Rabu, 27 Mei 2015

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


BILAKAH CADANGAN MEMINDA AKTA 355, AKTA MAHKAMAH SYARIAH ( BIDANGKUASA JENAYAH ) 1965 AKAN MENJADI KENYATAAN ???

Posted: 27 May 2015 09:00 AM PDT

Oleh Che Ibrahim Mohamed 

1. Mohd Amar, TMB Kelantan/Pengerusi Jkuasa Teknikal hudud telah berkali2 semenjak menjadi TMB bulan april 2013 menyebut utk mengemukakan private bill hudud ke parlimen, akhir sekali TGHH, MP Marang/Presiden Pas mengumumkan akan dibentang sblm 9 april 2015, namun tidak sempat dibentang wpun telah dimasukkan sbg agenda ke 24 persidangan Parlimen.

2. Pada peringkat awal semua orang menyangka private bill yg akan dibawa ini ialah satu akta yg berkaitan dgn undang-undang hudud, namun akhirnya baru didedahkan rupa2nya private bill yg sudah lebih setahun dibincangkan hanyalah untuk meminda beberapa patah perkataan dlm Akta mahkamah syariah ( bidangkuasa jenayah ) 1965 dgn menukar perkataan2 " .....hukuman denda rm5000, penjara 3 tahun, sebat 6 kali...." kepada perkataan2 " mengikut hukum syarak "....

3. Anehnya wpun pindaan itu hanya melibatkan beberapa patah perkataan shj, dgn dibantu oleh Jkuasa Teknikal Hudud bersama antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri serta jaminan umno akan memberi sokongan penuh, ditambah lagi Pas cukup menyakini kejujuran dan keihklasan umno utk membantu Pas Kelantan melaksanakan hudud, namun persidangan Parlimen yg sedang berjalan skrg ini belum menampakkan riak2 adanya ruang RUU Persendirian Pas untuk meminda Akta355 menjadi satu agenda persidangan Parlimen. Mungkinkah kita terpaksa menunggu dan menunggu lagi janji UMNO sehingga kita ketepikan rakan dan ahli sendiri, sanggup hilang jawatan dan kalah praya demi mengejar sebutir janji dari UMNO untuk HUDUD.

Pemimpin PAS UG buat kenyataan berserabut

Posted: 27 May 2015 06:00 AM PDT

Dua orang pemimpin PAS buat kenyataan berserabut....
Hj Hadi kata, PAS tidak berhasrat mahu meneruskan perjuangannya secara sendirian.Tapi mamat ni cakap lain pula .....Mana satu ni? 

Nik Amar kata, Muktamar Tahunan Pas ke-61 yang akan berlangsung di Kuala Selangor bulan depan akan menjadi medan penentu sama ada Pas akan berundur atau terus kekal dalam pakatan pembangkang.

 Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, pada umumnya: "Presiden (parti) boleh cadangkan, Majlis Syura (Ulama) boleh cadangkan (keluar daripada pakatan pembangkang) tetapi keputusan itu bergantung kepada muktamar ... kuasa itu kuasa muktamar. Itu adalah kaedah kami dalam organisasi." 

 Beliau bagaimanapun berkata, Pas Kelantan masih belum memutuskan untuk memberi sebarang cadangan keluar daripada pakatan pembangkang pada muktamar berkenaan. 

 "Ini kami tengok dalam muktamar ... kami dengar ucapan dasar (Presiden parti) dan dari situlah (kami akan buat keputusan). Jadi mungkin negeri lain ada cadangan, itu saya tidak tahulah. Tapi bagi Kelantan perkara berkenaan belum dibincangkan lagi," katanya. Baca lagi di sini

Ada yang meroyan sebab UAA , DS Nizar dan Dr Khairudin buat ceramah di Lenggong

Posted: 27 May 2015 02:30 AM PDT


Dalam tulisannya SIRI 7 : NOTA KONVENSYEN PAS PERAK KE-18 UBAHLAH PERSEKITARAN DI MANA JUGA KITA BERADA, ELAKAN MENJADI ONAR KEPADA JAMAAH, di bahagian akhir tulisannya :
Kalau kepimpinan kita sudah tamat tempoh atau tidak lagi diterima di cawangan atau kawasan, jadilah penyumbang dalam apa juga bentuk yang mampu disumbangkan.
 Elakan diri atau jangan sekali-kali menjadi onar yang membawa unsur negatif menjadi parasit; ataupun mengumpulkan mereka yang bermasalah dan tidak berpuas hati untuk merosakan jamaah serta mengganggu keamanan di tempat orang.
Lalu di sertakan dengan banner ceramah yang diatas tu.... Apasal meroyan sangat PJ aku nih? Kahahaha!

Rizalman serang mangsa guna senjata sulit ...?

Posted: 27 May 2015 01:16 AM PDT

Rizalman dituduh tak berseluar serang Tania

Bekas atase Malaysia ke New Zealand Muhammad Rizalman Ismail turut dituduh membuat serangan sumbang dengan menyentuh Tania Billingsley dalam keadaan tidak berseluar.

 Dalam pertuduhan alternatif ditawarkan terhadap Rizalman di Mahkamah Tinggi Wellington, dia didakwa bertindak demikian di dalam bilik tidur Billingsley.

 Rizalman (kanan), 39, berdepan dua pertuduhan utama.

 Menurut butiran lanjut diperoleh Malaysiakini, bekas diplomat itu boleh dijatuhi hukuman maksimum tujuh tahun penjara.

 Rizalman juga dituduh menceroboh rumah Billingsley dan menyerangnya dengan niat mengadakan pencabulan seksual.

 Untuk dua pertuduhan utama itu, dia berdepan hukuman maksimum 10 tahun penjara untuk tiap kesalahan. Baca lagi di sini

Selepas Hj Hadi, al-Sultan pula dilibatkan....

Posted: 26 May 2015 11:40 PM PDT

Woit! Rupa-rupanya setakad sokongan dari Hj Hadi, Najib masih lagi merasakan itu masih tidak cukup power dan masih merasakan kedudukannya tergugat... 

Pada Sabtu lepas, PM Najib berkata beliau mendapat sokongan Sultan Ahmad Shah untuk terus kekal sebagai perdana menteri walaupun ada pihak mahu beliau disingkirkan. 

Bekas Menteri Penerangan Zainuddin Maidin menempelak tindakan Najib melibatkan Sultan Pahang dalam pertelingkahan politik. 

" Adalah sesuatu yang tidak sihat dan boleh menyebabkan terjejasnya rasa hormat kepada raja," katanya  di sini

Menteri yang tidak faham atau bersetuju, dia harus berhenti - Shahrir Samad

Posted: 26 May 2015 09:41 PM PDT

Sekiranya menteri tidak bersetuju dengan keputusan kolektif yang dibuat semasa mesyuarat Kabinet, mereka perlu meletak jawatan, kata pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) Tan Sri Shahrir Samad.

 Setuju dengan saranan Tengku Razaleigh Hamzah yang seluruh kabinet harus bertanggungjawab dalam skandal 1MDB , Shahrir berkata, prinsip kabinet ialah tanggungjawab bersama.

 "Ia keputusan kolektif. Pilihan ada di tangan. Tiada siapa yang paksa. Kalau menteri itu tidak setuju (dengan keputusan Kabinet), maka boleh letak jawatan.

 "Soalnya begitu mudah. Apabila keputusan itu berdasarkan kolektif dan tanggungjawab bersama, menteri Kabinet punyai peluang berbincang dan bertanya kalau tidak puas hati," katanya.

 Bercakap kepada media di lobi Parlimen hari ini, Shahrir berkata, sekiranya sebarang keputusan tidak dipersetujui segelintir menteri, wajar mereka meletak jawatan kerana ia dianggap bertentangan dengan prinsip kolektif itu sendiri.

 Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin antara menteri yang secara terbuka mengkritik cara kerajaan mengendalikan isu itu, termasuk mengakui beliau sendiri tidak tahu bagaimana hendak memberi penjelasan kepada rakyat mengenai masalah syarikat itu yang menanggung RM42 bilion hutang dalam masa 6 tahun beroperasi.

 Semalam, Tengku Razaleigh berkata, keseluruhan kabinet patut dipertanggungjawabkan atas masalah yang dihadapi 1MDB.

 Beliau yang lebih dikenali sebagai Ku Li berkata, jika ahli Kabinet tidak sedar mengenai isu 1MDB, mereka sepatutnya membuat siasatan, bukannya menuding jari ke arah orang lain.

 Shahrir hari ini mempersoalkan dakwaan menteri yang mendakwa "tidak faham" mengenai isu tersebut kerana katanya sebarang perbincangan mengenai 1MDB memang seharusnya berlaku di Kabinet.

 "Dakwaan ada menteri tidak faham saya tidak tahu. Tetapi apa yang saya pasti, perbincangan pernah perlaku dan ada keputusan dibuat, hingga dirujuk kepada siasatan ketua audit dan PAC.

 "Kalau ada keputusan (Kabinet) dan menteri tidak faham, dan tidak setuju, dan tidak bertanggungjawab, maka bagi saya, beliau harus keluar," katanya yang enggan menamakan menteri yang dimaksudkan.

 Beliau berkata, Ku Li melakukan perkara yang betul dengan membangkitkan isu tersebut, sambil membandingkan dengan dirinya ketika keluar dari Umno untuk bertanding sebagai calon bebas pada tahun 1988 kerana mempertahankan pendiriannya.

 "Ku Li pernah jadi ahli Kabinet tapi beliau tidak menyoal apa yang diputuskan bersama (dalam Kabinet), hanya menyoal apabila melepasi garis masa selepas tidak menjadi menteri," kata Shahrir.–26Mei,2015.~sumber  themalaysianinsider

Bohong isu wang 1MDB di Bank Singapura satu kesalahan jenayah - Dr Mahathir

Posted: 26 May 2015 07:49 PM PDT

KUALA LUMPUR: Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyifatkan segala keterangan berkenaan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berhubung wang berjumlah USD 1.103 billion (RM3.6 billion) yang dipindahkan dari Cayman Islands adalah tidak benar.

 Menerusi tulisan terbaru di blognya, chedet.cc, Dr Mahathir berkata segala keterangan berhubung perkara tersebut sebelum ini melanggar peruntukan di bawah seksyen 218 Kanun Keseksaan.

 Dr Mahathir yang juga bekas menteri kewangan berkata kesalahan tersebut boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun di bawah undang-undang itu.

 "Perkara yang amat serius sedang berlaku. Wang syarikat milik Kerajaan yang dihutang dengan jaminan Kerajaan sebanyak tujuh bilion (tujuh ribu million) Ringgit sudah tidak dapat dikesan di mana ia berada dan percubaan dibuat untuk membohongi Parlimen dan Negara berkenaan dengannya.

 "Ada unsur jenayah berkenaan kes ini yang memerlukan siasatan oleh polis dan jika wang ini tidak juga dapat dikesan maka proses undang-undang hendaklah diambil terhadap semua pihak yang terlibat," tulis beliau.

BACA:Mengarutlah suruh orang berhenti bercakap tentang 1mdb-Tun M
BACA: Najib tidak jawab persoalan yang dibangkitkan - Tun M
Dr Mahathir merujuk jawapan parlimen perdana menteri pada 10 Mac di mana Najib berkata jumlah wang itu ditebus sepenuhnya dalam bentuk tunai dan kini disimpan di BSI Bank Limited Singapore.

 Bagaimanapun, Khamis lalu, Najib yang juga Menteri Kewangan, dalam jawapannya kepada ahli parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, menyatakan tiada tunai dalam bank tersebut tetapi hanya "aset dalam dolar AS".

 "Amatlah menyedihkan apabila saya dapati saya tidak dapat elak dari kenyataan yang perdana menteri membohong.

 "Dalam kes wang 1MDB yang dikatakan dibawa balik dari Cayman Islands dan disimpan dalam bank BSI Singapura, jawapan tertulis perdana menteri kepada soalan Parlimen tidak menepati kebenaran sama sekali.

 "Pembohongan yang pertama ialah tidak ada wang tunai 1MDB yang dibawa balik," tulisnya lagi.

 "Kedua, tidak ada wang tunai yang dimasukkan ke dalam bank BSI di Singapura.

 "Ini jelas dari pindaan kepada jawapan yang pertama, iaitu bukan wang tunai berjumlah AS$1.103 bilion (RM3.6 bilion), dimasuk dalam bank BSI, tetapi dokumen (surat pengakuan) yang disimpan dengan bank.

 "Apa dia nya surat ini tidak dijelas tetapi yang jelas ialah ia bukan wang tunai," tulis beliau lagi.

BACA:1MDB: Baki dana pelaburan ditebus dengan aset, bukan wang tunai -     Najib
Dr Mahathir berkata, Bank Negara Malaysia sudah tentu dimaklumkan oleh penguasa kewangan Singapura, Monetary Authority of Singapore, yang dana itu bukan berbentuk wang tunai, tetapi ia dirahsiakan.

 "Tujuan merahsiakan tentulah kerana ada sesuatu yang tidak kena atau pembohongan yang dilakukan apabila Najib menjawab soalan yang wang tunai disimpan dengan Bank BSI di Singapura," katanya. ~ Sumber astroawani

Sementara itu dilaporkan beberapa pengamal undang-undang jenayah bersetuju dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa jawapan yang bercanggah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak mengenai 1MDB, mungkin merupakan satu jenayah. Dr Mahathir mendakwa Najib berbohong tentang di mana AS$1.103 bilion (RM3.97 bilion) dana 1MDB, dan oleh itu, telah berkata bahawa ia adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 218 Kanun Keseksaan. ~ sumber Malaysiakini

Tiada ulasan: