Kelab Greenboc |
RUU Hudud Gagal Dibentang, PR Yang Akhirnya Berantakan Posted: 26 May 2015 12:05 AM PDT Tidak kelihatan keazaman Umno pastikan KJS dilaksana Biarpun sudah diwujudkan Jawatankuasa Teknikal Undang-undang Jenayah Syariah peringkat Persekutuan, namun Umno dan Kerajaan Pusat dilihat masih berdolak-dalik. Malah kemungkinan tidak dapat ditolak Umno akan kembali serius membincangkan pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah (KJS) di Kelantan apabila tiba kempen Pilihan raya Umum ke-14. Sedangkan pada 28 Mac tahun lepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Bahrom memberitahu di Dewan Rakyat, sekiranya kerajaan Kelantan bersedia melaksanakan hukum hudud, kerajaan Pusat turut bersama-sama. "Terpulang kepada ahli-ahli Yang Berhormat untuk membawa usul persendirian bagi membentang Rang Undang-Undang daripada ahli yang bukan ahli kerajaan di Dewan Rakyat," kata Jamil Khir ketika menggulung perbahasan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong. Pensyarah Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (Kias), Dr Azhar Abdullah berkata sehingga sekarang tidak kelihatan keazaman yang kuat daripada Umno untuk memastikan KJS dapat dilaksanakan di Kelantan. "Kita tahu Umno tidak ikhlas untuk memastikan perundangan tersebut benar-benar dapat dilaksanakan di negeri ini," katanya pada penerangan KJS dan GST di Kampung Kasar malam tadi. Hadir sama Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali, Ketua Dewan Ulama PAS Pahang, Mokhtar Senik dan Yang Dipertua PAS Pasir Mas, Datuk Hanifa Ahmad. Dr Azhar berkata ketidaksungguhan Umno juga dapat dilihat apabila sehingga sekarang gagal membentangkan pindaan Akta 355 di Parlimen. Sedang difahamkan pada 15 Disember 2014 Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersetuju supaya pindaan di buat ke atas Akta 355. Selain itu usul persendirian bagi membolehkan KJS dilaksanakan di Kelantan, yang dibawa anggota parlimen Marang, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada sesi lepas tidak mendapat kebenaran parlimen. "Saya percaya Umno akan perap usul persendirian tersebut sehingga PRU ke-14. Kalau lulus pun mungkin pada peringkat bacaan pertama, selepas itu kerajaan pusat akan menangguh sekali lagi untuk membolehkan kajian dilakukan kabinet," katanya. -HD ULASAN GB GB sudah ulas banyak kali sebelum ini bahawa isu Hudud hanyalah permainan UMNO untuk pecahbelahkan Pakatan Rakyat. Tetapi golongan ulama percaya kononnya UMNO mengenai hal hudud berkenaan. GB sudah katakan sebelum ini, Hudud: PAS Tak Tertipu Jika Dengar Nasihat Yusof Qardhawi. Petikan: Demikianlah berjalannya hukum kebenaran dan keadilan. |
Hasnul & Shaari Penyelamat Kerajaan PR Di Selangor, Sekali Lagi. Posted: 25 May 2015 06:10 PM PDT ADUN PAS ikrar pertahan mandat di S'gor Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS Hasnul Baharuddin berikrar akan terus mempertahankan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor jika keadaan dewan negeri tergantung benar-benar berlaku. Katanya rakyat Selangor memberi mandat bukan hanya kepada PAS tetapi juga PKR dan DAP dan ia harus dihormati semua wakil rakyat. "Saya akan terus pertahankan kerajaan Pakatan Rakyat kerana itu mandat yang diberi oleh rakyat," katanya. Hasnul dan seorang lagi ADUN PAS Saari Sungib sebelum ini tampil menyokong Presiden PKR Wan Azizah Ismail sebagai menteri besar baru Selangor ketika parti mereka belum membuat keputusan. Sultan Selangor bagaimanapun memilih timbalan Azizah dalam PKR, Azmin Ali, sebagai menteri besar baru menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim. Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini Hasnul berkata kenyataannya hari ini tidak bermaksud beliau akan meninggalkan PAS. "Tapi saya akan lihat bagaimana perkembangan selepas ini," katanya. Sekiranya PAS keluar Pakatan, Selangor kemungkinan berdepan dengan situasi DUN tergantung. Pada masa ini, PAS dan DAP masing-masing mempunyai 15 kerusi manakala PKR mempunyai 13, tidak termasuk Khalid yang kini ADUN bebas. Terdapat 56 kerusi di Dewan Undangan Negeri, di mana 29 kerusi diperlukan untuk membentuk kerajaan dengan majoriti mudah. Sekiranya PAS menarik diri, DAP dan PKR akan hanya mempunyai 28 kerusi. Kebimbangan terhadap masa depan Pakatan semakin diperkatakan berikut kemelut antara DAP dan PAS Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Pemerhati menjangkakan keadaan akan menjadi lebih teruk pada bulan Jun selepas pemilihan PAS, di mana kumpulan Hadi dijangka menguasai hampir sepenuhnya kepimpinan parti itu. Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang hari ini terus membangkitkan kebimbangan sama. ULASAN GB Apa pun berlaku insyaAllah kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor akan mampu bertahan apabila muncul dua orang ADUN PAS yang telah digantung keahliannya membuat keputusan untuk mempertahankan kerajaan Pakatan Rakyat di negeri itu. Jika PAS keluar atau dikeluarkan dari pakatan Rakyat, bererti kerajaan PR hanya tinggal 28 kerusi (DAP 15 + PKR 13). Tetapi dengan kehadiran 2 orang ADUN PAS yang menyokongnya kedudukan akan menjadi 30 kerusi untuk PR dan UMNO hanya memepunyai 12 kerusi. Ura-ura pembentukan kerajaan perpaduan UMNO+PAS+Khalid Ibrahim (12+13+1=26) digagalkan oleh tindakan kedua ADUN PAS yang berani itu walaupun mereka dimaki dengan perkatuan BARUA dan BROKER oleh Presiden PAS sendiri di dalam muktamar tahun lalu. Hukum kebenaran dan keadilan akan berjalan. Jika pemimpin-pemimpin PAS ikhlas dan jujur dengan perkataan mereka untuk perkukuhkan Pakatan Rakyat, maka tindakan kedua-dua ADUN berkenaan perlu mendapat pujian bukan kejian dan kata-kata nista. Kedua-dua ADUN ini bukan hanya sekadar pandai bercakap, tetapi mereka bertindak, selari dengan kehendak dan resolusi Muktamar PAS bertahun-tahun, iaitu perkukuhkan Pakatan Rakyat. |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan