ALHUSSEYN |
- Buktikanlah tang mana saya hina Islam, hina hudud , hina PAS....
- Pesuruhjaya PAS Perak cuma mahu balas budi Menatu Tuang Presideng jer!
- Ust Ahmad Awang terima pencalonan Presiden PAS
- Bukan mengajar tetapi berkongsi apa yg dia perolehi tentang Hudud - Diyana
Buktikanlah tang mana saya hina Islam, hina hudud , hina PAS.... Posted: 14 May 2015 02:42 PM PDT Korang yang beriya-iya sangat kutuk dia ni mana huh? Mana kamu Nik Abduh? Mana itu Razman Zakaria? mana itu Norazli Musa? Mana kamu semua? LKS minta korang semua yang belasah dia dengan kenyataan yang ganaz, tampil ajarkan dia yang mana betul dan yang mana salah. Ini peluang korang untuk menerangkan Islam kepadanya.Peluang korang untuk berdakwah. Ada berani sambut cabaran LKS? Kalau korang tak berani, atau tak ada hujah nak atau bukti nak kemukakan mengenai salah silap LKS dalam ucapannya, tak perlulah nak menyorok masuk ke dalam bonet keta macam yang pernah dibuat oleh somebody, somewhere di kediaman MB dulu! Korang hanya perlu minta maaf sebelum dia saman korang! Dia bagi korang tempoh masa yang dah hampir nak luput pun...Kata LKS : Saya telah menunggu selama tiga hari untuk dibuktikan bahawa dalam ucapan saya di Kota Bahru pada hari Ahad, saya telah "Hina Islam, Hina hudud, Hina orang Islam, Hina PAS" dan tiada seorang pun telah datang, tetapi saya masih bersedia untuk menunggu selama 48 jam lagi. Malah, transkrip ucapan saya di Kota Baru boleh didapati di Internet, di blog, tweet dan FaceBook, dan ia tidaklah terlalu sukar untuk menunjukkan di mana saya telah "Hina Islam, Hina hudud , Hina orang Islam, Hina PAS" jika saya benar berbuat demikian. Saya berterima kasih kepada rakyat Malaysia yang telah menggalakkan saya dengan komen mereka bahawa ia adalah jelas dari transkrip, saya tidak bersalah kepada sesiapa di antara ketiga-tiga salah-laku dalam ucapan saya di Kota Bahru, misalnya, komen-komen berikut pada Facebook DAP: Pelaut Tua : sya dgr ucapan lks dari mula sampai habis…apa yg kurang ajarnya….lks tak tentang hudud pun, tak anti islam pun,..soal bolih atau tak bolih laksana hudud dalam negara yg majmuk bolih dibincang kemudian. Jika saya telah melakukan apa-apa kesilapan dalam ucapan saya di Kota Baru pada hari Ahad, sama ada merujuk saya kepada Sheikh Yusuf Al-Garadawi atau Rashid al-Ghannushi, saya bersedia untuk belajar dan berdiri untuk diperbetulkan. Tetapi tiada apa-apa pembetulan telah timbul dalam tempoh tiga hari lepas. Saya terkejut bahawa ucapan saya di Kota Baru telah mencetuskan torrent tindak balas emosi dan tidak rasional daripada beberapa pemimpin PAS, setakat mana ia melaporkan bahawa beberapa pemimpin PAS di Kelantan sedang mempertimbangkan mengharamkan pemimpin DAP daripada bercakap di negeri ini. Tetapi saya akan menunggu selama 48 jam lagi sebelum saya menjawab beberapa isu yang dibangkitkan lebih daripada ucapan saya di Kota Baru.~ sumber | ||
Pesuruhjaya PAS Perak cuma mahu balas budi Menatu Tuang Presideng jer! Posted: 14 May 2015 04:32 AM PDT Bagaimana seorang Pesuruh Jaya PAS boleh buat kelaku yang memalukan ini? Bukankah sepatutnya dia berkecuali dalam pemilihan Ketua Pemuda PAS Perak yang akan berlangsung pada 17 Mei ini? Razman Zakaria, bekas pegawai Kastam yang dinasihatkan supaya bersara awal kerana tindakan disiplin sebelum bersama PAS, telah bertindak di luar etika selaku seorang Pesuruhjaya PAS. Cukup memalukan bila beliau mengucapkan kata-kata 'Selamat datang kpd Ketua Timbalan Ketua Pemuda , Ustaz Akmal Kamarudin, dan rombongannya; insya'Allah jadi Ketua Pemuda akan datang, Takbir' ketika di program Liqa' Pemuda PAS Kawasan Gopeng sebelum muktamar pemuda kawasan itu berlangsung baru-baru ini. Muktamar Pemuda PAS Perak akan berlangsung pada 17 Mei akan datang.Pemilihan jawatan bagi sessi 2015-2017 akan berlangsung. Jelas, Razman telah bias.
Apa yang nak dipelikkan? Tanam ubi atas batas, orang berbudi , kita balas! Begitulah Razman hingga boleh dilantik jadi PJ Perak sedangkan pada waktu itu, Nizar adalah Timbalan Pesuruhjaya 1. Lojiknya Nizarlah yang patut naik menggantikan Ust Abu Bakar sedangkan Razman entah di mana ketika itu.....cer semak di sini . Ada tak Rosman? Macamana Razman mampu melakukannya? Tentu pakai kabel khas yang bukan kepalang besarnya. Dari segi pengalaman dan hiraki parti jauh sekali .... Gambar di atas ini boleh menceritakan kepada kita semua. Kelihatan Ust Akmal dan Ust Sidek Nor sewaktu rehlah Tarbiyah ke rehlah Lobiyyah? Aku pernah ceritakan hal gambar ni di sini Ramai yang nak tahu, apa masalahnya dengan Nizar (timb. PJ1) dan Dr Khairudin Dato Malik (timb. PJ2) Ustaz Mustafa Shaari (timb PJ3) hingga Presiden sanggup mengenepikan mereka semua dan memilih Razman yang khabarnya baru masuk PAS pada 2010 selepas bersara dari Jabatan Kastam pada 2009, tiba-tiba sahaja mencanak naik namanya diangkat menjadi PJ Perak untuk sessi 2013 - 2015. Waima jadi JK PAS Perak pun tidak. Dengan tersingkirnya Nizar dan Dr Khairuddin pada pemilihan sebagai YDP di kawasan masing-masing sudah cukup jelas sebagai rentetan di sebalik perlantikan Razman yang selama ini dilihat penuh misteri....sekarang pekong dah terdedah, macam-macamlah alasan nak kaver! Menantu Hj Hadi, Ustaz Akmal telah menafikan adanya komplot atau sikap bias PJ Razman. Lucu bila dia kata PJ Perak cuma bergurau. Cer dengo Razman bergurau seloroh ...... dengan laungan kalimah takbir? | ||
Ust Ahmad Awang terima pencalonan Presiden PAS Posted: 13 May 2015 11:09 PM PDT Ustaz Ahmad Awang (UAA) sebentar tadi telah menandatangani surat pencalonan untuk menerima pencalonan sebagai calon Presiden di pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut. Sudah tentu kalangan UG yang mencalonkan UAA sebagai pemeriksa kira-kira akan tersentap menahan marah dengan tindakan UAA mencabar kedudukan presiden, Hj Hadi. "Najib patut diberi peluang kedua untuk menghabiskan tugasnya sebagai pemimpin nombor satu negara sehingga cukup penggal perkhidmatan, " kata Hj Hadi di sini Yang ironisnya, walaupun Hj Hadi sendiri, mempertahankan PM Najib sebagai Perdana Menteri kerana menurutnya telah dipilih dengan cara demokratik yg adil dan hingga cukup penggal perkhidmatannya, puak-puak pendokong UG (baca Uztaz Gelong) berasa sangat marah dengan pencalonan UAA. Demokrasi sudah ditalqilkan Apakah dalam PAS sudah tidak ada demokrasi sehinggakan jawatan presiden PAS yang akan habis tempohnya menjelang muktamar Jun nanti tidak boleh dicabar sesiapa? Dahsyat betul puak-puak yang mengaku diri mereka ini sebagai ulama' jika beginilah sikap dan pendirian mereka yang langsung tidak mahu berpegang kepada perlembagaan PAS sendiri. Perlembagaan PAS memaktubkan bahawa mana-mana ahli layak bertanding mana-mana jawatan parti setelah mendapat cukup pencalonan. UAA telah mendapat pencalonan yang cukup untuk bertanding dan Pejabat Agung telah mengeluarkan surat untuknya bagi menyatakan setuju terima atau menolak pencalonan. Punyalah jahat dan dahsyat puak-puak UG ni.....memang tidak layak jadi manusia, apatah lagi menggelarkan diri mereka sebagai pejuang pendokong ulama'. Mereka hanya bertopengkan manusia alim rupanya.... Cubaan Sabotaj UAA gagal Sementara itu blogger Tulang Besi, @ Abdul Rahman Abdul Talib mendedahkan usaha mensabotaj UAA oleh seorang kakitangan di Pejabat Agung PAS.Beliau menulis : Ada hantu di Pejabat Agung tu yg tak hantar surat tawaran pada Ust Ahmad Awang sampai semalam. Kita tau hantu ni sapa sbb dia memang barua UG. Sementara melalui wassap pagi tadi saya tyerima dari seorang sahabat memberitahu bahawa hari ini UAA akan serahkan borang pencalonan Calon Presiden PAS jam 11 pagi di Pejabat Agung PAS..Moga berjalan lancar. Berita macam itu pun mendapat reaksi tak senonoh dari Pj Perak, Hj Razman Zakaria yang menulis : Kesian mudahan ulamak ini tidak suulkhatimah amin ya Rabb Kenapa begitu biadap sekali bekas pegawai kastam ni yang hanya beberapa hari saja masuk PAS? Masih tak sedar dirikah dia kenapa telah dinasihatkan supaya bersara awal dahulu? Tentu ada yang tidak kena maka Razman dinasihatkan bersara awal... Semua kita tahu pegawai kastam sangat sinonim dengan salah laku rasuah. Kalau ada yang jujur atau tak mahu ambil pot, mungkin akan menerima petaka macam nih - cer baca berita di sini Kepada puak-puak seperti Razman Zakaria dan pemikiran yang sealiran sepertinya, saya ucapkan - Qul mutu bi ghoidhikum. Innallaha 'alimum bi dzatish shudur.(An-Nisaa 119) | ||
Bukan mengajar tetapi berkongsi apa yg dia perolehi tentang Hudud - Diyana Posted: 13 May 2015 07:57 PM PDT
Dayana Sofeah - Kebetulan baru2 ni Dyana balik Kota Bharu. Sempat ikuti program ceramah di Padang Kota Perdana. MashaAllah, ramai sungguh orang malam tu. Yang berceramah adalah Rafizi, Mat Sabu, Kit Siang dan Ketua Muslimat, Kak Lah pun ada. Dyana dengar program tu sampai habis. Ucapan Kit Siang yg skr ini jadi kontroversi itu pun Dyana dengar habis. Tiada satu pun yg Dyana dengar Kit Siang hina hukum Islam khususnya Hudud. Kit Siang cuma cerita bagaimana dia mahu tahu beberapa pendapat ulamak dan sarjana2 Islam di luar negara tentang Hudud. Beliau pun pergi ke beberapa negara Arab di samping berkongsi pandangan dengan ramai pelajar Islam di sana. Kit Siang sebut, dia telah membaca banyak buku2 tentang Hudud termasuk buku karangan Ulamak Dunia, Syeikh Yusof Qardhawi. Maka Kit Siang pun sampaikan apa yg dia baca dan beberapa pandangan yg telah beliau dengar di sana. Kit Siang sebut, dalam Islam rupanya banyak pendekatan dan pandangan tentang syarat dan perlaksanaan hukum Hudud. Maka, beliau bersetuju dengan pandangan bahawa banyak perkara lain yg lebih patut diutamakan sebelum memikirkan tentang Hudud. Pandangan ini selari dengan Dr Maza dan juga pernah dipegang oleh Hj Hadi sendiri. Maka, Dyana pelik mengapa Kit Siang dijadikan sasaran fitnah kononnya menghina hukum Islam semata2 tidak sama pendekatan dengan kita? Benar, Kit Siang Non Muslim dia tak berhak mengajar kita tentang Hudud. Tapi, mlm itu dia bukan mengajar tetapi berkongsi apa yg dia perolehi tentang Hudud. Kita boleh saja menolak pandangan beliau tetapi kita tidak boleh kata dia menghina Islam. Ribuan orang yg hadir malam itu sedikit pun tidak menunjukkan keresahan bila Kit Siang memperkatakan tentang Hudud kerana mereka faham Kit Siang tidak menghina hukum Allah itu. Peliknya, kita yang tidak hadir malam itu mengelupur dan sanggup reka cipta fitnah itu kenapa? Mana akhlak kita sebagai pendokong perjuangan Islam yg penuh dengan hikmah dan bijaksana? Apakah Islam itu terpencil sehingga ajarannya tidak boleh diperbahaskan? Dyana pastinya akan marah jika benar Kit Siang menghina hukum Allah. Lagi pelik, Najib yg terang2 menolak Hudud, boleh pula kita kata "kita mesti bersangka baik" dengan pemimpin ini? Jangan lah hipokrit wahai teman2 seperjuangan... |
You are subscribed to email updates from al-Husseyn To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan