Selasa, 19 Mei 2015

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Saya sokong Ucapan Hj Hadi kali ini

Posted: 19 May 2015 09:03 AM PDT

0:30 ~ Dalam perkara berbeza pendapat, kita bermesyuarat.Bila jadi satu keputusan mesyuarat kita terima keputusan itu, dan kita tidak berpecah! Kalau ada yg berpecah itu yg TOLOL dalam PAS! Dia berpecah keluarlah dia dari PAS dan PAS semua selamat
Semua kita akui apa yang Hj Hadi cakap tu adalah benar belaka. PAS berpecah kerana tidak ikut keputusan mesyuarat. Yang berpecah itulah yang TOLOL. Yang tolol inilah patut keluar dari PAS! 

Saya sokong ucapan Hj Hadi kali ini. Memang menepati apa yang dia buat selama ini.Hj Hadi sebenarnya bercakap mengenai dirinya sendiri , bahawa dia tak ikut keputusan mesyuarat, dia adalah TOLOL, dan dia patut keluar dari PAS!

Saya mengalu-alukan Hj Hadi keluar PAS. Orang yang ganti tempatnya pun dah ada.. 

 Tidakkah kalian masih ingat rentetan isu perlantikan MB Selangor yang lalu? Jom kita rewind semula rentetan tersebut :

 17 Ogos 2014 : Mesyurat JKPP berlangsung satelah ditunda sebanyak dua kali (sepatutnya pada 10 Ogos, kemudian ke 13 Ogos) Dengan tidak semena-mena Hj Hadi terus mencadangkan nama WAWI dan Azmin Ali sebagai calon MB Selangor. Semua tekejut dan tidak menduganya kerana sebelum itu Hj Hadi cukup keras mempertahankan Khalid sebagai MB Selangor. Kenapa secara tiba-tiba sahaja Hj Hadi bertukar watak? 

Maka mesyuarat pada hari itu bersetuju sebulat suara dengan  dua nama itu dibawa ke mesyuarat MPPR pada petang hari yang sama. Azmin telah menarik diri, maka PR ambil keputusan hanya hantar satu nama sahaja iaitu WAWI.

 18 Ogos 2014 : Pada esoknya buat PC di Kota Baru Kelantan, bersama TGNA dan Mustafa Ali, pihak media bertanyakan HJ Hadi mengenai nama WAWI satu tu saja yang dihantar...Hj Hadi jawab, ianya tidak bercanggah dan telah menyatakan persetujuannya. 

22 Ogos 2014 : Mustafa Ali enggan menandatangani surat yg di buat Peguam ke tiga-tiga parti untuk menyatakan sokongan kepada Wan Azizah sebagai MB untuk di hantar kepada Sultan Selangor. 

25 Ogos 2014 : PAS bermesyuarat lagi. Keputusan masih tetap sama seperti mesyuarat pada 17 Ogos. Keputusan 17 Ogos itu tidak dimansuhkan. 

Kes Kedua : Kenapa Hj Hadi tindak bertindak keatas Ketua Pemuda Pulau Pinang?

13 April 2015 : Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat (JKPP) mengambit ketetapan seperti berikut : Bahawa PAS akan membantu Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam Pilihanraya Kecil Parlimen P.044 Permatang Pauh; 

20 April 2015  Setiausaha Agung PAS Dato' Haji Mustafa Ali menulis sepucuk surat rasmi kepada Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Pulau Pinang memaklumkan keputusan tersebut dan meminta kerjasama Badan Perhubungan PAS Negeri Pulau Pinang mengambil perjalanan memastikan keputusan mesyuarat tersebut dilaksanakan sebaik mungkin.

22 April 2015 : Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden yang juga ahli Majlis Syura Ulamak telah mengeluarkan kenyataan rasmi yang disiarkan oleh Harakah Daily menyeru semua ahli PAS yang berdaftar sebagai pengundi di Permatang Pauh untuk keluar mengundi dan memberi undi kepada calon PKR.

26 April 2015 : Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Sdr Mohd Yusni bin Mat Piah telah mengeluarkan kenyataan mewakili Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang bahawa semua jentera dan petugas Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang direhatkan dari semua gerak kerja sepanjang Pilihanraya Kecil Permatang Pauh. 

 Tindakan Sdr Yusni Mat Piah tersebut adalah jelas merupakan perlanggaran keputusan mesyuarat JKPP yang dipengerusikan oleh Hj Hadi sendiri. Itu adalah keputusan parti.

 Ada tak Tuang Presideng mengambil apa-apa tindakan disiplin keatas pelanggaran keputusan tersebut? Malah Tuang Presideng seolah-olah turut merestui tindak tanduk Yusni Mat Piah dengan memuliakan nya dalam suatu majlis…..
Tuang Presideng elok bersantai dengan gerombolan fraksi Umno

Mengapa Saya Bersetuju Untuk Menerima Pencalonan?

Posted: 19 May 2015 03:30 AM PDT

Tokoh-tokoh ulama nusantara yang diiktiraf oleh dunia Islam dijemput menghadiri
  Iltiqa' ul-Ulama di Beirut berbincang mengenai masalah Palestin. Ustaz Ahmad Awang
diberi penghormatan untuk mewakili Malaysia.
Bismillahirrahmanirrahim,
 Ketika kenyataan rasmi ini ditulis, saya baru sahaja selesai mengikuti program 'Global Convention Of Scholars For Palestine' yang berlangsung di Beirut selama seminggu bermula 16 Mei lalu. Mudah-mudahan kenyataan ringkas ini mampu menjawab persoalan rakan-rakan dalam PAS dan rakyat umumnya berhubung sebab dan tujuan saya menerima pencalonan untuk bertanding Presiden PAS Sesi 2015-2017.

 PAS sebagai sebuah Gerakan Islam yang dipandu perlembagaan, telah menetapkan dalam Kaedah 4.8.6, Peraturan-Peraturan Pemilihan Parti Islam Se-Malaysia (Pas) 2013 (Pindaan 2014), bahawa "Hanya calon-calon yang mendapat sekurang-kurangnya dua pencalonan sahaja yang layak bertanding di dalam pemilihan kecuali bagi kawasan yang mempunyai kurang daripada lima (5) cawangan dan negeri yang mempunyai kurang daripada 5 kawasan di mana satu (1) pencalonan sahaja sudah memadai bagi Kawasan dan Negeri tersebut". 

Justeru penerimaan pencalonan ini secara asasnya kerana diizinkan bahkan diraikan dalam jemaah yang kita sayangi ini.

 Bahkan jika sahabat-sahabat lama PAS masih ingat, pertandingan seumpama ini pernah berlaku antara Dr Burhanuddin Al-Helmy dan Prof Zulkifli Muhammad sekitar tahun 1956. Menariknya pertandingan ketika itu menatijahkan kesan yang baik kepada jemaah dan meningkatkan ukhuwah dan mahabbah sesama anggota PAS. Rentetan sejarah positif berikut, saya dengan penuh takzim menggagaskan faktor-faktor utama yang mendorong saya bertanding:

 1) Saya berhasrat - tentunya dengan dokongan semua - ingin mempererat ukhuwwah, dan memperkukuh kesatuan ahli bertunjang kasih sayang kerana Allah.

 Perkara ini sudah pasti bermula dengan memupuk kesepaduan dalam kalangan pimpinan sesuai dengan peranan yang disebut dalam Fasal 26 (1) (d) iaitu "Mengambil apa-apa jua langkah yang perlu bagi menjamin perpaduan, persefahaman dan kesungguhan Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dalam menjalankan tugas masing-masing".

 PAS perlu menekuni firman Allah dalam surah As-Soff 'kal bunyanum marsus', iaitu seperti binaan yang saling memperkukuh dan menguatkan antara satu sama lain. Setiap ahli keluarga PAS perlu menginsafi bahawa 'Binaan' PAS ini tidak dibina dengan hamparan merah. Perit dan jerih silih berganti. Maka sudah menjadi tanggungjawab semua untuk memastikan 'binaan' ini terus utuh demi memikul amanah siasah dan dakwah di bumi Malaysia ini.

 Dengan kesatuan ukhuwah ini juga, seluruh saff jemaah dapat memberi fokus untuk menunaikan amanah pantadbiran bagi negeri yang telah PAS menangi seterusnya berusaha memenangi negeri-negeri yang masih belum lagi kita menangi. Amanah yang dipundakkan di bahu PAS hakikatnya terlalu berat. Hampir mustahil amanah ini dapat dilunaskan jika ahli dan pimpinan di setiap peringkat tidak fokus dan tidak bersatu. 

2) Meraikan perbezaan pandangan lantas mengurusnya dengan hikmah dan bijaksana.

 Sebagai sebuah gerakan Islam yang cukup berpengalaman, dan memiliki bilangan ahli yang mencecah jutaan, bukankah perbezaan pandangan itu sememangnya sukar untuk dielakkan? Mustahil untuk PAS mempunyai hanya satu pandangan sahaja. Ini membuktikan PAS sememangnya sarat dengan potensi dan kebijaksanaan yang perlu diraikan dan diurus untuk manfaat PAS itu sendiri.

 Kita tidak mahu lagi PAS dikotak-kotakkan dengan perbezaan profesional dan ulamak. Kita juga tidak mahu lagi PAS dijurangkan dengan sentimen 'anti itu' dan 'anti ini'. Keadaan ini sesuai sepertimana yang diungkapkan oleh Al-Qaradhawi, "Perbezaan pendapat itu tidaklah merbahaya, khususnya dalam soal furu' sebahagian usul yang bukan asas. Akan tetapi yang merbahaya adalah perpecahan dan permusuhan yang telah diingatkan Allah dan Rasul-Nya kepada kita!"

 Setiap sosok tubuh ahli PAS itu adalah rahmat yang Allah kurniakan kepada PAS. Maka terpulang kepada kepimpinan samada untuk bersyukur atau mensia-siakan peluang yang Allah berikan.

 3) Terus mempersada PAS di arena nasional.

 PAS mempunyai 21 Ahli Parlimen dan 83 Adun diseluruh Malaysia. Jika rakyat mahu melihat bagaimana PAS jika diizin Allah memerintah Malaysia, maka 21 Ahli Parlimen dan 83 Adun inilah yang akan menjadi 'qudwah' atau contoh panduan kepada rakyat. PAS perlu sentiasa mengiktriaf dan menghargai peranan Ahli Parlimen dan Adun-adun PAS. Wakil-wakil rakyat inilah yang perlu sentiasa aktif membincangkan polisi-polisi diperingkat Nasional dan negeri, mencadangkan pembaharuan kepada Kerajaan, dan perlu bersikap akomodatif kepada tuntutan rakyat.

 Selain mengoptimumkan peranan wakil-wakil rakyat PAS, PAS mempunyai ramai lagi tokoh berketerampilan yang boleh dikehadapankan. Lihat saja sejarah, terlalu ramai pemimpin PAS yang menjadi tulang belakang kepada perjuangan rakyat. Saya percaya inilah harapan rakyat terhadap PAS. Rakyat mahu melihat kepimpinan PAS terus menjadi peneraju dalam memperjuangkan isu-isu mereka.

 4) Terus aktif berpartisipasi dalam isu-isu internasional.

Pengalaman 17 tahun sebagai Presiden Persatuan Ulama Malaysia (PUM) cukup mendedahkan saya betapa PAS perlu menjadi pendokong kuat kepada agenda pembangunan Islam sejagat. PAS merupakan antara gerakan yang terkehadapan dalam mengetengahkan Islam di lapangan demokrasi. Oleh itu saya berhasrat untuk memastikan PAS akan terus aktif menyertai forum-forum antarabangsa bagi berkongsi pengalaman PAS untuk manfaat gerakan Islam sejagat.

 Hari ini dunia Islam berhadapan dengan rencam global yang sangat mencabar. Serangan terhadap Islam datang dari segenap penjuru. Wujud kempen halus yang cuba melabelkan Islam sebagai anti-demokrasi dan pro-keganasan. Bahkan terkini, hukuman yang dijatuhkan oleh pihak penguasa Mesir keatas Dr Muhammad Morsi, rakan-rakan seangkatan beliau dan Syeikh Dr Yusuf Qaradhawi juga sudah cukup memperlihatkan kebangkitan Islam dalam pentas politik internasional perlu diurus dengan penuh gagah dan berstrategi. Maka kehadiran PAS di arena antarabangsa itu sendiri sudah cukup untuk menjadi jawapan kepada seluruh tohmahan negatif ini. 61 tahun di lapangan demokrasi, PAS terus konsisten mengetengahkan Islam sebagai solusi kepada permasalahan ummah.

 Akhirnya, saya melihat bahawa teras kekuatan PAS selama ini ialah ahli yang bersatu padu, mengutamakan perjuangan lebih daripada kepentingan diri dan keluarga serta halatuju dan matlamat yang jelas samada di dunia mahupun akhirat.

 Ketika ketiga-tiga ini kembali menyatu dan kukuh, saya yakin dan percaya PAS tidak hanya akan hadir sebagai tiang seri kekuatan Pakatan Rakyat bahkan lebih jauh mampu membuktikan kepada dunia bahawa PAS mampu melaksanakan sebaiknya amanah kepimpinan sebagaimana yang disebut Al-Mawardi, "Iqamatiddin wa siayatud dunya bih", membangunkan agama Allah dan mentadbir dunia dengannya. Sekian, terima kasih. 

--- AHMAD BIN AWANG
     19 Mei 2015   
(gambar dan artikel kredit kpd Dato Tarmizi Jam)

UMNO HANYA BERSANDIWARA, ADA 1001 SEBAB KEIKHLASAN UMNO BOLEH DIPERSOALKAN DALAM SOKONGANNYA TERHADAP - YB HANIPA MAIDIN

Posted: 18 May 2015 05:01 PM PDT

Siapa yang menyatakan Umno tidak inginkan faedah politik dalam isu hudud adalah mereka yang naif dalam politik. Umno adalah parti yang boleh berlakon di sebelah pagi menyokong hudud dan di sebelah petang menentang pula hudud. Adakah Umno benar benar serius dalam isu hudud ini. Untuk kenal sikap Umno, kita bandingkan dulu sejarah Pas dan Umno dalam isu hudud ini. Dari sejarah ini kita boleh buat kesimpulan siapakah yang lebih serius dan ikhlas dalam isu hudud ini.

Kita pergi dulu kepada Pas. Terdapat dua Kerajaan Negeri yang dikuasai Pas dan pernah dikuasai Pas iaitu Kelantan dan Trengganu. Kedua dua negeri ini telah menjalankan tanggungjawabnya menggubal enakmen syariah yang merangkumi undang undang hudud. Bagi Kelantan setiap tahun mereka menyambut hari Hudud bagi menerangkan tentang hukum hudud.

 Berapa ramai pemimpin Pas di seluruh peringkat yang berceramah, berforum, berseminar tentang hudud, berdialog dengan mereka yang faham dan yang tidak faham tentang hudud, berwacana dengan penyokong dan penentang hudud sejak sekian lama. Malahan penyokong Pas yang bukan Islam dari Dewan Perhimpunan Pas juga tidak ketinggalan menyumbangkan tenaga mereka dalam isu hudud ini.

 Saya masih ingat Kerajaan Trengganu di bawah Pas pernah mengadakan seminar dan dialog dengan pelbagai kumpulan politik dan bukan politik dengan meminta mereka memberi pandangan dan kritikan terhadap deraf enakmen syariah yang Pas ingin bentangkan dalam DUN Negeri Trengganu.Malahan Umno juga dijemput meskipun mereka tidak hadir.

 Saya juga masih ingat saya bersama sama Datuk Wan Mutalib Embung dan Almarhum Dato Harun Taib pernah berdialog dengan golongan NGO Wanita termasuk Sisters in Islam di Century Paradise, Kuala Lumpur berkenaan isu hudud. Hatta Pas juga berdialog dengan Dap dan golongan bukan Islam dalam isu hudud.Pokoknya Pas sudah buat apa yang terdaya di dalam kemampuannya mengenai hudud ini.

 Kita lihat pula Umno. Meskipun lama berkuasa tidak pernah sekalipun mana mana negeri yang diperintah oleh Umno menggubal jauh sekali membentang rang undang undang hudud di mana mana DUN yang Umno perintah. Semua orang tahu meskipun Umno menguasai media massa sama ada media bercetak dan elektronik, Umno tidak pernah berusaha memberi penerangan kepada rakyat mengenai kebaikan dan kelebihan hukum hudud. Jika dalam kes GST Umno sanggup gunakan segala prasarana berkempen untuk GST dengan membelanjakan wang berbilion ringgit, Umno sebaliknya tidak bernafsu untuk berkempen tentang hudud dengan semangat yang sama.

 Jika Umno yang bermajoriti orang Islam tidak terasa terpanggil untuk menerangkan hudud di televisyen atau di radio yang mereka kuasai , Umno terpanggil pula menentang dan memperlekeh hudud. Kita boleh bawa banyak bukti kenyataan kenyataan para pemimpin Umno memperlekeh hudud. Malahan ada pemimpin Umno yang sanggup mengugut Kelantan dalam isu hudud dan ada juga bekas pemimpin Umno yang cabar hudud di Mahkamah. Apabila Adun Pas di Dun Trengganu baru baru ini membawa usul untuk bincang enakmen hudud di Trengganu , Kerajaan Trengganu yang dikuasai Umno tolak usul tersebut.

Apa reaksi Najib terhadap gelagat
MCA menolak hudud?
 Umno bukan sahaja gagal berdialog, berseminar, berwacana bagi menerangkan kebaikan hukum hudud kepada rakyat, malahan tidak bersungguh memberi penerangan kepada sekutunya MCA atau Gerakan yang amat bernafsu menghentam hudud dengan sesuka hati. Jika DAP menentang hudud kerana berpendapat ianya bercanggah dengan Perlembagaan tanpa menghina hukum hudud, MCA pula memperlekeh hudud sehingga sanggup untuk menjadi rantai manusia (human chain) bagi menghalang Pas bentang rang rang undang persendirian Ahli Parlimen di Parlimen. Sehingga kini kita tidak dengar reaksi pemimpin Umno termasuk Presidennya menegur gelagat MCA dan Gerakan.

 Kini secara tiba tiba Umno mengubah strateginya dalam isu hudud. Umno sedar isu hudud amat mudah untuk memecah belah Pakatan Rakyat. Maka Umno tukar skrip dan tukar watak. Dari watak penjahat kini Umno cuba berwatak hero dalam isu hudud. Ianya semata mata untuk lariskan tiket wayang. Tetapi masih bermain wayang. Bukankan parti sekular seperti Umno berpegang kepada motto matlamat menghalalkan cara.

 Adegan pertama watak "hero" Umno dalam wayang gambar ini adalah mencabar Pas bentangkan rang rang undang persendirian Ahli Parlimen ( private member's bill ) bagi memberi laluan kepada Kelantan untuk laksanakan hudud. Apabila adanya respon dari Kelantan, maka diteruskan adegan kedua iaitu pemimpin tertinggi Umno menziarahi tokoh tokoh Pas. Adegan ketiga watak hero ini adalah mewujudkan Jawatankuasa Teknikal bersama. Bagaimanapun dalam wayang gambar itu ada juga adegan si hero membiarkan rakan sekutunya MCA dan Gerakan mengamuk menyerang Pas dan hudud itu sendiri.

 Bagi mereka yang naif politik akan menyatakan kepada Pas bukankah Umno sudah beri peluang mengapa Pas tidak gunakan ruang yang diberi. Ya benar Umno beri ruang tapi diberi ruang yang sempit dengan Umno tinggalkan ruang yang besar. Disuruhnya Pas memilih jalan yang sempit dan berliku meskipun di sana ada jalan yang lurus dan lebih selesa.

 Menyuruh Pas membentang rang undang-undang persendirian bagi memberi ruang perlaksanaan hudud di Kelantan adalah ibarat menyuruh Pas menggunakan jalan sempit dan berliku kerana proses pembentangan rang undang undang persendirian berliku liku jalannya. Antaranya ia perlu mendapat persetujuan Menteri dan ia juga tidak boleh mengatasi urusan Kerajaan termasuk usul usul lain. Prosedur terperinci boleh dilihat dalam Artikel 67 Perlembagaan Persekutuan dan Aturan 49 Peraturan Mesyuarat ( Standing Orders ). Pas pernah melalui Presidennya bentang rang undang undang persendirian mengenai murtad untuk Wilayah Persekutuan , ia bukan sahaja tidak dapat sokongan Menteri malahan diletakkan di senarai paling bawah dalam aturan mesyuarat Parlimen.

 Mungkin ada yang kata itu dulu, kini Umno dah berubah. Ya, Umno dan berubah tapi bukan ubah perangai sebaliknya ubah strategi. Jika ubah perangai paling kurang minta maaf dera rakyat Kelantan selama ini dan beri wang royalti.

 Jika Umno serius dalam membantu Kelantan kita berhak bertanya mengapakah Umno sendiri enggan membawa rang undang undang Kerajaan (government's bill) sepertimana rang undang undang lain yang biasa dibentangkan di Parlimen. Ianya lebih mudah dan pasti akan berjaya kerana jika undang undang dibawa oleh Kerajaan ia wajib disokong oleh semua parti komponen Umno termasuk dari Sabah dan Sarawak. Maka jika sekalipun Dap dan Pkr katakan tidak menyokong ia masih akan lulus.

 Sebab itu selama ini jika Kerajaan kemukakan rang undang undang di Parlimen meskipun dalam perbahasan rakan sekutu Umno kadangkalan mengkritik rang undang undang itu tapi mereka akhirnya masih mengundi rang undang undang itu. Ini kerana jika mereka menolak rang undang yang dibawa oleh Kerajaan akan berlakunya undi tidak percaya dan mungkin terbubar Parlimen.

 Keadaan yang sama tidak berlaku bagi rang undang undang persendirian. Jika Pas yang bawa rang undang undang persendirian, Umno tidak perlu dan tidak wajib pastikan rakan rakan sekutunya seperti Mca, Gerakan, Mic dan ahli ahli Parlimen BN Sabah dan Sarawak menyokong rang undang undang yang Pas akan bawa. Maka jika Umno sokong sekalipun rang undang undang itu tanpa sokongan dari sekutu mereka maka hasrat untuk melihat rang undang undang itu diluluskan ibarat kata Mat Sabu seperti menunggu ikan keli tumbuh sisik.

 Di sinilah kita mempunyai 1001 sebab untuk percaya Umno hanya bersandiwara dalam isu ini. Jika Umno serius dalam isu hudud ini lupakan rang undang undang persendirian. Sebaliknya Umno perlu bawa rang undang Kerajaan yang mana kamu kuasai maka ketika itu barulah kewujudan Jawatankuasa Teknikal adalah relevan dan bermakna. ~ Dato Tarmizi Mohd Jam

Tiada ulasan: