Selasa, 19 Mei 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Apa Orang Bugis Suka Buruk Siku?

Posted: 19 May 2015 05:07 AM PDT

shahbudindotcom


Kalau dilihat gelagat Perdana Menteri, Najib Razak sejak kebelakangan ini, nampak sangat beliau sedang gelabah, panik dan cuba berbuat apa saja untuk menyelamatkan kedudukannya.

Makin hari, kerusi Perdana Menteri yang didudukinya jelas semakin bergoyang.

Setelah berbangga mendapat sokongan daripada MT UMNO, Ketua-Ketua Bahagian, Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri yang secara asasnya itulah tunjang sokongan dalam parti, beliau kini dengan rendah diri menemui orang pencen dan veteran pula.

Pada Sabtu lalu, beliau bertemu dengan Mubarak Selangor di Kelang manakala semalam pula dengan Veteran UMNO di PWTC, Kuala Lumpur.

Mubarak adalah persatuan yang dianggotai oleh bekas wakil rakyat sementara veteran UMNO pula dinggotai oleh bekas pimpinan UMNO bahagian-bahagian di seluruh negara.

Agaknya jika selepas ini bekas calon yang kalah bertanding pelbagai jawatan di peringkat bahagian atau mereka yang pernah jadi calon dalam pilihanraya tetapi tewas,  jika ingin bertemu dan menyatakan sokongan pun, pastilah Najib turut menerimanya dengan tangan terbuka.

Dalam beberapa pertemuan itu, selain memperlekeh Tun Mahathir yang berjaya menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun kerana dibantu oleh sistem pemilihan berdasarkan undi bonus dan kouta, Najib juga mengungkit sokongannya kepada bekas Perdana Menteri itu selama ini, terutamanya dalam pemilihan 1987 dahulu.

Dengan mengungkit itu, Najib secara sedar ingin memberitahu bahawa jika tanpa sokongannya, Tun Mahathir tidak mungkin mampu kekal berkuasa selama 22 tahun. Dalam masa yang sama, beliau juga ingin memberitahu, "dulu aku sokong kau, sekarang kau sokonglah aku pulak".

Dalam budaya Melayu, perbuatan mengungkit ini dipanggil "buruk siku" dan ia dianggap perbuatan yang tidak baik. Selalunya hanya orang terdesak dan sudah kehabisan modal untuk berhujah saja yang suka melakukan perbuatan ungkit-mengungkit ini.

Jasa yang lepas biarlah orang lain mengenang, bukan kita memberitahu agar dikenang. 

Hari ini pula, Najib mengungkit pula tentang pemberian BR1M kepada orang-orang miskin yang diperkenalkannnya sejak enam tahun lalu. Kepada orang-orang miskin ini Najib meluahkan rasa sedihnya kerana mereka banyak bersungut mengenai GST tetapi senyap ketika menerima wang tunai BR1M itu.

"Kita perkenalkan GST dengan tujuan menambahkan BR1M umpamanya sebanyak RM300, malangnya bila dah dapat duit ramai yang senyap. Sebaliknya kalau barang naik sikit, timbul rungutan," katanya lagi.

Aduh...apa sudah jadi dengan Najib sejak kebelakangan ini? Ungkit sana, ungkit sini...akan datang pula mungkin entah apa-apa akan diungkitnya lagi!

Kalau pun terdesak untuk mendapatkan sokongan rakyat, apakah perbuatan yang baik jika mengungkit-ungkit segala pemberian kepada rakyat, apatah lagi jika melibatkan orang miskin dan berpendapatan rendah.

Bukankah memang tanggungjawab kerajaan memberi perkhidmatan kepada rakyat? Apakah berdosa rakyat bersuara dan meluahkan perasaan mereka?

Kalau terjumpa orang Bugis sehari dua ini, nanti saya tanyakan soalan - apa ini memang perangai orang Bugis atau hanya Najib satu-satunya Bugis yang ada sifat buruk siku ini?
 
 

Pandikar Amin Akui Kemuka Surat Letak Jawatan

Posted: 19 May 2015 04:51 AM PDT

Oleh: IWAN SHU-ASWAD SHUAIB
 
 
Pandikar Amin Mulia
Pandikar Amin Mulia
 
 
 
(Dikemaskini)  KUALA LUMPUR: Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengakui pernah berhasrat untuk meletak jawatan sebagai Yang di-Pertua Dewan Rakyat.

Pada sidang media di kediaman rasminya di sini pada Selasa,  beliau juga memaklumkan ada mengemukakan surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 19 Mac lalu.

Bagaimanapun Najib enggan menerima surat bertarikh 18 Mac itu dan meminta Pandikar Amin untuk memberikan penjelasan lanjut mengenai hasrat tersebut.

Malahan, kata Pandikar Amin, hasrat itu juga disuarakan pada pertemuan peribadinya bersama bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 13 Mac lalu.

"Pada 19 Mac lalu dalam pertemuan dengan Perdana Menteri di Parlimen, kami berbincang mengenai soal politik negara dan hal ehwal Parlimen.  Ketika itu saya maklumkan mengenai hasrat untuk meletak jawatan dan menyerahkan surat rasmi peletakan jawatan bertarikh 18 Mac.

"Perdana Menteri tidak terima surat tersebut, malah jauh sekali membacanya. Sebaliknya beliau telah bertanya kepada saya sebab-sebab dan punca saya ingin meletakkan jawatan sebagai Speaker," katanya pada sidang media di kediaman rasminya di sini, Selasa.

Pandikar Amin berkata, apa yang diperjelaskannya adalah mengenai beberapa cadangan pembaharuan bagi memartabatkan prinsip institusi Parlimen.

Isu perletakan jawatan Pandikar Amin sebagai Speaker mencetuskan kontroversi selepas Dr Mahathir pada Sabtu lalu mengumumkan mengenai perkara itu.

Pandikar Amin bagaimanapun menafikan telah meletak jawatan itu.

Kami Tak Akan Patah Balik, Kami Mahu Ke Malaysia - Pelarian Rohingya

Posted: 19 May 2015 04:48 AM PDT

MSTAR ONLINE
 
 
Pelarian Rohingya yang tiba di Indonesia dengan bot menunggu sarapan pagi di kawasan sementara bagi pelarian di kampung Kuala Cangkoi, Lhoksukon, Aceh. -foto REUTERS
 
 
 
SINGAPURA: Pelarian Rohingya, Umai Somida, 15, dan dua adiknya hanya ada satu rancangan, iaitu mahu pergi ke Malaysia dan bersatu kembali dengan dua abang mereka yang berkerja sebagai buruh binaan di Kuala Lumpur.

Keputusan tiga beradik ini, yang dua lagi berusia 13 dan 11 tahun untuk pergi ke Malaysia telah dibuat pada tahun 2012 apabila ibu bapa mereka terbunuh dalam serangan perusuh di kampung mereka di Lolbina, kawasan Maungdaw, di Myanmar.

"Mereka datang pada waktu malam," kata Umai kepada The Straits Times di Kuala Langsa di Aceh.

"Kami bersembunyi untuk mengelakkan serangan. Mereka menoreh kerongkong ibu bapa kami," katanya.

Lebih daripada 600 pelarian Rohingya dan Bangladesh telah tinggal di sini selepas mereka diselamatkan oleh nelayan tempatan di luar perairan pantai timur pulau Sumatera pada malam Khamis lepas.

Seorang abang mereka telah bekerja di Malaysia selama tujuh tahun dan seorang lagi,lima tahun.

Sejak tahun 2012, kedua-dua abang kanak-kanak pelarian ini menabung untuk membiayai jumlah yang perlu dibayar terhadap rancangan adik mereka untuk lari dari Myanmar ke Malaysia, iaitu sebanyak AS$2,000 (RM7,166) setiap seorang.

Kanak-kanak tersebut, bersama-sama dengan beratus-ratus pendatang Rohingya dan Bangladesh yang lain tidak berjaya memasuki Malaysia apabila enjin bot mereka terhenti di Aceh selepas lebih dua bulan berada di laut.

"Kami hanya mahu pergi ke Malaysia. Kami tidak mahu berpatah balik. Kami juga tidak mahu tinggal di Aceh," kata Umai.

Dia dan dua adiknya adalah antara pelarian di Kuala Langsa yang tidak mahu berganjak daripada pelan asal mereka untuk datang ke Malaysia.

Terdapat kira-kira 900 pelarian Rohingya, kebanyakannya di Aceh, dan lebih daripada lebih 400 warga Bangladesh, kebanyakannya di Kuala Langsa.

Laksamana Tentera Laut Diraja Thai, Somchai Na Bangchang berkata pendatang di atas bot yang ditemui di luar pantai Thailand Khamis lepas tidak mahu mendarat di Thailand. Sebaliknya, mereka mahu pergi ke Malaysia atau Indonesia, lapor Reuters.

Pelarian Rohingya di Aceh masih mempunyai peluang untuk pergi ke Malaysia, tetapi pelarian Bangladesh berdepan dengan penghantaran balik sebagai pendatang haram.

Pegawai Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) di Jakarta memberitahu The Straits Times: "Pelarian Rohingya tidak dapat dibawa pulang ke rumah mereka".

"Kerajaan Myanmar tidak mengiktiraf mereka sebagai warganegara, jadi UNHCR akan mendaftar semua mereka sebagai status pelarian dan memproses kes mereka dan cuba untuk mencari penyelesaian sementara untuk mereka di Indonesia."

Duta Bangladesh ke Indonesia Md Nazmul Quaunine pada Ahad berjanji untuk bekerja dengan kerajaan tempatan dan UNHCR bagi memudahkan penghantaran balik.

Walau bagaimanapun, sesetengah di antara mereka, seperti Muhammad Syafirullah Salim, 36, tidak mahu pulang.

Penjaga masjid, yang memperoleh pendapatan RM500 sebulan itu telah meninggalkan isteri dan dua orang anak perempuan yang masih kecil untuk mendapatkan pekerjaan yang lebih baik di Malaysia.

Perjalanan bot, yang menelan belanja AS$2,500 (RM8,957), hampir kesemuanya dibiayai oleh ibunya yang menjual tanah.

"Kami miskin. Saya sudah tidak ada wang. Saya tiada apa-apa lagi di sana. Mengapa saya mesti balik ke rumah?" katanya kepada The Straits Times.

Seorang pelarian Rohingya, Sokutara, 24, yang merupakan ibu kepada empat anak lelaki berkata dia akan tinggal di Aceh atau mana-mana sahaja tempat yang selamat.

Dengan bantuan daripada seorang penduduk tempatan yang melawat kem itu, dia bercakap dengan suaminya yang berada di Malaysia melalui telefon.

Sokutara memberitahu The Straits Times: "Saya tidak akan menaiki bot yang bahaya itu lagi. Suami saya menyuruh saya tinggal di mana sahaja tempat selamat, sama ada di Indonesia atau mana-mana negara.

"Dia akan datang untuk tinggal dengan kami."
 
 

JKM cari waris warga emas

Posted: 19 May 2015 04:46 AM PDT


 
 
TUMPAT - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mencari waris kepada seorang warga emas yang ditemui merayau tanpa hala tuju di sekitar daerah ini.

Penolong Pegawai JKM Tumpat, Bahagian Pembangunan Warga Emas dan OKU, Mazilah Othman berkata, ada orang awam menghantar warga emas terbabit ke Balai Polis Chabang Empat selepas menemuinya merayau.

Menurutnya, tiada pengenalan diri padanya dan selepas soal siasat mendapati warga emas ini seorang yang nyanyuk.

"Dia bertutur dalam loghat Kelantan, perbualan dengannya kejap mengatakan tinggal di Kok Lanas, di  Pasir Maslah dan juga di Tanah Merah," katanya.

Mazilah berkata, buat sementara waktu warga emas itu ditempatkan di wad Hospital Tumpat dan pihak JKM berusaha menjejaki keluarganya.

"Pihak JKM juga sudah mengesan alamat kediamannya melalui proses cap jari di Jabatan pendaftaran Negara (JPN), tetapi ia mengambil sedikit masa.

"Waris atau orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai warga emas ini diminta menghubungi pejabat JKM Tumpat di talian 09-7257295," katanya.


Pandikar Amin 'Letak Syarat'

Posted: 19 May 2015 04:25 AM PDT

Oleh: IWAN SHU-ASWAD SHUAIB
 
 
Pandikar Amin akan meletak jawatan jika cadangan yang dikemukakan tidak mendapat perhatian kerajaan.
 
 
 
KUALA LUMPUR: Tan Sri Pandikar Amin Mulia 'meletakkan syarat' kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak jika mahu  beliau terus memegang jawatan sebagai Yang di-Pertua Dewan Rakyat.

Pandikar Amin berkata, beliau telah mengemukakan beberapa cadangan pembaharuan dalam pentadbiran Parlimen sebagai respons kepada pertanyaan perdana menteri mengenai punca mahu meletakkan jawatan itu.

Antaranya berkaitan penambahbaikan dalam pentadbiran Parlimen, infrastruktur dan aspek perundangan.

"Jika masih tiada pembaharuan (berdasarkan cadangan) dalam tempoh 'sederhana' sebelum tempoh penggal Parlimen Ke-13 berakhir, saya tidak teragak-agak untuk meletakkan jawatan sebagai Speaker.

"Ketika itu, kalau perdana menteri tidak terima atau tidak mengumumkan peletakan jawatan saya, saya sendiri akan umumkannya. Tak perlu pihak lain untuk mengumumkan bagi pihak saya," katanya.

Pandikar Amin menjelaskan bahawa keinginan untuk meletakkan jawatannya sebagai Speaker bukan berpunca daripada masalah perabot atau kelengkapan pejabat yang tidak sempurna, sebaliknya atas prinsip memartabatkan institusi Parlimen.

Bagaimanapun Pandikar Amin berkata, dalam tempoh memegang jawatan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, beliau akan terus berjuang untuk menggalas tugas, amanah dan tanggungjawab itu dalam mencorak dan memartabatkan Parlimen di negara ini.

Mengenai pembaharuan, Pandikar Amin mencadangkan supaya ketua pentadbir Parlimen baharu dilantik yang boleh bekerjasama dengan beliau dan cadangan itu telah dipenuhi perdana menteri.

"Untuk menghilangkan persepsi rakyat bahawa institusi Parlimen dan Speaker bertugas atas arahan pihak kerajaan sebagai badan eksekutif yang bertentangan dengan doktrin pengasingan kuasa, maka jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal ehwal Parlimen ditiadakan.

"Jawatankuasa Pilihan Parlimen baharu perlu diwujudkan dan ditambah daripada lima jawatankuasa sedia ada dalam usaha untuk melicinkan lagi proses perbahasan rang undang-undang dan dasar kerajaan lain," katanya pada sidang media di kediaman rasminya di sini, Selasa.

Pada sidang media sama, Pandikar Amin mengakui ada mengemukakan surat peletakan jawatan kepada Najib pada 19 Mac lalu tetapi tidak diterima perdana menteri sebaliknya diminta memberi penjelasan mengenai hasrat itu.

Pandikar Amin berkata, bagi mengelak tuduhan bahawa Parlimen adalah 'rubber stamp' maka perlu diwujudkan 'masa menteri' untuk membolehkan Ahli Parlimen mengajukan soalan kepada pihak menteri berhubung isu semasa iaitu sesi pertanyaan tanpa notis, mungkin sekurang-kurangnya sejam atau dua jam dalam sehari setiap minggu pada sidang dewan.

"Akta Perkhidmatan Parlimen 1963 yang dimansuhkan kerajaan pada 1992 sewaktu pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri perlu diwujudkan semula dan diperbaharui selaras  kehendak dan keperluan semasa.

"Infrastruktur serta kemudahan Parlimen hendaklah dinaik taraf setanding bangunan kerajaan Persekutuan dan Istana Kehakiman di Putrajaya," katanya.

Senarai Kejayaan Kegagalan Najib Razak Sebagai Perdana Menteri Malaysia Keenam! Respon Anda?

Posted: 19 May 2015 04:21 AM PDT




Senarai Kejayaan Kegagalan Najib Razak Sebagai Perdana Menteri Malaysia Keenam! Respon Anda : Sekarang ini adalah waktu yang paling sukar buat Perdana menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak dan isteri Rosmah Mansor. Diharapkan "syurga" sepanjang

masa buat beliau ketika memerintah Malaysia tetapi ranjau sudah mula ditemuinya pada ketika ini.

Nah….hari ini, satu demi satu ahli lembaga pengarah bagi syarikat besar bernama Malaysia termasuklah Tun Dr Mahathir bersama-sama kalangan dan kumpulan yang tidak berpuas hati dengan kepimpinan Datuk Seri Najib Razak sebagai CEO mereka sekarang ini, bangkit dan mahu Najib Razak letak jawatan. Apa pula respon anda?

Kegagalan Najib Razak

 

Senarai Kejayaan Najib Razak Sebagai Perdana Menteri?

BACA SINI : Skim Rumah Pertamaku Dinaikkan Had Maksimum Daripada RM220K kepada RM400K. Patutkah?
  • Kenaikan harga rumah naik tanpa kawalan yang membela nasib rakyat Malaysia. Rumah mampu milik RM400,000 ke bawah sepertimana diumumkan oleh Najib Razak adalah kegagalan yang dilakukannya sehingga diambil kesempatan oleh kapitalis hartanah
  • Masih tidak kelihatan lagi keberanian Najib Razak untuk berhadapan dengan rakyat bagi menerangkan isu semasa yang berlegar di Malaysia. Debat bukan budaya kita hendaknya.
  • Kenaikan hutang kerajaan Malaysia meningkat berkali ganda
BACA SININisbah Hutang Isi Rumah di Malaysia VS Pendapatan Boleh Guna (146%). Singapore, Korea Selatan, US, UK Pun Kalah. Kenaikan Harga Rumah (2007 – 2Q2014) Naik 67%!
  • Kenaikan hutang isi rumah meningkat mendadak
  • Ciri ketegasan yang perlu ada pada seorang bergelar Perdana Menteri bagi sebuah negara yang berdaulat, tetapi tiada pada Najib Razak. Contohnya, Berita Semasa sehingga ke hari ini tertanya-tanya mengapa kita mahu mengadakan projek keretapi laju perlu mendapat persetujuan Perdana Menteri Singapura. Pelik? Mengapa tidak dibuat sahaja sehingga ke Nusajaya sahaja?
  • Skandal 1MDB bernilai RM42 bilion terus menajdi kebimbangan rakyat Malaysia, Tun Mahathir dan juga kalangan pelabur
  • Telah menggunapakai konsultan asing yang menelan kos lebih RM7 bilion
  • Melantik menteri yang dilihat tiada ciri kepimpinan dan dan kepintaran ketika mentadbir kementerian masing-maisng bagi menjaga kepentingan rakyat di bawah. Contohnya? Ahmad Maslan dan Hasan Malek.
  • Lebih suka menabur wang untuk menunjukkan kepada dunia yang rakyat Malaysia, orang kampung menyokong di kaca televisyen setiap kali menyampaikan ucaptama contohnya
  • Kita sudah cukup kakitangan kerajaan dan jabatan kerajaan untuk menguruskan negara, tetapi Najib Razak lebih suka menubuhkan lagi agensi lain untuk mengajikan kakitangan luar dengan gaji yang lebih tinggi
  • Ada lagi yang anda mahu tambah?
Walauabagaimanapun berdasarkan pemerhatian Berita Semasa, Najib Razak tetap ada melakukan beberapa perubahan dan impak kepada negara. Contohnya :
Senarai Kegagalan Najib Razak Sebagai Perdana Menteri?
  • Projek mengurangkan kesesakan lalu lintas yang berimpak besar seperti KVMRT (Klang Valley Mass Rapid Transit)
  • Penempatan setempat agensi-agensi yang yang seringkali rakyat Malaysia berurusan di bawah satu bumbung yang mana dipanggil UTC
  • Berbanding Perdana Menteri Malaysia sebelumnya, tidak dinafikan Najib Razak antara yang kerapkali memberikan tumpuan kepada pembangunan negeri Sabah dan Sarawak.
  • Najib Razak dilihat serius untuk meningkatkan potensi dalam industri ICT di Malaysia sekaligus mampu meningkatkan peratusan KDNK dari sektor perkhidmatan.
  • Pemerhatian anda pula?
Apa pula respon anda disebalik kejayaan dan kegagalan Najib Razak selama memerintah Malaysia selama lebih enam tahun? Anda mahu tambah senaraiannya?


Pas masih 'marah' DAP

Posted: 19 May 2015 04:18 AM PDT

SINAR HARIAN


Abdul Hadi Awang Abdul Hadi Awang
 
 
KUALA LUMPUR - Tanggungjawab dalam perkara berkaitan agama Islam merupakan sebab Pas masih 'marah' dengan DAP, kata Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini.
  
Beliau berkata jika parti itu tidak mempertahankan agama Islam, maka tiada kemanisan iman pada anggota dan pemimpin parti itu.
  
"Bila kita nak mengemukakan usul yang berkait dengan undang-undang jenayah syariah (Hudud) di Kelantan, yang berkait dengan orang Islam sahaja, tidak ada kena mengena (dengan) orang bukan Islam.
  
"Kita sudah mengadakan pertemuan bersama dengan DAP dan (DAP) bersetuju Kelantan ada hak untuk mengemukakannya, DAP hak dia tak bersetuju.
  
"Namun demikian, dia terus membuat kenyataan menghentam Kelantan...ini hak Kelantan, kita dah bersetuju," kata Abdul Hadi ketika menjawab pertanyaan seorang hadirin pada program "Bicara Harakah" di sini.
  
Beliau ditanya mengapa Pas masih marah dengan DAP yang merupakan rakan dalam Pakatan Pembangkang.

Menyentuh perkembangan dalam Pas, Abdul Hadi berkata Pas tidak memerlukan golongan opportunis yang mengambil kesempatan terhadap perbezaan pendapat dalam kalangan pimpinan parti itu.
  
"Kita menangani masalah berdasarkan konsep bahawa perkara dasar seperti Pas nak lari daripada Islam, menjadi sekular, kita tidak berganjak.

  
"Tetapi perkara-perkara cabang, kita akan bermesyurat, kita terima keputusan mesyuarat dan kita tidak berpecah.
  
"Kalau ada yang tidak terima keputusan itu, keluarlah ia dari Pas," katanya. - Bernama


Pelaburan KWAP dalam 1MDB berjumlah RM1.4 bilion

Posted: 19 May 2015 04:15 AM PDT

Najib Tun Razak Najib Tun Razak
 
SINAR HARIAN

 
KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan Kumpulan Wang Amanah Persaraan (KWAP) mempunyai sejumlah RM1.4 bilion pelaburan dalam syarikat pelaburan strategik kerajaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), setakat 31 Mac lepas.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan berkata pelaburan itu dibuat melalui empat anak syarikatnya iaitu Bandar Malaysia Sdn Bhd, IMDB Energy Limited, IMDB Global Investment Limited dan Jimah Energy Ventures Bhd (JEV).

Najib berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada Mohd Rafizi Ramli (PKR-Pandan) yang meminta penjelasan berhubung pelaburan dan pegangan (ekuiti, bon pinjaman dan lain-lain) oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan KWAP dalam 1MDB dan anak-anak syarikatnya (termasuk bekas anak syarikat iaitu SRC International Sdn. Bhd setakat 31 Mac 2015.

[ARTIKEL BERKAITAN: PNB pula penyelamat 1MDB, kata Rafizi]

Dalam jawapan berkenaan, Najib juga menyatakan KWSP telah melanggan bon terbitan 1MDB berjumlah RM200 juta pada tahun 2009 dan ia dijamin sepenuhnya oleh kerajaan.

"Selain itu, KWSP turut mempunyai pendedahan pelaburan terhadap anak-anak syarikat 1MDB iaitu Panglima Power Sdn Bhd (PPSB) dan Jimah Energy Ventures Sdn Bhd yang berjumlah RM1.52 bilion.

"Penglibatan pelaburan KWSP dalam anak-anak syarikat tersebut berlaku pada tahun 2003 (PPSB) dan 2005 (JEV) iaitu sebelum pengambilalihan oleh 1MDB ke atas PPSB dan JEV, masing-masing pada tahun 2012 dan 2014," katanya. - Bernama


Hadi sahkan pertahan jawatan, tak akan berganjak

Posted: 19 May 2015 04:09 AM PDT

Abdul Hadi Awang Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada forum Bicara Harakah di Jalan Pahang, Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Sinar Online oleh NIZAM ZAIN.
 
 
KUALA LUMPUR - Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan mempertahankan jawatannya sebagai Presiden Pas pada pemilihan parti itu yang akan diadakan awal bulan depan.
 
Ahli Parlimen Marang itu berkata, beliau tidak akan sesekali berganjak daripada jawatan itu dan menjadi tanggungjawabnya untuk mempertahannya kerana ahli Pas masih memerlukan beliau untuk menerajui parti Islam itu.
 
"Saya akan pertahankan jawatan Presiden Pas sebab ahli di peringkat akar umbi masih memerlukan saya (memimpin parti)," katanya kepada pemberita selepas forum Bicara Harakah di sini, hari ini.
 
Beliau berkata demikian mengulas kesediaan bekas naib presiden Pas, Ahmad Awang untuk mencabar jawatan tertinggi Pas itu yang mengesahkan pertandingan itu, minggu lalu.
 
Ahmad melayakkan diri untuk bertanding jawatan Presiden Pas selepas dicalonkan oleh Pas Kawasan Bukit Gelugur.
 
[ARTIKEL BERKAITAN: Ahmad Awang sukar untuk menang]
 
Beliau juga disahkan mengalahkan Abdul Hadi dalam pemilihan Pas kawasan Jelebu, Negeri Sembilan.
 
Ahmad mendapat 41 undi, Abdul Hadi 16 undi, manakala Pas kawasan itu sebulat suara mencalonkan Mohamad Sabu sebagai Timbalan Presiden Pas.
 
Pada 21 Mac lalu, Ahmad yang juga bekas pesuruhjaya Pas Perak telah mendapat pencalonan pertama sebagai Presiden Pas dari kawasan Parit Sulung, Johor.
 
Dalam Perlembagaan Pas, untuk bertanding jawatan presiden, seseorang hanya memerlukan pencalonan minimum dua kawasan.
 
Jawatan Presiden Pas tidak pernah dipertandingkan sejak parti itu ditubuhkan pada 1951 dan ini merupakan kali pertama ia dicabar secara demokrasi.
 
 

PR catat rekod, 2 kali wanita sama

Posted: 19 May 2015 04:02 AM PDT

Oleh: NAZLI IBRAHIM


KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat (PR) yakin Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mampu menggalas tanggungjawab sebagai Ketua Pembangkang.

Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin (PAS) berkata, hal itu berikutan pengalaman Dr Wan Azizah yang pernah dilantik sebagai Ketua Pembangkang sebelum ini.
hanipa maidin
"Ini bukan perkara baru bagi beliau. Sebelum ini juga pernah dilantik sebagai Ketua Pembangkang.

"PAS yakin pengalaman beliau akan membantunya menjalankan tanggungjawab yang dipikul nanti," katanya kepada Selangor Kini.

Beliau berkata, ia juga sejarah pencapaian untuk kaum wanita apabila golongan itu diangkat sebagai Ketua Pembangkang buat kali ke-2.

"Perkara seperti ini tidak berlaku dalam Barisan Nasional (BN) tidak kira di peringkat persekutuan atau negeri di bawahnya. Ia termasuk negeri pimpinan pembangkang," katanya.
tony-pua
Sementara itu, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua (DAP) pula berharap kesepaduan PR di peringkat Parlimen semakin kukuh bagi melawan hujah yang dikemukakan BN.

"Kekuatan hujah Ahli Parlimen PR akan menunjukkan kualiti yang dimiliki," katanya.

Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok pula menganggap perlantikan itu sebagai kejayaan yang perlu dibanggakan kaum wanita.

"Tahniah kepada beliau. Sebagai wanita, memang kami sangat bangga dan saya yakin beliau mampu menjalankan tugasnya dengan berkesan terutama dengan sokongan semua Ahli Parlimen PR," katanya.-NFN-


Nyawa 8,000 Rohingya di hujung tanduk, Parlimen kata tak penting

Posted: 19 May 2015 04:00 AM PDT

Oleh: NAZLI IBRAHIM


KUALA LUMPUR: Keputusan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menolak cadangan penangguhan persidangan bagi memberi laluan perbincangan isu pelarian Rohingya amat dikesali.

Hal itu kerana, nyawa kira-kira 8,000 pelarian Rohingya dalam kapal kecil atau perahu di perairan beberapa negara Asia Tenggara termasuk Malaysia berada di hujung tanduk apabila tidak dibenarkan mendarat.

Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr Jeyakumar (PSM) berkata, Parlimen harus membenarkan anggotanya mengemukakan cadangan kepada Kerajaan Persekutuan dalam isu berkenaan.

ROHINGYA-MT-7-622x414"Setiap saat, nyawa mereka semakin terancam. Ahli Parlimen seharusnya boleh membantu kerajaan dalam isu ini tetapi malangnya tidak dibenarkan," katanya pada sidang media di Lobi Parlimen, di sini, hari ini.

Sementara itu, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua (PKR) pula mempertikaikan kesediaan Malaysia membantu Palestin, Nepal dan Bangladesh tetapi enggan membantu pelarian Rohingya.

"Sudah lebih sebulan setengah mereka berada di lautan dengan makanan yang kritikal dan bahaya ombak besar kerana tak dibenarkan mendarat," katanya.

Ahli Parlimen Bukit Katil, Mohd Iskandar Mohd Akin (PKR) pula berkata, Kerajaan Malaysia tidak perlu tunduk kepada ugutan Kerajaan Myanmar.

jeyakumar"Myanmar tak mahu sertai mesyuarat negara Asean kalau Malaysia bantu pelarian mereka. Ini satu ugutan.

"Alasan tak campur tangan masalah negara lain tak boleh pakai sebab ini adalah isu kemanusiaan," katanya.

Terdahulu, Dr Jeyakumar menulis surat kepada pejabat Speaker memohon supaya persidangan ditangguhkan bagi membincangkan isu pelarian Rohingya.

Bagaimanapun, Pandikar menolak permohonan itu dengan alasan ia tidak perlu disegerakan kerana kerajaan sedang mengambil pelbagai usaha yang tidak dinyatakan.-NFN-


Polis kita jadi seperti raja Singapura

Posted: 19 May 2015 03:56 AM PDT



Oleh SUBKY LATIF 


Polis sepatutnya bincang dulu tentang pembelian tanah itu ada unsur skandal dan adakah jenayah dan penipuan. Cari dan tanya dulu pengerusi dan lain-lain pembesar Tabung Haji terutama mereka yang dikatakan adalah pengarah juga kepada 1MDB yang amat bermasalah sekarang.
   
Tidaklah kita hendak mengajar polis tetapi orang lihat polis seperti lebih suka mencari perkara yang senang apabila ia hendak memburu pembocor rahsia sulit dulu.

Mungkin menyiasat karenah pembesar Tabung Haji akan berdepan banyak hantu raya, tetapi memburu pembocor maklumat tak ada apa-apa risiko. Bertindak pun senang.
Dengan kecekapan polis kita, tidak susah mencekup pembocor dokumen dan polis dikira berpuas hati dapat bertindak dan menyelesaikan kes pembocoran itu.
   
Jika ini yang polis lakukan bererti ia mencari kesalahan yang kecil dan tidak mendahulukan pokok segala penyelewengan.
   
Orang boleh kata, tindakan polis yang demikian sama seperti tindakan Raja Singapura semasa dilanggar todak dulu. Kita tidak pasti apakah benar todak pernah melanggar Singapura. Hanya Singapura ada pengalaman itu. Tiada di mana-mana sebelum dan selepas itu ada kejadian itu.
    
Tidak kira cerita itu benar atau sekadar rekaan, tetapi cerita itu bermoral tinggi. Apabila todak menyerang, Raja hanya perintah sekalian berkubukan betis. Todak bukan tuju betis saja. Habis perut, dada, peha dan muka yang bertahan itu jadi sasaran.
   
Raja sepatutnya perintah semua lari ke darat. Todak itu tidak akan kejar mangsa begitu jauh dari pantai. Todak itu logiknya hanya terbang dari laut ke pantai. Apabila jatuh di pantai, ia tidak terdaya melompat dan terbang lagi.
   
Melihat masyarakat Singapura tak berotak itu, bagi mengelak lebih ramai mangsa, seorang kanak-kanak suruh semua cari batang pisang, lalu habis todak itu tersangkut pada batang pisang.
   
Maka selamatlah sekalian daripada serangan todak itu. Tetapi pembesar-pembesar Singapura tidak mengira jasa besar kanak-kanak yang dapat menyelamat jiwa dan rakyat singapura sebagai satu rahmat besar dari Tuhan Seru Sekalian Alam.
  
Kanak-kanak itu sepatut diberi peluang menuntut apa jua ilmu supaya otaknya lebih bergeliga dan kemudian dapat memberi sumbangan besar kepada masyarakat. Mereka tidak beri apa-apa hadiah kepada ibu bapanya tetapi mereka pesona Raja dengan fitnah, jika dibiarkan kanak-kanak pintar ini besar dan dewasa, nanti habis Raja dan pembesar diperdayanya.
   
Raja pun bodoh macam rakyatnya juga bersetuju membunuh kanak-kanak itu supaya dia tidak dapat lagi menggunakan otaknya utuk menyelamatkan rakyat dan Singapura.
  
Pembocor dokumen beli tanah Tabung Haji itu mungkin jahat tetapi dia boleh menyelamatkan harta Tabung Haji daripada sekalian singa lapar. Jika polis terus kejar dia, maka kerja polis itu dikira sama dengan Raja Singapura membunuh kanak-kanak yang menyelamatkan orang jadi mangsa todak.
   
Janganlah polis jadi macam mata-mata Temenggung Melaka dulu, kerjanya memburu orang yang tidak disukai oleh Temenggung.-Harakahdaily

Kabinet Bayangan: Pemimpin Pas berbeza pendapat

Posted: 18 May 2015 10:06 PM PDT

 
Pelantikan Perdana Menteri dan menteri kabinet yang sebenar sekiranya Pakatan Rakyat (PR) menang Putrajaya hanya ditentukan melalui persetujuan semua parti.


khalid,khairuddin,azizah



KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Shah Alam Alam, Khalid Samad bersetuju jika Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menjadi Perdana Menteri.

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat itu bagaimanapun hanya bersetuju jika Wan Azizah dinamakan sebagai Perdana Menteri dalam Kabinet Bayangan.

Khalid berkata, pelantikan Perdana Menteri dan Menteri Kabinet yang sebenar sekiranya Pakatan Rakyat (PR) menang Putrajaya hanya ditentukan melalui persetujuan semua parti.

"Namun soalan siapa yang perlu menjadi Perdana Menteri dalam kabinet sebenar belum timbul lagi, maka tak perlu lagi dijawab kerana suasana pun akan berubah," katanya kepada kepada FMT ketika ditemui di Lobi Parlimen.

Dia menganggap perkara itu bukan perkara sepatutnya untuk dibahas kerana PR belum membentuk kerajaan Pusat.

"Apabila kerusi PR mencukupi, pada ketika itu akan bergantung kepada kedudukan kerusi setiap parti. Ketika itu perbincangan dan perbahasan lebih mendalam akan diperlukan kerana ini bukan lagi Kabinet Bayangan tetapi Kabinet sebenar," tegasnya.

Sementara itu, Ketua Penerangan Dewan Ulamak Pas Pusat, Dr Mohd Khairuddin Aman Razali At-Takiri Pas menolak cadangan Kabinet Bayangan.

Katanya, Pas berpendapat banyak lagu isu tertangguh yang perlu diselesaikan oleh PR berbanding Kabinet Bayangan yang dicadangkan itu.

"Kabinet bayangan yang dicadangkan oleh Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu tidak perlu lagi. Banyak lagi isu tertangguh yang perlu diselesaikan oleh PR disamping hubungan tiga parti yang sedang rapuh," katanya.

Ahli Parlimen Kuala Nerus itu berkata, kewujudan Kabinet Bayangan akan hanya menimbulkan banyak persoalan.

"PR seharusnya menyelesaikan isu tertangguh seperti hudud dan fokus dalam berhadapan dengan UMNO," katanya. .

Wan Azizah dalam sidang media pertama selepas dilantik Ketua Pembangkang berkata, PR akan mewujudkan semula Jawatankuasa Kabinet Bayangan Pakatan Rakyat (PR) dan akan memilih setiap wakil parti untuk memperkukuhkan timbang tara demi memelihara kepentingan rakyat.

Hadi bentang RUU hudud di Parlimen

Posted: 18 May 2015 10:04 PM PDT

 
Presiden Pas telah memfailkan semula notis kepada Parlimen untuk membolehkan RUU Persendirian mengenai hudud dibentang dan dibahas pada sesi Parlimen kali ini.


hadi,dudud



KUALA LUMPUR: Pas akan membentangkan Rang Undang-undang (RUU) Persendirian mengenai hudud di Kelantan pada persidangan Parlimen kali ini.

Perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali At-Takiri kepada FMT.

Ahli Parlimen Kuala Nerus itu berkata, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah menyerahkan semula notis kepada Parlimen untuk membentangkan RUU itu.

RUU mengenai hudud di Kelantan itu sepatutnya dibentang dan dibahaskan dalam Parlimen pada sesi lalu tetapi ditangguhkan kerana tidak cukup masa.

Mengikut Peraturan Parlimen, Hadi perlu memfailkan semula notis 14 hari sebelum dewan bermula untuk membolehkan RUU itu dibahaskan pada sesi Parlimen kali ini.

Pendirian tegas Pas untuk membentangkan RUU mengenai hudud di Kelantan telah menghangatkan lagi perselisihan pendapat antara parti dalam Pakatan Rakyat (PR).

UMNO perlu bimbang Tun M tidak lagi sokong Najib

Posted: 18 May 2015 10:01 PM PDT

 
Penarikan sokongan oleh bekas Perdana Menteri itu membuka ruang kepada musuh kerana ia menggambarkan kekuatan dan kelemahan yang sedang dihadapi UMNO.


najib_mahathir_umno_600



PETALING JAYA: Pemimpin dan ahli UMNO perlu merasa bimbang dengan penarikan sokongan Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap kepemimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Nasihat itu diberikan oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, yang mengaku beliau juga bimbang dengan persengketaan antara Dr Mahathir dan Najib.

Beliau berkata, penarikan sokongan oleh bekas Perdana Menteri itu membuka ruang kepada musuh kerana ia menggambarkan kekuatan dan kelemahan yang sedang dihadapi UMNO.

"Saya beranggapan apa yang penting kepada kita bagaimana kita menyelesaikan masalah ini
(persengketaan). Ini yang saya tekankan dari awal," katanya pada sidang media selepas 'Sof Launch' Anugerah Ilham Desa di Sri Pentas TV3 pada Selasa.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu berkata, persoalan yang dibangkitkan oleh bekas Perdana Menteri itu perlu diperjelaskan oleh Najib dan UMNO.

"Satu penyelesaian yang dibangkitkan oleh Tun Mahathir perlu kita jelaskan. Kita perlu ambil langkah-langkah (supaya tidak kelihatan) parti itu berpecah dan boleh menjejaskan perjuangan," katanya.

Dalam pada itu, mengulas mengenai dakwaan Dr Mahathir bahawa Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang memalukannya, Shafie berkata'

"I dont want to response. Itu dia punya hal. Kita kena hormati dia bekas pemimpin. Between him and Pandikar (Amin)," katanya.

MB: Tolak isu agama, ASEAN perlu tubuh misi kemanusiaan Rohingya

Posted: 18 May 2015 09:52 PM PDT

Oleh: SYASYA SUFIAN


SHAH ALAM, 18 MEI: Dato' Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan anggota ASEAN mengambil inisiatif atas dasar kemanusiaan terhadap pelarian etnik Islam Rohingya.

Beliau berkata, semua pihak perlu menolak isu berlainan bangsa atau saling menyalahkan dan memberi tumpuan kepada tugas menyelamatkan beribu etnik Islam Rohingya yang memerlukan bantuan.

ROHINGYA-MT-7-622x414

"Kita perlu memikirkan penyelesaian strategik untuk jangkamasa panjang melibatkan keperluan makanan, perubatan dan tempat tinggal.

"Ini masa sesuai untuk semua organiasai masyarakat serantau berganding bahu dengan negara ASEAN dalam misi kemanusiaan menyelamatkan etnik Islam Rohingya yang ditindas," katanya.

Mohamed Azmin berkata, Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN perlu segera mengadakan mesyuarat bersama Menteri Luar ASEAN (AFMM) untuk membincangkan isu itu.

"Antara isu kritikal adalah penempatan semula, penghantaran balik dan keselamatan yang perlu diberikan keutamaan.

MB Azmin

"Tidak dinafikan, Malaysia dan Indonesia akan menanggung beban percambahan kem pelarian. Brunei dan Singapura juga perlu memainkan peranan penting ke arah penyelesaian jangkamasa panjang," katanya.

Pada masa sama, Mohamad Azmin juga mengecam keputusan badan kehakiman Mesir ke atas bekas presidennya, Mohamed Morsi yang dijatuhkan hukuman mati.

"Keputusan itu tidak wajar dan percubaan yang gagal termasuk melanggar setiap proses serta kaedah keterangan. Ia juga ibarat melenyapkan sistem demokrasi dan keadilan sejak rampasan kuasa berlaku oleh tentera dan tangan ghaib di rantau ini," katanya.-NFN-


PAC mula prosiding siasat 1MDB

Posted: 18 May 2015 09:49 PM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic

 
 
KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memulakan prosiding siasatan syarikat 1Malaysia Development Bhd (1MDB) di sini hari ini.
 
Prosiding bermula 11.50 pagi itu memanggil Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Irwan Serigar Abdullah dan Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi (EPU) Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Rahmat Bivi Abdullah.
 
Semua 13 anggota PAC hadir dalam prosiding siasatan berkenaan.
 
 

Shamsubahrin dihukum penjara, disebat

Posted: 18 May 2015 09:42 PM PDT

MALAYSIAKINI


Ahli perniagaan Shamsubahrin Ismail dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan empat sebatan oleh Mahkamah Sesyen semalam selepas didapati bersalah terhadap lima pertuduhan menipu Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp) Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail melibatkan RM1.75 juta dan 17 pertuduhan pengubahan wang haram.

Hakim Rozilah Salleh menjatuhi hukuman penjara antara lima dan lapan tahun serta empat sebatan terhadap Shamsubahrin, 49, bagi lima pertuduhan menipu manakala penjara antara enam bulan dan lima tahun bagi 17 pertuduhan pengubahahan wang haram mengikut Akta Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan (AMLATFA).

Dengan itu, Shamsubahrin hanya perlu menjalani hukuman penjara lapan tahun selepas mahkamah memerintahkan dia menjalani hukuman penjara itu secara serentak bermula semalam.

Rozilah juga memerintahkan tertuduh membayar penalti RM611,895.94 bagi kesalahan di bawah AMLATFA iaitu sejumlah harta yang dilesapkannya.

Katanya, penalti itu yang berkuat kuasa semalam perlu dijelaskan dalam tempoh tiga bulan dan jika gagal bayar tertuduh perlu menjalani hukuman penjara empat tahun.

Bagaimanapun Rozilah membenarkan permohonan peguam Hasnal Rezua Merican untuk penangguhan pelaksanaan hukuman penjara sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi dan menaikkan wang jaminan daripada RM300,000 kepada RM350,000 dengan seorang penjamin.

Dalam prosiding semalam, Shamsubahrin yang berjubah putih, ditemani isteri dan anggota keluarga, kelihatan tenang sebaik hukuman terhadapnya dijatuhkan.

Rozilah dalam penghakimannya, berkata mahkamah berpuas hati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes terhadap tertuduh pada akhir kes pembelaan.

Beliau berkata mahkamah sependapat dengan pihak pendakwaan bahawa hujahan pembelaan hanya mengenai kesan terhadap pindaan pertuduhan dan tidak menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

"Hujahan pembelaan hanya membangkitkan isu pindaan dan tidak menyentuh mengenai pengakuan tertuduh yang mereka-reka cerita tentang khidmat pesanan ringkas (SMS) sehingga mendorong mangsa menyerahkan empat keping cek," katanya.

Bagi pertuduhan mengikut AMLATFA pula, Rozilah berkata tertuduh tidak mencabar keterangan yang beliau mendeposit, mengeluarkan, memindah wang seperti pertuduhan.

"Saya percaya ia transaksi hasil daripada penipuan. Mahkamah tidak terima penjelasan tertuduh. Ia berjaya dibuktikan melampaui keraguan munasabah," katanya.

Rozilah turut berkata tertuduh sengaja mengambil kesempatan terhadap keadaan Mohamad Salleh (saksi pendakwaan ke-42) yang ketika itu diserang melalui laporan media dan parti pembangkang berhubung isu pengurusan NFCorp.

Terdahulu ketika rayuan meringankan hukuman, peguam Datuk Kamarul Hisham Kamaruddin memaklumkan anak guamnya seorang yang inovatif dan telah memberi sumbangan kepada masyarakat antaranya meningkatkan kualti perkhidmatan teksi di Suria KLCC.

Timbalan Ketua Bahagian Pendakwaan (Polisi) Jabatan Peguam Negara Datuk Abdul Razak Musa berkata kesalahan tertuduh adalah serius membabitkan jumlah wang yang besar dan memohon hukuman maksimum dikenakan terhadap tertuduh.

Pada 30 Disember 2011, Shamsubahrin didakwa terhadap lima pertuduhan menipu Mohamad Salleh membabitkan RM1.75 juta dan pada 18 Jun 2012 dia didakwa terhadap 17 pertuduhan melibatkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram.
  
Dia didakwa menipu iaitu menjanjikan suatu perkhidmatan rundingan dan nasihat dengan menyatakan dia disuruh oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk membantu Mohamad Salleh dan menawarkan untuk menjalankan kerja-kerja konsultan bernilai RM2.75 juta sehingga mendorong Mohamad Salleh bersetuju membayar wang perkhidmatan kepadanya. - Bernama 


 

PM 'sedih' kena GST bising, dapat BR1M senyap

Posted: 18 May 2015 09:40 PM PDT

MALAYSIAKINI


Perdana Menteri, 


Datuk Seri Najib Tun Razak "sedih" dengan orang ramai yang 'bising' apabila dikenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) namun 'senyap' selepas menerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) sebanyak RM300.

"Kita harus memahami bukan hasrat kerajaan mahu susahkan rakyat, kita perkenalkan GST dengan menambahkan BR1M umpamanya sebanyak RM300, malangnya bila dah dapat duit banyak yang senyap.

"Sebaliknya kalau barang naik sikit, timbul rungutan. Kita dah sedar ada sedikit sebanyak kenaikan harga tetapi ada timbal balasnya yang diberikan kerajaan melalui kenaikan BR1M, pengurangan cukai pendapatan satu hingga tiga peratus, pengurangan cukai korporat dan sebagainya," katanya.

Najib berkata demikian dalam perhimpunan bulanan Kementerian Kewangan di Putrajaya pagi ini.

Perhimpunan bulanan itu turut di hadiri Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan; Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah; Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah dan kakitangan kementerian itu.


Najib turut mengakui menerima rungutan mengenai GST dari rakyat dan pantauan perlu diambil bagi menangani masalah itu.
 
"Untuk mengetahui rungutan mereka (rakyat) itu ada asas ataupun disebabkan pihak-pihak tertentu mengambil kesempatan.
 
"Umpamanya kalau dulu sesuatu barangan itu dikenakan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) tapi bila SST dimansuhkan diganti dengan GST sepatutnya mereka (penjual) kurangkan harga dan tambah enam peratus tetapi mereka telah kekalkan harga dan tambah enam peratus," katanya.
 
Jelasnya lagi, beliau meminta pihak berkuasa memantau kes seperti ini dan menghadapkan mereka yang bersalah ke muka pengadilan dengan kadar segera.

Masih ramai kurang puas hati 13 jawapan Najib

Posted: 18 May 2015 05:56 PM PDT


SHAH ALAM –Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib‎ Tun Razak yang menyenaraikan jawapan bagi isu dan tuduhan terhadap beliau serta kerajaan kelmarin mungkin masih tidak menyenangkan hati semua pihak termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Penganalisis politik dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, meskipun ia tidak memuaskan hati semua orang namun setidaknya tindakan Najib itu dipuji.

"Apabila banyak persoalan yang ditanya oleh Tun Mahathir dan pembangkang Datuk Seri Najib memang tak boleh senyap. Sebab lagi beliau senyap, lagi banyak spekulasi yang timbul.

"Jadi, saya rasa kena dah cara dia menjawab walaupun melalui blog. Cuma, mungkin jawapannya itu ramai yang tak puas hati...Tun Mahathir tak puas hati. Ini dilema politik yang dihadapi oleh beliau. Apa saja kenyataan yang dikeluarkannya mungkin tak semua orang puas hati," katanya kepada Sinar Online.

Najib menyenaraikan 13 isu termasuk kes Altantuya, 1MDB, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), pesawat kerajaan dan Pilihan raya Umum ke-14 (PRU14) melalui blognya pada Ahad.

Sementara, seorang lagi penganalisis politik, Dr Mohammad Fuad Othman berkata, Najib dan Dr Mahathir sepatutnya menyelesaikan segala pertikaian melalui pertemuan empat mata bukan melalui media.

"Saya kira apa yang PM perlu buat adalah jumpa bertentang mata dengan Tun Mahathir. Sepatutnya, benda begini diselesaikan bukan di khalayak ramai.

"Oleh sebab kedua-duanya orang besar, jadi, saya kira kita perlu cari jalan supaya kedua pihak ini dapat duduk bersama mungkin perlukan orang ketiga atau orang tengah supaya masalah-masalah yang telah ditimbulkan Tun Mahathir ini boleh dibincang dengan lebih telus dan tuntas oleh keduanya.

"Daripada Tun Mahathir menyerang PM di tengah-tengah orang kemudian PM jawab balik (melalui blog), nampak tak begitu comel, tak begitu cantik. Jadi, selesaikan isu-isu berbangkit itu bukan di khalayak ramai tapi melalui saluran yang lebih sesuai," katanya.

Semalam, Dr Mahathir berkata, pada penjelasan panjang lebar kali ini pun, Najib masih tidak menjawab semua isu yang dinyatakan.


Buka pekung sendiri jejaskan imej Umno

Posted: 18 May 2015 05:54 PM PDT

Nur Jazlan Mohamed
 
 
SHAH ALAM - Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendedahkan sejarah hitam Umno ketika zaman pemerintahan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 1987 hanya akan menjejaskan imej parti itu sendiri.

Ahli Parlimen Pulai, yang juga Ketua Umno Bahagian Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, pendedahan itu juga tidak membantu menyelesaikan persoalan yang ditimbulkan Dr Mahathir.

"Perbuatan membuka sejarah dan pekung di dada ini hanya akan menjejaskan (imej) Umno.

"Sebaliknya Najib perlu menjawab setiap soalan yang dibangkitkan Dr Mahathir, kerana kesungguhan bekas perdana menteri itu akan menimbulkan keraguan dan tanda tanya dalam kalangan segelintir rakyat," katanya.

Nur Jazlan, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berkata, siasatan PAC terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) diharap dapat membantu menjawab persoalan Dr Mahathir.

Ahad lalu, Najib, ketika berucap pada Majlis Sepetang Bersama Perdana Menteri berkata, pada 1987 Dr Mahathir dicabar bagi jawatan Presiden Umno dan beliau masih mahu terus memimpin walaupun menang tipis.

Piala FA: Keputusan pengadil 100% tepat

Posted: 18 May 2015 05:49 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Keputusan pengadil membatalkan jaringan Ahmad Nordin Alias pada minit ke-89 ketika aksi separuh akhir kedua Piala FA antara Terengganu dan Lions XII di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu pada Sabtu lepas adalah seratus peratus tepat.

Pengerusi Jawatankuasa Pengadil Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Goh Ah Chai menjelaskan bahawa berdasarkan Laporan Penilaian Pengadil dan analisa video, jelas menunjukkan pemain Terengganu itu berada pada kedudukan ofsaid dan hanya seorang pemain pertahanan Lions XII, Nazrul Nazari berada di belakangnya.

"Undang-undang bola sepak tidak menyebut bahawa penjaga gol mestilah menjadi pemain pertahanan terakhir dan ini bermaksud, mana-mana pemain pasukan lawan boleh menjadi pemain terakhir dan pemain kedua terakhir.

"Selain itu, pengadil perlawanan, Amirul Izwan Yaacob juga telah membatalkan gol tersebut selepas mendapat bantuan daripada penolong pengadil, Azman Ismail," katanya kepada pemberita di Wisma FAM, di Petaling Jaya semalam.

Sementara itu, Instruktur Pengadil FIFA C Ravichandran berkata situasi yang sama pernah berlaku pada pembukaan Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan, apabila pengadil perlawanan membatalkan jaringan Mexico ketika menentang pasukan tuan rumah.

Keputusan pengadil membatalkan jaringan keempat skuad 'Penyu' menyebabkan pasukan itu tersingkir di peringkat separuh akhir Piala FA apabila Lions XII mara ke final dengan kelebihan jaringan di tempat lawan, selepas keputusan agregat terikat 4-4.

Pada aksi di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin itu, skuad kendalian Abdul Rahman Ibrahim mencatat kemenangan 3-2, selepas tewas 1-2 kepada pasukan dari seberang tambak pada aksi separuh akhir pertama.

Keputusan itu menyebabkan hampir 15,000 penyokong bertindak liar dengan membakar harta benda serta sebuah ambulans serta merosakkan beberapa kemudahan di dalam dan luar perkarangan stadium, mengakibatkan anggaran kerugian kira-kira RM150,000.

Goh berkata keputusan pengadil pada perlawanan itu harus diberi pujian kerana situasi tersebut jarang berlaku dalam perlawanan bola sepak dan hanya terjadi dalam satu dari 1,000 perlawanan. - Bernama


 

Ahmad: Jabatan AG perlu utamakan kes GST

Posted: 18 May 2015 05:47 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Jabatan Peguam Negara perlu memberi keutamaan kepada kes membabitkan cukai barang dan perkhidmatan (GST), kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan.

Beliau berkata ia bagi memastikan segala kes atau kertas siasatan berhubung GST dapat disegerakan pendakwaannya di mahkamah.

"Dengan ini baru kita dapat meyakinkan rakyat, yang sebenarnya kerajaan mahu melihat peniaga tidak beretika ini dikenakan tindakan," katanya kepada Bernama selepas hadir memberi penerangan GST, bajet dan isu-isu semasa anjuran MIC Pusat, di Brinchang, dekat Cameron Highlands semalam.

Beliau berkata sehingga semalam, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan memaklumkan bahawa sebanyak 815 kertas siasatan dibuka di seluruh negara, termasuk 44 kes yang sudah siap untuk dibawa ke mahkamah.

Selain itu, Ahmad berkata pengeluar pelbagai produk barangan disaran untuk mengumumkan penurunan harga sepertimana dilakukan pengeluar kereta, berikutan pelaksanaan GST sejak 1 April lepas.

Beliau berkata pengeluar produk tidak boleh memberi alasan lagi dan mengambil kesempatan terhadap rakyat kononnya tidak tahu berhubung perkara itu kerana pihaknya telah lama mengeluarkan senarai barang tidak dikenakan GST.

"Pengeluar produk yang ada di Twitter @Ahmad Maslan perlu mengumumkan penurunan, yang dulu 10 peratus SST (cukai jualan dan perkhidmatan) turun kepada enam peratus iaitu menggantikan GST," katanya.

Beliau berkata pihaknya juga tidak teragak-agak untuk mengenakan tindakan lebih tegas kepada pengeluar mahupun peniaga yang mengenakan harga tidak berpatutan.

"Bulan pertama sebenarnya kita sedang memujuk, itu sebab kita malas nak masuk mahkamah, bulan kedua kita bawa kes mereka ke mahkamah. Bulan ketiga mungkin lagi ganas, kita tangkap dan mendakwa di mahkamah.

"Saya nasihatkan kepada pengeluar jadilah peniaga beretika dan jadi pengeluar, pembuat dan pengilang beretika sebagaimana pengeluar kereta yang mengumumkan kepada umum," katanya.

Sementara itu, mengulas sikap segelintir rakyat yang masih memberi respons negatif berhubung GST, Ahmad berkata proses pemahaman dan memujuk itu merupakan satu proses jangka panjang.

"Kita tidak boleh beri pemahaman kepada semua orang dalam satu masa. Kenapa kita susah nak fahamkan rakyat tentang GST kerana dari segi psikologi, tidak ada orang suka bayar cukai?

"Itu sebab kita menghadapi masalah dari segi penjelasan kerana minda mereka sudah disekat tidak suka bayar cukai, tetapi apabila kita beritahu cukai itu dari segi ini dan dari segi itu turun, akhirnya akan membuka minda mereka," katanya.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan bahawa pembangkang dan peniaga yang berfikiran pembangkang merupakan salah satu cabaran kepada pelaksanaan GST.

"Tak kira parti apa lah, tapi kadang-kala mereka tidak pasti pun tapi, fikiran mereka sentiasa membangkang.

"Itu juga satu cabaran kepada kami tapi akhirnya pengguna yang menggunakan kuasa 3M iaitu memilih, memboikot dan melapor akan mendisiplinkan mereka," katanya.- Bernama


 

Dua maut dipanah petir ketika tunggu anak

Posted: 18 May 2015 05:46 PM PDT

MALAYSIAKINI


Dua bapa murid maut manakala seorang murid berada dalam keadaan kritikal akibat dipanah petir ketika mereka berteduh di perhentian bas di Parit Kajan Sri Medan, Batu Pahat tengah hari semalam.

Yang meninggal dikenali sebagai Huda Janif @ Haji Abdullah Omar, 35, dan Norazwan Juwari, 41, yang ketika itu sedang menunggu anak-anak masing-masing keluar dari sekolah.

Siti Nur Aina Hairi, 9, yang sedang menunggu bapanya dilapor krtikal dan dirawat di Hospital Sultanah Nora Ismail.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata kejadian pukul 12.45 tengah hari itu berlaku di hadapan Sekolah Kebangsaan Permatang Rengas Karjan, Sri Medan.

Beliau berkata kedua-dua bapa murid itu meninggal di tempat kejadian kerana kecederaan dalaman badan dan melecur.

Sementara Siti Nur Aina dilapor cedera pada kepala dengan kesan terbakar di rambut serta kerosakan pada paru-paru. - Bernama


 

Hari-hari terakhir seorang perdana menteri

Posted: 18 May 2015 05:40 PM PDT



Oleh ZULKIFLI YAHAYA 


LEPAS satu isu, muncul lagi isu yang lain. Deretan isu yang mendedahkan kepincangan pentadbiran kerajaan BN pimpinan Dato' Seri Mohd Najib Abdul Razak benar-benar merimaskan rakyat. Isu yang berkaitan dengan dakwaan penyelewengan 1MDB yang melibatkan "kehilangan" RM42 bilion, sekalipun besar jumlahnya namun tidak menyebabkan semua rakyat jadi marah.

Di samping ramai yang tidak berminat dengan angka yang besarbesar, sebahagian rakyat tidak merasai bahawa duit itu keluar dari poket mereka.

Berbeza dengan isu terbaru melibatkan Tabung Haji. Tabung yang diamanahkan untuk menjaga wang umat Islam yang menyimpan untuk tujuan menunaikan rukun Islam kelima tiba-tiba dirobekkan untuk agenda menyelamatkan 1MDB yang dirundung pelbagai masalah. Tabung Haji dilaporkan membeli tanah seluas satu setengah ekar dari 1MDB dengan nilai RM188.5 juta. Tanah tersebut yang keseluruhannya seluas 70 ekar dibeli dari Tun Razak Exchange (TRX) dengan harga RM194.1 juta, bermakna untuk satu setengah ekar harganya cuma sekitar RM4.0 juta.

Untung besarlah 1MDB, modal cuma RM4 juta tetapi jual pada 1MDB RM188.5 juta – dapat bersih RM184.5 juta? Mengapa Tabung Haji sanggup beli dengan harga tersebut? Kata pepatah Inggeris, orang bijak berfikiran sama. Maka sebahagian besar rakyat Malaysia yang bijak-bijak bersetuju bahawa urusan jual beli antara 1MDB dengan Tabung Haji hanyalah seb-agai prosedur untuk menghalalkan pengalihan duit dari Tabung Haji kepada 1MDB yang sudah nazak.

Ramai melihat Tabung Haji dipaksa untuk menyelamat (bailout) 1MDB yang sedang bermasalah. 1MDB dan Tabung Haji, kedua-duanya di bawah naungan perdana menteri.

Perkara besar yang menyentuh sensitiviti umat Islam ialah wang yang disalahgunakan itu adalah caruman dari bakal haji. Tabung Haji ditubuhkan pada 1969 antaranya bertujuan, membolehkan umat Islam menyimpan secara beransuransur bagi memenuhi perbelanjaan menunaikan fardhu haji atau lainlain perbelanjaan bermanfaat.

Zaman dahulu tidak ramai umat Islam di negara ini yang berada. Harta bernilai yang ada cuma tanah.
Mereka menjual tanah untuk ke Makkah. Banyak tanah orang Melayu berpindah milik kepada bukan Islam melaluinya. Menunaikan haji adalah kewajipan tetapi jika kerananya umat Islam hilang hak, maka hal ini perlu dibetulkan.

Profesor Diraja Ungku Aziz antara pemikir yang mengambil inisiatif membetulkan keadaan.
Beliau membuat kertas kerja bertajuk Rancangan Membaiki Ekonomi Bakal-Bakal Haji pada tahun 1959 yang membawa kepada Perbadanan Wang Simpanan Bakal- Bakal Haji ditubuhkan pada bulan November tahun 1962, dan mula beroperasi pada 30 September tahun 1963.

Hasil kesedaran yang ditanam, ramai yang menabung sejak usia muda di Tabung Haji. Kadangkala mengambil masa puluhan tahun baru cukup untuk ke tanah suci. Mereka bekerja keras membanting tulang untuk menabung sedikit demi sedikit. Malangnya pihak yang menjaga tabung tidak amanah.
Harapkan pegar, pegar makan padi. Hikmah berlakunya kegawatan di Tabung Haji ini ialah orang Melayu, khususnya masyarakat bahawan mula pandai marah terhadap kerajaan.

Duit yang berkaitan dengan amal ibadat memang akan mencetuskan rasa sensitif yang tinggi dalam kalangan umat Islam jika disalahgunakan. Banyak terdapat kisah pencuri tabung masjid yang dibelasah oleh orang ramai. Tukang belasah kadang kala jarang pijak masjid pun untuk berjemaah tetapi marah bila duit masjid dicuri.

Isu Tabung Haji akan terus dimainkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad untuk melakukan serangan bersiri terhadap Najib yang bertanggungjawab menaungi Tabung Haji dan 1MDB. "Inikah cara Tabung Haji mengguna duit orang ramai yang diamanahkan kepadanya. Pencarum berharap duit yang disimpan dengan Tabung Haji diurus untuk kebaikan mereka tetapi wang ini diguna untuk menyelamatkan 1MDB yang telah hilangkan berbilion ringgit," ujar Tun yang sebelum ini keras mendesak najib melepaskan jawatan.

Isu Tabung Haji membangkitkan kemarahan sebahagian besar umat Islam di Malaysia. Mujur ia muncul selepas Pilihan Raya Kecil Rompin yang BN hilang separuh majoriti berbanding Pilihan Raya Umum ke-13. Jika tidak, kesan ditanggung BN lagi teruk.

Isu ini juga mampu menurunkan Najib dari persada kuasa. Maka ramailah yang mula berpaling tadah dari beliau dan mula berpayung pada pemimpin alternatif dari Umno. Najib menyedari hal tersebut, namun sebagai pejuang politik tidak mungkin beliau menyerah dengan mudah.

Setelah hilang sokongan di Semenanjung, Najib bergegas ke Sabah mengumpul kekuatan. Di Sabah buat pertama kali juga, Najib membalas serangan Tun secara terbuka. "Takkan suara seorang (Tun) boleh mengatasi suara rakyat yang memberi mandat kepada kita. Saya nak kata kepada semua bahawa saya takkan tunduk kepada mana-mana tekanan… saya cuma tunduk kepada ahli parti dan rakyat," tegas Najib bagi menjawab desakan Tun supaya melepaskan jawatan.

Dalam Umno ramai pemimpin di atas berharap Najib berundur kerana masing-masing punyai peluang untuk "kenaikan pangkat."

Tidak kurang yang mengidamkan jawatan perdana menteri.

Pemimpin biasa Umno pula mencongak siapa bakal perdana menteri untuk mula didampingi. Begitulah sifatnya parti yang dihuni para oportunis.

Mengikut kitaran masa, perang besar akan berlaku dalam Umno dan parti tua itu bakal hancur dalam masa terdekat. Sejauh mana Pakatan Rakyat mahu mengambil peluang?

Tiada ulasan: