hanya disebabkan oleh permintaan seorang individu dan akhirnya rakyat akan mengetahui apa yang dilakukan oleh Dr Mahathir tidak membawa sebarang kebaikan dan menjatuhkan imej dan maruah negara.


Azmin elak ulas isu hubungan PAS-DAP

Posted: 14 Jun 2015 04:16 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Menteri Besar Selangor Azmin Ali dilihat mengelak sama ada beliau bersetuju dengan keputusan muktamar PAS yang memutuskan hubungan parti itu dengan DAP.

Bagaimanapun, timbalan presiden PKR itu berkata keputusan yang dibuat dalam persidangan tahun terikat dan muktamad bagi semua parti politik, termasuk muktamar untuk PAS.

"Tetapi keputusan muktamar itu perlu dilaksanakan dalam konteks Pakatan Rakyat.

"Dan ia disebut dalam ucapan dasar Presiden dan diputuskan dalam muktamar," katanya kepada media selepas merasmikan majlis "Hijrah Selangor" di Bestari Jaya tengah hari ini.

MP Gombak dan ADUN Bukit Antarabangsa itu tidak menyatakan pendiriannya berhubung keputusan muktamar PAS walaupun diasak media.

Namun, Azmin membayangkan bahawa keputusan akhir PAS untuk memutuskan DAP, tidak terletak pada Majlis Syura Ulama tetapi muktamar.

Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din yang mengetuai badan tertinggi dalam PAS itu berkata, tiada mesyuarat yang diadakan sejak kepimpinan baru Majlis Syura dinamakan selepas mesyuarat jawatankuasa PAS diadakan minggu lalu.

Sehubungan itu, tiada keputusan rasmi dibuat oleh kepimpinan tertinggi PAS untuk membatalkan kerjasama politik dengan DAP yang terjalin sejak tujuh tahun lalu.


'Rakyat tertekan, k'jaan gamak bincang naik tol'

Posted: 14 Jun 2015 04:14 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


PAS membidas tindakan kerajaan yang "tergamak" berbincang mengenai cadangan untuk menaikkan kadar tol ketika rakyat tertekan dengan kenaikan kos sara hidup dan harga minyak di samping kesesakan di lebuh raya.

Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata kerajaan tidak wajar membincangkan cadangan itu sedangkan umum mengetahui syarikat konsesi mendapat keuntungan setiap tahun.

Menurutnya lagi, pada asalnya rakyat membayar tol bukan sekadar untuk menggunakan lebuh raya sahaja, tetapi juga untuk menjimatkan masa dan minyak kereta.

"Persoalannya, jikalau semua kebaikan menggunakan lebuh raya kini sudah semakin hilang nilai tambahnya, wajarkah harga tol terus dinaikkan?" soalnya dalam kenyataanya hari ini.

"Kerajaan sepatutnya membincangkan apakah caranya untuk memaksa syarikat konsesi tol untuk menurunkan harga memandangkan jumlah kereta semakin bertambah dan jalan lebuhraya yang sering sesak," katanya lagi.

Beliau mengulas kebocoran maklumat mengenai cadangan kenaikan kadar tol lebuh raya yang ditegaskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa ia masih belum dimuktamadkan oleh kabinet dan beliau menyifatkan pihak yang membocornya sebagai 'pengkhianat'.

Dilaporkan sumber memberitahu Malaysiakini, majoriti anggota kabinet bersetuju menaikkan kadar bayaran tol untuk 16 lebuh raya antara 20 sen hingga RM1 mulai Ogos ini. Bagaimanapun jurucakap pemegang konsesi lebuh raya tidak tahu menahu mengenai perkara itu. 

Bagi mereasliasasi cadangannya itu, Tuan Ibrahim menggesa kerajaan  mendedahkan semua perjanjian lebuhraya dengan syarikat konsesi tol yang berada bawah OSA.

"Kerajaan perlu menyemak kembali semua perjanjian konsesi serta cadangan kenaikan tarif tol memandangkan syarikat konsesi gagal menunaikan tanggungjawab menyediakan kemudahan dan keselesaan kepada pengguna tol.

"Setiap kali perayaan atau cuti panjang, tol adalah punca utama kesesakan dan ia sangat membebankan pengguna, di samping kerosakan permukaan jalan hampir sepanjang masa," katanya. 


Nazri gembira Dr M kini sokong kebebasan bersuara

Posted: 14 Jun 2015 04:13 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz berkata beliau berasa gembira dengan mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang membuat pusingan 'U' berkaitan kebebasan bersuara yang menjadi hak rakyat Malaysia.

"Saya berasa gembira sebab sejak akhir-akhir ini dia (Mahathir) dah pandai bercakap pasal kebebasan bersuara. Sebab masa dia jadi PM dulu dia langsung tak kisahkan kebebasan bersuara ni," katanya kepada Malaysiakini.

Mengulas mengenai Dr Mahathir yang mempertahan Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang memberi pandangan mengenai ketidakhadiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam dialog berkaitan 1MDB, Nazri berkata raja tidak boleh terlibat dalam politik kerana Malaysia berpegang teguh kepada sistem raja perlembagaan yang meletakkan raja di atas politik.

"Ini adalah konvensyen negara yang amalkan sistem ini. Oleh itu raja tak boleh terlibat politik," katanya.

Semalam, Dr Mahathir mengulas kenyataan Nazri terhadap Tunku Ismail supaya tidak terlibat dengan politik, berkata tengku mahkota itu mempunyai hak yang sama untuk bersuara kepada sesiapa shaja mengikut undang-undang.

Tengku Mahkota itu berkata rakyat tidak sepatutnya dipersalahkan kerana hlang keyakinan dan kepercayaan kepada Najib selepas beliau gagal hadir dalam forum 'Nothing2Hide' pada 5 Jun.


Nazri: Pak Samad tunjuk DAP tak chauvinis

Posted: 14 Jun 2015 04:03 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Penyertaan Sasterawan Negara Datuk A Samad Said ke dalam DAP dilihat secara positif oleh seorang menteri Umno yang menyifatkan ia sebagai petanda bahawa Malaysia sedang memecahkan tembok perkauman.

"Ini adalah satu perkara yang baik," kata Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Ketika mengumumkan penyertaan bekas pengerusi bersama BERSIH ke dalam parti itu, DAP pula menyifatkan tokoh tersebut sebagai "perwira ubah".

Lebih dikenali sebagai Pak Samad, beliau memenangi Anugerah Penulis  Asia Tenggara yang berprestij pada 1978 dan telah dianugerahkan gelaran sasterawan negara pada 1986.

"Demokrasi Malaysia telah maju begitu banyak, ia seolah-olah (warna) kulit tidak penting lagi. Ia adalah semua tentang ideologi sekarang," menteri kabinet kanan kepada Malaysiakini dalam wawancara eksklusif semalam.


Sembunyi kenaikan tol satu pengkhianatan, kata PKR

Posted: 13 Jun 2015 04:55 PM PDT


 
 
SHAH ALAM - Tindakan kerajaan yang didakwa cuba menyembunyikan kenaikan tol daripada pengetahuan umum dianggap sebagai satu pengkhianatan kepada kepercayaan rakyat.

Demikian kata Pengarah Strategi PKR, Sim Tze Tzin sambil menemplak kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengatakan pihak yang membocorkan maklumat itu pula sebagai pengkhianat sedangkan kerajaan perlu telus dalam semua dasar dan polisi.

"Pihak kerajaan sudah mengkhianati rakyat kerana menyembunyikan kontrak konsesi tol selama ini. Sehingga kini tiada sesiapa yang mengetahui kontrak-kontrak konsesi tol dan semua diletakkan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

"Syarat-syarat kontrak tol amat memihak kepada syarikat-syarikat tol yang kebanyakkan kroni Umno-BN. Ini menyebabkan rakyat tertekan dengan kenaikan tol yang berulang-ulang setiap dua tahun," katanya dalam satu keyataan, hari ini.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, isu kenaikan kadar baharu tol hanya akan dibincangkan dalam mesyuarat kabinet dalam beberapa minggu akan datang.

Beliau menegaskan, apa juga kebocoran maklumat yang keluar dari Kabinet masih belum dimuktamadkan.

[ARTIKEL BERKAITAN: Kadar tol ditentukan dalam mesyuarat akan datang]

Dalam pada itu, beliau selaku Ahli Parlimen Bayan juga berkata kadar kenaikan tol didakwa mungkin berlaku pada beberapa konsesi tol dan sebahagiannya pula akan dibayar pampasan dengan menggunakan kutipan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

"Saya juga menjangkakan, jika kerajaan ingin menghentikan segala kenaikan tol kerana takut kepada kemarahan rakyat, kerajaan akan terpaksa menggunakan kutipan GST untuk membayar syarikat tol.

"Jika kerajaan ingin menggunakan wang GST untuk membayar syarikat tol, mereka harus "declassified" kontrak konsesi. Biar rakyat tahu wang GST yang mereka bayar digunakan di mana dan bagaimana. Pembayar GST menuntut ketelusan dan akauntabiliti dalam penggunaan wang cukai GST," katanya lagi.


IS: Polis tahan 108 individu

Posted: 13 Jun 2015 04:52 PM PDT

SINAR HARIAN


Ahmad Zahid Hamidi Ahmad Zahid Hamidi
 
 
BAGAN DATOH - Sehingga semalam, polis menahan 108 individu yang mempunyai elemen penglibatan dalam kegiatan militan Negara Islam (IS), kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata daripada jumlah itu, enam individu telahpun didakwa manakala selebihnya masih dalam siasatan polis.

"Ada antara mereka yang pulang dari Syria dan Iraq...telah ditahan oleh polis," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Internet 1Malaysia di Kampung Simpang Empat, Rungkup di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawantankuasa Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia Negeri Perak Datuk Shahrul Zaman Yahya.

Ahmad Zahid berkata sehingga kini, sejumlah 66 individu dari Malaysia dilapor berada di Syria dan Iraq.

"Mungkin jumlahnya lebih besar...apa yang kita peroleh setakat ini hasil daripada maklumat risikan," katanya.

Mengulas hasil lawatan rasmi beliau ke Australia ketika menghadiri 'Sidang Kemuncak Serantau bagi Menangani Ekstremisme Ganas: Cabaran Propaganda Pengganas', Ahmad Zahid berkata kerajaan Australia mengambil kira pandangan Malaysia.

"Ini adalah disebabkan komitmen kerajaan Malaysia yang serius menangani hal berkaitan keganasan yang bukan sahaja menggunakan undang-undang sedia ada serta meminda undang-undang lama selain menggubal undang-undang baharu," katanya.

Beliau berkata Australia juga memuji usaha Malaysia menangani keganasan melalui Akta Pencegahan Keganasan (POTA) dan Langkah-Langkah Khas Menentang Keganasan di Luar Negara 2015 (SMATA) yang diluluskan Parlimen baru-baru ini.

Sidang kemuncak itu menghimpunkan pihak berkepentingan termasuk kerajaan-kerajaan, masyarakat sivil dan industri di rantau ini bagi membina kapasiti untuk menangani ancaman kumpulan ekstremis ganas.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata istilah 'jihadis' yang diguna media Barat bagi merujuk kepada militan IS perlu diperbetul.

Beliau berkata istilah itu tidak tepat kerana militan IS adalah pengganas sedangkan 'jihadis' merujuk kepada pejuang jihad.

"Majlis Fatwa Kebangsaan telahpun mengeluarkan fatwa mengharamkan penglibatan orang Islam dalam militan IS," katanya. - Bernama

Pemain T-Team meninggal dunia, rebah dalam padang

Posted: 13 Jun 2015 04:51 PM PDT

Pemain import T-Team meninggal dunia, rebah dalam padang David Oniya diberikan rawatan selepas rebah tiba-tiba, sebelum dikejarkan ke HRPZ II. - Foto: T-TEAM FC
 
 
PEMAIN import T-Team, Faramola David Aniya meninggal dunia ketika beraksi pada perlawanan persahabatan menentang Kelantan di Stadium Sultan Muhammad IV, malam ini.

Aniya tiba-tiba rebah di atas padang ketika permainan baharu memasuki minit ketiga dan dihantar serta-merta oleh pasukan paramedik ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).

Ketua Pegawai Operasi T-Team, Mohd Syahrizan Mohd Zain berkata, pemain import Nigeria disahkan meninggal setelah mendapat rawatan kecemasan di hospital berkenaan.

Menurutnya, pihak pengurusan T-Team terkejut dengan kematian David Aniya memandangkan pemain berada dalam keadaan sihat meskipun memakai topeng pada perlawanan itu.

"Kami menerima berita kematiannya pada jam 10.05 malam daripada penolong jurulatih, Azhari Salim yang mengiringi pemain berkenaan ke hospital.

"Ini merupakan perlawanan persahabatan pertama untuk pasukan T-Team dan doktor juga memberi kebenaran kepada Aniya bermain walaupun dia sudah menjalani pembedahan pipi dua kali sebelum ini," katanya kepada pemberita di Kota Bharu.

Tambahnya, David Aniya merupakan seorang pemain yang bagus dan mempunyai karakter sebagai pembimbing kepada rakan-rakan sepasukannya.

"Dia dikatakan mempunyai masalah komplikasi jantung namun kita tak boleh sahkan lagi sehingga bedah siasat dilakukan," katanya.

Pengadil perlawanan, Ku Alauddin Ku Mohamad menghentikan permainan pada minit ke-60 selepas mendapat berita kematian pemain tersebut.

Sementara itu, Timbalan Ketua polis Daerah Kota Bharu, Superintendan Setapa Yusoff mengesahkan menerima laporan kejadian.

Sekarang Bukan Masa Sesuai Naikkan Kadar Tol

Posted: 13 Jun 2015 04:43 PM PDT

MSTAR ONLINE


 
 
 
PUTRAJAYA: Tolong jangan bebankan kami lagi dengan kenaikan kadar tol, kata orang ramai dan syarikat pengangkutan.

Orang ramai yang ditemui berkata, mereka sukar untuk menampung kos peningkatan harga makanan yang semakin meningkat dan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) serta tidak mampu untuk menghadapi kenaikan baharu.

Pengendali lori dan bas berkata, kenaikan kadar tol akan meningkatkan lagi kos operasi yang sedang dihadapi mereka pada ketika ini.

Satu mesyuarat Kabinet membincangkan kenaikan kadar tol sehingga 30 peratus pada tahun ini.

Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) tidak akan terjejas.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata keputusan mengenai kenaikan tol masih belum dimuktamadkan.

Butiran akan dikeluarkan dalam tempoh beberapa minggu akan datang, katanya selepas mempengerusikan Majlis Tertinggi Barisan Nasional (BN) malam Jumaat.

Beberapa menteri pada mesyuarat Kabinet turut menentang kenaikan tersebut.

"Mereka merasakan bahawa sekarang bukan masa terbaik untuk menaikkan kadar tol apabila harga lain turut meningkat baru-baru ini," kata sumber.

Tiada keputusan telah dibuat dan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof mengeluarkan kenyataan berkata, kementerian tersebut akan mengadakan 'perbincangan lanjut' dengan pengendali tol.

Beliau berkata, ahli Kabinet telah memberikan maklum balas mereka dan 'Saya akan mempertimbangkan satu persatu maklum balas tersebut.'

Rancangan untuk menaikkan kadar tol pada 2011 tidak berjaya apabila kerajaan memberi pampasan kepada pengendali tol.

Jumlah yang dibayar dirahsiakan tetapi menurut laporan pada tahun lalu, ia dianggarkan berjumlah RM400 juta.

Kini sudah tiba masanya sama ada membenarkan pengendali menaikkan kadar tol pada tahun ini atau membayar pampasan semula.

Pampasan pada kali ini dianggarkan RM558.9 juta, menurut satu laporan yang memetik Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Rosnah Abdul Rashid ketika berucap di Dewan Rakyat pada tahun lalu.

Beliau berkata, pampasan itu perlu dibayar sekiranya kerajaan tidak mahu tol dinaikkan di 20 lebuhraya.
Gabungan Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (FOMCA) berkata sekarang bukan masa sesuai untuk menaikkan kadar tol.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Paul Selvaraj berkata rakyat Malaysia sudah berdepan banyak tekanan akibat kenaikan pelbagai kos lain.

130,000 peminjam ingkar PTPTN disenarai CCRIS Selasa ini

Posted: 13 Jun 2015 04:35 PM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
KUALA LUMPUR: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan menyenaraikan lebih 130,000 peminjam yang gagal menjelaskan pinjaman ke dalam Sistem Maklumat Rujukan Kredit (CCRIS) mulai Selasa, lapor Berita Harian.
 
Akhbar itu mendakwa, nama semua peminjam berkenaan sudah dihantar ke Bank Negara sehingga 26 Mei lalu dan akan dimasukkan dalam CCRIS pada 16 Jun ini.
 
"Peminjam culas yang namanya disenaraikan dalam CCRIS akan menghadapi masalah untuk mendapatkan pinjaman daripada mana-mana institusi kewangan negara ini.
 
"Ini termasuk pinjaman sewa beli kenderaan, perumahan pembiayaan peribadi dan kad kredit," lapor akhbar itu hari ini.
 
Pengerusi PTPTN Datuk Shamsul Anuar Nasarah pada Mac berkata jumlah kutipan bayaran balik agensi itu mencecah RM5 juta sehari.
 
Katanya, peningkatan itu hasil beberapa tindakan yang dilakukan PTPTN bagi memastikan peminjam tegar membuat bayaran balik.
 
"Kita sedang mengkaji untuk melakukan beberapa penambahbaikan terhadap pendekatan yang dilaksanakan kerana kutipan yang kita peroleh meningkat dengan begitu ketara sekali.
 
"Sebelum ini, jumlah kutipan ialah RM800,000 sehari dan selepas tindakan, terdapat lonjakan yang tinggi dalam jumlah kutipan sehingga mencecah RM5 juta sehari, iaitu peningkatan lebih RM4 juta," katanya dipetik Bernama.
 
Selain menyenaraikan nama peminjam ingkar ke dalam CCRIS, PTPTN juga menyalurkan nama peminjam yang berkenaan kepada Jabatan Imigresen untuk dihalang ke luar negara.


TMJ Ada Hak Kritik - Tun M

Posted: 13 Jun 2015 04:33 PM PDT

Oleh: SOFEA SUSAN ALBERT KASSIM
 
 
Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim juga mempunyai hak kebebasan bersuara.
 
 
 
DIKEMASKINI  KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim juga mempunyai hak kebebasan bersuara.
"Selagi kerajaan mengamalkan kebebasan bersuara, Tengku Mahkota Johor itu juga mempunyai hak untuk bersuara... melainkan ada undang-undang yang melarang baginda untuk bebas bersuara," katanya pada sidang media selepas menyampaikan ceramah Dangerous Ideas di sini, Sabtu.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kenyataan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz yang meminta Tunku Ismail supaya tidak campur tangan dalam urusan politik negara atau beliau akan dikecam.

Terdahulu Nazri berkata Tunku Ismail perlu menjauhkan diri daripada politik dan jika tidak, beliau akan  'dibelasah'.

"Raja-raja dan keluarga diraja ini berada di atas undang-undang. Kalau dia (Tunku Ismail) mahu menjadi ahli politik, jadi dia perlu beritahu. Kemudian kita boleh menjawab balik.

"Kamu memegang jawatan penting di negeri… kalau kerajaan "belasah" kamu balik, jangan marah," katanya Nazri.

Sementara itu, mengulas mengenai kenyataan Nazri yang menegaskan Dr Mahathir hanyalah rakyat biasa dan tidak layak berdebat dengan perdana menteri, beliau mengakui sekadar rakyat biasa tetapi ideanya mendapat sokongan ramai.

"Dia (Nazri) kata begitu kerana mewakili orang yang membayarnya. Saya tiada siapa untuk dibayar. Tapi apabila saya lihat blog saya dalam masa sejam, kira-kira 1 juta rakyat menyokong saya.

"Adakah saya bersendirian? Saya fikir tidak. Saya rakyat biasa tetapi ramai yang menyokong idea saya. Apabila saya kata saya sendirian, mereka (rakyat) kata saya tidak sendirian. Saya tidak fikir saya bayar mereka," katanya dalam nada sinis.

Terdahulu, Nazri menegaskan Dr Mahathir hanyalah rakyat biasa dan tiada untuk berdebat dengan perdana menteri.

"Saya tidak mahu perdana menteri merendahkan dirinya kerana beliau adalah PM manakala Dr Mahathir hanyalah rakyat biasa," kata Nazri.

Dr Mahathir Dedah Rahsia Krisis kehakiman Selepas 27 tahun

Posted: 13 Jun 2015 04:31 PM PDT

Oleh: SOFEA SUSAN ALBERT KASSIM
 
 
 
 

DIKEMASKINI  KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad pada Sabtu mendedahkan pemecatan Ketua Hakim Negara, Tun Mohamad Salleh Abas pada 1988 dilakukan atas arahan Sultan Johor, Sultan Mahmud Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail.

Perkara tersebut didedahkan beliau selepas 27 tahun Krisis Perlembagaan Malaysia (1988).

Menurut bekas perdana menteri itu, Sultan Johor yang juga Yang Dipertuan Agong pada ketika itu mengarahkan beliau supaya menubuhkan satu tribunal untuk menyingkirkan Mohamad Salleh.

Bagaimanapun, beliau berkata timbul masalah apabila peguam negara pada ketika itu enggan mengheret nama Yang Dipertuan Agong dalam kertas siasatan tribunal.

Sebaliknya, jelas Dr Mahathir peguam negara menggunakan nama beliau dan menyebabkan dirinya didakwa menyekat kebebasan institusi kehakiman sehingga hari ini.

"Peguam negara tidak mahu sebut nama sultan. Tribunal akhirnya buat keputusan Mohamad Salleh dipecat.

"Sampai mati saya dilabel sebegini (campur tangan dalam kuasa kehakiman)," katanya ketika berucap dalam program bual bicara "Dangerous Idea" di sini, Sabtu.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, beliau berkata krisis tersebut bermula apabila Mohamad Salleh menulis surat kepada Sultan Mahmud mengenai 'bunyi bising' yang didengarinya daripada salah sebuah rumah baginda.

"Itu merupakan tindakan yang salah dibuat Mohamad Salleh. Dia turut beri salinan kepada sultan-sultan yang lain.

"Tindakan itu menyebabkan Sultan Mahmud murka, maka baginda mengarahkan saya supaya memecat Mohamad Salleh," katanya.

Akibat arahan tersebut, Dr Mahathir berkata beliau dikatakan sengaja menyekat kebebasan kuasa kehakiman dan dakwaan itu tersebar ke seluruh dunia.

"Semua orang fikir begitu tapi itu semua tidak betul. Saya  tak jemput hakim datang ke rumah seperti perdana menteri lain walaupun semasa raya," katanya.

Pemecatan itu menyebabkan Mahkamah Agung Malaysia digantung dan tuntutan terhadap pengesahan timbang tara tidak dapat dibicarakan.

Timbang tara kemudiannya memecat Salleh Abas daripada jawatannya pada 1988.

Najib Anggap Wang Adalah Raja - Tun M

Posted: 13 Jun 2015 04:29 PM PDT

Oleh: SOFEA SUSAN ALBERT KASSIM
 
 
 
  
 
DIKEMASKINI KUALA LUMPUR: Walaupun ditegur perbuatan menabur wang kepada rakyat adalah salah, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tetap tidak mengendahkan nasihat yang diberikan, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sebaliknya, bekas perdana menteri itu berkata, Najib didakwa memberitahu 'wang adalah raja'.

"Saya tegur beri wang adalah salah tapi beliau kata wang adalah raja. (Najib) fikir apabila anda beri wang anda jadi popular. Jika rakyat sayang anda mereka tidak akan angkat placard 'saya sayang PM'," katanya pada sidang media selepas berucap pada ceramah 'Dangeroua Ideas' di sini, Sabtu.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Najib yang memberitahu bahawa Dr Mahathir begitu terdesak mahu beliau meletak jawatan kerana perdana menteri itu tidak mengikut arahannya.

Menurut Dr Mahathir, beliau amat kecewa kerana Najib tidak mengendahkan nasihat yang diberikan.

"Sudah semestinya itu nasihat yang saya berikan tapi dia tidak dengar. Saya amat kecewa," katanya.

Pada masa sama, Dr Mahathir mendakwa, banyak kesalahan yang dilakukan Najib sejak beliau menjadi perdana menteri.

"Saya boleh senaraikan kesalahan beliau. Namun saya tetap menyokongnya pada pilihan raya umum yang lalu dengan memberinya enam kerusi tambahan untuk menang di Kedah," katanya.

Malah, Dr Mahathir berkata beliau  pernah memberitahu Najib supaya meletak jawatan sekiranya Barisan Nasional (BN) kehilangan banyak kerusi pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu, tetapi tetap memberikan peluang kepadanya sehingga timbulnya kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Saya pernah katakan sebelum PRU jika dia lakukan lebih teruk daripada Pak Lah, dia patut letak jawatan.

"Tapi bila dia lebih teruk daripada Pak Lah, saya fikir untuk berikan dia peluang. Tapi kerajaan kehilangan wang berbilion ringgit adalah satu yang saya tak boleh terima," katanya.

Berikutan kontroversi itu, Dr Mahathir berkata beliau tidak boleh lagi menyokong Najib walaupun beliau merupakan anak seorang tokoh yang diseganinya.

Sabah dilanda satu lagi gempa bumi

Posted: 13 Jun 2015 04:25 PM PDT

ANTARAPOS.COM

 
Post Pic
 
 
 
KOTA KINABALU: Sabah dilanda satu lagi gempa awal pagi ini, lapan hari selepas kejadian pertama yang meragut 18 nyawa.
 
Jabatan Meteorologi Malaysia melaporkan di Facebook bahawa gempa bumi berukuran 5.1 pada skala Richter itu berlaku pada jam 2.29 pagi waktu tempatan, 25 km dari Kota Belud.
 
Gegaran dirasai di Ranau, Kudat, Beluran, Kota Marudu, Kota Belud, Keningau dan Kinabatangan.
 
Media sosial menyiarkan posting daripada penduduk yang dalam ketakutan dan warga maya yang prihatin.
 
Dalam gempa bumi lalu yang berukuran 6.0, beberapa pelajar Singapura turut terkorban di Gunung Kinabalu.
 
Lebih daripada 130 orang yang mendaki gunung itu terkandas, tetapi kemudiannya diselamatkan.


Lima gempa susulan di Ranau setakat ini

Posted: 13 Jun 2015 04:20 PM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
KOTA KINABALU: Sebanyak lima gempa bumi berpusat di Ranau direkodkan sejak awal pagi tadi hingga tengah hari ini.
 
Terbaru gempa bumi lemah 2.3 magnitud direkodkan pada jam 12.07 tengah hari tadi berpusat 11 kilometer di barat Ranau.
 
Empat gegaran sebelum itu ialah pada jam 2.25 pagi (3.9 magnitud), 2.29 pagi (5.1), 5.20 pagi (2.5) dan 5.47 pagi (2.7).
 
Gempa bumi sederhana pada jam 2.29 pagi tadi adalah yang paling kuat sejak gempa bumi 5.9 magnitud pada 5 Jun lalu.
 
 

Tiada ulasan: