DIALOG RAKYAT |
- DAP paling ramai gagal guna Bahasa Melayu
- Mahathir tak tergamak sebut nama Anwar atau Tengku Razaleigh jadi PM
- Kadir: Rompin kubu 'paling taat' buat BN
- Muktamar Pemuda: Masa untuk 'menghina'?
- Minyak masak tiada logo halal
- Jawatan Presiden Pas lawan tiga penjuru
- Dipenjara lapan hari, wanita tanggal baju dibebas
- Nik Abduh kembali dicalon tanding Ketua Pemuda
- Undi ditutup, keputusan dijangka jam 11 malam ini
- Kenapa umum turun harga rumah Felda sekarang?
- DAP selar kempen janji kosong MIC di Permatang Pauh
- MCA dakwa dikasari ketika berkempen
- K'jaan beku ambil penjawat awam baru?
- Tak rasmi: BN dahului PAS
- Sudah sampai masa Najib pecat Ismail Sabri, kata DAP
- Pengerusi SPR dinasihat tumpu reformasi pilihanraya
DAP paling ramai gagal guna Bahasa Melayu Posted: 05 May 2015 06:18 AM PDT Pemimpin veteran dan ahli lama dalam DAP dikatakan paling ketara gagal menggunakan Bahasa Melayu ketika berbahas termasuk Lim Kit Siang. PETALING JAYA: Ahli Parlimen DAP dikatakan paling ramai gagal menggunakan Bahasa Melayu ketika berbahas di Dewan Rakyat. Pengarah Pusat Kajian Institusi Raja Malaysia, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Prof Datuk Dr Ramlah Adam berkata, perkara itu paling ketara di kalangan pemimpin veteran dan ahli lama parti itu termasuk Lim Kit Siang. "Kebanyakkan wakil rakyat mengunakan Bahasa Melayu, cuma segelintir pemimpin veteran DAP seperti Lim Kit Siang sahaja yang didapati menggunakan Bahasa Inggeris," katanya ketika dihubungi FMT. Ramlah berkata, isu pengunaan bahasa tidak sepatutnya timbul tetapi peraturan yang dilaksanakan sejak tahun 1957 sudah tidak diikuti disebabkan mainan politik pihak tidak bertanggungjawab. "Pemerintah terlalu bertolak ansur dan tidak melaksanakan peraturan tersebut dengan tegas, "Wakil rakyat seharusnya menjadi contoh yang baik kepada rakyat dengan mamatuhi segala peraturan yang ditetapkan, namun perkara itu tidak berlaku secara menyeluruh di negara kita," jelasnya lagi. Mengambil contoh kejadian di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak apabila beberapa pemimpin politik memakai pakaian yang tidak menghormati sidang DUN, Ramlah akui ia sebagai bukti pemimpin tersebut tidak layak menjadi wakil rakyat kerana undang-undang yang dipersetujui bersama tidak dipatuhi. "Semangat perkauman jelas lebih tinggi daripada semangat patriotisme," katanya. Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Abdullah Zaik Abd Rahman pula menggesa semua wakil rakyat, termasuk Ahli Parlimen yang tidak fasih berbahasa Melayu diwajibkan mengikuti kursus bahasa. "Membiarkan perkara ini berlanjutan menunjukkan kerajaan tidak serius memartabatkan Bahasa Melayu. Sudah sampai masa untuk membuat pembetulan," katanya. | ||||||
Mahathir tak tergamak sebut nama Anwar atau Tengku Razaleigh jadi PM Posted: 05 May 2015 06:13 AM PDT MSO Kebenaran itu tidak boleh disembunyikan kerana kalau pun ia ditimbus lama-lama ia akan terkeluar juga nanti. Apa yang menimpa diri Dr Mahathir Mohamad ini bertepatan dan dengan gambaran itu. Selama mana Mahathir boleh melindungi sesuatu dalam dirinya. Kebenaran akan tersebut juga, kalau tidak kuat tetapi perlahan.
Hari ini Mahathir sudah memperakui ada orang lain yang lebih baik untuk menjadi perdana menteri sebagai mengganti Najib Razak yang sedang beliau gerudikan sekarang ini. Beliau tidak menyebut siapa orang itu, tetapi sudah pasti ianya bukan Hassan Melek atau Ahmad Maslan. Apabila Mahathir menyebut itu walaupun secara sinis, tetapi hatinya tidak boleh berbohong. Mahathir kenal dan tahu sejauh mana kebolehan Muhyiddin Yassin yang mengikut tradisinya akan menjadi pengganti Najib seperti diucapkan itu. Mungkin perkara ini ada beliau sebut kepada isterinya sebagai melepas gian dan sebak.
Seperti saya sebut tadi tokoh itu bukan Ahmad Maslan, atau Hassan atau pun orang lebih layak Khairy Jamaluddin. Dan kalau pun Khairy Jamaluddin dilihat ada kebolehan tetapi Dr Mahathir tetap tidak akan menerimanya. Baginya Mukhriz jauh lebih baik dan pantas daripada Ketua Pemuda Umno itu. Saya boleh agak siapa yang ada dalam sudut hati Mahathir yang tidak disebut itu. Buat masa ini orang masih relevan untuk jadi PM, ialah Anwar Ibrahim dan Tengku Razaleigh Hamzah. Mahathir mengenali kebolehan dan pengaruh kedua orang ini. Jika dibandingkan dari segi pengalaman dan karismatik dengan nama-nama seperti Ahmad Zahid Hamidi ataupun Hishamuddin Hussein, kedua nama itu lebih sesuai. Jika diadakan referendum mereka akan menang. Tengku Razaleigh sangat diketahui seorang politician yang beradat dan penuh profesional. Tengku seorang yang rasional dan gantlemen dalam berpolitik, Tengku Razaleigh tidak dapat jadi PM selepas Mahathir kerana anak raja itu terlalu baik dan tidak tahu bermain huduh dalam politik biarpun Mahathir pernah mengkhianatinya. Begitu juga dengan Anwar Ibrahim. Mahathir tidak dapat melupai "kebiadapan" Anwar kepadanya, tetapi dalam masa sama beliau tidak dapat menafikan kehebatan dan aura yang ada kepada Anwar. Selama 12 tahun beliau mendidik dan mengasuh Anwar untuk menjadi penggantinya. Silapnya Mahathir, kerana terlalu mendengar maklumat daripada konspirator yang benci dan dengki dengan Anwar. Itulah kesilapan Mahathir yang akhirnya menyusahkan dirinya sendiri dalam mencari penggantinya. Hari ini Mahathir seakan menyesal dengan apa yang berlaku. Kalau dia mahukan Anwar, tetapi jalan untuk dibawa kembali Anwar itu bukan mudah kerana kekuasaanya ditangan Najib. Mahathir cuba hendak bertindak menjadi Bendahara Melaka membawa balik Hang Tuah, bagi menyelamatkan keadaan tetapi keadaannya bukan mudah. Saya yakin kalau Dr Mahathir ada ada kuasa sakti dia akan merobohkan tembok penjara untuk mrembebakan Anwar bagi menyelamatkan keadaan negara ditangan Najib yang mencemaskan baginya. Kebenciannya kepada Najib melebihi dendamnya kepada Anwar? Mengenai Tengku Razaleigh pula, Mahathir melihat tokoh ini sudah lanjut usianya. Musimnya sudah hampir berlaku. Menyokong Tengku Razaleigh untuk jadi jadi PM, tidak menguntungkan kerana itu ia lebih baik membiarkan Muhyiddin Yassin menjadi perdana menteri setidak-tidaknya Muhyiddin akan mengenang jasanya, seperti mana dia mengenang jasa Tun Razak, kemudian dia menulis surat kepada Abdullah Badawi agar lantik Najib jadi timbalan. Percayalah Dr Mahyathir kini berputar dalam dirinya bila mengenangkan Najib. Dia ada cadangan tetapi untuk melaksanakanya tidak mungkin kerana semua kekuatan berada di tangan Najib. Apa yang Mahathir dapat lakukan mengalunkan cerita dongeng dalam majlis-majlis anjuran orang-orang seperti Inchek Ibrahim Ali. | ||||||
Kadir: Rompin kubu 'paling taat' buat BN Posted: 05 May 2015 06:10 AM PDT MALAYSIAKINI Ketika perubahan masih berpeluang berlaku di Permatang Pauh, tokoh wartawan Datuk A Kadir Jasin melihat perkara itu berbeza sama sekali di Rompin. Katanya, berbeza dengan Permatang Pauh, Rompin, kawasan majoriti Melayu, tidak pernah dimenangi pembangkang. "Sejarah pilihan raya kawasan itu memberi kemenangan mutakhir bagi BN/Umno," kata bekas pengarang kumpulan NSTP Datuk A Kadir Jasin. "Pembangkang tidak pernah merasai kerusi tersebut. "Ia boleh dianggap sebagai contoh kerusi luar bandar yang taat kepada parti penyandang." Pilihan raya kecil Rompin menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon BN Datuk Hasan Arifin dan calon PAS Nazri Ahmad bagi mengisi kekosongan kerusi itu selepas kematian penyandangnya Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis. Jamaluddin yang juga pengerusi Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) meninggal dunia pada 4 April lalu akibat nahas helikopter di Semenyih, Selangor. | ||||||
Muktamar Pemuda: Masa untuk 'menghina'? Posted: 05 May 2015 06:03 AM PDT MALAYSIAKINI Bahang 'perang' menjelang muktamar PAS bulan depan semakin panas apabila senarai rasmi diumumkan Ketua Jawatankuasa Pemilihan PAS, Asmuni Awi hari ini. Tanpa pengumuman rasmi dibuat mengenai pertembungan kumpulan proulama dan bukan ulama, pola pencalonan yang dibuat seluruh PAS kawasan setakat ini menunjukkan ia semakin tidak terkawal. Untuk Pemuda PAS misalnya, ketuanya Suhaizan Kaiat turut dicalonkan sebagai pemeriksa kira-kira - suatu langkah yang sebenarnya boleh dianggap menghina atau sekurang-kurangnya tidak serius. Turut dicalonkan untuk jawatan itu ialah menantu Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Zaharuddin Mohamad yang lantang dalam gerakan 'mempertahankan' kumpulan ulama, serta 'sekutunya' yang juga Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Mohd Yusni Mat Piah. Mohd Yusni (gambar) baru-baru ini menjadi perhatian kerana berkeras enggan menggerakkan anggotanya membantu PKR dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh. Nama Suhaizan turut dicalonkan sebagai timbalan pengerusi tetap bersama bekas Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan. Dalam perkembangan sama, perwakilan di peringkat kawasan juga menunjukkan kecenderungan membawa semula Nik Abduh Nik Abdul Aziz ke dalam Pemuda PAS. Nik Abduh pun ada Berdasarkan senarai yang diedarkan hari ini, nama Nik Abduh dicalonkan untuk bertanding bagi jawatan ketua pemuda bersama anak Abdul Hadi, Muhammad Khalil (kini naib ketua kepada Suhaizan). Nik Abduh - yang memenangi kerusi parlimen Pasir Mas dalam pilihan raya umum ke-13 lalu - adalah naib ketua Pemuda PAS ketika sayap itu diketuai Nasrudin bagi sesi 2011 - 2013. Sementara itu ketika dihubungi Malaysiakini, Suhaizan berkata, dia tidak berasa apa-apa dengan pencalonan namanya sebagai pemeriksa kira-kira. "Sebelum ini pun ada juga ulama atau pemimpin atasan yang dicalonkan untuk jawatan seperti itu," katanya. Suhaizan berkata, antara tokoh utama PAS yang dicalonkan sebagai pemeriksa kira-kira ialah Datuk Husam Musa, Ahmad Awang dan Ketua Dewan Ulama PAS Pahang, Mokhtar Senik. Mengenai percaturannya dalam pemilihan bulan depan, Suhaizan masih enggan mendedahkan sebarang keputusan, kecuali mengesahkan hanya akan bertanding untuk satu jawatan saja. "Tunggulah, nanti saya akan umumkan," katanya. Bagi Dewan Muslimat PAS pula, bekas ketua sebelum ini, Nuridah Salleh cuba dibawa masuk untuk mencabar penyandang Siti Zailah Mohd Yusoff. | ||||||
Posted: 05 May 2015 05:13 AM PDT Minyak yang tidak tertera logo halal. KLUANG - Umat Islam di daerah ini dinasihatkan agar berhati-hati ketika membeli minyak masak yang dikeluarkan sebuah syarikat berikutan tiada logo halal dipamerkan pada produk keluarannya. Pembantu Pejabat Hal Ehwal Pengguna daerah Kluang, Abdul Hamid Dahlan berkata, pihaknya memandang berat kes tersebut dan mahu satu tindakan segera diambil berikutan ketiadaan logo halal pada minyak masak itu. Jelasnya, ketiadaan logo halal pada produk tersebut boleh menimbulkan rasa khuatir mengenai statusnya dalam kalangan pengguna. "Minyak masak tersebut dijual dengan harga sama seperti minyak masak lain, cuma bezanya ia tak ada logo halal. "Sama ada tersilap cetak atau benar-benar tidak halal, tindakan penjualan secara terbuka seperti ini pasti akan mengelirukan orang ramai terutama jika tidak meneliti pelekat botol tersebut. "Diharapkan pihak berkaitan dapat memantau perkara ini, seterusnya mengelakkan umat Islam di daerah ini tidak terbeli minyak ini," katanya. Abdul Hamid berkata, sejurus menerima laporan daripada seorang suri rumah, pihaknya mengunjungi kedai berkenaan dan mendapati minyak masak itu memang dijual tanpa logo halal serta diletak sebaris dengan minyak lain yang mempunyai logo halal. Sementara itu, Pentadbir Agama Daerah Kluang, Pegawai Tadbir Agama Daerah Kluang, Mohd Khalil Mohd Noor ketika dihubungi berkata, syarikat terbabit boleh mendapatkan sijil logo halal bagi mengeluarkan produk tersebut. Katanya, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tidak mempunyai masalah untuk mengeluarkan sijil halal sekiranya permohonan diajukan. "Terpulang kepada syarikat tersebut, ia tidak menjadi kesalahan kerana hak penjualan adalah milik mereka, manakala pembeli boleh menentukan sama ada untuk membeli atau tidak minyak tersebut. "Jika mereka merasa yakin bahawa minyak masak itu halal mereka pasti akan tetap menggunakannya begitu juga sebaliknya, oleh itu semuanya terpulang kepada pembeli. "Masyarakat Islam khususnya harus peka dengan tanda halal sekiranya mahu membeli satu-satu produk," katanya. | ||||||
Jawatan Presiden Pas lawan tiga penjuru Posted: 05 May 2015 05:04 AM PDT Abdul Hadi Awang KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Jawatan Presiden Pas, buat pertama kali akan dipertandingkan yang menyaksikan pertembungan tiga penjuru di antara tiga pemimpin utama parti itu. Penyandang jawatan tersebut, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dijangka bakal ditentang bekas Naib Presiden, Ahmad Awang dan Naib Presiden, Datuk Husam Musa. Namun, pertandingan tiga penjuru ini hanya akan berlaku sekiranya calon-calon yang disenaraikan layak bertanding menerima pencalonan tersebut. Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pas Pusat, Asmuni Awi dalam sidang media hari ini memberitahu, dua calon yang layak ini perlu menghantar borang persetujuan kepada beliau selewatnya 19 Mei ini. Menurut Asmuni, seorang lagi calon yang dicalonkan tidak layak bertanding kerana hanya mendapat satu pencalonan sahaja. "Kalau nama tak ada dalam senarai ini maksudnya dia dapat satu pencalonan. Kalau lebih dari satu pencalonan, saya letak di sini (dalam senarai)," katanya. Beliau berkata demikian ketika ditanya kemungkinan satu lagi nama yang dicalonkan adalah Naib Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Sementara itu, jawatan bagi Timbalan Presiden Pas, empat calon disenaraikan layak iaitu penyandang, Mohamad Sabu; Tuan Ibrahim; Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah dan Husam. Manakala dua belas calon layak bertanding bagi jawatan Naib Presiden antaranya Tuan Ibrahim, Husam, Salahuddin Ayub, Datuk Mahfuz Omar, Mohd Amar, Nasaruddin Hassan, Datuk Iskandar Abdul Samad, Mohamad Sabu dan Dzulkefly Ahmad. Menurut Asmuni, mana-mana calon yang dicalonkan untuk lebih daripada satu jawatan, boleh bertanding kesemua jawatan tanpa ada had jumlah jawatan yang dipertandingkan. Kesemua calon perlu mengemukakan jawapan kepada pihaknya melalui pos atau serahan tangan selewat-lewatnya 19 Mei dan cara serahan lain tidak akan dilayan. | ||||||
Dipenjara lapan hari, wanita tanggal baju dibebas Posted: 05 May 2015 05:02 AM PDT SINAR HARIAN Aksi wanita berkenaan yang berjaya dirakam KUALA LUMPUR - Selepas lapan hari ditahan di Penjara Kajang, wanita yang menanggalkan bajunya di Jalan Petaling baru-baru ini dibebaskan dengan ikat jamin oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini. Majistret Siti Radziah Kamarudin membenarkan Persana Avril Sollunda, 33, diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin. Mahkamah juga mengenakan syarat tambahan iaitu tertuduh perlu melaporkan diri di mana-mana balai polis berhampiran setiap dua minggu sekali dan menyerahkan pasport kepada mahkamah. Siti Radziah juga memerintahkan Persana Avril, yang berasal dari Sabah, tidak meninggalkan Semenanjung Malaysia sehingga kesnya selesai. Tertuduh yang memakai kot hitam labuh, skirt pendek dan kasut but diikat jamin oleh adik lelakinya. Sebelum prosiding bermula, tertuduh yang merupakan seorang pekerja spa kelihatan gembira dan berbual-bual dengan seorang tertuduh lain yang berada bersamanya di kandang tertuduh. Pada 28 April lalu, Persana Avril yang juga model sambilan didakwa di Mahkamah Majistret kerana menanggalkan baju di khalayak ramai apabila gagal membayar selepas makan di sebuah kedai nasi ayam. Gambarnya tanpa baju dan coli dirakam dan disebar di laman sosial dan menjadi viral. Pada hari itu mahkamah tidak menetapkan sebarang jaminan terhadap wanita itu kerana tiada penjamin yang hadir. Dia didakwa terhadap pertuduhan melakukan perbuatan lucah di tempat awam, di Jalan Petaling, di sini pada 2.07 petang, 23 April mengikut Seksyen 294(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tiga bulan atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Mahkamah juga membacakan sekali lagi pertuduhan terhadap Persana Avril. Wanita itu mengekalkan pengakuan tidak bersalahnya selepas pertuduhan itu dijelaskan oleh peguamnya Muhammad Nor Izzat Nordin. Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya N. Joy Jothi menawarkan RM10,000 dengan dua penjamin atas alasan kemungkinan tertuduh akan meninggalkan Semenanjung Malaysia tetapi Nor Izzat memohon mahkamah menurunkan jaminan itu kepada RM1,000 kerana kesalahan yang dilakukan anak guamnya adalah kecil. Beliau berhujah prinsip ikat jamin bukan untuk menghukum tertuduh sebaliknya untuk memastikan dia hadir ke mahkamah untuk perbicaraan seterusnya. Mahkamah menetapkan 29 Mei untuk sebutan semula kes. - Bernama | ||||||
Nik Abduh kembali dicalon tanding Ketua Pemuda Posted: 05 May 2015 05:00 AM PDT Nik Abduh Nik Abdul Aziz KUALA LUMPUR - Nama Nik Abduh Nik Abdul Aziz kembali dicalonkan untuk bertanding dalam Dewan Pemuda Pas bagi jawatan Ketua Pemuda dalam Muktamar Pas, bulan depan. Sebelum ini, Nik Abduh pernah menyandang jawatan Timbalan Ketua Pemuda sebelum mengumumkan untuk mengundur diri pada pemilihan lalu. Empat nama lain yang diumumkan layak bertanding bagi jawatan tersebut adalah Suhaizan Kaiat (penyandang), Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob, Ahmad Fadhli Shaari dan Muhammad Khalil Abdul Hadi. Sementara bagi jawatan Timbalan Ketua Pemuda, empat nama disenaraikan iaitu Muhammad Khalil (penyandang), Ir Khairil Nizam Khirudin, Raja Ahmad Iskandar dan Kamaruzaman Mohamad. Manakala 12 nama disenarai untuk jawatan Naib Ketua Pemuda antaranya, Khairil Nizam, Syarhan Humaizi Abdul Halim, Muhammad Khalil, Ahmad Fadhli, Mohd Nasaie Ismail dan Ahmad Marzuk Shaary. Dalam pada itu, Siti Zailah dan Nuridah Salleeh disenarai layak untuk bertanding bagi jawatan Ketua Muslimat. Tujuh calon layak bagi jawatan Timbalan Ketua Muslimat termasuk Dr Najihatussallehah Ahmad , Dr Siti Mariah Mahmud, Mumtaz Md Nawi, Dr Rosni Adam dan Wan Hasrina Wan Hassan. Bagi jawatan Naib Ketua, 10 nama diumum layak bertanding antaranya, Dr Najihatussalehah Ahmad, Dr Wahibah Tahir, Mumtaz Md Nawi, Nuridah Salleh, Salamiah Mohd Noor dan Dr Rosni Adam. | ||||||
Undi ditutup, keputusan dijangka jam 11 malam ini Posted: 05 May 2015 04:59 AM PDT SINAR HARIAN Grafik Sinar Online ROMPIN - Proses pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin hari ini tamat, selepas 32 pusat pengundian ditutup pada 5 petang sejak dibuka 8 pagi tadi. Jurucakap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata empat pusat mengundi telah ditutup pada 2 petang. Tiga daripadanya di Pulau Tioman yang melibatkan Sekolah Kebangsaan Juara dengan 171 pengundi berdaftar, Balai Raya Kampung Genting (142 pengundi) dan Sekolah Kebangsaan Mukut (136 pengundi) serta Sekolah Kebangsaan Denai di Kuala Rompin yang mempunyai 170 pengundi berdaftar. Sebuah lagi pusat mengundi di Pulau Tioman iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Tekek (651 pengundi) ditutup pada 3 petang, dan pusat mengundi Dewan Stesen Mardi, Muadzam Shah untuk kawasan Bukit Ridan dekat sini yang mempunyai 312 pengundi, ditutup pada 4 petang. Proses penjumlahan undi diadakan di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di sini. Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof sebelum ini berkata kedudukan pusat pengundian yang jauh dan kawasan Parlimen Rompin yang besar iaitu sebesar Negeri Sembilan dan Melaka, menyebabkan keputusan PRK itu dijangka diumumkan seawal 11 malam ini. Sementara itu, hujan lebat berlaku di beberapa kawasan Parlimen Rompin petang ini setelah cuaca cerah sepanjang pagi tadi. Cuaca baik pada sebelah pagi itu membolehkan proses pengundian berjalan lancar hari ini. PRK Rompin yang merupakan PRK kesembilan selepas pilihan raya umum lepas, menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN), Datuk Hasan Arifin dan calon Pas, Nazri Ahmad bagi mengisi kekosongan kerusi itu selepas kematian penyandangnya Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis. Jamaluddin yang juga pengerusi Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) meninggal dunia pada 4 April lepas akibat nahas helikopter di Semenyih, Selangor. - Bernama | ||||||
Kenapa umum turun harga rumah Felda sekarang? Posted: 05 May 2015 04:30 AM PDT Grafik Sinar Online SHAH ALAM - Kerajaan disarankan lari daripada mengguna strategi melaksanakan atau meluluskan sebarang projek pembangunan menjelang pilihan raya kerana ia memberi imej yang tidak baik kepada parti pemerintah. Pensyarah kanan Fakulti Sains Sosial, Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Dr Jeniri Amir berkata, mungkin pembangunan telah dirancang awal namun apabila ia diumumkan menjelang pilihan raya, timbul persepsi negatif di kalangan rakyat. "Kerajaan mengatakan isu ini telah dibincangkan sebelum PRK Rompin. Cuma, yang menjadi persoalan kini adalah kenapa umum sekarang? Kenapa tidak sebelum pilihan raya ini. "Ini menyebabkan pengumuman yang dibuat kerajaan itu terpaksa dikaitkan dengan pilihan raya dan sebagai salah satu strategi untuk memenangkan hati rakyat. Sama ada ia betul atau tidak, ini soal 'timing' iaitu umum menjelang pilihan raya kecil ini," katanya kepada Sinar Online. [ARTIKEL BERKAITAN: Rumah RM90,000 untuk generasi baharu Felda] Sabtu lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan harga RM90,000 untuk pembelian rumah secara jual-beli kepada generasi baharu Felda di Parlimen Rompin, berbanding harga asal RM125,000 yang ditawarkan sebelum ini. Dalam pada itu, Dr Jeniri juga berpendapat, sebarang pembangunan atau projek diluluskan menjelang pilihan raya akan lebih dilihat demi kepentingan politik semata-mata. "Dari segi jangka panjang, sudut pembangunan negara, perancangan atau pelaksanaan pembangunan secara 'adhoc' ini tidak baik. "Kerana bukan sahaja menyebabkan kerajaan itu dilihat tidak melaksanakan sesuatu projek itu dengan terancang tetapi melaksanakan sesuatu projek itu demi kepentingan politik. Pembangunan itu sepatutnya kerana keperluan penduduk setempat bukan atas dasar kepentingan politik," katanya. Sementara Setiausaha Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Datuk Abdul Halim Sidek berkata, kerajaan menggunakan pentas PRK Rompin itu sebagai platform untuk mengumumkan penurunan harga itu yang telah pun dirancang sebelum ini. "Kerajaan sudah maklumkan bahawa perancangan itu memang telah ada cuma tidak diumumkan lagi dan peluang ini diambil untuk umum. "Tidak adil kalau kita kata ini (umum turun harga) sebagai gula-gula BN sebab ia memang projek sedia ada tapi belum diumumkan lagi," katanya. | ||||||
DAP selar kempen janji kosong MIC di Permatang Pauh Posted: 05 May 2015 04:25 AM PDT Roketkini.com BATU KAWAN: Ahli Parlimen Batu Kawan Kasthuri Patto menyelar "politik tabur janji" MIC yang dikatakan telah berjanji untuk membina kuil di Permatang Pauh demi meraih undi kaum India. Menurut Kasthuri, MIC seharusnya menunaikan janji-janji mereka sebelum ini daripada asyik menabur janji di PRK Permatang Pauh, termasuklah pembinaan sekolah tamil baru di Sungai Bakap yang daif sejak 1967. "Daripada sampaikan peruntukan RM 50,000 untuk sebuah kuil di Seberang Jaya, mengapa tidak MIC yang kononnya juara orang India menggunakan wang itu untuk gantikan sekolah tamil yang daif di Sungai Bakap? "Bukan saja Timbalan Menteri Pendidikan dari MIC P Kamalanathan sibuk mengelak daripada menjawab soalan ini, beliau malah langsung tak bangkitkan mengenai hal ini di Parlimen. Ini amat memalukan," ujar Kasthuri. Menyifatkan MIC sebuah parti yang kerap kali khianat serta berbohong, Kasthuri turut mempersoalkan peranan parti itu yang memegang dua kementerian penuh serta dua jawatan timbalan menteri namun dilihat tidak berbuat apa-apa selain hanya menabur janji kepada kaum India. "Kenapa tak ada usaha melobi untuk membina sekolah Tamil di Pulau Pinang di mana kerajaan negeri sudah peruntukkan tanah untuk tujuan itu? Lihatlah betapa berkesannya MIC dan UMNO selesaikan isu yang tak pernah selesai dalam negara. "Sepatutnya MIC mencontohi Perdana Menteri kesayangan mereka dengan memohon maaf kepada rakyat atas pengkhianatan dan pembohongan terhadap rakyat Malaysia terutamanya kepada masyarakat India sejak 69 tahun lalu," tegas Kasthuri lagi. – Roketkini.com | ||||||
MCA dakwa dikasari ketika berkempen Posted: 05 May 2015 04:19 AM PDT MALAYSIAKINI MCA mendakwa anggota mereka diserang dan dicederakan ketika program kempen anjuran parti itu di Seberang jaya malam tadi. Ketua Biro Perkhidmatan Awam dan Aduan MCA Pulau Pinang, Gui Guat Lye mendakwa, dia dicederakan lima lelaki selepas ceramah di Taman Kelisa Emas kira-kira jam 9 malam tadi. Menurut Gui, laporan polis dibuat di Balai Polis Bandar Perda kira-kira dua jam kemudian. Katanya, kejadian berlaku ketika dia mengiringi seorang pemimpin MCA, Dr Leong Yong Kong yang ketika itu baru habis memberikan ucapan dan ingin bersalaman dengan hadirin. "Kemudian Leong didatangi sekumpulan lelaki berusia antara 40-an hingga 50-an tahun dan memintanya menjelaskan mengapa hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini. "Walaupun diganggu, Leong masih bertanya kepada mereka secara baik mengapa dia disoal menggunakan ayat kasar. Kemudian saya menghampiri mereka dan memberitahu dia bahawa jangan guna ayat yang tidak elok," katanya di sidang media hari ini. Cuba dipukul dengan kayu Selepas itu, kata Gui, kumpulan lelaki terbabit bertindak agresif dengan menarik kolar baju sebelum menolaknya. Malah, katanya, salah seorang daripada mereka mengambil kayu dan cuba memukul. Apabila gagal penyerang mengambil kerusi plastik dan sekali lagi cuba mencederakannya. Pada sidang media sama, Ketua Pemuda MCA Pulau Pinang Micheal Lee berkata kekasaran turut berlaku di pasar pagi di Seberang Jaya. Katanya, bersama sekumpulan ahli MCA bertembung dengan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng. Dia kemudian mengajukan soalan mengenai kereta yang diparkir secara salah oleh Guan Eng namun tidak diendahkan ketua menteri terbabit. "Sebaliknya ada seseorang yang mengiringi Lim menegur saya denganperkataan kasar, kurang ajar serta mencekik saya," katanya. Lelaki itu kemudian didakwa Lee ialah ahli dewan undangan negeri Seberang Jaya, Afifi Bahardin. Pada sidang media berasingan pula, Ketua Pemuda Sosialis DAP Ng Wei Aik berkata, pihaknya menyerahkan kepada pihak polis untuk menyiasat kejadian tersebut. | ||||||
K'jaan beku ambil penjawat awam baru? Posted: 05 May 2015 04:15 AM PDT MALAYSIAKINI Sekurang-kurangnya 15 agensi kerajaan, termasuk kementerian pelajaran, polis dan tentera, dikatakan diberitahu untuk berhenti mengambil pekerja baru. Perkara itu berdasar pekeliling "inisiatif penggunaan sumber manusia secara optimum" bertarikh 22 April, lapor Sin Chew Daily. Bagaimanapun Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Tan Sri Mahmood Adam memberitahu harian itu bahawa jawatan "kritikal" dalam kerajaan masih terbuka kepada permohonan. Mahmood juga berkata pihak diwawancara untuk program praperkhidmatan sebelum 22 April tidak akan terjejas. Mahmood enggan mendedahkan butiran lanjut tetapi memberitahu peluang pekerjaan yang diiklankan sebelum tarikh itu juga tidak akan dibatalkan. "Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) adalah pembuat keputusan (dalam perkara ini), SPA hanya pelaksana arahan. "Jadi, butiran lanjut patut dirujuk kepada JPA," beliau dipetik sebagai berkata. Pada 2 Mei lalu, laman pembocor maklumat Sarawak Report menyiarkan sebahagian pekeliling itu. Malaysia mempunyai 1.4 juta penjawat awam, yang meliputi 10 peratus daripada tenaga kerja dalam negara. Malaysia juga mempunyai nisbah penjawat awam antara yang tertinggi di dunia. | ||||||
Posted: 05 May 2015 04:11 AM PDT MALAYSIAKINI Keputusan tidak rasmi menunjukkan BN sedang mendahului PAS dengan selesa dalam pilihan raya kecil Rompin setakat ini. Sehingga jam 6.45 petang BN memperoleh 3,683 undi berbanding 1,803 undi untuk PAS. Calon PAS, Nazri Ahmad memang berdepan laluan sukar dalam pilihan raya kecil ini. Selain dikenali sebagai kubu kuat BN, Rompin juga menyaksikan BN menurunkan bekas Timbalan Menteri Besar Pahang Datuk Hasan Arifin. Dalam pilihan raya umum lalu Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjin memenangi kerusi itu dengan majoriti 15,114 undi. | ||||||
Sudah sampai masa Najib pecat Ismail Sabri, kata DAP Posted: 05 May 2015 04:06 AM PDT Roketkini.com KUALA LUMPUR: Sudah tiba masanya untuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menunjukkan kualiti kepimpinannya dengan memecat Menteri Pertanian dan Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kata Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok Suh Sim. Beliau berkata, tindakan Ismail yang mengancam untuk tidak meluluskan permohonan dan projek-projek pertanian di Permatang Pauh sekiranya Pakatan Rakyat menang dalam pilihanraya kecil kawasan tersebut Khamis ini, telah membuktikan betapa beliau tidak layak menjadi menteri kabinet. "Dengan ancaman terbaru yang tidak bertanggungjawab itu bahawa beliau tidak meluluskan apa-apa dana pertanian jika Wan Azizah menang, rakyat Malaysia ingin tahu apakah alasan Najib tidak memecat Ismail dari pejabatnya? "Pilihanraya yang demokratik mesti bebas, adil dan bersih. Sebarang ancaman politik adalah sama sekali tidak boleh diterima dan tidak boleh dibiarkan. "Jadi, sudah tiba masanya Najib menunjukkan kualiti kepimpinan dan memecat Ismail dari Kabinet," katanya dalam satu kenyataan. Awal tahun ini, Ismail juga telah membuat kenyataan rasis dan tidak sensitif yang menimbulkan kemarahan rakyat apabila beliau menyeru orang Melayu untuk memboikot perniagaan masyarakat Cina supaya harga boleh diturunkan. Tegas Teresa, amaran itu jelas merupakan satu cabaran kepada konsep 1Malaysia dan ia amat membingungkan bahawa Najib boleh mengambil sikap yang begitu toleran terhadap Ismail. Namun, ia amat menghairankan apabila Najib bukan saja tidak menegur bahkan bertindak mempertahankan Ismail melalui kenyataan Jabatan Perdana Menteri dengan menyatakan tindakan tersebut tidak mensasarkan kaum tertentu tapi bertujuan untuk menegur peniaga yang enggan menurunkan harga barangan. "Jika mana-mana Menteri di United Kingdom, Australia, Korea atau Jepun telah membuat kenyataan perkauman 'boikot peniaga Cina' seperti dilakukan Ismail, tidak ragu lagi bahawa beliau perlu meletakkan jawatan daripada Kabinet atau dipecat. "Dan jika seorang Menteri di negara tersebut telah membuat kenyataan bahawa dia tidak akan meluluskan permohonan untuk dana pertanian, dia juga akan dipaksa meletakkan jawatan atau dipecat daripada Kabinet," ujar Naib Pengerusi DAP itu. – Roketkini.com | ||||||
Pengerusi SPR dinasihat tumpu reformasi pilihanraya Posted: 05 May 2015 04:03 AM PDT Roketkini.com KUALA LUMPUR: DAP menasihatkan Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz supaya memberi tumpuan kepada agenda mereformasi pilihanraya sepertimana yang dicadangkan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen tiga tahun lalu, berbanding melayan cadangan-cadangan mengarut. Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok Suh Sim dalam satu kenyataan berkata, cadangan untuk mensyaratkan individu yang ingin menjadi wakil rakyat supaya sekurang-kurangnya mendapat kepujian dalam matapelajaran Bahasa Malaysia dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak boleh diterima. Dua hari lalu, Aziz membuat cadangan tersebut sebagai respon kepada kenyataan Profesor Ridhuan Tee Abdullah yang mahu SPR mensyarakat individu yang ingin menjadi wakil rakyat bagi peringkat Parlimen atau Dewan Undangan Negeri perlu sekurang-sekurangnya mendapat kepujian Bahasa Malaysia dalam SPM. Ridhuan turut mencadangkan agar wakil rakyat ditemuduga mengenai penguasaan Bahasa Malaysia dan sejarah kenegaraan sebelum dibenarkan bertanding. Namun, menurut Teresa lagi, jika syarat keperluan kepujian dalam Bahasa Malaysia dilakukan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 lalu, sudah tentu ramai ahli politik Sarawak termasuk Ketua Menteri mereka sendiri tidak layak untuk bertanding. Menurut beliau sembilan anggota kabinet Sarawak menduduki kertas Bahasa Malaysia dalam peperiksaan Senior Cambrigde (SCE) dan Sijil Tinggi Persekolahan (HSC), yang setaraf dengan SPM Tingkatan Lima serta peperiksaan STPM Tingkatan Enam. "Jika cadangan itu diterima, ramai calon berpotensi yang mempunyai semangat serta keupayaan untuk berkhidmat kepada negara serta rakyat di Timur dan Barat Malaysia akan hilang kelayakan bertanding dalam pilihan raya akan datang. "Ini kerana akan ada ramai di antara mereka yang sama ada tidak mempunyai kepujian Bahasa Malaysia dalam SPM atau tidak mengambil SPM," ujarnya. Tegas Naib Pengerusi DAP itu lagi, ada baiknya Aziz memberi tumpuan kepada cadangan pembaharuan pilihanraya yang sehingga kini masih tidak ditunaikan walaupun pelbagai gesaan telah dibuat. "Walaupun negara telah menyaksikan PRU ke-13 lalu, masih begitu banyak kelemahan dan kecacatan dalam pilihanraya yang belum ditangani. "Aziz perlu memberi fokus kepada pembaharuan yang diperlukan dan memastikan pilihanraya Malaysia bebas, adil, dan bersih," katanya. – Roketkini.com |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan