Jumaat, 1 Mei 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


UMNO Guar Jering Jaya dibubar Februari lalu

Posted: 01 May 2015 08:43 AM PDT

 
Surat pengesahan pembubaran telah dikeluarkan Setiuasaha Kerja UMNO, Datuk Ab Rauf Yusoh bertarikh 24 Mac lalu


Ab-Rauf-Yusoh_letter_600


PETALING JAYA: UMNO Cawangan Guar Jering Jaya di Permatang Pauh telah dibubarkan pada Februari 2015 selepas Jawatankuasa Pengurusan UMNO berpuas hati dengan laporan yang dikemukakan.

Surat pengesahan pembubaran itu telah dikeluarkan Setiuasaha Kerja UMNO, Datuk Ab Rauf Yusoh bertarikh 24 Mac lalu.

Surat itu dikeluarkan kepada Setiausaha UMNO Bahagian, Suhaimi Sabudin, yang kini menjadi calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh.

Dengan pembubaran itu, Ab Rauf telah meminta UMNO Bahagian Permatang Pauh untuk memindahkan ahli-ahli ke cawangan berdekatan dan mengemukakan salinan senarai ahli ke Ibu Pejabat parti.

Surat pengesahan itu telah diedarkan secara meluas susulan tindakan beberapa ahli UMNO cawangan Guar Jering Jaya yang membuat sidang akhbar mengumumkan pembubaran cawangan itu pada Jumaat.

Sidang media pembubaran UMNO cawangan Guar Jering Jaya itu telah dibuat oleh Asri Ahmad, yang mendakwa dia Ketua UMNO cawangan di Bilik Gerakan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Asri dilaporkan berkata, cawangan yang mempunyai 68 ahli itu dibubarkan kerana telah bertahun-tahun diabaikan kepimpinan tertinggi UMNO.

Ahmad Maslan tidak campur isu kad pra bayar

Posted: 01 May 2015 08:39 AM PDT

FREE MALAYSIA TODAY

 
Ahmad Maslan menjelaskan beliau tidak pernah berkata kad prabayar tidak dikenakan GST sebaliknya mendakwa kenyataannya disalahertikan oleh beberapa portal berita.


ahmad-maslan5_600


BUTTERWORTH:Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan akur isu Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) berhubung kad tambah nilai prabayar diserahkan kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

"Saya akur arahan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan tidak akan bercakap pasal kad prabayar," katanya kepada pemberita ketika ditanya mengenai arahan Najib supaya Ahmad Shabery mengendalikan isu itu.

Pada masa sama, Ahmad menjelaskan beliau tidak pernah berkata kad prabayar tidak dikenakan GST sebaliknya mendakwa kenyataannya disalahertikan oleh beberapa portal berita.

"Tidak pernah saya kata tambah nilai (prabayar) tidak ada GST…saya konsisten dari dulu…jangan salah petik kenyataan saya," katanya kepada pemberita selepas melawat tapak projek Pasar Raya Besar Mydin di Jalan Baru, di Butterworth.

Ditanya mengenai desakan pengarah strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sim Tze Tzin supaya beliau meletak jawatan kerana gagal mengendalikan isu kad prabayar, Ahmad berkata jawatan yang dipegangnya adalah kehendak Perdana

Menteri dan beliau tidak ada hak untuk mempersoalkannya.

Menurutnya beliau bersedia dari segi minda dan fizikal setiap hari untuk berdepan dengan kritikan mengenai pelaksanaan GST.

"Harapan saya, GST akan lebih difahami kerana kita berhadapan dengan ramai peniaga yang tidak beretika. GST dicemari peniaga yang tidak beretika,"katanya.

Sehubungan itu, Ahmad meminta rakyat supaya lebih bersabar kerana keadaan akan kembali stabil dalam masa enam bulan.

"Harga kereta sudah menunjukkan penurunan selepas sistem cukai itu dilaksanakan 1 April lepas," katanya.

Beliau berkata Kastam Diraja Malaysia juga telah membuka 45 kertas siasatan berhubung GST dan beberapa kes akan didakwa minggu depan.

Tags: Bahasa, Ahmad Maslan, Kastam Diraja Malaysia- BERNAMA

GST: OKU ugut mogok lapar

Posted: 01 May 2015 08:37 AM PDT

 
Isaiah Jacob, Pengerusi Kumpulan KL Tak Nak Insinerator mengancam untuk berbuat demikian ketika berucap menwakili golongan OKU pada perhimpuan membantah GST di ibu negara pada Jumaat.


kuala_lumpur_tak_nak_incine



KUALA LUMPUR: Golongan Orang Kurang Upaya (OKU) mengugut untuk mogok lapar sekiranya kerajaan tidak membatalkan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) selepas 8 Mei ini.

Isaiah Jacob, Pengerusi Kumpulan KL Tak Nak Insinerator mengancam untuk berbuat demikian ketika berucap menwakili golongan OKU pada perhimpuan membantah GST di ibu negara pada Jumaat.

Katanya,selepas tarikh berkenaan, dia dan rakannya yang lain akan berpuasa selama sebulan sehingga tuntutan yang dibuat dipenuhi.

" Kami akan mogok lapar selama 30 hari jika Majlis Raja-raja dan Kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib Razak gagal membatalkan GST.

" Sejak kerajaan melaksanakan GST 1 April lalu nasib golongan OKU telah diabaikan. dan Saya telah membayar sebanyak RM127.28 sen sejak ia dikasanakan ini membebankan kami," katanya sambil diringin sorakkan perserta yang menghadiri perhimpunan di perkarangan bangunan KLCC.

Katanya kerajaan sepatutnya, membantu golongan lemah seperti OKU dan bukannya menyeksa mereka.

Perhimpunan Batal GST: Empat dipanggil serah diri di balai polis

Posted: 01 May 2015 08:36 AM PDT

 
Sekiranya gagal hadir, pihak polis akan mengeluarkan arahan menangkap empat individu terlibat.


anti-gst



PETALING JAYA: Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM), S Arutchelvan dan bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk S Ambiga dipanggil untuk menyerah diri di Balai Polis Dang Wangi pada Jumaat malam berhubung Perhimpunan Batal GST di ibu negara.

Turut dipanggil, Setiausaha Organisasi DAP, Athony Loke dan Penyelaras Jingga 13, Fariz Musa.
Sekiranya mereka gagal hadir, pihak polis akan mengeluarkan arahan menangkap empat individu terlibat.

FMT difahamkan, keempat-empat mereka dipanggil bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 143 Kanun Keseksaan.

FMT juga difahamkan Ambiga telah pun menyerah diri akan ditahan semalaman untuk membantu siasatan. Manakala, Arul juga memaklumkan akan hadir ke balai polis seperti yang diarahkan.

Setakat malam ini, seramai 50 peserta perhimpunan itu telah ditahan untuk membantu siasatan.
Kira-kira 20,000 peserta menyertai Perhimpunan Batal GST, perhimpunan yang terbesar setakat ini sejak pelaksanaan cukai itu pada 1 April.

Jumlah itu bagaimanapun jauh tersasar daripada sasaran penganjur iaitu sejuta peserta.

Tidak Bolehkah Mahathir Gandingkan Saja Muhyiddin Dengan Ku Li?

Posted: 01 May 2015 08:32 AM PDT

shahbudindotcom


Apabila Tun Mahathir Mohamad menyebut ada pemimpin lain yang lebih layak menjadi Perdana Menteri menggantikan Najib Razak, tujuannya tentulah agar Muhyiddin Yassin segera menyatakan pendiriannya.

Ia seolah-olah "ingatan awal" kepada Timbalan Perdana Menteri itu agar tidak terlalu lama dalam membuat keputusan iaitu sama ada mahu bersama dengan gerakan perubahan yang sedang dilakukannya atau kekal bersama Najib.

Ia juga memberi gambaran, jika Muhyiddin terus berlengah-lengah dan bermain dengan masa, tidak mustahil Tun Mahathir akan menonjolkan pula tokoh lain yang tidak disebut namanya itu.

Bagaimanapun, melalui pemerhatian dari pelbagai kelompok dalam UMNO, tokoh lain yang disebut oleh Tun Mahathir sebagai lebih layak menggantikan Najib itu tidak lain ialah Tengku Razaleigh Hamzah.

Terutama untuk berhadapan dengan kegetiran untuk mengekalkan kuasa UMNO dan BN dalam pilihanraya akan datang, tidak dinafikan Ku Li paling ke hadapan untuk tugas tersebut kerana beliau diyakini boleh diterima oleh pelbagai lapisan masyarakat negara ini.

Satu-satunya yang mengekang Ku Li ialah beliau tidak berada dalam hireaki kepimpinan tertinggi UMNO. Jawatannya hanyalah Ketua UMNO Bahagian dan Ahli Parlimen Gua Musang, Kelantan.

Bercakap di Pulau Pinang semalam, bekas Perdana Menteri itu berkata, selain Muhyiddin, ada juga pemimpin lain yang lebih layak menggantikan Najib.

Bagaimanapun katanya, mengikut tradisi UMNO, lebih baik jawatan itu diambil alih oleh pemimpin nombor dua negara.

Sekali lagi, dalam usaha menyelamatkan UMNO dan BN serta memastikan ia kekal berkuasa, Tun Mahathir mahu tradisi UMNO terus dipatuhi. Lantaran itu, nama Muhyiddin lebih diutamakan agar tidak berlaku sebarang konflik dalam UMNO. Melakukan perubahan dengan mengenepikan hireaki bukan saja mengundang konflik dan menimbulkan masalah tetapi juga tidak pernah berlaku sebelum ini.

Dalam hal ini, oleh kerana Tun Mahathir sudah beberapa kali menyebut nama Muhyiddin, seharusnya Timbalan Perdana Menteri itu segera memahaminya. Beberapa isu negara seperti 1MDB, Altantuya, GST, hutang negara dan sebagainya, tidak lain hanya memerlukan perubahan kepimpinan untuk menanganinya.

Mungkin ketika ini Muhyiddin ingin menumpukan tugasnya kepada pilihanraya kecil Rompin dan Permatang Pauh terlebih dahulu, tetapi selepas itu beliau sebenarnya tidak ada alasan lagi untuk menangguhkan pendiriannya.

Memandangkan pilihanraya umum akan datang hanya kira-kira tiga tahun saja lagi, perubahan kepimpinan UMNO dan kerajaan tidak seharusnya dilewatkan lebih lama lagi kerana ia mungkin menyebabkan kesuntukan masa untuk berhadapan dengan rakyat.

Sebaik pilihanraya Permatang Pauh berakhir pada 7 Mei ini, Muhyiddin harus segera menyatakan pendiriannya - kekal bersama Najib atau berpihak kepada Tun Mahathir.

Di ketika yang sama, oleh kerana isu getir sekarang ialah untuk memastikan pengekalan kuasa BN sebagai kerajaan, Tun Mahathir juga seharusnya memikirkan jalan untuk menggandingkan Muhyiddin dengan Ku Li untuk membentuk suatu pasukan yang lebih mantap demi kepentingan negara.

Mungkin gandingannya ialah Muhyiddin - Ku Li atau Ku Li - Muhyiddin.  Mungkin juga boleh diwujudkan sistem penggiliran antara keduanya sebagaimana yang pernah diwujudkan di Sabah suatu ketika dahulu.

Kedua-dua mereka, Muhyiddin dan Ku Li, tentunya harus lebih bertolak ansur dari segi jawatan dan kedudukan kerana yang utama ialah kemenangan dalam pilihanraya dan menyelamatkan negara.

Tun Mahathir barangkali boleh memikirkan bentuk gandingan yang sesuai antara kedua-dua pemimpin tersebut kerana yang penting ketika ini, selain menyelamatkan negara dan memastikan kemenangan dalam pilihanraya, Najib harus ditekan dan dipaksa berundur terlebih dahulu.

Inisiatif ini, jika dapat diusahakan oleh Tun Mahathir, bukan saja menyebabkan sokongan diterimanya lebih meluas, bahkan boleh membuatkan Najib menarik balik madah Bugisnya yang enggan menyerah kalah sebelum ini.

Pesanan hari buruh: Cari rezeki halal

Posted: 01 May 2015 08:30 AM PDT

MALAYSIAKINI


 
 
 
Sempena sambutan hari buruh, khutbah Selangor hari ini mengingatkan umat Islam supaya mencari rezeki yang halal kerana ia kunci kepada pembentukan masyarakat yang bertakwa.

Khutbah kelolaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) juga mengingatkan supaya golongan pekerja tidak melibatkan diri dengan amalan rasuah, penipuan mahupun penganiayaan.

"Justeru, setiap rezeki daripada pekerjaan yang dilakukan mestilah daripada perolehan yang halal serta dijamin keberkatannya," teks khutbah itu dipetik.

Mimbar berkata bekerja untuk memperoleh rezeki atau pendapatan halal setaraf dengan amalan berjihad di jalan Allah.

"Perlu di ingat bahawa satu kejahatan dan perlakuan haram itu, bukan akan dibalas di akhirat malah di dunia lagi kita akan menerima bahananya," menurut teks khutbah itu lagi. 
 
 

Penyokong PAS demo anti-PKR di PP

Posted: 01 May 2015 08:28 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Ketika penyokong Pakatan Rakyat berkumpul di ibu negara bagi membantah pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) di Kuala Lumpur, di Pulau Pinang lain pula keadaannya.

Walaupun pemimpin Pakatan di peringkat atasan mengatakan masalah dalaman di Permatang Pauh telah selesai, di peringkat bawahan perasaan tidak puas hati ternyata masih ada,

Sekumpulan anggota PAS cawangan Bagan, di Kampung Pertama, hari ini mengadakan perhimpunan bagi mendesak PKR memohon maaf berhubung kenyataan sayap pemudanya AMK berkaitan hudud.

Dalam perhimpunan ringkas itu, mereka juga menggesa PKR menyatakan pendirian sama ada akan menyokong rang rang undang-undang persendirian yang akan dibawa oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Peserta himpunan yang dihadiri kira-kira 20 orang itu turut membawa sepanduk yang antaranya betulis "DAP jangan biadap", "hudud hukum Allah" dan "kami sokong tok guru presiden".

Mereka juga melaungkan takbir serta "hidup PAS" dan "hancur PKR".

Selain itu, himpunan itu juga bertujuan menyelar tindakan DAP yang sering mengkritik pelaksanaan hudud.

Himpunan yang bermula pada jam 2.15 petang itu diadakan di hadapan Masjid Batu Kampung Pertama.


Akar umbi PAS ancam rosakkan undi

Posted: 01 May 2015 08:27 AM PDT

MALAYSIAKINI


Rumah siap pahat berbunyi.

Walaupun pergolakan dalaman Pakatan Rakyat di peringkat nasional dan Pulau Pinang dianggap selesai, lain pula halnya di peringkat bawahan.

Dalam acara yang jarang-jarang berlaku, sekumpulan anggota PAS hari ini berhimpun bagi menyatakan kemarahan mereka kepada PKR dan DAP yang berpunca daripada perbezaan pandangan dalam isu hudud.

Dalam perhimpunan di Masjid Batu Kampung Pertama, di Permatang Pauh, selepas solat Jumaat, mereka mengancam mengadakan "protes senyap" dengan tidak keluar mengundi atau merosakkan undi pada 7 Mei nanti.

Ketua Penerangan PAS cawangan Bagan Azmi Jaafar berkata tindakan itu akan diambil kerana akar umbi PAS masih tidak berpuas hati dengan PKR yang tidak memohon maaf secara terbuka dalam isu itu.

"Ahli PAS juga tidak akan keluar mengundi atau rosakkan undi kerana kebiadaban PKR.

"Buat apa sokong orang yang tak sokong hudud.

"Asyik (kempen) sebut GST sahaja. Kami bukan nak (cakap mengenai) GST sahaja tapi sebut dengan jelas sokong hudud," katanya.

"Jangan main-main'

Selain itu ditanya sama ada tindakannya itu diketahui oleh PAS negeri dan Pusat, Azmi berkata:

"Kami dah letak dalam Facebook. Kalau tak bagi pun, kami akan buat (protes)."

Malah, Azmi turut memberi amaran kepada PKR supaya tidak mengambil mudah desakan mereka itu.

Katanya, dengan "protes senyap" itu, calon pilihan raya kecil parlimen itu Datuk Seri Wan Azizah Ismail boleh kehilangan banyak undi.

"Pengundi PAS ada lebih 10,000 (anggota) di Permatang Pauh. Jangan main-main. Ini amaran kepada Wan Azizah," katanya lagi.

Rabu lalu, Pemuda PAS Pulau Pinang menarik balik boikot terhadap PRK Permatang Pauh.

Sebelum ini, mereka berpendirian untuk memboikot pilihan raya kecil itu berikutan kenyataan Pemuda PKR (AMK) negeri yang didakwa menghina Hadi.

PKR juga sebelum ini mengeluarkan kenyataan untuk tidak menyokong rang undang-undang persendirian enakmen hudud yang akan dibawa Hadi. 


2 Beradik Gagal Dikesan di Nepal Tiba di Malaysia

Posted: 01 May 2015 08:07 AM PDT

RAKYATNEWS


 


SEPANG - Terpaksa bersesak dengan ribuan manusia di Lapangan Terbang Tenzing Hillary Lukhla, Nepal sejak Isnin lepas, akhirnya dua beradik wanita rakyat Malaysia yang dilaporkan gagal dikesan selepas kejadian gempa bumi kuat di negara itu pada 25 Mei lalu, tiba di tanah air malam Sabtu lepas.

Mereka ialah Gan Siew Fern atau Jane, 27; dan adiknya Gan Siew Mei atau June, 26; yang gagal dikesan sebelum ini, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada 10.27 malam Sabtu menaiki pesawat AirAsia X, D7 193.

Jane berkata mereka yang berada di Lukhla untuk aktiviti pendakian ke kaki Gunung Everest (Base Camp) terpaksa bersesak-sesak untuk mendapatkan tiket penerbangan domestik ke Kathmandu.

"Ia satu pengalaman yang menyeksakan kerana terpaksa bersesak-sesak dengan ribuan orang dalam keadaan yang kadang-kala bekalan elektrik terputus dan talian telekomunikasi yang terhad.

"Kami menunggu sejak Isnin dan hanya hari ini kami mendapat tiket dari Lukhla ke Kathmandu dan meneruskan penerbangan ke Malaysia malam Sabtu.

"Terima kasih kepada wakil kedutaan Malaysia di Kathmandu yang dikenali dengan nama Fadli kerana membantu kami...Tanpa pertolongan beliau, saya rasa kami tidak dapat pulang ke Malaysia lagi," katanya ketika ditemui di sini malam Sabtu.

Kedua beradik itu ke Nepal pada 21 April dan berjaya sampai ke Base Camp sebelum berlaku gempa bumi.

Gempa bumi berukuran 7.9 pada skala Richter melanda Nepal di kawasan antara ibu negaranya, Kathmandu dengan bandar Pokhara pada 2.56 petang (waktu Malaysia) pada Sabtu.

Beberapa kejadian gempa susulan turut berlaku. Setakat in, tragedi gempa bumi paling buruk melanda Nepal dalam tempoh 81 tahun itu dilaporkan telah mencatat kira-kira 5,000 kematian dan kira-kira 8,000 orang cedera.


Gelombang merah anti-GST banjiri KL

Posted: 01 May 2015 08:03 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


GALERI FOTO

Perhimpunan menolak cukai barangan dan perkhidmatan (GST) berlangsung di Kuala Lumpur hari ini, sebulan selepas ia diperkenal.

Ia kebetulan jatuh pada Hari Pekerja hari ini.

Berikut laporan langsung daripada wartawan Malaysiakini di lapangan:



6.20pm: KLCC – Hampir semua peserta himpunan sudah bersurai. Suasana kembali tenang seperti biasa.

6.00pm: Dataran merdeka- Free Anwar Petition Coliation turut muncul di himpunan hari ini untuk mengutip tandatangan daripada orang ramai.

Koordinatornya berkata mereka telah mula mengutip tandatangan di Sogo awal pagi hingga kini.

Katanya, mereka dapat mengutip tandatangan sebanyak 3,000 hari ini.

"Kita beri peluang kepada mereka yang tidak puas hati dengan sistem kehakiman untuk meluahkan perasaan melalui tandatangani ini," katanya.

Lau berkata, matlamat mereka adalah untuk mengutip sejuta tandatangan dan menyerah kepada Agong untuk menuntut pembebasan Anwar.

"Dari pelancaran kempen mengutip tandatangan pada bulan April hingga kini, kita telah mengumpul kira-kira 50 ribu tandatangan," katanya.

5.45pm: KLCC – Sekumpulan 30 orang aktivis "anarkis" masih enggan bersurai walaupun perhimpunan diisytihar tamat.

Ketegangan berlaku apabila orang ramai menghalang polis daripada merampas kenderaan tolak jualan.
5.30pm: KLCC – Tian Chua mengisytiharkan protes hari ini berjaya.

"Ini kejayaan rakyat," katanya.

5.20pm: KLCC – Orang ramai dan pemimpin Pakatan mula beredar. Kehadiran keseluruhan dijangka 20,000.

Kira-kira 3,000 masih berada di kawasan itu. Anggota polis kelihatan membantu melancarkan lalu-lintas.

5.10pm:  Sekumpulan 20 orang buta dari Solidariti Orang Buta Malaysia turut muncul dalam himpunan anti-GST.

Mereka merungut perlaksanaan GST telah menyusahkan orang buta kerana semakin banyak orang buta diragut oleh perompak.

"GST menyebabkan orang semakin miskin, maka kami dijadikan sasaran peragut.

"Mereka mula-mula datang buat baik dengan kita kemudian dompet kita diragut.

"Kami pergi membuat laporan polis tetapi polis mahu kita kecam muka peragut. Kami buta macam mana nak lukis muka peragut?" kata Fadil, 42 yang hanya menjalankan perniagaan kecil sendiri.

Dia turut merungut perlaksanaan GST menyebabkan barang dan peralatan orang buta semakin mahal.

"Malah, Persatuan Orang Buta Malaysia (MAB) turut kenakan GST pada kita," katanya dengan marah.

"Harga barang juga makin mahal, kita bukannya kaya.

"Dulu makan di kedai hanya harga RM6 dengan nasi dan air, kini kena bayar RM8," rungutnya.

5pm: KLCC -  Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat membacakan deklarasi anti-GST kepada orang ramai yang mahukan cukai itu dimansuhkan.

Tokoh ulama PAS Ahmad Awang kemudian memimpin bacaan doa.

"Ya Allah, kami berkumpul hari ini dengan semangat jihad, dengan semangat Tok Janggut untuk melawan GST.

"Berikanlah kami kekuatan. Berikanlan tentera-Mu ini kekuatan untuk melawan GST," katanya.

4.50pm: KLCC – Kira-kira 1,000 masih tinggal di KLCC.

4.45pm: KLCC – Ucapan berkumandang sekurang-kurangnya di tiga tempat. Di depan Affin Bank, Setiausaha PKR Rafizi Ramli menyelar Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan.

"Masuk sekolah balik Ahmad Maslan. Dia tidak faham GST," kata Rafizi.

4.25pm: Jalan Ampang – Suar dinyalakan menyebabkan asap oren menyelubungi kawasan itu.

Ia dikatakan dinyalakan oleh kumpulan "anarkis" yang tidak terlibat dalam jawatankuasa Kita Lawan.

"Ia dipercayai kumpulan sama yang membakar suar di depan Masjid Jamek.

4.20pm: KLCC - Penunjuk perasaan berdiam diri sebentar bagi menghormati suara azan yang sedang berkumandang. Sejurus tamat mereka menyambungnya dengan laungan takbir.

Kawasan di Jalan Ampang, dekat KLCC sesak. Penghadang dipasang bagi mengelakkan penunjuk perasaan memasuki halaman KLCC.

4.15pm: Jalan Ampang – Orang ramai dari Jalan Ampang membanjiri jalan. Jalan raya sesak teruk.

KLCC – Lebih ramai orang menuju ke arah kawasan itu. Dianggarkan kira-kira 15,000 menyertai perhimpunan hari ini.

Aktivis orang kurang upaya (OKU) Isaiah Jacob berucap bahawa GST membebankan golongan itu.

"Kerajaan memang bangsat, mereka kejam. Mereka patut bantu orang kurang upaya," tambahnya.

3.55pm: Ibu pejabat polis daerah Dang Wangi – Orang ramai berlaku sambil mengusik dan anggota polis dengan lirik berbunyi "terima kasih abang polis" ketika melalui kawasan itu.

Polis mengawal keadaan sejak pagi dan tiada insiden dilaporkan setakat ini.

3:15pm: Jalan Tuanku Abdul Rahman – Peserta himpunan daripada Sogo, sekurang-kurangnya 4,000 orang sudah sampai ke persimpangand Dataran Merdeka.

Dipimpin anggota Parlimen Batu Tian Chua, kumpulan pemuzik yang menggelarkan diri mereka sebagai The BangsArt menghiburkan orang ramai dengan paluan deram dan lagu-lagu bertema perjuangan.

3pm: Jalan Raja – Orang ramai bertambah kepada 10,0000 di Dataran Merdeka dan ramai lagi dijangka tiba di tempat bersejarah itu.

Sogo – Anggota sekretarian Kita Lawan Mandeep Singh umumkan 2,000 sedang berarak ke Dataran Merdeka. Mereka memenuhi Jalan Tunku Abdul Rahman.

2.50pm: Jalan Raja - Penunjuk perasaan banjiri kawasan sekitar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Dipimpin oleh Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, mereka melaungkan slogan "Kita Semua Tok Janggut" - mengenang perjuangan menolak cukai yang dikenakan penjajah British seratus tahun lalu.

2.35pm: Sogo – Naib Presiden PKR Tian Chua ketika berucap atas kenderaan pacuan empat roda memberitahu kira-kira 1,500 orang di kawasan itu bahawa mereka akan berarak ke Dataran Merdeka dan KLCC sebentar lagi.

2.20pm: Masjid Jamek – Kesesakan lalu-lintas di Jalan Tun Perak selepas 2,000 orang membanjiri kawasan itu.

Kenderaan lalu-lalang juga membunyikan hon tanda sokongan. Laungan menuntut Perdan Menteri Datuk Seri Najib Razak kedengaran.

Saifuddin: Umno lagi teruk jika tukar Najib

Posted: 01 May 2015 07:55 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Umno perlu kekal bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak kerana peluang untuk memang dalam pilihan raya umum akan lebih tinggi, kata seorang pemimpin Umno.

Bekas timbalan menteri pengajian tinggi Datuk Saifuddin Abdullah berkata situasi akan lebih buruk jika Umno memilih pemimpin baru.

"Kami boleh ada presiden (Umno) dan perdana menteri baru, tetapi jika kami terus bergerak ke (haluan) kanan, saya fikir prestasi kita lebih buruk dalam pilihan raya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada beliau bersetuju dengan gesaan Tun Dr Mahathir Mohamad supaya parti Melayu itu menukar pemimpinnya jika mahu kekal berkuasa.

Dalam wawancara dengan Malaysiakini di pejabat portal ini di Petaling Jaya semalam, beliau mempersoal sama ada Mahathir lebih baik daripada Najib ketika menjadi perdana menteri.

"Semua orang bebas mengkritik, tetapi kira harus lihat lebih daripada Mahathir kritik Najib, tetapi lihat juga dasar-dasar Mahathir ketika menjadi perdana menteri.

"Adakah (Mahathir) lebih baik dalam beberapa aspek kehidupan kita berbanding Najib?" katanya sambil menegaskan menyokong Najib yang berjuang dengan dasar "kesederhanaan, progresif dan transformasi"," katanya.


20 orang ditahan polis, kata peguam

Posted: 01 May 2015 07:53 AM PDT

MALAYSIAKINI



 
 
 
Seramai 20 orang ditahan susulan perhimpunan membantah cukai barangan dan perkhidmatan (GST) di ibu negara hari ini.

Peguam hak asasi manusia Michelle Yesudas berkata mereka ditahan di sekitar bangunan KLCC selepas tamat perhimpunan lewat petang ini dan dibawa ke ibu pejabat kontinjen polis Kuala Lumpur.

Empat daripada mereka anggota Pemuda PKR (AMK) daripada Kelantan dan yang lain belum dikenal pasti, katanya.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajuddin Md Isa ketika dihubungi Malaysiakini berkata masih belum mendapat maklumat berhubung perkara itu.

Bagaimanapun, tambahnya, tiada tangkapan ketika perhimpunan berlangsung.


 

Mahu undang kara PKR atau 'Xiaomi' BN?

Posted: 01 May 2015 07:50 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Macam-macam ragam kempen pilihan raya di Permatang Pauh, bermula daripada udang kara bakar PKR sehingga 'Xiaomi' BN.

Minggu ini menyaksikan pelbagai drama.

Calon PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail antaranya mengaku menjadi mangsa cukai barangan dan perkhidmatan (GST) kerana menggunakan kad prabayar.

"Saya mangsa GST. Saya kena bayar lebih 6 peratus untuk tambah nilai telefon," katanya.

Pada hari yang sama, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali tampil dengan apron biru dan memanggang udang kara untuk penduduk di Jalan Kg Baru.

"Ini bukan makanan yang kamu makan tiap hari tetapi ia tak kena GST seperti susu, pamper, mee Maggie atau sardin," katanya.

Pada Rabu, Azizah membeli belah di sebuah pasar mini di Kubang Semang.

Selepas membayar bil, beliau berkata, "saya faham perasaan sebenar suri rumah".

"Merekalah yang merasai beban kerana membeli barangan ini setiap hari," katanya sambil menjinjing bakul barangan.

Di pihak BN pula suasana agak berbeza. Beliau membawa seruan perubahan.

Isu berkaitan bangsa atau gama kali ini bukan pilihan.

Suhaimi juga menggunakan kehadiran pemimpin besar BN seperti Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk meraih sokongan.

Daripada bahan kempen, BN memaparkan Suhaimi berbaju kemeja-T biasa, seperti penampilan budak kampung biasa di posternya.

Beliau sentiasa bersalam dengan semua orang, walaupun kanak-kanan, dan tidak lekang dengan senyuman.

Kepada orang Melayu, Suhaimi gelar dirinya sebagai "Abang Mie".

Kepada orang Cina, beliau perkenalkan diri sebagai "Xiaomi", sempena nama telefon terkenal buatan China.

Dengan gelaran itu, beliau mahu menggambarkan dirinya mudah dihubungi.


Rakyat Malaysia di Nepal diminta hubungi kedutaan

Posted: 01 May 2015 07:43 AM PDT

SINAR HARIAN

Hamzah Zainuddin Hamzah
 
 
 
ALOR SETAR - Pihak yang anggota keluarga mereka masih berada di Nepal diminta agar memaklumkan kepada anggota keluarga mereka itu supaya mendaftar diri dengan Wisma Putra atau kedutaan Malaysia di Nepal bagi memudahkan proses penghantaran balik mereka ke tanah air.

Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainuddin berkata, pada masa ini pihaknya belum dapat mengenal pasti jumlah sebenar rakyat Malaysia yang berada di Nepal, memandangkan kebanyakan mereka yang pergi ke negara itu tidak mendaftar atau memberitahu Kementerian Luar atau pihak kedutaan Malaysia di sana.

"Ramai rakyat Malaysia yang pergi Nepal tidak daftar dengan Kementerian Luar atau kedutaan. Jadi kita minta ahli keluarga yang tahu ada keluarga mereka yang pergi ke Nepal meminta agar mereka mendaftar dengan Wisma Putra atau pergi terus ke wakil kita di Kathmandu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Nepal dilanda gempa bumi paling teruk dalam tempoh 81 tahun yang setakat ini dilapor mengorbankan 4,200 nyawa dan lebih 7,000 kecederaan.

Setakat ini seramai 368 rakyat Malaysia sudah dibawa balik.

Hamzah berkata disebabkan perhubungan komunikasi yang buruk, ia menyukarkan proses mencari dan membantu rakyat Malaysia. - Bernama

Tiada ulasan: