Sabtu, 16 Mei 2015

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Aduhai... Pro-UMNO Dalam PAS Mahu Najib Diberi Peluang...

Posted: 16 May 2015 12:03 AM PDT


Berilah peluang pada Najib, kata Haron Din

Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din dan PAS Kelantan senada dengan presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang mahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dikekalkan berdasarkan mandat yang rakyat dalam pilihan raya.

Kata Haron, Najib berjiwa besar dan perlu diberikan peluang untuk membetulkan keadaan seperti yang sudah diikrarnya kerana tiada yang manusia sempurna di dunia ini, lapor Berita Harian.

"Berilah peluang kepada Najib perbetulkan apa yang perlu," Haron dilaporkan sebagai berkata.

Katanya lagi, semua terpulang kepada Umno dan BN sama ada mahu memandang serius pandangan luar mengenai kedudukan Najib atau sekadar menutup telinga sahaja.

Kelmarin, Hadi menyatakan Najib tidak perlu berundur, sebaliknya terus mengekalkan jawatannya sebagai perdana menteri walaupun berdepan dengan pelbagai tekanan.

Mengenai kes 1 Malaysia Development Berhad (1MDB), Haron berkata, beliau masih menunggu hasil siasatan sama ada kes itu benar-benar berlaku, atau sekadar spekulasi dan persepsi semata-mata.

"Jika betul Najib melakukan kesilapan dan kecuaian dalam membuat keputusan… beliau kena bertanggungjawab.

"Selagi belum ada bukti, saya mahu bersikap tunggu dan lihat. Namun jika terbukti apa yang dilakukan dalam 1MDB kerana kesilapan sendiri maka wajarlah perdana menteri membayar harga yang tinggi untuk itu," beliau dilaporkan sebagai berkata.

Rais: Pandangan ala Islam ala Melayu

Sementara itu, Utusan Malaysia melaporkan penasihat sosiobudaya kerajaan Tan Sri Dr Rais Yatim sebagai mengucapkan terima kasih kepada Hadi ekoran mengeluarkan "pandangan yang ala Islam ala Melayu" yang mahu Najib dikekalkan.

Najib diasak banyak pihak dalam isu 1MDB, terutamanya oleh bekas perdana menteri 22 tahun Tun Mahathir Mohamed.

"Jadi, di situ (kritikan Mahathir) barangkali sahabat lama yang baharu terasa. Haji Hadi punya komen (pertahankan Najib) itu pun relevan.

"Kita harus berterima kasih kepada Haji Hadi kerana mengeluarkan pandangan yang ala Islam ala Melayu," Rais dilaporkan sebagai berkata.

ULASAN GB

Jadi pelik bila membaca "statement" Musyidul Am PAS seperti yang dilaporkan di atas.

Beliau berkata, "Najib berjiwa besar dan perlu diberikan peluang untuk membetulkan keadaan seperti yang sudah diikrarnya kerana tiada yang manusia sempurna di dunia ini"..

Memanglah tiada manusia sempurna di dunia ini... oleh sebab itu maka beliau meminta Najib diberi peluang untuk membetulkan keadaan. Jika demikian halnya maka PAS tak perlulah berjuang untuk menentang UMNO, tak perlu sertai politik... kerana kita boleh bagi peluang kepada Najib, kita boleh bagi peluang kepada UMNO sampai kiamat untuk membetulkan keadaan????

Nampaknya Hj Hadi dan Haron Din seia sekata untuk memberi ruang kepada Najib. Maka itu tidak hairan di kalangan ahli-ahli PAS ada yang menganggap bahawa kedua pemimpin tertinggi PAS itu adalah pro-UMNO ... dan kebetulan mereka berdua adalah yang bertanggungjawab untuk mewujudkan "kerajaan perpaduan". Sementelah lagi Haron Din telah berkali-kali mengeluarkan kenyataan bahawa tahaluf siyasi bersama rakan komponen Pakatan Rakyat perlu disemak semula, satu kenyataan yang amat disenangi oleh UMNO.

Kumpulan pro-UMNO kini sedang cuba untuk menguasai PAS di dalam pemilihan nanti untuk menyingkirkan mereka dari kalangan progresif yang merupakan pro-pakatan rakyat.

Keputusan di tangan perwakilan nanti untuk memilih pemimpin samada di kalangan pro-UMNO atau pro-pr.

[BERGAMBAR] KIsah Sebenar Pemandu Bas Tinggalkan Budak Tahfiz Tepi Jalan

Posted: 15 May 2015 05:01 PM PDT


Tindakan seorang pemandu bas meninggalkan anak-anak tahfiz di tepi jalan hanya kerana sebab yang tidak masuk akal, mengundang kemarahan orang ramai.

Difahamkan, serombongan anak-anak tahfiz dalam perjalanan dari Kedah ke Melaka menggunakan khidmat bas Famira Travel & Tours.

Pemandu bas yang seakan-akan tidak sensitif membiarkan radionya mendendangkan lagu dangdut sehingga menimbulkan rasa kurang senang anak-anak tahfiz berkenaan.

Salah seorang dari mereka meminta agar pemandu berkenaan menghentikan lagu itu.

Berang dengan permintaan anak-anak tahfiz itu, pemandu terbabit menghentikan bas dan mengarahkan anak-anak tahfiz tadi keluar dari bas berkenaan.

"Sedih bila orang Islam sendiri buat anak-anak yatim dan fakir macam ni. Kau jangan lupa, doa anak-anak yatim yang dianiaya ini mudah makbul," kata Durratun Nurin yang meminta agar semua pihak menyebarkan insiden terbabit.

"Dah call banyak kali tapi tak angkat. Sewa bas bukan murah. Ikutkan hati nak je doa biar driver tu eksiden mati masuk gaung," katanya yang cukup geram dengan tindakan pemandu bas yang tidak bertanggungjawab itu.

Menurut Durratun lagi, mereka telah mendapat bas ganti. Beliau juga turut melaporkan perkara itu kepada SPAD dan menteri pelancongan.

"Tunggu dan lihat macam mana. Saya post di Facebook supaya jadi pengajaran kepada orang di luar sana. Janganlah mentang-mentang yang dibawa, yang dilayan itu anak yatim, anak fakir, maka kamu melayan dia macam sampah, macam pengemis.

"Mereka pun manusia. Sikap double standard inilah kena kikis," katanya. -wowberita


Tiada ulasan: