Selasa, 5 Mei 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


DUTA BESAR MALAYSIA KE INDONESIA PERSOAL KEKAYAAN ANAK BERANAK MAHATHIR YANG MERAGUKAN.

Posted: 05 May 2015 09:00 PM PDT

Zack Ahmad's photo.

Alih bahasa lebih kurang apa yang ditulis diakhbar diatas ialah : .. 

"Saya secaa peribadi tahu kereta-kereta yang dipandu mereka bernilai jutaan ringgit . Mereka tidak datang dari keluarga kaya .. 

Bapa mereka hanya berpendapatan RM20,000 sebulan sebagai Perdana Menteri dan datuk mereka hanyalah seorang guru. 

Saya perlukan penjelasan dari Dr Mahathir mengapa dia tergamak mempersoal kekayaan Najib sedangkan anak-anaknya sendiri hidup mewah" ... 

Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim Walapun secara peribadi Omak Kau tidak setuju cara Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim berpolitik namun tidak semestinya jika apa-apa kenyataan dan soalan jika ada kebenaran walaupun sedikit, sebagai penggiat blog, yang telah dididik dan asuh supaya sentiasa sedaya upaya tegakkan kebenaran walaupun pahit, tanpa mengira siapa yang berkata, maka wajar jua Tun Mahathir memberikan jawapan yang dilontarkan ini. 

Sebab sebelum ini semasa Tun Dr Mahathir masih menjawat sebagai Perdana Menteri, hampir setiap ceramah Pembangkang ketika itu Angkatan Perpaduan Ummah, disusuli dengan Barisan Alternatif, boleh kata setiap pemimpin yang berucap, akan mempersoalkan kekayaan luar biasa yang dipertikaikan milik anak beranak Tun Mahathir. Malahan teriakkan Reformasi'98 dengan slogan Nepotisme, Kronisme dan Korupsi (NKK) tercetus semasa era pemerintahan beliau. 

Dato' Seri Anwar Ibrahim terpelanting keluar dari UMNO dan terus menyinggah sebagai penghuni penjara Sungai Buluh selama lebih 6 tahun dikatakan berpunca dari keengganan Anwar Ibrahim turut kemahuan dan arahan Tun Mahathir menggunakan wang rakyat bagi menyelamatkan syarikat perkapalan anaknya, Mirzan Mahathir yang ketika itu diambang muflis. 

Tidak dinafikan anak-anaknya terlibat dalam perniagaan, tetapi jika mereka bukan anak seorang Perdana Menteri ketika itu adakah mampu mengumpul kekayaan seperti apa yang dimiliki kini? 

Dari mana mereka memperolehi modal untuk membuka syarikat-syarikat gergasi dsbnya. 

Tun Dr Mahathir perlu jawab soalan-soalan yang dilontarkan oleh Duta Besar Malaysia ke Indonesia demi membersihkan namanya dimata dan hati rakyat. 

Harap sangat-sangat Tun Mahathir memberikan respon secepat mungkin sebab bak kata Tun Mahathir rakyat berhak tahu.

FELDA DULU.... FELDA SEKARANG...

Posted: 05 May 2015 08:15 PM PDT

 

 Esok saya akan tulis surat kepada Isa Samad. Anda mesti berundur. Anda tipu peneroka dan kakitangan FELDA. 

Anda kejam kepada pegawai-pegawai kanan FELDA yang berkhidmat lebih 30 tahun dengan FELDA. Dato Zulkefli Wahab (bos no 1 FELDA dibuang). 

Dato Sarchu Sawal (bos no 1 Koperasi Permodalan FELDA KPF dihentikan), Mohamad Ibrahim bekas no 2 FELDA, Dato' Faizol Ahmad (Pengarah Besar FELDA) yang mengampu kamu pada awalnya pun dibuang dari FELDA. Kamu Isa Samad baru 4 ke 5 tahun masuk FELDA jadi pengerusi, huru-hara FELDA.
 KPF beberapa tahun mendapat anugerah Koperasi terbaik no 1 di Malaysia. No 20 di dunia. Pencarumnya adalah peneroka, anak-anak peneroka dan kakitangan FELDA. Dividen tahunan melebihi 15 peratus. 

Lebih tinggi daripada Tabung Haji. Zaman ekonomi meleset 1997, KPF masih boleh beri 10 peratus dividen. Saham KPF 1996 hanya RM200 juta. Namun 2012 meningkat menjadi RM2 bilion. 

Mengusai pelaburan FELDA Holding sekitar 50 peratus. Dengan licik dan kejam, Isa Samad berjaya menjadikan saham KPF dimiliki FGV. Bila merudum FGV, maka KPF juga terkesan. Tiada lagi dividen tinggi seperti sebelum ini.
 
Hari ini hanya tinggal kenangan. Sahamnya dimiliki FGV. Harga saham FGV sekitar RM2.07 sahaja berbanding RM4.55 ketika disenaraikan di Bursa Malaysia. Peneroka ditipu kononnya untung. 
 
Diberi dividen. Walhal peneroka yang tidak membeli saham FGV pun mendapat wang yang sama. 
 
Bermakna bukan hasil dividen keuntungan FGV. Kamu tipu peneroka sehingga mereka terpaksa dan dipaksa membuat pinjaman bank. Hari ini setiap bulan mereka perlu membayar RM50 kepada bank sedangkan untung tidak ada.
 
Belum lagi dibahaskan hal tanaman semula yang menyebabkan peneroka menanggung hutang baru lebih 100 ribu. 
 
Pengurusan ladang yang buruk menyebabkan semak dan hasil berkurangan. Pembayaran wang pendahuluan hasil setiap minggu yang lewat daripada jadual biasa kerana ketiadaan duit. 
 
Rumah generasi kedua yang mahal dan sukar dimiliki. Penyelewengan dalam anak syarikat FELDA melibatkan kroni Isa Samad dan ahli politik katak yang melompat dari PR ke BN. Tunggu satu persatu akan didedah.
 
Isa Samad. Masa anda sudah tamat. Anda perasuah yang membeli undi untuk menang Naib Presiden UMNO. Anda rosakkan FELDA Sendayan dan LBJ dengan janji palsu jadi jutawan ketika anda menjadi MB Negeri Sembilan. 4 ke 5 tahun di FELDA, anda jahanamkan FELDA. 
 
Letak jawatan. Mesti disiasat dan hukuman mesti dilaksanakan. Najib juga tidak terlepas. Anda yang melantik Isa dan merestui kerja Isa. 
 
Setelah Tun Abdullah Badawi batalkan penyenaraian FELDA dizamannya, Najib melaksanakannya pada zaman beliau. Rosak. Cukup dan cukup.

Bersambung...

Kunjungan ke Pusat Jagaan Kanak-Kanak SPT, Penanti . ‪#‎kakwanP44‬

Posted: 05 May 2015 07:30 PM PDT

TERKINI!!!

 Demi Rakyat,
Bantah GST,
Tegakkan Keadilan!
Undi Calon PAKATAN RAKYAT


Gambar Kejadian Myvi Kelabu Langgar Lari Budak Sekolah di Seberang Jaya

Posted: 05 May 2015 06:45 PM PDT

Kejadian Myvi Kelabu Langgar Lari Budak Sekolah di Seberang Jaya Kejadian Myvi Kelabu Langgar Lari Budak Sekolah di Jelutong -  Assalamualaikum, Myvi Warna Kelabu langgar lari budak sekolah yang berplat nombor PLL6916

Budak tersebut disahkan meninggal di tempat kejadian.


Kejadian Myvi Kelabu Langgar Lari Budak Sekolah di Seberang Jaya

Kejadian Myvi Kelabu Langgar Lari Budak Sekolah di Seberang Jaya

TG HARON DIN Patut Jemput Ustaz Kazim ?

Posted: 05 May 2015 06:00 PM PDT

Zack Ahmad's photo.
PAS Perak kini sudah ada pengganti DS Nizar PAS kini terhutang budi dengan seorang penceramah selebriti yang sensasi yang terkenal dari Ipoh. 

Haron Din patut terima dan jemput penceramah yang lebih dikenali dengan 'kalo jodoh.. tak kemana' untuk menjadi ahli majlis syura kehormat sebab fikrahnya yang sealiran. 

PAS Perak kini sudah ada pengganti DS Nizar untuk menarik orang ramai datang ke majlis ceramah sebagaimana DS Nizar sebelum ini. 

Silalah jemput beliau bersama di pentas-pentas PAS di masa depan untuk berkempen PRU-14 seterusnya. 

Beritanya : Penceramah terkenal Datuk Mohammad Kazim Elias mengingatkan pengundi di Permatang Pauh supaya memilih calon pilihan raya kecil Parlimen itu yang menyokong hudud. 

Membangkitkan sokongan BN di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan sebelum ini, Kazim berkata kekuatan undi diperlukan untuk membolehkan undang-undang itu dilaksanakan. 

"Kalau dibawa di Parlimen dia memerlukan kekuatan tetapi kalau ahli Parlimen tak menyokong hudud walau dia Melayu sekali pun macam mana undang-undang itu hendak menang. 

"Sebab itu di Parlimen Permatang Pauh ini sekali pun, kita kena tengok ahli Parlimen itu boleh angkat tangan sokong hudud atau tidak," katanya dalam ceramah di Permatang Pauh malam tadi.
Baca lagi di sini Sebelum ini beliau pernah membuat kenyataan: 

Kerajaan Pusat tidak boleh dianggap sebagai kufur semata mata kerana belum melaksanakan hudud.Penceramah dan pendakwah bebas, Muhammad Kazim Elias, menjelaskan hanya golongan yang menolak dan menentang hudud sahaja layak dihukum sebagai kufur.

"Ia berbeza sama sekali dengan pendirian disuarakan Perdana Menteri, yang menyatakan kerajaan tidak menolak, namun belum mampu melaksanakannya atas kekangan tertentu.

"Saya setuju kenyataan Perdana Menteri bahawa ada beza antara menolak dan belum melaksanakannya. 

Bagi saya secara peribadi ada banyak perkara yang perlu diteliti mengenai soal hudud sebelum ia boleh dilaksanakan," katanya. 

Jenis loqlak! dan tidak ada pendirian yang tetap. Apakah selepas PRK Permatang Pauh ini dan sekiranya Umno menang, Hudud akan terlaksana di Malaysia wahai Kazim?


Fundeq lu lah Kazim!

PKR Bakal Kalah Di PRK Permatang Pauh.. Ini Sebabnya?

Posted: 05 May 2015 05:15 PM PDT

 
PKR Bakal Kalah Di PRK Permatang Pauh. Hasil daripada satu tinjauan yang dijalankan PKR mendapati kurang 68% pengundi diramalkan akan keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh, Ahad ini, kata Pengarah Strategi PKR Sim Tze Tzin.

Sim berkata, angka itu boleh menyebabkan PKR kalah di kubu kuat mereka sekali gus mengulangi kekalahan Pakatan Rakyat (PR) dengan majoriti tipis seperti di Teluk Intan tahun lepas.

"Ini menggusarkan terutama sekali memandangkan jumlah pengundi luar kawasan sekitar 6,000 orang.

"Permatang Pauh sepatutnya menjadi pilihan raya yang menjadi teladan politik.

"Kami risau jika pengundi tidak pulang untuk menyuarakan protes terhadap keadaan semasa, yang meliputi pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST)," katanya pada sidang media di Yayasan Aman, hari ini.

Pada PRK Teluk Intan tahun lepas, calon BN, Datuk Mah Siew Keong menewaskan calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud dengan 238 undi majoriti, selepas memperolehi 20,157 undi berbandi 19,919 undi dan 550 undi.

PKR Bakal Kalah Di PRK Permatang Pauh

Ditanya sama ada PKR akan kalah di kubu kuatnya, Sim enggan mengulas dan menyerahkan perkara itu kepada pengundi.

"Kami hanya mahu tekankan setiap undi adalah penting untuk menunjukkan mereka menolak GST, situasi semasa dalam negara dan kepimpinan Najib.

"Pengundi mesti memutuskan jika mereka mahu meneruskan hala tuju negara ke arah sedia ada atau mengubahnya," katanya.

Sim berkata, tinjauan tersebut dijalankan menerusi 1,000 panggilan telefon kepada pengundi.

Sampel tersebut mewakili kira-kira 71,000 pengundi berdaftar di Parlimen Permatang Pauh.

DAP paling ramai gagal guna Bahasa Melayu - Faiz Zainudin

Posted: 05 May 2015 04:30 PM PDT

 
Dap-ramlah

Pemimpin veteran dan ahli lama dalam DAP dikatakan paling ketara gagal menggunakan Bahasa Melayu ketika berbahas termasuk Lim Kit Siang.

PETALING JAYA: Ahli Parlimen DAP dikatakan paling ramai gagal menggunakan Bahasa Melayu ketika berbahas di Dewan Rakyat.

Pengarah Pusat Kajian Institusi Raja Malaysia, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Prof Datuk Dr Ramlah Adam berkata, perkara itu paling ketara di kalangan pemimpin veteran dan ahli lama parti itu termasuk Lim Kit Siang.

"Kebanyakkan wakil rakyat mengunakan Bahasa Melayu, cuma segelintir pemimpin veteran DAP seperti Lim Kit Siang sahaja yang didapati menggunakan Bahasa Inggeris," katanya ketika dihubungi FMT.

Ramlah berkata, isu pengunaan bahasa tidak sepatutnya timbul tetapi peraturan yang dilaksanakan sejak tahun 1957 sudah tidak diikuti disebabkan mainan politik pihak tidak bertanggungjawab.

"Pemerintah terlalu bertolak ansur dan tidak melaksanakan peraturan tersebut dengan tegas,
"Wakil rakyat seharusnya menjadi contoh yang baik kepada rakyat dengan mamatuhi segala peraturan yang ditetapkan, namun perkara itu tidak berlaku secara menyeluruh di negara kita," jelasnya lagi.

Mengambil contoh kejadian di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak apabila beberapa pemimpin politik memakai pakaian yang tidak menghormati sidang DUN, Ramlah akui ia sebagai bukti pemimpin tersebut tidak layak menjadi wakil rakyat kerana undang-undang yang dipersetujui bersama tidak dipatuhi.

"Semangat perkauman jelas lebih tinggi daripada semangat patriotisme," katanya.

Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Abdullah Zaik Abd Rahman pula menggesa semua wakil rakyat, termasuk Ahli Parlimen yang tidak fasih berbahasa Melayu diwajibkan mengikuti kursus bahasa.

"Membiarkan perkara ini berlanjutan menunjukkan kerajaan tidak serius memartabatkan Bahasa Melayu. Sudah sampai masa untuk membuat pembetulan," katanya.

Rompin: BN hilang hampir separuh majoriti ??

Posted: 05 May 2015 04:00 PM PDT

   

BN berjaya mengekalkan kemenangan dalam pilihan raya kecil Rompin dengan majoriti berkurangan sebanyak 41 peratus atau 6,219 undi.

Calon BN Datuk Hasan Arifin mendapat 23,796 undi mengalahkan calon PAS Nazri Ahmad yang mendapat 14,901.

Majoriti dimenangi kali ini hanya sebanyak 8,895 undi berbanding 15,114 dalam pilihan raya umum akan datang.

Dalam pilihan raya umum 2013 calon BN ketika itu, Tan Sri Jamaluddin Jarjis memperoleh 30,040 berbanding calon PAS, Nuridah Salleh 14,926.

Bagaimanapun peratusan keluar mengundi dipercayai menyumbang kepada keputusan hari ini.

Dalam PRU ke-13, 85.89 peratus daripada keseluruhan 53,596 pengundi berdaftar keluar mengundi, manakala hari ini ialah kira-kira 74 peratus (39,437 undi).

Dua isu

Ada dua isu besar mendominasi kempen pilihan raya umum ini, iaitu hudud dan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Pada masa sama, BN bersungguh-sungguh mahu menunjukkan prestasi terbaiknya ketika kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak berdepan kritikan pedas dan berterusan daripada Tun Dr Mahathir Mohamad serta penyokongnya.

Sementara itu satu sumber menyatakan ada satu pusat pembuangan undi 100 peratus Melayu menunjukkan perubahan drastik kali ini.

Katanya, pada pilihan raya umum lalu pusat pembuangan undi Pianggu memihak kepada BN namun keadaan bertukar menjadi sebaliknya pada hari ini.

Bagaimanapun setakat ini belum dapat dipastikan berapa jumlah undi diperoleh kedua-dua calon.

Pemimpin MCA ditumbuk selepas ceramah FMT Reporters

Posted: 05 May 2015 09:00 AM PDT


guat-lye

Kejadian berlaku selepas Dr Leong Weng Kuang daripada MCA Kedah selesai menyampaikan ceramah di Taman Kelisa Emas, Seberang Jaya.

PETALING JAYA: Ketua Biro Perkhidmatan Awam dan Aduan MCA Pulau Pinang, Gui Guat Lye membuat laporan polis di Balai Polis Bandar Perda setelah beliau dan seorang penceramah MCA diserang tiga lelaki pada Isnin.

Dalam laporannya, Guat Lye mendakwa kejadian jam 9 malam berlaku selepas ceramah awam terbuka Dr Leong Weng Kuang, wakil parti MCA Kedah selesai di Taman Kelisa Emas, Seberang Jaya, lapor bnbbc.com.

Ceramah dihadiri hampir 50 penduduk sekitar dan ketika Dr Leong mahu bersalaman dengan penonton, tiga lelaki bertindak mencaci serta memaki-hamun Dr Leong.

Guat Lye yang cuba mententeramkan keadaan bagaimanapun ditumbuk di bahagian pipi kanan sehingga jatuh dan mengalami luka dan bengkak di jari tangan kiri serta siku kanan.

"Saya cuba mempertahankan penceramah itu, tetapi seorang daripada kumpulan itu menolak saya dan yang lain cuba memukul saya dengan kayu," katanya.

Bajunya juga koyak di bahagian kolar akibat serangan tiga lelaki berusia sekitar lingkungan 40-an dan dipercayai penduduk taman perumahan tersebut.

Timbalan Pengerusi MCA Pulau Pinang, Tan Teik Cheng berkata, pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap penyerang tersebut.

Jurucakap polis bagi PRK Permatang Pauh, ACP Azmi Adam berkata, pihak polis telah menerima laporan berhubung kejadian itu dan siasatan sedang dijalankan.

Jangan cemuh Nur Fitri, tapi bantu dia- Pengerusi MARA - FMT Reporters

Posted: 05 May 2015 08:30 AM PDT

tan sri musa nur fitri
Bekas pelajar itu perlu diberi bimbingan dan kauseling serta peluang untuk meneruskan pelajaran demi masa depannya.

PETALING JAYA: Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Tan Sri Annuar Musa mahu pelajar pintar Matematik, Nur Fitri Azmeer Nordin, 23, diberi peluang kedua demi masa depannya.

Nur Fitri dijatuhi hukuman penjara sembilan bulan atas 13 kesalahan memiliki lebih daripada 30,000 imej dan video lucah kanak-kanak oleh Mahkamah Southwark Crown, London pada Khamis lalu.

"Kita sememangnya dukacita dengan peristiwa dan kesalahan yang dilakukan. Namun setelah beliau menjalani hukuman saya merasakan, beliau harus dibantu dari sudut mendapatkan bimbingan, kaunseling dan seterusnya meneruskan pelajarannya," kata Annuar menerusi satu kenyataan di laman sosial Facebook.

Ahli Parlimen Ketereh itu juga berpesan agar MARA London membantu Nur Fitri dengan apa jua bantuan yang bersangkut paut dengan perundangan dan peraturan di negara itu.

"Beliau tidak harus di kondem (dicemuh) begitu saja. Sebagai anak muda, beliau punya masa depan yang perlu kita beri support (sokongan) seterusnya," ujarnya.

Sebelum ini, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, kementeriannya akan mempertimbangkan sama ada untuk merayu dalam kes Nur Fitri.

Dalam pada itu, Ketua Wira Perkasa Malaysia, Irwan Fahmi Ideris juga senada dengan Annuar supaya bekas pelajar itu dibantu.

"Seorang pelajar, lebih-lebih lagi Nur Fitri yang mempunyai masa depan cerah dalam bidang akademik tidak seharusnya melakukan demikian, menyimpan gambar dan video lucah kanak-kanak. Itu satu perkara yang pelik.

"Namun, kita masih boleh merayu untuk membawanya pulang termasuk membela jika perlu dan membimbing dia," katanya ketika dihubungi Free Malaysia Today (FMT).

Irwan akui kerajaan juga perlu akur terhadap undang-undang negara berkenaan memandangkan kejadian berlaku London.

BILA LAGI PRESIDEN PAS NAK NAFI BERITA INI?

Posted: 05 May 2015 08:00 AM PDT

Rupanya Presiden PAS sedang berdakwah di Singapura. Patutlah tak muncul di Permatang Pauh.

   

Mengikut tarikh, akhbar Today online itu terbit pada 30 April 2015. Hari ini 5 Mei 2015. Maknanya sudah 5 hari berlalu. Masih belum dengar penafian dari Presiden PAS.

Bila lagi nak nafi?

Tunggu apa lagi?

Berikut terjemahan sebahagian dari berita tersebut mengikut Google Translator:

Dalam temu bual dengan TODAY minggu ini, Presiden Pas Abdul Hadi Awang menyalahkan ketidaktentuan politik Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), parti terbesar di negara ini yang mengetuai Barisan Nasional (BN) yang memerintah.

"Apa yang berlaku adalah kerana kelemahan UMNO itu sendiri. Ia bukan kerana Mahathir, Najib, mahupun Abdullah Badawi, "katanya, merujuk kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan dua pemimpin sebelumnya, Encik Badawi dan Dr Mahathir Mohamad.

Encik Hadi, 67, berkata, ia tidak terlalu lewat untuk "pembetulan boleh dibuat" dalam bentuk kerajaan perpaduan yang melibatkan semua parti politik utama dan tidak ada pembangkang.

Ia adalah satu idea yang mula-mula dicadangkan pada tahun 2008, berikutan pilihan raya ke-12 di negara ini amnya, apabila perbalahan politik dalam siri pilihan raya kecil menyebabkan beliau menyeru penggubal undang-undang untuk sebaliknya memberi tumpuan kepada memberi khidmat kepada rakyat.

Walaupun cadangannya tidak mendapatkan traksi pada masa itu, beliau percaya bahawa terdapat keperluan yang lebih besar ke arah perpaduan nasional sekarang.

"Apa yang saya rasa hari ini adalah bahawa perubahan perlu dibuat. Kita sedar bahawa dalam UMNO, masih terdapat individu yang berkebolehan. Cuma ada yang terperangkap dalam keadaan sekarang. Saya cadangkan bahawa semua pihak datang bersama-sama untuk menyelamatkan negara ini, "katanya.

Nak tanya juga, adakah ini maknanya PAS sudah anggap GST yang menzalimi rakyat marhein itu tak haram lagi?


Ferrari plat MAT 1 milik bekas Ketua Menteri - FMT Reporters

Posted: 05 May 2015 07:15 AM PDT


ferrari MAT1

JPJ mengesahkan Ferrari itu didaftarkan di bawah nama bekas Ketua Menteri tetapi harga yang dibayar untuk nombor pendaftaran itu tidak didedahkan.

KUALA LUMPUR- Sebuah kereta mewah berjenama Ferrari menarik perhatian orang ramai di Jalan Raja Chulan apabila menggunakan nombor pendaftaran unik MAT 1 yang juga boleh diterjemah sebagai MAT1 (Mati).

Menurut Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), kereta itu didaftarkan di bawah nama seorang bekas Ketua Menteri.

Namun, jumlah harga yang dibayar untuk nombor berkenaan tidak didedahkan.

Dipercayai, nombor pendaftaran unik seperti itu boleh dibeli pada harga mencecah RM80,000.

Pada 2001, nombor pendaftaran 'SAB4H' dijual pada harga yang tinggi walaupun angka 4 merupakan taboo kerana ia kedengaran seperti perkataan untuk "kematian" dalam dialek Cina.

Nombor-nombor unik seperti ini terdiri daripada digit tunggal dari 1 hingga 10 dan beberapa aturan menarik seperti 333, 555, 8888, manakala nombor popular ialah 2020 dan 8383.

Pada 2010, nombor pendaftaran kenderaan 'TAY 1′ yang dikeluarkan oleh JPJ Terengganu mencipta sejarah apabila ia telah dibeli dengan harga RM220,000.

Pengarah JPJ Terengganu Abdul Rahman Emang Anyie berkata, harga tersebut rekod baharu selepas harga yang dibayar untuk plat 'TAN 1′ pada harga RM200,090 di samping plat bernombor 'CUKAI 1 ' yang dijual pada harga RM165,000.

Pada 2012, Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah memperoleh nombor pendaftaran Kuala Lumpur yang ketika itu baru diperkenalkan.

Nombor plat pendaftaran tersebut ialah WWW 5.

Manakala, Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar berjaya memiliki nombor plat WWW 1 yang diperoleh dengan bayaran RM520,000, menjadikan ia sebagai jumlah yang tertinggi pernah dibeli untuk nombor pendaftaran tunggal bagi tahun tersebut.

Ia menewaskan rekod terdahulu untuk nombor plat MCA 1 yang telah dijual pada harga RM300,100 pada tahun 2010.

Pemimpin MCA ditumbuk selepas ceramah FMT Reporters

Posted: 05 May 2015 06:30 AM PDT

 
guat-lye

Kejadian berlaku selepas Dr Leong Weng Kuang daripada MCA Kedah selesai menyampaikan ceramah di Taman Kelisa Emas, Seberang Jaya.

PETALING JAYA: Ketua Biro Perkhidmatan Awam dan Aduan MCA Pulau Pinang, Gui Guat Lye membuat laporan polis di Balai Polis Bandar Perda setelah beliau dan seorang penceramah MCA diserang tiga lelaki pada Isnin.

Dalam laporannya, Guat Lye mendakwa kejadian jam 9 malam berlaku selepas ceramah awam terbuka Dr Leong Weng Kuang, wakil parti MCA Kedah selesai di Taman Kelisa Emas, Seberang Jaya, lapor bnbbc.com.

Ceramah dihadiri hampir 50 penduduk sekitar dan ketika Dr Leong mahu bersalaman dengan penonton, tiga lelaki bertindak mencaci serta memaki-hamun Dr Leong.

Guat Lye yang cuba mententeramkan keadaan bagaimanapun ditumbuk di bahagian pipi kanan sehingga jatuh dan mengalami luka dan bengkak di jari tangan kiri serta siku kanan.

"Saya cuba mempertahankan penceramah itu, tetapi seorang daripada kumpulan itu menolak saya dan yang lain cuba memukul saya dengan kayu," katanya.

Bajunya juga koyak di bahagian kolar akibat serangan tiga lelaki berusia sekitar lingkungan 40-an dan dipercayai penduduk taman perumahan tersebut.

Timbalan Pengerusi MCA Pulau Pinang, Tan Teik Cheng berkata, pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap penyerang tersebut.

Jurucakap polis bagi PRK Permatang Pauh, ACP Azmi Adam berkata, pihak polis telah menerima laporan berhubung kejadian itu dan siasatan sedang dijalankan.

PRK Rompin: BN dahului Pas FMT Reporters

Posted: 05 May 2015 05:40 AM PDT

 
calon bn dahuli pas

Keputusan tidak rasmi selepas lima Pusat Daerah Mengundi ditutup awal kira-kira jam 2 petang.


 PETALING JAYA: Keputusan awal menunjukkan calon Barisan Nasional, Datuk Hasan Ariffin mendahului calon Pas, Nazri Ahmad dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin.

Berdasarkan keputusan tidak rasmi selepas lima Pusat Daerah Mengundi ditutup awal, Hasan memperoleh 619 undi manakala Nazri memperoleh 226 undi.

Sementara itu, jumlah pengundi yang keluar mengundi pada PRK Rompin sekitar 73 peratus kurang berbanding 80 peratus sasaran yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

FMT akan memberikan perkembangan dari semasa ke semasa sehingga keputusan diumumkan kira-kira jam 10 malam ini.

Kadar tol naik Ogos ini? FMT Reporters

Posted: 05 May 2015 05:00 AM PDT


Kenaikkan itu antara 50 hingga 100 peratus bergantung kepada kemampuan kerajaan Pusat membayar pampasan atau subsidi kepada syarikat konsesi.

Ipoh-Utara-Toll-Plaza-2


PETALING JAYA: Belumpun hilang kejutan disebabkan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang bermula 1 April lalu, satu lagi kejutan bakal berlaku apabila dikhabarkan kadar tol pula akan dinaikkan.

Sumber-sumber memberitahu FMT, sebanyak 19 syarikat konsesi lebuh raya akan menaikkan kadar tol pada Ogos ini.

FMT difahamkan, kadar itu melibatkan kenaikkan antara 50 hingga 100 peratus.

Bagaimanapun, kadar kenaikkan itu bergantung sepenuhnya kepada kemampuan kerajaan untuk memberi subsidi kepada syarikat konsesi.

"Kita tunggu pengumuman sepenuhnya, " kata sumber itu.

Tahun lalu, Kerajaan Persekutuan telah meluluskan RM458 juta peruntukkan bagi pembayaran 20 syarikat konsesi sebagai pampasan untuk tidak menaikkan kadar tol.

Bagaimanapun, syarikat konsesi dibenarkan untuk menaikkan kadar pada 2015 mengikut Perjanjian Konsesi.

Kadar kenaikan tol yang dibenarkan adalah pada sekitar 0.50 sen hingga RM2.

Berdasarkan perjanjian konsesi 2015, 20 syarikat konsesi yang dibenarkan menaikkan kadar tol ialah adalah Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh), Lebuhraya Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (Sprint), Lebuhraya Baru Pantai (NPE), Lebuhraya Penyurai Trafik Lingkaran Kajang (Silk), dan Storm Water Management and Road Tunnel (Smart), Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE), Lebuhraya Sungai Besi (Besraya).

Turut dibenarkan Lebuhraya Senai Desaru (SDE), Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) dan Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas). Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (Duke), Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya (MEX), Lebuhraya Damansara Puchong (LDP).

Kenaikkan itu turut melibatkan Lebuhraya Pintas Selat Klang Utara (NNKSB), Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1), Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK), Lebuhraya Cheras-Kajang (Grandsaga), dan Lebuhraya Kuala Lumpur-Selangor (Latar) dan Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA).

K'jaan beku ambil penjawat awam baru?

Posted: 05 May 2015 04:15 AM PDT

 
 
Sekurang-kurangnya 15 agensi kerajaan, termasuk kementerian pelajaran, polis dan tentera, dikatakan diberitahu untuk berhenti mengambil pekerja baru.

Perkara itu berdasar pekeliling "inisiatif penggunaan sumber manusia secara optimum" bertarikh 22 April, lapor Sin Chew Daily.

Bagaimanapun Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Tan Sri Mahmood Adam memberitahu harian itu bahawa jawatan "kritikal" dalam kerajaan masih terbuka kepada permohonan.

Mahmood juga berkata pihak diwawancara untuk program praperkhidmatan sebelum 22 April tidak akan terjejas.

Mahmood enggan mendedahkan butiran lanjut tetapi memberitahu peluang pekerjaan yang diiklankan sebelum tarikh itu juga tidak akan dibatalkan.

"Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) adalah pembuat keputusan (dalam perkara ini), SPA hanya pelaksana arahan.

"Jadi, butiran lanjut patut dirujuk kepada JPA," beliau dipetik sebagai berkata.

Pada 2 Mei lalu, laman pembocor maklumat Sarawak Report menyiarkan sebahagian pekeliling itu.

Malaysia mempunyai 1.4 juta penjawat awam, yang meliputi 10 peratus daripada tenaga kerja dalam negara.

Malaysia juga mempunyai nisbah penjawat awam antara yang tertinggi di dunia.

Muktamar Pemuda: Masa untuk 'menghina'?

Posted: 05 May 2015 03:30 AM PDT

 
 
Bahang 'perang' menjelang muktamar PAS bulan depan semakin panas apabila senarai rasmi diumumkan Ketua Jawatankuasa Pemilihan PAS, Asmuni Awi hari ini.

Tanpa pengumuman rasmi dibuat mengenai pertembungan kumpulan proulama dan bukan ulama, pola pencalonan yang dibuat seluruh PAS kawasan setakat ini menunjukkan ia semakin tidak terkawal.

Untuk Pemuda PAS misalnya, ketuanya Suhaizan Kaiat turut dicalonkan sebagai pemeriksa kira-kira - suatu langkah yang sebenarnya boleh dianggap menghina atau sekurang-kurangnya tidak serius.


Turut dicalonkan untuk jawatan itu ialah menantu Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Zaharuddin Mohamad yang lantang dalam gerakan 'mempertahankan' kumpulan ulama, serta 'sekutunya' yang juga Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Mohd Yusni Mat Piah. 
Mohd Yusni (gambar) baru-baru ini menjadi perhatian kerana berkeras enggan menggerakkan anggotanya membantu PKR dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh.
Nama Suhaizan turut dicalonkan sebagai timbalan pengerusi tetap bersama bekas Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan.

Dalam perkembangan sama, perwakilan di peringkat kawasan juga menunjukkan kecenderungan membawa semula Nik Abduh Nik Abdul Aziz ke dalam Pemuda PAS.

Nik Abduh pun ada

Berdasarkan senarai yang diedarkan hari ini, nama Nik Abduh dicalonkan untuk bertanding bagi jawatan ketua pemuda bersama anak Abdul Hadi, Muhammad Khalil (kini naib ketua kepada Suhaizan).

 
Nik Abduh - yang memenangi kerusi parlimen Pasir Mas dalam pilihan raya umum ke-13 lalu - adalah naib ketua Pemuda PAS ketika sayap itu diketuai Nasrudin bagi sesi 2011 - 2013.

Sementara itu ketika dihubungi Malaysiakini, Suhaizan berkata, dia tidak berasa apa-apa dengan pencalonan namanya sebagai pemeriksa kira-kira.


"Sebelum ini pun ada juga ulama atau pemimpin atasan yang dicalonkan untuk jawatan seperti itu," katanya.

Suhaizan berkata, antara tokoh utama PAS yang dicalonkan sebagai pemeriksa kira-kira ialah Datuk Husam Musa, Ahmad Awang dan Ketua Dewan Ulama PAS Pahang, Mokhtar Senik.

Mengenai percaturannya dalam pemilihan bulan depan, Suhaizan masih enggan mendedahkan sebarang keputusan, kecuali mengesahkan hanya akan bertanding untuk satu jawatan saja.

"Tunggulah, nanti saya akan umumkan," katanya.


Bagi Dewan Muslimat PAS pula, bekas ketua sebelum ini, Nuridah Salleh cuba dibawa masuk untuk mencabar penyandang Siti Zailah Mohd Yusoff.

P044 - Seloka Permatang Pauh

Posted: 05 May 2015 02:45 AM PDT

 
(PRK P. 044 PERMATANG PAUH – 7 MEI 2015)
OLEH: IBN ABDULLAH ALAWAB
5 MEI 2015 (SELASA) 16 REJAB 1436


Tiupan yang kencang angin tenggara
Menolak Najib Rosmah tersungkor di Pekan
Durjana rakus umNO(b) bN, DSAI dipenjara
Satu pilihanraya kecil terpaksa diadakan.

Degilnya PM1Malaysia tak dengar kata
Boros dan joli, berbelanja diluar Negara sana
Pilihanraya kecil ini bukan kehendak kita
Permainan yang kotor, oleh umNO(b) durjana.

Jet Perdana baru, penerbanganya laju
Penumpangnya Rosmah cantiknya lawa
Runding muafakat PKR-PR telah bersetuju
DS Dr Wan Azizah, pilihan calun berwibawa.

Kapal selam ajaib , timbul di Gunong Tahan
Tersilap peta dibaca, tersalah serangan
Benteng Permatang Pauh wajib dipertahan
Kerana ia simbul reformasi, nadi perjuangan.

Jatoh patah paha, terseliuhnya sendi
Berubat tuar bomoh patah di Penanti
Wahai pengundi, PKR-PR merayu undi
Benam umNO(b)bN, tingkatkan majoriti.

Makan usrah, kenyanglah sudah
Balik kerumah, pekena pula nera
Bank Dunia telah mendedah sudah
Najib Rosmah, dah jual asset Negara.

J Sham nyanyi, No 66 Jalan Tampin
Kekasih kembar memakai keronsang
PRK Permatang Pauh, PRK Rompin
Kenapa gambar Najib tidak dipasang?

Air surut pukoi lima, pukoi lapan pasang
Nelayan kelaut, menangkap udang galah
Pasai gambar Najib TAR tidak dipasang
Takutkan sial tulah, mengundang kalah.

Kroni lanun proksi, Jho Lo menjadi kaya
Mereka tambah kaya, rakyat jadi papa
1MDB malapetaka: Malaysia Dalam Bahaya
Hutangnya berbillion angkara siapa?

Mat Lan 3.85, handsome lagi pula peramah
Sayang badanya puru, belakangnya sopak
Hutang berbillion, angkara Najib dan Rosmah
Mereka boros joli, macam harta emak bapak.

Sejarah tol pertama, di Tanjong Malim
Pergi-balik dipungut tak kera sapa
GST kutipan cukai yang maha zalim
Peras keringat rakyat, menjadi papa.

Pengampu, kroni mengaku laksamana
Dok keliling Najib Rosmah, macam bapa
Peranan lanun GST terpaksa bN laksana
Untuk bayar hutang, elak Negara jadi papa.

Kuih talam, tepong Gombak dan kuih pelita
Agar-agar, dimasak dibeku kedalam cawan
Undi pangkah bN, rakyat tambah menderita
Pengundi semua, pastikan undi untok Kak Wan.


OLEH: IBN ABDULLAH ALAWAB
5 MEI 2015 (SELASA) 16 REJAB 1436

Tol PLUS Mesti Percuma Jika Lebuh Raya Sesak sesak [kd]

Posted: 05 May 2015 02:00 AM PDT





Projek Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), pemegang konsesi Lebuhraya Utara-Selatan, agar tidak mengutip tol dari pengguna apabila berlaku kesesakan lalu lintas di Lebuhraya Utara Selatan.

Saya sendiri terperangkap dalam kesesakan lalulintas dari Kuala Lumpur ke Ipoh pada 1hb Mei 2015.

Perjalanan sejauh 200 kilometer itu biasanya mengambil masa 2 jam.

Akan tetapi oleh kerana kesesakan lalu lintas di sepanjang Lebuhraya Utara Selatan, perjalanan tersebut mengambil masa lebih 6 jam. Kesesakan yang luar biasa bermula sejak petang 30 April 2015 dan melibatkan ratusan ribu pengguna lebuh raya.

Saya mendapati bahawa pihak PLUS telah gagal mengambil tindakan pencegahan seperti tambahan lorong trafik ke utara, tambahan kaunter tol di plaza tol dan bantuan trafik di lebuh raya, memandangkan tarikh tersebut merupakan permulaan hari cuti yang panjang.



PLUS yang mencatat keuntungan tahunan sehingga RM2.5 bilion bertanggungjawab untuk memberi perkhidmatan kepada pelanggan yang membayar tol. PLUS harus memastikan lalu lintas yang lancar dan selamat.

Memang tidak munasabah untuk pengguna lebuhraya menanggung tol apabila perkhidmatan yang diberikan tidak setimpal. Semasa kesesakan lalu lintas tersebut, PLUS telah gagal untuk membantu pengguna lebuh raya.

Saya mencadangkan supaya PLUS menetapkan kelancaran trafik di lebuh raya sebagai Piawaian Perkhidmatan dan diterima sebagai Piagam Pelanggan. Sekiranya piawaian tersebut tidak dipenuhi, tol mestilah percuma. *


Penulis adalah Ahli Parlimen Gopeng.

Kazim Berkempen Untuk Kerajaan UG Di Permatang Pauh

Posted: 05 May 2015 01:19 AM PDT

 
Kazim Elias: Undi siapa sokong hudud

Penceramah terkenal Datuk Mohammad Kazim Elias mengingatkan pengundi di Permatang Pauh supaya memilih calon pilihan raya kecil Parlimen itu yang menyokong hudud.

Membangkitkan sokongan BN di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan sebelum ini, Kazim berkata kekuatan undi diperlukan untuk membolehkan undang-undang itu dilaksanakan.

"Kalau dibawa di Parlimen dia memerlukan kekuatan tetapi kalau ahli Parlimen tak menyokong hudud walau dia Melayu sekali pun macam mana undang-undang itu hendak menang.

"Sebab itu di Parlimen Permatang Pauh ini sekali pun, kita kena tengok ahli Parlimen itu boleh angkat tangan sokong hudud atau tidak," katanya dalam ceramah di Permatang Pauh malam tadi.

Pilihan raya kecil itu akan menyaksikan pertembungan empat penjuru antara calon PKR, BN, Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan bebas.

Kerusi itu kosong apabila penyandangnya Datuk Seri Anwar Ibrahim hilang kelayakan selepas gagal mendapat pengampunan diraja atas sabitan kes liwat terhadapnya.

- mkini

 

Tiada ulasan: