Sabtu, 16 Mei 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


MANA DUIT RM42 BILION HILANG?

Posted: 16 May 2015 11:30 PM PDT

 
KOMENTAR
hanya ini yang ditanya
mana perginya duit
RM42 bilion
bukan hal sumpah
dalam masjid
terangkan jelas jelas


Just tell us where 1MDB's RM42 billion 
went, says Sabah speaker 


In order to put the controversy over state fund 1Malaysia Development Bhd's (1MDB) RM42 billion debt to rest, the Public Accounts Committee (PAC) must uncover if the money was lost, else explain where it went, Sabah speaker Datuk Seri Salleh Said Keruak said.
Salleh, who is also Sabah Umno deputy liaison chief, said this was the only way to pacify Malaysians, including former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad over the 1MDB issue.
He added that while the likes of Dr Mahathir were demanding answers on the fund, critics tended to brush off the responses, labelling them as lies.
"They say they can no longer believe what the government says.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/just-tell-us-where-1mdbs-rm42-billion-went-says-sabah-speaker#sthash.DAoo4ECv.dpuf

KAH KAH KAH

woit
tolong jangan putar
tolong jangan aleh aleh
ini bukan 42 ringgit
ini bukan 420 ringgit
ini bukan 4200 ringgit
ini bukan 422000 ringgit
ini 42 bilion ringgit
boleh beri pendidikan percuma
boleh beri perubatan percuma
boleh hantar semua rakyat naik haji
yang belum lahir pun boleh hantar

DUIT MANA ILANG

---------------

UPDATE - Penyokong Bola Sepak Terengganu Mengamuk Dan Bakar Stadium

Posted: 16 May 2015 10:45 PM PDT

 

Pasukan keselamatan terpaksa mengiringi pengadil yang dibaling dengan objek oleh penyokong pasukan Terengganu selepas perlawanan separuh akhir kedua Piala FA di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin. - fotoBERNAMA

KUALA TERENGGANU: Penyokong Terengganu bertindak liar dengan membaling batu ke atas kereta Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman di luar Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di sini selepas pasukan itu gagal layak ke final Piala FA 2015, malam tadi.

Penyokong merusuh selepas perlawanan akibat tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil, Mohd Amirul Izwan Yaacob tidak mengesahkan gol keempat Terengganu menerusi percubaan Ahmad Nordin Alias pada minit ke-89 kerana berada pada kedudukan ofsaid.

Kemenangan 3-2 yang diraih skuad 'Penyu' pada perlawanan separuh akhir kedua itu, gagal menghalang wakil Singapura, Lions XII untuk mara ke final menerusi peraturan gol di tempat lawan setelah kedua-dua pasukan terikat 4-4 secara agregat.


Sebahagian besar penyokong Terengganu bertindak liar dengan melakukan kerosakan ke atas harta benda awam di stadium dengan memecahkan pintu kaca di laluan masuk selain dilaporkan turut membakar sebuah ambulans yang diletakkan di perkarangan stadium.

Keadaan tersebut memaksa pihak stadium memanggil Unit Simpanan Persekutuan (FRU) yang bertindak melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan kira-kira 15,000 penyokong Terengganu yang cuba menimbulkan kekecohan.

Sebuah bas yang membawa penyokong Lions XII turut dirosakkan oleh segelintir penyokong Terengganu yang tidak dapat menerima keputusan perlawanan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Idris Abdul Rafar yang ditemui pemberita di venue berkenaan, enggan memberikan ulasan lanjut tetapi memberi jaminan siasatan menyeluruh akan dilakukan mengenai insiden kekecohan itu.


Gara-gara tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil, penyokong bola sepak Terengganu mengamuk dengan membakar Stadium Sultan Mizan malam tadi.

Selain itu, beberapa buah pintu kaca turut dipecahkan oleh penyokong fanatik pasukan Penyu itu.



Dilaporkan juga seorang pegawai polis turut cedera parah dibelasah oleh penyokong yang berang namun berita tersebut masih belum dapat dipastikan buat masa ini.

Dr Mahathir perlu ingat peristiwa 1987 "MAMAK MUDAH LUPA"

Posted: 16 May 2015 10:00 PM PDT


KLANG - "Saya Ikut jejak langkah Tun Mahathir" demikian kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai satu pendirian untuk kekal sebagai presiden Umno dan perdana Menteri.

Berucap di hadapan kira-kira 1,500 orang ahli Umno, Najib berkata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad turut berhadapan cabaran sewaktu memimpin negara.

"Masih ingatkah pada 1987 di mana Dr Mahathir dicabar bagi jawatan presiden Umno?... pada waktu itu beliau menang tipis, tetapi masih terus memimpin.

"Hampir 50 peratus tolak kepimpinan beliau, Jadi apa maknanya itu? Saya juga amalkan perkara yang sama," katanya pada Majlis Sepetang Bersama Perdana Menteri di Kelab Eksekutif Klang, semalam.

Dr Mahathir mampu menjadi perdana menteri selama 22 tahun disebabkan oleh perlembagaan parti yang meletakkan syarat bagi mencabar jawatan presiden.

"Perlembagaan parti meminta sebanyak 63 pencalonan dari bahagian untuk bertanding presiden parti. Harus diingatkan bahawa jika jadi presiden Umno secara automatik akan jadi perdana menteri.

"Tetapi saya cuba mengubah Umno supaya menjadi lebih demokratik dan telus. kita telah pinda perlembagaan parti bagi jawatan presiden Umno. Saya ambil risiko besar, tetapi saya menang tanpa bertanding dalam pemilihan," katanya.

Najib turut menyatakan beliau masih menerima sokongan daripada rakyat dan parti untuk terus memimpin negara.

"Kenapa saya perlu turun sedangkan saya menerima sokongan padu.Tidak ada mana-mana pihak boleh menentukan kepimpinan negara melainkan rakyat dan parti," katanya.

Sepanjang ucapan, Najib menerima tepukan gemuruh serta sorakan semangat 'hidup Najib, hidup Umno'.

Menurutnya, kewujudan media sosial merupakan satu cabaran besar bagi kepimpinannya.
"Kalau zaman Dr Mahathir ada media sosial, saya rasa keadaan bertambah teruk," katanya. - SH


Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com.

JANGAN CALON Ketua Umno bahagian sokong Najib, kata Dr M

Posted: 16 May 2015 09:15 PM PDT

 

IPOH - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan semua Ketua Umno Bahagian yang menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak dicalonkan pada pilihan raya akan datang.

Katanya, perkara berkenaan perlu dibuat bagi memastikan tiada sokongan untuk Najib kekal sebagai perdana menteri.

"Kita kena beritahu ketua bahagian kalau sokong Najib, kita akan tolak mereka. Mereka tak akan jadi calon untuk pilihan raya.

"Mereka sokong Najib, tapi Najib bukan sokong mereka. Janganlah bising sangat," katanya pada Program Bicara Negara di sebuah hotel di sini, semalam.

Dalam pada itu, Dr Mahathir berkata, pembangkang akan menang pada pilihan raya akan datang jika Datuk Seri Najib Tun Razak masih kekal sebagai perdana menteri.

"Kalau Najib terus jadi perdana Menteri, mereka (pembangkang) akan menang. Sebab itulah mereka nak dia (Najib) kekal sebagai Perdana Menteri," katanya ketika menjawab soalan Ketua Wanita Umno Bahagian Gopeng, Datuk Hamidah Osman pada sesi soal jawab. - SH


Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com.

Soalan Penyiasat 1MDB Wajib Tanya Oleh Kadir Jasin

Posted: 16 May 2015 08:30 PM PDT


 
SAYA minta izin nak cerita panjang sikit berkenaan 1MBD kali ini. Mungkin lebih panjang dan lebih terperinci daripada sebelum ini.

Saya tujukan rencana ini khusus kepada para penyiasat Pejabat Ketua Juruaudit Negara, Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM), polis dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam Parlimen (PAC) yang sedang dan akan memulakan siasatan ke atas 1MDB.

Saya mohon Ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara yang akan memulakan sesi baru Isnin ini turut memberi perhatian rapi terhadap perkembangan isu 1MDB.

Ahli Parlimen wajib ambil berat.

Saya akan cuba bercerita dalam bahasa paling mudah dengan harapan paling ramai orang boleh faham. Saya akan cuba mudahkan bahasa korporat dan beri penjelasan.

Untuk mudahkan cerita, saya mulakan dengan membuat kesimpulan berikut:

Kalau kita tak buat sesuatu dengan segera untuk atasi masalah 1MDB ia akan muflis dan kita serta anak cucu akan tanggung beban dan bala yang dahsyat.

Masalahnya sekarang bukan lagi sama ada 1MDB perlu di"bailout" (diselamatkan) tapi sejauh mana kita melaksanakan proses itu dan belanja yang terpaksa kita keluarkan.

Berikut adalah antara soalan yang wajib ditanya oleh para penyiasat dan penjelasan mengenainya:

1. Apakah peranan wang royalti minyak/gas negeri Terengganu dalam urus niaga Terengganu Investment Authority (TIA) apabila ia ditubuhkan pada tahun 2008?

2. Adakah benar sejumlah besar wang royalti minyak/gas Terengganu (berjumlah berbilion ringgit) telah dimasukkan ke dalam sebuah bank tempatan sebagai persediaan menggerakkan TIA?

[Soalan ini wajib dikemukakan kepada (Tan Sri) Azlan Zainol, bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KWSP/EPF, (Tan Sri) Mohd Bakke Salleh Presiden/CEO Sime Darby, (Tan Sri) Lodin Wok Kamaruddin, Pengerusi 1MDB dan CEO LTAT) dan (Tan Sri) Ismee Ismail (CEO Tabung Haji) yang berupa pengarah pengasas (founding directors) TIA. Menurut bekas MB Terengganu, (Datuk Seri) Ahmad Said wang Negeri Terengganu tidak digunakan oleh 1MDB dan Terengganu dapat balik modal berbayar (paid-up capital) TIA/1MDB sebanyak RM1 juta.]

4. Adakah benar Bakke menarik diri atau digugurkan daripada Lembaga Pengarah 1MDB kerana tidak bersetuju dengan urus niaga yang membabitkan PetroSaudi?

[Wajib tanya Bakke dan ahli Lembaga Pengarah lain, iaitu Lodin dan Ismee mengenai kemunculan Jho Low sebagai ejen 1MDB. Azlan tidak sertai lembaga 1MDB.]

5. Adakah berasas andaian bahawa kalau 1MDB tidak menjual saham anak syarikatnya, Edra Global Energy Sdn Berhad melalui tawaran awam permulaan (IPO), 1MDB akan mengalami masalah aliran tunai (cashflow) yang kronik sehingga tidak dapat menguruskan (service) hutang serta membiayai perniagaan menjelang September ini?

6. Adakah betul T. Ananda Krishnan (AK) telah memberi pinjaman RM2 bilion kepada 1MBD bagi membayar balik hutang kepada Maybank dan RHB Capital?

Mungkinkah Ananda digunakan untuk mengabui mata?

7. Atau adakah nama beliau diguna untuk menyembunyikan hakikat sebenar bahawa wang RM2 bilion itu datangnya daripada Perbendaharaan atau sumber-sumber kerajaan yang lain?

[Wajib siasat pembabitan AK dalam penjualan penjana elektrik bebas (IPP) miliknya kepada Edra Global Energy, anak syarikat milik penuh 1MDB. Daripada maklumat terbaru yang saya peroleh, andaian bahawa AK telah mendahulukan RM2 bilion kepada 1MDB mungkin songsang. AK terlalu licik dan pintar untuk mengambil risiko sebesar itu. Ini ada kena mengena dengan penilaian (valuation) harta Edra yang dikatakan sangat berbeza]

8. Adakah benar bahawa atas desakan AK penilaian telah dibuat ke atas aset Edra pada bulan November/Disember tahun lalu oleh kumpulan perbankan Macquarie yang meletakkan nilainya pada kadar RM5 bilion?

9. Kalau ini benar, bagaimana pula Goldman Sachs yang mengatur penjualan bon-bon 1MBD pada tahun 2012/13 meletakkan nilainya pada kadar RM8.5 bilion?

10. Mengapakah dalam masa yang singkat nilai aset Edra jatuh sebanyak RM3.5 bilion?

11. Adakah ini berpunca daripada perubahan kaedah perakaunan atau, seperti kata Tun Dr Mahathir Mohamad, berbilion-bilion hutang 1MDB tidak dapat dikesan penggunaannya?

[Beliau meletakkan angka itu sebanyak RM27 bilion daripada RM42 bilion hutang 1MDB.]

12. Tidakkah peranan Datuk Yusof Annuar Yaacob dalam urusan pinjaman 1MDB berupa "conflict of interest" (percanggahan kepentingan) yang serius?

Siasat peranan Yusof Annuar dalam penjualan bom 1MDB

[Apabila Goldman Sachs mengatur penjualan AS$4.75 bilion (kira-kira RM17.1bilion pada nilai sekarang) bon 1MDB dalam dua "tranche" pada tahun 2012/13, Yusof Annuar adalah Pengerusi dan Pengarah Urusan Goldman Sachs di Malaysia. Mengikut agensi berita ekonomi Bloomberg, Goldman Sachs mendapat komisen AS$500 juta (kira-kira RM1.8 bilion). 1MDB membayar yuran ASS$196.2 juta bagi bon bernilai ASS$1.75 bilion yang diterbitkan pada bulan Mei 2012 dan AS$283.2 juta bagi bon bernilai AS$3 bilion pada bulan Mac 2013].

13. Mengapakah yuran yang dibayar kepada Goldman Sachs begitu lumayan?

[Bandingkan dengan fakta berikut: Tahun lalu, National Commercial Bank, Saudi Arabia melakukan (IPO) AS$6 bilion (RM21.6 bilion) yang diatur oleh HSBC dan tujuh ejen lain. Menurut laporan akhbar New Straits Times, (yang amat akur kepada Mohd Najib), mereka hanya dibayar komisen AS$6.7 juta (RM24.1 juta) atau 0.1 peratus nilai IPO. Bagi IPO Alibaba, juga tahun lalu, yang bernilai AS$25 bilion (RM90 bilion), Credit Suisse dan Morgan Stanley hanya dibayar yuran AS$300 juta (RM1.08 bilion). IPO Alibaba dari Negeri China adalah IPO terbesar dalam sejarah.

Sekarang Yusof Annuar adalah Ketua Pegawai Negeri Deustche Bank bagi Malaysia dan Deutsche Bank sedang menuntut agar 1MDB bayar lebih awal hutang bernilai AS$975 juta (RM3.5 bilion) yang diaturnya tahun lalu.]

Perlu disebutkan juga iaitu (1) antara ahli konsortium Deustche Bank yang beri pinjaman kepada 1MDB adalah Aabar Investment PJS di mana Arul Kanda Kandasamy bekerja sebelum dilantik Pengarah Eksekutif Kumpulan dan Presiden 1MDB awal tahun ini dan (2) salah seorang ahli lembaga pengarah Deustche Bank Malaysia adalah (Datuk) Ahmad Johari Abdul Razak, adik Mohd Najib].

14. Adakah Deutsche Bank di bawah Yusof Annuar cuba menggunakan alasan "force majeure" untuk paksa 1MDB bayar balik hutang lebih awal kerana keadaaan telah berubah yang menjadikan pinjaman kepada 1MDB lebih berisiko?

15. Wajib soal siasat AK untuk mengetahui adakah benar khabar-khabar angin yang mengatakan satu jumlah yang sangat besar - melebihi RM600 juta - yang dibayar oleh 1MDB bagi membeli IPP dari Tanjung Energy PLC milik beliau, dibayar kepada pihak ketiga?

16. Apakah kedudukan undang-undang (legal status) Yayasan 1MDB Rakyat dan siapakah pemegang amanahnya?

Orang misteri Jho Low simpan banyak rahsia

17. Adakah benar Jho Low dan "carpet trader" Deepak Jaikishan kenal mengenali dan saling bantu-membantu?

[Kedua-duanya diketahui rapat dengan Mohd Najib dan isteri beliau, (Datin Paduka Seri) Rosmah Mansor. Sekarang Deepak tidak rapat lagi.]

18. Apakah pertalian Jho Low dengan Felda?

[Penyiasat perlu kaji perhubungan sumbang muhrim (incestuous relationship) yang membabitkan 1MDB, TH dan Felda serta peranan Pemandu dalam tiga entiti ini.]

19. Apakah peranan dan pendirian Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, dalam hal-hal yang melibatkan hutang dan pergerakan wang 1MDB yang sudah pun menyebabkan nilai ringgit jatuh?

20. Apakah betul ada individu yang menyimpan RM200 juta hingga RM300 juta dalam sebuah institusi kewangan bukan bank yang tidak dikawal oleh Bank Negara?

Soalan-soalan di atas dan banyak lagi soalan lain yang berkaitan dengan 1MDB dan pihak yang berkuasa ke atasnya wajib ditanya oleh para penyiasat.

Lebih ramai orang yang berkaitan 1MDB wajib dijejaki bagi mengetahui bagaimana krisis kewangan serta ketidaktelusan 1MDB boleh berlaku di depan mata kita dan hanya baru-baru ini saja terbongkar.

Unsur penipuan, subahat, penyalahgunaan kuasa, rasuah, kealpaan tanggungjawab korporat dan pecah amanah adalah antara isu yang wajib dirungkaikan oleh para penyiasat supaya yang bersalah dibawa ke muka pengadilan dan duit serta aset negara yang digunakan ke atas 1MDB diperoleh semula.

Kesan sistemik skandal 1MDB wajib disekat dan dihadkan demi melindungi ekonomi negara.

Kita mohon petunjuk dan perlindungan Allah Maha Esa.

Wallahuaklam. - http://kadirjasin.blogspot.com/

Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com.

Gadis Maut Selepas Makan Shaklee, Qu Puteh & Aura White Serentak By canang

Posted: 16 May 2015 08:00 PM PDT

 


PERAK - Seorang pelajar perempuan Kolej Sains Kesihatan Bersekutu (KSKB) Ulu Kinta, dilaporkan meninggal dunia disebabkan pengambilan makanan tambahan secara serentak.
"Al-fatihah buat student nurse semester 6 KSKB Ulu Kinta yang meninggal because of diagnosis 'Consume Alfafa (dedicated) by Shaklee'. Wallahualam. Allah know better about this. Just keep pray for Nor Idayu. Semoga Allah mencucuri rahmat atas rohnya. Amin,"
Difahamkan, mangsa, Nor Idayu, dilaporkan mengambil makanan tambahan Shaklee, Qu Puteh dan Aura White secara serentak sehingga mendatangkan kesan sampingan menyebabkan mangsa pengsan secara tiba-tiba.
 
Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh dan ditempatkan di wad kecemasan dan dilaporkan meninggal dunia.
 
Laporan mengenai tiga jenis makanan tambahan yang popular ini sedikit sebanyak menimbulkan keresahan penggunanya khususnya pengguna wanita.sumber

Pandikar Amin Nafi Letak Jawatan Speaker, Kembali Bertugas Isnin

Posted: 16 May 2015 07:30 PM PDT


Tan Sri Pandikar Amin Mulia menafikan dakwaan beliau meletak jawatan speaker Dewan Rakyat, dan akan meneruskan tugas seperti biasa apabila Parlimen bersidang semula Isnin ini.

"Adalah dimaklumkan saya tidak ada meletakkan jawatan sebagai Yang di-Pertua Dewan Rakyat sepertimana yang disebut mana-mana pihak.

"Saya akan bertugas seperti biasa sebagai Yang di-Pertua Dewan Rakyat pada Persidangan Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Parlimen Ke-13 mulai pada 18 Mei hingga 18 Jun 2015," katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Penafian Pandikar (gambar) susulan dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini beliau sudah meletak jawatan speaker dan tempatnya digantikan timbalannya.

"Speaker sudah berhenti. Dia datang jumpa saya dia kata dia hendak berhenti. Dia tidak mahu dah. Sekarang yang jadi pengerusi dewan, dia punya timbalan," kata Dr Mahathir dalam satu program Bicara Negara yang diadakan di Ipoh, Perak hari ini.

Pandikar dalam kenyataannya berkata beliau juga dijangka menyempurnakan upacara angkat sumpah dua ahli Parlimen baharu yang memenangi pilihan raya kecil Rompin dan Permatang Pauh baru-baru ini.

Di samping itu, beliau juga akan mempengerusikan sesi pembentangan usul Rancangan Malaysia ke-11 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Kenyataan Dr Mahathir mengenai Pandikar mengundang penafian daripada pelbagai pihak, termasuk Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Ronald Kiandee dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim. – The Malaysian Insider/16 Mei, 2015.
 
 
Dunia Cacamarba

Pemimpin UMNO yang ada menjaga kepentingan diri saja dedah Mahathir

Posted: 16 May 2015 07:00 PM PDT

 

Patutlah.. walaupun dah nampak kepincangan dan kelemahan pentadbiran Najib.. tak ada siapapun pemimpin UMNO yang berani bersuara menegurnya..

Semuanya memekakkan telinga, membutakan mata dan buat bodoh saja seperti lembu yang dicucuk hidungnya.. diheret ke kiri ke kiri lah mereka.. diheret ke kanan.. ke kananlah mereka..

Semuanya kerana perut..

Baca apa Mahathir kata ni...

Dr Mahathir berkata Dewan Rakyat boleh mengadakan usul tidak percaya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, namun ahli Parlimen Umno tidak berani melakukannya. 
Katanya, jika benar Dewan Rakyat meluluskan usul undi tidak percaya itu, ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) perlu turut sama memberi sokongan agar usul berkenaan mendapat sokongan majoriti. 
"Sebenarnya Parlimen boleh menjatuhkan Najib dengan mengadakan undi tidak percaya kepadanya. Ahli Umno bukan majoriti. Mereka terpaksa juga mendapat sokongan daripada ahli BN. 
"Saya dapati ahli Umno agak lemah dan mereka tidak berani buat apa pun. Takut-takut lagi satu pilihan raya tidak boleh jadi calon kot, tidak tahulah. 
"Masing-masing semua takut belaka menjaga kepentingan diri. Sebab itu hendak ada undi tidak percaya agak sukar," katanya dalam dewan yang dipenuhi lebih 1,000 orang. 
Menjawab soalan salah seorang hadirin mengenai kelantangannya mengkritik Najib boleh menyebabkannya dipecat daripada Umno, Dr Mahathir berkata, 
"Nak pecat saya, pecat. Saya sudah kena pecat daripada (zaman) Tunku (Abdul Rahman) lagi." lapor The Malaysian Insider

Nampak?? Rakyat didahulukan konon...

VIDEO - Tun Mahathir - Bicara Negara Soal Jawab

Posted: 16 May 2015 06:30 PM PDT


Najib janji kosong-Hindraf...? FMT Reporters

Posted: 16 May 2015 06:00 PM PDT

P. Waytha Moorthy,NAJIB,HINDRAF

P. Waytha Moorthy persoal peruntukan RM2.8 bilion yang kononnya digunakan untuk memperbaiki taraf hidup kaum India di negara ini.

P. Waytha Moorthy,NAJIB,HINDRAF

PETALING JAYA: Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf) mendakwa kerajaan berbohong berhubung kenyataannya telah membelanjakan RM2.8 bilion bagi membantu memperbaiki taraf hidup penduduk kaum India di antara tahun 2012 hingga 2014.

Tuduhan itu dibuat Pengerusinya, P. Waytha Moorthy ketika mengulas kenyataan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Negara Tan Sri Irwan Serigar Abdullah.

Dalam temuramahnya dengan sebuah akhbar berbahasa Tamil, Irwan dipetik sebagai berkata, kerajaan telah bersetuju dengan Hindraf pada April 2013 untuk melaksanakan dasar baru bagi membantu masyarakat India Malaysia.

Menurut Moorthy, apabila Perdana Menteri bersetuju melantiknya sebagai timbalan menteri pada 2013, Najib telah berjanji membentuk satu unit baru dalam kerajaan yang akan membuat dasar dan program ekonomi khusus kepada penempatan 800,000 pekerja estet.

Beliau juga dikatakan berjanji untuk mengatasi masalah penempatan semula kuil Hindu, soal kerakyatan, pendidikan dan peluang pekerjaan kepada masyarakat India yang miskin.

""Dalam bajet tahunan yang dianggarkan RM 2.5 bilion seperti yang dipersetujui, tetapi tidak ditunaikan", kata Waytha Moorthy.

Dakwanya, dia telah diajak oleh Najib untuk menyertai kabinet sebagai sebahagian rancangan kerajaan untuk menghapuskan pengaruh kuat Hindraf ke atas kaum India di negara ini.

Sebelum itu sokongan kaum berkenaan terhadap Barisan Nasional (BN) khususnya MIC terhakis teruk dan ia telah memberi kemenangan besar kepada Pakatan Rakyat (PR) dalam dua Pilihan Raya Umum (PRU) iaitu pada 2008 dan 2013.

Waytha Moorthy yang berhenti dari kabinet selepas 8 bulan dilantik berkata, kepimpinan Najib bukan sahaja telah kehilangan sokongan daripada orang Melayu, tetapi telah hilang kepercayaan daripada seluruh masyarakat India di negara ini.

Murid sekolah agama cedera selepas hukuman sebat ??

Posted: 16 May 2015 05:30 PM PDT

 

Ustaz bantai pelajar tahfiz

15 tahun itu mengalami kesan lebam dan berdarah pada belakang badan akibat dipukul tenaga pengajar bergelar ustaz.
 
SETIU : Seorang pelajar tahfiz cedera di bahagian belakang badan selepas dirotan beberapa kali oleh seorang tenaga pengajar dalam kejadian di Penarik, Setiu, Khamis lepas.

Dalam kejadian pukul 1 tengah hari itu, mangsa berusia 15 tahun itu mengalami kesan lebam dan berdarah pada belakang badan akibat dipukul tenaga pengajar bergelar ustaz.

Ketua Polis Daerah Setiu, DSP Ab Rahman Raja Mohamad berkata, susulan laporan tersebut, pihaknya telah merakamkan percakapan mangsa dan gambar kecederaan yang dialami mangsa turut dirakam.

"Kita juga telah ke pusat tahfiz berkenaan untuk mengesan barang kes serta ustaz tersebut dan siasatan lanjut berhubung kes ini sedang dijalankan," katanya yang dipetik dari Bernama.

Katanya pelajar berkenaan telah dihantar ke Hospital Setiu untuk menerima rawatan dan kes disiasat dibawah seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.



-BERNAMA -

Dr M tuduh Najib 'tak pernah cakap betul'

Posted: 16 May 2015 05:00 PM PDT



Hadirin yang mendengar ucapan Tun Dr Mahathir di Ipoh, Perak hari ini diberitahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melakukan pembohongan dalam isu pembelian jet baru kerajaan.

Sambil ketawa, bekas perdana menteri selama 22 tahun itu berkata walaupun Najib memenuhi ciri "gaya" seorang pemimpin namun dengan pelbagai isu yang timbul serta pembohongan yang dilakukan ahli parlimen Pekan itu menjadikan dia tidak lagi layak memimpin negara.

Dr Mahathir menceritakan, sebelum ini beliau pernah menasihati Najib (kanan) supaya membeli drone (pesawat udara tanpa pemandu) bagi menjaga kawasan pantai di Sabah.

Katanya, walaupun pertemuan dengan penjual drone diaturkan , sehingga hari ini tiada sebarang tindakan susulan yang dilakukan, termasuk untuk membeli pesawat tersebut.

Najib nampak segak

"Najib sebaliknya membeli pesawat mewah yang baru," kata Dr Mahathir.

Justeru, beliau mempertikaikan keputusan Najib membeli kapal terbang mewah baru.

"Apa perlu kapal terbang besar? Nak beli kononnya raja nak pakai tapi tak nampak raja pakai pun.

"Tak pernah cakap betul, selalu bohong," katanya.

Dianggarkan seramai 2,000 orang memenuhi tempat majlis itu diadakan hari ini.

Kata Dr Mahathir, susuk Najib memanglah kelihatan begitu segak.

"Tinggi, putih. Rambut pun dah putih dah. Gaya dah ada sebab itu saya pilih dia dulu (sebagai perdana menteri)," katanya.

Selain itu, Dr Mahathir turut memberikan nasihat kepada Najib bahawa seorang perdana menteri tidak seharusnya hidup mewah.

Katanya, kehidupan yang dijalani Najib kini berbeza daripada bapanya Tun Abdul Razak Hussein.

Abdul Razak yang menjadi perdana menteri kedua negara, kata Dr Mahathir, sering mengayuh basikal ke kawasan kampung untuk bertemu rakyat.

"Sebagai perdana menteri, kita tak harus hidup mewah. Kalau perdana menteri macam bapa dia dulu, kayuh basikal ke kampung. Saya pun dulu siap bawa isteri saya (masuk kampung) siap jatuh dalam sawah padi. Itu cara kita pimpin.

"Saya percaya dan yakin, kalau biar Najib memimpin lagi dia akan kalah dan tak ada lagi orang nak beri perlindungan pada kita semua. Sebab itu sebelum dia kalah, lebih baik dia pergi," kata Mahathir lagi.

- mkini

Sila heret saya dan Nazir Razak ke mahkamah,YB Tony Pua beritahu 1MDB

Posted: 16 May 2015 04:30 PM PDT

Ahli ParlimenPetaling Jaya Utara Tony Pua berkata dengan mengheret pengkritik ke mahkamah, sekurang-kurangnya rakyat Malaysia dapat akhirnya mendengar sendiri jawapan 1MDB terhadap isu yang dibangkitkan daripada kandang saksi. – 

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara YB Tony Pua berkata dengan mengheret pengkritik ke mahkamah, sekurang-kurangnya rakyat Malaysia dapat akhirnya mendengar sendiri jawapan 1MDB terhadap isu yang dibangkitkan daripada kandang saksi.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua hari ini mencabar lembaga pengarah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) mengheret beliau dan pengerusi CIMB Group ke mahkamah, beberapa jam selepas syarikat itu mengugut akan menyaman pengkritik yang membuat tuduhan fitnah.

"Silakan, ambil tindakan mahkamah terhadap Datuk Seri Nazir Razak dan saya," kata Pua merujuk pengerusi CIMB Group yang juga merupakan adik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mengetuai lembaga penasihat 1MDB.

Malam semalam, 1MDB bertegas kewangannya sudah melalui audit oleh firma antarabangsa, dan memberi amaran akan menyaman pihak yang melemparkan kenyataan fitnah dan berniat jahat terhadap syarikat pelaburan milik kerajaan itu.

"Lembaga melihat dengan serius tuduhan berniat jahat dan fitnah, dan berhak mengambil tindakan undang-undang," kata kenyataan 1MDB yang dibebani hutang mencecah RM42 bilion, di samping pelbagai pendedahan dan dakwaan salah urus.

Pua berkata dengan mengheret pengkritik ke mahkamah, sekurang-kurangnya rakyat Malaysia dapat akhirnya mendengar sendiri jawapan 1MDB terhadap isu yang dibangkitkan daripada kandang saksi.

Kelmarin, Nazir mempersoalkan sikap berlengah lembaga pengarah 1MDB dalam melantik juru audit bebas bagi menangkis pelbagai tuduhan dan kritikan berkenaan hutang RM42 yang ditanggungnya.

Menurutnya, sekiranya 1MDB tidak berbuat demikian, ahli lembaga dan pengurusannya perlu meletak jawatan.

"Ia adalah tanggungjawab asas. Terdapat ketidakyakinan yang besar terhadap kewangan anda. Anda perlu menanganinya dengan rasa tanggungjawab. Tetapi anda duduk di situ menunggu ketua audit negara.

"Bagi saya, ini tidak bertanggungjawab. Jika ini tindakannya, lebih baik letak jawatan dan biar orang lain ambil alih," kata Nazir seperti dipetik The Star.

Pua berkata banyak tuduhan ke atas 1MDB tidak dijawab termasuklah keengganan lembaga dan pengurusannya menjelaskan sama ada entiti tersebut mampu membayar kembali pinjaman US$75 juta kepada Deutsche Bank.

"Tidak ada satu pun soalan amat penting dan mendesak yang memerlukan audit menyeluruh Ketua Audit Negara dijawab. Lembaga Pengarah mempunyai tanggungjawab untuk meyakinkan pembayar cukai Malaysia dan pasaran kewangan dengan fakta dan bukti semua di atas adalah benar atau mungkin wajar," katanya.

Deutsche Bank antara 6 bank yang sebelum ini dilaporkan mahu 1MDB melangsaikan segera hutang berjumlah RM3.6 billion.

Pua berkata pasaran berada dalam keadaaan cemas kerana jelas 1MDB merupakan syarikat muflis dan tidak mampu membayar hutang.

"Sekiranya 1MDB benar tidak mempunyai masalah seperti mana diaudit oleh firma reputasi tinggi iaitu Deloitte, kenapa mereka memerlukan kebenaran Kabinet untuk meluluskan pinjaman kecemasan sebanyak RM950 juta pada Februari?

"Jika segala kritikan dan pendedahan tidak benar, kenapa 1MDB dilihat cuba untuk segera menyelesaikan semua tanah yang dibeli pada harga murah kepada dana kerajaan seperti Lembaga Tabung Haji dan Kumpulan Amanah Wang Persaraan (KWAP) dengan harga tinggi?" soal beliau.

Pua juga berkata lembaga pengarah 1MDB tidak berhak menuntut rakyat Malaysia bersabar walhal mereka sebenarnya yang tidak bertanggungjawab dan telus dalam segala transaksi dan aktiviti syarikat itu.

"Amat melucukan apabila lembaga mengugut menyaman pengkritik," katanya.

"Kenapa tunggu sehingga hari ini untuk mengambil tindakan undang-undang kerana tuduhan yang dikatakan merosakkan itu sudah tersebar kepada masyarakat umum hampir setahun?" – 16 Mei, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

Dr Mahathir bertahan 22 tahun kerana syarat pemilihan Umno, kata Najib OLEH JAMILAH KAMARUDIN

Posted: 16 May 2015 09:00 AM PDT

 
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (tengah) semasa 'Bicara Negara bersama Tun Mahathir' di Hotel Tower, Regency Ipoh, Perak hari ini.– 

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (tengah) semasa 'Bicara Negara bersama Tun Mahathir' di Hotel Tower, Regency Ipoh, Perak hari ini.– 

Datuk Seri Najib Razak sekali lagi melancarkan kritikan balas terhadap serangan Tun Dr Mahathir Mohamad ke atasnya dengan berkata, bekas perdana menteri itu mampu kekal 22 tahun menerajui Umno kerana halangan perlembagaan parti ketika itu, yang memerlukan sekurang-kurangnya 63 undi ketua bahagian bagi merebut jawatan tertinggi itu.

"Kalau dahulu hendak cabar presiden, mesti ada undi 63 ketua bahagian, jadi Tun Mahathir bolehlah kekal 22 tahun guna perlembagaan itu," katanya di majlis "Sepetang Bersama Perdana Menteri" di Klang hari ini.

Menurut Najib, dirinya masih mendapat sokongan majoriti ahli parti, walaupun sudah meminda perlembagaan Umno yang membolehkan presiden dicabar tanpa undi minima itu, malah beliau menang tanpa bertanding.

Dr Mahathir sebelum ini menggesa Najib meletak jawatan berikutan kemelut 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dilanda hutang mencecah RM42 bilion, di samping pelbagai masalah lain.

Di Ipoh hari ini, Dr Mahathir sekali lagi mengulangi desakan itu.
 
"Banyak sangat kesalahan Najib yang saya hendak cerita ini, dan saya yakin penuh kalau dia pimpin, dia akan kalah. Apabila kalah, hendak pulih balik Umno, saya fikir tamatlah," katanya ketika berucap di majlis Bicara Negara di Ipoh, Perak.

Najib berkata masih mendapat sokongan majoriti ahli parti, walaupun sudah meminda perlembagaan Umno yang membolehkan presiden dicabar tanpa undi minima itu. – 

Najib berkata masih mendapat sokongan majoriti ahli parti, walaupun sudah meminda perlembagaan Umno yang membolehkan presiden dicabar tanpa undi minima itu. – 

Bagaimanapun, Najib mempersoalkan desakan Dr Mahathir itu, dan berkata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berpendapat beliau perlu kekal.

"Presiden PAS pun faham kata saya tidak patut turun.

"Saya ini dah dipilih melalui sistem sedia ada dan demokrasi. PAS pun faham," katanya. – 16 Mei, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

Dr Mahathir bertahan 22 tahun kerana syarat pemilihan Umno, kata Najib

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (tengah) semasa 'Bicara Negara bersama Tun Mahathir' di Hotel Tower, Regency Ipoh, Perak hari ini.– Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 16 Mei, 2015. Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (tengah) semasa 'Bicara Negara bersama Tun Mahathir' di Hotel Tower, Regency Ipoh, Perak hari ini.– Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 16 Mei, 2015. Datuk Seri Najib Razak sekali lagi melancarkan kritikan balas terhadap serangan Tun Dr Mahathir Mohamad ke atasnya dengan berkata, bekas perdana menteri itu mampu kekal 22 tahun menerajui Umno kerana halangan perlembagaan parti ketika itu, yang memerlukan sekurang-kurangnya 63 undi ketua bahagian bagi merebut jawatan tertinggi itu.
"Kalau dahulu hendak cabar presiden, mesti ada undi 63 ketua bahagian, jadi Tun Mahathir bolehlah kekal 22 tahun guna perlembagaan itu," katanya di majlis "Sepetang Bersama Perdana Menteri" di Klang hari ini.
Menurut Najib, dirinya masih mendapat sokongan majoriti ahli parti, walaupun sudah meminda perlembagaan Umno yang membolehkan presiden dicabar tanpa undi minima itu, malah beliau menang tanpa ‎bertanding.

Dr Mahathir sebelum ini menggesa Najib meletak jawatan berikutan kemelut 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dilanda hutang mencecah RM42 bilion, di samping pelbagai masalah lain. Di Ipoh hari ini, Dr Mahathir sekali lagi mengulangi desakan itu.
"Banyak sangat kesalahan Najib yang saya hendak cerita ini, dan saya yakin penuh kalau dia pimpin, dia akan kalah. Apabila kalah, hendak pulih balik Umno, saya fikir tamatlah," katanya ketika berucap di majlis Bicara Negara di Ipoh, Perak.
Najib berkata masih mendapat sokongan majoriti ahli parti, walaupun sudah meminda perlembagaan Umno yang membolehkan presiden dicabar tanpa undi minima itu. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 16 Mei, 2015.Najib berkata masih mendapat sokongan majoriti ahli parti, walaupun sudah meminda perlembagaan Umno yang membolehkan presiden dicabar tanpa undi minima itu. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 16 Mei, 2015.
Bagaimanapun, Najib mempersoalkan desakan Dr Mahathir itu, dan berkata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berpendapat beliau perlu kekal.
"Presiden PAS pun faham kata saya tidak patut turun.
"Saya ini dah dipilih melalui sistem sedia ada dan demokrasi. PAS pun faham," katanya. – 16 Mei, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/dr-mahathir-bertahan-22-tahun-kerana-syarat-pemilihan-umno-kata-najib#sthash.HC9w3ox3.dpuf

Tun Razak tubuh Umno, Najib tanam Umno, kata Dr Mahathir OLEH HASBULLAH AWANG CHIK

Posted: 16 May 2015 08:30 AM PDT

 
Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak sanggup melihat Umno tewas di bawah Najib pada PRU akan datang, dan oleh itu pemimpin parti perlu melakukan sesuatu menyelamatkan parti.

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak sanggup melihat Umno tewas di bawah Najib pada PRU akan datang, dan oleh itu pemimpin parti perlu melakukan sesuatu menyelamatkan parti.

Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan pelbagai kesilapan pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hanya akan menyebabkan kekalahan Umno dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang, walaupun bapa Najib, Tun Abdul Razak merupakan salah seorang pengasas parti Melayu itu.

Bekas perdana menteri itu berkata beliau tidak sanggup melihat Umno tewas di bawah Najib pada PRU akan datang, dan oleh itu pemimpin parti perlu melakukan sesuatu menyelamatkan parti.

"Banyak sangat kesalahan Najib yang saya hendak cerita ini, dan saya yakin penuh kalau dia pimpin, dia akan kalah. Apabila kalah, hendak pulih balik Umno, saya fikir tamatlah.

"Bapanya tubuh Umno, anaknya nak tanam Umno," katanya ketika berucap di majlis Bicara Negara di Ipoh, Perak hari ini.

Ketika diusik hadirin isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor yang menjadi punca kekalutan pemerintahan Najib, Dr Mahathir berkata: "Saya tidak mahu sebut yang itu. Di situ pun banyak yang tidak kena." – 16 Mei, 2015.



- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

Mufti Perlis didakwa 'tertinggal kereta api'

Posted: 16 May 2015 08:00 AM PDT

 
 
Ketika banyak pihak menyatakan kebimbangan masing-masing terhadap nasib malang dialami pelarian Rohingya, seorang penulis menempelak Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini.

Dalam statusnya di Facebook, Faisal Tehrani berkata, Mohd Asri ternyata ketinggalan dalam isu Rohingya apabila mempertikaikan sikap sami Buddha yang tidak mengecam keganasan dilakukan junta tentera di Myanmar.

"Apa punya ketinggalan. Dalai Lama telah lama menyuarakan nasib Rohingya di Burma (Myanmar) dan Sri Lanka sekian lama," katanya.

Sebelum ini media melaporkan kenyataan Mohd Asri yang mahu tokoh agama Buddha menyatakan kecaman mereka terhadap kekejaman dasar kerajaan Myanmar ke atas etnik Rohingya.

Kata Mohd Asri, krisis kemanusiaan membabitkan etnik Rohingya di Myanmar memang berpunca daripada tindakan pelampau Buddha yang mesti dikecam.

Beliau juga menyatakan kehairanannya mengapa masyarakat dunia tidak menganggap kekejaman yang berlaku itu sebagai perbuatan pelampau Buddha.

Penulis yang mempunyai nama sebenar Mohd Faizal Musa (kanan) itu berkata, Mohd Asri wajar tahu membezakan antara "Buddha Theravada" dan "Buddha Mahayana".

Oleh sebab itu, kata Faisal, umat Islam perlu memahami ilmu sosiologi di masjid.

Kegagalan memahami ilmu itu, menurut Faisal, hanya menjadikan umat Islam jahil terhadap "maritim pingpong" seperti apa yang berlaku ketika ini.
 

Berdebat dengan Najib? Boleh, kata Dr M

Posted: 16 May 2015 07:15 AM PDT

 
Demi mempertahankan alasannya mendesak Datuk Seri Najib Razak melepaskan jawatan sebagai perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyatakan secara terbuka kesediaannya berdebat dengan perdana menteri.

Sambil tersenyum, Dr Mahathir berkata, dia juga mempunyai kebolehan untuk berdebat.

"Saya adalah sikit kebolehan dalam bidang debat ini. Kalau nak debat, OK lah," kata Mahathir sambil mendapat tepukan dan sorakan gemuruk daripada kira-kira 2,000 hadirin yang tekun mendengar ucapannya di Ipoh, Perak hari ini.

Menurut bekas perdana menteri itu, kesanggupannya itu dibuat berhubung pelbagai isu yang dibangkitkannya sebelum ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan sama ada bersedia untuk berdebat dengan Najib pada program Bicara Negara di Ipoh petang ini.

Dr Mahathir ajar Najib 'tinggalkan isteri'

Posted: 16 May 2015 06:30 AM PDT

 
"Sayangkan isteri, tinggal-tinggalkan," kata Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menyindir Datuk Seri Najib Razak ketika sekali lagi mendesak supaya beliau melepaskan jawatan sebagai perdana menteri.

Ketika berucap dalam program Bicara Negara di Hotel Tower Regency, Ipoh, Perak petang ini, Dr Mahathir berkata, Najib perlu melepaskan jawatannya sebagai ketua kerajaan walaupun beliau mungkin amat menyayangi posisi tersebut.

Kata Dr Mahathir, Najib perlu memberi laluan untuk orang lain kerana statusnya kini "tidak disukai rakyat."

"Orang kata sayangkan isteri, tinggal-tinggalkan. Sayang jawatan pun macam tu jugalah. Sayang jawatan, tinggal-tinggalkan," katanya.

Menurut Dr Mahathir, beliau sendiri pernah sayang kepada jawatannya sebagai perdana menteri.

Selama 22 tahun, katanya, beliau 'berkahwin' dengan jawatan itu dan berasa sayang kepadanya.

Cukuplah, bagi peluang

"Tetapi (apabila) sampai masa, saya letak (jawatan). Cukuplah, bagi peluang dengan orang macam Najib," kata Mahathir.

Kira-kira 2,000 orang merangkumi pelbagai kaum hadir mendengar ucapan daripada bekas pemimpin berkenaan yang bercakap panjang lebar mengenai isu yang melibatkan Najib (kanan).

Kata Dr Mahathir,  tujuannya mengkritik Najib secara terbuka bukan bertujuan untuk kepentingan peribadi, sebaliknya demi Umno, bangsa dan negara.

"Banyak sangat dia buat tidak kena. Sebab itu sudah tiba masanya dia berhenti menjadi perdana menteri. Saya dah buat perhitungan mendalam, Najib tak boleh menang dalam pilihan raya umum (PRU) ke-14," katanya.

Nak tidur pun tak boleh

Dr Mahathir berkata, tiada sebarang kepentingan peribadi untuknya berusaha menyingkirkan Najib.

"Saya dah pencen, nak tidur. Tapi tidur tak lena sebab fikir pasal ini," katanya lagi.

Bagi memastikan Najib meletakkan jawatannya sebagai perdana menteri dan juga Presiden Umno, Dr Mahathir meminta supaya parti itu menggugurkan anak Tun Abdul Razak Hussein itu.

Katanya, sebagai individu yang berjuang bersama Umno sejak zaman Tunku Abdul Rahman, beliau tidak sanggup membiarkan parti itu lenyap jika Najib kalah pada PRU ke-14 nanti.

"Umno perlu gugurkan Najib. Ini tanggungjawab. Kalau Najib terus memimpin dan kalah Umno akan lenyap. Satu pertubuhan yang bertuah dan berjuang sekian lama bersama Tunku Abdul Rahman, Tun Razak dan anak Tun Razak bagi hancur Umno. Saya tak rela.

"Saya yakin penuh kalau dia (Najib) masih lagi pimpin, dia akan kalah dan kalau kalah nak pulih Umno balik saya fikir susah. Bapak (Abdul Razak) tubuh Umno anak pula nak tanam Umno.

"Walaupun saya rasa orang akan marah saya, saya isytiharkan saya tidak sokong Najib," kata Mahathir lagi sambil mendapat tepukan gemuruh hadirin.
 

Kisah Sebenar Nurse Mati Kerana Terlebih Makan Shaklee

Posted: 16 May 2015 06:00 AM PDT

 


Kisah Sebenar Jururawat Maut Kerana Produk Supplemen Shaklee | Sekali lagi, semua yang berhubungkait dengan produk Shaklee baik pengeluar, penjual dan pengguna diberi tamparan hebat dengan berita yang tersebar mengatakan bahawa seorang jururawat telah maut akibat pengambilan dos berlebihan produk Shaklee.

Sebelum ini, seorang wanita telah menceritakan pengalaman bagaimana ovarinya terpaksa dibuang akibat pengambilan produk makanan tambahan dan ramai yang menuduh bahawa produk terbabit adalah Shaklee.

Terbaharu, viral di laman sosial mengenai berita seorang nurse Kolej Kejururawatan di Ulu Kinta mati akibat Shaklee yang diambil berlebihan.

Beliau juga dikatakan telah mengambil produk Shaklee, Qu Puteh dan Aura White secara serentak.

Dan orang ramai menyangkal berita tersebut yang mengatakan produk shaklee merupakan penyebab kematian nurse terbabit:

Berita Gempar Buat Pejabat Perdana Menteri

Posted: 16 May 2015 05:30 AM PDT

 

Muncul Petanda Najib Akan Berundur? Ketibaan Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini daripada tanah suci Mekah selepas mengerjakan umrah disambut kira-kira 60 ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu termasuk Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), sebagai tanda sokongan kepada bekas perdana menteri itu.

Dr Mahathir tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang kira-kira jam 4 petang.

Turut hadir Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali, bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim, dan bekas naib ketua Umno Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.


Pertubuhan lain yang hadir termasuk dari Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas), dan Ikatan NGO Malaysia.
Penyokong bersorak "Hidup Dr Mahathir" dan bersalaman dengan Dr Mahathir sebaik keluar daripada pintu pagar ketibaan lapangan terbang.

Zaid yang tiba seawal jam 3 petang yang ditemui pemberita berkata, kehadirannya hari ini bagi memberi sokongan kepada Dr Mahathir yang lantang mengkritik pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Muncul Petanda Najib Akan Berundur?

"Saya hadir bagi memberi sokongan dan mahu Dr Mahathir wajar meneruskannya," kata Zaid.


Dr Mahathir bertolak mengerjakan Umrah ketika kemelut 1Malaysia Development Berhad (1MDB) hangat diperkatakan, ekoran pembelian tanah oleh Lembaga Tabung Haji daripada syarikat menanggung beban hutang tersebut.

Semalam, satu pesanan khidmat ringkas (SMS) tersebar yang menggesa supaya orang ramai hadir bagi memberi sokongan kepada Dr Mahathir hari ini.

"Jom sambut negarawan terbilang Tun Mahathir yang kembali dari Mekah bersama Tun Dr Siti ibu mithali negara pada 15 Mei Jumaat, jam 12.30pm di Subang Skypark Terminal.

"Tun M adalah insan mulia yang terlalu banyak jasa pada negara.


"Dihina, dikeji dan dikutuk namun Tun M meneruskan misi perjuangan yang belum selesai. Rakyat marhaen bersama Tun walaupun tidak diberi BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia). Ayuh kita ke Subang Skypark," tulis SMS tersebut.

Sementara itu, Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali yang ditemui berkata, mereka hadir sekadar menyambut ketibaan Dr Mahathir dan seperti orang ramai, beliau mahu isu 1MDB diperjelaskan.

"Seperti orang lain juga, kami juga ingin mengetahui tentang perkara dibangkitkan oleh Dr Mahathir dan perkara mengenai 1MDB," katanya.

Beberapa penyokong Perkasa juga membentangkan kain rentang tertulis "Selamat Pulang  Pahlawan Terbilang Tun Dr Mahathir Mohamad".

Khairuddin, antara pemimpin akar umbi Umno yang lantang membangkitkan isu 1MDB semasa bercakap kepada pemberita juga menyatakan sokongannya kepada Dr Mahathir dan mendesak penjelasan daripada Najib.

"Saya hadir hari ini bagi menyatakan sokongan kepada Dr Mahathir dan kerajaan perlu menjawab mengenai isu 1MDB," katanya.

Pemerhati politik hari ini melihat kepulangan dan sambutan yang diberikan kepada Dr Mahathir hari sebagai ulangan peristiwa tujuh tahun lalu, pada 2008 apabila Dr  Mahahir melancarkan serangan ke atas perdana menteri pada ketika itu Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Dr Mahathir juga sudah memberi kata dua kepada Najib supaya letak jawatan atau Umno dan Barisan Nasional (BN) berdepan kemungkinan hilang kuasa dalam pilihan raya umum akan datang.

Bagaimanapun, Dr Mahathir hari ini tidak mengeluarkan sebarang kenyataan atau memberikan ucapan tetapi hanya bersalaman dengan penyokong yang menyambutnya.

TERKINI - Pandikar letak jawatan Speaker Parlimen?

Posted: 16 May 2015 05:00 AM PDT

 
Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Tan Sri Pandikar Amin Mulia telah memaklumkan kepadanya untuk meletakkan jawatan sebagai speaker Dewan Rakyat.

Tanpa memberi maklumat lanjut mengenai perkara tersebut, mantan perdana menteri itu berkata, Dewan Rakyat kini dipengerusikan oleh timbalannya Pandikar, Datuk Ronald Kiandee (kiri).

"Speaker sudah berhenti dah. Dia jumpa saya nak berhenti. Speaker dah berhenti. Sekarang yang jadi Pengerusi Dewan Rakyat ialah timbalannya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan daripada hadirin dalam program Bicara Negarawan di Ipoh hari ini.

Mahathir sebelum itu menjawab soalan hadirin sama ada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak boleh dijatuhkan sekiranya mendapat undi tidak percaya di Parlimen.
  
 
 

UMNO JOHOR SERATUS PERATUS DIBELAKANG NAJIB.

Posted: 16 May 2015 04:09 AM PDT

 
Rizal Razali's photo.

Umno Johor melalui mesyuarat Badan Perhubungan negeri itu yang berlangsung di Johor Baru malam tadi memutuskan untuk terus menyokong kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, bagi membolehkan beliau menyelesaikan masalah dan isu yang melanda negara sekarang ini, kata Datuk Samsol Bari Jamali.

Ketua penerangan Umno Johor itu berkata, mereka juga TIDAK melihat ada individu lain yang layak untuk dilantik menggantikan beliau.

"Ceritanya lebih kepada sokongan (kepada Najib)...kita pun tiada pilihan, nak macam mana, tiada pilihan kita nak tukar," kata Samsol ketika mengulas mesyuarat Najib dan Umno Johor malam tadi.

"Kita beri sokongan untuk selesaikan masalah yang ini," katanya, merujuk kepada isu berbangkit seperti syarikat pelaburan strategik milik Kementerian Kewangan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan juga isu membabitkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Samsol, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Semarang berkata, melalui sokongan yang diberikan Umno Johor, Najib diharapkan akan dapat mengukuhkan kedudukan parti Melayu itu.

"Isu yang ditimbulkan (ketika mesyuarat seperti) 1MDB, apa semua...kita beri sokongan supaya dia boleh selesaikan masalah untuk kukuhkan kepimpinan parti," katanya.

Najib kini dalam lawatan 2 hari ke Johor, bermula dengan pertemuan tertutup bersama ahli badan perhubungan Umno negeri itu malam tadi di Hotel Seri Pasific Johor Baru.

Pertemuan itu dijadualkan berlangsung jam 8 malam tadi dan tamat sekitar jam 11.30 malam.

Najib turut dijadualkan merasmikan projek perumahan rakyat (PPR) Melana Indah di Johor Baru, pagi ini, sebelum kembali semula ke ibu negara.

Selain Johor, ahli Parlimen Pekan itu sebelum ini mengadakan lawatan kerja sehari ke Sabah, serta menghadiri perjumpaan khas bersama pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) di sebuah hotel.

RR: Bagi aku xde sapa pun yang sanggup nak tanggung permasalahan yang direkacipta Najibun...terlalu berat dan rumit permasalahan ni.

Bukan 1, 2 bilion tapi beratus bilion dengan masalah 1MDB lagi pun puluhan bilion.
 

VIDEO - Apa kata Hassan Ali tentang Haji Hadi (Video)

Posted: 16 May 2015 12:30 AM PDT


Tiada ulasan: