Khamis, 21 Mei 2015

Komentar Kini

Komentar Kini


Pas tidak wajar berpihak

Posted: 21 May 2015 02:16 AM PDT



Pas tidak wajar berpihak atau mengambil bahagian dalam isu perang saraf antara Mahathir dan Najib ini.

Najib anak murid mahathir dan mahathir tok guru Najib.Peperangan antara mereka berdua ini tidak harus pas mengambil bahagian.

Jika PAS sokong mahathir kedudukan nya tercalar demikian jika PAS menyokong Najib. kedua dua ini memusuhi PAS selama lamanya.

Sebab itu apabila pas bekerjasama dengan pakatan rakyat kedudukan pas jadi  kucar kacir. bukan setakat kucar kacir malah presidennya dihina sedemikian rupa.

Itulah sebab musabahnya walaupun presiden pernah bertegas pas tak akan rugi bekerjasama dengan pakatan  rakyat.betul tak rugi tetapi buruk di mata rakyat jelata.

Bayangkan ulamak wajar dimuliakan, hari ini  kepimpinan telah dihina oleh kumpulan sendiri.

oleh itu, jangan buat apa Allah tak suka dan jangan sekali berkasihsayang dengan manusia dan kumpulan yang dibenci oleh Allah.

Kan ada manusia yang sangat dimurkai Allah. Apakah wajar kita mnenyokong orang yang Allah benci. Tidak dinafikan ada baiknya kita berdamaikan dua orang yang bermusuhan supaya mereka tidak bunuh membunuh satu sama lain.

Antara Najib dan Mahathir bukan dua orang yang mahu bunuh membunuh yang melibat hilang nyawa. mereka bermusuh untuk membaiki.kerajaan buruk yang diterajui Najib.

Bukan  untuk membunuh  nyawa Najib. Najib lakukan apa yang pernah Mahathir lakukan sepanjang memerintah malaysia selama 22 tahun. Dulu.


Tiada ulasan: