Isnin, 11 Mei 2015

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Betulkah Muhyiddin dan Khairy kecut ?

Posted: 11 May 2015 07:45 AM PDT

Kredit kpd FMT
Bekas Menteri Penerangan, Zainudin Maidin atau Zam, menulis melalui blognya menggesa MUHYIDDIN KHAIRY JANGAN HANYA TEGANG DI LUAR TETAPI KECUT DI DALAM!

Beliau yakin perbincangan pemulihan parti UMNO berlaku dalam MKT petang ini akan membincangkan kelemahan dan kekuatan kepimpinan PM Najib.

"Anggota Majlis Kerja Tertinggi mestilah mempunyai kelakian dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO petang ini untuk memberitahu Datuk Sri Najib secara berdepan-depan bahawa keyakinannya kepada sokongan Ketua-Ketua Bahagian UMNO dan rakyat adalah dari gambaran palsu." katanya.

 Zam turut mendedahkan perpecahan dalam MKT sendiri yang sedang berlaku membutikan keruntuhan di akar umbi MKT.

 "Mereka mesti berani bersuara dihadapan Najib petang ini demi bangsa,agama dan negara.

" Tan Sri Muhyiddin Yassin dan juga Khairy Jamaluddin tidak sewajarnya hanya berani di luar tetapi kecut didalam. Apa gunanya berjuang kalau sekadarkan untuk menyelamatkan diri ketika rakyat tergugat dan menaruh harapan yang sangat tinggi . 

Inikah sikap seorang pemimpin sejati atau sekadar untuk mengekalkan jawatan Timbalan Perdana Menteri atau menteri atau Ketua Pemuda UMNO Malaysia?." Zam dipercayai merujuk kepada berita semalam yang tersiar di sini

Dr Wan Azizah - Cerminan Perdana Menteri masa depan!

Posted: 11 May 2015 02:51 AM PDT


Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail akhirnya telah diterima sebulat suara sebagai ketua pembangkang sewaktu mesyuarat AJK PAS pada 9 Mei lalu berdasarkan prinsip  - parti yang mempunyai kerusi majoriti.Tahniah Kak Wan!

Pemilihan tersebut pastinya agak mengecewakan PJ PAS Perak Razman Zakaria yang sebelum ini mencadangkan supaya Presiden PAS, HJ Hadi diangkat menjadi Ketua Pembangkang. Dilaporkan, cadangan Razman itu  tidak dibincangkan langsung. Huh! Huh!

Dalam blog peribadinya, paktehrazman, beliau menukilkan antaranya :

 "Pada hemat saya, hanya dengan mengangkat Dato Seri Tuan Guru Presiden PAS Dato Seri Hj Abdul Hadi Awang sebagai ketua pembangkang dan cerminan Perdana Menteri masa depan sahaja yang boleh mempercepatkan dan memudahkan proses peralihan kuasa UMNO/BN kepada Pakatan Rakyat dalam PRU14 akan datang.

 "Kalau rakan Pakatan Rakyat mengidam untuk ke Putrajaya, mereka sepatutnya bersetuju terhadap cadangan saya, dan mungkin ia adalah "persetujuan yang mereka tidak bersetuju," kata Razman. 

Dato' Tarmizi Mohd Jam, bekas wartawan akhbar Harakah  menulis di fesbook sebagai berikut :
AKHIRNYA PAS AKUR JULANG MP PERMATANG PAUH, WAN AZIZAH SEBAGAI KETUA PEMBANGKANG. CADANGAN RAZMAN ZAKARIA ANGKAT PRESIDEN PAS TAK BERBANGKIT LANGSUNG.
 Pas bersetuju untuk menyerahkan jawatan ketua pembangkang kepada Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berdasarkan prinsip parti yang mempunyai kerusi majoriti. Ketua Whip Pas Parlimen, Datuk Mahfuz Omar berkata, perkara itu dicapai selepas dipersetujui Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mempengerusi mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat, pada Sabtu.
 "Kami sebulat suara... dan cadangan Datuk Seri Hadi untuk menyerahkan (ketua pembangkang) kepada parti yang punyai majoriti.
 "Sudah tentu adalah DAP adalah parti yang mempunyai kerusi majoriti, oleh kerana DAP telah bersetuju serahkan kepada PKR iaitu Wan Azizah, maka kami bersetuju memilihnya untuk jadi ketua pembangkang," katanya pada sidang media di Pejabat Agung Pas, di sini, hari ini.
 Akhir kempen PRK Permatang Pauh sebelum ini, Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria mencadangkan agar Presiden Pas yg jg MP Marang, TG Abdul Hadi Awang dilantik Ketua Pembangkang kerana beliau tokoh yg berkaliber dan berpengalaman.
Tolong jika ada sesiapa boleh tanyakan kepada Tuan Hj Razman : Apakah Azizah merupakan cerminan Perdana Menteri masa depan? Hahahaha...Tentu Razman bungkam!

PAS MENZALIMI AHLI - MUNASABAHKAH PAS ADIL KEPADA RAKYAT?

Posted: 10 May 2015 10:50 PM PDT


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

 Jawatankuasa Kerja PAS Pusat pada 12 Oktober 2014 telah mengambil keputusan untuk menggantung keahlian dua (2) Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS Selangor iaitu YB Shaari Sungip (Hulu Kelang) dan YB Hasnul Baharuddin (Morib) selama setahun mengikut peruntukkan Fasal 82 (6) Perlembagaan PAS.

 Tindakan menggantung keahlian mereka berdua adalah kerana tindakan kedua-dua mereka mendahului keputusan parti memberikan sokongan kepada YB Datuk Seri Dr Wan Azizah sebagai calun Menteri Besar Selangor menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim. Mereka telah menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Wan Azizah dalam keadaan Majlis Syura Ulamak PAS menyatakan sokongan kepada Tan Sri Khalid. 

Ironinya selepas itu Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dalam mesyuarat yang dipengerusikan sendiri oleh Presiden telah bersetuju memutuskan mencadangkan Datuk Seri Wan Azizah dan YB Azmin Ali sebagai calun Menteri Besar menggantikan Tan Sri Khalid. 

Jelas tindakan YB Shaari dan YB Hasnul menyokong Datuk Seri Wan Azizah tidak bertentangan dengan keputusan parti tetapi mendahului keputusan parti.

 Apa pun yang berlaku, mereka berdua telah diambil tindakan tatatertib dan telah digantung keahlian selama setahun. Kedua-duanya telah membuat rayuan kepada Majlis Syura Ulamak tetapi ditolak.

 Lain pula kedudukannya dengan Sdr Yusni Mat Piah, Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang.

 Faktanya ialah bahawa Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat (JKPP) pada 13 April 2015 telah memutuskan seperti berikut :

 a) Bahawa PAS akan membantu Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam Pilihanraya Kecil Parlimen P.044 Permatang Pauh;

b) Bahawa PAS akan menyokong mana-mana calon yang diputuskan oleh PKR untuk bertanding dalam Pilihanraya Kecil tersebut.

 Setiausaha Agung PAS Dato' Haji Mustafa Ali kemudiannya pada 20 April 2015 menulis sepucuk surat rasmi kepada Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Pulau Pinang memaklumkan keputusan tersebut dan seterusnya meminta kerjasama Badan Perhubungan PAS Negeri Pulau Pinang mengambil perjalanan memastikan keputusan mesyuarat tersebut dilaksanakan sebaik mungkin.

 Keputusan mesyuarat JKPP tersebut tidak pernah diubah, dipinda mahu pun dimansuhkan malah pada hari penamaan calon pilihanraya kecil Permatang Pauh, beberapa pimpinan tertinggi PAS seperti Timbalan Presiden, Setiausaha Agung dan ahli Majlis Syura Ulamak PAS juga hadir memberikan sokongan.

Pada 22 April 2015 Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden yang juga ahli Majlis Syura Ulamak telah mengeluarkan kenyataan rasmi yang disiarkan oleh HarakahDaily menyeru semua ahli PAS yang berdaftar sebagai pengundi di Permatang Pauh untuk keluar mengundi dan memberi undi kepada calon PKR.

 Walau bagaimana pun pada 26 April 2015, Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Sdr Mohd Yusni bin Mat Piah telah mengeluarkan kenyataan mewakili Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang bahawa semua jentera dan petugas Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang direhatkan dari semua gerak kerja sepanjang Pilihanraya Kecil Permatang Pauh. 

Kenyataan tersebut juga menegaskan bahawa semua bilik gerakan Pemuda PAS Pulau Pinang tidak akan dibuka serta mana-mana premis di bawah seliaan Pemuda PAS Pulau Pinang juga tidak dibenarkan untuk digunakan sepanjang tempoh Pilihanraya Kecil Permatang Pauh.

 Tindakan Sdr Yusni Mat Piah tersebut adalah jelas merupakan perlanggaran keputusan JKPP iaitu keputusan Parti.

 TATATERTIB9 FASAL 82. Tatatertib PAS

 1. Semua ahli-ahli PAS hendaklah

(a) Taat dan patuh kepada hukum-hukum dan ajaran-ajaran Islam yang menjadi dasar PAS. 

(b) Taat dan patuh kepada Perlembagaan Parti serta Aturan dan Peraturannya. 

(c) Taat dan patuh kepada arahan-arahan dan perintah-perintah Parti. 

(d) Melaksanakan kewajipan-kewajipan yang ditugaskan oleh Parti sedaya upaya yang boleh. 

(e) Menjaga dengan cermatnya segala rahsia-rahsia Parti. 

(f) Mengamal akhlak Islam. 

(g) Mengawal diri supaya tidak melakukan sebarang tindakan yang menyalahi atau merugikan kepentingan Parti. 

(h) Menerima PAS sebagai satu-satunya wadah perjuangan Islam bagi dirinya di dalam negara ini.

 Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang melanggar Fasal 82(1)(c) iaitu tidak taat dan patuh kepada arahan-arahan dan perintah-perintah Parti.

 Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang telah melanggar peruntukkan Fasal 82 (1)(d) iaitu tidak melaksanakan kewajipan-kewajipan yang ditugaskan oleh Parti sedaya upaya boleh.

 Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang telah melanggar Fasal 82(1)(g) iaitu gagal mengawal diri supaya tidak melakukan sebarang tindakan yang menyalahi atau merugikan parti.

 Sepertimana Jawatankuasa Kerja PAS Pusat telah menggunakan budibicara di bawah Fasal 82 (9) untuk mengambil tindakan tatatertib terhadap YB Shaari Sungi dan YB Hasnul maka Jawatankuasa Kerja PAS Pusat juga perlu menggunakan peruntukkan tersebut terhadap Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Sdr Mohd Yusni bin Mat Piah dan sesiapa yang terlibat bersama menyokong beliau.

 Fasal 82 (9) memperuntukkan seperti berikut :

 "Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dalam keadaan tertentu adalah berhak mengambil apa-apa tindakan tataertib dengan sendirinya tanpa menghiraukan Jawatankuasa Tataertib ke atas mana-mana ahli PAS yang dianggap melanggar Ceraian (1) Fasal ini."

 Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dalam memakai peruntukkan Fasal 82 (9) boleh mengambil tindakan tatatertib mengikut peruntukkan Fasal 82 (6) seperti berikut:

(a) Memberi amaran 
(b) Melucutkan hak-hak dalam parti 
(c) Menggantungkan keahlian 
(d) Memecat dari menjadi ahli

 Perlanggaran keputusan mesyuarat dan seterusnya melanggar tatatertib Parti yang jelas dinyatakan di dalam Perlembagaan Parti adalah sesuatu yang amat tidak baik dan akan memberikan duluan dan menjadi ikutan ahli-ahli di masa akan datang yang akhirnya akan memporak porandakan dan menghancurkan PAS. Jawatankuasa Kerja PAS Pusat telah menggantung keahlian YB Shaari dan YB Hasnul tetapi Jawatankuasa kerja PAS Pusat telah tidak mengambil tindakan terhadap Yusni Mat Piah dalam mesyuaratnya pada 9/05/2015 yang lepas. Bukan sekadar tidak mengambil tindakan, malah tidak dijadikan sebagai agenda mesyuarat.

 Atas alasan apa Yusni Mat Piah dibiarkan sewenang-wenang melanggar keputusan dan arahan Parti? Jika PAS tidak boleh berlaku adil kepada ahli dan sesama ahli, adakah masyarakat boleh meletakkan kepercayaan kepada PAS untuk berlaku adil kepada masyarakat?

 Jika PAS tidak boleh berlaku adil dalam mengendalikan parti, bolehkah PAS diberikan kepercayaan berlaku adil melaksanakan undang-undang Islam seperti Hudud, qisas dan ta'zir.?

 Adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya. Jika mengatakan bahawa menggantung keahlian YB Shaari dan YB Hasnul itu adil, bagaimana dengan Yusni Mat Piah?

 Membiarkan Yusni Mat Piah bebas tanpa sebarang tindakan merupakan kezaliman yang NYATA oleh Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.

 BUKTIKAN PAS TIDAK ZALIM!!

ZULHAZMI SHARIFF
11/05/2015

Isy! Isy Isy Syahidan Kasim buat gempak nak jumpa Najib!

Posted: 10 May 2015 06:03 PM PDT

Badan Perhubungan Umno Perlis mahu perubahan drastik dilaksanakan segera membabitkan beberapa pemimpin kerajaan dan kedudukan ketua pegawai eksekutif syarikat berkaitan kerajaan (GLC) demi kepentingan negara.

 Pengerusinya, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata tindakan itu sangat perlu dikaji dan dilaksanakan segera berikutan isu kontroversi menarik perhatian rakyat.

 "Isu 1MDB dan Cukai Barang dan Perkhidmatan tidak diberi penjelasan sewajarnya menyebabkan rakyat mempersoalkan kredibiliti kerajaan dan terbaharu timbul pula isu pembelian tanah oleh Tabung Haji.

 "Perkara ini tidak boleh dibiar berlarutan. Sudah sampai masanya kerajaan mengambil tindakan yang sepatutnya untuk memulihkan kepercayaan dan keyakinan rakyat," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan Umno Perlis di Kangar, hari ini.

 Shahidan berkata, rakyat adalah keutamaan kerajaan, namun apabila orang yang diberi kepercayaan tidak melaksanakan tanggungjawab dengan penuh amanah dan efisien, mereka wajar diganti.

 "Saya bercadang menemui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak esok bagi mengemukakan cadangan Umno Perlis termasuk pencapaian dan keberkesanan pemimpin tertentu dinilai dan kaji semula," katanya.

 Shahidan, yang juga menteri di jabatan perdana menteri, berkata selain barisan pemimpin yang perlu ditukar, pendekatan baru bagi menyelesaikan isu kontroversi perlu dilakukan bagi meredakan spekulasi.

"Pemimpin mesti lancau dalam memberi penjelasan terutama soalan-soalan yang dibangkitkan oleh rakyat. Kelemahan menangani perkara ini hanya mengundang lebih banyak khabar angin dan peluang pembangkang menambah masalah kerajaan," katanya. – Bernama
Komen al-Husseyn : Orang nak tukaq Najiblah! pasaiapa hang marah kat menteri lain? Hang nak suruh Najib suruh hang ambik tempat depa kah? Kah! Kah! Kah!

Tiada ulasan: