Ahad, 5 April 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


KEHIDUPAN PM NAJIB PENUH DENGAN "MISTERI"

Posted: 05 Apr 2015 11:30 PM PDT



Nahas Heli: Sekarang siapa dia sebenarnya Aidana Baizieva (co-pilot)?

Tragedi Semenyih: Yang Keliru Dan Yang Sebenar....

Terdapat beberapa kesalahan dan kekeliruan yang berlaku berkenaan dengan nahas helikopter yang telah menyebabkan enam orang terbunuh semalam. Pertama ialah Robert Tan.

Maklumat yang beredar semalam menyatakan mangsa ialah Pengasas IGB Corp Bhd, Datuk Seri Robert Tan Chung Meng.

Sebenarnya bukan. Menurut bekas Naib Presiden MCA, Datuk Donald Lim Siang Chai bahawa itu (yang terkorban) bukan Robert Tan Chung Meng yang kini masih hidup dan berada di Australia.

Yang menjadi mangsa nahas semalam ialah seorang ahli perniagaan Kedah, Datuk Robert Tan Huat Seang yang merupakan seorang ketua pegawai eksekutif SP Baiduri Sdn Bhd.


Yang kedua ialah pembantu juruterbang yang dikenali sebagai Aidana Baizieva. Foto yang banyak beradar semalam sebenarnya bukan foto beliau tetapi foto milik Dzuriasikim Dzulkefli.

Dzuriasikim berkata beliau mengetahui mengenai identiti foto yang salah pada kira-kira 7:00 malam tadi apabila beliau menerima panggilan dan mesej daripada rakan-rakan dan keluarga yang bertanya.



"Mereka memberitahu saya gambar saya dengan Cliff telah tersalah anggap dan bahawa ia telah menjadi viral pada beberapa laman rangkaian sosial dan kumpulan Whatsapp" katanya. Sekarang siapa sebenarnya Aidana Baizieva?

Seorang jurucakap Hospital Kuala Lumpur (HKL) petang tadi memaklumkan, mayat mangsa terakhir nahas berkenaan belum dituntut kerana identitinya belum dapat dipastikan. "Kami sedang berusaha mendapatkan pihak berkuasa untuk mengesan dokumen pengenalan mangsa," kata jurucakap berkenaan yang enggan namanya disiarkan.

Dalam pada itu Kapten Clifford William Fournier yang menerbangkan helikopter berkenaan didapati aktif menggunakan laman sosial Facebook, dengan posting terakhir beliau ialah kira-kira sejam sebelum maut dalam nahas berkenaan. Bagaimanapun carian nama Aidana Baizieva di laman sosial itu tidak membuahkan sebarang hasil.



Ada yang menyatakan bahawa beliau ialah seorang jurnalis dari Kazakhstan yang nama sebenarnya ialah Aidana Karabasova yang fotonya seperti di atas. Tetapi Jurucakap Kedutaan Kazakhstan telah menafikan pembantu juruterbang Aidana Baizieva rakyatnya sebaliknya mengesahkan mangsa dari Kyrgyzstan.

Helikopter yang terhempas, AS 3655N2 Dauphin (9M-1GB) disewa dari sebuah syarikat swasta Chempaka Avition, yang dimiliki oleh juruterbang yang terbunuh, Kapten Cliff Fournier.

Carian terhadap syarikat berkenaan di internet tidak dapat ditemui dan oleh itu tidak dapat dibubungi untuk mengesahkan maklumat mengenai siapa sebenarnya Aidana Baizieva.

Justeru siapa sebenarnya Aidana Baizieva masih misteri dan belum terungkap. Ketiga ialah pengawal peribadi Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis iaitu Mohd Razkan Seran, pengawal peribadi Datuk Jamaluddin Jarjis yang turut terbunuh.



Namanya sebelum ini jarang kedengaran. Sabariah Jili,69, menunjukkan gambar anak bongsunya, arwah Razkan Seran yang terkorban dalam nahas helikopter terhempas di Kampung Sungai Pening, Semenyih ketika ditemui di kediamannya di Tuaran, Ahad. -mstar Beliau berasal dari Tuaran Sabah.

Menurut sepupunya, Marnis Sijan, isteri dan dua anak Razkan yang berusia dua serta enam tahun berada di HKL untuk menuntut jenazah Razkan. Marnis berkata, sudah 10 tahun Razkan bertugas sebagai pengawal peribadi. -

sumber KELAB GREENBOC Ini pula laporan Utusan online pagi ni: Status Aidana Baizieva masih misteri? 

HULU LANGAT 5 April – Status penumpang wanita dikenali Aidana Baizieva yang berada di dalam helikopter AS365N2 yang terhempas di Jalan Sungai Lalang, Kampung Pasir Baru, Semenyih, di sini semalam masih lagi menjadi misteri.

Ini berikutan identiti wanita tersebut yang didakwa sebagai pembantu juruterbang belum dapat disahkan oleh mana-mana pihak. Menurut sumber, ketika ini terdapat satu mayat yang belum dapat dikenal pasti jantinanya namun dipercayai wanita misteri tersebut.

Difahamkan, nama Aidana Baizieva yang berasal dari Kyrgystan itu diperoleh daripada kenyataan Kementerian Pengangkutan yang memaklumkan wanita berkenaan adalah salah seorang daripada enam yang menaiki pesawat tersebut.

Hospital Kuala Lumpur turut mengklasifikasikan status mayat tersebut sebagai 'tidak diketahui'. Difahamkan, pihak berkuasa hanya akan mendedahkan maklumat wanita itu selepas identiti wanita tersebut disahkan.


Posted by mountdweller.

Siapa AIDANA BAIZIEVA Masih Misteri !!

Posted: 05 Apr 2015 10:30 PM PDT

'Banyak sangat misteri yg melanda dibawah naungan jibby ni...dari misteri kemasukan altantuya yg tiada rekod hingga ke c4 - mh 370 dulu pun identiti 2 lelaki misteti pun sampai sekarang tidak diumumkan -1 mdb lagi.....dah macam 'magicsian' plak jibby ni. Petikan dari - utusan 5 april : Status penumpang wanita dikenali Aidana Baizeieva yg berada dalam helikopter As365N2 masih misteri.Identiti wanita tersebut yg didakwa sebagai pembsntu pilot belum dapat disahkan oleh mana-mana pihak.Nama wanita yg berasal dari Kyrgstan itu dipetoleh dari Kem.Pengangkutan yg memaklumkan wanita berkenaan adalah salah seorang dari 6 penumpang. Hospital Kuala Lumpur turut mengklasifikasikan status mayat tersebut sebagai ' tidak diketahui'.'
Banyak sangat misteri yg melanda dibawah naungan jibby ni...dari misteri kemasukan altantuya yg tiada rekod hingga ke c4 - mh 370 dulu pun identiti 2 lelaki misteti pun sampai sekarang tidak diumumkan -1 mdb lagi.....dah macam 'magicsian' plak jibby ni.

Petikan dari - utusan 5 april :


Status penumpang wanita dikenali Aidana Baizeieva yg berada dalam helikopter As365N2 masih misteri.Identiti wanita tersebut yg didakwa sebagai pembsntu pilot belum dapat disahkan oleh mana-mana pihak.


Nama wanita yg berasal dari Kyrgstan itu dipetoleh dari Kem.Pengangkutan yg memaklumkan wanita berkenaan adalah salah seorang dari 6 penumpang.

Hospital Kuala Lumpur turut mengklasifikasikan status mayat tersebut sebagai ' tidak diketahui'.

 

Kontrovesi Artis Cium Mulut Depan Khalayak

Posted: 05 Apr 2015 09:30 PM PDT

 

Apa yang pasti, di sebalik kemeriahan majlis ABPBH 2014 yang berlangsung semalam, tindakan Johan mencium isterinya di bibir sebaik sahaja diumumkan sebagai pemenang anugerah Penyampai Radio Lelaki Popular, menimbulkan pelbagai reaksi di kalangan peminatnya.

Mungkin juga perkara tersebut berlaku secara spontan kerana terkejut namun jawapan kepada tindakan penyampai radio dan pelawak, hanya empunya diri yang tahu. Malah, ada peminat Johan sendiri yang mempertikaikan tindakannya itu.

Tidak kurang juga ada yang berberpendapat aksi sebegitu tidak sopan dilakukan di khalayak ramai apatah lagi ia turut ditonton oleh pelbagai peringkat umur. Apa-apa pun, kami pasti Johan mempunyai jawapan tersendiri terhadap apa yang dilakukannya ketika itu. - (rtky/s)

Peniaga Uptown Shah Alam tuntut janji Azmin OLEH JAMILAH KAMARUDIN

Posted: 05 Apr 2015 08:30 PM PDT



Wakil peniaga, Hassan Nuruddin berkata, sehingga hari ini projek bangunan sementara Uptown masih belum siap walaupun kerajaan negeri berjanji untuk menyiapkannya pada Februari selepas tapak mereka musnah dalam kebakaran Oktober tahun lalu, namun ditangguh sehingga Mac dan kemudian Mei ini.

Wakil peniaga, Hassan Nuruddin berkata, sehingga hari ini projek bangunan sementara Uptown masih belum siap walaupun kerajaan negeri berjanji untuk menyiapkannya pada Februari selepas tapak mereka musnah dalam kebakaran Oktober tahun lalu, namun ditangguh sehingga Mac dan kemudian Mei ini. –

Peniaga Uptown Seksyen 24 Shah Alam kecewa dengan pentadbiran Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali kerana masih belum memajukan tapak perniagaan mereka seperti yang dijanjikan sejak enam bulan lalu sehingga menyebabkan kerugian besar.

Wakil peniaga, Hassan Nuruddin berkata, sehingga hari ini projek bangunan sementara Uptown masih belum siap walaupun kerajaan negeri berjanji untuk menyiapkannya pada Februari selepas tapak mereka musnah dalam kebakaran Oktober tahun lalu, namun ditangguh sehingga Mac dan kemudian Mei ini.

"Semasa lawatan, menteri besar membayangkan pembangunan semula boleh disiapkan hanya dalam masa dua bulan dari tarikh kejadian.

"Namun sehingga kini perjalanan projek tersebut amatlah mendukacitakan," katanya ketika ditemui pemberita di Shah Alam, hari ini.

Katanya, masalah semakin teruk apabila peniaga yang terpaksa menumpang sementara di kawasan tapak letak kereta mengalami kerugian besar disebabkan khemah yang mudah rosak dan musnah ketika cuaca hujan ribut.

Hassan yang berniaga jam sejak 9 tahun lalu berkata, mereka juga tidak dibekalkan keperluan elektrik dan hanya bergantung kepada mesin 'generator', selain menanggung kos sewa tapak yang tinggi.

Katanya, masalah itu menyebabkan mereka rugi hampir 50% daripada pendapatan terdahulu kerana hasil keuntungan yang tidak menentu memandangkan jumlah pengunjung tidak lagi ramai seperti sebelumnya.

"Kerisauan peniaga semakin meruncing apabila bulan Ramadan yang semakin hamper tiba kerana bulan puasa diibaratkan seperti musim menuai bagi kami," katanya.

Uptown Shah Alam musnah terbakar pada 15 Oktober tahun lalu, menjejaskan 189 peniaga kedai Blok B dan FB.

Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) meluluskan peruntukan pembinaan bangunan sementara RM3.5 juta dan projek bangunan kekal sebanyak RM18 juta.

Namun, Hassan berkata, peniaga kecewa bangunan sementara itu sehingga kini hanyalah satu khemah sementara (marquee tent) tanpa 'partition' dan pemasangan lantai yang masih tergendala.

"Beberapa mesyuarat dengan UPENS (Unit Perancang Ekonomi Negeri) amat mendukacitakan kerana tarikh menyiapkan projek bangunan sementara ditunda ke satu tarikh yang belum ditetapkan.

"Tiada maklumat jelas daripada pihak UPENS dan PKNS (Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor) tentang perjalanan dan jadual kerja projek yang diterima peniaga," katanya.

Sehubungan itu, katanya peniaga Uptown merancang untuk menyerahkan memorandum kepada Azmin esok menggesa kerajaan negeri segera menyiapkan pembinaan khemah sementara untuk keselesaan peniaga.

"Kami amat berbesar hati sekiranya beliau sudi datang sendiri turun padang meninjau tapak projek pembangunan yang boleh dianggap sangat mengecewakan dan diragui ketelusannya.

"Hal ini bertepatan dengan manifesto yang diperjuangkan oleh kepimpinan menteri besar yang mahukan ketelusan dalam pentadbiran," katanya.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa
.

Peguam Sirul nafi dakwaan KPN, tidak dibenarkan bercakap dengan sesiapa - OLEH V ANBALAGAN DAN ANISAH SHUKRY

Posted: 05 Apr 2015 07:54 PM PDT



Peguam Datuk Kamarul Hisham Kamaruddin yang mewakili Sirul semasa perbicaraan itu, berkata peguam Malaysia dan Australia menasihatkan Sirul supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan kepada sesiapa sementara menunggu keputusan kes ekstradisi.

Peguam Datuk Kamarul Hisham Kamaruddin yang mewakili Sirul semasa perbicaraan itu, berkata peguam Malaysia dan Australia menasihatkan Sirul supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan kepada sesiapa sementara menunggu keputusan kes ekstradisi.

Peguam kepada Korperal Sirul Azhar Umar yang didapati bersalah kerana membunuh Altantuya Shaariibuu dan seorang pemimpin pembangkang mempertikaikan dakwaan polis kononnya mereka mengadakan pertemuan dengan bekas komando itu bagi membincangkan mengenai siasatan susulan terhadap tuduhan membunuh warga Mongolia itu.

Peguam Datuk Kamarul Hisham Kamaruddin yang mewakili Sirul semasa perbicaraan itu berkata peguam Malaysia dan Australia menasihatkan Sirul supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan kepada sesiapa sementara menunggu keputusan kes ekstradisi.

"Dia berada di bawah arahan ketat peguam di sini dan Australia supaya tidak membuat sebarang temu ramah sehingga mendapat pelupusan permohonan oleh pihak berkuasa Malaysia untuk menghantar balik," kata Kamarul kepada The Malaysian Insider.

Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar pula berkeras dengan mengatakan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berbohong ketika menyatakan yang polis ada bertemu Sirul.

Kamarul berkata, kali terakhir beliau bertemu dengan Sirul adalah di pusat tahanan imigresen Villawood di Sydney pada pertengahan Februari lalu.

"Ia dakwaan palsu kepada sesiapa saja yang mengatakan pernah bertemu dengan Sirul malah sebagai anak guam kami sangat sedar sebarang temu ramah akan menjejaskan statusnya di sana," kata Kamarul merujuk kepada kenyataan Khalid terdapat seseorang bertemu dengan Sirul.

The Malaysian Insider difahamkan terdapat 2 kumpulan peguam Australia dilantik untuk berunding berhubung soal imigresen dan masalah ekstradisi ini.

Kamarul juga mendedahkan Pejabat Peguam Negara masih belum memulakan permohonan ekstradisi dengan Canberra, walaupun bekas anggota polis itu ditangkap pada 22 Januari lalu.

Minggu lepas Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, proses ekstradisi Sirul ditangguhkan kerana ia melibatkan "isu undang-undang yang rumit".

Mahfuz yang terus menghubungi bekas komando polis itu berkata, Sirul tidak pernah menyebutkan pernah disoal siasat polis sejak dia melarikan diri ke Australia, dan ini sekali gus bertentangan dengan dakwaan Khalid.

"Hanya 3 hari lalu, sebelum dia ditemu ramah Malaysiakini berhubung perkara itu, Sirul memberitahu saya yang tiada anggota polis datang menemui dia dan mendengar cerita daripadanya," kata Mahfuz kepada The Malaysian Insider.

"Saya fikir ia sangat memalukan apabila ketua polis negara boleh membuat kenyataan yang hanya merosakkan kredibilitinya. Beliau sebenarnya tertekan untuk membuat maklum balas terhadap ulasan Tun (Dr Mahathir Mohamad), maka beliau terpaksa berbohong kepada seluruh rakyat," katanya.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata, beliau juga melihat tiada sebarang tanda atau petunjuk dalam misi khas ke Australia bulan lepas mengenai polis akan mengadakan lawatan untuk bertemu Sirul.

Mahfuz berkata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Noor juga melepaskan tanggungjawab itu kepada ketua polis negara apabila pemberita bertanya kepadanya mengenai perkara itu.

"Apabila mereka meminta timbalan ketua polis negara mengenai perkara itu, beliau berkata, 'tanya ketua polis negara'. Sudah tentu timbalan akan tahu jika benar polis mengadakan menyoal siasat Sirul di Australia.

"Tindakan KPN ini memalukan pasukan polis keseluruhannya dan boleh menjejaskan hubungan antara Malaysia dan Australia," kata Mahfuz.

Pada Sabtu lalu, Sirul memberitahu portal berita Malaysiakini ketua polis negara berbohong selepas apabila mengatakan terdapat beberapa pegawai dihantar ke Australia untuk menyoal siasatnya.

Namun, Khalid pada Sabtu menegaskan berkata benar dan tidak ada sebab untuk mengelirukan orang ramai serta masyarakat Malaysia berhubung perkara itu.

Beliau berkata, Sirul sekarang berada dalam keadaan terdesak untuk menyelamatkan dirinya.

"Dia melakukan yang terbaik untuk tidak pulang ke Malaysia di mana dia akan dijatuhkan hukuman mati," kata Khalid dalam satu kenyataan, sambil menambah Sirul melakukan yang terbaik untuk membawa nama buruk dan menimbulkan keraguan ke atas siasatan kes pembunuhan itu, penglibatannya dan sistem keadilan jenayah.

"Daripada apa yang kita kumpulkan mengenai pertuduhannya setakat ini, ia tidak memberikan petunjuk baru yang akan membebaskan dia berhubung perkara itu. Oleh itu, kami mengalu-alukan cabarannya untuk membuka rahsia, jika dia ada," kata Khalid.

Kes pembunuhan Altantuya muncul semula pada mata masyarakat selepas Dr Mahathir membangkitkan isu yang berkaitan pembunuhan itu dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dalam serangan terbaru terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Menyangkal dakwaan kenyataan Dr Mahathir itu, mengenai tiada siasatan dijalankan ke atas dakwaan yang dibuat Sirul, Khalid berkata polis pada Jumaat ada bertemu dengan pelarian di Australia itu dan menyimpulkan tidak ada isu yang memerlukan siasatan lanjut.

Mahkamah Persekutuan pada 13 Januari lalu menjatuhkan hukuman kepada Ketua Inspektor Azilah Hadri dan Sirul kerana membunuh wanita berusia 28 tahun itu pada 2006.

Bagaimanapun, Sirul tidak hadir ketika keputusan itu dibacakan dan satu laporan berita mengesahkannya sudah berlepas ke Australia pada Oktober lalu.

Keterangan di mahkamah mendedahkan Altantuya, seorang penterjemah dari Mongolia dibunuh sebelum mayatnya diletupkan menggunakan bahan letupan C4 di pinggir Shah Alam, berhampiran Kuala Lumpur.

Bekas penganalisis politik Abdul Razak Baginda merupakan seorang daripada orang kepercayaan Najib yang didakwa bersubahat dengan Azilah dan Sirul tetapi dibebaskan Mahkamah Tinggi pada 2008 tanpa dipanggil untuk membela diri.

Kerajaan juga tidak merayu mengenai pembebasannya. Walaupun hukuman itu tetap dijalankan, motif pembunuhan Altantuya tidak pernah didedahkan. – 6 April, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa

Pota hina keluhuran undang-undang, kata Majlis Peguam

Posted: 05 Apr 2015 07:00 PM PDT

Presiden Majlis Peguam, Steven Thiru berkata rang undang-undang berkenaan memalukan kerana mengembalikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Akta Kediaman Terhad 1933, Akta Buang Negeri 1959 dan Ordinan Darurat 1969 yang sebelum ini dimansuhkan pada 2011 dan 2012. – Gambar fail The Malaysian Insider, 5 April, 2015.Presiden Majlis Peguam, Steven Thiru berkata rang undang-undang berkenaan memalukan kerana mengembalikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Akta Kediaman Terhad 1933, Akta Buang Negeri 1959 dan Ordinan Darurat 1969 yang sebelum ini dimansuhkan pada 2011 dan 2012

Presiden Majlis Peguam, Steven Thiru berkata rang undang-undang berkenaan memalukan kerana mengembalikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Akta Kediaman Terhad 1933, Akta Buang Negeri 1959 dan Ordinan Darurat 1969 yang sebelum ini dimansuhkan pada 2011 dan 2012

Majlis Peguam mengecam penahanan tanpa bicara dan melihat Rang Undang-Undang Pencegahan Keganasan (Pota) 2015 sebagai undang-undang menindas dan menghina keluhuran undang-undang.

Presidennya, Steven Thiru berkata rang undang-undang berkenaan memalukan kerana mengembalikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Akta Kediaman Terhad 1933, Akta Buang Negeri 1959 dan Ordinan Darurat 1969 yang sebelum ini dimansuhkan pada 2011 dan 2012.

"Lebih-lebih lagi sasaran Program Transformasi Kerajaan yang disebut-sebut sebelum ini untuk memansuhkan undang-undang lama dan kuno tidak tercapai kerana Pota yang seperti Akta Pencegahan Jenayah (Poca) membenarkan tahanan tanpa bicara dan kediaman terhad atau buang negeri.

"Pota yang kononnya ditujukan kepada mereka yang 'terlibat dalam gerakan atau menyokong tindakan keganasan melibatkan senarai organisasi pengganas di negara luar'. Namun oleh kerana perkataan seperti 'terlibat', 'gerakan', 'menyokong' dan 'terlibat' tidak didefinisikan dalam Pota, peruntukan undang-undang menjadi luas dan boleh disalah guna.

"Ia terbuka kepada kemungkinan hampir setiap orang boleh disasarkan dalam Pota. Kita sudah melihat bagaimana ISA yang bertujuan untuk menangani komunis digunakan untuk menyekat perbezaan pandangan politik dan memnjarakan politik pihak lawan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata Majlis Peguam menggesa Putrajaya menarik balik Pota yang akan dibentangkan untuk bacaan kali kedua esok dan mengembalikan undang-undang berdasarkan keluhuran Perlembagaan dan prinsip keadilan.

Katanya, Pota juga memberi kuasa drakonian kepada pegawai inkuiri yang ditugaskan menyiasat tertuduh dan membawa bukti kepada Lembaga Pencegahan Keganasan (POTB).

"Tiada peruntukan kepada POTB untuk menyiasat laporan pegawai atau menggesa siasatan lanjut.

"Tertuduh juga tidak mendapat wakil sah sebelum POTB yang memberi kuasa berlebihan termasuk arahan menahan sehingga dua tahun atau arahan kediaman terhad sehingga lima tahun."

Steven turut membangkitkan tiada semakan kehakiman arahan tahanan yang mungkin di bawah Pota merupakan aspek yang berlawanan dengan perundangan.

"Ini melanggar skim Perlembagaan kita yang memberikan kuasa semakan kehakiman selain bertentangan dengan Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kesaksamaan dan perlindungan di bawah undang-undang."

Katanya, dengan meluluskan Pota, Malaysia melanggar komitmen dalam Resolusi Majlis Keselamatan 2718 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang diluluskan sebulat suara pada September 2014.

Resolusi itu menyatakan sebarang bentuk membanteras keganasan mesti mematuhi undang-undang antarabangsa seperti hak asasi manusia, undang-undang pelarian antarabangsa dan undang-undang kemanusiaan antarabangsa.

"Tidak dapat diterima Malaysia sebagai bukan ahli tetap Majlis Keselamatan PBB mengambil pendekatan bercanggah dengan pertubuhan itu.

"Majlis Peguam kekal membantah penahanan tanpa bicara. Kami melihat Pota langkah mundur," katanya sambil menggesa Putrajaya menarik balik rang undang-undang itu. – 5 April, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com

Wan Azizah: Dr M, bapa Anwar berkawan rapat

Posted: 05 Apr 2015 06:30 PM PDT

   

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyifatkan kunjungan mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamed dan isterinya ke kediaman bapa mertuanya sebagai kunjungan atas dasar persahabatan.

Dr Wan Azizah yang juga ADUN Kajang itu berkata bapa mertuanya - Ibrahim Abdul Rahman - pernah menjawat jawatan dalam Umno membolehkan beliau berkawan rapat dengan Dr Mahathir.

"Tun Siti Hasmah dan Tun Dr Mahathir dulu dengan ayah mertua saya, bekerjasama. Ayah mertua dulu setiausaha parlimen di Kementerian Kesihatan, jadi kenal.

"(Mereka hadir) atas dasar persahabatan dan pertalian (persaudaraan) Islam, saya rasa," katanya kepada pemberita selepas majlis pengebumian bapa mertuanya di tanah perkuburan Sungai Ramal petang ini.

Wan Azizah mengakui beliau turut terkejut dengan kehadiran bekas perdana menteri dan isterinya itu untuk memberi penghormatan terakhir kepada Ibrahim.

Kira-kira jam 10.49 pagi tadi, Dr Mahathir dan Siti Hasmah muncul di kediaman bapa ketua pembangkang untuk menziarahi Ibrahim.

Bagaimana Dr Mahathir tidak sempat bertemu dengan bekas timbalannya itu kerana bekas presiden Umno itu pulang awal.

400 iringi jenazah

Ibrahim disahkan meninggal dunia kira-kira jam 1.45 pagi tadi di Hospital Kajang dan dibawa ke rumah di Country Heights sebelum  disemadikan di tanah perkuburan itu selepas Zohor tadi.

Sementara itu, seramai 400 orang mengiringi Ibrahim ke tanah perkuburan dan hujan renyai turun sewaktu majlis pengebumian itu berlangsung.

Turut kelihatan Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said, Menteri Besar Selangor Azmin Ali dan Exco Pemuda Pulau Pinang Dr Afif Bahardin.

Sesudah Anwar menabur bunga dipusara bapanya, beliau kemudiannya diiringi pengawal penjara ke pacuan empat roda untuk dibawa pulang ke penjara Sungai Buloh.

Bagaimanapun, sewaktu Anwar diiringi keluar, berlaku tolak menolak kecil antara hadirin dan anggota keselamatan.

Manakala ada penyokongnya pula melaungkan "reformasi", "takbir" serta "lawan tetap lawan".

Anwar kemudiannya menyambut laungan itu dengan mengangkat tangan dan melambai ke arah hadirin sebelum dibawa pergi ke penjara. 



Malaysiakini

Kejam - 5 Pengawal Keselamatan Parah Ditetak

Posted: 05 Apr 2015 06:00 PM PDT



LIMA pengawal keselamatan ditetak enam penyamun dalam kejadian di Nilai.


Nilai: Enam penyamun bertindak ganas dengan menetak enam mangsa membabitkan lima pengawal keselamatan dan seorang kakitangan Pusat Inovasi dan Teknologi Koko, Lembaga Koko Malaysia dalam kejadian samun, di sini, semalam.

Sumber berkata, dalam kejadian jam 1.40 pagi, lima pengawal keselamatan terbabit sedang mengawal lima blok bangunan di pusat itu manakala kakitangan berkenaan secara kebetulan datang ke pejabat untuk mengambil barang tertinggal.

Katanya, ketika itu enam lelaki bertopeng menceroboh masuk ke pusat terbabit dan mereka mendapatkan semua mangsa yang kebetulan berada di sudut bangunan.

Menurutnya, semua mangsa kemudian diikat dan dipukul sebelum keenam-enam mereka ditetak menggunakan parang serta kuku kambing.

"Selepas ditetak, kelima-lima pengawal keselamatan dan kakitangan pusat itu dihimpunkan dalam Blok Pentadbiran sebelum suspek melarikan barangan berharga milik mereka," katanya.

Menurut sumber, akibat tetakan itu, kesemua mangsa membabitkan lima warga tempatan dan seorang warga Pakistan parah di bahagian badan, kaki, tangan dan kepala.

"Seorang daripada pengawal warga tempatan difahamkan putus tangan kanan akibat ditetak penyamun jahanam itu," katanya.

Sumber berkata, ekoran mangsa dalam keadaan lemah, suspek menyelongkar bahagian pejabat bangunan namun tidak menemui barangan berharga.

"Dalam kejadian itu, suspek hanya melarikan telefon bimbit dan dompet milik kesemua mangsa sebelum melarikan diri," katanya.

Menurutnya, kehadiran penjenayah terbabit disaksikan seorang lelaki tidak dikenali yang kemudian menghubungi pihak polis.

 

- hmetro

Jenazah Jamaluddin, Azlin selamat disemadikan

Posted: 05 Apr 2015 05:30 PM PDT

 
 

Hujan renyai mengiringi pengebumian jenazah Anggota Parlimen Rompin, Allahyarham Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis, di Makam Masjid Negara di Kuala Lumpur, hari.

Jenazah Allahyarham tiba di Masjid Negara pada 3.15 petang dari kediamannya di Seri Kembangan di ibu negara.

Ayat-ayat suci Al-Quran dibacakan dengan diketuai Imam Besar Masjid Negara Tan Sri Sheikh Ismail Muhammad sebelum jenazah Allahyarham disembahyangkan selepas solat Asar.

Turut hadir Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Rosmah Mansor, Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob serta anggota keluarga Allahyarham dan kira-kira 1,000 tetamu.

Jenazah Allahyarham kemudian dibawa ke tanah perkuburan untuk disemadikan bersebelahan pusara bekas Menteri Undang-undang Tan Sri Hamzah Abu Samah, pada 5.50 petang.

Najib dan Rosmah yang kelihatan sugul, turut menabur bunga dan menyiram air di pusara Allahyarham.

Jamaluddin, 63, terkorban apabila helikopter AS365N2 Dauphin yang dinaikinya bersama lima yang lain terhempas di kawasan kebun getah di Kampung Sungai Pening, Semenyih pada 4.45 petang semalam.

Allahyarham adalah dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur selepas menghadiri majlis resepsi perkahwinan anak Najib, Nooryana Najwa dan Daniyar Kessibayev di Pekan, Pahang.

Nahas itu turut mengorbankan Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri Datuk Azlin Alias, juruterbang Kapten Clifford William Fournier, pembantu operasi Aidana Baizieva, pengawal peribadi Jamaluddin, Razakan Seran dan ahli perniagaan Datuk Tan Huat Seang.

Sebelum itu, Najib menyertai ratusan jemaah menunaikan solat jenazah Allahyarham Azlin di Surau Saujana Impian di Kajang.

Solat jenazah yang didahului sembahyang Zohor dan diimamkan oleh Imam Besar Masjid Putra Abdul Manaf Mat itu turut disertai Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin serta beberapa menteri kabinet.

Sebelum itu, jenazah Azlin disembahyangkan di kediamannya di Saujana Impian, kira-kira satu kilometer dari surau tersebut.

Allahyarham Azlin, 48, yang mula berkhidmat bersama Najib pada 2008 yang ketika itu timbalan perdana menteri, maut selepas helikopter AS365N2 yang dinaiki bersama lima yang lain, terhempas dan terbakar di kawasan kebun getah di Kampung Sungai Pening, Semenyih, dekat Kajang semalam.

Perdana menteri dan rombongan kemudiannya mengiringi jenazah untuk disemadikan di tanah perkuburan Islam Batu 13, Jalan Cheras.

Sebelum dilantik ke jawatan itu pada 10 Mac tahun lepas menggantikan Tan Sri Abdul Aziz Kassim, Allahyarham Azlin, pemegang Ijazah Sarjana Muda Perakaunan daripada University of New South Wales, Sydney, Australia, merupakan Pengarah Bahagian Ekonomi dan Pegawai Khas Perdana Menteri.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Datin Azlina Mahmad, 48 dan tiga anak, Amir Ashraf, 22, Amirul Akmal, 19, dan Aisha Maryam 14.

-Bernama

Siapakah yang akan dapat selamatkan Najib.. ??

Posted: 05 Apr 2015 04:45 PM PDT

Dalam sehari dua ni bermacam perkara berlaku, malang duka yang bertimpa-timpa saling tak putus-putus menguji kewibawaan Najib sebagai Perdana Menteri...

Apakah kejadian ini secara kebetulan atau sebaliknya wallahu hu aklam,, bila mantan PM Dr Matahir suruh Najib bersara secara terbuka dengan lantang kononnya demi nama baik Malaysia di mata dunia... dengan cara tak semena-mena helikopter vvip pula meletup diudara dan terhempas,, dan mangsa yang meninggal pula ada ada kaitan penting dengan Najib.. 
 
Siapa tak kenal Jamaluddin Jarjis yang turut sama menjadi arwah, arwah, Husni Handzalah dan Ismail Sabri adolah exco Najib semasa Najib menjadi Ketua Pemuda Umno, maka mereka dilantik menteri melainkan arwah diberikan jawatan Duta ke Amerika taraf menteri setelah ada kes yang kecoh disatu ketika dahulu..

Terkedu Najib...

Rosmah pun turut bersedih...


Hangpa lihat sendiri mimik muka Najib, aku sendiri kesian..

Mengikut cakap-cakap di media, helikopter meletup di udara sebelum terhempas,,, secara teknikal helikopter kalau mengalami kerusakan tidak akan meletup di udara melainkan perbuatan khianat. 
 
Helikopter yang terhempas semalam boleh dikategorikan sebagai  helikopter yang canggih (dlm kelasnya) dan selamat dinaikki. Helikopter ini dibuat oleh Airbus Helicopter. Nama Airbus Helicopter adalah yang terbaik di dunia, Sebab ia mendapat kepercayaan untuk membawa VVIP dan koperat tentang keselamatannya.

Jika andaian aku ini benar sekali pun, apakah Najib boleh mengambil tindakan diatas siapa punya kerja yang terlibat?.. Tugas ini semua terletak diatas kuasa Ketua Polis Negara,,, namun beranikah KPN membuat siasatan dan mengambil tindakan undang-undang,,, 
 
Kesian Najib,,,menteri yang jaga polis bukan sepupunya lagi, kerana sekarang dia dah jaga askar...

Apa pun kita sama-sama tunggu, apa akan jadi dalam politik umno seterusnya,,, yang bakal lenyap dibumi Malaysia..


Manjung Mari

“Tolonglah jangan buat IC saya macam tu”

Posted: 05 Apr 2015 04:00 PM PDT



Dalam satu video yang dimuat naik oleh Facebook My Media Hub, dia merayu agar gambar MyKad miliknya tidak disebarkan lagi yang kini mencetuskan kekecohan di media sosial.


Seorang individu bernama Hafizal, 27, merayu agar gambar kad pengenalannya tidak disebarkan lagi kerana tindakan itu mencemarkan imej serta maruahnya.

Dalam satu video yang dimuat naik oleh Facebook My Media Hub, dia merayu agar gambar MyKad miliknya tidak disebarkan lagi yang kini mencetuskan kekecohan di media sosial.

"Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Saya nak bagitahu kepada anda semua tolonglah jangan keluarkan gambar saya dan janganlah tunjukkan IC saya dan mengedit IC saya sampai macam itu sekali, saya malu sangat. Sebab saya nak cari rezeki yang halal.

"Saya tak ganggu orang, saya tak kacau orang. Tapi tolonglah jangan buat IC saya macam tu. Tolong jangan kata saya macam-macam. Saya merayu sangat.

"Saya hilang arah sejak saya nampak gambar-gambar IC saya dibuat macam tu, kawan-kawan saya hantar dekat saya, pelanggan hantar pada saya. Saya malu sangat. Apa salah saya dengan anda semua? Saya minta maaf, tetapi tolonglah jangan keluarkan gambar IC saya macam tu. Saya merayu sangat," katanya.

Berdasarkan pemerhatian The Rakyat Post, gambar kad pengenalannya tersebar sejak akhir-akhir ini kerana dia didaftarkan sebagai seorang lelaki dan status jantinanya pula adalah khunsa.

Katanya, dia terpaksa menanggung malu apabila dia dihujani dengan pelbagai persoalan dan mesej dari rakan-rakan serta pelanggan tempat kerjanya malah lebih buruk, dia turut dilemparkan kata-kata buruk.

BY: THE RAKYAT POST

Ini Lah Akibatnya Apabila Menteri Dimasukkan Ikut Pintu Belakang ?

Posted: 05 Apr 2015 10:59 AM PDT

PM Letak Jawatan: Khairy Berpihak Kepada Tun M? (7) Posted by Ibnu Hasyim

Posted: 05 Apr 2015 12:00 AM PDT

 
Najib perlu jawab Tun M


KL: APAKAH Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar sudah berpihak kepada Tun Mahathir Mohammad apabila beliau bersetuju  bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu menjawab isu-isu yang dibangkitkan bekas PM itu bagi meredakan suasana?
 
Ketua Pemuda Umno itu berkata, meskipun beberapa isu yang disentuh Tun Mahathir itu sudah dijawab sebelum ini, namun ia perlu dijawab lagi.

"(Tun Mahathir mahu jawapan dari Najib) Saya rasa itu yang Tun Mahathir mahu. Kita boleh buat penjelasan tapi paling berkesan kalau Najib sendiri yang memberi penjelasan tersebut.
"Kalau ditanya (lagi) oleh Tun Mahathir bermaksud jawapan sebelum ini tidak cukup atau tidak jelas. Jadi, kita kena jelaskan lagi," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas menyampaikan ucaptama di program menolak ekstremisme, di sini, hari ini. Lapor Sinar Harian.

Terbaru, Tun Mahathir dilihat kembali 'menyerang' Najib melalui tulisannya di blog chedet.cc, menyentuh mengenai kes Altantuya, 1MDB dan 'Nasib BN' di bawah Najib menjelang PRU14. Dalam pada itu, Khairy berkata mengabaikan segala persoalan yang dibangkitkan Tun Mahathir bukan pilihan terbaik kerana ia akan memberi persepsi negatif kepada umum.

Menurut Sinar Harian lagi.

"Tun Mahathir bebas untuk bercakap dan menulis. Lebih-lebih lagi sebagai bekas perdana menteri. Sudah pasti beliau ada pandangan tersendiri. Kita harus mendengar dan menghayati apa yang ditulis oleh beliau.
"Bagi saya kita tidak boleh buat tak tahu apa yang dibangkitkan Tun Mahathir.
"Saya rasa kalau kita buat-buat tidak tahu, ia akan menjadi masalah yang lebih teruk lagi. Kita kena jawab. Walaupun jawapan telah diberi, kena jawab lagi. Sama ada isu 1MDB, isu jet kerajaan, isu Sirul dan sebagainya. Kena jawab. Kita tak boleh abaikan sahaja masalah itu. Abaikan masalah itu bukan pilihan yang baik," katanya.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan bahawa Tun Mahathir mempunyai pengaruh besar terutama kepada orang muda di negara ini.

"Saya harap bahawa mereka yang ada jawapan boleh tampil ke hadapan termasuk saya sebagai menteri. Kita akan turun ke bawah untuk memberi jawapan kepada perkara-perkara yang dibangkitkan secara spesifik.
"Isu ini disebut dan dicakap dalam kalangan rakyat, jangan kita anggap ini tak penting dan abaikan sahaja.

Sebab Tun Mahathir ada pengaruh besar dalam kalangan rakyat terutama dalam kalangan orang muda. Kalau kita tak jawab, maka mereka akan dapat persepsi yang tidak betul.

"Sebab setiap isu yang dibangkitkan Tun Mahathir ada jawapan...pernah dijawab, pernah diberi jawapan mungkin kita kena ulang jawapan itu dengan lebih terperinci," kata Khairy.

Tiada ulasan: