Isnin, 4 Mei 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Permohonan reman ditolak kerana tuduhan tidak munasabah

Posted: 04 May 2015 01:55 AM PDT

 
Antara tuduhan yang diberikan polis kepada mahkamah ialah menconteng, buang batu, mercun, jerit Batal GST, Hidup Rakyat dan Henti Rasuah


gst3_600



PETALING JAYA: Tuduhan tidak munasabah yang diberikan pihak Polis antara sebab mahkamah menolak permohonan reman beberapa pemimpin pembangkang berhubung penganjuran Batal GST pada 1 Mei lalu.

Antara tuduhan yang diberikan oleh polis antaranya:
  • menconteng
  • bom asap
  • buang batu
  • mercun
  • jerit Batal GST, Hidup Rakyat dan henti rasuah
Perkara itu didedahkan Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM), S Arutchelvan dan telah disebarkan menerusi media sosial.

Arul ditahan selepas diminta menyerah diri kepada pihak polis

Turut dibebaskan, bekas Presiden Majlis Peguam Malaysia, Datuk S Ambiga, Anthony Loke daripada DAP, Dr Hatta Ramli daripada Pas dan Rafizi Ramli daripada PKR.

Mereka dibebaskan pada 2 Mei selepas ditahan secara berasingan.

Sementara itu, Arul memaklumkan 29 peserta bantahan itu masih ditahan setakat ini dan merayu sokongan orang ramai.

Laksana segera Jawatankuasa kabinet mengenai pelaksanaan GST

Posted: 04 May 2015 01:50 AM PDT

FREE MALAYSIA TODAY

Jawatankuasa berkenaan perlu memastikan tindakan proaktif dilakukan antara agensi dan jabatan, koordinasi berkesan jabatan dan agensi, serta maklum balas dan tindakan yang cepat tanpa menunggu aduan.


gst meeting

 
ALOR SETAR: Cadangan penubuhan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) perlu dilaksanakan segera, bagi memastikan sebarang isu yang timbul berkenaan CBP dapat ditangani segera, tanpa dipolemikkan sesetengah pihak.

Pensyarah Kanan Perakaunan Islam, Pusat Pengajian Perakaunan, Universiti Utara Malaysia (UUM) Dr Ram Al Jaffri Saad berkata jawatankuasa itu amat perlu dan bersesuaian, memandangkan rakyat sekarang masih dalam proses penyesuaian diri terhadap pelaksanaan GST.

Oleh itu, jawatankuasa berkenaa juga katanya perlu memastikan tindakan proaktif dilakukan antara agensi dan jabatan, koordinasi berkesan jabatan dan agensi, serta maklum balas dan tindakan yang cepat tanpa menunggu aduan, jelasnya.

Baru-baru ini, Presiden Majlis Belia Selangor Datuk Irmohizam Ibrahim mencadangkan penubuhan jawatankuasa bagi memastikan koordinasi antara pelaksanaan dan penguatkuasaan GST antara kementerian dan agensi secara bersepadu dapat digerakkan.

Beliau memberi contoh dalam isu kad prabayar baru-baru ini, yang katanya Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) tidak boleh dipersalahkan 100 peratus, sebaliknya seharusnya kedua-dua pihak lebih banyak berkomunikasi dan bekerjasama.

"Dalam tempoh satu tahun ini, syarikat telco (telekomunikasi) seharusnya berjumpa dan berbincang dengan Kastam untuk memahamkan JKDM mengenai cara pengoperasian mereka di dalam industri telco ini," katanya

Pada 29 April lalu, JKDM meminta semua pembekal perkhidmatan mengekalkan harga asal kad prabayar mereka berdasarkan kepada konsep 'tax inclusive' (termasuk cukai), berkuat kuasa 1 Mei.

Pada hari yang sama, Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) Datuk Seri Dr Halim Shafie dalam kenyataan pula berkata isian semula telefon prabayar akan terus dijual dengan dikenakan GST.

Tidak lama selepas itu, JKDM membuat kenyataan menangguhkan arahan kepada syarikat telekomunikasi untuk mengekalkan harga asal perkhidmatan kad prabayar itu.

PRK Rompin : Apakah ada undi protes?

Posted: 04 May 2015 01:46 AM PDT

 
Di sebalik kekuatan yang memihak kepada BN, PRK kali ini diadakan ketika parti komponen utamanya UMNO sedang berkocak.


undi protes



PETALING JAYA: Jika dianalisis di atas kertas, Barisan Nasional (BN) mempunyai harapan yang amat cerah untu mengekalkan kerusi pada Pilihan Raya Kecil (PRK)Rompin.

Banyak faktor yang dikatakan menyumbang ke arah kemenangan itu.

Majoriti pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang lalu dengan kelebihan 15,114 undi yang dimenangi Allahyarham Jamaluddin Jarjis, pengaruh calon BN, Hasan Ariffin yang dianggap orang lama dan sebelum ini pernah menjadi Adun, Exco dan Timbala Menteri Besar Pahang, menjadi laluan sukar kepada calon Pas, Nazri Ahmad untuk menang.

Di sebalik kekuatan yang memihak kepada BN, PRK kali ini diadakan ketika parti komponen utamanya UMNO sedang berkocak berikutan serangan dan kritikan bertali arus daripada bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pelbagai isu yang sudah sekian lama melingkari kepimpinan presiden parti serta penolakan yang kian ketara di mana-mana, Tun Mahathir dengan tegas mahukan Perdana Menteri ditukar untuk menyelamatkan UMNO dan BN dalam pilihanraya akan datang.

"Ditambah dengan isu GST yang semakin hari semakin membengkak dalam hati rakyat, penolakan terhadap BN semakin jelas jadinya. Isunya bukan sangat kerana rakyat menolak sistem cukai baru itu, tetapi lebih disebabkan kegagalan kerajaan menangani isu-isu remeh di sebalik perlaksanaannya", tulis Shahbudin Husin.

Melalui laman blognya, shahbudindotcom.blogspot.com bekas Ketua Bahagian UMNO Setiawangsa mengupas ketidak puasan yang membelenggu rakyat di negara ini.

Katanya, momokan kerajaan terhadap kebaikan Pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) di mana harga barang akan turun adalah palsu belaka.

"Lebih dari itu, yang paling menyenakkan perut rakyat ialah kegagalan kerajaan sehingga kini menyelesaikan isu 30 sen dan 60 sen cukai GST pada kad prabayar telefon yang menjadi kegunaan utama golongan muda, suri rumah dan mereka yang berpendapatan rendah. Ia memperlihatkan kerajaan amat lemah dan tiada lagi kekuatan", katanya.

Justeru, PRK Rompin pada 5 Mei dilihat mempunyai nilai yang tersendiri . Apakah suhu politik nasional yang tidak menentu dan rasa ketidak puasan terhadap dasar baru mempengaruhi pengundi di kawasan itu? Sama-sama kita tunggu.

Wan Azizah seru pengundi FELDA undi Pas

Posted: 04 May 2015 01:44 AM PDT

 
Kegagalan FGV menjadikan masa depan peneroka dan generasi kedua felda terancam serta terikat menerusi perjanjian penanaman semula.


wan azizah undi pas



PETALING JAYA: Pengundi FELDA di Rompin perlu menggunakan peluang Pilihan Raya kecil (PRK) untuk menghukum kerajaan Barisan Nasional (BN) kerana gagal membela masa depan peneroka di seluruh negara.

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, masa depan peneroka dan generasi kedua felda terancam selepas kerajaan menyenaraikan FELDA di Bursa Malaysia sebagai FELDA Global Ventures Holding Berhad (FGV).

Katanya, tindakan kerajaan itu menjadikan peneroka terikat dan terpaksa bergantung kepada FELDA di bawah perjanjian penanaman semula.

Beliau berkata, peneroka di Rompin juga mengalami nasib yang serupa apabila terikat dengan perjanjian dengan FELDA.

"Suara rakyat harus didengar, masa depan peneroka dan rakyat harus dibela. Rakyat harus memilih di antara calon yang terpaksa menurut kehendak BN dengan calon yang akan membela nasib mereka kelak," katanya.

Wan Azizah berkata demikian dalam Perutusan Sempena PRK Rompin yang akan diadakan pada 5 Mei (Selasa).

Katanya, pengundi felda dan pengundi-pengundi lain di Rompin perlu memilih calon Pas, Nazri Ahmad, sebagai bantahan terhadap BN yang membuat dasar-dasar yang menghimpit rakyat.

Katanya, undi untuk Pas juga bermakna pengundi di Rompin menolak Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Azmin panggil KPN barua UMNO

Posted: 04 May 2015 01:42 AM PDT


Azmin mendakwa rakyat akan membenci jika Ketua Polis Negara tidak berprinsip dan rela membiarkan diri menjadi pencacai UMNO.


azmn-khalid



PETALING JAYA: Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali, menyerang Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang didakwanya menjadi barua UMNO berbanding menjaga keselamatan masyarakat.

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu merujuk kepada tindakan polis menahan beberapa pemimpin politik dan peserta Bantah GST di ibu negara pada 1 Mei lalu.

"Tolong beritahu Ketua Polis Negara, mahu jadi Ketua Polis Negara yang menjaga keselamatan rakyat atau mahu jadi barua UMNO dan BN," katanya di di Kubang Ulu pada Ahad, lapor bnbbc.com

Katanya, rakyat akan terus membenci jika Khalid tidak mempunyai prinsip dan rela membiarkan dirinya menjadi pencacai UMNO.

"Rakyat minta jadi Ketua Polis Negara yang ada maruah dan prinsip, baru kita hormat. Kalau tidak, rakyat akan benci pada kamu kerana kamu penjadi pencacai kepada UMNO dan BN," katanya.
Azmin turut mencabar agar rakaman ucapannya itu diserahkan kepada Khalid.

Setiausaha Agung PSM, A Arutchlevan, bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk S Ambiga, Anthony Loke (DAP), Dr Hatta Ramli (Pas) dan Rafizi Ramli (PKR) ditahan selepas terlibat dalam perhimpunan itu.

Mereka dibebaskan selepas mahkamah menolak permohonan reman oleh polis dipercayai kerana tuduhan tidak munasabah.

Sehingga kini, lebih 20 peserta perhimpunan itu ditahn reman bagi membantu siasatan.

Polis: Media dan orang awam diminta henti spekulasi kes nahas di DUKE

Posted: 04 May 2015 01:17 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
 
KUALA LUMPUR: Semua pihak termasuk media diminta menghentikan sebarang spekulasi mengenai kes kemalangan yang mengakibatkan tiga kematian termasuk bayi perempuan berusia tujuh bulan, di Lebuhraya DUKE, kelmarin.
 
Ketua Pasukan Trafik Bukit Aman, Datuk Mohd Fuad Abd Latiff berkata kenyataan yang tidak tepat mengenai insiden itu boleh menjejaskan siasatan polis dalam usaha mendapatkan kebenaran.
 
Dalam kenyataan semalam, beliau memberi jaminan bahawa siasatan akan dijalankan secara telus tanpa prejudis terhadap mana-mana pihak.
 
"Pihak yang didapati cuai sehingga menyebabkan kemalangan berlaku akan tetap dibawa ke mahkamah untuk didakwa," katanya.
 
Mohd Fuad berkata polis telah menahan seorang lelaki berusia 31 tahun dan seorang perempuan berumur 35 tahun susulan kemalangan maut itu.
   
Mengulas lanjut, Mohd Fuad berkata kedua-dua individu yang ditahan telah dibebaskan dengan jaminan polis dan dikehendaki melaporkan diri semula ke Balai Polis Trafik Kuala Lumpur dalam masa dua minggu ini.
 
Beliau berkata siasatan masih dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan menggesa orang ramai yang menyaksikan kemalangan itu untuk tampil membantu siasatan polis.
Kelmarin, sepasang suami isteri dan bayi perempuan mereka berusia tujuh bulan maut dalam nahas kira-kira pukul 1.05 pagi membabitkan tiga kenderaan di Km 6.2 Lebuhraya DUKE.
 
Pasangan itu ialah Fairuz Nizam Husain, 35, isterinya Nova Safitri Azhari, 25, dan bayi mereka Nur Firuza Annisa.
 
Siasatan awal mendapati kemalangan itu melibatkan Mitsubishi Pajero yang dipandu Fairuz Nizam dan dua Perodua Myvi.
 
 

Mat Sabu ingatkan ahli PAS kenang "budi" PKR dan DAP

Posted: 04 May 2015 01:15 AM PDT

 Oleh Sharifah Azmawati Syed Abdul Aziz

 
Post Pic
 
 
 
PULAU PINANG: Bimbang dengan kemungkinan PKR kehilangan undi penyokong  PAS di Permatang Pauh, timbalan presiden parti itu, Mohamed Sabu menjaja keperluan untuk mereka terus memberi sokongan kepada DAP dan PKR  jika ingin menawan Putrajaya. 
 
Mohamed Sabu atau dikenali Mat Sabu mencanang kronologi peristiwa yang membuahkan Pakatan Rakyat  dalam  siri ceramah beliau bagi menyakinkan  penyokong PAS  untuk mengundi Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada pilihan raya kecil kerusi parlimen itu Khamis ini. 
 
Malah beliau berkata mantan  Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat dan presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah memimpin Kelantan dan Terengganu hanya apabila PAS bergading dengan parti politik lain. 
 
"Tahun 1978 kita lawan BN tetapi tidak menang, tidak boleh ambil semula Kelantan, tahun 1982, kita lawan semula BN untuk ambil Kelantan pun tidak boleh juga, tahun 1990, bila BN pecah, kita tahaluf dengan Semangat 46, kita lawan UMNO, kita menang dan tawan Kelantan.
 
"Nik Aziz jadi menteri besar selepas menang, maknanya kita ambil pakatan politik dan bukan PAS seorang," katanya di hadapan kira-kira 150 ahli PAS dan orang luar yang datang memerhati di Markaz Besar PAS Pejabat ADUN Permatang Pasir.
 
" Kita menang di Terengganu setelah ada barisan alternatif walaupun Keadilan tidak berapa besar di Terengganu, kita sokong dia, dia sokong kita, Tok Guru Haji Hadi dapat menjadi menteri besar Terengganu.
 
"Hasil daripada pakatan dan keadilan," kata beliau, merujuk kepada kejayaan PAS menubuhkan kerajaan negeri di Terengganu pada pilihan raya umum 1999 namun ia tewas pada PRU seterusnya. 
 
Kupasan sejarah itu diungkit Mat Sabu berikutan gertakan ahli-ahli PAS di peringkat akar umbi yang mengancam mahu menafikan 10,000 undi untuk Wan Azizah di Permatang Pauh. Mereka marah kerana tindakan PKR membidas Hadi sebelum ini.   
 
Kelmarin, ketua penerangan PAS Bagan Azmi Jaafar berkata ramai penyokong PAS di kawasan itu akan menolak Wan Azizah pada hari mengundi.  
 
Azmi berkata mereka tidak akan mengundi untuk orang yang biadab dan tidak menghormati serta seringkali memperlekehkan Hadi.
 
Setakat ini Hadi enggan memberikan sokongan terbuka kepada Wan Azizah, sekali gus menambah kegelisahan Mat Sabu dan pemimpin Anwarista lain dalam PAS yang ghairah berkempen untuk memenangkan presiden PKR itu. 
 
Semalam Hadi berkata beliau terlalu sibuk dengan majlis lain selain mendapatkan rawatan sehingga tidak sempat untuk berkempen di Permatang Pauh. 
 
Hadi mempunyai pengaruh luas dalam PAS Pulau Pinang dan ketiadaan beliau di Permatang Pauh dijadikan isyarat oleh akar umbi PAS menolak Wan Azizah. 
 
Dalam ceramahnya,  Mat Sabu juga berkata hasil kerjasama dengan DAP dan PKR, pemimpin-pemimpin PAS  dapat rasa menjadi menteri besar di negeri-negeri lain seperti Perak dan Kedah. 
 
Justeru beliau mendakwa amat penting untuk PAS memberikan sokongan kepada Wan Azizah pada PRK Permatang Pauh. 
 
Bagaimanapun Mat Sabu  tidak mengupas tindakan pemimpin-pemimpin PKR mengutuk Hadi serta menentang hasrat PAS melaksanakan hudud di Kelantan yang menjadi punca kemarahan ahli PAS di Permatang Pauh.


Jangan menyekat hak berhimpun

Posted: 03 May 2015 05:40 PM PDT




Oleh Khaw Lake Tee


Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) dengan sukacita mengambil maklum bahawa perhimpunan "May Day" / Anti-GST di Kuala Lumpur pada 1 Mei 2015 telah berlangsung dengan aman dan juga telah dimudahcara oleh pihak polis.

Walau bagaimanapun, Suhakam telah mengenal pasti beberapa aspek di mana hak kepada kebebasan berhimpun secara aman boleh dipertingkatkan.

Suhakam kesal dengan penangkapan beberapa orang peserta perhimpunan aman tersebut, dan menyeru pihak berkuasa untuk membebaskan semua orang yang ditahan dengan segera dan tanpa syarat, kerana hak untuk mengambil bahagian dalam perhimpunan aman adalah penting untuk demokrasi yang berfungsi.


Suhakam mengulangi bahawa hak kepada kebebasan berhimpun secara aman di Malaysia dijamin didalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan, Perkara 20 Pengisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat dan Perkara 24 Deklarasi Hak Asasi Manusia Asean.

Suhakam menekankan semula bahawa sebarang sekatan kepada hak kepada kebebasan berhimpun secara aman mestilah perlu, seimbang dan tidak mengancam nilai-nilai toleransi dan pluralisme.

Suhakam juga menegaskan bahawa polis mempunyai obligasi untuk melindungi dan memudahcarakan perhimpunan aman, termasuk perhimpunan yang menyuarakan perbezaan pendapat. Tindakan penangkapan dan pendakwaan peserta selepas sesuatu perhimpunan aman bukan sahaja adalah tidak perlu tetapi juga tidak seimbang.

Suhakam juga kecewa dengan apa yang kelihatan sebagai satu taktik tangkapan secara besar-besaran berikutan suatu perhimpunan aman dan berpendapat bahawa penangkapan dan tempoh tahanan yang berpanjangan tidak selaras dengan prinsip-prinsip kebolehizinan sekatan kepada hak-hak asasi manusia, seperti yang ditetapkan oleh undang-undang hak asasi manusia antarabangsa.

Oleh itu, Suhakam menyeru pihak berkuasa untuk memastikan bahawa tiada sesiapa yang dijenayahkan atau terdedah kepada ancaman atau ugutan dan ganguan sebenar, kerana melaksanakan hak perlembagaan mereka untuk berhimpun secara aman.

Suhakam menyeru pihak berkuasa untuk mengiktiraf bahawa hak kepada kebebasan berhimpun secara aman memainkan peranan penting dalam kemunculan dan penyelenggaraan sistem demokrasi yang berkesan, dan menggesa Kerajaan untuk menunjukkan komitmen dalam menegakkan standard hak asasi manusia antarabangsa dengan menggalakkan persekitaran yang selamat dan yang membolehkan semua rakyat Malaysia untuk melaksanakan hak kepada kebebasan berhimpun secara aman.

Pihak berkuasa juga hendaklah memastikan bahawa anggota polis dilatih secukupnya berhubung dengan norma-norma antarabangsa mengenai hak kebebasan berhimpun secara aman. –

* Dr Khaw Lake Tee merupakan pemangku pengerusi Suhakam.

Tips untuk Ahmad Maslan bantu rakyat faham GST

Posted: 03 May 2015 05:38 PM PDT



Oleh Zharif Badrul 


Himpunan Bantah GST yang berlangsung semalam menjadi bukti, masih ada rakyat Malaysia yang tidak bersetuju dengan pelaksanaan cukai itu di Malaysia. Minggu ini juga viral nama Mawar Rashid yang gagal menjawab soalan mengenai GST.

Pada saya Mawar adalah epitom kepada rakyat Malaysia yang rata-rata masih tidak faham tentang GST.

Apa yang ada dalam fikiran rakyat apabila sebut nama GST ialah: Harga barang naik

Tetapi di Malaysia hanya pak menteri sahaja yang kelihatan faham dan menyokong GST. Maka tidak hairanlah tugas memberi penjelasan tentang cukai ini diberikan kepada menteri yang mendapat CGPA 3.85 sewaktu belajar di universiti dahulu.

Malangnya, Datuk Ahmad Maslan kelihatan gagal untuk memahamkan rakyat Malaysia terutama di media sosial apabila beliau menjadi bahan 'troll' pengguna Facebook dan Twitter.

Mungkin agak susah bagi rakyat marhaen untuk memahami penjelasan dan penerangan daripada seseorang yang mendapat CGPA 3.85 sewaktu belajar dulu.

Apabila Mawar dikecam teruk di media sosial, selebriti dan menteri siap keluar kenyataan agar buli siber dihentikan terhadap dirinya. Malangnya apabila Ahmad Maslan "dibuli" di media sosial, seorang pun tak mahu tolong. Saranan untuk memboikot kedai/peniaga pro pembangkang yang menaikkan harga pun rasanya tidak berkesan.

Kedai rojak tepi jalan yang saya makan setiap minggu pun naik harga.Saya tak tahulah dia pro pembangkang atau tidak tapi dia beritahu saya harga makanan naik sebab harga barang pun naik.

Jadi di sini saya ingin mengutarakan satu idea agar Ahmad Maslan dapat membantu rakyat untuk memahami GST sekaligus mengurangkan pengguna twitter dan facebook daripada membuli beliau.
Keluarkan senarai 4,000 barang yang tidak dikenakan GST dan jadikan ia mudah diakses rakyat.

Ya saya tahu itu idea gila.

Tetapi itulah apa yang diucapkan PM sewaktu temuramah beliau bulan lepas di TV3. Memang betul beliau cakap ada empat ribu barang yang dikecualikan daripada GST.

Jadi apabila ada senarai 4 ribu barang itu, rakyat Malaysia tahu yang Datuk Seri Najib Razak bukan "sembang kencang" atau dalam bahasa Inggerisnya bulls**t apabila menyebut angka empat ribu itu.

Dan mana-mana kedai atau peniaga yang menaikkan harga barang yang tidak dikenakan GST bolehlah disenaraikan supaya rakyat boleh boikot kedai pro-pembangkang tersebut.

Jika kutipan GST itu membolehkan kerajaan membina sepuluh buah universiti baru eloklah dikhabarkan nama-nama universiti tersebut dan lokasinya. Setidak-tidaknya sejuk hati rakyat apabila berbelanja demi masa depan generasi akan datang.

Kalau tak mampu juga untuk buat semua itu, eloklah Ahmad Maslan letak jawatan sebab dah gagal untuk membantu rakyat Malaysia menyokong serta memahami GST.

Tapi...ada ke menteri dekat Malaysia yang letak jawatan sebab gagal bantu rakyat?

Tarikh mengundi PRK P Pauh tak beri kelebihan

Posted: 03 May 2015 05:31 PM PDT

SINAR HARIAN

Khairy Jamaluddin Khairy Jamaluddin. - Foto Bernama
 
 
 
BUKIT MERTAJAM - Soal tarikh mengundi pada hari bekerja tidak memberikan kelebihan kepada mana-mana pihak seperti mana yang didakwa pemimpin Parti Keadilan Rakyat, kata Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang menetapkan tarikh dan sudah pasti semua parti yang bertanding harus berkerja keras untuk memanggil pengundi mereka di luar kawasan untuk balik mengundi.

"Ini satu gelanggang pertandingan yang sama rata di mana Barisan Nasional sendiri juga terpaksa memanggil pengundinya sendiri untuk balik mengundi.

"Tarikh ini bukan satu tarikh yang menimbulkan kemusykilan bagi satu-satu pihak, dua-dua pihak yang bertanding harus bekerja keras untuk memanggil balik pengundi mereka untuk membuang undi," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program santai futsal di Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Perahu di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas calon PKR Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang mendakwa peratusan keluar mengundi dalam Pilihan Raya (PRK) Parlimen Permatang Pauh pada 7 Mei ini akan turun kerana dipengaruhi oleh kerajaan pusat. 

Sementara itu, Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata tiga faktor yang menyebabkan sokongan pengundi muda kepada BN di Permatang Pauh semakin baik.

Beliau berkata tiga faktor itu termasuk pemilihan calon yang tepat, jentera pemuda yang mantap dan kemelut dalaman yang tidak berkesudahan dalam pakatan pembangkang.

"Ini trend yang berlaku dengan ketara dalam kalangan pengundi muda di Permatang Pauh menyebabkan sokongan terhadap pakatan pembangkang mula merosot.

"Calon BN kali ini adalah orang muda anak tempatan yang sememangnya berada di kawasan setiap masa seperti mana yang diharapkan pengundi dan yang penting bukan ahli Parlimen separuh masa," katanya.

Katanya, beliau turut menerima 53 borang keahlian daripada pemuda PKR Pusat Daerah Mengundi Taman Sembilang yang kecewa dengan kepimpinan parti itu, untuk menyertai UMNO. 

Beliau berkata ini satu petanda yang baik dan jentera pemuda harus melipatgandakan lagi usaha untuk mendekati hati pengundi muda kawasan berkenaan.

"Keretakan hubungan pakatan pembangkang juga dilihat sebagai bonus untuk BN meraih sokongan pengundi muda untuk memihak kepada BN.


"Saya berharap momentum sokongan yang semakin cenderung memihak kepada BN akan berkekalan," katanya.

Tambahnya, pengundi muda di Permatang Pauh harus memberi peluang kepada calon BN Suhaimi Sabudin untuk mewakili suara golongan muda di kawasan Parlimen itu.

Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh 7 Mei menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Suhaimi, Dr Wan Azizah, Salleh Isahak (Bebas) dan Azman Shah Othman (Parti Rakyat Malaysia). - Bernama


GST: Kenyataan BN hanya buka pekung

Posted: 03 May 2015 05:29 PM PDT


Nurul Izzah Anwar Nurul Izzah Anwar - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
 
 
 
PERMATANG PAUH - Kenyataan demi kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin BN bagi mempertahankan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sejak akhir ini tidak membantu menambah keyakinan rakyat khusus pengundi Permatang Pauh.

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata kenyataan balas khusus daripada pemimpin MCA yang bersifat perkauman baru-baru ini hanya memburukkan keadaan dan membuka kelemahan mereka sendiri kepada rakyat.

"Sekarang terbongkar bagaimana BN menangani isu GST termasuk MCA hanya mendedahkan pekung dan gagal mengubah momentum rakyat yang menolak cukai itu menerusi undi mereka nanti.

"Dari segi isu saya agak bersyukur bagaimana mereka memberi respon lebih mendedahkan kelemahan pemikiran dan penerimaan dalam politik baru," katanya kepada pemberita di Seberang Jaya, di sini, semalam.

Terdahulu, Ketua Wanita MCA, Datuk Heng Seai Kie memberitahu masyarakat Cina di negara ini supaya tidak menentang GST kerana orang Melayu sahaja akan membayar lebih cukai itu.

Sementara itu, Nurul Izzah juga menafikan pemimpin utama Pas tidak membantu berkempen bagi memenangkan calon PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

"Sebenarnya ramai pimpinan Pas turun kempen, saya amat tersentuh memandangkan PRK Rompin pun berlangsung pada masa sama, awal dua hari sebelum kita.

"Pada saya masalah itu tidak berbangkit, sebaliknya kita mahu mendapatkan kehadiran (pengundi) seramai mungkin untuk keluar mengundi nanti khususnya pengundi luar," katanya lagi.

Ditanya mengenai demonstrasi yang dilakukan NGO Pakatan Anak-Anak Selangor Menyokong Menteri Besar (Pasmeb) siang tadi, beliau bagaimanapun mengakui perkara itu ditimbulkan untuk mengganggu tumpuan pihaknya berkempen.

"Saya amat terkejut dan tidak perlu kita berikan komentar, kalau nak lihat kekacauan yang ditimbulkan di saat akhir mengganggu konsentrasi kita," tambahnya lagi.


Tiada ulasan: