Jumaat, 1 Mei 2015

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Era Hadi, PAS tiada peraturan, langgar kerjasama politik

Posted: 01 May 2015 03:40 PM PDT

Era Hadi, PAS tiada peraturan, langgar kerjasama politik

Era Hadi, PAS tiada peraturan, langgar kerjasama politik

PAS merupakan parti yang canggih pada era presiden Fadzil Noor. Mendalami konsep tahaluf siyasi secara jelas dan meletakkan persekutuan politik pada tempatnya.

Terdapat perbezaan besar antara memerintah bersendirian dan secara bersekutu bersama lain-lain parti komponen. PAS di bawah kepimpinan Fadzil menghormati perasaan sekutu-sekutunya dan berpegang teguh kepada ikatan perjanjian.

Bagaimanapun, hal sebaliknya berlaku pada era Hadi Awang. PAS seolah-olah parti yang tidak memerlukan sekutu lagi. Parti yang mampu memerintah sendirian, negeri mahu pun negara.

Berkongsi kuasa

PAS seolah-olah tidak sedar realiti mereka berkongsi kuasa di Selangor dan Pulau Pinang. Insiden terbaharu, pemulauan Dewan Pemuda PAS Negeri dalam kempen pilihan raya kecil (PRK) di Permatang Pauh, Pulau Pinang walaupun sudah berakhir namun adalah bukti nyata sifat PAS yang ingin menyendiri.

PAS ingin mencontohi sepenuhnya kerajaan negara Islam Mekah dan Madinah pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. Iaitu, pemerintah Islam menguasai semua. Sedangkan pemerintahan ketika itu tidak dicampuri bukan Islam. Nabi Muhammad tidak bersekutu dengan mana-mana ketua kabilah untuk membentuk kerajaan pusat.

Di Malaysia PAS berkongsi kuasa bersama PKR dan DAP. Malah di Kelantan dan Terengganu, negeri kubu kuat PAS pun masih wujud ADUN PKR. Hakikat perkongsian kuasa mewajibkan PAS berunding dan bersetuju atas dasar-dasar bersama. Bukannya berunding dan bersetuju tetapi kemudian mencabar rakan sekutu; parti mana yang lebih banyak ahli atau ADUN maka parti itu akan menguasai segala-galanya.

Perkongsian kuasa tidak salah dalam Islam namun PAS perlu akur bukan semua perkara mampu ditunaikan atau dipersetujui oleh rakan sekutu. Peristiwa di Pulau Pinang mencalar imej PAS dengan teruk sekali.

Arahan atasan

Peristiwa itu juga mengundang persoalan umum adakah keberanian Ketua Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang Mohd Yusni Mat Piah itu datang dari dalam dirinya sendiri atau pun atas arahan pemimpin atasan. Teori tersebut dianggap masuk akal kerana secara emosinya ahli PAS amat walak kepada pemimpin, apatah lagi peringkat kepimpinan pemuda yang taat setia atau berada dalam lingkungan pengaruh tokoh tertentu parti.

'Memecah walak' hanya berlaku dalam parti sekular seperti Umno. Bukan perkara luar biasa jika di dalam PRK yang mana BN tidak bertanding, ahli Umno bertanding sebagai calon Bebas dan dipecat serta merta daripada parti.

Pesuruh jaya PAS Pulau Pinang Mohammad Sabu mengumumkan akan bertindak terhadap Yusni. Namun jawatankuasa penyiasat yang dibentuk nanti haruslah mendedahkan siapakah di belakang Ketua Dewan Pemuda itu sehingga beliau bertindak nekad dan disokong pula oleh exco-exco Pemuda. Adakah terdapat ulama-ulama dalam PAS yang mendorong tindakan mereka?

Semua ini perlu dijernihkan kerana kes boikot bukanlah baharu di Pulau Pinang. Kes sama pernah berlaku di DUN Sungai Acheh dalam pilihan raya umum ke 13 lalu. PAS meletakkan calon di kawasan yang dipersetujui PKR bertanding. Walaupun presiden memberi arahan menyokong calon PKR tetapi PAS Kawasan terus berkempen sehingga kedua-dua calon kalah pilihan raya.

Pecat pengkhianat

Sekiranya wujud pemimpin atasan PAS yang menaja atau memberi arahan kepada kelompok bawahan maka pemimpin atasan itu wajib dipecat seperti Datuk Hassan Ali atau sekurang-kurangnya digantung keahlian seperti Saari Sungip.

Kegagalan PAS bertindak ke atas pemimpin atasan akan menyebabkan peristiwa sama berulang kembali. Janganlah pemimpin puak profesional sahaja digantung tetapi pemimpin ulama dimaafkan. Dari sudut pandang rakyat, kesalahan Hassan Ali dan Nasharudin Mat Isa misalnya hampir sama. Namun Hassan dipecat tetapi Nasharudin seolah-olah dilindungi.

Ini yang menyebabkan PAS berpenyakit dan kian kronik dengan perpecahan dalaman. Presiden dikepung oleh kumpulan elit pemikir yang mempunyai kepentingan diri. Dalam kes sebesar boikot di Permatang Pauh, Hadi hampir tidak berani bersuara meredakan keadaan. Sebaliknya timbalan beliau Mat Sabu dan AJK PAS Pusat Mujahid Yusuf tampil menyelesaikan kerumitan. Adakah Hadi layak diundi semula untuk jawatan presiden kerana kelemahan asas sedemikian?

Pada masa depan, akan muncul lebih banyak 'warlord' dalam kalangan ulama dan pemuda sekiranya Hadi gagal bersikap tegas. Hadi hanya bersikap tegas terhadap golongan kafir dan sekutu Pakatan tetapi amat lemah menghadapi kawan-kawannya dalam parti. Akhlak dan kepimpinan sebegitu tidak pernah disunnahkan oleh rasullullah s.a.w.

PKR munafik?

Kini, semakin meluas hujah ahli bawahan bahawa ulama PAS tidak menerima kepimpinan PKR dan DAP. Pemimpin Islam PKR dianggap munafik lewat isu Hudud manakala DAP adalah kafir yang tidak boleh dibawa bekerjasama. Sebaliknya, ahli PAS semakin senang menerima Umno yang menyokong Hudud.
Sekiranya hal ini berkembang maka pada masa depan PAS tidak perlu lagi melawan Umno. Strategi Umno untuk menguasai Kelantan berhasil dengan persepsi seumpama itu. Untuk apa rakyat mengundi PAS jika Umno adalah sekutu? Umno parti yang lebih kaya dan banyak memegang peruntukan Kerajaan Pusat. Mengikut Figh Aulawiyat Umno lebih utama untuk diundi berbanding PAS.
Mungkin ungkapan MB Kelantan Ahmad Yaakob, PAS sanggup kalah asalkan berjaya memartabatkan Hudud ada benarnya.
Namun bagi ahli PAS yang lebih waras, sama ada ulama atau profesional, hujah seperti itu tidak masuk akal. Bagaimanakah untuk melaksanakan Hudud sekiranya PAS kalah?

Hudud akan menjadi 'undang-undang dalam kenangan' sebagaimana di Terengganu, diluluskan pada 2002 tetapi sehingga 10 tahun kemudian rakyat masih enggan mengangkat PAS sebagai kerajaan negeri bagi melaksanakannya.

Perkara ini pernah dibincang secara meluas dan jawapannya telah pun diketahui pada era Fadzil dan Nik Aziz dahulu. Pemipin PAS ketika itu bersetuju menakluk Putrajaya perlu diutamakan sekiranya sebarang undang-undang Islam mahu ditegakkan dan PAS juga selamat sebagai pemerintah.

Selain itu, sekiranya undang-undang Islam ditegakkan, dikhuatiri PAS hanya akan dijadikan bahan mainan Umno dan sekutunya.
Namun PAS pada era Hadi berpusing 180 darjah dan berundur 20 tahun ke belakang. Hal ini memeningkan ahli, penyokong dan simpatisan parti itu yang mengharapkan PAS lebih rasional menilai situasi politik.

Pagoh dan Pekan lebih mundur, cabar Muhyiddin tegur Najib

Posted: 01 May 2015 03:18 PM PDT

Pagoh dan Pekan lebih mundur, cabar Muhyiddin tegur Najib

(Oleh Ermizi Muhamad)

PERMATANG PAUH 2 MEI : Pengarah Pilihan Raya KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail mencabar Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegur Datuk Seri Najib Razak yang kini lebih sibuk menghabiskan masa di luar negara.

Gesaan itu dibuat berikutan kenyataan Muhyiddin sebelum ini bahawa DUN Kajang yang disandang calon KEADILAN untuk Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail terabai.
Najib Muhyiddin"Saya cabar Muhyiddin supaya berani menegur Perdana Menteri yang lebih banyak menghabiskan masa di luar negara berbanding dalam negara.

"Tambah pula Najib memegang dua portfolio, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Dua-dua jawatan ini membebankan, kemudian nak jaga Pekan lagi, nak menepis serangan Dr Mahathir lagi, kemudian jadi Penasihat 1MDB (1Malaysian Development) yang jauh lebih sibuk daripada tugas Wan Azizah nak jaga Permatang Pauh.

"Jadi saya nasihatkan Muhyiddin, bimbangkan kedudukan Najib daripada susah hati fikirkan kedudukan Permatang Pauh dan Kajang di bawah Wan Azizah," tegas Saifuddin.

Malah katanya lagi, Ahli Parlimen Pagoh itu kini kerap ke luar negara membawa rombongan-rombongannya ke Australia dan Dubai.

"Muhyiddin pun sekarang ini sibuk bawa rombongannya ke Melborne, Dubai. Jadi tak perlulah sibuk tentang Wan Azizah," sindir Saifuddin.

Sebelum ini, Muhyiddin membangkitkan kebimbangan kononnya jika Wan Azizah memenangi kerusi Permatang Pauh, pembangunan infrastruktur dan kebajikan di Parlimen itu akan terabai.

Saifuddin turut membidas Muhyiddin dan Najib kerana gagal memantau kawasan Pagoh dan Pekan dan membiarkan Parlimen itu yang kini lebih jauh ketinggalan berbanding Permatang Pauh.
"Permatang Pauh lebih maju dan baik dari sudut kemudahan dan peluang pekerjaan berbanding Pagoh dan Pekan.

"Kita akan buktikan sebab ketika ini kita telah menghantar beberapa jurufoto untuk lihat sendiri kawasan mereka dan kita akan dedahkan kepada media," katanya.

Sekolah agama di Pagoh terbengkalai

Posted: 01 May 2015 03:13 PM PDT


Nadia Hanafi
PAGOH 1 MEI : Sebuah projek sekolah agama Pagoh yang dimiliki oleh Kementerian Pelajaran Malaysia didapati terbengkalai sejak sebelum Pilihan Raya Umum ke 13 lepas.
skolah1Menurut Saadon Abdullah yang merupakan Ketua Cabang KEADILAN Pagoh memberitahu tidak ada sebarang lanjutan yang positif tentang pembinaan sekolah itu walaupun sudah dua kali bertukar kontraktor.

"Mereka juga mahu buat sekolah menengah agama dan vokasional namun projek itu juga terbengkalai.Tidak siap sehingga sekarang.
"Ini adalah kontraktor yang kedua dan kami dapat tahu kontraktor yang kedua ini mempunyai kaitan dengan kontraktor pertama," jelasnya ketika ditemui.

Melalui papan bina projek ini, kontraktor baru yang diberi projek ini ialah Pakatan Bidara (M) Sdn Bhd dan projek ini merupakan satu projek dibawah Rancangan Malaysia yang ke-10.

Suara keadilan juga turut bertemu dengan seorang lelaki India berusia 55 tahun yang mahu dikenali sebagai Raja memberitahu, kebanyakkan pembangunan yang dijanjikan seperti universiti, sekolah agama di Pagoh masih terbengkalai.
cikgu saadon"Kalau masuk saja ke Pagoh boleh nampak ada satu projek sedang dibangunkan. Tapi kita ingin tanya berapa lama tempoh yang dia mahu ambil untuk siapkan?

"Kebanyakkan projek yang ingin dibangunkan dikawasan ini masih terbengkalai. Sudah berapa kali tukar kontraktor masih belum lagi siap," katanya yang menetap di situ sejak berpuluh tahun.
skolah 2 

Mereka semua juga berpesan supaya Muhyiddin tidak perlu ghairah mengkritik dan memantau kawasan pimpinan lain, tetapi jagalah tempat yang dipimpinnya supaya setaraf dengan kawaaan- kawasan lain yang lebih membangun dan boleh dibanggakan.

28 April lalu, Muhyiddin telah menyentuh tentang parlimen Permatang Pauh yang akan mengadakan Pilihanraya Kecil 7 Mei depan dimana katanya sekiranya Wan Azizah memenangi kerusi Permatang Pauh, pembangunan infrastkuktur dan kebajikan di kawasan ini akan terabai disebabkan beliau juga perlu menjaga DUN Kajang.

Penduduk Pagoh juga mempersoalkan kenapa ketika ini dibangkitkan hal ini sedangkan ketika Saudara Anwar Ibrahim menjadi Ahli Parlimen Permatang Pauh,dan memegang jawatan lain ketika beliau masih didalam Umno tidak dipertikaikan.
Namun kata mereka, selepas Anwar keluar dari Umno dan menubuhkan parti KEADILAN baru semuanya nampak tidak kena dimata mereka.

GAMBAR PERHIMPUNAN HARI INI.

Posted: 01 May 2015 05:27 AM PDT

20,000 Sertai Himpunan Anti-GST -updated

GREENBOC
Perhimpunan menolak cukai barangan dan perkhidmatan (GST) berlangsung di Kuala Lumpur hari ini, sebulan selepas ia diperkenal.

Ia kebetulan jatuh pada Hari Pekerja hari ini.

Berikut laporan langsung daripada wartawan Malaysiakini di lapangan:

6.20pm: KLCC – Hampir semua peserta himpunan sudah bersurai. Suasana kembali tenang seperti biasa.

6.00pm: Dataran merdeka- Free Anwar Petition Coliation turut muncul di himpunan hari ini untuk mengutip tandatangan daripada orang ramai.

Koordinatornya berkata mereka telah mula mengutip tandatangan di Sogo awal pagi hingga kini.

Katanya, mereka dapat mengutip tandatangan sebanyak 3,000 hari ini.

"Kita beri peluang kepada mereka yang tidak puas hati dengan sistem kehakiman untuk meluahkan perasaan melalui tandatangani ini," katanya.

Lau berkata, matlamat mereka adalah untuk mengutip sejuta tandatangan dan menyerah kepada Agong untuk menuntut pembebasan Anwar.

"Dari pelancaran kempen mengutip tandatangan pada bulan April hingga kini, kita telah mengumpul kira-kira 50 ribu tandatangan," katanya.

5.10pm: Sekumpulan 20 orang buta dari Solidariti Orang Buta Malaysia turut muncul dalam himpunan anti-GST.

Mereka merungut perlaksanaan GST telah menyusahkan orang buta kerana semakin banyak orang buta diragut oleh perompak.

"GST menyebabkan orang semakin miskin, maka kami dijadikan sasaran peragut.

"Mereka mula-mula datang buat baik dengan kita kemudian dompet kita diragut.

"Kami pergi membuat laporan polis tetapi polis mahu kita kecam muka peragut. Kami buta macam mana nak lukis muka peragut?" kata Fadil, 42 yang hanya menjalankan perniagaan kecil sendiri.

Dia turut merungut perlaksanaan GST menyebabkan barang dan peralatan orang buta semakin mahal.

"Malah, Persatuan Orang Buta Malaysia (MAB) turut kenakan GST pada kita," katanya dengan marah.

"Harga barang juga makin mahal, kita bukannya kaya.

"Dulu makan di kedai hanya harga RM6 dengan nasi dan air, kini kena bayar RM8," rungutnya.

5pm: KLCC - Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat membacakan deklarasi anti-GST kepada orang ramai yang mahukan cukai itu dimansuhkan.

Tokoh ulama PAS Ahmad Awang kemudian memimpin bacaan doa.

"Ya Allah, kami berkumpul hari ini dengan semangat jihad, dengan semangat Tok Janggut untuk melawan GST.

"Berikanlah kami kekuatan. Berikanlan tentera-Mu ini kekuatan untuk melawan GST," katanya.

4.50pm: KLCC – Kira-kira 1,000 masih tinggal di KLCC.

4.45pm: KLCC – Ucapan berkumandang sekurang-kurangnya di tiga tempat. Di depan Affin Bank, Setiausaha PKR Rafizi Ramli menyelar Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan.

"Masuk sekolah balik Ahmad Maslan. Dia tidak faham GST," kata Rafizi.

4.25pm: Jalan Ampang – Suar dinyalakan menyebabkan asap oren menyelubungi kawasan itu.

Ia dikatakan dinyalakan oleh kumpulan "anarkis" yang tidak terlibat dalam jawatankuasa Kita Lawan.

"Ia dipercayai kumpulan sama yang membakar suar di depan Masjid Jamek.

4.20pm: KLCC - Penunjuk perasaan berdiam diri sebentar bagi menghormati suara azan yang sedang berkumandang. Sejurus tamat mereka menyambungnya dengan laungan takbir.

Kawasan di Jalan Ampang, dekat KLCC sesak. Penghadang dipasang bagi mengelakkan penunjuk perasaan memasuki halaman KLCC.

4.15pm: Jalan Ampang – Orang ramai dari Jalan Ampang membanjiri jalan. Jalan raya sesak teruk.

KLCC – Lebih ramai orang menuju ke arah kawasan itu. Dianggarkan kira-kira 15,000 menyertai perhimpunan hari ini.

Aktivis orang kurang upaya (OKU) Isaiah Jacob berucap bahawa GST membebankan golongan itu.

"Kerajaan memang bangsat, mereka kejam. Mereka patut bantu orang kurang upaya," tambahnya.

3.55pm: Ibu pejabat polis daerah Dang Wangi – Orang ramai berlaku sambil mengusik dan anggota polis dengan lirik berbunyi "terima kasih abang polis" ketika melalui kawasan itu.

Polis mengawal keadaan sejak pagi dan tiada insiden dilaporkan setakat ini.

3:15pm: Jalan Tuanku Abdul Rahman – Peserta himpunan daripada Sogo, sekurang-kurangnya 4,000 orang sudah sampai ke persimpangand Dataran Merdeka.

Dipimpin anggota Parlimen Batu Tian Chua, kumpulan pemuzik yang menggelarkan diri mereka sebagai The BangsArt menghiburkan orang ramai dengan paluan deram dan lagu-lagu bertema perjuangan.

3pm: Jalan Raja – Orang ramai bertambah kepada 10,0000 di Dataran Merdeka dan ramai lagi dijangka tiba di tempat bersejarah itu.

Sogo – Anggota sekretarian Kita Lawan Mandeep Singh umumkan 2,000 sedang berarak ke Dataran Merdeka. Mereka memenuhi Jalan Tunku Abdul Rahman.

2.50pm: Jalan Raja - Penunjuk perasaan banjiri kawasan sekitar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Dipimpin oleh Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, mereka melaungkan slogan "Kita Semua Tok Janggut" - mengenang perjuangan menolak cukai yang dikenakan penjajah British seratus tahun lalu.

2.35pm: Sogo – Naib Presiden PKR Tian Chua ketika berucap atas kenderaan pacuan empat roda memberitahu kira-kira 1,500 orang di kawasan itu bahawa mereka akan berarak ke Dataran Merdeka dan KLCC sebentar lagi.

2.20pm: Masjid Jamek – Kesesakan lalu-lintas di Jalan Tun Perak selepas 2,000 orang membanjiri kawasan itu.

Kenderaan lalu-lalang juga membunyikan hon tanda sokongan. Laungan menuntut Perdan Menteri Datuk Seri Najib Razak kedengaran.


WAN AZIZAH MERAIKAN KANAK KANAK

Posted: 01 May 2015 02:01 AM PDT

Kak Wan menyantuni kanak kanak daam pertandingan mewarna 
Beliau Bertanding Di Permatang Pauh Agar DSAI Tidak Di Lupakan... Biar Jasad Suaminya Di Penjara... Namun Semangat Dan Agenda Membela Nasib Rakyat Di Teruskan Oleh Kak Wan... Siapa Undi BN... Dia Sokong GST... 

 

LAGU UMNO KENCING

Posted: 01 May 2015 01:30 AM PDT

Lagu Khusus Buat Rakyat Malaysia... Yg sedar @ Tidak. Lagu ini telah merangkul juara lagu terbaik antarabangsa... X caya. dengar lah dan fahami bait bait lagu ... Tajuk Lagu.. ."Rakyat Dikencing". .. .
Posted by Parlimen LUMUT P074 Parti Keadilan Rakyat on Monday, March 16, 2015

Tiada ulasan: