Khamis, 21 Mei 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Najib usung keluarga ke Parlimen

Posted: 21 May 2015 04:05 AM PDT

 
Perkara itu didedahkan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli menerusi status Twitter.


rafizi-rosmah-parlimen



KUALA LUMPUR: Isteri, anak dan menantu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, tidak terkecuali hadir di Dewan Rakyat ketika beliau membentangkan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11).

Perkara itu didedahkan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli menerusi status Twitternya.

Dia memaklumkan selain Rosmah Mansor, anak perempuan Nooryana Najwa dan menantu Daniyar Kessibayev, duduk di belakangnya di Parlimen ketika pembentangan RMK11.

"Kalau tanya pasal jet marah ke?," soalnya.

Tidak lama kemudian, Rafizi sekali lagi menaikkan statusnya di laman sosial tersebut dengan memuat naik gambar anak Najib, Nooryana Najwa dan pasangannya Daniyar Kessibayev.

"Ha3 ini gambar yang Yang Berhormat (YB) Pakatan Rakyat (PR) forward. Saya tak berani tanya takut kena debik, lagi-lagi tanya pasal jet," katanya lagi.

Dr Puad tuduh Muhyiddin pemalas

Posted: 21 May 2015 04:00 AM PDT

 

 
Kemarahan diluahkaan susulan beberapa keping yang menunjukkan kedaifan sebuah sekolah di Keningau, Sabah, yang dimuat naik di laman Facebook miliknya.


Bahasa, Muhyiddin Yassin, Dr Puad Zakarshi, Idris Jusoh, P Kamalanathan, Keningau.



PETALING JAYA: Bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Mohd Puad Zakarshi membidas Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Menteri Pelajaran yang didakwa malas turun padang bagi meninjau kemudahan di sekolah.

Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) itu berkata, pegawai-pegawai pendidikan tidak sepatutnya tidak dipersalahkan kerana tidak turun padang kerana Menteri dan Timbalan Menteri juga tidak berbuat demikian.

Beliau meluahkan kemarahan itu susulan beberapa keping yang menunjukkan kedaifan sebuah sekolah di Keningau, Sabah, yang dimuat naik di laman Facebook miliknya.

Beliau berkata, Muhyiddin yang telah dua penggal menjadi Menteri Pelajaran sepatutnya cepat membela sekolah-sekolah daif terutamanya di pendalam Sabah dan Sarawak.

"Ada orang posting pada saya gambar sebuah sekolah di Keningau yang terlalu daif. Puncanya pegawai yang bertanggungjawab tidak turun ke bawah. Kenapa mereka tidak turun ke bawah? Kerana Menteri dan Timbalan Menteri juga malas turun ke bawah.

"Justeru, mereka tidak akan tahu apa yang berlaku di bawah. Bunyi cantik di atas. Kerajaan belanja berbillion untuk 1 Bestarinet, tetapi apakah disiasat keberkesanannya.

"Itu belum lagi dipaparkan asrama dan rumah guru yang daif di kawasan pedalaman. Sepatutnya bila TPM jadi Menteri Pelajaran hampir dua penggal, maka cepatlah terbela sekolah sekolah daif terutamanya di pedalaman Sabah dan Sarawak. Turunlah ke bawah! Jangan banggakan PPPM kalau level playing field masih tidak sama," tulisnya di Facebook.

Untuk rekod, Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh dan Timbalan Menteri, Datuk Mary Yap dan P Kamalanathan.

Najib Patut Pecat Ahli Lembaga Pengarah 1MDB - Muhyiddin

Posted: 21 May 2015 03:47 AM PDT


MSTAR ONLINE
 



PETALING JAYA: Ahli lembaga pengarah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sepatutnya dipecat dengan segera, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Saya beritahu perdana menteri, pecat semua mereka, lembaga pengarah 1MDB. Buang mereka!
Mereka yang menjadi beban kepada perdana menteri ," katanya dalam satu majlis taklimat tertutup yang dipercayai di Institut Latihan Memperkasa Umno di Janda Baik minggu lalu.

Rakaman ucapan Muhyiddin yang dilakukan secara tertutup menjadi viral, di mana beliau mengkritik beban hutang terkumpul 1MDB.

Video tersebut dikongsi oleh sebuah blog dan dimuat naik di laman sosial YouTube.

Muhyiddin berkata, beliau bertanya kepada Najib bagaimana isu itu perlu diselesaikan kerana rakyat perlu ditunjukkan bahawa kerajaan mentadbir secara telus dan melihat skandal 1MDB dengan serius.

Beliau turut berkata, kenyataannya bukan bertujuan untuk menunjuk kehebatan dan bukan bermaksud dirinya membenci kepimpinan Najib atau menjatuhkan presiden parti.

"Namun isu dan masalah tersebut adalah masalah sebenar...Bagaimana dalam tempoh singkat, sebuah syarikat milik kerajaan menanggung beban liabiliti RM42 bilion?," soalnya.

"Kalau syarikat itu saya punya dan saya bangun pagi dilaporkan bahawa ada perkara luar biasa yang berlaku dan tidak semena-mena CEO pinjam RM10 bilion, tiap bulan saya kena bayar interest RM100 juta hingga RM200 juta... saya tidak terfikir mana-mana syarikat dalam dunia tanggung beban begitu, tetapi itu berlaku di Malaysia," kata Muhyiddin.

Turut kelihatan dalam majlis tersebut ialah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan dan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob.

"Apa yang anda buat (dengan syarikat seperti itu)? Buang mereka! CEO ini buang! Dan panggil polis siasat!

"Ambil tindakan, jadi rakyat tengok, barulah pimpinan kerajaan rasa bertanggungjawab. Ambil tindakan serius. Jika tidak buat begitu ini akan jadi beban yang membawa kita jatuh ke bawah," katanya lagi.

K'jaan akui Akta Hasutan calar imej Malaysia

Posted: 21 May 2015 03:28 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman mengakui bahawa langkah Putrajaya mengetatkan Akta Hasutan 1948 menarik perhatian negatif beberapa pihak di peringkat antarabangsa.

Bagaimanapun, katanya, beliau persepsi itu "sesuatu yang biasa" diutarakan oleh pihak asing.

"Mereka menyifatkan tindakan kerajaan Malaysia sebagai menyekat kebebasan bersuara dan hal asasi manusia rakyat Malaysia.

"Tindakan ini juga tidak selaras dengan prinsip kesederhanaan yang dipromosikan dan ditekankan oleh kerajaan Malaysia di arena antarabangsa.

"Bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa pandangan seperti ini adalah sesuatu yang biasa diutarakan oleh pihak asing," katanya dalam jawapan bertulisnya semalam.

Beliau mengulas soalan Datuk Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong) berkaitan kesan, imej dan pandangan negara dan pihak luar kepada Malaysia ekoran beberapa isu termasuk pindaan Akta Hasutan.

Dalam jawapannya juga, Anifah berkata kementeriannya telah memanjangkan maklumat mengenai tindakan kerajaan mengekal dan mengukuhkan akta itu kepada pihak antarabangsa.

"Ia bertujuan memberi penjelasan dan penerangan mengenai perkara tersebut kepada pihak asing yang berkenaan," katanya dipetik.

Beliau turut berkata setiap undang-undang yang digubal atau dipinda termasuk Akta Hasutan bertujuan memberi kebaikan termasuk mengekalkan kestabilan dan perpaduan kepada rakyat dan negara.


Anwar: Selesai GST, 1MDB sebelum RMK11

Posted: 21 May 2015 03:24 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Isu rakyat khususnya berkaitan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) serta 1MDB perlu diselesaikan dahulu sebelum Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11) dikemukakan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Tumpuan kita sekarang harus ke arah memperjuangkan hak rakyat dengan membantah kenaikan harga barang terutama melalui pelaksanaan GST yang kian mendera rakyat miskin," kata ketua umum PKR itu.

Kenyataan itu disampaikan Anwar kepada Naib Presiden PKR Nurul Izzah, yang juga anak sulungnya, di mahkamah sebentar tadi.

Najib yang juga menteri kewangan dalam pembentangannya hari ini berkata dalam tempoh lima tahun RMK11 bermula 2016, pembangunan ekonomi dijangka lebih mencabar berikutan ketidaktentuan ekonomi global yang berterusan.

Katanya, sebahagian besarnya berpunca daripada unjuran harga minyak mentah dan komoditi utama lain yang rendah, selain risiko kelembapan ekonomi negara rakan dagang utama.

Sementara itu, Anwar juga mengucapkan terima kasih kepada orang ramai, termasuk Sasterawan Negara A Samad Said yang berkumpul di depan Penjara Sungai Buloh, tempat beliau ditahan, sempena 100 hari penahanannya.

Malam tadi, kira-kira 300 orang berkumpul (atas) bersama anggota keluarga Anwar di luar pintu penjara bagi menunjukkan setiakawan dengan pemimpin utama pembangkang itu.

A Samad Said atau lebih dikenali sebagai Pak Samad menyampaikan sajak bertajuk "Malam Anwar" dalam acara yang diselang seli dengan nyanyian, tarian dan laungan reformasi itu. 


Simpanan 1MDB di Pulau Cayman 'unit', bukan tunai

Posted: 21 May 2015 03:21 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah mengakui terdapat salah tafsir berhubung sejumlah AS$1.1 bilion (RM3.97 bilion) yang ditebus daripada Kepulauan Cayman oleh 1MDB.

Katanya mungkin terdapat kesalahan tafsiran bahawa jumlah yang ditebus dan disimpan di Singapura itu dalam bentuk tunai.

Sebaliknya, kata beliau lagi, simpanan itu dalam bentuk "unit".

Diminta mengulas maksud sebenarnya sama ada dalam bon atau bentuk lain, beliau hanya menjawab "unit".

Husni mempertahankan 1MDB dengan menegaskan bahawa unit simpanan itu benar-benar ada dan bertujuan untuk membayar semula hutang secara khusus.


Sabah Sarawak nikmati pembangunan dalam RMK11

Posted: 21 May 2015 03:15 AM PDT


 
 
KUALA LUMPUR - Sabah dan Sarawak akan memperoleh lebih banyak pembangunan dan kemajuan untuk jangka masa panjang sama ada di kawasan bandar mahupun luar bandar di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11).
 
Di bawah rangka rancangan lima tahun bermula 2016 hingga 2020 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat hari ini, pelbagai perancangan disentuh untuk kemajuan kedua-dua negeri berkenaan.
 
Antaranya melibatkan kemudahan asas, pertambahan dan penambahbaikan infrastruktur jalan raya dan lapangan terbang, pembangunan, kemajuan luar bandar, penambahan peluang pekerjaan, kesihatan, hospital dan sebagainya.
 
Perihal mengenai rancangan pembangunan dan kemajuan di Sabah dan Sarawak mula disentuh Najib dengan mengulangi pelan pelaksanaan tiga projek perintis bagi 1Malaysia Youth City, iaitu di Semenanjung, Sabah dan Sarawak dengan peruntukan sebanyak RM100 juta sepertimana dalam Bajet 2015.
 
Dalam RMK11 yang bertemakan 'Pertumbuhan Berpaksikan Rakyat' itu juga, Najib berkata kerajaan akan memberi tumpuan kepada pemberian hak milik tanah adat (NCR) untuk Orang Asli dan bumiputera dari Sabah dan Sarawak bagi menggalakkan pembangunan tanah.
 
Menyentuh tentang pembangunan bandar dan luar bandar yang saling melengkapi, Najib berkata penyediaan prasarana asas luar bandar seperti jalan raya akan diteruskan, di Sabah dan Sarawak.
 
"Kerajaan akan membina 3,000 kilometer jalan berturap lagi di luar bandar bagi tempoh 2016 sehingga 2020," katanya.
 
RMK11 dengan peruntukan perbelanjaan pembangunan RM260 bilion itu juga akan  turut menyasarkan peningkatan pelaburan dan pekerjaan di lima koridor dalam negara iaitu Iskandar Malaysia, Koridor Pembangunan Sabah, Wilayah Ekonomi Pantai Timur, Koridor Utara dan Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui Sarawak.
 
Jelas Perdana Menteri, dalam tempoh 2011 sehingga 2014, lima koridor tersebut menarik pelaburan komited sebanyak RM307 bilion.
 
Najib yang juga Menteri Kewangan berkata dengan jumlah pelaburan itu,  ia telah menjana lebih 427,000 peluang pekerjaan.
 
"Maka, untuk RMK11 ini, kerajaan menyasarkan sebanyak RM236 bilion pelaburan dan mewujudkan sebanyak 470,000 pekerjaan lagi di kelima-lima koridor wilayah tersebut," katanya.
 
Menyentuh mengenai penambahbaikan kemudahan dan taraf kesihatan pula, Najib menarik perhatian, Hospital Tawau dan Hospital Kota Marudu di Sabah, serta Hospital Miri akan dinaik taraf selain menyiapkan hospital di Sri Aman, kedua-duanya di Sarawak.
 
Perdana Menteri berkata RMK11 itu juga turut menyentuh projek infrastruktur utama termasuk pembinaan lapangan terbang Mukah dan Lawas di Sarawak yang akan melonjakkan kemajuan negeri tersebut. 
 
Kerajaan juga katanya turut mengenal pasti Kuching dan Kota Kinabalu serta Johor Baharu dan Kuala Lumpur sebagai bandar-bandar yang akan melonjakkan pertumbuhan ekonomi negara, namun memerlukan rangka pelan induk yang komprehensif untuk dilaksanakan dengan jayanya.
 
"Jika dahulu, kalau berbicara tentang negara China, hanya bandar Beijing dan Shanghai diperkatakan. Namun kebelakangan ini, bandar-bandar lain di negara China seperti Shenzhen atau Guangzhou, menjadi sebutan di persada dunia. 
 
"Justeru, bagi meningkatkan daya saing negara, bandar Kuala Lumpur, Johor Bahru, Kuching dan Kota Kinabalu telah dikenal pasti untuk melonjak pertumbuhan ekonomi. Bandar-bandar ini akan merangka pelan induk persaingan masing-masing supaya selaras dengan aspirasi negara di bawah RMK11," kata beliau. - Bernama
 
 

Cikgu Kafa tuntut elaun kena ‘pecat’

Posted: 21 May 2015 03:12 AM PDT

Ekhsan Bukharee Ekhsan Bukharee menunjukkan surat yang diterimanya daripada Jais bertarikh 9 April lalu.
 
 
SHAH ALAM - Guru sambilan Sekolah Rendah Agama Pekan Kapar, Ekhsan Bukharee Badrul Hisham, 24, terus diberi tekanan apabila menerima surat penamatan perkhidmatan daripada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), semalam.

Ekhsan Bukharee berkata,  dia terus diberi tekanan demi tekanan susulan perjuangannya dalam isu tuntutan elaun guru  Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (Kafa).

Menurutnya, pada 9 April 2015, dia diminta menyerahkan surat tunjuk sebab dan pada 24 April 2015 pula, dia diminta untuk menghadirkan prosiding siasatan.

"Semalam (20 Mei ), saya diberikan surat pemecatan ,"katanya kepada Sinar Harian.

Sebelum itu, menerusi akaun twitter miliknya, Ekhsan Bukharee berkata, dia akan mengakhiri amanah di sekolah dengan semangat.

" Kenyataan khusus berkenaan surat pemecatan saya akan menyusul. Bukan berhenti bila jatuh tapi bangkit!," katanya.

Berikutan itu, katanya lagi, dia akan membuat sidang media di pintu pagar utama Bangunan SUK, Shah Alam esok (Jumaat) pada jam 11.00 pagi.

Pada 8 April lalu, Ekhsan Bukharee dihalang memasuki Dun bagi menuntut janji kerajaan negeri sebelum ini untuk menaikkan elaun guru Kafa daripada RM1,300 kepada RM1,500 sebulan.

Berikutan itu, dia menerima surat tunjuk sebab daripada Jais dan berkemungkinan menerima tindakan tegas.

Mahfuz: Kerajaan harus belajar kawal perancangan

Posted: 21 May 2015 03:10 AM PDT

Mahfuz Omar Mahfuz Omar
 
 
KUALA LUMPUR - "Bagi saya ini soal pengawasan. Bagaimana harus kerajaan mengawal bahawa apa yang dirancang itu bakal dilaksanakan?" soal Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.

Katanya, sebelum pembentangan Rancangan Malaysia Ke 11 (RMK11) dilakukan, kerajaan sepatutnya merangka usaha yang boleh mengawal pelaksanaan perancangan tersebut.

Mahfuz yang juga merupakan Ketua Penerangan Pas, ia bagi mengelakkan berlakunya ketirisan; sekaligus memastikan perancangan yang dilakukan kerajaan dilaksanakan dengan telus.

"Kita ambil contoh 1Malaysia Developement Berhad (1MDB). Badan 1MDB ini tidak pernah ada dalam RMK sebelum ini. Selepas RMK10 diumumkan, 1MDB pula muncul.

"Kemunculan 1MDB yang tidak disangka ini pula telah menyebabkan negara kehilangan RM42 bilion," katanya ketika ditemui selepas berakhirnya pembentangan RMK11 di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau dalam pada itu turut mempersoalkan pelaksanaan perancangan yang dilakukan kerajaan.

"Isunya bukan soal rancangan pembentangan yang dibuat. Isunya adalah bagaimana pelaksanaan yang akan dilakukan oleh kerajaan nanti.

"Ini persoalan yang sering berbangkit dan kerajaan sudah membuktikan sendiri bahawa wujud ketirisan dalam pelbagai peringkat pelaksanaan. Ia akan menyebabkan kerugian yang akan ditanggung negara (setiap kali pelaksanaan rancangan dibuat)," katanya lagi.

Sementara itu, Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli berkata, sudah menjadi kebiasaan bagi pihak kerajaan untuk menumpukan perancangan dalam jangka masa lima tahun akan datang berbanding melihat kegagalan lima tahun lepas.

Menurutnya, sebelum melaksanakan RMK11, kerajaan sepatutnya menumpukan usaha untuk menjayakan sasaran yang gagal dipenuhi pada RMK10.

"Ia akan menjadi satu masalah apabila kerajaan terlalu berusaha memenuhi sasaran RMK11 berbanding memenuhi sasaran RMK10," katanya ketika ditemui pemberita.

Ujar Rafizi lagi, beliau sebaliknya lebih berminat untuk mengetahui bagaimana RMK11 dilaksanakan memandangkan kerajaan dikatakan tidak mempunyai peruntukan mencukupi untuk melaksanakan apa yang dijanjikan.

"Saya sebaliknya lebih tertarik untuk melihat bagaimana kerajaan penuhi perancangan ini dalam keadaan kerajaan tidak mempunyai wang dan tidak lagi boleh berhutang," katanya lagi.
 
 

RMK11: Saiz perkhidmatan awam dikaji

Posted: 21 May 2015 03:06 AM PDT

SINAR HARIAN


RMK11

 
 
KUALA LUMPUR - Merasionalisasikan sektor awam, mewajarkan saiz perkhidmatan dan memperkenalkan dasar pemisah bagi personel berprestasi rendah merupakan antara usaha yang bakal dilaksana kerajaan dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11).

Langkah itu bertujuan menjadikan perkhidmatan awam berfokuskan rakyat yang disokong dengan bakat yang lebih berkemahiran, kurang lapisan hirarki dan birokratik, kurang pemusatan kerja serta perkhidmatan yang lebih mudah dicapai, cekap dan berkesan untuk rakyat.

Menurut dokumen RMK11 2016-2020 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat hari ini, sektor awam akan memperkenalkan pendekatan kreatif dan inovatif untuk meningkatkan kualiti sistem penyampaian.

Kerajaan akan memperkenalkan beberapa langkah transformasi dengan tumpuan akan beralih ke arah tadbir urus bersama rakyat dengan meningkatkan pemahaman berkaitan keutamaan rakyat dan melibatkan mereka dalam perancangan dan penyampaian perkhidmatan.

Prosedur birokrasi yang menghalang fasilitasi penyampaian perkhidmatan awam yang cekap akan dipermudah, data dimanfaatkan sepenuhnya, pertindanan dikurangkan dan akauntabiliti ditingkatkan.
Laporan itu menyebut kerajaan akan beralih daripada peranan sebagai penyedia perkhidmatan dengan memberi lebih penekanan kepada peranan sebagai fasilitator.

Bagi mencapai matlamat ini, di bawah RMK11 yang merupakan rancangan untuk tempoh lima tahun dari 2016 hingga 2020, lima bidang fokus dikenal pasti untuk mentransformasikan perkhidmatan awam.

Selain itu, pengurusan projek akan ditingkatkan untuk mencapai keputusan yang lebih baik dan cepat serta memanfaatkan pihak berkuasa tempatan bagi menyediakan perkhidmatan berkualiti pada peringkat tempatan.

Di bawah setiap bidang fokus tersebut, laporan RMK11 itu menggariskan secara terperinci strategi yang akan dilaksana seperti untuk mengurangkan kerenah birokasi, menyusun semula institusi sektor awam dan mengurangkan pertindanan peranan.

Model penyampaian dan perkhidmatan baharu ini membolehkan kerajaan melaksanakan pembaharuan dan pengukuhan supaya operasi menjadi lebih kos efektif dan kerajaan lebih bersedia untuk memenuhi permintaan dan ekspektasi rakyat menjelang 2020 dan seterusnya.  - Bernama

Hidup ‘sebuah perjuangan’, kata Najib ketika bentang RMK11

Posted: 20 May 2015 11:19 PM PDT

OLEH MOHD FARHAN DARWIS


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata hari ini beliau wajib menghitung doa dan berharap RMK11 akan disokong dan memanfaati semua lapisan masyarakat. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 21 Mei, 2015.Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata hari ini beliau wajib menghitung doa dan berharap RMK11 akan disokong dan memanfaati semua lapisan masyarakat. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, . 



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang kini menerima tekanan dan kritikan daripada Tun Dr Mahathir Mohamad mengatakan hidup adalah perjuangan ibarat lautan yang sering dilanda ombak.

Ketika membentangkan Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11) di Dewan Rakyat, Parlimen hari ini, Najib menyeru kepada "rakan-rakan yang setia" untuk bersabar kerana kelak mereka akan bertemu kemenangan.

"Ternyata, benarlah kata-kata para alim dan pujangga, hidup ini sememangnya sebuah perjuangan, laksana lautan yang jarang tenang. Sekali ombak naik, sekali ombak turun. Pergantian musim hujan dan panas, adakala masa susah dan ada kala masa senang.


"Justeru, saya menyeru kepada rakan-rakan yang setia, sekiranya kita bersabar, seandainya kita terus kukuhkan kepercayaan, juga keyakinan di dada, bertawakal kepada yang Maha Kuasa, kelak, akan terbentanglah jalan keluar dan kemenangan buat kita," katanya sebelum menamatkan pembentangan tersebut.

 Dr Mahathir semakin lantang mengkritik pentadbiran Najib, terutamanya membabitkan isu syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan pembunuhan wanita warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

"Begitulah, kita wajib menghitung doa dan berharap RMK11 ini akan disokong dan memanfaati semua lapisan," kata Najib.

"Tak kiralah, Pak Tani di kebun, pesawah di bendang, para nelayan, golongan kolar biru dan putih, ahli-ahli korporat mahupun cendekiawan, hatta kepada saudara-saudari kita di seberang sana, saya mengajak agar sama-sama mendokong usaha murni kerajaan untuk menulang Malaysia gagah dan megah di persada antarabangsa. 

Visi Tuan Ibrahim: PAS sensitif isu rakyat

Posted: 20 May 2015 11:00 PM PDT












 DETIK DAILY


Menggalas tugas besar mencabar pemimpin nombor dua PAS Mohamad Sabu, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man meletakkan visi mahu menjadikan parti itu lebih sensitif isu rakyat. Perkara itu, kata ulama terkenal itu, dengan menggesa pemimpin dan anggotanya lebih kedepan dalam isu berkaitan rasuah dan masalah ekonomi negara.

Pada masa yang sama, naib presiden PAS itu berkata beliau juga mahu menguatkan parti sebagai sebuah kumpulan melalui penganjuran program tarbiah dan santai antara anggotanya.

Diwawancara Malaysiakini melalui emel, Tuan Ibrahim menjelaskan perkara itu antara visi jangka pendeknya jika dipilih menjadi timbalan presiden PAS bagi penggal 2015-2017.

"Ahli-ahli dan pemimpin PAS perlu ditarbiah untuk lebih sensitif terhadap isu rasuah, ekonomi dan masalah rakyat.

"Komponen bangunan (pasir, simen, air) mesti bersama, kalau tidak tak boleh buat apa-apa," katanya berkias.

Set lima soalan yang dijawab secara bertulis ini turut ditanya kepada calon-calon bagi jawatan presiden, timbalan dan naib presiden dalam pemilihan PAS penggal ini.

Tuan Ibrahim berdepan pertembungan satu lawan satu dengan Mohamad dalam pemilihan awal bulan depan di Kuala Selangor.

Berikut adalah sedutan temubual penuh Tuan Ibrahim.

Malaysiakini: Apa perancangan visi jangka pendek dan panjang jika dipilih?

Tuan Ibrahim: Visi jangka pendek ialah asas kekuatan parti bergantung pada kekuatan ikatan jemaah. Oleh itu, tugas pertama ialah menguatkan ukhuwah jemaah melalui program tarbiah dan program santai bersama pemimpin. Kekuatan kita hanya satu, ikhlas dalam perjuangan. Ahli-ahli dan pemimpin PAS perlu ditarbiah untuk lebih sensitif terhadap isu rasuah, ekonomi dan masalah rakyat. Komponen bangunan (pasir, simen, air) mesti bersama, kalau tidak tak boleh buat apa-apa.

Manakala visi jangka panjang pula, PAS bukan sahaja parti yang paling awal sertai pilihan raya, kita juga paling awal untuk terjemahkan Islam rahmat untuk semua di tengah-tengah Umno kuasai ketuanan Melayu.

Kita tampilkan dengan Rahmat Untuk Semua, bukan Melayu, Muslimin dan lain-lain sahaja. Rahmat Untuk Semua sebabkan PAS jadi parti sangat penting. Parti lain terpaksa buat anjakan persepsi terhadap PAS.

Penilaian terhadap prestasi PAS sejak kebelakangan ini. Kekuatan dan kelemahan?

Kekuatan PAS ialah istiqamah dengan Islam, berkonsep amal lillah iaitu beramal kerana Allah, (memperkuat) Unit Amal serta keikhlasan dalam perjuangan.

Kelemahan PAS pula ialah lambat menguruskan krisis dalaman yang dicetuskan media sosial, tidak dilihat bergerak seiring dengan keputusan parti dan presiden, perlu lebih berusaha menterjemahkan Islam sebagai agama yang Ad-deen serta perlu menguatkan sistem penyaluran maklumat agar suara musuh tidak dapat menjalar di dalam PAS.

kemelut utama PAS yang perlu diselesaikan segera?

Musuh PAS tahu PAS tak boleh dipecahkan dengan isu-isu luaran. Mereka berusaha pecah melalui isu dalaman. Musuh usaha masukkan elemen musuh dalam PAS untuk pecahkan PAS. Jangan bawa suara musuh dalam jemaah hingga timbul keraguan sesama kita dan jangan sebarkan benda tak baik sekalipun betul. Ini adalah masalah yang perlu diselesaikan segera.

Langkah terbaik dan segera yang perlu ditangani?

Cabaran PAS hari ini ialah media baru yang tidak boleh dikawal. Setiap ahli perlu ditarbiah untuk menghentikan tindakan label-melabel, dan membeza-bezakan antara ahli PAS. Jangan ambil maklumat tepi jalan dan mudah percaya pada hantu-hantu di laman sosial yang tidak dikenali.

Tindakan ini telah membuka pintu kepada musuh memporak-perandakan PAS. Ruang ini perlu ditutup rapat. Selain itu, semua ahli di semua peringkat wajib memikul amanah dalam menjaga rahsia jamaah. Ingatlah bahawa Allah melihat setiap perbuatan kita, termasuklah maklumat yang kita sebarkan.

Harapan kepada kepimpinan Jawatankuasa Pusat PAS yang baru termasuk sayap parti.

Jangan biar orang yang kecewa tinggalkan jemaah. Jangan tubuh jemaah dalam jemaah. Bawalah mereka balik ke landasan perjuangan. PAS perlu dilihat sebagai parti yang terus istiqamah dengan perjuangan Islam - parti yang sensitif terhadap kebajikan rakyat dan benci kepada rasuah dan penyelewengan.

Di dalam politik, PAS wajib bersikap tegas dengan dasar parti dan bersifat anjal dengan strategi dan pendekatannya. Pendekatan ini juga akan menjadi teras sikap PAS dalam kerjasama dengan rakan-rakan Pakatan Rakyat untuk menumbangkan musuh bersama kita iaitu Umno-BN di peluang terbaik kita pada PRU-14 nanti.

Majlis Syura nafi lulus kerajaan perpaduan

Posted: 20 May 2015 10:53 PM PDT


 
 
SHAH ALAM – Majlis Syura Pas menafikan dakwaan yang mengatakan pihaknya pernah mengadakan perbincangan ataupun membuat keputusan mewujudkan gabungan dua parti politik, antara Pas dan Umno.

Setiausahanya, Dr Nik Zawawi Nik Salleh berkata, Majlis Syura memandang serius dakwaan tersebut dan menyifatkan ia fitnah pihak tertentu.

"Majlis Syura juga menegaskan tidak pernah wujud sama ada usaha atau pandangan ke arah penggabungan ini oleh mana-mana individu ahli kami seperti Mursyidul Am, Datuk Dr Harun Din, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan lain-lain ahli jawatankuasa badan ini," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata demikian dipercayai merujuk kepada kenyataan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa dalam sebuah stesen TV swasta baru-baru ini yang mendakwa masih wujud cadangan kerjasama antara Pas dengan Umno bagi membentuk kerajaan perpaduan.

Nasharudin juga dilaporkan berkata, bekas Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat selama ini dianggap penghalang utama kerajaan perpaduan antara dua parti politik terbesar Melayu di negara ini.

Sehubungan itu, Nik Zawawi menyeru supaya semua ahli dan pimpinan Pas supaya menolak fitnah tersebut yang boleh memecahbelahkan parti itu.

"Majlis Syura dengan ini menyeru supaya semua ahli Pas menolak fitnah ini bagi mengukuhkan jemaah ke arah memenangkan Islam," katanya lagi.


Pas cukup matang untuk bersendirian

Posted: 20 May 2015 10:50 PM PDT

Pas cukup matang untuk bersendirian Dr Mohd Fuad
 
 
SHAH ALAM - Pas sudah cukup matang untuk bergerak bersendirian jika tidak mendapat persefahaman dengan rakan pembangkang lain.

Penganalisis politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Madya Dr Mohd Fuad Mat Jali berkata, pertelingkahan berlaku membabitkan pemimpin PR tidak dapat disembunyikan lagi terutama antara Pas dan DAP.

Menurut beliau, jurang perselisihan faham antara dua sekutu itu semakin melebar dan jika Pas tidak membuat pendirian tegas, parti itu akan terhimpit dengan masalah yang lebih besar.

"Jurang (perselisihan) makin jauh, salah satu daripada mereka akan jatuh ke dalam jurang itu. Jika tidak dirapatkan semula, tidak mustahil PR akan terbubar.

"Pertelingkahan antara pucuk pimpinan tertinggi parti sukar untuk didamaikan apabila kedua-dua berpegang pada perjuangan parti masing-masing," katanya kepada Sinar Harian.

Terbaru Penasihat DAP, Lim Kit Siang mengulangi kenyataannya bahawa PR akan tinggal sejarah sekiranya ada di antara rakan komponen yang melanggar dasar bersama PR.

Kelmarin, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa parti itu berhak untuk marah kepada DAP kerana menentang perjuangan parti itu melaksanakan undang-undang Islam.

Mohd Fuad berkata, mengambil kira Kabinet Bayangan DAP, adalah baik untuk Pas bergerak bersendirian daripada terus duduk dalam PR.

Tambah beliau, Muktamar Pas ke-61 yang akan berlangsung awal bulan depan adalah medium terbaik bagi mendapatkan kata sepakat sama ada Pas perlu terus kekal atau tinggalkan PR.

"Walaupun belum menang (tawan Putrajaya), sudah dapat lihat kedudukan Pas itu di mana melalui Kabinet Bayangan yang dibuat.

"Pas juga sering kali diugut dan dikecam DAP susulan mahu meneruskan agenda perjuangkan Islam terutamadalam isu hudud, sampai bila Pas mahu terus diugut? Jadi Pas perlu berani buat pendirian kerana Pas sudah cukup matang untuk bergerak sendiri," katanya.

Bagaimanapun, katanya walaupun kemelut yang berlaku dilihat semakin parah, namun PR sukar untuk terbubar sekiranya matlamat mereka masih sama iaitu menawan Putrajaya.

"Mereka goyah, tapi masih bersama, umpama tidur sebantal mimpi lain-lain," katanya.

Penganalisis politik Universiti Sains Malaysia, Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian pula berkata, sukar untuk PR bergerak ke hadapan sekiranya wujud perbezaan antara kepentingan parti dan perjuangan bersama dalam pakatan yang dibentuk.


"Jika Pas masih terus berpegang dengan perjuangan parti untuk menegakkan Islam, tetapi DAP pula menentang perjuangan itu, bagaimana nak terus bersama? DAP tidak boleh salahkan Pas kerana sejak dahulu kita maklum mengenai perjuangan Pas untuk memperkenalkan hudud dan negara Islam.

"Ketika ini PR berdepan dengan krisis kepimpinan yang mana PKR perlu mainkan peranan untuk memastikan gabungan itu terus kekal bertahan sehingga PRU14," katanya.

Menurut beliau, masalah yang berlaku boleh diselesaikan sekiranya salah satu parti yang bertelagah keluar daripada PR.

Beliau turut menyifatkan muktamar kali ini sebagai medium terbaik untuk Pas memutuskan pendirian berhubung isu itu.

Bagaimanapun, PR tidak akan terkubur dengan begitu mudah jika serangan yang berlaku lebih bersifat peribadi seperti yang berlaku kebelakangan ini.


Timbalan Presiden Pas: Laluan sukar untuk Mat Sabu

Posted: 20 May 2015 10:47 PM PDT


 
 
SHAH ALAM - Pertembungan dua penjuru bagi merebut jawatan Timbalan Presiden menyaksikan laluan sukar buat penyandangnya, Mohamad Sabu apabila Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man disahkan satu-satunya calon yang bakal menentangnya dalam pemilihan Muktamar Pas ke-61, awal bulan depan.

Pemerhati politik berpendapat, populariti Tuan Ibrahim semakin meningkat sejak kebelakangan ini dan Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu dilihat sedikit berdepan 'masalah' susulan kontroversi yang timbul mengaitkannya terutama berkaitan usaha menjatuhkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani akui beliau tidak dapat menjangka siapa yang bakal memenangi pemilihan itu nanti.

"Sokongan terhadap Mat Sabu ini kuat dalam parti. Dulu pun dia pernah kalahkan Tuan Ibrahim. Ini kali kedua. Cuma sekarang ini, Tuan Ibrahim agak popular sebab kumpulan ulama...kumpulan yang progresif, golongan profesional ini pun menyukai dia. Jadi, cabarannya sengit juga di sit tapi peluang itu ada.

"Mat Sabu pula masih popular dan dapat sokongan banyak cuma imejnya sedikit tercalar apabila dia dikatakan lawan 'tokey' dalam kenyataan-kenyataan sebelum ini termasuk didakwa dalam rakaman (komplot cuba jatuhkan Hadi) walaupun sejak kebelakangan ini kenyataannya kelihatan menyokong Hadi.

"Persaingan antara kedua ini memang saya tak boleh jangka siapa boleh menang sebab masing-masing ada kekuatan," katanya kepada Sinar Online.

Hari ini, Jawatankuasa Pemilihan Pas Pusat mengesahkan pertembungan dua nama ini dalam pemilihan bulan depan.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar Unisel, Prof Madya Dr Shahruddin Badaruddin berkata, penyokong tegar Mat Sabu yang berada dalam barisan perwakilan akan menjadi penyelamat kepada orang nombor dua Pas itu dalam pemilihan nanti.

"Jika pertandingannya dua penjuru sahaja antara Mat Sabu dengan Tun Ibrahim, saya fikir pertandingan itu sengit juga. Kita tak boleh nafikan bahawa Mat Sabu ini ada pengikutnya selepas berpolitik sejak tahun 80-an. Mat Sabu ada pengikutnya di akar umbi terutama yang menjadi perwakilan. Pengikut tegar Mat Sabu akan banyak membantu nanti.

"Walaupun jangkaannya persaingan ini sengit, tapi jangan nafikan juga bahawa Mat Sabu pernah menewaskan Tun Ibrahim dalam dua penggal yang lalu," katanya.


Najib nafi Arul kemuka penyata bank palsu

Posted: 20 May 2015 10:43 PM PDT

SINAR HARIAN



Najib Tun Razak Najib Tun Razak
 
 
KUALA LUMPUR - Kerajaan hari ini menafikan bahawa Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy mengemukakan penyata bank palsu berkaitan akaun anak syarikatnya yang dikatakan dari cawangan Bank BSI di Singapura.

"Kenyataan ahli Yang Berhormat bahawa Arul Kanda mendapat penyata bank yang bukan milik BSI adalah tidak benar," kata Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam jawapan bertulis kepada Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz (Raub-DAP) yang diedarkan di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Ariff bertanyakan Najib bagaimana Arul mendapat penyata bank yang bukan milik BSI, dan jika penyata itu bukan dari bank tersebut, ia ternyata pemalsuan dokumen, dan sama ada ia mendedahkan 1MDB kepada tindakan undang-undang oleh BSI.

Semalam, Najib menyatakan bahawa baki pelaburan yang dipindahkan dari Cayman Islands telah ditebus dalam bentuk aset di bank Singapura dan bukan dalam bentuk tunai.

Ekoran itu, DAP menggesa Arul dipecat kerana menipu rakyat mengenai kewujudan tunai US$1.103 bilion (RM3.96 bilion) di Singapura.

Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua berkata Najib dan ahli lembaga pengarah 1MDB mesti menyingkirkan Arul daripada terus memimpin syarikat sarat hutang itu.

Katanya kegagalan Najib memecat Arul akan mencemarkan nama baik beliau dan ahli lembaga pengarah 1MDB. - Bernama

PR sokong cadangan Pandikar mahu Parlimen 'bebas'

Posted: 20 May 2015 10:41 PM PDT

 Oleh Sharifah Azmawati Syed Abdul Aziz

 
Post Pic



KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat hari ini menyambut baik ketegasan Speaker Dewan Rakyat yang tidak mahu Parlimen dilihat sebagai 'Rubber Stamp' dengan mengikut telunjuk badan eksekutif semata-mata.

Ketua pembangkangnya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata pandangan Tan Sri Pandikar Amin Mulia itu selari dengan pendirian Pakatan Rakyat selama ini, yang mahukan institusi Parlimen bebas daripada kuasa-kuasa menteri.
 
"Untuk prinsip pemisahan kuasa antara badan legaslatif, eksekutif dan kehakiman berfungsi demi memperkukuhkan negara demokrasi berperlembagaan, maka kami pakatan rakyat telah pun sepakat menubuhkan Jawatankuasa Penambahbaikan Parlimen pakatan rakyat yang dipimpin ketua-ketua whip serta seorang ahli parlimen mewakili setiap parti.
 
"Malah sebuah Jawatankuasa Rancang Malaysia Ke-11 (RMK11) Pakatan Rakyat juga sudah dipersetujui ditubuhkan," katanya kepada pemberita di Parlimen.
 
Semalam Pandikar Amin menyenaraikan tujuh cadangan untuk memperkasakan institusi Parlimen.
1. Supaya Ketua Pentadbir Parlimen baru yang boleh bekerjasama dengan beliau sebagai Speaker dilantik.
 
2. Portfolio Menteri yang menjaga hal ehwal Parlimen di mansuhkan demi menghilangkan persepsi rakyat bahawa institusi Parlimen dan Speaker bertugas atas arahan pihak kerajaan.
 
3. Jawatankuasa Pilihan Parlimen baru perlu diwujudkan dan ditambah daripada 5 Jawatabkuasa Pilihan yang sedia ada dalam usaha melicinkan lagi proses perbahasan Rang Undang-Undang dan dasar kerajaan yang lain.
 
4. Untuk mengelakkan tiduhan bahawa Parlimen hanya berfungsi sebagai 'rubber stamp' atau meluluskan apa sahaja usul yang dibentangkan  oleh pemerintah.
 
5. Mengwujudkan sesi khas 'Minister Time' untuk membolehkan Ahli Parlimen mengajukan soalan-soalan kepada menteri-menteri berhubung isu-isu semasa iaitu sesi pertanyaan tanpa notis. Sekurang-kurangny sejam dalam satu hari di khususkan dalam seminggu semasa sesi persidangan untuk tujuan ini.
 
6. Akta Perkhidmatan Parlimen 1963 yang dimansuhkan oleh kerajaan Mahathir pada tahun 1992 hendaklah dihidupkan semula dan diperbaharui selaras dengan kehendak serta keperluan semasa.
 
7. Bangunan dan infrastruktur serta kemudahan Parlimen Malaysia hendaklah dinaiktaraf setaraf atau setera dengan  bangunan Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan dan Istana Kehakiman yang menempatkan badan kehakiman di Putrajaya.
Cadangan itu dibuat selepas beliau terpalit dengan kontroversi kononnya beliau akan meletakkan jawatan sebagai speaker dewan kerana tidak berpuas hati dengan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
 
Pendedahan itu dibuat Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed.
 
Pandikar Amin bagaimanapun menafikan perkara itu dan mengakui berpuas hati dengan kesungguhan Najib melakukan transformasi terhadap institusi Parlimen.
 
 

Najib bentang RMK-11 hari ini

Posted: 20 May 2015 10:39 PM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
PETALING JAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak akan membentangkan pelan ekonomi Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11) yang akan menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang 2020 sekiranya ia berjaya dilaksanakan.
 
RMK-11, yang akan dibentangkan Perdana Menteri di Dewan Rakyat pada pukul 11.30 pagi akan menggariskan apa yang perlu dilakukan dalam tempoh lima tahun akan datang untuk mencapai matlamat tersebut.
 
Dalam entri di laman Facebook Najib pada Rabu, beliau menyifatkan rancangan tersebut sebagai 'final lap' (pecutan) sebelum Malaysia mencapai status negara maju seperti mana dihasratkan dalam Wawasan 2020, satu hala tuju negara yang ditetapkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada 1990.
 
"Ia akan menentukan hala tuju negara untuk lima tahun akan datang. Inilah 'final lap' (pecutan) sebelum kita mencapai status negara maju seperti mana yang dihasratkan dalam Wawasan 2020," kata Najib.
 
RMK-11 begitu istimewa kerana dua sebab, kata  Dekan Fakulti Perniagaan Universiti Sains dan Teknologi Malaysia, Dr Yeah Kim Leng.
 
Pertama ia akan pelan lima tahun terakhir untuk negara sebelum mencapai status negara maju selain negara berpendapatan tinggi yang disasarkan Najib dalam Rancangan Transformasi Ekonomi.
 
"Ia juga boleh jadi rancangan lima tahun terakhir untuk Malaysia sekiranya matlamat negara maju dan berpendapatan tinggi dicapai menjelang 2020," kata Yeah.
 
Selain strategi ekonomi yang digariskan dalam RMK-11, ramai akan memberi tumpuan kepada sasaran fiskal kerajaan dan unjuran pendapatan bagi tempoh lima tahun akan datang.
 
Rakyat Malaysia terutamanya golongan berpendapatan rendah dan sederhana berharap bahawa ia akan merangkumi langkah-langkah untuk membantu mereka menangani kos sara hidup.
 
Rumah, pekerjaan dan bantuan pendidikan adalah senarai tertinggi dalam keutamaan mereka dan ramai menjangkakan bahawa rancangan tersebut akan menangani isu-isu demikian.
 
RMK-11 akan mencorak masa depan ekonomi negara dan warna-warni legasi politik Najib.
 
Sebagai pemain utama, Perdana Menteri berdepan cabaran eknomi dan politik yang sukar kerana beliau memacu negara ke arah Wawasan 2020.
 
Walaupun pembangunan ekonomi kekal pada kedudukan baik, penurunan harga minyak menjejaskan pendapatan negara.
 
Dr Yeah berkata pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST), selain peningkatan kecekapan tadbir cukai, sebahagiannya boleh mengimbangi situasi ini.
 
"Dengan lebih ramai pembayar cukai terlibat, penekanan yang lebih perlu diberikan terhadap keberkesanan dan hasil perbelanjaan kerajaan," katanya.
 
Dari segi politik, krisis Najib dan Dr Mahathir yang semakin meruncing, tidak menunjukkan sebarang tanda akan reda.
 
Penganalisis politik Prof Dr Shaharuddin Badaruddin berkata kejayaan pelan ekonomi itu akan menentukan legasi Najib.
 
"Banyak akan merasai kejayaan pelaksanaan RMK-11, jadi tumpuan perlu diberikan terhadap tindakan konkrit oleh pentadbirannya untuk menyelesaikan masalah, seperti mengurangkan hutang negara, meningkatkan pendapatan dan kecekapan sektor awam," katanya.
 
Beliau berkata walaupun RMK-10 merupakan hasil kerjasama antara Najib dan bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, pelan tindakan ekonomi itu yang dibentangkan pada Khamis akan dilihat sebagai 'hasil Najib' sepenuhnya.
 
 

Rasuah: Ikan bilis terjerat, jerung dilepas?

Posted: 20 May 2015 10:32 PM PDT

Oleh: NORHAYATI UMOR


SHAH ALAM: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu memantau tindak tanduk pemimpin yang memiliki kekayaan luar biasa sejak dulu lagi bukan sehingga disuruh.

Timbalan Setiausaha DAP Selangor, Ng Suee Lim berkata,  SPRM 'lambat'  mengambil tindakan kerana rakyat semakin hilang kepercayaan terhadap badan terbabit.

"Rakyat sentiasa mengawasi tindak tanduk pemimpin khususnya menteri dalam konteks kekayaan luar biasa. SPRM sebenarnya lambat memberi fokus kepada isu ini," katanya kepada Selangor Kini.
logo SPRM
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas  berkenaan kenyataan SPRM bahawa undang-undang baru perlu digubal supaya mereka yang mempuyai kemewahan melampau wajib mengisytihar harta.

Suee Lim berkata, bagaimanapun langkah SPRM itu sedikit sebanyak dapat memantau dan mencegah elemen rasuah daripada terus menular, namun berharap kes dikendalikan telus serta adil.

" Kenyataan itu sebenarnya langkah permulaan baik dan memberi keadilan kepada semua. Namun, kita mahu SPRM kendalikan dengan adil dan tidak pilih kasih atau pilih bulu ," katanya.

Katanya, persepsi awam yang beranggapan SPRM hanya bertindak terhadap 'ikan bilis' harus dipulihkan melalui tindakan adil dan drastik.

ngsueelim"Ia demi keyakinan rakyat terhadap peranan SPRM dalam usaha membanteras rasuah. Semua harus diadili sama ada ikan bilis atau ikan jerung," katanya.

Minggu lalu, SPRM menyatakan sedang mengawasi setiausaha peribadi dan politik menteri kabinet berhubung dakwaan mereka hidup di luar kemampuan masing-masing.

Sementara itu, Pengarah National Oversight and Whistleblowers (NOW), Akmal Nasir pula berkata, SPRM perlu merangka undang-undang baru itu sewajarnya.

"Adakan  proses konsultasi dengan pelbagai pihak termasuk orang ramai bagi memastikan pendekatannya menyeluruh," katanya.-NFN-

TPM desak PM pecat semua Lembaga Pengarah 1MDB

Posted: 20 May 2015 10:18 PM PDT

Muhyiddin menegaskan Najib perlu tegas menangani isu 1MDB dan menunjukkan kepada rakyat bahawa ia isu serius dan beliau telus serta bertanggungjawab menanganinya.

 
Muhyiddin_apanama_umno_1mdb_600



PETALING JAYA: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak memecat semua Lembaga Pengarah 1MDB.

Tegasnya Najib perlu menunjukkan kepada rakyat bahawa ia isu serius dan beliau telus serta bertanggungjawab menanganinya.

"Dengan tidak semena-menanya, CEOnya buat hal pinjam sampai 10 bilion. Lepas itu setiap bulan kena bayar interest sampai 100 hingga 200 milion. Tidak pernah terfikir saya mana-mana syarikat dalam dunia tanggung macam begitu beban.

"Buanglah, CEO ini buang, bukan setakat buang, panggil boleh siasat..betul ambil tindakan. Bagi rakyat tengok haah. Barulah pimpinan kerajaan rasa tanggungjawab. Ambil tindakan serius. Kalau tidak buat begitu, ini akan membebankan bawa kita jatuh ke bawah", jelas Muhyiddin.

Katanya, beliau mempunyai pendirian tegas terhadap isu ini dan tidak sanggup UMNO dan Barisan Nasional (BN) hilang kuasa kerana isu berkenaan.

Katanya, apa yang disuarakan bukan bermakna beliau melawan kepimpinan Najib, tetapi demi masa depan parti.

"Saya terangkan Saya bukan nak menunjukkan kehebatan saya, atau nak menunjukkan bahawa saya benci kepada kepimpinan saya atau tidak sebulu dengan presiden saya. Tidak. Saya hormat. Sebagai manusia saya hormat. Bagaimanapun this is a problem. This is a real problem. Masalah yang nyata bagaimana dalam masa singkat sebuah syarikat yang ditaja menanggung beban liabiliti 42 bilion", jelas Muhyiddin.

Katanya, selaku Pengarah Pilihan Raya BN isu berkenaan menjadi beban.

Dalam taklimat yang diberikan, Muhyiddin menafikan wujudnya komplot seperti mana yang didakwa pembangkang dan Datuk Zaid Ibrahim bahawa beliau berkomplot untuk menjatuhkan kepimpinan Najib.

Sebaliknya beliau menegaskan itu semua fitnah.

"Zaid Ibrahim kata dia telefon saya, Datuk Pa dengan Datuk Nazri berkomplot nak tentukan termasuklah Tun Daim, bohong, fitnah. Jangan percaya dengan mudah dengan media sosial dan telah dinafikan" katanya dalam video yang dimuat naik Apanama di laman Youtube.

 LIHAT VIDEO DI SINI


Suspek penculik di Sandakan terbunuh

Posted: 20 May 2015 10:16 PM PDT

FREE MALAYSIA TODAY

Menurut laporan portal berita Interaksyon, Mindas Muktadil dilaporkan maut semasa insiden berbalas tembakan dengan pegawai keselamatan di sebatang jalan di wilayah Jolo pada jam 5.50 petang Rabu.


crime_gun_600_1


PETALING JAYA: Tentera Filipina mengesahkan salah seorang daripada suspek penculik di Sandakan minggu lalu ditembak mati.

Mindas Muktadil dilaporkan maut semasa insiden berbalas tembakan dengan pegawai keselamatan di sebatang jalan di wilayah Jolo pada jam 5.50 petang Rabu.

Menurut laporan portal berita Interaksyon, laporan tersebut difailkan Komander Pasukan Petugas Bersama Sulu, Kolonel Alan Arrojado.

Muktadil dan adiknya, Kadafy dipercayai terlibat dalam kes penculikan pengurus restoran Ocean King Seafood, Thien Nyuk Fun, 50 dan Bernard Then Ted Fen, 39, yang bekerja sebagai jurutera di Kemboja.

Kedua-dua tebusan dilaporkan dibawa ke Jolo.

Ahli Parlimen BN,PR sokong Pandikar Amin

Posted: 20 May 2015 05:29 PM PDT

 
Ahli Parlimen menyokong penambahbaikan Parlimen dan setuju jawatan Menteri yang bertanggungjawab terhadap Parlimen dimansuhkan bagi memberi kuasa penuh kepada Speaker Dewan Rakyat.


pandikar-amin


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) setuju dengan cadangan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia supaya Parlimen ditambah baik.

Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC), Tan Sri Shahrir Samad berkata, pemansuhan Akta Perkhidmatan Parlimen pada 1992 menyebaban kuasa Parlimen terhad.

"Suatu perubahan serta reformasi terhadap Parlimen terutamanya daripada segi Akta Perkhidmatan Parlimen harus dikembalikan semula bagi meletakkan Dewan Rakyat dan negara di tempat sepatutnya.

"Ia juga bagi membezakan ataupun jauh sedikit daripada pihak Eksekutif dan seharusnya ada garisan diantara Eksekutif dan Parlimen," katanya.

Ketua Whip Parlimen DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, kesemua Ahli Parlimen DAP menyokong saranan Pandikar Amin itu.

Katanya, kuasa Menteri yang bertanggungjawab terhadap Parlimen juga sepatutnya dihadkan dan jawatan kuasa Dewan dianggotai Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang.

"Ketika ini, menteri tersebut seolah-olah diberikan terlalu banyak kuasa untuk mengawal pentadbiran di Parlimen," katanya.

Akta Perkhidmatan Parlimen 1963 dimansuhkan di bawah pentadbiran Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ketua Whip PAS, Datuk Mahfuz Omar menyatakan dari segi prinsip, Parlimen di negara ini haruslah dibebaskan daripada menteri.

"Namun, apabila ada jawatan Menteri Hal Ehwal Parlimen, ia menyebabkan Speaker bertindak tidak bebas dan setiap keputusannya itu dipengaruhi oleh menteri berkenaan," katanya.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata, senario itu menyebabkan Speaker Dewan Rakyat harus bertindak sebagai 'rubber stamp'.

Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul pula menyifatkan Menteri berkenaan, Datuk Seri Shahidan Kassim, seolah-olah menguasai Parlimen.

Katanya, keadaan itu menjadikan Speaker Dewan Rakyat sukar untuk menjalankan tugasnya.
"Seolah-olah kita mempunyai dua bos. Satu Speaker Dewan Rakyat, seorang lagi Menteri di Jabatan Perdana Menteri," katanya.

Ahli Parlimen PKR itu turut percaya, jika kuasa di antara Speaker dan menteri diasingkan, maka masalah itu akan selesai.

"Di India juga ada Menteri yang bertugas di Parlimen, tetapi peranannya tidak sama. Di India ia bertugas sebagai koordinator, bukan bermakna tidak harus ada menteri, tetapi hanya bertugas sebagai penyelaras, tidak dominan," katanya.

Sirul keluar Malaysia secara sah- Zahid Hamidi

Posted: 20 May 2015 05:23 PM PDT

 
Dia meninggalkan negara ini sebelum Mahkamah Persekutuan menolak rayuannya yang telah dijatuhi hukuman gantung sampai mati kerana bersalah membunuh Altantuya Shaariibuu. 


Zahid-Hamidi_sirul_600


PETALING JAYA: Bekas anggota elit polis, Koperal Sirul Azhar Umar keluar dari Malaysia dengan keluar kebenaran mahkamah, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, Sirul yang kini ditahan di Australia meninggalkan negara ini sebelum Mahkamah Persekutuan menolak rayuannya yang telah dijatuhi hukuman gantung sampai mati kerana bersalah membunuh Altantuya Shaariibuu.

"Koperal Sirul telah dibenarkan untuk meninggalkan negara atas kebenaran mahkamah.

"Selaras dengan peruntukan di bawah Akta dan Peraturan Imigresen 1959/63, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) tidak akan menghalang seseorang yang hendak keluar atau masuk negara jika nama seseorang itu tidak tersenarai dalam senarai syak Jabatan dan juga memenuhi syarat," katanya
melalui jawapan bertulis kepada soalan Ahli Parlimen DAP Batu Kawan, Kasthuriraani Patoo.

Kasthuriraani meminta Zahid menjelaskan bagaimana Sirul dapat melarikan diri merentasi sekatan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Imigresen Malaysia menaiki penerbangan dan selamat mendarat di Australia memandangkan hukuman gantung telah dijatuhkan ke atas beliau.

Pada 23 Ogos 2013, Mahkamah Persekutuan sebulat suara mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang membebaskan tertuduh pertama, Cif Inspektor Azilah Hadri, 38, dan Sirul Azhar dengan alasan Mahkamah Rayuan terkhilaf dalam keputusannya.

Justeru, hukuman mati terhadap Azilah dan Sirul yang diputuskan Mahkamah Tinggi sebelum itu kekal.

Kapal korek karam dipukul ombak, seorang selamat 14 lagi hilang

Posted: 20 May 2015 05:17 PM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
JOHOR BAHARU: Sebuah kapal korek membawa muatan pasir dari Teluk Ramunia, Pengerang dekat sini karam dipukul ombak awal pagi ini di kedudukan 8.6 batu nautika timur Tanjung Punggai, menurut Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).
 
Ketua Penguat Kuasa Maritim Daerah Tanjung Sedili, Kapten Maritim Amran Daud berkata, dalam kejadian kira-kira 4.20 pagi itu, 14 kru kapal dilaporkan hilang manakala seorang berjaya diselamatkan.
 
Kapal itu sedang menuju ke perairan Pengerang dekat sini apabila dipukul ombak menyebabkannya terbalik lalu karam, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
 
"Berikutan itu, kesemua kru kapal yang terdiri daripada 14 warga China dan seorang warga tempatan terjatuh ke dalam laut.
 
"Namun seorang daripadanya telah berjaya diselamatkan oleh kapal yang kebetulan melalui kawasan itu, manakala 14 lagi kru masih hilang," katanya.
 
Beliau berkata, usaha mencari dan menyelamat kesemua mangsa hilang oleh Pasukan Gerakan Marin sedang giat dilakukan membabitkan sebuah kapal, tiga bot Maritim Malaysia Daerah Tanjung Sedili dan pesawat udara agensi berkenaan.
 
 

Dua bulan Anita Sarawak tidak dapat dihubungi.

Posted: 20 May 2015 05:15 PM PDT

 
Selepas berhijrah ke Las Vegas memulakan kehidupan baharu, Anita Sarawak sentiasa berhubungan dengan adiknya, Noorkumalasari, namun sejak Mac lalu mereka terputus hubungan.


anita sarawak



PETALING JAYA: Anita Sarawak, satu nama sangat berpengaruh dalam dunia hiburan tempatan sejak tahun 1980an lagi.

Dia, antara selebriti yang masih mempertahankan tiaranya dalam hati setiap peminat serta penggiat seni hiburan, khususnya muzik. Namun sejak tahun 2013, kelibat artis ini sudah tidak kelihatan.

Lebih buruk apabila dia terputus 0hilang hubungan dengan adik-beradiknya sendiri sejak bulan Mac lalu.

Salah seorang adiknya, Noorkumalasari Mohd Taib akui, dia agak risau apabila kakaknya sudah hampir dua bulan tidak dapat dihubungi.

"Ini jangka masa yang paling lama kami tak berhubungan dan ia agak merisaukan. Apapun, saya berharap dia selamat dan menjalani kehidupan yang diingininya iaitu jauh daripada dunia glamour hiburan, menjadi seorang isteri, wanita yang biasa," kata Noorkumalasari dalam satu temubual eksklusif dengan The New Paper.

Anita Sarawak atau nama sebenarnya Ithnaini Mohd Taib merupakan anak kepada seniwati filem Melayu yang mashyur iaitu Allahyarham S. Roomai Noor dan Allahyarhamah Siput Sarawak.

Wanita kelahiran Singapura yang dianggap diva dunia hiburan tempatan, Anita, hilang dari radar kegemerlapan dunia hiburan selepas 2013 apabila bertekad untuk kembali ke Las Vegas, Amerika Syarkat dengan suaminya seorang warga British, Mohamad Mahathir Abdullah untuk memulakan kehidupan yang lebih privasi dan tertutup.

Kehilangannya yang berlaku secara tiba-tiba tanpa sebarang berita atau laporan atas permintaan Anita sendiri yang tidak mahu ditemuramah atau didekati media.

"Saya pernah beritahu dia, wartawan mencarinya. Tetapi di berkata, bagi tahu mereka saya tidak berminat lagi'," kata Noorkumalasari.

Dia berkata, Anita seronok hidup secara sederhana selepas bersara dari dunia hiburan.

Anita pernah berada di Las Vegas sekitar tahun 1985 hingga 2001, membuat persembahan pentas sebelum kembali ke Singapura dan kemudian berhijrah ke Malaysia.

"Sewaktu detik-detik persaraan dari industri hiburan, Anita berhadapan masalah sakit lutut. Dia mahu beri tumpuan pada kesihatanya. Namun, dia sayangkan peminatnya dan selalu mengingati mereka," cerita Noorkumalasari.

Dia akui, bukan mudah bagi kakaknya mengambil keputusan yang sangat besar dalam hidupnya, iaitu bersara daripada dunia hiburan. Sememangnya, muzik dan hiburan sebahagian daripada darah dagingnya sendiri.

"Saya harap semua orang akan menghormati keputusannya," pintanya.

Mengenang nasib kakaknya lagi, Noorkumalasari berharap Anita sedang sibuk berjelajah atau memperlahankan aktiviti komunikasinya.

"Dalam masa yang sama saya risau jika dia sedang sakit atau tidak sihat. Saya merasakan sesuatu yang tidak baik tetapi cuba memtenteramkan diri dengan mengharapkan yang terbaik sahaja," katanya yang tidak pernah lupa mendoakan kesejahteraan dan keselamatan kakaknya setiap kali solat.

Noor Kumalasari berkata, dia sangat resah apabila tidak menerima sebarang panggilan dari kakaknya pada hari kelahirannya pada bulan lalu.

Katanya, ia agak janggal kerana Anita tidak pernah tidak menghubunginya pada hari jadinya sebelum ini.

Anita juga hilang hubungan dengan semua adik-beradik yang lain. Semua pesanan ringkas, panggilan telefon tidak terjawab.

Bukan itu sahaja, kawan baik Anita juga tidak dapat mengesan Anita termasuk mencari tempat tinggalnya di Las Vegas.

Di sebalik ketiadaan Anita, pelbagai khabar angin tersebar menyatakan beliau sudah berpisah dengan suaminya dan telah mula berhijab.

Bagi Noorkumalasari, semua khabar angin itu tidak benar.

"Itu sebabnya saya mahu dia menghubungi saya dan memberitahu segala-galanya tentang kesahihan khabar angin itu," katanya.

Ditanya tentang hubungan mereka berdua, Noorkumalasari memberitahu mereka sangat serasi dan saling menasihati.

"Dia mungkin berada jauh tetapi saya amat sayangkan dia sepenuh hati. Saya sentiasa mengingatinya dalam doa saya."

Tiada ulasan: