Nuffnang

Pengikut

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

sumber :-

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


LiVE | 24.5.15 | Ustaz Mohd Shaffi | Tafsir Nurul Ehsan 4#

Posted: 24 May 2015 05:36 AM PDT


Malaysia perlu bantu pelarian Rohingya- Wan Azizah

Posted: 23 May 2015 11:13 PM PDT

Malaysia perlu bantu pelarian Rohingya- Wan Azizah

(Oleh: Fiza Halim)

KUALA LUMPUR 19 MEI- Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail  menggesa kerajaan membantu pelarian Rohingya  yang kini bersabung nyawa di tengah lautan berdekatan perairan Malaysia.

Wan Azizah yang juga ketua pembangkang menegaskan, kerajaan perlu segera menghantar misi  kemanusiaan bagi menyelamatkan pelarian berkenaan yang dinafikan hak di tanah air mereka.

Azizah"Mengikut Pejabat Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, orang Rohingya ini ramai yang beragama Islam.
"Mereka dinafikan hak kemanusiaan di negara sendiri, jadi kita negara Islam perlu menyelesaikan perkara ini, kerana mereka juga manusia," hujahnya yang juga Presiden KEADILAN di parlimen hari ini.
Jelasnya, kerajaan juga mengetahui bahawa isu pelarian Rohingya melibatkan isu pemerdagangan manusia, namun tiada tindakan susulan dibuat bagi mengatasi perkara itu.

"Jika kerajaan menerima laporan melalui agensi-agensi tertentu mengenai isu ini, mereka boleh menjangka perkara ini boleh timbul, melainkan mereka alpa,
lalai atau ia diterajui sindiket jenayah terancang antarabangsa.


"Isu ini sudah lama wujud, bukan sekarang dan bukan hari ini. Krisis sebegini sudah berlaku, senang untuk dianalis dan dikaji," katanya dalam perbahasan dalam Dewan Rakyat hari ini.

Dalam perkembangan lain, Wan Azizah mendesak kerajaan memperbaiki semula Akta Rasuah supaya kegiatan rasuah di negara ini dapat ditangani dengan berkesan.

"Korupsi atau rasuah menjadi faktor utama kegagalan dalam pelaksanaan kerajaan terutama dalam pelaksanaan rang undang-undang, ia telah menjadi satu barah yang teruk.

"Oleh demikian, Akta Rasuah perlu diperbaiki dan di perkukuhkan lagi seperti juga yang diminta SPRM. Ia perlu disemak kerana rasuah di negara ini dapat ditangani dengan holistik," katanya.

Anwar: Selesaikan isu GST, 1MDB sebelum RMK 11

Posted: 23 May 2015 11:10 PM PDT

Anwar: Selesaikan isu GST, 1MDB sebelum RMK 11


KUALA LUMPUR 21 MEI- Pejuang rakyat, Saudara Anwar Ibrahim menyeru kerajaan supaya menyelesaikan masalah rakyat terlebih dahulu sebelum mengemukakan Rancangan Malaysia ke 11.

Dalam kenyataan media ringkas, Anwar berkata kerajaan perlu menyelesaikan isu Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan penyelewengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang menyebabkan negara menanggung kerugian.

IMG_3625 

"Tumpuan kita sekarang harus ke arah memperjuangkan hak rakyat dengan membantah kenaikan harga barang terutama melalui pelaksanaan GST yang kian mendera rakyat miskin,"

"Kebocoran dan kerugian akibat pengurusan lemah dan penyelewengan 1MDB perlu ditangani segera. Perdana Menteri Datuk Seri Najib dan Kementerian Kewangan perlu memberikan penjelasan kepada rakyat," kata Anwar.

Kenyataan itu dikeluarkan ketika beliau hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi menghadapi perbicaraan dalam kes saman fitnah terhadap ahli perniagaan, Datuk S Nalakaruppan.

Hari ini merupakan hari ke 101 Anwar dipenjara di Penjara Sungai Buloh atas pendakwaan Fitnah 2 yang disifatkan sebagai konspirasi tertinggi bagi mengakhiri kariernya sebagai ahli politik pembangkang.

Dalam pada itu, Anwar turut mengucapkan terima kasih kepada rakan seperjuangannya, termasuk Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said yang hadir di hadapan Penjara Sungai Buloh sempena 100 hari beliau dipenjara malam tadi.

"InsyaAllah, saya akan terus istiqamah dengan perjuangan menegakkan keadilan," katanya.

Tan Sri Mohammad Taib terkilan dengan puak Hadi?

Posted: 23 May 2015 10:58 PM PDT

Tan Sri Mohammad Taib terkilan dengan puak Hadi?
Tan Sri Mohammad Taib terkilan dengan puak Hadi?
Former Selangor menteri besar Muhammad Muhammad Taib speaks during a special forum titled "Looking for New Leader Malaysia" in Petaling Jaya on May 23, 2015. The Malaysian Insider/Najjua Zulkefli

Tan Sri Mohammad Taib terkilan dengan puak Hadi?

"Kalau rasa masuk PAS hanya untuk mendapatkan keredaan Allah, Putrajaya tak penting, saya rasa ada yang tak kena dengan dia," kata Tan Sri Muhammad Muhammad Taib hari ini.

Kenyataan itu dibuat sebagai mengulas kemunculan kumpulan ulama tertentu dalam PAS yang bermati-matian mempertahankan presiden mereka dan menolak bekerjasama dengan Pakatan Rakyat untuk mengalahkan kerajaan.

Bagaimanapun bekas Naib Presiden UMNO itu tidak menyebut sebarang nama dalam kenyataan berkenaan.

Menurut Muhammad PAS kini kekurangan pemimpin muda yang boleh diketengahkan sebagai pemimpin dalam negara.

"Walaupun ada tokoh muda yang baik dan alim menyetai PAS, mereka tidak memiliki kualiti sebagai pemimpin nasional," katanya.
Kumpulan itu, katanya, mungkin mahir menjadi imam dalam solat atau acara keagamaan namun gagal memahami isu semasa seperti skandal 1MDB, cukai barangan dan perkhidmatan (GST) serta hubungan antarabangsa.

"Boleh baca ayat al-Quran, hafal ini itu (di luar negara), balik jadi pemimpin. Tapi golongan muda ni kalau mintak terangkan 1MDB, tak tahu. Pasal GST tak berani. Pasal hubungan antarabangsa tak faham.

"Kenapa Turki hantar kapal perang nak bantu pelarian Rohingya pun tak tau," katanya.

Menurut Muhammad, kalau seseorang itu menjadi ketua hanya kerana tahu membaca al-Quran dan hadis semata-mata tanpa memahami realiti, ia tidak memadai untuk diangkat sebagai pemimpin.

Sementara itu Muhammad juga menyatakan rasa kecewa terhadap pertelingkahan dalam Pakatan kerana gabungan itu sepatutnya menjadi alternatif terbaik menggantikan BN.
Katanya, dengan berpecah-belah, Pakatan terlepas peluang berkenaan.

"Bagus kalau ada sistem dua parti – Pakatan dan BN.
"Mana-mana yang mampu memberikan yang terbaik wajar mentadbir negara," katanya.

Dismembers of Parliament

Posted: 23 May 2015 10:52 PM PDT


The Boogeyman

Posted: 23 May 2015 10:49 PM PDT


Comments (0)

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT