Rabu, 20 Mei 2015

Tukar Tiub

Tukar Tiub


BAHAYA! DUIT PENCEN AKAN HILANG

Posted: 20 May 2015 06:36 PM PDT





PELABURAN KWAP, KWSP DAN TABUNG HAJI DI DALAM IMDB BERISIKO BESAR WALAU DIJAMIN KERAJAAN

Jawapan Perdana Menteri bagi soalan bertulis saya bertarikh 18 Mei 2015 mengesahkan bahawa pelaburan Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) adalah lebih besar dari apa yang pernah dilaporkan sebelum ini. Selain dari pinjaman RM4 bilion yang diberikan kepada bekas anak syarikat 1MDB iaitu SRC International Sdn Bhd, Perdana Menteri mengesahkan bahawa KWAP juga mempunyai pelaburan dan pegangan berjumlah RM1.4 bilion di dalam 4 anak syarikat 1MDB termasuklah Bandar Malaysia Sdn Bhd.

Ini bermakna dari RM1.5 bilion bon yang diterbitkan oleh 1MDB (melalui Bandar Malaysia Sdn Bhd) bagi membiayai penempatan semula operasi ketenteraan di Kem Udara Sungai Besi, RM920.8 juta telah dilanggan oleh Tabung Haji dan besar kemungkinan baki RM579.2 juta telah dilanggan oleh KWAP. Baki pelaburan dan pegangan KWAP yang lain berkemungkinan dalam bentuk bon yang diterbitkan oleh anak-anak syarikat 1MDB yang disenaraikan Perdana Menteri pada hari Isnin.

Jawapan Perdana Menteri itu juga mengesahkan bahawa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) juga terdedah kepada risiko kewangan 1MDB melalui pelaburan dan pegangannya yang berjumlah RM1.72 bilion.

Saya kurang bersetuju dengan pendapat Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Shahril Ridza Ridzuan bahawa pegangan bon di dalam 1MDB dan anak-anak syarikat janakuasa 1MDB adalah selamat kerana ia dijamin kerajaan. Beliau juga dipetik dengan berkata bahawa sekiranya 1MDB mengalami masalah pun, apabila aset-aset 1MDB dijual KWSP akan mendapat keutamaan dalam mendapatkan kembali nilai pelaburan RM1.72 bilion itu.

Hakikatnya, masalah kewangan 1MDB telah menjadi satu risiko kewangan yang besar bukan sahaja kepada syarikat itu, malah kepada keseluruhan Perbendaharaan Negara. Oleh kerana banyak hutang-hutang 1MDB dijamin oleh Kerajaan Persekutuan, sebarang kegagalan membayar hutang perlulah ditanggung oleh Kerajaan Persekutuan.

Dalam keadaan kedudukan kewangan Kerajaan Persekutuan juga rapuh, ada kemungkinan besar sekiranya 1MDB gagal, Kerajaan Persekutuan akan berunding dengan agensi-agensi kerajaan seperti KWAP, KWSP, Tabung Haji dan lain-lain untuk melengahkan pembayaran atau menggantikan pembayaran dengan aset bukan tunai untuk membantu aliran tunai Perbendaharaan Negara. Memandangkan KWAP, KWSP dan Tabung Haji adalah agensi Kerajaan, besar kemungkinan agensi-agensi ini terpaksa akur dengan permintaan Kerajaan Persekutuan.

Oleh yang demikian, bukanlah mudah untuk mengutip hutang dari 1MDB apabila syarikat itu gagal seperti mana yang diwar-warkan oleh beberapa pihak sebelum ini. Tambahan pula, hutang RM42 bilion oleh 1MDB itu berhadapan dengan risiko "cross default" (kegagalan berturut-turut membayar hutang apabila 1MDB gagal membayar satu hutang) yang boleh membawa kesan besar kepada sistem kewangan negara. Apabila ini terjadi, kepentingan Kerajaan Persekutuan ialah memulihkan sistem kewangan negara dan sebarang tuntutan oleh badan-badan kerajaan seperti KWAP, KWSP dan Tabung Haji akan dilengah-lengahkan.

Oleh itu, saya menggesa supaya KWAP, KWSP dan Tabung Haji dengan segera membuat keputusan melupuskan pegangan dan pelaburan di dalam 1MDB terutamanya di dalam bon-bon bagi melindungi kepentingan pencarum. Dengan segala masalah yang dihadapi 1MDB yang telah menjejaskan kedudukan kewangan Kerajaan Persekutuan, adalah lebih selamat sekiranya KWAP, KWSP dan Tabung Haji mengambil pendirian "mencegah lebih baik" ("prevention is better than cure").

RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN




-------------

NAJIB TIPU LAGI

Posted: 20 May 2015 06:08 PM PDT







FACE BOOK


MAK AIII ....

INGAT DALAM NEGERI JE DIA NAK BODOH KAN RAKYAT?
😯






























---------------

MENUNGGU

Posted: 20 May 2015 12:52 PM PDT








MENUNGGU


-------------

BOLEH CAYA KE?

Posted: 20 May 2015 06:39 AM PDT





Rais: 'Budi bahasa' boleh kurang krisis Najib-Mahathir

Image result for rais yatim rogol amahSeorang bekas menteri kabinet berkata jika amalan budi diamalkan di semua peringkat kepimpinan, krisis antara Pe Najib Razak dan Mahathir Mohamad mungkin "seserius" apa yang berlaku.

"Budi bahasa Melayu dan cara kita berbudaya harus masuk ke dalam kepimpinan juga," kata Rais Yatim, bekas menteri penerangan, komunikasi dan kebudayaan.

KAH KAH KAH
woit
satu nak tanya
boleh caya ke
cakap seorang perogol
perogol amah
perogol amah dari indon

ROGOL ROGOLIA

Image result for rais yatim rogol amah

-------------

NAJIB KANTOI LAGI

Posted: 20 May 2015 06:00 AM PDT







KOMENTAR
najib cuba menipu
dulu najib kata ada 2 bilion ringgit
dalam bank singapura

sebenarnya hanya ada kertas sahaja
yang mengatakan bahawa 1MDB ada harta
1MBD tidak ada apa apa duit dalam bank

SOALAN BARU
mana perginya duit 1MDB?



Najib akhirnya mengaku tiada wang 1MDB disimpan dalam bank Singapura

Najib Razak akhirnya mengaku wang syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dibawa pulang daripada Pulau Cayman tidak disimpan di bank di Singapura.
Dalam jawapan di Dewan Rakyat hari ini, menteri kewangan itu sebaliknya menjelaskan hanya baki pelaburan ditebus dalam bentuk aset di bank Singapura yang tidak dinamakan.
"1MDB sudah menjelaskan baki pelaburan yang telah ditebus oleh 1MDB  adalah dalam bentuk aset di dalam mata wang dolar AS di sebuah bank di Singapura bertujuan untuk mengimbangi liabiliti US Dollar.
"Bank ini merupakan penjaga bagi pihak 1MDB untuk aset ini," kata perdana menteri dalam jawapan bertulis hari ini kepada soalan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/najib-akhirnya-mengaku-tiada-wang-1mdb-disimpan-dalam-bank-singapura#sthash.y3HwD9An.dpuf

KAH KAH KAH

woit
kantoi lagi
tipu tipu tipu
bohong bohong
rakyat makin marah
orang ramai makin marah
mana peginya duit 1MDB?

INI SOALAN BARU

--------------

SAH - GAMIN TAK ADA DUIT

Posted: 20 May 2015 05:00 AM PDT




Tanggung malu sendiri!

Kuala Lumpur: Seramai 147 pesalah trafik degil menanggung malu apabila dicekup polis di premis dan pejabat mereka di seluruh negara sepanjang Ops Warta dilancarkan semalam.
Bagaimanapun tiada sebarang kekecohan dilaporkan berlaku sepanjang operasi berikutan kebanyakan individu terbabit akur dengan kesalahan waran tangkap dan kompaun yang belum diselesaikan.
Ketua Pasukan Trafik Bukit Aman Datuk Mohd Fuad Abdul Latiff berkata, semua individu ini ditahan dan dibawa ke ibu pejabat polis trafik sebelum dihadapkan ke mahkamah untuk pendakwaan.
Menurutnya, melalui Ops Warta itu juga, 151 lagi individu yang mempunyai waran tangkap dilaporkan menyerah diri di balai polis di kawasan masing-masing semalam.
"Selangor mencatatkan tangkapan paling tinggi iaitu 42 individu diikuti Melaka 24 individu.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/52130#sthash.05bM8uzt.dpuf


KAH KAH KAH
woit
sah saheh betul
kerajaan abis duit
guna saman kereta
guna saman motor
untuk cari duit

APA PUNYA TUUR


-----------------

PROGRAM PENCERAHAN & FORUM

Posted: 20 May 2015 01:43 AM PDT






FORUM

22/5/15


JUMAAT MALAM

hotel K.T. Mutiara

Kuala Terengga

Displaying 20150519204116.jpg


SUNGAI PETANI

------------------------

BUKAN MINTA PROJEK

Posted: 20 May 2015 12:08 AM PDT





MP: Pejabat speaker tandas pun tak adaKow Gah Chie | 4:55PM May 19
Shahrir Samad kaitkan dengan rasa hormat kepada seorang speaker.
 



SEDIH & BENAR
Displaying IMG_20150520_031601.jpg

KAH KAH KAH

kah kah kah
kah kah kah
kah kah kah
woit
bukan mintak projek
mintak jamban

KAH KAH KAH



-----------------

KUASA DIBELAKANG KELAMBU

Posted: 19 May 2015 09:49 PM PDT







         KUASA DIBELAKANG KELAMBU

"Mereka amat tidak senang dengan isteri Najib, dengan cara hidup mewahnya, dengan lagaknya seakan-akan ia perdana menteri," katanya. - 

Mahathir MUhamad – MalaysiaKIni 11 Mei 2015


Minggu saya telah menulis tentang watak Lady Macbeth. Watak ini muncul dalam bangsawan hasil garapan William Shakespears. Watak Lady Macbeth ini telah saya samakan dengan watak Imelda Marcos, Evita Peron, Leila Ben Ali dan Rosmah Mansor. Lady Macbeth merancang untuk membunuh Lord Duncan dan menobatkan suaminya sebagai Raja Scotland. Ini trajedi dalam teater bangsawan Inggeris.

Image result for body heatDalam seni filem kita juga akan bertemu dengan watak perempuan sademikian. Para peminat dan pelajar filem tahu bahawa dalam filem ada pelbagai genre. Antaranya ialah genre filem noir. Noir dalam bahasa Peranchis bermakna gelap atau hitam. Justeru filem noir membawakan tema yang gelap lagi hitam.
Dalam filem noir diwajibkan kemunculan seorang perempuan cantik sebagai protoganis – watak utama yang akan menjadi femme fatale. Femme fatale juga adalah istilah Peranchis yang membawa makna perempuan cantik pembawa mudarat.

Image result for lady macbethDalam filem noir mudarat pertama jatuh kepada Si Jantan atau Sang Suami. Si Jantan diperangkap untuk melakukan pembunuhan. Pembunuhan ini akhirnya akan menguntungkan Si Perempuan. Si Jantan atau Sang Suami akhirnya terpenjara manakala Si Perempuan atau Sang Isteri dalam babak akhir akan dilihat bercanda-canda dengan kekayaan dan kekasih lama.

Dalam kontek politik kita melihat bahawa Imelda Marcos, Evita Peron, Leila Ali dan Rosmah Mansor – adalah femme fatale. Mereka adalah perempuan-perempuan yang telah memerangkap jantan-jantan untuk perancangan mereka sendiri. Perangkap mereka 'bingkas mengena pelanduk' hasilnya terbukti membawa mudarat.

Image result for femme fatale noirKerana ini saya anggap - Najib dan Rosmah Mansor ini adalah skrip untuk sebuah filem noir. Tetapi Najib Rosmah ini BUKAN sebuah filem noir. Mudarat yang mereka bawa bukan kepada satu dua sosok. Dalam filem noir perangkap perempuan-perempuan ini hanya memudaratkan dua tiga orang sahaja.

Leila Ben Ali – Minah Pendandan Rambut yang langsing, berambut panjang dan cantik telah memudaratkan sebuah negara bernama Tunisia. Leila sebelum melarikan diri ke Saudi Arabia telah memecahkan Bank Negara Tunis dan melarikan 1.5 tan jongkong emas. Imelda Marcos – minah gila kasut - yang boros telah memudarakan rakyat Pilipina yang terus miskin kedana. Evita Peron yang cun, slim dan bergetah telah memudaratkan ekonomi Argentina. Rosmah Mansor sedang dan masih lagi memporak perandakan sebuah negara yang bernama Malaysia dengan 28 juta penduduk.

Bagaimana ini berlaku? Dari Mana datangnya perempuan-perempuan ini? Dari mana datangnya Rosmah Mansor?

Image result for leila ben aliKalau mengikut kata-kata Isteri Bekas Tuan Speaker Dewan Undangan Negeri Sembilan – yang menjadi kawan baik Si Rosmah - Si Rosmah telah memerangkap Najib dengan menggunakan kuasa bomoh.

Sama ada para pembaca percaya kepada bomoh atau tidak – ini bukan persoalan. Yang penting kita melihat bukti saheh bagaimana perempuan -perempuan ini telah menggunakan tubuh badan mereka untuk memerangkap jantan-jantan. Hampir kesemua perempuan ini adalah Mak Janda. Ertinya mereka berpengalaman dalam hal sexual, keberahian dan kelemahan jantan-jantan.

Perempuan-perempuan ini menceraikan 'suami pertama' yang mungkin dilihat 'jantan gagal' yang tidak memiliki cita-cita yang tinggi saperti menjadi Perdana Menteri atau Presiden. Justeru perempuan-perempaun ini merayau rayau untuk untuk memerangkap jantan-jantan baru. Maka disinilah kesah babak-babak gelap yang ditakrifkan oleh Sigmund Freud sebagai 'bawah sedar'. Setiap perempuan-perempuan in memiliki sejarah gelap yang TIDAK ada sesiapa pun tahu.

Lord Macbeth sama saperti Najib adalah jantan lemah. Kita melihat bagaimana Najib dan sejarah parti United Malays National Organisation TIDAK pernah bertempur. Najib ditakrif sebagai jantan lembik dan lemah untuk merebut jawatan. Apabila ayahnya meninggal dunia – walau pun belum berijazah – belum selesai belajar – Najib telah diangkat untuk menjadi Ahli Parlimen, menjadi Menteri Besar, menjadi Ketua Pemuda, menjadi menteri – semuanya disediakan. Menjadi Timbalan Presiden dan Presiden United Malays National Organsiation juga bukan melalui pertandingan.

Malah Mahathir Muhamad telah mengakui bahawa dia telah memberi tekanan kepada Abdullah Badawi untuk melantik Najib sebagai timbalan Perdana Menteri walhal Dolah mahu Muhyiddin Yassin. Ertinya Najib jadi PM kerana Mahathir Muhamad.

Apa yang jelas ialah kelemahan jantan-jantan ini apabila berhadapan dengan tubuh badan wanita yang cun lagi bergetah. Jantan-jantan ini adalah 'kaki betina'. Umum mengetahui bagaimana Menteri Besar Isa Saad telah menyelamatkan Najib Razak dari 'tenggelam' di Port Dickson.

Mengikut Akuan Bersumpah Balasubramaniam – mahkamah Malaysia diberitahu bagaimana Najib telah mengagihkan kekasihnya Altantuya Shaaribu warga Mongolia kepada pembantu politiknya Razak Baginda. Najib Razak 'berkorban' kerana dia mahu menjaga kedudukkan politiknya yang mungkin terbongkar jika 'skandalnya' diketahui oleh rakyat Malaysia terutama oleh Haji Hadi yang sedang heboh dengan Amnatnya ketika itu.

Image result for macbethPerempuan-perempuan ini sedar akan kelemahan Jantan-Jantan ini. Melalui kelemahan Sang Jantan ini Si Perempuan mula memainkan peranan. Awalan cuma memberi pandangan ketika suami dalam keadaan gusar. Mungkin membantu memberi nasehat dari dalam kelambu.

Image result for beautiful imelda marcosKalau mengikut klip YouTube Rosmah Perempuan Puaka para pembaca akan berhadapan dengan konsep 'nasi kangkang'. Ini adalah konsep dimana kuasa bomoh telah digunakan oleh Sang Isteri untuk menjadi Sang Suami bodoh manai dan mengikut kata.
Berita Najib Razak yang mengikut apa sahaja kata Rosmah Mansor telah menjadi labon rakyat. Kesah demi kesah muncul menceritakan babak-babak kecil dimana Najib dilihat tunduk mengikut semua kerenah Rosmah.

Sabenarnya fakta ' Najib dikawal Rosmah ' ini bukan lagi satu fitnah. Secara tebuka dan hitam puteh pekara ini telah dinyatakan oleh Mahathir Muhamad. Bekas Perdana Menteri ini telah mendapat laporan dan komplin bagaimana Rosmah cukup berkuasa dalam membuat keputusan negara. Justeru Mahathir telah berkata bahawa Rosmah Mansor ini berlagak seolah-olah dia menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Image result for femme fatale noirCerita-cerita Rosmah sebagai Perdana Menteri ini bukan satu yang baru. Orang ramai mungkin terlepas pandang dan gagal meneliti bujet NGO Permata Rosmah. Pernah NGO ini mendapat dana kerajaan yang melebihi dana Kementerian Pelajaran Muhyiddin Yassin.

Malah dalam belanjawan negara terakhir Rosmah mendapat hampir 1 bilion ringgit walau pun Rosmah bukan seorang Menteri. Dalam masa yang sama Haji Desas bin Lebai Desus dari Putrajaya selalu sibuk menghantar SMS bercerita tentang 400 orang Pegawai Rosmah Mansor. Semua ini mengsahehkan apa yang dikatakan oleh Mahathir Muhamad.


Kini Rosmah Mansor bukan lagi Mak Janda Berhias yang diselaputi oleh setempel tahi lalat berbulu. Jika kita memahami saikoanalisis Sigmund Freud maka 'tahi lalat berbulu' inilah yang menjadi beban 'bawah sedar' Rosmah Mansor. Pasti dia teringat ejekan 'dotti' ketika dia membesar.

Image result for rosmah pendekTahi lalat berbulu boleh dihilangkan tapi ingatan masih tebal. Justeru apa yang berlaku hari ini – segala kerenah dan tindak tanduk Rosmah Mansor adalah untuk membuktikan bahawa Rosmah Mansor telah melintasi 'zaman dotti'. Zaman tahi lalat berbulu telah selesai. Sekarang Rosmah ialah FLOM - first lady of Malaysia.

Rosmah menjemput Martha Stewart – guru gaya hidup Amerika – untuk menjadi tamu di Putrajaya. Ini percubaan Rosmah untuk membutkikan kepada rakyat Malaysia, kepada kawan-kawan lama dan kepada Kartonis Zunar bahawa Bik Mama ada kelas. Bik Mama boleh bercanda-canda dengan Martha Stewart, walau pun tak ada sesiapa pun rakyat Malaysia yang ambil pot. Mak Cik Felda tidak pun tahu siapa Minah Martha ini. Bik Mama gagal lagi.

Gambar Rosmah Mansor bertemu dengan Baginda Ratu Elizebeth yang seharusnya menjadi mercu kejayaan telah menjadi bahan politik. Baginda dengan penuh kesedaran telah memilih warna kuning ketika Rosmah dan Najib datang mengadap. Jelas ini bertujuan untuk menganjing Rosmah dan Najib yang baru sahaja 'mengganasi' para penunjuk perasaan BERSIHyang memakai baju kuning. Rosmah gagal lagi.

Image result for evitaGambar Rosmah dengan Michelle Obama terus menjadi bahan lawak. Rosmah yang gemok pendek digambarkan sedang mendongak untuk melihat muka Michelle ketika bercakap. Ini sama saperti komidi Ibrahim Pendek dengan Burl Ives dalam filem The Spiral Road (1962). Pelakon katek dari Singapura ini telah berlakon di Holywood dengan Burls Ivers yang tinggi dan besar. Rosmah kantoi lagi.

Maka disini kita sampai ke babak akhir. Dalam filem noir Si Jantan akan mendapat malapetaka. Si Perempuan akan bercanda-canda. Tetapi apa yang berlaku di Malaysia lebih gelap dari filem noir. Lebih berdarah dari bangsawan Lady Macbeth.

Image result for rosmah main badmintonDalam filem noir Body Heat (1981) Mak Janda Kathleen Turner telah memerangkap William Hurt yang akhirnya menjadi pembunuh bekas suami Mak Janda. Mak Janda jadi kaya dapat harta dan Jantan Bodoh mendapat malapetaka masuk penjara.

Dalam politik Malaysia Mak Janda Rosmah telah berjaya memerangkap Najib Razak. Telah berlaku pembunuhan. Telah berlaku salah guna kuasa. Malah malapetaka yang dibawa oleh femme fatale ini bukan hanya kepada Sang Suami tetapi kepada 28 juta wargha Malaysia.

Image result for rosmah pendekHutang 1MDB kini telah melintasi 42 bilion ringgit. Rosmah masih berinang-inag dengan pesawat resmi negara. Ringgit Malaysia makin susut nilainya. Rosmah masih lagi guna menggunakan dana negara kenduri anak bertunang.
Ketika tulisan ini digarap Najib sedang diasak oleh Mahathir untuk berundur. Jantan yang menjadi mangsa Mak Janda ini sedang kelam kabut. Najib dilihat tidak mahu berundur. Sebenar , umum mengetahui yang bertahan kuat bukan Najib tapi Rosmah.


Ketika ini Malaysia sedang menghadapi malapetaka dari femme fatale. Sayang sekali semua femme fatale dari dari Holywood cun dan bergetah. Evita Peron cantik dan menawan. Imelda Marcos  bekas Ratu Manila. Siapa? Siapa punya suwei - femme fatale - perempuan pembawa mudarat ke Malaysia gemok dan pendek. (TT)


NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa yang ingin melanggan 
akhbar mingguan ini
sila pukul talipon:

03-92-21-30-45




----------------

HASUT DAN HASUT LAGI

Posted: 19 May 2015 09:15 PM PDT




HASUT

&

hasut lagi dan lawan
malam ini jam 9:00
penjata sungai buluh





--------------

ROSMAH PM SABENAR

Posted: 19 May 2015 09:08 PM PDT







Mahathir kritik Rosmah berlagak macam PM

Mahathir Mohamad hari ini sekali lagi mengkritik Rosmah Mansor, isteri Najib Razak, yang dikaitkan dengan gaya hidup mewah.


"Saya didatangi oleh ramai kumpulan-kumpulan dan individu yang mengadu terhadap kepimpinan Najib.

"Mereka datang berkali-kali dan meminta saya buat sesuatu supaya Najib berhentikan dasar dan pendekatannya.


"Yang datang bukan sahaja orang Melayu dan ahli Umno tetapi juga orang Cina.

"Mereka amat tidak senang dengan isteri Najib, dengan cara hidup mewahnya, dengan lagaknya seakan-akan ia perdana menteri," katanya.


KAH KAH KAH
woit
dengar dengar
ini mahathir yang cakap
mahathir bekas PM
bukan mahathir pak gad
bukan mahathir mat dispatch
kah kah kah
sekarang baru jelas
sekarang baru terang
siapa yang berkuasa
ini bukan fitnah
ini bukan tohmah
ini piem rosmah

APA PUNYA BINCAT


-------------

ONLINE LAGI

Posted: 19 May 2015 08:35 PM PDT





ONLINE LAGI


YANG INI PUN ONLINE

Wah ! Lu online sama ALLAH ? Itu hebat. Eh...boleh tolong kasi itu nombor talipon kah? Saya pun mahu online. Mahu minta nombor....aiya ...itu nombor 4D la......Nanti gua kena gua bagi sama lu la..... on ONLINE LAGI
Anonymous
on 5/20/15
ULAR MAK
line baru telco baru org lain tak dapat khas utk hj hajah ustaz ular mak kah kah kah tak boleh share share dgn org lain monopoli line supaya online kalau semua bole Online Punah rezeki sendiri buat ape...

 kah kah kah jgn berani nak kacau periuk nasi ikang kah kah kah sistem baru yg tak dapat kesan kah kah kah woit cermin muka dulu para ular mak stopa spender mana kah kah kah lama membisu kah kah kah on ONLINE LAGI
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 5/20/15
PIL KUDA

stim pil kuda............ kah...kah....kah..... on ONLINE LAGI
Anonymous
on 5/20/15


Image result for online
---------------

CERMIN KERETA PROTON

Posted: 19 May 2015 08:09 PM PDT




KOMENTAR
teknoloji nuklear mahal
teknoloji nukelar amat tinggi

sebelum memasuki teknoloji nuklear
betul dan hafal dengan baik
teknoloji membuat cermin kereta proton

nanti rabak dan meledak!


Akta baharu nuklear perlu dibentang, kata 

badan nuklear negara 

Bagi membolehkan Malaysia membina loji kuasa nuklear pertamanya menjelang tahun 2025, satu rangka kerja perundangan mengenai program itu perlu dibentang di Parlimen sebelum akhir tahun ini. 

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/akta-baharu-nuklear-perlu-dibentang-kata-badan-nuklear-negara#sthash.Rx2qW0j9.dpuf

  • Cili Padi: Proton Preve Yang Amat Memalukan!

    1cilipadi.blogspot.com/.../proton-preve-yang-amat-me...
    Translate this page
    Mar 23, 2013 - Kereta Honda pun rosak juga selalu ditarik balik kerana masaalah. ....perodua je.. tp ko gaya2 poyo ko tu kata pakai proton.. cermin diri la woiii.
  • Aku Tak Nak Kereta Proton | cuiit{dot}blogspot

    cuiit.blogspot.com › Tips
    Translate this page
    Feb 17, 2009 - Ni kereta Proton MPV yang akan berada di jalan raya malaysia tak lama lagi. ... yang kerap rosak.. jadi pada sesiapa yang menggunakan kereta waja, ... yangselalu jadi.. power window tak function dengan baik... cermin dah ...
  • Pelanggan mengamuk Proton Preve CFE ada masalah ...

    sejarahmelayu.blogspot.com/.../pelanggan-mengamuk...
    Translate this page
    Jul 16, 2012 - Boss aku pon pelik mengapa kereta Proton ni selalu sangat rosak. ..... Panel control tingkap terjungkit sikit: bila kita naikkan cermin sebelah ...
  • Kualiti kereta proton dipertikaikan? - Eizil.com

    www.eizil.com/kualiti-kereta-proton-dipertikaikan/
    Translate this page
    Apr 20, 2012 - Aku juga adalah pengguna kereta Protonkereta pertama aku yang dibeli ... pasti ada barang-barang yang akan rosak atau haus digunakan. ... Ini akan menyebabkan kereta tersebut akan lebih cepat bermasalah ... proton ni leceh masalahcermin la biase nye jadi…tgk keluaran baru ni terliur jugak den :).
  • Kereta Proton dan Power Windownya - Alongxp.com

    alongxp.com/kereta-proton-dan-power-window-nya/
    Translate this page
    Apr 24, 2011 - Sape yang pakai kereta proton yang ada power window?(power window tu yg korg tekan button,cermin naik ke turun sendiri tu) bile sebut ... memberitahu,jika kerap menggunakan power window, ianya akan cepat rosak.
  • EkspresiKu: Proton Exora Bold: Koleksi Masalah-masalah ...

    cyberlipas.blogspot.com/.../proton-exora-bold-koleksi...
    Translate this page
    Apr 13, 2014 - Pun begitu Torsion Beam ni boleh rosak ... dan kesannya tayar belakang Exora ... Cermin depan/windscreen boleh retak dengan sendiri. ... Masalah stereng off centre memang biasa bagi kereta protonkereta Gen-2 milik .... Kereta saya lampu cvtselalu menyala..kalau masa jalan tekan brek lampu akan ...
  • DIY Proton Gen2 Power Window Regulator - AkuBiomed

    akubiomed.com/diy-proton-gen2-power-window-reg...
    Translate this page
    Aug 30, 2012 - Tingkap kereta Proton Gen2 saya telah mengalami kerosakkan pada alat ..... Proton..tak tau la apesal selalu cepat rosak power window..mostly ...


  • ----------------

    Tiada ulasan: