Ahad, 31 Mei 2015

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Pemimpin yang baik bukan berebut jawatan - Tuan Ibrahim

Posted: 31 May 2015 10:24 AM PDT

PETALING JAYA: Pemimpin Pas diingatkan supaya tidak menjadi jurucakap kepada musuh semata-mata mahu menang jawatan dalam parti.

 Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pemimpin tertentu dalam Pas juga perlu berhenti menggunakan perang saraf bertujuan menjejaskan perpaduan dalam parti.

 "Di dalam Islam, helah ke atas musuh memang dibolehkan ketika perang, tapi bukan pemilihan sesama ahli parti sendiri semata-mata untuk mendapatkan undi.

 "Musuh cuba memecahkan perpaduan kita, mereka cuba laga-lagakan antara kita," katanya.

 Calon Timbalan Presiden menentang penyandang Mohamad Sabu itu berkata, seorang pemimpin yang baik sepatutnya 'takut' untuk menerima jawatan bukan berebut jawatan.

 Katanya, pemimpin sebenar merasa berat untuk memegang jawatan kerana perlu memikul tanggung jawab yang besar.

 Menurut Tuan Ibrahim, sabda Rasullulah S.A.W perlu dijadikan panduan kepada setiap ahli Pas yang berebut untuk menjadi pemimpin.

 Katanya, Rasulullah S.A.W pernah berpesan antara lainnya 'janganlah kamu mendesak untuk mendapatkan jawatan kerana sesiapa yang mendapatkannya sedang orang ramai tidak meredhainya, maka Allah tidak akan membantunya'.

"Saya berharap semangat keimanan ini terus tersemat kukuh dalam jamaah (kepimpinan) kita, sehingga setiap kita merasa berat untuk menerima jawatan tersebut," katanya.

 Tuan Ibrahim menasihatkan perwakilan yang akan mengundi pada pemilihan parti minggu hadapan memilih dengan bijak, menolak sentimen dan emosi serta mengutamakan kepentingan parti.

 Pemilihan Jawatankuasa Pas Pusat 2015-2017 pada Muktamar Tahunan ke 61 di Kuala Selangor minggu hadapan dilihat bakal menentukan masa depan Pas bersama Pakatan Rakyat.

 Pemilihan peringkat tertinggi parti memperlihatkan pertembungan dua kumpulan antara pro ulama dan pro liberal.~freemalaysiatoday


Komen al-Husseyn:

Kenyataan TITM ini amat meragukan. Pertamanya dia menasihatkan supaya berhenti menggunakan perang saraf bertujuan menjejaskan perpaduan dalam parti.

Woit siapa yang dia maksudkan tu? Siapa yang menjejaskan perpaduan parti dengan melabel dan menggelar yang buruk-buruk kepada lawan? Yang gelar orang barua, broker, tolol, munafiq haraki, liberal ....siapa? Ada mat Sabu buat kelaku macam itu? Ada DS Nizar keluarkan gelaran macam itu? Kalian pun tahu siapa yang gemar melabel dan menggelar semua tuh! 


TITM juga perlu menjelaskan kepada kita semua apa hubungannya dengan Tok Husin Ceroi dan Nurul Islam. Betulkah ada Bai'ah Kenyir?

Siapakah musuh yang TITM maksudkan ini? Umno atau DAP? Kenapa dia nak berteka-teki tanpa menyatakan musuh itu siapa yang sebenarnya....

Adapun Hj Hadi, Majlis Syura Ulama dan Zuhdi telah menyatakan dengan jelas, bahawa musuh mereka ialah DAP. TITM adalah termasuk kelompok yang menganggap DAP adalah musuh. TITM tidak perlu berlindung di sebalik lalang sehelai...

Kelompok TITM kini sudah kehabisan modal dan mula menyerang lawan mereka dengan menyerang peribadi dan tuduhan liar sebagaimana yang diperlihatkan oleh TITM dengan kenyataannya ini.

Pelik bila TITM sendiri masuk bertanding nak berebut jawatan yang disandang Mat Sabu boleh keluarkan kenyataan :

" Seorang pemimpin yang baik sepatutnya 'takut' untuk menerima jawatan bukan berebut jawatan.Pemimpin sebenar merasa berat untuk memegang jawatan kerana perlu memikul tanggung jawab yang besar."

TITM sedar ke tidak apa yang beliau ucapkan itu? Lainlah kalau TITM tidak bertanding apa-apa jawatan, bolehlah dia cakap begitu....alahai...Maaf cakaplah, saya sudah hilang rasa hormat terhadap orang yang jenis cakap tak serupa bikin! 

Muktamar Pas kali ini bakal menyaksikan pertembungan dua aliran kepimpinan iaitu kumpulan yang mahu mempertahankan Pas dalam Pakatan Rakyat (PR) dan kumpulan yang mahu Pas meninggalkan pakatan pembangkang itu.

Dengan penyingkiran beberapa pemimpin peringkat nasional yang pro Pakatan Rakyat adalah jelas hala tuju parti yang kumpulan TITM dukungi bersama ini akan membawa PAS keluar dari tahaluf siyasi bersama DAP dan PKR.

Orang-orang saperti DS Nizar, Khalid Samad, Dr Hatta , Mat Sabu  adalah nama-nama yang bakal disingkirkan hanya kerana kumpulan mereka bertegas menentang rundingan dengan Umno dan mempertahankan Pakatan Rakyat kerana wala' kepada keputusan muktamar PAS 54 di Ipoh.

Para perwakilan hanya ada dua pilihan dalam memilih pemimpin. Samada pilih pemimpin yang mempunyai visi untuk meneruskan kerjasama dengan PR atau pemimpin yang mahu meninggalkan PR. 

Jangan mudah terpedaya dengan helah kumpulan yang kononnya mahu meneruskan kerjasama dengan PR, tapi tidak komited kearah memperkasakan PR malah sebaliknya siang malam membelasah DAP dan PKR iaitu rakan bersama dalam PR.Kumpulan mereka yang TITM dukungi bersama ini menganggap DAP adalah musuh mereka.

Bukan rahsia kepada kita semua, Umno juga adalah sangat benci dan memusuhi DAP.Perwakilan perlu sedari hakikat yang ada dihadapan kita sekarang ini bahawa dalam PAS memang ada boneka Umno. Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz pernah sebut perkara ini terhadap seseorang anggota PAS.Apabila TGNA sudah tiada , boneka Umno ni rupa-rupanya amat ramai...

Nizar: Pilih Ahmad Awang demi kukuh PAS, Pakatan

Posted: 31 May 2015 06:00 AM PDT

Presiden dan barisan kepimpinan yang baru perlu diwujudkan di dalam PAS bagi memastikan parti itu terus kukuh bersama Pakatan, bekas menteri besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

 Nizar berkata beliau hanya mahukan parti itu dipimpin oleh individu yang tidak memperkecilkan rakan pimpinan dalam Pakatan demi menjaga keharmonian parti.

 "Selepas muktamar apa yang saya mahu ialah muka presiden yang baru dan Pakatan akan kukuh seperti asal pada 2008 yang mana persefahaman pemimpin Pakatan jauh lebih akrab dan tidak keluarkan kenyataan yang memperkecilkan rakan pimpinan Pakatan.

 "Presiden perlu baru, perlu juga pimpinan yang baru yang campuran bersama ulama. PAS perlu dipimpin oleh ulama dan siapa ulama itu? Dia ialah Ustaz Ahmad Awang.

 "Dia (Hadi) boleh cakap Arab, dia (Ahmad) juga boleh bercakap dalam bahasa Arab, dia (Ahmad) boleh bercakap dan berkomunikasi dalam bahasa Inggeris, dia (Hadi) tidak boleh.

 "Kita perlukan kepimpinan yang dihormati parti dan negara kita. Dan dengan kepimpinan baru yang raikan Pakatan ia akan menghilangkan khurafat yang mengatakan hanya Umno boleh pimpin orang Melayu," kata Nizar.

 Beliau berkata demikian dalam forum 'Mampukah PAS dilonjakkan Pasca Jun 2015' di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) malam tadi. 

 Turut hadir sebagai ahli panel dalam forum itu ialah calon Presiden Ahmad Awang dan bekas menteri besar Selangoor Tan Sri Muhammad Mohd Taib.

 Nizar berkata, walaupun beliau tewas untuk mengekalkan jawatan yang dipertua PAS Kawasan Kampar, namun beliau tetap bertanding mempertahankan kerusi ahli jawatankuasa PAS Pusat pada pemilihan kali ini.

 Beliau turut mendakwa, semasa pemilihan PAS kali ini, beliau teruk difitnah "orang dalam parti" berbanding yang pernah dilakukan oleh Umno semasa pilihan raya umum lalu. Beliau bagaimanapun tidak menyatakan individu terbabit.

 Nafi tolak ulama

 Katanya, fitnah yang dilemparkan bahawa beliau menolak kepimpinan ulama tidak benar sama sekali memandangkan segala kritikan yang diberi kepada kepimpinan PAS demi sayangkan parti.

 "Adakah betul kumpulan profesional nak gulingkan ulama sedangkan saya beranggapan kalau tiada ulama (Majlis Syura) untuk tangani masalah yang di bawa Umno, dah lama PAS merudum.

 "Ulama sebenarnya yang menyelamatkan parti kerana mereka ada ilmu yang boleh menyelamatkan parti. Tiba-tiba saya hari ini dituduh anti ulama dan nak jatuhkan presiden.

 "Sedangkan kalau di dalam mesyuarat, kalau saya beri kritikan itu bermakna saya sayangkan orang tersebut tetapi saya lebih sayangkan parti.

 "Saya beri pandangan dan kritikan kerana saya nak mereka membangun, bukankah itu peradaban dalam Islam. Semasa dipimpin oleh Allahyarham Datuk Fadzil Noor dan Allahyarham Datuk Nik Aziz (Nik Mat), saya beri kritikan yang sama dan mereka raikan pandangan mana-mana ahli PAS.

 "Hari ini pandangan dalam PAS, kalau kritik presiden, ini lah orang yang sokong bawa rebah," kata ADUN Changkat Jering itu lagi.

 Susulan kenyataan Presiden PAS Datuk Abdul Hadi Awang yang dilapor memberi kata dua kepada perwakilan dan bebas memilih pemimpin sama ada yang mengikut telunjuk DAP atau sebaliknya, Nizar mempersoalkan sama ada perwakilan mahukan presiden yang didakwanya menjadi boneka DAP atau Umno.

 Menurut Nizar, dalam situasi banyak pihak mengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, terdapat pihak dalam PAS yang mengeluarkan kenyataan supaya mengekalkan ahli parlimen Pekan itu sebagai ketua negara.

 "Umno sekarang dalam keadaaan paling lemah apabila Tun Mahathir Mohamad, (timbalan perdana menteri) Tan Sri Muhyiddin Yassin dan adik najib turut menghentam (Najib), tetapi ada pihak pula yang kata kekalkan Najib.

 "Kalau macam itu saya boleh kata, nak jadi presiden yang jadi boneka DAP atau boneka Umno?" soal Nizar yang mendapat tepukan daripada hadirin.malaysiakini

Mohd Amar belawok sokmo...

Posted: 31 May 2015 01:45 AM PDT


KOTA BHARU - Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah menegaskan masih terlalu awal untuk menilai keikhlasan dan kesediaan Umno dan kerajaan Pusat dalam isu pelaksanaan hudud di negeri ini.

 Menurutnya, persoalan ikhlas atau tidak itu terlalu subjektif dan tidak siapa yang mengetahui adakah Umno bersedia dan ikhlas dalam melaksanakan Kanun Jenayah Syariah II itu ataupun sebaliknya. 
>
 "Sebab itulah Pas mengambil langkah memilih yang zahir sahaja. Contohnya, kita dijemput masuk ke rumah jiran, kita masuklah. Sama ada dia ikhlas atau tidak untuk mengajak kita ke rumahnya, itu terpulanglah. Asalkan kita masuk.


 "Dalam isu ini saya melihat skopnya begitu, terlalu awal untuk kita mengatakan Umno ini tidak ikhlas dalam melaksanakan hudud. Sebab masa ada lagi, jadi kita tengok dulu setakat mana, selagi ada ruang itu kita kena tunggu lah dulu," katanya kepada Sinar Harian di sini, hari ini.>

 Beliau hadir merasmikan Kutipan Derma Pembinaan Fasa II Masjid Mukim Panji, yang turut dihadiri Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Dr Izani Hussin.

 Beliau diminta mengulas kenyataan calon Presiden Pas, Ahmad Awang yang mempertikaikan keikhlasan Umno dalam melaksanakan hudud di Kelantan.


 Mohd Amar berkata, pelaksanaan hukum tersebut bersifat teknikal, maka kesediaan daripada pihak kerajaan merupakan skop yang amat penting.

 Jika pihaknya tidak bersedia lagi, kemungkinan juga pembentangan di parlimen akan turut terkesan. 
Komen al-Husseyn : 

Dom gege gapo gak? Jebok mulut-mulut guana ni? Demo dah kantoi …Bakpo gak mu suko kecek belawak? Demo dah kena belawok dek Umno, ngaku selalulah, janghae dok gelewak depe gol jah.........


Pada mesyuarat pertama penggal ketiga Parlimen ke-13 yang berakhir padaA pril, alasan yang diberikan ialah banyak rang undang-undang perlu diutamakan dan dikatakan akan dibincang dalam sidang kali ini. Tetapi sehingga sekarang, ia tidak ada pun. 

Alasan kali ini pula ialah : Pastikan Hudud ikut perlembagaan? 

Tapi bukankah sebelum ini kerajaan negeri Kelantan dan kerajaan Pusat telah membentuk jawatankuasa teknikal untuk merumus dan merangka cadangan pindaan KJS(II) 1993 Kelantan. 

Sejak Jun 2014 ia ditangguhkan ....dan kini Jun 2015....masih dengan alasan 'Hudud tak ikut perlembagaan'.

Apa Jawatankuasa Teknikal yang pengerusinya Mohd Amar buat selama bertahun-tahun ini? Ada yang mendakwa, "Mohd Amar semenjak dilantik menjadi Pengerusi Jkuasa Teknikal Hudud thn 2011 tak pernah panggil mesyuarat sekali habuk pun, sahabat ambo Dato Che Mohd Rahim Jusoh, Pengarah JHEIK sbg S/U Jkuasa berkenaan boleh mengesahkannya."

Hanya pada 2014 apabila isu hudud mula panas semula, baru la nak panggil mesyuarat...Mesyuarat pertama diadakan pada 17 Julai 2014. Pada sekitar Disember 2014, Jawatankuasa ini memasuki fasa terakhir telah merumus dan mencadangkan kepada kerajaan negeri serta pusat bagi memastikan ia dapat direalisasikan tahun depan (2015).

Mohd Amar berkata, mesyuarat kali ketiga itu juga turut memutuskan keperluan untuk meminda Akta 355 atau Perkara 76 (A) yang memerlukan satu rang undang-undang persendirian dibawa ke parlimen.

"Jika ia melibatkan Akta 355, kerajaan pusat yang akan melaksanakannya, saya dimaklumkan draf sudah sedia dan sedang mencari masa yang sesuai (untuk dibentangkan)."

Dah jelas kena mohong dengan Umno :

1) Kata Kerajaan Pusat yang akan melaksanakannya, tapi kenapa Hj Hadi pula yang perlu membentangnya?

2) Sedang cari masa yang sesuai? Kah! Kah! Kah! Apasal cakap 'Pastikan hudud ikut perlembagaan? Maknanya kena buat kajian lagi dan lagi...Kah! Kah! Kah!9Demo dah kantoi...Hj Hadi dah kena main. Hanya yang tahap tolol sahaja sanggup kena main dengan yang bangang!



Sementara itu, dalam perkembangan lain, beliau turut diminta mengulas kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang menyifatkan ahli Pas tiada hak untuk menghalang beliau daripada terus mengkritik Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. 
Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar mempersoalkan adakah pihak DAP juga bersedia jika Pas membuat serangan balas di atas apa sahaja serangan yang dilemparkan pada parti itu sedangkan ia hanya disebabkan perkara yang kecil sahaja."Kalau macam itu, kita pun boleh mengkritik dia (DAP) jugalah, adakah dia (Lim Guan Eng) nak kita kritik dia balik, sepatutnya kena ada hormat. ~ sinarharian
Jangan nak mohonglah Mohd Amar....Apakah selama ini puak kamu tak serang DAP ker? Serang pun tidak ada fakta melainkan fitnah. Yang tuduh Lim Kit Siang hina hudud sewaktu dia berceramah di Kelantan yang baru lalu tu apa dia? Transkrip ucapannya boleh klik di sini.

Lim Kit Siang menuntut pihak yang menuduhnya menghina Islam dalam sebuah majlis anjuran PAS di Kota Bharu pada 10 Mei lalu supaya mengemukakan bukti. Baca di sini

Nasihat PasMa kepada Zuhdi mulut ceret beret

Posted: 30 May 2015 06:21 PM PDT

Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS, Dr. Mohd. Zuhdi Marzuki yang pernah digelar mulut ceret beret oleh Setiausaha Agung PAS, Mustapa Ali, mentohmah Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) melakukan 'grand design' dengan meletakkan calon tertentu pada pemilihan PAS Jun ini.

  Zuhdi mulut ceret beret mendakwa, strategik itu membabitkan blok atau kumpulan yang lunak dengan DAP yang diketuai oleh Ust Ahmad Awang (UAA). 

Walhalnya, kumpulan yang menentang Hj Hadi adalah mereka yang mempertahankan keputusan muktamar yang lepas-lepas supaya memperkasakan Pakatan Rakyat. 

Tidak timbul persoalan PAS menguasai DAP atau sebaliknya kerana setiap keputusan yang diambil adalah melalui konsensus bersama.UAA berjaya naikkan Nizar Jamaludin dari PAS jadi MB Perak  tahun 2008 walaupun PAS kerusi paling sikit. Apakah PAS rugi dan telah menjual prinsipnya perjuangannya kerana berkawan dengan DAP?

Apakah Zuhdi tidak menyedari hakikat Hj Hadi yang mesra Umno yang semata-mata berjanji nak bantu PAS membawa rang undang-undang persendirian mengenai hudud dibentang di parlimen itu hanya janji-janji kosong? Umno berjaya menjadikan hubungan tahalluf siyasi PAS bersama PKR dan DAP jadi semakin bercelaru. 

Kelemahan Hj Hadi itulah puncanya. Dia lahap dan kebuloq sangat telan umpan hudud yang umno hulurkan .... Bila dah kelupoq, Zuhdi dan gerombolannya cuba menyalahkan DAP dan PasMa. Memang tepat apa yang Cikgu Pa katakan kepadanya, Zuhdi mulut ceret beret!

Berikut kenyataan presiden PasMa, YB Pharolrazi Zawawi :

Kemuka bukti atau henti fitnah PasMa – Phahrolrazi Mohd Zawawi


Saya kesal dengan kenyataan berbaur fitnah Zuhdi Marzuki baru-baru ini yang menuduh PasMa terbabit dalam 'grand design' satu-satu calon pada musim saingan Muktamar PAS kali ini.

 Dari awal lagi, saya tegaskan PasMa tidak akan mencampuri proses pemilihan dalam Muktamar PAS, kerana kami adalah NGO penyokong Pakatan Rakyat sahaja.

 Lagipun, semua tuduhan Zuhdi kepada mana-mana pemimpin PAS yang menawarkan diri pada muktamar PAS ini adalah tidak adil kepada mereka yang berkenaan.

 Tuduhan Zuhdi ini yang mensasarkan kepada calon-calon berkenaan dilihat lebih pada memberi reputasi buruk kepada mereka. Ini suatu tindakan terancang di saat-saat akhir menjelang muktamar. Kalau ada ahli PasMa menunaikan kewajipannya sebagai ahli PAS sempena musim pemilihan kali ini sekalipun, itu hak peribadi mereka yang PasMa sendiri tidak boleh larang.

 Seperti gambar sahabat baik saya, Tuan Haji Razman Zakaria yang menyertai majlis jelajah Tun Dr Mahathir Mohamad menghentam Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini banyak tersebar di facebook, tetapi tak bolehlah pesuruhjaya PAS Perak itu difitnah menyokong Dr Mahathir pula. Itu tidak adil untuk sahabat saya.

 "...janganlah sesekali kebencian kamu kepada satu-satu puak mendorong kami untuk berlaku tidak adil. Berlaku adil lah kerana keadilan itu lebih mendekati ketakwaan..." (Surah Al-Maidah: 8)

 Berlaku adil lah Zuhdi. Jangan menyemarakkan fitnah dalam PAS, kerana fitnah itu sekaligus akan memburukkan imej Islam sebagai agama adil, serta imej Pakatan Rakyat sendiri.

 Justeru, saya ingin menasihatkan Zuhdi supaya mengemukakan bukti atas tuduhannya itu, atau segera berhenti melakukan fitnah ke atas PasMa. – 30 Mei, 2015. - sumber themalaysianinsider

Tiada ulasan: