Kelab Greenboc |
[GAMBAR & VIDEO] Rempit Myvi Akibatkan 3 Beranak Maut, 2 Yatim Piatu Posted: 03 May 2015 01:24 AM PDT Berang kecuaian pemandu Myvi Kemalangan yang meragut nyawa sepasang suami isteri dan bayi mereka berusia enam bulan di Lebuhraya Duke awal pagi Sabtu lalu, mendapat perhatian rakyat Malaysia. Mereka ialah Fairuz Nizam Husain, 35, isterinya Nova Safitri Azhari, 25, dan bayi mereka Nur Firuza Annisa. Fairuz Nizam yang memandu kenderaan Pajero maut di tempat nahas manakala isteri dan anaknya meninggal di Hospital Kuala Lumpur. Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintendan S Markandan berkata, kejadian pada jam 1.05 pagi di laluan dari arah Ulu Klang menghala Jalan Duta. Beliau berkata kemalangan berlaku apabila Pajero itu yang berada di lorong tengah dipercayai digesel dari sebelah kanan oleh sebuah kereta Myvi. "Akibat pelanggaran itu, kereta mangsa terbabas di sebelah kiri sebelum dilanggar sebuah lagi kereta Myvi yang berada di lorong kiri. "Kenderaan mangsa berpusing beberapa kali dan menyebabkan mereka tercampak di atas jalan," katanya. Sebagai tanda simpati, ramai yang menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan menyuarakan perasaan sedih di laman sosial. Tidak kurang juga marah dengan kecuaian pemandu Myvi dipandu secara melulu sebelum merempuh kenderaan dipandu Allahyarham Fairuz Nizam. Kedua-dua pemandu kereta Myvi itu, seorang daripada mereka seorang wanita berumur 35 tahun, cedera ringan manakala seorang lagi pemandu lelaki berumur 31 tidak cedera. Laman Facebook dipenuhi spekulasi bahawa kejadian itu berpunca daripada enam kereta Myvi yang sedang berlumba sekitar jam 1 pagi. Malah akaun Facebook Familia Myvi Club diserang dengan kritikan daripada pengguna laman sosial itu yang berang dengan perbuatan ahli kelab tersebut. Pemilik akaun dengan nama Faizul Rahimi dalam komennya berkata, kelab tersebut perlu dipersalahkan atas kejadian itu. "Kalau sebuah saja yang berlumba, salah individu. Tapi kalau dah sampai beberapa buah kereta dari kelab ini terlibat, terpaksalah tuding jari dekat kelab ini. "Yang berlumba kau orang serah dekat polis. Minta maaf secara terbuka dan bubar terus lagi elok," katanya. Sementara itu, seorang lagi pengguna dipercayai ahli keluarga mangsa, Azeera Rahmat berkata, kejadian tersebut telah menyebabkan dua orang lagi anak pasangan itu menjadi yatim piatu. "Kau orang telah menyebabkan anak buah aku jadi yatim piatu," katanya. Rata-rata komen juga mendesak agar Familia Myvi Club menasihatkan ahli mereka yang terlibat dalam kemalangan itu agar menyerah diri kepada polis. "Minta presiden serah semua suspek. Semoga kelab ini bertanggungjawab dengan apa yang menimpa keluarga ini," tulis pengguna dengan nama Nizam Giler-Giler Rider. Terdapat juga akaun Facebook yang baharu diwujudkan bernama Familia MurderMyvi Club–FMC tanda kemarahan kepada pemandu Myvi terlibat. Setakat jam 7 petang semalam, laman tersebut mendapat 1,135 like. -SH
|
Pelajar Terlampau Dipenjara Kerana Miliki Ribuan Bahan Lucah Posted: 02 May 2015 04:34 PM PDT Seorang pelajar pintar Matematik dari Malaysia, Nur Fitri Azmeer Nordin, 23, telah dijatuhi hukuman penjara lima tahun selepas didapati bersalah kerana memiliki lebih 30,000 imej dan video lucah kanak-kanak. Memetik laporan portal United Kingdom International Business Times (UKIBT), Mahkamah Southwark Crown, London menjatuhi hukuman itu pada Khamis lalu setelah, Nur Fitri disabitkan dengan 17 kesalahan memiliki, membuat dan menyebarkan gambar-gambar lucah kanak-kanak. Rahsia Nur Fitri terbongkar setelah pihak polis Metropolitan berjaya mengesan kelakuan Nur Fitri selepas menemui satu akaun internet miliknya yang telah memuat turun beribu-ribu video dan imej lucah kanak-kanak. Nur Fitri mula belajar di Imperial College sejak tahun lalu dan ditahan di kediamannya di Queensborough Terrace, West London. Selepas mengetahui perlakuan Nur Fitri, polis bertindak menggeledah rumahnya pada November 2014 dan menemui komputer riba miliknya yang masih terbuka bersebelahan sebuah patung kanak-kanak. Nur Fitri mengaku melakukan kesalahan tersebut sehingga tarikh November 2014 di mahkamah sama. Ketika ditahan, polis mendapati Nur Fitri yang juga pemegang biasiswa Matematik memiliki 601 buah video dan imej lucah Kategori A iaitu kategori penyalahgunaan yang melibatkan aktiviti seksual kanak-kanak, serta beratus-ratus bahan lucah kategori B dan C. "Nur Fitri terlibat dalam aktiviti memiliki dan berkongsi beberapa imej yang 'sangat ekstrem' yang pernah kami lihat dalam jenayah bahan lucah kanak-kanak. "Hukuman penjara yang dijatuhi mahkamah sememangnya sukar dielak memandangkan jumlah imej dan kandungan yang dimiliki Nur Fitri berada pada tahap membimbangkan," kata seorang Pegawai Unit Jenayah Berat Metropolitan, Sara Keane. Nur Fitri memulakan pengajian di sebuah koleh di ibu negara dan mendapat tawaran biasiswa daripada Majlis Amanah Rakyat (Mara) untuk melanjutkan pelajaran pada 2011. Dia yang berasal dari Malim Nawar, Perak merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Teluk Intan, dan pernah bertanding dalam Kejuaraan Olimpik Matematik di Amsterdam. Dalam laporan UKIBT, Nur Fitri dilaporkan akan dihantar pulang ke Malaysia sebaik sahaja dibebaskan daripada hukuman penjara. |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan