Jumaat, 15 Mei 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Kenapa Najib Semakin Tak Ceria?

Posted: 15 May 2015 06:56 AM PDT

shahbudindotcom


Beberapa rakan menyampaikan perkhabaran bahawa Perdana Menteri, Najib Razak seperti tidak ceria lagi sejak kebelakangan ini. Wajahnya dikatakan nampak kusut, keruh dan seolah-olah tidak gembira seperti selalunya.

Pada majlis makan malam bersama media semalam, Najib dilihat jelas tidak gembira sedangkan di keraian seumpama itu beliau sepatutnya berwajah ceria kerana semua penyokong dan pengampunya berkumpul sebagai tanda setia dan ingin terus bersamanya.

Tetapi ramai yang menyampaikan berita di majlis itu Najib tidak segembira seperti biasa.

Begitu juga pada sebelah siangnya, ketika melancarkan Institut Wasatiyah di Putrajaya,  Najib turut dikesan tidak mempamerkan wajah ceria dan gembiranya.

Ada tetamu yang biasa bersama dan berbual dengannya sebelum ini jelas dapat merasakan ada perubahan pada wajah dan air muka Najib di majlis itu. Walaupun beliau cuba melayan dan berbual dengan tetamu sebagaimana biasa, namun kelainan pada wajahnya tidak dapat disembunyikan.

Beberapa tetamu kemudian berbual sesama sendiri dan meluahkan kehairanan dengan perubahan pada Perdana Menteri sejak kebelakangan ini.

Ada juga yang melihat Najib sekarang ini turut kelihatan agak cengkung, sedikit kurus dan seolah-olah sudah hilang semangat.

Kenapakah semua ini terjadi? Apakah yang merunsing dan membebankan Najib sebenarnya?

Adakah ia berkaitan 1MDB yang tidak habis-habis terdedah kepada umum mengenai caca-marbanya? Apakah beliau kini sudah mulai bosan dengan masalah yang timbul dalam syarikat itu yang dikaitkan dengan Jho Low dan ahli keluarganya tetapi beliau yang terpaksa menanggung bebannya?

Adakah kerunsingan dan wajah tidak ceria itu kerana sedang menunggu apakah lagi serangan dan kritikan daripada Tun Mahathir kepadanya selepas ini?

Tetapi jika beban serangan Tun Mahathir yang dirunsing dan dirisaukannya, bukankah beliau sudah berikrar tidak akan menyerah dan akan terus melawan?

Lebih dari itu, bukankah baru-baru ini juga Najib sudah turun ke Tawau dengan disambut meriah kira-kira 40 ribu akar umbi keturunannya kerana di daerah itulah sebetulnya warga Bugis paling ramai menetap di negara ini?

Tidakkah sepatutnya, selepas bertemu dengan mereka yang sejenis darah dengannya dan kemudian menyatakan tidak akan menyerah serta akan terus melawan bagi mengekalkan jawatannya, Najib seharusnya berwajah lebih ceria kerana sudah mendapat sokongan moral yang sangat bermakna?

Apakah keceriaan yang sudah hilang itu kerana Najib semakin menyedari hayat politiknya semakin pendek berikutan serangan berterusan daripada Tun Mahathir ini bukan saja membuatkan rakyat semakin menjauhinya, bahkan sudah ada pemimpin UMNO sendiri yang goyang pendiriannya?

Apakah juga Najib kini semakin menginsafi bahawa kerana karenah sesetengah ahli keluarganya dan isu 1MDB yang terus berlarutan ini turut membuatkan hubungannnya mulai renggang dengan adik-beradiknya sendiri?

Akhirnya, mungkinkah keceriaan yang hilang ini merupakan tanda-tanda Najib semakin tak tertanggung dengan beban yang dipikulnya sekarang dan bakal membuat pilihan tidak lama lagi kerana sedar mengharapkan Tun Mahathir berhenti daripada menyerang dan mengkritiknya adalah mustahil sama sekali? 
 

Dua wajah Najib di malam bersama media yang jelas tergambar tiada lagi gembira dan ceria...

Mungkinkah ini yang membuatkan Najib tergangggu dan tidak ceria?

Hakim tarik diri kes Bafia Rafizi kerana pertalian saudara dengan pengerusi NFC

Posted: 15 May 2015 06:53 AM PDT

OLEH YASMIN RAMLAN


Hakim Mahkamah Sesyen Rozina Ayob berkata, beliau memilih untuk menarik diri kerana Pengerusi Pusat Fidlot Nasional (NFC) Datuk Seri Dr Mohammad Salleh Ismail merupakan salah seorang saksi utama kes tersebut dan bagi mengelakkan salah faham. – Gambar fail The Malaysian Insider, 15 Mei, 2015.Hakim Mahkamah Sesyen Rozina Ayob berkata, beliau memilih untuk menarik diri kerana Pengerusi Pusat Fidlot Nasional (NFC) Datuk Seri Dr Mohammad Salleh Ismail merupakan salah seorang saksi utama kes tersebut dan bagi mengelakkan salah faham. – Gambar fail The Malaysian Insider



Hakim Mahkamah Sesyen Rozina Ayob hari ini menarik diri daripada mendengar kes yang membabitkan Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli di bawah Akta Bank dan Institusi Kewangan (Bafia) kerana beliau mempunyai pertalian persaudaraan dengan Datuk Seri Dr Mohammad Salleh Ismail.

Sebelum ini, Salleh yang merupakan pengerusi Pusat Fidlot Nasional (NFC) menggesa Rozina agar menarik diri atas alasan hakim tersebut mempunyai pertalian keluarga dengan Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad.

Rozina berkata, beliau memilih untuk menarik diri kerana Salleh merupakan salah seorang saksi utama kes tersebut dan bagi mengelakkan salah faham.


"Saya rasa lebih baik sekiranya saya menarik diri daripada kes ini untuk mengelakkan salah faham. Lebih baik ia dilakukan sekarang.

 "Saya rasa saya boleh menjalankan tugas ini dengan adil tetapi memandangkan terdapat (salah seorang) saksi utama yang mempunyai talian persaudaraan dengan ayah saya, saya rasa lebih baik saya menarik diri," katanya.

Difahamkan, Salleh tidak mengetahui dirinya mempunyai pertalian saudara dengan Rozina.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Mohd Haziq Dhiyauddin Razali yang mewakili Bank Negara Malaysia dan peguam Rafizi, N Surendran mengatakan mereka tidak ada sebarang halangan untuk Rozina meneruskan pendengaran tersebut.

Pendengaran semula kes tersebut akan dilakukan pada 22 Mei ini dan hakim pengganti akan dimaklumkan secara bertulis esok.

Pada 5 Mei lalu, Salleh Menggesa Rozina untuk menarik diri daripada mendengar kes membabitkan Rafizi di bawah kes Bafia kerana kaitan kekeluargaan dengan Nik Nazmi.

Salleh berkata, Rozina pernah menarik diri daripada mendengar kes Nik Nazmi yang didakwa mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012 selepas dimaklumkan bapanya yang mereka mempunyai talian persaudaraan.

Katanya,dalam PKR, Nik Nazmi yang juga pengarah komunikasi parti itu, melapor kepada Rafizi yang juga setiausaha agung PKR.

"Disebabkan ini, peguam negara dan timbalan pendakwa raya yang mengendalikan kes Bafia Rafizi perlu dimaklumkan untuk memfailkan penarikan diri kerana berlakunya konflik kepentingan dan ketidakadilan.

"Peguam saya menasihatkan, walau apa jua keputusan yang dibuat hakim Rozina di penghujung kes, seluruh integriti perbicaraan itu akan dipertikaikan, terutamanya hubungan keluarga antaranya dengan Nik Nazmi," kata Salleh.

Rafizi bersama bekas kakitangan Public Bank Berhad, Johari Mohamad, ditahan dan didakwa di
Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 1 Ogos 2012 kerana melanggar Seksyen 97 (1) Bafia dan boleh dikenakan hukuman 3 tahun penjara, denda RM3 juta, atau kedua-duanya, jika didapati bersalah.

Rafizi didakwa mengedarkan 21 akaun Public Bank kepada media, mendakwa Salleh menyeleweng pinjaman wang kerajaan untuk membeli lapan lot pejabat di KL Eco City dengan tunggakan daripada Mac 2011 hingga Februari 2012 berjumlah RM71 juta.

Namun, bukti dokumen dan keterangan mahkamah menunjukkan, dakwaan itu tidak benar dan tiada pinjaman Public Bank yang diambil Salleh untuk membeli hartanah di KL Eco City.

Disebabkan itu, Rafizi disaman NFC dan pengerusinya secara berasingan dan perbicaraan dijadualkan bermula pada 26 hingga 30 Oktober 2015.

"Tiada gunanya Rafizi mencabar Perlembagaan mengenai Bafia kerana Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan sebulat suara berpendapat, dakwaan terhadap Rafizi di bawah Bafia bukan mala fide, menindas atau mempunyai tujuan politik," kata Salleh.

Salleh yang juga suami kepada Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Jalil itu berkata,
permohonan Rafizi itu pastinya tidak diperlukan dan "res judicata" memandang mahkamah sebelum itu sudah membuat keputusan mengenainya.

"Permohonan mencabar Bafia ini sebenarnya cubaan Rafizi melengahkan perbicaraan,
menangguhkan dan menafikan hak kami mendapatkan keadilan dan hukuman terhadap individu yang menjejaskan NFCorp dan diri saya sendiri," katanya.

Rafizi didakwa kerana mendedahkan maklumah sulit bank mengenai NFC, National Meat & Livestock Sdn Bhd, Agroscience Industri Sdn Bhd dan Salleh kepada perunding media, Yusof Abdul Halim dan pemberita The Star, Erle Martin Carvalho.

Jika sabit kesalahan, Rafizi bakal hilang kelayakannya sebagai ahli Parlimen.

Sabah, kerajaan pusat rugi berbilion ringgit kerana rasuah, kata SPRM

Posted: 15 May 2015 06:34 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER

Sebanyak 1,632 akaun bernilai RM560 juta dibekukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini dalam operasi bersepadu membanteras kegiatan rasuah, penyelewengan diesel bersubsidi dan penyeludupan rokok dan arak di Sabah, melibatkan kerugian berbilion ringgit kepada kerajaan persekutuan dan kerajan negeri Sabah.

Menurut Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Mohamad Jamidan Abdullah, serbuan tersebut dilakukan hasil siasatan terperinci dan menyeluruh berdasarkan maklumat perisikan bersama agensi lain yang terlibat.

"Dalam serbuan itu, ia turut melibatkan rampasan wang tunai barang kemas bernilai lebih RM1 juta.


"Adalah dipercayai bahawa perlakuan rasuah ini telah mengakibatkan kerugian sebanyak berbilion ringgit kepada kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri Sabah," katanya.

 Serbuan dilakukan serentak ke atas 43 lokasi di Tawau, Sandakan, Keningau, Kota Kinabalu, Labuan dan Semporna yang disyaki wujud rasuah, penyeludupan rokok dan arak dan penyelewengan diesel bersubsidi, serta perbuatan mengelak cukai, katanya.

Operasi itu melibatkan sekurang-kurangnya 420 orang pegawai dan anggota diketuai SPRM dengan kerjasama pihak Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom), Pasukan Gerakan Am, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Bank Negara Malaysia.

Siasatan lanjut akan dijalankan di bawah seksyen 17(a) dan 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 serta Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Pada 12 Mei, SPRM dengan kerjasama beberapa agensi kerajaan persekutuan dan negeri melancarkan serbuan ke atas 49 lokasi di seluruh Sarawak bagi membanteras kegiatan rasuah, pembalakan  dan penebangan hutan secara haram.

Operasi dinamakan "Ops Gergaji" itu membekukan sebanyak 519 akaun syarikat dan individu bernilai hampir RM700 juta.

Remaja dirogol ‘spiderman’

Posted: 15 May 2015 06:30 AM PDT


 
 
KUALA TERENGGANU - Seorang remaja wanita tidak menyangka keputusannya berehat di rumah bersendirian pada waktu tengah hari turut tidak selamat apabila dirogol seorang lelaki bertopeng ala-ala 'spiderman', di kediamannya di Kampung Bukit Guntung, Marang, Rabu lalu.

Dalam kejadian lebih kurang jam 12 tengah hari itu, mangsa berusia 17 tahun dikatakan sedang lena tidur di dalam bilik sebelum dikejutkan dengan kehadiran lembaga bertopeng tersebut.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata, suspek bukan sahaja bertopeng, malah turut memakai sarung tangan itu terus bertindak menekup mulut sebaik menyedari mangsa tersedar daripada tidurnya.

"Suspek menekup mulut mangsa bagi mengelak dia menjerit, bagaimanapun dengan kudrat yang ada, mangsa cuba melawan untuk menyelamatkan dirinya.

"Namun, ketika itu juga suspek bertindak keluarkan pisau lipat lalu diacukan ke arah mangsa sebagai ugutan sekiranya mangsa masih berdegil mahu melawan sebelum merogolnya," katanya di pejabatnya, semalam.

Wan Abd Aziz berkata, selepas melakukan perbuatan terkutuk itu, suspek terus melarikan diri meninggalkan mangsa bersendirian menerusi pintu utama rumah.

Jelasnya, mangsa yang ditinggalkan itu terus cuba hubungi ibunya yang ketika itu di tempat kerja, namun gagal sebelum mengambil keputusan menghubungi rakan baiknya dan seterusnya membuat laporan polis.

"Siasatan awal mendapati tiada tanda kediaman mangsa dipecah masuk suspek, namun siasatan akan diteruskan bagi mengenal pasti identiti serta bagaimana cara suspek menceroboh masuk rumah mangsa.

"Mangsa dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan n susulan," katanya.

Kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh sehingga 20 tahun dan sebatan, jika disabitkan kesalahan.

DAP tak halang Muktamar Pas di Selangor

Posted: 15 May 2015 05:12 AM PDT


RAWANG -  Secara terbuka DAP menyelar kenyataan Pas Kelantan yang mengecam tindakan Penasihat DAP, Lim Kit Siang berceramah yang berlangsung di Kota Bharu, Ahad lalu.

Ahli Jawatankuasa DAP Pusat, Datuk Teng Chang Khim menjelaskan dua status Facebooknya yang dimuat naik berhubung kenyataan balas terhadap tindakan Pas Kelantan yang bertegas melaksanakan hudud.

"Saya bidas secara logik kenyataan Pas Kelantan bahawa Kit Siang tidak hormati Kelantan masa pergi rumah mereka. Begitu juga dengan Selangor yang tidak setuju dengan hudud jadi kita tolak berdasarkan logik.

"Pas Kelantan kata kalau tak setuju hudud tidak boleh pergi Kelantan sepatutnya orang Kelantan yang mahukan hudud tak boleh datang Selangor yang tolak hudud," katanya kepada Sinar Harian.

Menurut Naib Pengerusi DAP Selangor itu, jika ikut logiknya memang begitu. Beliau turut menafikan laporan sebuah portal bahawa DAP Selangor menghalang penganjuran Muktamar Tahunan Pas kali ke-61 yang berlangsung di Kuala Selangor.

"Saya tidak pernah kata DAP halang muktamar Pas buat di Selangor. Itu fitnah, kenyataan portal itu jelasnya fitnah. Jawablah di akhirat nanti," katanya.

Adun Sungai Pinang itu menjelaskan, dalam polisi kesepakatan PR, pelaksanaan hudud yang diperjuangkan Pas Kelantan itu tidak pernah dipersetujui.

"Itu perjanjian bersama dalam PR. Pelaksanaan hudud tidak termasuk dalam perjanjian bersama PR.

"Masalahnya jika mereka bertegas ingin laksanakan hudud di Kelantan atas kapasiti kerajaan negeri. Adakah Pas Kelantan bukan di bawah Pas Pusat? Jadi mereka tidak boleh laksanakan hudud," katanya.

Tegas Chang Khim, perjanjian tetap perjanjian, sekiranya Pas tidak setuju dengan dasar bersama PR, Pas boleh keluar.

Sementara itu, Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali berkata, kenyataan DAP itu bukanlah bersifat serangan.

Katanya, hudud tidak terkandung dalam polisi yang diperjuangkan bersama PR seperti isu pendidikan, ekonomi dan keselamatan.

"Kita telah melihat banyak perubahan berlaku kalau timbul perbezaan pendapat. Kita bincang dalam keluarga (PR). Isu yang lebih sensitif lain juga kita telah selesaikan," katanya.

Kenyataan Azmin turut disokong Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad

"Kita akan bincang bersama dalam PR, itu pendapat seorang sahaja," katanya.


Polis rampas dadah RM51 juta di KL dan Pulau Pinang

Posted: 15 May 2015 05:04 AM PDT

 
Seramai 17 suspek ditahan iaitu 15 warga tempatan manakala selebihnya warga Bangladesh.


dadah RM51 juta



BUKIT AMAN: Seramai 17 ahli sindiket dadah antarabangsa telah ditahan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman bersama Special Tactical Intelligence Narcotics Group (STING) dalam 11 serbuan di sekitar Lembah Kelang dan Pulau Pinang pada 12 dan 13 Mei lalu.

Pengarah JSJN Bukit Aman Dato' Sri Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, pasukannya menahan 17 iaitu 15 warga tempatan manakala selebihnya warga Bangladesh.

Beliau berkata, dalam serbuan polis merampas 220kg Syabu, 132kg pil dan serbuk Ekstasi, 18kg Ketamin serta dua buah mesin "vacuum packer".

Dadah yang dirampas dianggarkan bernilai RM51 Juta dan turut disita 18 buah kenderaan, wang tunai RM129,000, barangan kemas serta jam tangan berjenama.

Dalam masa yang sama, beliau turut mempamerkan hasil rampasan yang berjaya dibuat JSJN dari bulan Januari sehingga 11 Mei 2015.

"Seramai 10,267 orang telah ditangkap melibatkan keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM61 Juta," katanya lagi.

Selain itu, sebanyak 40,284 kertas siasatan telah dibuka dan jumlah kertas siasatan dituduh sebanyak 25,031 kes (46%) dalam tempoh itu

Ahli Parlimen Miri diserang di luar klinik

Posted: 15 May 2015 05:01 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
MIRI: Ahli Parlimen Miri Dr Michael Teo Yu Keng diserang di luar kliniknya kira-kira pukul 8.30 pagi Jumaat.
 
Akibat serangan itu beliau mengalami kecederaan di bahunya.
 
Dr Teo yang juga Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Miri dipercayai sedang berjalan kaki ke kliniknya dari tempat letak kereta apabila diserang seorang individu.
 
Kliniknya terletak di pusat bandaraya Miri tidak jauh dari Hotel Mega.
 
Saksi berkata penyerangnya keluar dari kereta dengan memakai helmet dan memukul Dr Teo dengan kayu yang menyerupai kayu besbol sebelum melarikan diri.
 
Dr Teo dihantar ke Hospital Umum Miri untuk rawatan lanjut dan keadaannya dilaporkan tidak serius.
 
Motif serangan masih belum diketahui.
 
Polis telah dimaklumakan dengan kes tersebut tetapi laporan masih belum dibuat.
 
 

Malaysia Catat Pertumbuhan KDNK Kukuh 5.6 Peratus

Posted: 15 May 2015 04:58 AM PDT

RAKYATNEWS


 


KUALA LUMPUR  - Ekonomi Malaysia tumbuh 5.6 peratus pada suku pertama 2015, lebih perlahan berbanding suku sama tahun lepas pada 6.3 peratus.

Pertumbuhan suku pertama dipacu permintaan domestik yang tumbuh 7.9 peratus.

Menurut Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz pengunaan swasta berkembang pada suku pertama disebabkan sentimen sebelum pelaksanaan GST.

Bagaimanapun penggunaan swasta diramal terjejas sedikit bagi suku seterusnya disebabkan pelaksanaan GST, namun akan kekal disokong pertumbuhan gaji dan pekerjaan.

"Berdasarkan pengalaman negara yang melaksanakan GST mengalami penyederhanaan dalam kadar penggunaan, namun ia bersifat sementara. Suku ke dua dan ke tiga (2015) akan menyederhana."

Bagi eksport suku pertama, bagaimanapun, turun 2.5 peratus dipengaruhi kelemahan eksport komoditi serta eksport pembuatan berasaskan sumber.

Dr Zeti berkata inflasi suku pertama berada pada 0.7 peratus, menurun disebabkan penurunan harga bahan bakar.

"Inflasi diramal terus meningkat disebabkan pelaksanaan GST," katanya ketika mengumumkan prestasi ekonomi suku pertama di sini.

Beliau berkata nilai ringgit terus tidak menentu disebabkan ketidaktentuan harga minyak dunia, bagaimanapun unit tempatan itu meningkat sedikit pada April.

"Mata wang serantau terus tidak menentu disebabkan persekitaran monetori global tidak menentu serta kebimbangan tentang unjuran ekonomi dunia," katanya.

Bagi hutang isi rumah pula, Dr Zeti berkata ia tumbuh 9.2 peratus suku tersebut dengan kadar pinjaman tidak berbayar pada 1.2 peratus.

Dalam perkembangan berasingan Dr Zeti berkata bank pusat akan melakukan penilaian baru bagi sasaran inflasi dan penggunaan sekiranya harga minyak dunia melebihi USD70 setong.

"Kini julat dalam sasaran kami adalah USD55 hingga USD65 setong," katanya.


Penumpang Wanita Tidak Kawal Helikopter - Liow

Posted: 15 May 2015 04:55 AM PDT

Oleh: AKIL YUNUS
 
 
 
 
 
PUTRAJAYA: Penumpang wanita yang dikenal pasti sebagai Aidana Baizieva seorang warga negara Kyrgyzstan, tidak mengendalikan helikopter malang itu sebelum ia terhempas.

Malah dia juga tidak pernah bertanggungjawab terhadap pesawat berkenaan pada bila-bila sebelum kemalangan berlaku, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai pada Khamis.

"Tidak. Tiada petunjuk sama sekali," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan laporan awal nahas helikopter yang dipandu juruterbang Kapten Clifford William Fournier.

Nahas helikopter pada 4 April itu mengorbankan enam orang termasuk bekas menteri kabinet dan Ahli Parlimen Rompin, Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis.

Turut terkorban ialah Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri, Datuk Azlin Alias; juruterbang Kapten Fournier, pengawal peribadi Jamaluddin, Razakan Seran; ahli perniagaan Datuk Tan Huat Seang dan seorang wanita, Aidana yang merupakan kenalan juruterbang.

Data daripada alat perakam suara kokpit (CVR) menunjukkan Aidana sememangnya aktif dalam operasi penerbangan helikopter berkenaan.

Transkrip daripada rakaman alat perakam data mendapati juruterbang Kapten Fournier beberapa kali merujuk kepada wanita itu mengenai keadaan helikopter tersebut sebelum berlepas dari bandar Kuantan pada 4 April kira-kira jam 4 petang.

Dalam rakaman perbualan itu, Kapten Clifford menyatakan rasa khuatir mengenai kedudukan gear pendaratannya.

Aidana memberikan gambaran keadaan di sebelah kiri helikopter apabila roda pendaratan terbenam akibat tanah mendap di sebuah padang sekolah.

Kapten Clifford: "why my landing gear... is it down? I got three in the green, I am little nervous about this now, let me see it."

Aidana: "it's ok.. it's a.. the dirt at the back... it's ok... Wheel went into the ground... it's a soft ground there... after the rain... we are good, we are good... yes.. yes.. yes, we are good; it's a soft ground 

there.. after the rain.. it's the field.. it's the football field."

Kapten Clifford: "wow... that was crazy"

Selepas menurunkan seorang penumpang, helikopter meneruskan penerbangan apabila Aidana memberi jaminan mereka dalam keadaan selamat dan mencadangkan agar gear pendaratan diturunkan.

Namun juruterbang menegahnya daripada berbuat demikian dan berkata kemungkinan berlaku kebocoran cecair hidraulik pada helikopter berkenaan.

Aidana: "Don't worry, we are absolutely safe. Shall we collapse our gear?"

Kapten Clifford: "no.. no.. no.. leave it down, there is probably some damage to the hydraulic or something. We went all the way to the belly, it's not good."

"It's definitely not normal for the wheels go down into the ground that far. It's definitely not good to tip like that.

"As a matter of fact, I saw hydraulic fluid leaking and that's why I don't want to put them up. They are locked in the down position and we keep them locked in the down position."

Bekas MP Dungun meninggal dunia

Posted: 15 May 2015 04:51 AM PDT

MALAYSIAKINI


Bekas Anggota Parlimen Dungun, Datuk Matulidi Jusoh, meninggal dunia di rumahnya di Taman Alur Jejawi, dekat Dungun awal pagi tadi.

Allahyarham, 58, yang mengalami komplikasi kencing manis disahkan meninggal dunia, pada kira-kira jam 6 pagi.

Menurut anak Allahyarham, Mohd Nazir, 26, bapanya rebah di bilik air ketika mengambil wuduk untuk solat Subuh.

Matulidi yang dilahirkan pada 5 Julai 1957 berkhidmat sebagai anggota Parlimen Dungun bermula 2008 hingga 2013.

Turut hadir menziarahi Allahyarham ialah Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.

Jenazah akan dikebumikan selepas solat Jumaat di Tanah Perkuburan Islam Syed Yahaya, tidak jauh dari kediaman Allahyarham. - Bernama


 

Mangsa culik di Sandakan giat dikesan

Posted: 15 May 2015 04:50 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Polis Sabah giat mengesan suspek serta dua mangsa yang diculik empat lelaki bersenjata dari sebuah restoran makanan laut di Sandakan malam tadi.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata selain mengambil keterangan daripada saksi dan pekerja restoran terbabit, pihak polis turut menahan 15 telefon bimbit pekerja restoran berkenaan untuk siasatan lanjut.

Dalam kejadian 7.26 malam itu, Thien Nyuk Fun, 50, dari Taman Mawar, Jalan Sibuga, Sandakan dan Bernard Then, 39, seorang konsultan dari Kuala Lumpur dilarikan dari Restoran Ocean King oleh empat lelaki yang berpakaian celoreng dengan bot laju.

"Semasa kejadian, Thien beserta dua anaknya yang juga pemilik restoran bersama seorang lagi rakan mereka baru selesai makan.

"Sementara Thien yang tiba di Sandakan pagi semalam untuk bercuti selama tiga hari, sedang makan bersama isteri dan seorang rakan," katanya.

Jalaluddin berkata berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), keempat-empat suspek datang dari arah tangga sisi di bahagian belakang restoran atas air itu tanpa mengenakan sebarang penutup muka.

Menurutnya, seorang suspek berbaju T biru dan berseluar celoreng, manakala yang lain berpakaian celoreng lengkap dengan seorang daripada mereka menyandang rangkaian peluru di bahunya.

Senjata yang dibawa suspek ialah jenis laras panjang dan pistol, katanya.

"Meskipun semua suspek tidak memakai penutup muka, namun saksi-saksi takut untuk memandang mereka sebagai langkah menjaga keselamatan diri masing-masing," katanya.

Jalaluddin berkata siasatan dan usaha mengesan suspek dan mangsa dilakukan dengan bantuan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) yang diketuai Komandernya Datuk Abdul Rashid Harun, pasukan Polis Marin, Gerakan Am, Cawangan Khas dan Angkatan Tentera Malaysia. - Bernama


 

PAS rancang demo jika Azeez tak berundur

Posted: 15 May 2015 04:48 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


PAS merancang untuk mengadakan demonstrasi besar-besaran sekiranya Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim tidak meletakkan jawatan.

Setiausaha Dewan Ulama PAS Dr Khairuddin Aman Razali berkata selain Azeez, lembaga pengarahnya yang mempunyai kaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) juga perlu meletakkan jawatan.

Katanya, peletakkan jawatan itu perlu dilakukan kerana ahli Parlimen Baling serta lembaga pengarah yang lain didakwanya gagal untuk menguruskan wang pendeposit Tabung Haji dengan baik.

"Segera ditamatkan (perkhidmatan Azeez). Tabung Haji jangan jadi 'Pak angguk'. Di peringkat PAS, laporan polis dah dibuat di seluruh Malaysia.

"Insya-Allah kalau tak selesai juga, kita akan adakan demonstrasi besar-besaran bersama rakyat," katanya dalam sidang media selepas menghantar memorandum kepada Lembaga Tabung Haji di bangunannya di Jalan Tun Razak hari ini.

Memorandum sebanyak 10 muka surat itu diterima oleh Pengurus Besar Kanan Jabatan Sumber Manusia Tabung Haji, Hisham Harun.

Sebelum menyerahkan memorandum, kira-kira 200 orang berkumpul di perkarangan bangunan Tabung Haji selepas solat Jumaat bagi menunjukkan protes terhadap isu pembelian tanah di Tun Razak Exchange (TRX).

Perhimpunan yang diketuai oleh Khairuddin itu diadakan selama kira-kira 30 minit.

Mereka turut melaungkan "Undur Azeez" dan "Musnah BN".

Antara pimpinan lain yang hadir ialah AJK PAS Ridhuan Mohd Noor, Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan Mohamad Nor Mohamad dan timbalannya Kamaruzaman Mohamad. 


Pemilihan PAS: Tuan Ibrahim Sah Cabar Mat Sabu

Posted: 15 May 2015 04:31 AM PDT

Oleh: ARIFFUDDIN ISHAK
 
 
Tuan Ibrahim Tuan Man
 
 
 
PETALING JAYA: Kedudukan Mohamad Sabu sebagai Timbalan Presiden PAS bakal dicabar apabila Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengesahkan untuk turut sama merebut jawatan nombor dua parti itu.

Menurut Tuan Ibrahim, keputusan untuk bertanding bagi jawatan berkenaan dibuat bagi menghargai pencalonan dan kepercayaan yang diberikan PAS Kawasan terhadapnya.

"Setelah meneliti jumlah pencalonan yang diterima dan demi merai PAS kawasan yang mencalonkan saya, maka saya akur dan dengan rendah diri menerima pencalonan untuk jawatan Timbalan Presiden PAS dalam Muktamar PAS ke-61.

"Atas dokongan kalian, saya bersedia menggalas amanah yang berat ini bersama-sama kalian sekiranya diberi peluang oleh perwakilan di Muktamar untuk membawa PAS ke persada yang lebih tinggi," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

Pada pemilihan PAS kali ini, Tuan Ibrahim dianggap calon popular apabila dilaporkan menerima 94 pencalonan berbanding Mohamad atau Mat Sabu yang hanya mendapat 12 pencalonan.

Dua lagi calon yang layak merebut jawatan timbalan presiden ialah Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa.

Tuan Ibrahim dan Mohamad sebelum ini pernah berhadapan saingan tiga penjuru bagi merebut jawatan yang sama dalam Muktamar PAS ke-57 pada 2011 bersama bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa.

Selain itu Tuan Ibrahim yang juga Naib Presiden PAS mengingatkan semua pihak yang terlibat dalam pemilihan kali ini supaya menjaga adab dan tidak bertindak keterlaluan.

"Kepada yang akan bertanding di Muktamar ke-61, saya mengharapkan agar kita semua memelihara akhlak jamaah.

"Pelihara ukhuwah kita, jangan melampau dalam keghairahan untuk memenangi apa jua jawatan," katanya.

Pemilihan PAS tahun ini bakal menyaksikan hampir semua jawatan termasuk kedudukan Presiden PAS akan dipertandingkan.

Pada Khamis, bekas Naib Presiden PAS, Ahmad Awang mengesahkan bahawa beliau akan mencabar Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi jawatan Presiden PAS.

Muktamar PAS Pusat akan berlangsung di Kuala Selangor pada 4 hingga 6 Jun depan.

PP: Mana dana RM3 bilion masyarakat India?

Posted: 15 May 2015 04:24 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Kerajaan Pulau Pinang mempersoalkan sama ada peruntukan hampir RM3 bilion daripada Kementerian Kewangan untuk pembangunan sosioekonomi masyarakat India di negeri itu benar-benar memberi manfaat.

Timbalan Ketua Menteri II P Ramasamy menuntut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjelaskan apa yang berlaku kepada peruntukkan untuk masyarakat itu antara tahun 2012 hingga 2015.

Katanya, Najib yang juga menteri kewangan, memperuntukkan RM2.8 bilion antara 2012 hingga 2014 serta RM260 juta pada 2015 untuk program menaikkan taraf hidup masyarakat India.

Katanya perkara itu mendapat liputan meluas dalam harian berbahasa Tamil Malaysian Nanban yang dikatakan memetik Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Irwin Serigar Abdullah yang mendedahkan angka daripada kementerian.

"Kami terkejut kami tidak tahu apa-apa berhubung perkara ini," Ramasay yang juga anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Prai.

Bercakap dalam sidang media di bangunan dewan negeri hari ini, beliau berkata wang itu sepatutnya digunakan untuk pembangunan belia India, keusahawanan golongan perempuan, sekolah Tamil dan tabung pendidikan.

"Tetapi di mana yang itu?" soalnya lagi.




Bekas menteri lancar parti politik baharu berlambangkan Tunku

Posted: 14 May 2015 09:51 PM PDT

OLEH JAMILAH KAMARUDIN


Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir berucap semasa pelancaran rasmi Ikatan di Seri Kembangan, Selangor hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 15 Mei, 2015. 
Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir berucap semasa pelancaran rasmi Ikatan di Seri Kembangan, Selangor hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari. 



Bekas menteri penerangan Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir hari ini ‎melancarkan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan), yang didakwanya bukan pro-pembangkang atau kerajaan.

Berwajah baharu dengan lambang berwarna merah-putih, parti itu menggunakan simbol perdana menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra mengangkat tangan semasa melaungkan kemerdekaan, di tengah bulatan berwarna kuning, dan bertemakan "Bersatu Maju Adil Bahagia".

"Alhamdulillah selepas bertungkus lumus lebih 2 tahun dan dengan bantuan suatu perintah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, akhirnya Ikatan sudah pun didaftar," kata Kadir merangkap presiden Ikatan, dalam ucapan perasmian di Hotel Palace of The Golden Horses, Seri Kembangan, dengan kira-kira 300 hadirin.


Turut hadir beberapa tokoh politik dan pemerhati, termasuk Pengerusi Yayasan Kebajikan Sosial, Tan Sri Robert Phang dan bekas ketua pengarang Kumpulan New Straits Times Press, Datuk A ‎Kadir Jasin‎.‎ "Kita bukan pro-Barisan Nasional dan kita bukan pro-pembangkang, tetapi kita pro roh pemimpin mulia yang sudah, pro-rakyat dan pro-generasi akan datang.

"Kita juga bukan parti untuk pilihan raya akan datang," kata Kadir.

Bekas ahli Majlis Tertinggi Umno itu menubuhkan Ikatan pada Jun 2012, tetapi menunggu lebih 2 tahun mendapatkan kelulusan Pendaftar Pertubuhan (RoS).

Pada Februari 2013, Kadir mengheret RoS ke ‎Mahkamah Tinggi bagi mendapatkan perintah mengarahkannya meluluskan pendaftaran parti berbilang kaum itu.

SPRM akan panggil pemilik kilang papan

Posted: 14 May 2015 09:29 PM PDT

MALAYSIAKINI


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita lebih 1,570 batang kayu balak bernilai hampir RM1 juta dalam 'Ops Gergaji' yang memasuki hari ketiga hari ini, hasil serbuan di 49 lokasi di enam kawasan di seluruh Sarawak.

Pengarah Bahagian Siasatan SPRM Datuk Mohamad Jamidan Abdullah berkata pihaknya akan memanggil pemilik syarikat pembalakan dan kilang-kilang papan yang diserbu itu untuk diambil keterangan.

"Siasatan akan dijalankan untuk mengetahui punca kilang papan yang diserbu itu menerima atau dibekalkan dengan kayu balak yang ditebang secara tidak sah," katanya dalam kenyataan semalam.

Mohamad Jamidan berkata sejak Ops Gergaji dilancarkan, SPRM telah memanggil 14 orang yang terdiri daripada pengarah dan pengurus kilang papan serta kolam balak yang diserbu itu bagi membantu siasatan.

Ops Gergaji membabitkan kira-kira 400 pegawai dan anggota SPRM, kerajaan Sarawak, Polis Diraja Malaysia termasuk Pasukan Gerakan Am, Jabatan Perhutanan Negeri dan Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Setakat semalam, SPRM telah membekukan 405 akaun syarikat serta individu bernilai RM600 juta. - Bernama


 


Ops Gergaji ulangi dejavu zaman Pak Lah?

Posted: 14 May 2015 09:19 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Seorang pemimpin PKR Sarawak menjangkakan operasi antirasuah besar-besaran antirasuah Ops Gergaji di negeri itu mungkin mengulangi apa yang berlaku ketika era bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Abdullah atau Pak Lah yang dikenali sebagai "Mr Clean" ketika itu berikrar untuk memerangi rasuah selepas mengambil alih jawatan perdana menteri daripada Tun Dr Mahathir Mohamad pada 2003.

Bagaimanapun, kata Ketua Penerangan PKR Sarawak Vernon Aji Kedit, perkara itu tidak diselesaikan seperti dimahukan rakyat.

"Beberapa orang pernah disiasat kerana rasuah sebelum pilihan raya umum ke-11 oleh Pak Lah dan ini perkara yang bagus di negara ini, Malaysia akhirnya menuju ke arah yang betul.

"Selepas kemenangan besar beliau, siasatan mendapati tiada kesalahan dan pihak yang disiasat dilepaskan, saya tak tahu kenapa tetapi merasakan ada dejavu dengan kes sekarang di Sarawak.

"Adakah ini satu 'hiasan' oleh BN untuk mengalihkan perhatian dari isu sebenar yang melanda rakyat dan mewujudkan satu situasi baru?" kata Vernon kepada Malaysiakini. 


Tuan Ibrahim: Jawatan presiden PAS tak kebal

Posted: 14 May 2015 09:17 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Keputusan bekas Naib Presiden PAS, Ahmad Awang untuk mencabar Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam pemilihan bulan depan membuktikan jawatan presiden PAS tidak kebal.

Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, persaingan itu selaras dengan konsep demokrasi yang diamalkan parti Islam itu, lapor Sinar Harian.

"Itu hak dia (Ahmad) untuk bertanding. Dalam PAS, sesiapa yang cukup syarat untuk bertanding kita tidak boleh nak sekat.

"Jika bertanding pastilah tujuannya untuk menang. Tetapi jika bertanding kerana ada tujuan sampingan lain atau merosakkan persepsi umum atau parti, maka itu bukan asas (untuk bertanding)," beliau dilaporkan sebagai berkata.

Semalam, Ahmad Awang yang juga bekas anggota Majlis Syura PAS mengesahkan akan mencabar Hadi atas alasan untuk memperkukuhkan parti.

Ini merupakan kali pertama kedudukan Hadi sebagai pemimpin PAS dicabar dalam masa 13 tahun pentadbirannya.


Tun M jawab kekayaan anaknya Sabtu ini?

Posted: 14 May 2015 09:15 PM PDT

 
Tun M dijadual menghadiri program Bicara Negara di Hotel Tower Regency Ipoh pada 3 petang, Sabtu ini (16 Mei).


mahathir,mirzan,mokrani


PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad yang baru pulang mengerjakan umrah dikatakan akan menjawab segala tuduhan tentang kekayaan anaknya dalam satu program di Ipoh pada Sabtu ini.

Menurut beberapa blog pro Barisan Nasional (BN), Tun M akan memberi penjelasan mengenai perkara itu bagi menangkis serangan kumpulan penyokong Datuk Seri Najib Tun Razak yang bertindak membuat serangan balas terhadap bekas Perdana Menteri itu.

Dr Mahathir dijadual menghadiri program Bicara Negara di Hotel Tower Regency Ipoh pada 3 petang, Sabtu ini (16 Mei).

Sebelum ini, penyokong Najib mempersoalkan kekayaan dua anak lelaki Dr Mahathir, Mirzan dan Mokhzani, yang masing-masing dikatakan bertaraf jutawan.

Ia bagaimanapun telah dijawab menerusi blognya, chedet.cc.

Dalam entri berkaitan, Dr Mahathir menafikan dakwaan anaknya bertaraf jutawan sebaliknya Mirzan dan Mokhzani mempunyai pinjaman bank bernilai jutawaan ringgit bagi membiayai perniagaan.

Katanya, Mirzan telahpun menjual syarikat perkapalan kepada Petronas ketika kegawatan ekonomi manakala Mokhzani terlibat dalam perniagaan selepas beliau tidak lagi menjadi Perdana Menteri.

Tun M mencabar mana-mana pihak mengemukakan bukti yang menunjukkan beliau menggunakan kedudukannya sebagai Perdana Menteri untuk memudahkan Mokhzani mendapat pinjaman.

Mokhzani pernah disenaraikan sebagai orang ke-11 terkaya di Malaysia oleh Forbes dengan nilai harta kekayaan US$1.2 bilion (RM3.81 bilion) pada tahun 2014.

Ke mana arah Shafie Apdal?

Posted: 14 May 2015 09:13 PM PDT


 
 
Keakraban Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dengan Datuk Seri Najib Tun Razak bukan lagi rahsia. Bahkan beliau dilihat mempunyai peluang untuk menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai orang nombor dua namun ia berubah selepas terjebak dengan skandal.


shafie afdal


PETALING JAYA: Satu ketika karier politiknya begitu menyerlah. Beliau mungkin menjadi satu-satunya ahli politik dari Sabah yang mendapat keutamaan termasuk jemputan untuk menyambut hari jadi Perdana Menteri yang dibuat secara peribadi dan macam-macam lagi.

Keakraban Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dengan Datuk Seri Najib Tun Razak bukan lagi rahsia. Bahkan beliau dilihat mempunyai harapan yang cerah untuk menyandang portfolio kanan dalam pentadbiran Perdana Menteri Kelima.

Bagaimanapun, reputasinya terjejas selepas dikatakan berskandal dengan seorag pelakon. Rentetan cerita demi cerita, peluangnya semakin tergugat selepas Ahli Parlimen Semporna itu diheret dalam kes saman RM100 juta membabitkan seorang pelakon dan pemandunya yang didakwa melesapkan wang RM200,000 yang dikatakan diberikan Shafie kepada pelakon berkenaan.

Dalam pendedahannya, pemandu berkenaan mendakwa Shafie mengajinya untuk memantau pergerakan pelakon berkenaan dengan melaporkan apa yang dilakukannya.

Pemandu berkenaan turut mendakwa pelakon berkenaan menerima RM1.4 juta daripada Shafie, memiliki BMW 6 Series, Porshe, Toyota Harrier dan rumah bernilai RM2.9 juta.

Segala kenyataan itu kemudian didedahkan Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin dan kemudian membuat laporan polis serta mengadakan sidang media di lobi Parlimen.

Sejak itu, karier Shafie menjunam dan tidak lagi mempunyai potensi untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri, sama ada Timbalan Perdana Menteri Pertama atau Timbalan Perdana Menteri Kedua.

Mungkinkah faktor itu menyebabkan beliau marah dengan Perdana Menteri sehingga turut sama dengan Tun Dr Mahathir Mohamad membuat kritikan ke atas kepimpinan Najib?.

Ketika UMNO meraikan ulang tahunnya ke-69 pada 11 Mei, beliau telah ke Makkah untuk menunaikan umrah.


'Konflik kepentingan CEO 1MDB pinjaman RM3.6b?'

Posted: 14 May 2015 09:05 PM PDT

MALAYSIAKINI




 
 
 
Ahli Parlimen DAP Petaling Jaya Tony Pua menuntut 1MDB menjelaskan mengenai kemungkinan berlaku konflik kepentingan Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO), Arul Kanda dalam pinjaman RM3.6 bilion oleh bekas majikannya.
 
Ini ekoran akhbar Straits Times Singapura melaporkan pada hari Rabu bahawa sebuah konsortium bank yang diketuai Deutsch Bank menuntut bayaran awal pinjaman itu selepas mendapati dokumen pensekuritian 1MDB tidak lengkap.
 
Pua (kanan) menegaskan bahawa ia didapati bahawa Abu Dhabi Commercial Bank (ADCB), di mana Arul bekerja apabila pinjaman telah diberikan kepada 1MDB pada 1 September 2014, adalah salah satu anggota konsortium bank pemberi pinjaman itu.
 
Memandangkan pendedahan di atas, tegasnya, Arul Kanda tidak mempunyai pilihan tetapi menjawab dakwaan di atas bagi menerangkan tahap penglibatannya dalam usaha mendapat dana untuk 1MDB sebelum beliau menyertai syarikat itu.
 
Sikapnya berdiam diri dalam hal ini, hanya akan menguatkan spekulasi bahawa kepentingannya mungkin bercanggah dan sebaliknya 1MDB telah dikompromi, kata Pua dalam satu kenyataan hari ini.
 
Pua memetik laporan The Edge Financial Daily bahawa sebahagian besar pinjaman itu telah dibelanjakan untuk membeli kembali opsyen yang diberi kepada syarikat  milik ADCB itu, Aabar Investments Limited, untuk mengambil alih aset janakuasa 1MDB.
 
Pilihan itu pada mulanya diberikan kepada Aabar sebagai sebahagian daripada syarat-syarat untuk syarikat induk Aabar, International Petroleum Investment Corporation (IPIC) untuk menyediakan jaminan bagi dua terbitan bon 1MDB berjumlah AS$3.5 bilion (RM12.6 bilion).
 
Oleh itu, katanya, akhbar tersebut melaporkan bahawa ini menimbulkan persoalan sama ada Arul telah terlibat dalam penyed
iaan pinjaman kepada 1MDB dan sama ada beliau terlibat dalam urusan IPIC dan Aabar ketika beliau bekerja di Abu Dhabi.
 
Memandangkan hakikat bahawa ADCB, IPIC dan Aabar semua dimiliki oleh kerajaan Abu Dhabi, kata Pua, maka ia malah menjadikan peranan Arul sebagai presiden 1MDB lebih halus dan tertakluk kepada penelitian mengenai kemungkinan berlaku konflik kepentingan.
 
 

SPRM: Mungkin ramai lagi ahli politik S'wak disiasat

Posted: 14 May 2015 09:03 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Lebih ramai ahli politik Sarawak mungkin dipanggil untuk siasatan atau akaun mereka dibekukan, kata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Jurucakap SPRM mengesahkan dengan Malaysiakini bahawa selain seorang ADUN yang akaunnya telah dibekukan, mungkin ada ahli politik lain yang terbabit.

Beliau enggan mengesahkan sama ada ahli-ahli politik Sarawak itu juga merupakan ADUN.

"Bagaimanapun, ada kemungkinan beberapa akaun yang dibekukan, mungkin lebih daripada seorang ahli politik, iaitu selain ADUN yang diumumkan sebelum ini," tambahnya.

Malaysiakini difahamkan dari sumber-sumber lain bahawa beberapa ADUN sedang disiasat oleh SPRM di bawah 'Operasi Gergaji; di negeri itu terhadap rasuah dan pembalakan haram yang melibatkan 405 akaun bank.

Bagaimanapun, Malaysiakini tidak mendedahkan nama mereka, menunggu sama ada mereka yang dalam senarai itu akan didakwa.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mohamad Jamidan Abdullah Rabu lalu mendedahkan ia telah membekukan akaun bank seorang pembantu menteri yang mempunyai simpanan RM4 juta.

Walaupun SPRM tidak menamakan penolong menteri, ia dikatakan bahawa individu berkenaan terlibat dalam pembinaan bangunan 16 tingkat Baitul Makmur II yang bernilai RM250 juta di Kuching.

Balak RM1 juta dirampas

"Tiga puluh akaun syarikat dan individu, termasuk seorang ADUN, telah dibekukan. Semua akaun mempunyai simpanan berjumlah RM600 juta," katanya dalam satu kenyataan Rabu lalu.



Menurutnya, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 17(a) dan 17(b) Akta SPRM 2009 dan Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001.

SPRM berkata sehingga semalam ia telah merampas 1,570 balak bernilai RM1 juta.

Dalam kenyataan itu, SPRM berkata, ia telah memanggil 14 orang, termasuk pengarah dan pengurus syarikat, ekoran serbuan di kilang papan dan kolam balak.

Kenyataan mereka telah diambil untuk membantu siasatan terhadap rasuah, pembalakan dan penebangan haram serta pengelakan cukai.


SPRM awasi SU politik, SU peribadi menteri

Posted: 14 May 2015 09:01 PM PDT

MALAYSIAKINI



 
 
 
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengawasi setiausaha peribadi dan politik menteri-menteri kabinet berhubung dakwaan mereka hidup di luar kemampuan masing-masing.
 
"Kami sedang memantau mereka. SPRM tidak boleh menyerbu rumah seseorang hanya atas alasan disyaki kerana mesti ada bukti transaksi atau dakwaan amalan rasuah," kata sumber SPRM yang tidak mahu namanya disiarkan.
 
Ketika dihubungi Malaysiakini, sumber itu berkata SPRM telah mengambil tindakan terhadap pegawai-pegawai seperti itu pada masa lalu.
 
Katanya, atas sebab inilah badan anti-rasuah itu mahu undang-undang baru digubal untuk memaksa orang yang mencurigakan untuk mengisytiharkan harta mereka.
 
Pada masa ini tidak ada peruntukan tersebut, kata sumber itu, sambil menambah bahawa cadangan itu dibuat oleh sebuah panel dalam suruhanjaya itu.
 
Menurutnya, undang-undang baru itu akan menjadi lebih berkesan dalam menangkap mereka yang hidup di luar kemampuan masing-masing.
 
"Apabila SPRM memperkenalkan undang-undang baru, kita mahu rakyat menyokongnya," kata sumber itu.
 
Sumber SPRM itu diminta mengulas laporan Malaysiakini semalam, di mana seorang pemimpin Umno mahu suruhanjaya itu bertindak ke atas setiausaha peribadi dan politik menteri-menteri Umno yang didakwanya hidup di luar kemampuan mereka.
 
 

Mat Sabu: Pakatan lebih kuat jika adanya saya...

Posted: 14 May 2015 08:58 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu yakin Pakatan Rakyat akan lebih kuat jika beliau terus diberi peluang berkhidmat sebagai orang nombor dua dalam parti sambil dibantu oleh rakan-rakan lain dalam PAS.

Mohamad juga berkata beliau yakin pemilihan kepimpinan parti di Kuala Selangor bulan depan akan menyumbang kepada kebangkitan gabungan pembangkang itu bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

"Lepas pemilihan ini, kita akan lihat Pakatan Rakyat lebih kuat sebab adanya saya di situ dan rakan-rakan lain. Kalau tidak, saya tidak akan menawarkan diri sebab saya yakin.

"Saya yakin Pakatan Rakyat akan lebih kukuh dengan adanya orang seperti saya. Kita tak kompromi soal dasar parti," katanya yang enggan mengulas tokoh mana yang akan menang bagi jawatan presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Ahmad Awang.

Beliau menjawab soalan berkaitan tanggapan umum bahawa keputusan pemilihan bakal mempengaruhi nasib Pakatan Rakyat selepas ini, ketika diwawancara dengan Malaysiakini.

Pada masa yang sama juga, beliau menyatakan keyakinannya seratus peratus mempertahankan jawatan yang disandangnya itu sejak dua penggal lalu apabila ditanya mengenai tahap keyakinannya.

"Saya yakin (mempertahankannya dengan) peratusan yang tinggi," katanya yang mesra dipanggil Abang Mat.

Diasak wartawan untuk menyatakan peratusannya, tokoh PAS berhenti sejenak untuk mencongak kekuatan sokongannya.

'Pakatan bawa perubahan'

"Seratus peratus?," tanya wartawan yang kemudiannya beliau menjawab: "Ya."

"Seratus peratus?" wartawan mengulangi pertanyaannya dengan nada teruja. Mohamad kemudiannya mengiyakan keyakinannya itu beberapa kali, "Ya, ya, ya.".

"Saya yakin perwakilan akan pilih (pemimpin) mereka yang nak pertahan dasar PAS dan juga nak bersama terus dengan Pakatan Rakyat," katanya lagi.

Dalam pemilihan PAS kali ini, pemimpin PAS itu berdepan dengan saingan empat penjuru dengan tiga lagi pemimpin kanan PAS turut dicalonkan mencabarnya.

Mereka ialah dua naib presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Datuk Husam Musa. Seorang lagi ialah Datuk Mohd Amar Nik Abdullah. Bagaimanapun setakat ini, ketiga-tiga pemimpin itu belum menyatakan persetujuan melawan Mohamad.

Pada masa yang sama juga, beliau bagaimanapun menganggap krisis atau kemelut dalaman PAS sebagai "perkara biasa" menjelang pemilihan parti dan optimis ia "akan beransur pulih" selepas pemilihan parti itu kelak.

Di samping itu, Mohamad berkata dalam tempoh enam bulan selepas pemilihan, akan meperlihatkan kesatuan anggota kepimpinan PAS pusat menjadi satu kumpulan "yang boleh bekerjasama" dengan parti dalam Pakatan Rakyat.

"Contohnya siapa saja di antara (pemimpin PAS) yang bertanding itu yang melihat Pakatan Rakyat itu, satu 'vehicle' yang baik untuk membuat perubahan.

"Saya tak kata bahawa Pakatan Rakyat tidak ada masalah, setiap parti ada masalah. Tapi objektif bersama yang penting. Dialog berterusan mesti jalan," katanya.

'Tak boleh gerak sendirian'

Mengulas lanjut, Mohamad, yang pernah ditahan ISA, berkata Pakatan Rakyat tidak mampu untuk menawan mana-mana negeri jika ketiga-tiga parti dalam Pakatan bergerak sendirian.

"Ada Pakatan Rakyat baru boleh mencapai kemenangan. Ini sudah dibuktikan di lima buah negeri. Sebab itu saya yakin, apa jua kemelut pun, akhirnya menjelang hari muktamar, perwakilan akan memilih mereka yang memelihara Pakatan Rakyat," katanya.

Mengulas dakwaan kempen kotor menjelang pemilihan parti, Mohamad menganggap ia "satu fenomena baru yang sementara" kerana pihak yang terbabit menyuarakan padangannya tanpa mengetahui sejarah parti perjuangan, politik negara, dan perihal kaum dan lain-lain.

Beliau turut mengulangi misi dan visinya untuk mempertahankan Pakatan Rakyat dan melebarkan pengaruh PAS kepada bukan Melayu dan Islam khususnya masyarakat Cina, India serta mahasiswa dan NGO.

Ekoran popularitinya di kalangan masyarakat Tionghua yang sangat baik, Mohamad berkata beliau sering mendapat undangan dan jemputan makan malam khususnya bersama-sama dengan mereka.

"Jiwa orang bukan Islam atau orang Islam (sendiri) melihat kebenaran, melihat soal keikhlasan, soal perjuangan. Kita kata menghormati orang yang bercakap, dan dia bersungguh dalam apa yang dia cakap. Ini lumrah manusia.

"Barangkali orang bukan Islam khasnya orang Tionghua, dia lihat saya bercakap semasa belum jadi MP, semasa jadi MP dan lepas jadi MP. Komited kita menentang rasuah penyelewengan dan penindasan itu berterusan. Tak kira kaum. Misalnya kes Teoh Beng Hock apabila dia dizalimi," katanya. 


 

Kalaulah Ada Anwar Ibrahim ….

Posted: 14 May 2015 05:07 PM PDT



Oleh Abu Hassan Adam


Sejarah mungkin akan berulang. Hanya pisang yang tidak akan berbuah dua kali. Peristiwa sejarah silam mungkin berulang. Kalaupun tidak sama bentuknya, akan muncul pula dalam bentuk yang mirip-mirip sama. Teringat pula tentang suatu episod sejarah dalam zaman kerajaan Melayu Melaka yang perlu direnungi.

Kitab Sulalat-ap-Salatin (Sejarah Melayu) menceritakan kisah Hang Kasturi mengamuk ( bukan Hang Jebat sebagaimana yang ceritakan oleh setengah hikayat) menuntut bela atas kematian Hang Tuah yang diarah bunuh oleh Sultan Melaka kerana difitnah melakukan perkara sumbang diistana.

Selanjutnya kitab 'Sulalat al-Salatin' menceritakan, " Pada zaman itu Hang Kasturi bukan barang-barang orang. Maka Sultan Mansur Shah pun mengenang Hang Tuah. Maka titah baginda,'

Sayangnya Si Tuah tiada. Jikalau Si Tuah ada, dapatlah ia menghapuskan kemaluanku." Maka Seri Nara Diraja diam mendengar titah itu. Setelah dua tiga kali raja mengenang Hang Tuah, maka sembah Seri Nara Diraja, "Tuanku, pada pemandangan patik sangat behena Duli Yang Dipertuan mengenang Hang Tuah. Jikalau sekiranya ada Hang Tuah hidup, adakah ampun Yang Dipertuan akan dia?"

Maka titah Sultan Mansur Syah, ' Adapun jikalau ada Si Tuah, jikalau seperti bukit sekalipun besar dosanya nescaya kita ampun juga. Pada bicara hati kita ada juga Si Tuah pada Seri Nara al-Diraja"
Saya terpanggil untuk 'mempelawa' para pembaca mengenang kemabli kisah zaman Kesultanan Melayu Melaka ini ekoran kenyataan Tun Dr. Mahathir dalam blognya yang menyatakan,

"Saya berada dalam keadaan serba salah. Sebagai ahli UMNO saya hendak BN menang. Tetapi kemenangan akan mengekalkan kepimpinan Najib dalam PRU 14. Dan saya yakin BN pimpinan Najib akan kalah PRU 14" Maknanya Tun Mahathir sudah 'berkerat rotan dan berpatah arang dengan DS Mohd Najib. Maknanya 'perbalahan' antara mereka berdua seolah-olah sudah tidak dapat dipulihkan semula.

Jadi Tun Mahathir mahu DS Najib diganti dengan segera. Tidak mudah menggugurkan DS Najib. Tambahan pula apabila beliau mengatakan bahawa beliau mendapat sokongan padu daripada 'suku-sakat' UMNO di seluruh negara. Itu kata dia. Dan tidak pula tugas aku untuk mengenalpasti betul tidaknya kenyataan DS Najib itu. Cuma yang aku difahamkan dengan kenyataan Tun Mahathir ialah bahawa DS Najib perlu diganti dengan orang lain.

Apabila dinyatakan bahawa DS Najib perlu diganti, maka perlulah dikenal pasti siapa yang akan menggantikan beliau. Sebagaimana biasa tentulah Timbalannya ia itu TS Muhyiddin Yassin. Dalam hal ini juga Tun Mahathir menyatakan kesangsiannya. "

"Anda tahu, saya telah hilang kepercayaan pada orang. Sebelum mereka dilantik, mereka adalah orang yang paling bersih di dunia," katanya sambil menambah bahawa apabila mendapatkan kuasa, mereka berkelakuan tidak baik."Jadi, saya tak tahu," keluh Dr Mahathir ketika ditanya pendapat beliau mengenai Muhyiddin menggantikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak" (petikan dari Malaysiakini 4 April 2015)

Oleh itu suasana politik di Malaysia kini kelihatan akan menjadi bertambah kusut. Rakyat mula tertanya-tanya siapakah yang paling layak menggantikan DS Najib. Rakyat Malaysia tentunya merasakan bahwa benarlah dalam UMNO kini amat berkurangan dengan pemimpin yang berkebolehan, sehingga tidak nampak 'biji mata' yang boleh menggantikan tempat DS Najib.

Tentulah suasana sebegini dianggap sebagai peristiwa amat malang menimpa negara. Negara kita, khususnya dari parti UMNO-BN betul-betul ketandusan pemimpin yang berkebolehan. 'Kemarau dan ketandusan'….

Mungkin dipihak pembangkang khususnya dari Pakatan Rakyat keadaannya tidak begitu. PR dapat menyediakan calon-calon yang sesuai untuk mengisi jawatan berkenaan. Tentulah mustahil akan berlaku penggantian PM sekarang diganti dengan pemimpin dari PR ditinjau dari sudut mengikut proses biasa. Lagipun jikalau ditinjau 'selera' Tun Dr. Mahathir beliau awal-awal lagi sudah menolak kehadiran Pakatan Rakyat.

"Saya tidak dapat terima negara diperintah oleh Pakatan. Dasar-dasar dalam parti-parti dalam pakatan bertentangan antara satu dengan yang lain. DAP lebih utamakan kepentingan orang Cina. PAS mendakwa ia bukan Melayu, hanya Islam. Keislaman PAS hanyalah untuk politik bukan sebenarnya untuk Islam. Sebab itu PAS mengkafirkan UMNO kerana bekerjasama dengan orang kafir tetapi kemudian PAS memeluk orang kafir. Parti Keadilan hanya untuk Anwar jadi Perdana Menteri.Jika Pakatan menjadi Kerajaan, huru-hara akan berlaku. Kemajuan negara akan terjejas dan rakyat semua kaum akan menderita" (Blog Chedet 11 Mei 2015)

Itu pendapat dan pandangan Tun Dr. Mahathir. Tetapi mungkin majority rakyat Malaysia tidak sependapat dengan Tun Mahathir. Dalam suasana sebegini tentulah ramai rakyat Malaysia yang terfikir untuk menyoal soalan yang agak serupa sepertimana yang disoal oleh Sultan Mansur Syah kepada Bendahara Seri Nara Diraja. Hanya terdapat sedikit perbezaan. Masyarakat Malaysia kini pastinya menyoal,' kalaulah ada Anwar Ibrahim….' ataupun kalaulah Anwar Ibrahim berada di luar…"

Aku merasakan bahawa mungkin itu merupakan satu jalan penyelesaian kepada kemelut yang ada kini. Mungkin kalangan suku-sakat UMNO begitu 'allergic' mendengar nama Saudara Anwar Ibrahim. Namun sekiranya kita memerlukan seorang pemimpin yang disegani ramai di dalam negara atau di luar negara maka itulah pilihan yang terbaik buat kita. Mungkin itulah yang telah ditentukan oleh Tuhan. Manusia hanya merancang dan Tuhan yang menentukan.

Mungkin juga ada yang mengatakan bahawa tidak mungkin boleh mengubah keputusan hakim yang telah menetapkan penjara lima tahun kepada beliau. Namun sekiranya diperhalusi, tentulah berbagai cara boleh dilakukan demi untuk 'melepaskan' Anwar demi untuk menyelamatkan bangsa dan negara tercinta ini. Peribahasa Melayu mengatakan,' Jikalau hendak seribu daya…."
abuhassanadam http://abuhassanadam.blogspot.com/ 

Tiada ulasan: