DIALOG RAKYAT |
- [VIDEO] Mat Sabu Kecam Ada Pihak Mahu Beri ‘Tongkat’ Baru Kepada Umno
- Jawatan Lantikan Umno Bakal Diisi Pemimpin Baharu
- PRK Pmtg Pauh: PKR Menang Kerana GST, Isu Pengurusan Wang Negara
- Malaysia hanya keluarkan rakyat sendiri di Yaman
- Isu TH: Semua yang terlibat patut letak jawatan
- Umno kena pulihkan segera keyakinan rakyat
- MB: Rizab Simpanan meningkat RM3.6 bilion walaupun perbelanjaan kebajikan naik
- Zam dedah kisah sebenar Najib
- Rombak pengurusan TH, lantik wakil pembangkang
- NGO anti rasuah gesa PAC siasat 1MDB secara terbuka
- P Pinang, T'ganu serap GST yang dikenakan PBT
- Abim serah memo desak Azeez letak jawatan
- Berita Terkini Skandal 1MDB Menang Tender Projek 3B RM11 Bilion. YTL, Malakoof, TNB Kalah. Akhirnya TNB Ambil Alih Projek?
- Palanivel gesa Samy Vellu tidak campur dalaman MIC
- Najib sang Kelinci putih telah termasuk jerat
- DAP cabar Najib arahkan anak tirinya beli tanah LTH
- Nazri nafi ada konspirasi Milan ketepi Najib
- Salahkah Rakyat Prihatin Dengan Isu 1MDB Dan TH ?
- Skandal 1MDB-Tabung Haji: Najib digesa letak jawatan Menteri Kewangan
- Pilihan Raya Kecil : Fix deposit BN di Felda boleh dilebur
- Cuba bunuh diri kerana tekanan GST
- Kenapa jual pada TH melalui 1MDB?
- Duit dicalit dakwat jika curi dari mesin ATM
- Denda, penjara tak solat Jumaat di Kedah
- ‘Moga ALLAH buka hati Najib lepaskan jawatan’
[VIDEO] Mat Sabu Kecam Ada Pihak Mahu Beri ‘Tongkat’ Baru Kepada Umno Posted: 11 May 2015 06:06 AM PDT KELAB GREENBOCTimbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mengecam pihak yang cuba memberikan "tongkat" baru kepada Umno selepas tongkatnya selama ini patah, merujuk kepada MCA dan MIC, dua parti komponen utama Barisan Nasional (BN) yang lain. Tanpa menamakan pihak yang mahu menongkat Umno itu, Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, ketika Umno terhoyong hayang mahu rebah sekarang, ada pihak yang cuba menahannya daripada jatuh. "Ciss... siapa yang nak beri tongkat baru kepada Umno?" tanya Mat Sabu dalam satu ceramahnya malam tadi di Kota Baru. Turut serta dalam ceramah anjuran PAS Kota Baru itu Ketua Ahli Parlimen DAP Lim Kit Siang dan Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli. Mat Sabu dipercayai menyindir sesetengah pihak dalam PAS yang cuba berbaik-baik dengan Umno. Menurut Mat Sabu, semasa satu Muktamar Pemuda PAS di Rusila, Marang, mursyidul am PAS ketika itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, kekuatan Umno dan BN ialah kerana adanya tongkat iaitu daripada MCA dan MIC. "Kalau kita berjaya patahkan tongkat itu, rebahlah Umno," kata Allahyarham Nik Aziz sebagaimana diceritakan Mat Sabu. "Sekarang orang Cina dan India tidak mahu lagi undi Umno dan BN, ertinya tongkat Umno sudah patah dan Umno pasti akan rebah. "Sekarang, dua tongkat Umno itu sudah patah, ertinya Umno sedang terhoyong hayang, tiba-tiba ada orang yang mahu tahan Umno supaya jangan tumbang," kata Mat Sabu dalam ucapannya di depan kira-kira 1,000 hadirin. Baru-baru ini, semasa diwawancara akhbar Singapura, Nation, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang ada mencadangkan sekali lagi agar kerajaan perpaduan tanpa pembangkang ditubuhkan di Malaysia dengan menggabungkan semua parti dalam negara, baik daripada BN mahu pun Pakatan Rakyat (PR). Cadangan ini pernah beliau suarakan selepas Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 namun ditolak pimpinan PAS sendiri. Sebelum ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah juga mencadangkan penubuhan kerajaan dalam bentuk yang sama iaitu satu koalisi nasional manakala Lim pernah mencadangkan kerajaan dibentuk berdasarkan tentangan kepada hudud. Dalam ceramahnya malam tadi, Mat Sabu juga menegaskan, kejayaan PAS dalam politik selama ini ialah melalui kerjasama dengan pihak lain. Beliau berkata, kejayaan PR memerintah 5 negeri pada PRU 2008 adalah kerana kerjasama antara PAS, PKR dan DAP. "Adakah DAP berjaya membentuk kerajaan bersendirian di Pulau Pinang? Tidak boleh," tegasnya. "Begitu juga PKR. Mereka tidak akan berjaya membentuk kerajaan bersendirian di Selangor. "Kejayaan PAS mengambil alih Kelantan pada 1990 juga adalah kerana bekerjasama dengan pihak lain iaitu Semangat 46." Begitu juga pembentukan kerajaan negeri Terengganu pada 1999 yang merupakan hasil kerjasama dengan parti Keadilan Nasional, katanya. -TMI ULASAN GB Apa yang disampaikan oleh Mohamad Sabu malam tadi sedikit sebanyak menyamai apa yang disampaikan oleh TGNA satu ketika lalu. LIHAT VIDEO DI SINI | ||||
Jawatan Lantikan Umno Bakal Diisi Pemimpin Baharu Posted: 11 May 2015 06:02 AM PDT Sebagai permulaan, perubahan yang dilakukan dijangka membabitkan jawatan yang disandang seorang timbalan menteri, sebelum perubahan yang lebih besar dilakukan. Beberapa pihak dalam Umno memaklumkan, ia adalah sebahagian langkah untuk mengukuhkan hubungan dengan akar umbi, masyarakat keseluruhannya dan juga media. Sumber-sumber memaklumkan, khabar untuk melakukan perubahan ini sudah lama dibincangkan di peringkat bawah tetapi tidak pada mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno. "Malahan, sudah ada pihak mula melobi untuk menggantikan jawatan yang penting di peringkat Umno dan Barisan Nasional itu," katanya yang menjangka perkara itu akan diketengahkan pada mesyuarat MT Umno pada Isnin. Kenyataan yang dilabelkan sebagai tidak matang hingga digunakan pembangkang untuk menghentam kerajaan, selain menimbulkan kemarahan masyarakat diambilkira dalam melakukan perubahan ini. Malahan, sumber itu mendakwa, pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Rompin dan Permatang Pauh baru-baru ini, ada pihak meminta supaya timbalan menteri itu tidak hadir berkempen untuk calon BN kerana bimbang akan memberi persepsi negatif kepada pengundi. "Perubahan yang dibuat di peringkat parti ini mungkin membawa kepada rombakan Kabinet, jika Perdana Menteri benar-benar mahu pemimpin negara dihormati ramai," katanya. | ||||
PRK Pmtg Pauh: PKR Menang Kerana GST, Isu Pengurusan Wang Negara Posted: 11 May 2015 05:52 AM PDT ANALISIS Kata seorang lelaki yang setia memakai kemeja-T biru berlogo BN, sekurang-kurangnya Suhaimi masih ada di sekitar Permatang Pauh dan beliau kini kembali meneruskan rutin harian seperti orang lain. "Kita turunkan yang kecil-kecil dulu, yang besar last sekalilah. Bagi peluang Suhaimi 'jaga' kawasan ni sat (sekejap)," katanya sinis merujuk kepada poster besar wajah Suhaimi yang digantung di tiang konkrit di bulatan berhampiran tapak expo Seberang Jaya. Lelaki dalam lingkungan awal 40an itu ditegur ketika sedang sibuk menurunkan bendera, poster serta bahan kempen PRK Permatang Pauh bersama beberapa rakannya. Malah Dr Wan Azizah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang itu terpaksa mewakilkan beberapa undangan majlis perkahwinan kepada anak kelimanya, Nurul Iman Anwar yang masih berada di Permatang Pauh. PRK Permatang Pauh edisi 2015 berkakhir dengan siri kejadian 'ganas' , termasuk Parti Keadilan Rakyat (PKR) berhadapan pelbagai serangan termasuk dari dalam pakatan pembangkang sendiri khususnya daripada PAS. Kemenangan dengan majoriti 8,841 undi dengan peratus keluar mengundi hanya sekitar 73 peratus daripada lebih 71,000 pengundi berdaftar boleh danggap pencapaian yang baik. Namun berdasarkan perkiraan mudahnya sama ada BN mahupun PKR, kedua-dua parti politik ini perlu menafsirkan keputusan PRK Permatang Pauh dalam bentuk yang lebih negatif. Ini kerana keputusan Khamis lalu sebenarnya memberi tafsiran yang pelbagai apabila kedua-dua pihak seakan hanya mengekalkan status quo keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) lalu tanpa sebarang kejutan. PRK Permatang Pauh memperlihatkan BN berjaya mengurangkan undi popular PKR sebanyak 1.47 peratus berbanding PRU-13. Bagaimanapun di pihak BN, parti pemerintah itu hanya mampu meningkatkan jumlah undi popular dalam PRK Permatang Pauh sebanyak 0.38 perarus. Tafsiran kasarnya ialah pengundi Permatang Pauh sebenarnya membuat keputusan memilih PKR dan Pakatan Rakyat dan bukannya atas dasar individu bernama Dr Wan Azizah. Dr Wan Azizah dan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan lagi penentu kemenangan di Permatang Pauh sebaliknya parti yang di wakili mereka adalah penyebab utama rakyat di kawasan berkenaan tetap menolak BN. Buktinya walaupun PKR dan PAS dihimpit kontroversi berhubung pelaksanaan hukum hudud, Dr Wan Azizah berkata beliau berjaya meningkatkan sokongan pengundi Melayu sekitar empat hingga lima peratus. Lebih membanggakan apabila peratusan sokongan pengundi Melayu itu ialah dari kawasan DUN Permatang Pasir yang menjadi kubu kuat PAS. Walaupun pada awalnya Dr Wan Azizah berhadapan ugutan boikot oleh PAS Kawasan Permatang Pauh dan Pemuda PAS Pulau Pinang, namun atas dasar dan semangat Pakatan Rakyat, kerusi berkenaan kekal menjadi milik pembangkang. Namun penurunan undi masyarakat Cina khususnya di pusat daerah mengundi (PDM) Sungai Semambu kepada PKR perlu diberi perhatian. Peningkatan hampir sekali ganda iaitu daripada 16.8 peratus kepada 30.3 peratus undi masyarakat Cina kepada BN di PDM Sungai Semambu merupakan petanda baik kepada MCA dalam memenangi hari pengundi. Di satu sudut lain, pakatan pembangkang seharusnya segera mengikis sentimen 'dinasti Anwar' di Permatang Pauh jika mereka ingin terus mengekalkan kemenangan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang. Jika sentimen 'parti anak-beranak' dan 'kerusi suami isteri' tidak ditangani segera, tidak mustahil BN berjaya menduduki semula kerusi Parlimen Permatang Pauh sedikit masa lagi. Bermula daripada sekarang, PKR wajar mengetengah calon pengganti Dr Wan Azizah untuk diketengahkan pada PRU-14. Menerusi amanat dan ucapan terima kasihnya selepas diumumkan menang, Dr Wan Azizah meletakkan isu simpati terhadap Anwar yang kini sedang menjalani hukuman penjara sebagai antara faktor utama kemenangannya. Mungkin tafsiran itu ada kebenarannya, tapi ia bukanlah seratus peratus pendorong kemenangan PKR di Permatang Pauh. Pengundi Permatang Pauh memangkah Dr Wan Azizah pada kertas undi bukan kerana beliau adalah isteri Anwar namun kerana mereka marahkan BN berhubung pelbagai kontroversi khususnya pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) serta kaedah pengurusan kewangan negara. Walaupun hudud menjadi nadi perjuangan ahli dan penyokong PAS, namun isu GST lebih dekat dengan pengundi apabila ia berkait rapat dengan soal perbelanjaan harian. Tidak mustahil untuk BN merampas kembali kerusi Permatang Pauh daripada PKR. Namun formulanya perlu betul. Selain calon yang bersih, dasar kerajaan secara keseluruhannya adalah penyumbang kepada faktor kemenangan kerana isu pembangunan setempat bukan lagi menjadi perhatain pengundi. Di Permatang Pauh sendiri, rata-rata pengundi selesa dengan pembangunan sedia ada dengan pecahan taburan penduduk dari kawasan kampung tradisional, semi-bandar dan bandar seperti Seberang Jaya. | ||||
Malaysia hanya keluarkan rakyat sendiri di Yaman Posted: 11 May 2015 05:48 AM PDT SHAH ALAM - Penglibatan Malaysia di dalam operasi di Yaman hanya untuk membantu mengeluarkan rakyat warganegara Malaysia yang masih terperangkap di negara bergolak tersebut. Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin dalam satu kenyataan menafikan dakwaan bahawa Malaysia terlibat dalam kempen ketenteraan kerajaan Arab Saudi memerangi pemberontak di Yaman Katanya, dua buah pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) C130 akan ditempatkan di pangkalan tentera sementara (FOB) di Riyadh, Arab Saudi. "FOB tersebut bertempat di Prince Sultan Air Base (PSAB) dan kemudian ke lokasi pemindahan. "Akhirnya, rakyat Malaysia yang masih berada di Yaman akan dipindahkan ke FOB dan dibawa balik ke Malaysia dengan selamat. Fokus kerajaan Arab Saudi dan tentera perikatan bertukar dari Operasi Decisive Storm kepada Operasi Renewal of Hope," katanya. Beliau berkata, pihaknya berharap tawaran gencatan senjata yang akan ditawarkan Selasa nanti akan berterusan. Sebelum ini, tentera perikatan yang diketuai oleh Arab Saudi melakukan operasi pengeboman di beberapa lokasi yang dikatakan sebagai penempatan pemberontak Houthi di Yaman. | ||||
Isu TH: Semua yang terlibat patut letak jawatan Posted: 11 May 2015 05:47 AM PDT Pihak Abim ditemui ketika sesi penyerahan memorandum kepada pemangku Ketua Pegawai Operasi TH, Adi Azuan Abdul Ghani. KUALA LUMPUR - Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) hari ini mendesak semua pihak dalam Lembaga Tabung Haji (TH) yang terlibat dalam skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB) untuk meletak jawatan. Presidennya, Amidi Abdul Manan berkata, ia bagi mengembalikan penubuhan dan urus tadbir TH ke objektif asal. "Unsur-unsur 1MDB perlu 'dibersihkan' daripada TH. Langkah ini bagi memastikan keyakinan orang Islam terhadap TH dapat dipertahankan. "Semua pihak khususnya pengurusan tertinggi TH yang terlibat dengan skandal ini harus meletak jawatan. Dalam masa yang sama, kami ingin mendesak Pengerusi TH sendiri, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim untuk meletak jawatan," katanya ketika ditemui pemberita hari ini. Katanya, Abdul Azeez telah melakukan dua kesalahan yang mencalar integriti dan imej TH terhadap orang ramai. "Pertama, beliau menafikan pembelian tanah tersebut dan sehari selepas itu pihak pengurusan TH pula menyokong apa yang tersebar di media sosial. "Kedua, apa yang dibuat pada hari Sabtu lepas adalah menjual semula tanah tersebut dengan keuntungan. Jadi kami ingin menyoal adakah ini fungsi TH? Adakah untuk menjaga hartanah Bumiputera di kawasan bandar?" soalnya. Abdul Azeez sebelum ini menegaskan beliau tidak akan tunduk dengan desakan supaya meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Tabung Haji yang disandang sejak 2013. Menurut Abdul Azeez, ini kerana beliau tidak melakukan sebarang tindakan yang boleh merugikan TH. Artikel berkaitan: 'Abdul Azeez: Saya tidak akan letak jawatan' Jelas Amidi lagi, keperluan menjaga dan mempertahankan hartanah Bumiputera terutamanya di Kuala Lumpur boleh masih boleh direalisasikan menerusi bantuan pelbagai dana lagi seperti Mara, Dana Amanah Hartanah Bumiputera. Sehubungan itu, pihaknya mendesak semua pihak yang terlibat dengan skandal tersebut meletak jawatan bagi mengekal kepercayaan orang ramai terhadap TH. | ||||
Umno kena pulihkan segera keyakinan rakyat Posted: 11 May 2015 05:45 AM PDT SINAR HARIAN Mohd Shafie Apdal - Foto Sinar Harian KUALA LUMPUR - Umno perlu terus diperkasa sebagai sebuah parti yang memberi perlindungan dan juga payung kepada bangsa Melayu serta Bumiputera supaya dapat mengembalikan semula keyakinan rakyat kepada parti itu, kata Naib Presidennya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal. Mohd Shafie berkata, parti itu tidak harus dilihat sebagai sebuah parti yang ekslusif hanya untuk menguatkan individu tertentu memandangkan kekuatan parti itu terletak atas dasar sokongan akar umbi. "Ini penting bagi kita supaya parti keramat yang menjangkau usia 69 tahun ini akan terus mendapat tempat dan sokongan daripada akar umbi, khususnya golongan muda yang menjadi pelapis kepada barisan pimpinan pada masa ini," katanya dalam satu kenyataan sempena ulang tahun Umno ke-69 di sini, hari ini. Sehubungan itu, beliau berkata keyakinan rakyat harus segera dikembalikan bagi memastikan Umno terus relevan dan sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 yang akan datang. Sambutan ulang tahun ke-69 Umno akan disempurnakan oleh Presidennya, Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra malam ini. - Bernama | ||||
MB: Rizab Simpanan meningkat RM3.6 bilion walaupun perbelanjaan kebajikan naik Posted: 11 May 2015 05:37 AM PDT Oleh: NAEEM RAFFI KUALA KUBU BHARU: Rizab Simpanan Negeri meningkat kepada RM3.6 bilion berbanding RM3.4 bilion pada 28 Februari lalu walaupun perbelanjaan diperuntuk bagi pelbagai program kebajikan bertambah. Dato' Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata perkembangan itu membuktikan kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat cekap mengurus kewangan bahkan menyalur kembali untuk pembangunan rakyat. "Berkat berlaku adil kepada semua rakyat, hasil negeri berjaya ditingkat. Dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini, kita berjaya mengutip hasil lebih RM1 bilion. "Sekarang, wang simpanan Selangor sudah melonjak kepada RM3.6 bilion. "Rezab yang besar tidak membawa apa-apa makna sekiranya rakyat tidak mendapat manfaat darinya. Jadi ia dikeluar dan diterjemahkan dinikmati rakyat," katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaian Borang Notis 5A di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan, di sini, hari ini. Beliau memberi jaminan pengurusan ekonomi dijalankan secara telus, bertanggungjawab dan tiada kebocoran akibat rasuah mahupun penyelewengan.EZY | ||||
Posted: 11 May 2015 05:27 AM PDT Zam dakwa mendapat maklumat yang sah bahawa Najib tidak menyokong Tun M dalam Pemilihan UMNO pada 1987, sebaliknya Najib menyokong Tengku Razaleigh. PETALING JAYA: Tan Sri Zainuddin Maidin mendakwa Datuk Seri Najib Tun Razak tidak menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad dalam Pemilihan UMNO pada 1987. Bekas Menteri Penerangan itu sebaliknya mendakwa, Najib menyokong Tengku Razaleigh Hamzah bagi merebut jawatan Presiden UMNO. Sehubungan itu, Zam mendakwa Najib berbohong apabila membuat pengakuan beliau menyokong Tun M dalam Pemilihan UMNO 1987. "Saya tahu kerana saya adalah Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Melayu masa itu yang mendapat maklumat yang sah daripada wartawan yang bertugas di lapangan. Jika tidak kerana tekanan Anwar Ibrahim, Najib takkan sokong Mahathir," tulisnya di blog zamkata.blogspot.com. Zam berkata, beliau kembali ingat fakta itu selepas mendapat mesej daripada kenalan yang juga bekas pegawai tinggi UMNO. "Dia bohong sokong Dr Mahathir 1987. Dia mula sokong TR (Tengku Razaleigh) saya masih ingat lagi. Masa itu dia timbalan AI (Anwar Ibrahim). AI yang tekan dia sokong Dr M, banyak saksi yang masih hidup. 'He is really desperate' (dia benar-benar terdesak). Dr M menang dengan 44 undi . 'He didn't campaign at all. He is playing safe' (dia tak berkempen langsung, dia ambil jalan selamat)," tulis Zam memetik pesanan bekas pegawai berkenaan. Zam berkata, bekas pemimpin UMNO itu menghantar mesej kepadanya selepas Najib berucap di Tawau dan mendakwa menyokong Dr Mahathir dalam persaingan pucuk pimpinan 1987. Zam berkata, memang benar Dr Mahathir tidak berundur walaupun hanya mendapat sokongan 50 peratus dalam parti, namun keadaan dan situasi mereka berbeza. "Hakikatnya pada masa itu walaupun parti berpecah belah tetapi Mahathir berani bertahan kerana sokongan rakyat kepadanya di luar parti terutamanya Melayu di samping Cina dan India adalah kuat dan kedudukan BN dalam Parlimen teguh tetapi sekarang orang Cina dan India tidak menyokong Najib kecuali "I Love You Palsu",katanya. Malah, apa yang berlaku ketika zaman transformasi Najib, rakyat sudah hilang keyakinan terhadap kepimpinannya baik dari segi, agama mahupun bangsa. Zam sekali lagi menyarankan supaya Majlis Tertinggi UMNO berani menyuarakan perkara sebenar bahawa sokongan Ketua-ketua UMNO Bahagian dan rakyat yang dinyata sebelum ini hanyalah palsu belaka. Katanya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Khairy Jamaluddin perlu berani dan tidak hanya berjuang untuk menyelamatkan diri serta kedudukan semata-mata sedangkan rakyat menaruh harapan penuh kepada mereka. "Tan Sri Muhyiddin Yassin dan juga Khairy Jamaluddin tidak sewajarnya 'hanya berani di luar tetapi kecut di dalam'. "Apa gunanya berjuang kalau sekadar untuk menyelamatkan diri ketika rakyat tergugat dan menaruh harapan yang sangat tinggi . "Inikah sikap seorang pemimpin sejati atau sekadar untuk mengekalkan jawatan Timbalan Perdana Menteri atau Menteri?", soal Zam. | ||||
Rombak pengurusan TH, lantik wakil pembangkang Posted: 11 May 2015 05:25 AM PDT Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berpendapat sudah tiba masanya untuk pengurusan tertinggi Tabung Haji dirombak semula pada kadar segera dan disertai parti pembangkang. KUALA LUMPUR: Pas mendesak kerajaan merombak pengurusan tertinggi Lembaga Tabung Haji (TH) dengan segera ekoran kontroversi pembelian tanah 1MDB dengan harga berlipat kali ganda lebih tinggi. Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, rombakan itu perlu dilakukan segera berdasarkan situasi semasa yang menghakis kepercayaan umat Islam terhadap institusi itu. Beliau berkata, rombakan itu melibatkan pelantikan Ahli Lembaga Pengarah yang baharu termasuk wakil daripada pembangkang. "Lantikkan jawatan pengurusan tertinggi seharusnya dibuka kepada semua pihak termasuk pihak pembangkang. "Bahkan, setiap pengurusan tertingi baharu juga harus dipilih secara telus dan melalui 'screen test'," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Pas pada Isnin. Mahfuz yang juga Timbalan Pengerusi Gerakan Selamatkan Tabung Haji turut mendesak satu siasatan menyeluruh dijalankan terhadap skandal pembelian tanah itu. Beliau juga mempersoalkan penglibatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembelian tanah oleh TH itu. "Pembelian tanah ini seolah-olah demi melegakan kesempitan aliran tunai yang dihadapi oleh 1MDB. "Saya percaya bahawa keadaan terdesak yang dihadapi 1MDB telah memaksa syarikat itu menjual tanah TRX bagi menjana tunai dengan secepat mungkin," katanya. | ||||
NGO anti rasuah gesa PAC siasat 1MDB secara terbuka Posted: 11 May 2015 05:12 AM PDT THE MALAYSIAN INSIDER Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4) menggesa Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) melakukan siasatan terbuka terhadap syarikat pelaburan bermasalah milik Kementerian Kewangan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Mengalu-alukan pengumuman PAC yang satu siasatan bebas akan dijalankan ke atas 1MDB, pengarah eksekutif C4 Cynthia Gabriel berkata, dengan mendedahkan kepada umum rancangan siasatannya, ia langkah pertama ke arah ketelusan sebenar. "Skop siasatan PAC terhadap 1MDB mesti dijelaskan dan disiarkan. Sekarang masa kritikal, dan harapan tinggi untuk siasatan ketua audit negara. "Siasatan PAC terhadap 1MDB perlu dibuka kepada umum. Ia akan memberikan keterbukaan, meningkatkan kesedaran umum dan meningkatkan penyertaan dalam hal ehwal pentadbiran negara," katanya dalam satu kenyataan hari ini. PAC hari ini mengesahkan laporan The Malaysian Insider, ia akan memulakan prosiding siasatan terhadap 1MDB mulai 19 Mei ini dengan memanggil Ketua Setiausaha Perbendaharaan Kementerian Kewangan Tan Sri Irwan Serigar Abdullah dan Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Rahmat Bivi Abdullah. Pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohamed dalam satu kenyataan hari ini berkata, pada 26 Mei, PAC akan memanggil ketua pegawai eksekutif (CEO) 1MDB ketika ini, Arul Kanda Kandasamy serta mantan CEO 1MDB pertama, Datuk Shahrul Ibrahim Halmi yang berkhidmat sejak Mac 2009 hingga Mac 2013. Jawatankuasa di bawah Parlimen itu katanya, bersetuju memulakan prosiding siasatan terhadap 1MDB dalam satu perbincangan khas yang diadakan pada 30 April lalu. "Dalam perbincangan ini, semua ahli PAC yang terdiri daripada 8 ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) serta 5 daripada pembangkang sebulat suara bersetuju memanggil semua pihak terbabit dalam pengurusan kawalan tadbir urus syarikat 1MDB sejak ia mula ditubuhkan pada 2009, selepas ditukar fungsi daripada Pihak Berkuasa Pelaburan Terengganu (TIA)," kata Nur Jazlan. Ahli Parlimen Pulai itu berkata, PAC juga akan memulakan prosiding dengan memanggil pegawai pengawal syarikat 1MDB iaitu Irwan dan Rahmat yang pernah hadir memberikan keterangan kepada jawatankuasa itu pada 2012. Nur Jazlan berkata, surat panggilan kepada kementerian kewangan dan EPU sudah dihantar pada 6 Mei lalu dan mengikut peraturan dan kuasa yang diberikan kepada PAC oleh Parlimen Malaysia, semua pihak berkaitan perlu hadir di hadapan jawatankuasa itu. Katanya, EPU ada menghantar surat balas kepada PAC Jumaat lalu, memaklumkan unit berkenaan tidak bertanggungjawab terhadap tadbir urus syarikat 1MDB. Beliau bagaimanapun berkata, PAC tetap mahu EPU hadir memberikan keterangan di hadapan jawatankuasa berkenaan kerana mereka pernah hadir sebelum ini bagi menjelaskan mengenai pelaburan 1MDB selain turut bertanggungjawab terhadap pembangunan tanah Tun Razak Exchange (TRX) serta Bandar Malaysia, Sungai Besi. | ||||
P Pinang, T'ganu serap GST yang dikenakan PBT Posted: 11 May 2015 02:53 AM PDT MALAYSIAKINI Pulau Pinang menjadi negeri kedua yang mengumumkan akan menyerap Cukai Barangan dan Perhidmatan (GST) yang dikenakan pihak berkuasa tempatan (PBT) ekoran titah Sultan Johor mengarahkan kerajaan negeri itu berhenti mengutip cukai itu. Sultan Johor Sultan Ibrahim Ismail baru-baru ini bertitah arahan perlaksanaan cukai itu "tidak masuk akal" kerana perkhidmatan kerajaan adalah tanggungjawab asas kepada rakyat dan tidak wajar takyat dibebankan dengan cukai itu. Hari ini, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata keputusan itu dibuat demikian berikutan rayuan pentadbirannya kepada Putrajaya untuk mengecualikan PBT daripada GST, yang berkuatkuasa 1 April. Kerajaan Pulau Pinang akan menyerap pelaksanaan GST yang dikenakan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Jaya (MPSP) berkaitan projek, perkhidmatan dan kontrak yang dijalankan oleh PBT tersebut, kata Lim. Kerajaan juga, katanya lagi, akan menyerap GST yang dikutip dari rakyat oleh pihak berkuasa tempatan bagi kerajaan persekutuan, seperti bayaran letak kereta, sewa tanah dan bangunan. Beliau yang juga setiausaha agung DAP berkata kerajaan negeri akan menyerap sejumlah Rm15.6 juta GST yang dikenakan oleh MBPP dan RM5.8 juta oleh MPSP. [Baca berita asal] Sementara itu, Bernama melaporkan kerajaan negeri Terengganu menyerap Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang dikenakan PBT negeri ini berkuat kuasa serta merta. Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata penyerapan CBP itu yang berjumlah RM1.6 juta bertujuan meringankan beban rakyat di negeri ini. "Ini adalah langkah untuk memastikan amaun CBP oleh PBT tidak dikenakan kepada rakyat. "Perkara ini dipersetujui pada mesyuarat Exco 22 April lepas yang memutuskan untuk menyerap CBP bagi sembilan komponen utama di bawah PBT," katanya dalam kenyataan di Kuala Terengganu, hari ini. Sembilan komponen itu ialah sewaan bangunan dan premis Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) sewaan pasar, pajakan tanah, pajakan pasar, pajakan tempat letak kereta, sewaan kemudahan sukan, sewaan alat kelengkapan dan perhiasan, sewaan kenderaan, mesin dan jentera dan jualan borang, pelan dan dokumen. Ahmad Razif berkata walaupun terdapat sembilan komponen, ada daerah yang menambah penyerapan CBP seperti di Kemaman yang menyerap CBP bagi jualan barangan taman rekreasi dan mini zoo, jualan tiket taman rekreasi dan mini zoo serta perkhidmatan penyelenggaraan. Mereka yang sudah membayar CBP itu akan dibayar balik oleh Bahagian Kewangan setiap PBT berkenaan. Terengganu adalah negeri kedua yang menyerap CBP selepas Johor yang menyerap CBP bagi semua PBT di negeri itu. | ||||
Abim serah memo desak Azeez letak jawatan Posted: 11 May 2015 02:51 AM PDT MALAYSIAKINI NGO Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) hari ini menyerahkan memorandum kepada Lembaga Tabung Haji bagi mendesak Pengerusinya Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim meletakkan jawatan. Presiden Abim Amidi Abdul Manan berkata, selain mendesak Abdul Azeez meletakkan jawatan, pihaknya juga meminta supaya pihak yang terlibat dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) turut berbuat demikian. "Kita minta pihak di pelbagai peringkat yang terlibat dengan 1MDB meletakkan jawatan. Dan Abim mendesak supaya pengerusinya sendiri undurkan diri kerana kesilapan yang dibuat dan beri persepsi tak benar berkaitan Tabung Haji," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum tiga muka surat kepada Pemangku Ketua Pegawai Operasi Tabung Haji Adi Azuan Abd Ghani di Bangunan Tabung Haji Jalan Tun Razak. Mengulas lanjut, Amidi berkata Abim juga menyerahkan memorandum tersebut kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom memandangkan beliau menteri yang menyelia agensi itu. Katanya lagi, selaku menteri, Jamil perlu memberi penjelasan berhubung kontroversi pembelian tanah milik 1MDB di Tun Razak Exchange (TRX) oleh Tabung Haji. "Kita juga mohon supaya beliau bersuara kerana dia mempunyai kuasa yang lebih terhadap lantikan serta boleh memecat pengerusi. Beliau berkuasa penuh. "Jadi kami juga mahukan penjelasan daripada beliau selalu menteri," katanya. Rasa teraniaya Sementara itu, di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya petang ini, stiga individu mengeluarkan wang caruman mereka sebagai tanda protes dan mendesak Azeez meletakkan jawatan. Ketua Penerangan PAS Lembah Pantai Jasni Abdullah (kanan) berkata, beliau mengeluarkan sebahagian wang carumannya kerana berasa teraniaya ekoran tindakan Tabung Haji yang membeli tanah Tun Razak Exchange. "Kita rasa teraniaya dengan Tabung Haji yang membeli tanah di Tun Razak Exchange dan beli guna duit pendeposit. "Jadi kami membantah tindakan itu kerana sebagai pencarum kami juga nak bantah supaya pengerusi Tabung Haji letak jawatan dan harap perdana menteri lantik orang bukan politik," katanya. Manakala Khairudin Mohamad, 51, (kiri) pula berkata beliau mengeluarkan kesemua wang caruman miliknya dan ahli keluarganya di Tabung Haji kerana sudah tidak mempercayai badan itu. Menurutnya lagi, Khairudin akan mempertimbangkan untuk tidak menunaikan haji di bawah badan tersebut sekiranya giliran untuk menunaikan ibadah itu tahun ini. "Saya dah tak percaya dengan Tabung Haji, jadi saya keluarkan semua wang saya dan keluarga. "Saya juga mungkin menolak tawaran sekiranya giliran memunaikan haji pada tahun ini kerana kecewa dengan Tabung Haji," katanya. | ||||
Posted: 11 May 2015 02:39 AM PDT Berita Terkini Skandal 1MDB Menang Tender Projek 3B RM11 Bilion. YTL, Malakoof, TNB Kalah. Akhirnya TNB Ambil Alih Projek? : Dalam isu 1MDB tertanya-tanya berbelas mufti yang kita ada di Malaysia, di mana mereka sekarang ini dan tokoh agam yang rajin tampil ke hadapan untuk isu-isu lain? Hanya tampak kelibat Mufti Perlis sahaja yang berani tampil bersuara. Pelik. Sedar atau buat-buat sardin tidak sedar? Ermm…. Belum sejuk skandal Tabung Haji dan IMDB, keluar pula skandal TNB dan 1MDB. Nah…sekarang cerita dan isu semasa melibatkan 1MDB bukan sahaja berlegar dengan syarikat GLC seperti Tabung Haji dan KWAP tetapi mereka sudah bersedia menukarkan servis permainan mereka dalam lapangan pengurusan projek loji kuasa arang batu 2,000 megawatt atau dikenali Projek 3B kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) BACA BERITA INI : Pinjaman Hutang 1MDB Bernilai RM2 Bilion Dengan Maybank, RHB Tangguh Buat kali Ketiga? Ananda Krishnan Bakal Menyelamat! Ya…hanya di Malaysia. Di katakan open tender : Berita Terkini Skandal 1MDB : Kronologi Tender Projek Loji Kuasa Arang Batu 2,000 Megawatt (3B)
P/S : Berapa banyak lagi drama putar belit oleh kerajaan Malaysia melibatkan syarikat 1MDB ini perlu dipertontonkan kepada rakyat Malaysia? PP/S : Rival sudah kalah dalam open tender, tetapi pihak yang menang tender serahkan kepada rival yang kalah untuk teruskan projek. Haha….yang ini lawak! Hanya di Malaysia. | ||||
Palanivel gesa Samy Vellu tidak campur dalaman MIC Posted: 11 May 2015 02:27 AM PDT ANTARAPOS.COM PETALING JAYA: Presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel menegur Datuk Seri S. Samy Vellu dengan meminta supaya bekas presiden itu tidak mencampuri urusan politik dalaman parti. "Dia telah letak jawatan dan dia patut jangan masuk campur. Masyarakat India beri dia masa hampir 30 tahun dan itu sudah cukup. "Taraf kehidupan masyarakat masih gagal dicapai. Ini bukan pandangan saya. Itulah hakikatnya," kata Palanivel dalam satu kenyataan pada Ahad. "Lain pemimpin mempunyai lain cara kepimpinannya. Dia dengan cara dia dan saya dengan cara saya. Ini adalah masa untuk membolehkan saya melakukan dengan cara saya bagi mempertingkatkan taraf kehidupan masyarakat India di negara ini," katanya. Palanivel mendakwa bahawa beliau telah melakukan lebih banyak perkara untuk masyarakat India dalam tempoh singkat sebagai presiden berbanding Samy Vellu memegang jawatan itu selama 29 tahun. "Samy Vellu begitu faham dengan perlembagaan parti dan dia sepatutnya lebih cukup 'gentleman' untuk menyerahkan MIED (Institut Pembangunan Pendidikan Maju) dan AIMST (Universiti Institut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia) kepada MIC dan meletakkan jawatannya dalam entiti-entiti ini," tambahnya. Palanivel turut meminta supaya Samy Vellu meletakkan jawatan sebagai duta khas Malaysia untuk infrastruktur bagi India dan rantau Asia Selatan. Beliau turut mempersoalkan jumlah perniagaan yang diperoleh Samy Vellu dengan menduduki jawatan itu. "Dia mencampuri urusan MIC dan menghasut orang lain untuk menentang saya, daripada menumpukan tugasnya sebagai duta khas. "Rahsia mengenai dia menghasut orang untuk menentang saya telah pun diketahui," kata Palanivel. Baru-baru ini, Samy Vellu merupakan presiden yang paling lama berkhidmat kepada MIC berkata, masyarakat India tidak peduli tentang MIC. Beliau menyalahkan Palanivel mengenai perkara itu. Januari lalu, Samy Vellu menggesa Palanivel supaya 'menyelamatkan parti'. Dalam menyuarakan kebimbangannya mengenai perbalahan dalaman MIC, Samy Vellu meminta Palanivel melibatkan diri dengan ahli-ahli parti walaupun dia mendapatkan kritikan mereka. | ||||
Najib sang Kelinci putih telah termasuk jerat Posted: 11 May 2015 02:25 AM PDT MSO Najib Razak akhirnya terpaksa juga mengaku kalah dan tidak sanggup untuk terus berperang di medan psikologis dengan Dr Mahathir Mohamad apabila semalam dia membuat kenyataan terbuka menegaskan tidak akan tunduk kepada desakan agar meletak jawatan.
Penegasan Najib itu dilihat dia sudah hilang sabar dan gagal kawal diri apabila 24 jam sebelum berlangsungnya himpunan sempena hari kelahiran Umno di PWTC hari ini, Najib sudah "membeludakkan" perasaanya itu. Seolah-olah tindakan Najib di Sabah itu seperti wanita hamil bersalin tidak cukup bulan. Melihat cara Najib mempertahankan diri sambil menyerang Mahathir semacam beliau dirasuk sehinggakan berani untuk membuat serangan terbuka sebegitu. Najib sampai mengungkit sokongannya kepada kepada Mahathir tahun 1987 yang sekaligus membuka sikap play safe yang oportunisnya. Aksi Najib itu tidak bijak dan dianggap melampau, yang menunjukkan dia beserabut. Sebelum ini Najib menahan sabar daripada membalas apa yang Mahathir lakukan kepadanya. Kalau pun ada Najib hanya menyinis dan banyak membiarkan kepada awak-awaknya, para menteri Musang Berjanggut untuk menjawab bagi pihaknya. Sikap mendiamkan diri dan istiqamah dengan kebodohan sebagai satu pendekatan bijak Najib. Rata-rata orang melihat Najib lebih pintar berbanding dengan Mahathir. Tetapi apa yang berlaku di Sabah semalam menyerlahkan akan kedangkalan Najib. Mahathir mungkin tersenyum melihat Najib dikaca televisyen menyerangnya. Bagi Mahathir selaku seorang ahli politik yang matang dan licit, dia sangat berharap Najib bingkas menjawab persoalan yang ditimbulkan. Beberapa isu dibangkitkan beliau sebelum ini mendedahkan kelemahan kepimpinan Najib dan ketidakmampuan PM itu memimpin negara disambut dingin oleh Najib. Kedinginan itulah menjadikan Mahathir serba salah dan kecewa sehinggakan ada kalanya bertindak sebagai orang kewarasan. Kini apabila dengan penuh bersemangat dan amarah Najib menegaskan dia tidak akan lepaskan jawatan, tindakan itu sangat disukai Mahathir. Kenyataan dan sikap itulah yang Mahathir mahu diakukan Najib, kerana apabila Najib berbuat begitu ia mengesahkan keserabutan dalam Umno. Apabila Najib mula bercakap meletakkan laki Rosmah itu dalam suasana yang bahaya kerana banyak lagi kesilapan dan kesalahannya akan terserlah. Serangan Najib kepada Mahathir dan penegasan enggan berundur semalam juga mengesahkan bahawa PM itu bermasalah besar. Sekarang bukan sahaja orang dekat dengan Najib yang tahu masalah beliau, tetapi seluruh rakyat dapat melihat dan merasakan masalah yang berlaku dalam Umno. Pergolakan dalam Umno yang melibatkan Najib kini sudah mulai membusuk dan keluar dari storage Umno apabila beliau menyerang secara terbuka. Najib telah membuka pekong Umno kepada umum yang sebelum ini ada yang hendak disembunyikan. Penegasan dilakukan Najib di Sabah semalam satu kesilapan sebenarnya. Najib sepatutnya tidak terpengaruh dengan kehadiran orang ramai (yang diupah) untuk bersolidariti kepadanya lantas menyerang Dr Mahathir. Beliau perlu ingat mengenai budaya dan tradisi orang Sabah. Politik orang Sabah politik "chameleon", yang bukan boleh dipegang buku. Apakah Najib terpesona dengan janji dan akuan dilafazkan pemimpin Sabah, Salleh Said Keruak, Abdul Ghafur Salleh atau Musa Aman yang menerang-nerang suara untuk mempertahankannya. Kalau Najib percaya, ia satu kesilapan besar. Politik orang Sabah, boleh terbalik dan berubah dalam masa beberapa minit sahaja. Politik orang Sabah adalah politik "daun balik angin". Orang Sabah boleh merubahkan pegangan politik dan sokongannya gara-gara hanya tidur mereka kerana diganggu mimpi dan igau atau perjalanan mereka tersepak batu. Politik orang Sabah boleh didapati di pasar-pasar dengan price tag tertentu. Sudah berapa kali orang-orang yang lantang bangun dan mempertahankan Najib itu berubah keadaan dan pegangan politiknya. Kalau itulah yang membuka selera Najib untuk bercakap persis semalam, ia adalah kesilapan besar. Najib gagal atau terlupa melihat buku sejarah politik orang Sabah. Mungkin sebelum sempat pesawat yang membawa Najib pulang ke Kuala Lumpur, pendirian dan sokongan orang Sabah itu sudah pun berubah. Orang Sabah yang mengalami keazaban politik sejak berpuluh tahun lalu, ditipu dan dipersendakan Barisan Nasional, mengira inilah masa untuk mereka mempermain-mainkan Najib. Orang Sabah sebenarnya berdendam dengan orang Kuala Lumpur terutamanya parti yang dipimpin Najib. Apakah Najib boleh percaya dengan orang yang ada dendam? Ada ubi adalah batas. Dalam ucapan bersemangat di Sabah semalam Najib sekali menjadikan rakyat dan ahli Umno sebagai benteng dan aling-aling untuk beliau berlindung. Katanya selagi ahli Umno dan rakyat menyokong dia, dia tidak akan berundur. Dangkal alasan dan hujah Najib itu. Dia sendiri tidak tahu membaca telapak tangan politik semasa tentang sokongan ahli Umno dan rakyat kepadanya. Kalau ahli Umno benar-benar memberi sokongan padu kepadanya dan juga ke atas beberapa dasar dan polisi pentadbirannya, untuk apa dikerah ahli berhimpun dan mengangkat sepanduk I love PM? Bukankah cara itu menunjukkan Najib sudah hilang sokongan, dan sokongan terpaksa dibeli. Najib tidak boleh bertahan dengan sokongan upahan. Saya melihat himpunan di Sabah semalam bukan untuk menyokong tetapi untuk merebahkan Najib. Himpunan semalam memandu Najib menuju keranda untuk dibawa ke liang lahad. Orang Sabah tanpa diketahui ada agenda lain yang tidak ternampak oleh Najib. Sabah sesungguhnya bukan fix deposit kepada BN, tetapi ia adalah padi gundal kepada Najib dan Umno. Tahu padi gundal? Kalau tidak tahu, cari maksud dan ertinya, bertanya kepada yang tahu istilah itu. Rakyat yang didakwa menyokongnya juga adalah tidak benar dan meleset. Apakah Najib tidak menyedari bahawa sokongan rakyat kepada BN berdasarkan "pemilu" lalu, kini hanya tinggal 42% sahaja? Apakah angka itu Najib berasakan ia satu sihir dan silap mata. Angka itu dicerakinkan setahun lalu, dan status itu kini sudah berubah. Najib lembab dalam meng up-date status sokongannya. Dengan terlaksananya cukai GST, yang dimarahi bukan sahaja oleh rakyat marhaen tetapi lembu kerbau, monyet dan lain-lain juga; dengan terbongkarnya skandal pembelian dan penjualan tanah oleh Tabung Haji bernilai RM188 juta, terdedahnya masalah hutang yang ditanggungi oleh 1MDB sebanyak RM42 billion, angka 42% sokongan itu juga sudah bertambah. Jadi macam mana Najib boleh berangan-angan dan berasa selesa dengan pencapaian itu? Najib kini hanya bernostalgia dizaman ayahya dan juga berilusi dengan sokongan rakyat. Dia berasa kuat kerana beranggapan Tun Razak masih ada. Manusia yang bernostalgia dan berilusi adalah orang yang tidak waras atau tidak berada atas alam sedar. Najib kini berada di bawah minda hakiki. Perhitungan Najib dalam ini tidak benar. Najib hari ini berpegang kepada tali yang bukan sahaja tidak kukuh tetapi akan putus bila-bila masa sahaja. Dalam kata lain beliau sudah sangat terdesak dan terjempit. Umpama orang terdesak dia akan melakukan apa sahaja termasuk perkara yang tidak masuk akal ataupun ganjil. Kalau Najib seekor harimau, atau singa atau kucing yang memiliki kuku tajam dan panjang tidak mengapa kalau pun dia terdesak kerana ia boleh mencakar. Tetapi Najib hari ini bukan singa, harimau atau kucing tetapi dia adalah seekor Kelinci putih sahaja. Perhimpunan 11 Mei hari ini, akan menjawab persoalan sebenar. Apakah Najib terus melancarkan serangan kepada Dr Mahathir atau pun beliau mengambil keputusan mengumumkan persaraanya? Kalau telatah Najib di Sabah semalam adalah membuang tabiat, mungkin hari ini ada kejutan, yang sudah pun tidak perlu diperanjati lagi kerana Najib telah menunjukkan tabiat pelik awal-awal lagi. Namun bagi saya tetap menyakini Najib akan kekal selagi dia berpegang nyawa politik kepada si burung Penguin | ||||
DAP cabar Najib arahkan anak tirinya beli tanah LTH Posted: 11 May 2015 02:19 AM PDT Roketkini.com KUALA LUMPUR: DAP hari ini mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya mengarahkan anak tirinya Riza Aziz untuk membeli tanah Tun Razak Exchange (TRX) daripada Lembaga Tabung Haji jika benar bahawa ia merupakan urusan komersial yang sangat baik. Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua berkata, jika pembelian tanah itu merupakan keputusan komersial, mengapa Najib tidak mengarahkan Riza menjual hartanah beliau di Amerika Syarikat untuk mendapatkan tanah Tun Razak Exchange (TRX) daripada LTH. "Jika LTH begitu mudah untuk mendapatkan 'beberapa juta ringgit', kenapa 1MDB yang begitu terdesak untuk mendapatkan dana, tidak menjualnya kepada pihak yang didakwa sanggup membeli dengan harga lebih tinggi berbanding apa yang LTH sanggup bayar? "Oleh itu, kami menyeru Najib untuk menunjukkan keteladanan dan segera menasihatkan Riza untuk melupuskan hartanah mewahnya di Amerika Syarikat serta membeli tanah dari LTH," tegas Tony dalam satu kenyataan. New York Times pada Januari lalu melaporkan bahawa Riza telah membeli kondominium mewah di Park Laurel (New York) dan banglo di Beverly Hills (Los Angeles), yang masing-masing bernilai RM121 juta serta RM63.2 juta. Lebih menarik lagi, kedua-dua hartanah mewah bernilai RM184 juta tersebut telah dibeli secara tunai daripada Jho Low. Tony yang juga Setiausaha Publisit DAP menyatakan, salah satu sebab mengapa 1MDB berada dalam kesulitan dengan hutang sebanyak RM42 bilion ialah kerana syarikat-syarikat Jho Low didakwa telah menyedut berbilion ringgit daripada 1MDB. Jelasnya, sekarang 1MDB terpaksa membereskan segala aset yang diperolehi pada harga murah daripada kerajaan untuk mengumpul dana bagi menampung hutang. "Dalam kes ini, 1MDB menjual 1.56 ekar tanah kepada LTH dengan nilai RM2,773 satu kaki persegi walaupun tanah itu mereka perolehi pada kadar hanya RM64 satu kaki persegi. "Oleh kerana Najib percaya bahawa dengan membayar RM2,773 satu kaki persegi untuk sebidang tanah adalah satu urusniaga yang baik, maka dia hendaklah segera menasihati Riza untuk melupuskan RM184 juta hartanah di Amerika Syarikat dan membawa balik wang tersebut bagi membeli tanah daripada LTH," tegas Tony. – Roketkini.com | ||||
Nazri nafi ada konspirasi Milan ketepi Najib Posted: 11 May 2015 02:17 AM PDT MALAYSIAKINI Menteri Pelancongan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz menafikan dakwaan beliau bertemu Tan Sri Muhyiddin Yassin di Milan, Itali bagi merangka pelan mengetepikan Datuk Seri Najib Razak. Kata Nazri perdana menteri mengetahui di mana beliau berada kerana kunjungannya ke Dubai dan Milan diluluskan kabinet. "Saya cuma bertemu Muhyiddin di sebuah majlis kerana satu kumpulan penari Istana Budaya membuat persembahan," katanya kepada Malaysiakini. Semalam bekas menteri undang-undang Datuk Zaid Ibrahim mendakwa Nazri mengadakan pertemuan dengan timbalan perdana menteri serta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed serta bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin. Pertemuan itu dakwa Zaid dibuat mereka untuk berpakat menyingkirkan Najib daripada jawatan perdana menteri dan presiden Umno. Zaid mendakwa dia mendapat maklumat berkenaan daripada sumber yang tidak dapat disahkan. Kata Nazri, langsung tidak ada kebenaran cerita berkenaan. "Lawatan saya ke Milan dan Dubai diluluskan kabinet yg dipengerusi oleh perdana menteri. Maksudnya, ia ada dalam pengetahuan beliau," katanya. | ||||
Salahkah Rakyat Prihatin Dengan Isu 1MDB Dan TH ? Posted: 11 May 2015 02:15 AM PDT Oleh Mohammad Agus Yusoff Bercakap di Milan tentang isu 1MDB, TPM menyatakan beliau buntu untuk menjawab isu ini. Jika TPM pun buntu, apatah lagi rakyat? Benarkah 1MDB ini masalah kepada ekonomi negara? Bagi pembangkang dan masyarakat sivil, mereka mendakwa masalah besar kerana hutangnya pun sudah RM42 bilion. Bagi kerajaan pula, semuanya dalam kawalan dan tunggulah hasil semakan oleh Jabatan Audit Negara. Jika tunggu berapa lama dan sampai bila? Perlu ada jangka waktunya supaya rakyat tidak gelisah. ******************* Isu ekonomi negara ini bukan hanya tentang 1MDB, tetapi juga tentang pemberian sekeping tanah oleh THP dari syarikat 1MDB dan juga GST. Tentang pemberian tanah oleh THP, rakyat tidak marah jika untuk pelaburan yang boleh membawa keuntungan kepada pendeposit. Rakyat cuma mahu tahu kenapa THP membeli tanah ini dengan harga RM2,880 sekaki persegi dari 1MDB, sedangkan 1MDB mendapat tanah tersebut dengan harga RM60 sekaki sahaja dari kerajaan. Kenapa 1MDB membelinya dengan harga RM4 juta dari kerajaan, THP pula membelinya dari 1MDB dengan harga RM188.5 juta? THP hanya perlu jawab sahaja pertanyaan ini. Tetapi Alhamdulillah, kelmarin THP telah pun menjawab hal ini dengan menyatakan akan menjual semula tanah ini dengan kentungan RM5 juta. ********************* Tentang GST, rakyat juga tidak marah jika pelaksanaannya sama seperti yang dijelaskan oleh kerajaan. Kerajaan menyatakan GST tidak akan membebankan rakyat kerana harga keperluan asas tidak naik; GST hanya untuk orang kaya; GST menurunkan cukai SST dari 10+6% kepada hanya 6% sahaja. Realitinya, apabila dilaksanakan harga barang keperluan naik. Hatta, harga kad prabayar yang dijanjikan tidak naik pun dikenakan GST. Kerajaan berjanji akan menyelesaikan masalah kad prabayar ini dengan Telco, tetapi sampai sekarang belum ada lagi pengumuman mengenai penyelesaiannya. Apabila harga keperluan meningkat, rakyat marah dan menuntut penjelasan. Apabila rakyat mengeluh, keluarlah kenyataan rakyat tidak berterima kasih; pembangkang mengambil kesempatan dan lainnya. Isu rakyat telah ditukar menjadi isu politik kepartian. Mengapa sampai begitu? Di akhir analisis, saya dapati rakyat mengeluh kerana mereka tidak mendapat jawapan kepada isu yang timbul, tetapi alasan semata. Susah sangatkah untuk memberi jawapan yang boleh meyakinkan rakyat? Melihat kembali, saya fikir wajar kita turut merenung kebuntuan TPM. | ||||
Skandal 1MDB-Tabung Haji: Najib digesa letak jawatan Menteri Kewangan Posted: 11 May 2015 02:12 AM PDT Roketkini.com KUALA LUMPUR: DAP mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya segera bersuara dan memberikan respon terhadap permintaan Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mahukan tindakan diambil terhadap pihak yang terlibat dalam skandal hutang RM42 bilion 1MDB. Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menegaskan, Najib mesti terbuka, telus dan bertanggungjawab mengenai skandal ini kerana ia melibatkan dana awam dalam jumlah yang besar. "Muhyiddin telah berkata bahawa beliau tidak tahu apa yang hendak dikatakan, bahkan mengenal pasti 1MDB sebagai salah satu punca kekalahan UMNO dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh baru-baru ini," "Rakyat Malaysia tidak kagum dengan pertunjukan silap mata dana 1MDB yang lesap, malah lebih menaikkan kemarahan umat Islam pula adalah bagaimana Lembaga Tabung Haji (LTH) turut terlibat dengan skandal tersebut dengan membeli tanah di Tun Razak Exchange daripada 1MDB," "Najib harus mengadakan sidang media bersama Muhyiddin untuk menjawab pertanyaan serius yang dibangkitkan oleh timbalannya itu tentang mengapa tidak ada siapa yang didakwa, mengapa Lembaga 1MDB tidak dipecat dan kedudukan beliau selaku Penasihat 1MDB," "Sebarang kegagalan untuk berbuat demikian bukan saja akan merosakkan kredibiliti dan integriti yang masih ada pada Najib, malah akan menimbulkan krisis dalaman berikutan cabaran terbuka daripada Muhyiddin kepadanya," tegas Guan Eng. Ketua UMNO Bahagian Kulim Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir dalam wawancaranya bersama portal The Malaysian Insider pagi tadi telah mengatakan bahawa sudah tiba masanya untuk Najib bertanya kepada dirinya sendiri apakah beliau seorang 'calon boleh menang' selepas pentadbirannya dihujani pelbagai kritikan termasuk kontroversi 1MDB melibatkan Tabung Haji. Justeru, Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan mendesak Najib untuk melepaskan jawatannya sebagai Menteri Kewangan agar beliau dapat memberikan tumpuan kepada tugas selaku Perdana Menteri. "Najib perlu bertanggungjawab sepenuhnya berhubung pengendalian skandal 1MDB dengan melepaskan jawatan sebagai Menteri Kewangan untuk menumpukan perhatian kepada tugas sebagai Perdana Menteri. "Kegagalan untuk meletakkan jawatan sebagai Menteri Kewangan hanya akan menambah tekanan kepada beliau untuk melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri," ujarnya. -Roketkini.com | ||||
Pilihan Raya Kecil : Fix deposit BN di Felda boleh dilebur Posted: 11 May 2015 02:05 AM PDT
| ||||
Cuba bunuh diri kerana tekanan GST Posted: 11 May 2015 12:56 AM PDT MALAYSIAKINI Seorang ahli perniagaan dilaporkan cuba membunuh diri menjelang penutupan kedai perkakasannya akibat tertekan dengan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST). Dalam laporan muka depan akhbar China Press hari ini, Tan Huo Ming dari Teluk Intan, Perak tertekan kerana menghadapi masalah kesan daripada GST yang mula dilaksanakan 1 April lalu. Akhbar itu melaporkan, Tan beberapa kali mengadu kepada keluarga dan jirannya kerana belum melengkapkan kedainya dengan kemudahan komputer yang merekodkan transaksi GST di kedai berkenaan. "Pada awalnya Tan berbelah bagi sama ada mahu meneruskan perniagaan atau menutupnya. Selepas dipujuk ahli keluarga dia akhirnya bersetuju menutup kedai itu hari ini," lapor akhbar berkenaan. Bagaimanapun berlaku kejadian tidak dijangka semalam ketika ahli keluarga Tan bersiap-siap untuk meraikan dia dan isterinya sempena sambutan Hari Ibu di sebuah restoran. Dengan rasa yang sedih, Tan dilaporkan memanjat pagar ke rumah jiran sebelahnya, menyerahkan sejumlah wang sebelum menelan sebotol kecil racun. Enggan dipujuk Menurut jiran yang enggan dikenali itu, dia cuba menghalang Tan membunuh diri sebaliknya gagal apabila lelaki menyerbu ke rumah berkenaan dan mengurung dirinya di dalam bilik. Tan kemudian memecahkan kaca dan mengelar pergelangan tangannya. Apabila dipujuk, Tan enggan melayan jiran berkenaan sebaliknya meminta supaya dia dibiarkan mati. Jiran berkenaan memanggil rakannya dan mereka kemudian memecah pintu bilik rumah jiran Tan. Di situ mereka menemui Tan terbaring berlumuran darah dan tidak sedarkan diri. Dia kemudian dikejarkan ke hospital dan sempat diselamatkan. Menurut anak perempuan Tan, bapanya itu sangat susah hati sejak GST mula dilaksanakan. Isteri Tan pula berkata, dia berjaya memujuk lelaki itu menutup kedai beberapa hari lalu tetapi percaya keputusan itu amat berat untuk diterimanya sehingga dia memutuskan cuba membunuh diri. | ||||
Kenapa jual pada TH melalui 1MDB? Posted: 11 May 2015 12:51 AM PDT MALAYSIAKINI Gerakan Selamatkan Tabung Haji (Selamatkan Tabung Haji) membantah sekeras-kerasnya penggunaan dana Tabung Haji untuk menyelamatkan syarikat 1MDB, sebuah lagi syarikat milik kerajaan yang diselubungi pelbagai skandal. Syarikat dana berdaulat yang berhutang sebanyak RM42 bilion ini dilaporkan terlibat di dalam pelbagai transaksi kewangan yang meragukan menyebabkan ia kekeringan kemudahan tunai dan gagal melunaskan hutang pada masanya. Baru-baru ini dilaporkan bahawa pembayaran balik hutangnya dengan beberapa buah bank telah tertangguh beberapa kali. Uuntuk mengelakkan hutang berkenaan dari diklasifikasikan ke dalam kategori hutang tidak berbayar, syarikat 1MBD dikatakan telah meminjam wang dari seorang ahli korporat ternama untuk melunaskan hutang yang tertangguh pembayarannya itu. Juga dilaporkan, Kementerian Kewangan telah membuka kemudahan surat kredit dengan had kemudahan sebanyak RM950 juta bertujuan melegakan kesempitan mudah tunai yang sedang dihadapi oleh syarikat berkenaan. Sebagai satu usaha untuk melegakan kesempitan mudah tunai yang dihadapi, syarikat 1MDB pada awalnya dilaporkan telah mencairkan portfolio pelaburan sulitnya di Cayman Island. Tetapi khabarnya, dana tunai itu tidak dibawa masuk terus ke Malaysia tetapi sebaliknya, telah dipindahkan ke sebuah bank di Singapura. 1MDB mendakwa, ia bagi mengelakkan "peraturan Bank Negara yang lebih ketat" dalam hal membawa dana masuk dari luar negara, berbanding dengan "amalan yang lebih mudah yang berkuatkuasa di Singapura." Sampai ke hari ini, tidak diketahui kedudukan dana tunai ini sama ada ia masih disimpan di Singapura atau telah dibawa balik ke Malaysia. Terkini dilaporkan bahawa tiada dana milik syarikat 1MDB di dalam akaun banknya di Singapura dan dokumen yang didakwa menunjukkan dana tunai itu ada di dalam akaun berkenaan dilaporkan sebagai dokumen palsu. Langkah terdesak Apapun, yang jelas, syarikat 1MDB terus berdepan dengan situasi kesempitan mudah tunai dan mungkin tidak mampu membayar hutang yang tinggi. Gerakan Menyelamatkan Tabung Haji percaya bahawa keadaan terdesak yang dihadapi oleh oleh syarikat 1MDB seperti yang disebut di atas memaksa syarikat dana daulat ini menjual tanah miliknya di TRX bagi menjana tunai dengan secepat mungkin untuk melunaskan hutang atau bunga ke atas hutang yang sudah sampai tempohnya untuk dibayar. Tindakan menjual tanah seluas satu setengah ekar di TRX kepada Tabung Haji pada harga yang luarbiasa tingginya adalah satu tindakan terdesak untuk menjana tunai dengan secepat mungkin bagi menyelamatkan syarikat 1MDB dari dikenakan tindakan undang-undang oleh pihak bank. Untuk tanah seluas satu setengah ekar, Tabung Haji membayar RM188.5 juta tunai, tidak seperti amalan biasa di mana pembeli biasanya membayar antara 10 hingga 20 peratus wang pendahuluan dan selebihnya setelah segala urusan perundangan dan lain-lain urusan berkaitan dengan transaksi berkenaan dimuktamadkan. Mengikut amalan biasa, pihak pembeli seperti Tabung Haji ini perlu membuat penelitian wajar ke atas hartanah yang bakal dibeli, melantik juru ukur dan juru nilai bertauliah untuk mengesahkan nilai hartanah dan hartanah yang hendak dibeli bebas dari sebarang ikatan hak dan seterusnya menguruskan segala aspek perundangan berkaitan transaksi berkenaan. Amatlah menghairankan, proses yang lazimnya memakan masa agak panjang dapat dibereskan dalam masa yang agak pendek. Namun dalam kes ini, transaksi ini dimuktamadkan dengan pembayaran penuh dan segera kepada penjual dengan kepantasan luar biasa. Ini mengundang persepsi bahawa urusniaga hartanah di antara 1MDB dan Tabung Haji ini tidak lain adalah helah dan muslihat untuk menggunakan dana Tabung Haji untuk menyelamatkan sebuah syarikat yang diselubungi pelbagai skandal, 1MDB. Kita tahu 1MDB banyak berhutang dan kebarangkaliannya tinggi bahawa hartanah di TRX itu sudah dicagarkan kepada bank. Jadi ikutan pemimpin lain Transaksi hartanah 1MDB-Tabung Haji ini dengan jelas menunjukkan bahawa perdana menteri Malaysia boleh, pada bila-bila masa, mempengaruhi proses membuat keputusan di Tabung Haji. Ini adalah satu tindakan pemula yang bakal ditiru dan diulang oleh pemimpin yang lain. Justeru, campur tangan ini perlu dibantah sekeras-kerasnya kerana ini adalah satu bentuk penyalahgunaan kuasa dalam urusan dana awam dan bertentangan sama sekali dengan prinsip urus tadbir yang baik, ketelusan, amanah dan tanggungjawab dalam pengurusan dana awam. Harus dingat bahawa dana Tabung Haji adalah hak milik penabung yang terdiri dari orang Islam yang majoritinya berpendapatan rendah – penoreh getah, nelayan, pemandu teksi, kakitangan kerajaan dan pekerja persendirian – yang menabung berdikit-dikit untuk memenuhi hajat ke Tanah Suci. Adalah malang wang yang dijana dari keringat dan air mata rakyat marhain ini disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk kepentingan yang langsung tidak ada kena mengena dengan kepentingan dan kebajikan penabung. Kita dengar, sudah berkali-kali dan Tabung Haji digunakan untuk menyelamatkan syarikat kerajaan dan syarikat milik keroni kepada pemimpin tertentu. Maka, sudah sampai masanya penyalahgunaan dana awam seperti ini dihentikan segera. Berurusan dengan sebuah syarikat yang dalam penyiasatan oleh pihak berkuasa dan sebuahsyarikat yang secara terbuka sudah diketahui ada tuduhan ke atasnya bahawa ia terlibat dalam pelbagai skandal kewangan adalah menyalah etika perniagaan. Sukar difahami kenapa Tabung Haji masih mahu berurusniaga dengan syarikat seperti ini. Dilaporkan perdana menteri mendakwa bahawa pembelian hartanah oleh Tabung Haji dari 1MDB ini bakal menjana keuntungan lumayan kepada Tabung Haji, kononnya sehingga ratusan juta. Dakwaan ini boleh dipertikaikan. Pertama, kalau memang niat Perdana Menteri untuk memberi keuntungan lumayan kepada Tabung Haji supaya akhirnya penabung akan mendapat manfaat dalam bentuk bayaran dividen yang tinggi, kenapa tidak dijual tanah TRX itu kepada Tabung Haji awal-awal lagi pada harga "tanah kerajaan" seperti yang dibayar oleh 1MDB bila ia membeli tanah itu? Harga paling mahal di dunia Kalau sesungguhnya perdana menteri berjiwa Islam dan Melayu, itulah yang sepatutnya dilakukan kerana penabung di Tabung Haji 100 peratus orang Islam dan Melayu. Kedua, sekiranya niat perdana menteri ialah untuk memberi keuntungan lumayan kepada Tabung Haji, kenapakah hartanah berkenaan dijual kepada Tabung Haji pada harga yang luar biasa mahalnya, lebih mahal dari hartanah di Bukit Bintang dan kita difahamkan bahawa hartanah yang bernama TRX itu seolah-olahnya adalah sekeping hartanah di Kota London dan New York. Malah ada pihak yang mendakwa hartanah yang dibeli oleh Tabung Haji itu adalah sekeping hartanah yang harganya paling mahal di dunia. Oleh yang demikian, kami melihat bahawa tindakan menjual satu setengah ekar tanah di TRX oleh 1MDB kepada badan kaya tunai Tabung Haji dengan harga tunai dibayar segera dan sepenuhnya tidak lain adalah satu tindakan untuk menyelamatkan 1MDB. Gerakan Menyelamatkan Tabung Haji (Selamatkan Tabung Haji) berpendirian Tabung Haji perlu diselamatkan dari menjadi mangsa puak yang menyalahgunakan kuasa dan yang dilihat tidak berminat untuk menjaga kepentingan dan kebajikan penabung. Oleh itu, kami mendesak satu rombakan dan penyusunan semula pengerusi dan lembaga pengarah Tabung Haji serta pengarah urusan dan timbalan pengarah urusan hendaklah dilakukan dengan segera. Tabung Haji hendaklah dibebaskan dari menjadi mangsa kepada gejala pertembungan kepentingan. Kita tidak boleh membiarkan elemen seperti ini menjejaskan keutuhan sebuah institusi kewangan Islam yang amat besar maknanya kepada kepentingan ekonomi umat Islam ini. Gerakan Selamatkan Tabung Haji menasihatkan supaya penabung mengelakkan diri dari mengambil tindakan yang negatif yang tidak menguntungkan Tabung Haji dan penabung sendiri. Jangan ada pihak yang bertindak untuk mengkrompromi keutuhan Tabung Haji yang telah dibina dari keringat rakyat miskin. MAHFUZ OMAR pengerusi Gerakan Selamatkan Tabung Haji dan juga ketua penerangan PAS. | ||||
Duit dicalit dakwat jika curi dari mesin ATM Posted: 11 May 2015 12:45 AM PDT SINAR HARIAN Gambar hiasan. Sumber Google. KUALA LUMPUR - Bank Negara Malaysia (BNM) dengan kerjasama Persatuan Bank-bank di Malaysia (ABM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM), hari ini memperkenal teknologi 'kesan dakwat' bagi menangani insiden mencuri yang membabitkan mesin teler automatik (ATM). Teknologi yang dibangunkan oleh syarikat Perancis, Oberthur Cash Protection, itu akan mengeluarkan dakwat yang tidak dapat dipadamkan, dan mengotorkan wang kertas di semua sudut, jika berlaku cubaan untuk membega ATM. Timbalan Gabenor BNM, Datuk Muhammad Ibrahim berkata, wang kertas yang tercemar itu akan hilang tender sahnya, sekali gus tidak boleh dimasukkan semula ke dalam edaran. "Bagi memastikan inisiatif ini berkesan, orang ramai mesti menjalankan tugas sivik masing-masing dengan sentiasa berjaga-jaga ketika menerima mata wang yang sudah tercemar, yang kemungkinan besar wang curi. "Wang kertas yang dicemari dakwat itu tidak boleh dicuci dan perlu dipulangkan kepada bank pusat untuk penggantian," katanya dalam ucapan pada pelancaran 'My Ringgit' di sini hari ini. Turut hadir Pengerusi ABM yang juga Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Maybank, Datuk Abdul Farid Alias serta Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial PDRM Datuk Seri Mortadza Nazarene. Pengarah Jualan dan Operasi Oberthur Cash Protection, Eric Hauw, berkata teknologi itu dibangunkan 10 tahun lepas dan digunakan oleh 25 hingga 30 negara di Eropah Barat, Amerika Latin dan Afrika sejak lima tahun lepas. "Malaysia menjadi negara pertama di Asia Tenggara menggunakan teknologi ini dan kami berharap negara ini mencatat kadar kejayaan yang sama seperti negara lain yang telah menggunakannya," katanya. Hauw berkata, kos memasang sistem itu kira-kira 30 peratus tambahan bagi setiap ATM. BNM juga melancarkan aplikasi baharu telefon pintar 'My Ringgit', perkakasan pendidikan interaktif untuk mempelajari dan meneroka teknologi mata wang Malaysia. - Bernama | ||||
Denda, penjara tak solat Jumaat di Kedah Posted: 11 May 2015 12:42 AM PDT MALAYSIAKINI Bermula 1 Jun ini, umat Islam yang tidak menunaikan solat Jumaat sebanyak tiga kali berturut-turut boleh dikenakan hukuman mengikut Seksyen 13 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014, kata Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK). Ketua Pegawai Penguat Kuasa JAIK Syeikh Ahmad Fisol Omar berkata mereka yang didapati bersalah boleh disaman tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya. "Kita tidak mengeluarkan saman secara membuta. Kita akan bertindak mengikut aduan yang dilaporkan orang awam terutama sekali yang tinggal dalam kariah sendiri. "Sekiranya pesalah gagal memberi kerjasama, kita juga akan memohon waran tangkap dari Hakim Mahkamah Syariah," katanya dalam sidang media di pejabatnya di Alor Setar. Syeikh Ahmad berkata pihaknya menerima banyak aduan mengenai kehadiran lelaki Islam di tempat-tempat awam di negeri ini ketika waktu solat Jumaat, dan berharap undang-undang itu dapat membendung perbuatan meninggalkan solat Jumaat. Perkara tentang Seksyen 13 berkenaan kegagalan menunaikan solat Jumaat itu termaktub dalam Rang Undang-Undang Kesalahan Jenayah Syariah (Kedah Darul Aman) 2014, yang diluluskan sidang Dewan Undangan Negeri tahun lepas. Penguatkuasaan sepatutnya bermula pada 1 Februari lepas tetapi Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah JAIK akan hanya mula menguatkuasakan secara sepenuhnya 1 Jun ini. Syeikh Ahmad berkata JAIK mengadakan jelajah di 12 daerah di negeri ini untuk memberi penerangan kepada pihak yang boleh membantu dalam menguatkuasakan undang-undang itu. "Poster dan pekeliling tentang undang-undang itu turut diedarkan kepada 568 masjid di seluruh Kedah," katanya. Beliau berkata orang awam boleh mendapatkan borang aduan ketidakhadiran solat Jumaat itu di pejabat-pejabat agama daerah dan maklumat pelapor akan dirahsiakan. - Bernama | ||||
‘Moga ALLAH buka hati Najib lepaskan jawatan’ Posted: 11 May 2015 12:36 AM PDT Zainuddin Maidin SHAH ALAM - Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin mengajak rakyat Malaysia agar bersama-sama menyertai bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berdoa agar ALLAH membuka hati Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak supaya meletakan jawatan. Menurutnya, Dr Mahathir yang kini berada di Makkah, mungkin membolehkan doa itu 'mudah diterima ALLAH'. "Seluruh umat Melayu dan Islam di negara Malaysia tercinta ini, marilah kita bersama-sama menyertai doa Tun Dr Mahathir di tanah suci Makkah. "Agar ALLAH membuka hati Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak untuk dengan secara bijaksana berundur diri dan meletakan jawatan pada masa yang sesuai bagi menyelamatkan maruah bangsa, agama dan negara. Dr Mahathir berlepas semalam ke Makkah untuk menunaikan umrah," tulisnya di laman blognya. Mengulas lanjut, Zainuddin berkata, maklumat yang diterima olehnya telah menunjukkan ahli Majlis Tertinggi Umno telah pun menerima hakikat bahawa Najib tidak lagi mendapat sokongan rakyat. "Najib telah tidak diterima terutama dalam parti sendiri dan mereka mungkin akan memberitahu Najib secara ikhlas, bersopan dan beradab dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi Umno petang ini," tulisnya. Sejak kebelakangan ini, Zainuddin antara orang yang lantang mengkritik pentadbiran Najib selain Dr Mahathir. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan