Kelab Greenboc |
- Anti-GST: Ambiga, Dr.Hatta, Anthony Loke & Arulchelvan Bebas, 29 Yang Lain Direman
- [VIDEO & GAMBAR] Anti-GST: Rakyat Akan Terus Turun Berdemo....
- [VIDEO & GAMBAR] Puluhan Ribu Sertai Himpunan Anti-GST -updated
Anti-GST: Ambiga, Dr.Hatta, Anthony Loke & Arulchelvan Bebas, 29 Yang Lain Direman Posted: 02 May 2015 01:03 AM PDT Ambiga dibebaskan, 29 lagi direman Polis gagal untuk mendapatkan perintah reman terhadap bekas Presiden Majlis Peguam Datuk Ambiga Sreenevasan yang ekoran protes anti-GST semalam, tetapi 29 orang lagi yang ditahan, tidak bernasib baik. Menurut peguam Michelle Yesudas, 23 orang direman selama tiga hari manakala enam lagi yang di bawah umur, direman selama sehari. Selain Ambiga, yang lain dibebaskan ialah setiausaha penganjur kebangsaan DAP Anthony Loke, ahli jawatankuasa pusat PAS Dr Hatta Ramli dan setiausaha agung PSM S Arutchelvan. -mk
|
[VIDEO & GAMBAR] Anti-GST: Rakyat Akan Terus Turun Berdemo.... Posted: 01 May 2015 11:20 PM PDT Himpunan anti-GST tidak mengubah, tapi beri kesan ketara, kata penganalisis Suami Zaiton Anuar terlantar sakit di rumah dan perlu penjagaannya, tetapi ibu kepada lima orang anak itu nekad datang ke Kuala Lumpur menyertai himpunan membantah pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) semalam. Wanita berumur 52 tahun itu merupakan antara ribuan peserta lain pada perhimpunan semalam, yang dikatakan mencapai matlamatnya walaupun tidak melepasi sasaran mengumpulkan sejuta peserta. Walaupun perhimpunan semalam tidak mungkin mengubah keputusan Putrajaya mengenai pelaksanan cukai berkenaan, kemarahan rakyat terhadap peningkatan kadar inflasi sedikit sebanyak mampu mengancam kedudukan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang. Bagi Zaiton, terdapat perbezaan agak ketara di antara maklumat disampaikan Putrajaya mengenai GST dan bagaimana cukai itu memberi kesan kepada rakyat. "Setiap kali saya menonton TV, kerajaan sering mengatakan bahawa kos perubatan di hospital kerajaan tidak akan dikenakan GST. Tetapi apabila saya membawa suami ke HUKM (Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia), saya perlu membayar GST untuk semua kos rawatannya." Beliau kecewa apabila dikenakan cukai 6% ke atas semua kos perubatan bagi merawat penyakit kanser suaminya, yang boleh mencecah setinggi RM2,000 setiap kali rawatan. GST yang dikenakan adalah sebanyak RM60 dan ia jumlah yang membebankan buat Zaiton, yang tinggal di rumah pangsa di Pantai Dalam. Pada 22 April, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam dilaporkan berkata, ubat-ubatan penyakit kronik seperti kanser akan dikenakan GST. Satu lagi keluhan yang diluahkan adalah bagaimana kerajaan boleh membuat andaian harga barang akan turun selepas pelaksanaan GST bagi menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang berkadar 10%. Kakak Zaiton, Misnah, 54, mendakwa andaian yang dibuat kerajaan itu meleset sama sekali kerana beliau sendiri mendapati harga barangan meningkat dalam beberapa minggu lalu. "Saya pergi ke pasar raya besar baru-baru ini dan mendapati harga bagi 3 kilogram pencuci pakaian yang selalu dibeli naik daripada RM17 kepada RM24." Tinjauan The Malaysian Insider di kedua-dua pasar raya besar pada 9 April lalu mendapati, sekurang-kurangnya lima daripada 10 barangan dijual lebih mahal berbanding panduan harga yang dikeluarkan kerajaan sebelum pelaksanaan GST. Sementara itu, sebuah pasar raya didapati menjual lapan jenis barangan dengan harga lebih tinggi daripada yang ditetapkan buku panduan terbitan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK). Seorang lagi suri rumah, Josephine Anthony, 37, mendakwa keluarganya kini terpaksa menambah jumlah perbelanjaan rumah sebanyak RM30 untuk setiap 300 barangan dibeli di pasar raya. "Jika dulu saya boleh beli semua barangan yang kami perlukan pada harga RM100, kini walaupun jumlah barangan yang dibeli adalah sama namun harganya lebih RM150," kata pekerja kilang berasal dari Alor Gajah, Melaka itu, yang hadir bersama suaminya semalam menyertai protes anti-GST. Penganalisis politik, Dr Wong Chin Huat berkata, ketidakpuasan di kalangan rakyat terhadap cukai itu dapat dirasai dan sebab itu ia mampu menghimpunkan di antara 30,000 hingga 40,000 peserta di Dataran Merdeka semalam. "Ini adalah satu isu besar yang sedang melanda seluruh rakyat," kata Wong, zamalah Institut Pulau Pinang, yang turut menyertai himpunan terbabit. Kemarahan masih belum membuahkan hasil Biarpun kemarahan yang ditunjukkan orang ramai semakin membuak terhadap GST, namun penganalisis politik Ibrahim Suffian mengandaikan desakan itu mungkin hanya memberi impak lebih besar sekiranya pemimpin Pakatan Rakyat (PR) bersatu membantah cukai itu. "Walaupun dengan ramai pengguna sosial media membantahnya, anda masih perlu mempunyai seorang pemimpin yang dapat menjadi ikon kepada rakyat," kata Ibrahim yang turut menyertai perhimpunan pada Hari Pekerja itu. Ibrahim mendapati perhimpunan semalam tidak menyaksikan penglibatan besar PR, dan penganjur pula menggesa supaya ahli politik supaya tidak memberi ucapan. "Pilihan raya umum masih lama lagi dan ini memberi gambaran bahawa walaupun anda mengajak orang ramai untuk berhimpun, anda tidak boleh berbuat apa-apa terhadap cukai itu. Ia menyebabkan peserta berasa cepat bosan" Wujud ketidakpastian sama ada bantahan akan diterjemahkan dalam bentuk undi, kata seorang peserta himpunan Suhaimi Ibrahim yang berasal dari Sungai Petani, Kedah. "Orang kampung benar-benar terbeban cukai ini kerana ia memberi kesan kepada mereka dan mereka tidak mempunyai pendapatn besar," kata Suhaimi, 44, yang datang ke ibu negara bersama kawannya. "Tetapi kita tidak pasti lagi sama ada ia akan mempengaruhi mereka melalui jumlah undi nanti kerana apabila mendapat sagu hati, mereka cenderung untuk melupakan kemarahan itu." Wong, bagaimanapun, masih positif mengenai kesan terhadap himpunan yang dilakukan semalam. "Ada dua kumpulan manusia. Satu kumpulan adalah mereka yang datang untuk menyatakan pendirian mereka mengenai sesuatu perkara manakala satu kumpulan lagi datang untuk menyatakan pendirian mengenai sesuatu perkara dan mengharapkan tindakan mereka memberikan kesan. Kumpulan kedua adalah lebih besar berbanding kumpulan pertama." Perbandingan serupa berlaku pada perhimpunan Bersih 2.0 (2011) dan Bersih 3.0 (2012). Perhimpunan ketiga mempunyai jumlah tiga kali ganda lebih besar berbanding perhimpunan kedua kerana mereka percaya hasilnya akan mewujudkan satu gelombang perubahan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13. Ketika Bersih 3.0, kepimpinan PR bersatu dan semua datang beramai-ramai menyuarakan kemarahan. Buat masa ini, kesan perhimpunan Hari Pekerja semalam masih belum dapat dipastikan mampu mengubah keadaan, kata Wong. "Tetapi sekurang-kurangnya masih ramai rakyat yang hadir untuk menyatakan pendirian mereka mengenai prinsip dan mereka menunjukkan bahawa mereka boleh menyusun diri mereka sendiri walaupun PR berada dalam keadaan berpecah-belah." Bagi Ibrahim, perhimpunan itu membuktikan kesedaran politik masih wujud di kalangan rakyat Malaysia. Malah, faktor GST dan peningkatan kadar inflasi akan lebih dirasai pada pilihan raya umum akan datang. Polis mula menangkap penunjuk perasaan selepas perhimpunan itu menggunakan alasan berlakunya vandalisme dan provokasi. Setakat lewat malam tadi, hampir 50 orang, termasuk peguam terkemuka dan bekas presiden Majlis Peguam, Datuk Ambiga Sreenevasan, ditahan kerana menyertai perhimpunan tersebut. Turut diminta menyerah diri kepada polis ialah Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP Anthony Loke, ahli sekrteriat #KitaLawan Fariz Musa, Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia, S Arutchelvan dan sekretariat Bersih 2.0, Mandeep Singh. -TMI
|
[VIDEO & GAMBAR] Puluhan Ribu Sertai Himpunan Anti-GST -updated Posted: 01 May 2015 05:43 PM PDT Perhimpunan menolak cukai barangan dan perkhidmatan (GST) berlangsung di Kuala Lumpur hari ini, sebulan selepas ia diperkenal. Ia kebetulan jatuh pada Hari Pekerja hari ini. Berikut laporan langsung daripada wartawan Malaysiakini di lapangan: 6.20pm: KLCC – Hampir semua peserta himpunan sudah bersurai. Suasana kembali tenang seperti biasa. 6.00pm: Dataran merdeka- Free Anwar Petition Coliation turut muncul di himpunan hari ini untuk mengutip tandatangan daripada orang ramai. Koordinatornya berkata mereka telah mula mengutip tandatangan di Sogo awal pagi hingga kini. Katanya, mereka dapat mengutip tandatangan sebanyak 3,000 hari ini. "Kita beri peluang kepada mereka yang tidak puas hati dengan sistem kehakiman untuk meluahkan perasaan melalui tandatangani ini," katanya. Lau berkata, matlamat mereka adalah untuk mengutip sejuta tandatangan dan menyerah kepada Agong untuk menuntut pembebasan Anwar. "Dari pelancaran kempen mengutip tandatangan pada bulan April hingga kini, kita telah mengumpul kira-kira 50 ribu tandatangan," katanya. 5.10pm: Sekumpulan 20 orang buta dari Solidariti Orang Buta Malaysia turut muncul dalam himpunan anti-GST. Mereka merungut perlaksanaan GST telah menyusahkan orang buta kerana semakin banyak orang buta diragut oleh perompak. "GST menyebabkan orang semakin miskin, maka kami dijadikan sasaran peragut. "Mereka mula-mula datang buat baik dengan kita kemudian dompet kita diragut. "Kami pergi membuat laporan polis tetapi polis mahu kita kecam muka peragut. Kami buta macam mana nak lukis muka peragut?" kata Fadil, 42 yang hanya menjalankan perniagaan kecil sendiri. Dia turut merungut perlaksanaan GST menyebabkan barang dan peralatan orang buta semakin mahal. "Malah, Persatuan Orang Buta Malaysia (MAB) turut kenakan GST pada kita," katanya dengan marah. "Harga barang juga makin mahal, kita bukannya kaya. "Dulu makan di kedai hanya harga RM6 dengan nasi dan air, kini kena bayar RM8," rungutnya. 5pm: KLCC - Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat membacakan deklarasi anti-GST kepada orang ramai yang mahukan cukai itu dimansuhkan. Tokoh ulama PAS Ahmad Awang kemudian memimpin bacaan doa. "Ya Allah, kami berkumpul hari ini dengan semangat jihad, dengan semangat Tok Janggut untuk melawan GST. "Berikanlah kami kekuatan. Berikanlan tentera-Mu ini kekuatan untuk melawan GST," katanya. 4.50pm: KLCC – Kira-kira 1,000 masih tinggal di KLCC. 4.45pm: KLCC – Ucapan berkumandang sekurang-kurangnya di tiga tempat. Di depan Affin Bank, Setiausaha PKR Rafizi Ramli menyelar Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan. "Masuk sekolah balik Ahmad Maslan. Dia tidak faham GST," kata Rafizi. 4.25pm: Jalan Ampang – Suar dinyalakan menyebabkan asap oren menyelubungi kawasan itu. Ia dikatakan dinyalakan oleh kumpulan "anarkis" yang tidak terlibat dalam jawatankuasa Kita Lawan. "Ia dipercayai kumpulan sama yang membakar suar di depan Masjid Jamek. 4.20pm: KLCC - Penunjuk perasaan berdiam diri sebentar bagi menghormati suara azan yang sedang berkumandang. Sejurus tamat mereka menyambungnya dengan laungan takbir. Kawasan di Jalan Ampang, dekat KLCC sesak. Penghadang dipasang bagi mengelakkan penunjuk perasaan memasuki halaman KLCC. 4.15pm: Jalan Ampang – Orang ramai dari Jalan Ampang membanjiri jalan. Jalan raya sesak teruk. KLCC – Lebih ramai orang menuju ke arah kawasan itu. Dianggarkan kira-kira 15,000 menyertai perhimpunan hari ini. Aktivis orang kurang upaya (OKU) Isaiah Jacob berucap bahawa GST membebankan golongan itu. "Kerajaan memang bangsat, mereka kejam. Mereka patut bantu orang kurang upaya," tambahnya. 3.55pm: Ibu pejabat polis daerah Dang Wangi – Orang ramai berlaku sambil mengusik dan anggota polis dengan lirik berbunyi "terima kasih abang polis" ketika melalui kawasan itu. Polis mengawal keadaan sejak pagi dan tiada insiden dilaporkan setakat ini. 3:15pm: Jalan Tuanku Abdul Rahman – Peserta himpunan daripada Sogo, sekurang-kurangnya 4,000 orang sudah sampai ke persimpangand Dataran Merdeka. Dipimpin anggota Parlimen Batu Tian Chua, kumpulan pemuzik yang menggelarkan diri mereka sebagai The BangsArt menghiburkan orang ramai dengan paluan deram dan lagu-lagu bertema perjuangan. 3pm: Jalan Raja – Orang ramai bertambah kepada 10,0000 di Dataran Merdeka dan ramai lagi dijangka tiba di tempat bersejarah itu. Sogo – Anggota sekretarian Kita Lawan Mandeep Singh umumkan 2,000 sedang berarak ke Dataran Merdeka. Mereka memenuhi Jalan Tunku Abdul Rahman. 2.50pm: Jalan Raja - Penunjuk perasaan banjiri kawasan sekitar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Dipimpin oleh Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, mereka melaungkan slogan "Kita Semua Tok Janggut" - mengenang perjuangan menolak cukai yang dikenakan penjajah British seratus tahun lalu. 2.35pm: Sogo – Naib Presiden PKR Tian Chua ketika berucap atas kenderaan pacuan empat roda memberitahu kira-kira 1,500 orang di kawasan itu bahawa mereka akan berarak ke Dataran Merdeka dan KLCC sebentar lagi. 2.20pm: Masjid Jamek – Kesesakan lalu-lintas di Jalan Tun Perak selepas 2,000 orang membanjiri kawasan itu. Kenderaan lalu-lalang juga membunyikan hon tanda sokongan. Laungan menuntut Perdan Menteri Datuk Seri Najib Razak kedengaran.
|
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan