Ahad, 26 April 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Noh beri bayangan tidak bertanding PRU14 - FMT Reporters

Posted: 26 Apr 2015 08:00 PM PDT

 
Noh-Omar_600

Pengalaman beliau berkhidmat di bawah pentadbiran tiga Perdana Menteri akan digunakan untuk berkerjasama dengan pemimpin UMNO bagi merampas semula Negeri Selangor Pada PRU14.


PETALING JAYA: Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar membayangkan beliau tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14).

Beliau yang menyambut Ulang Tahun ke-20 sebagai Ahli Parlimen Tanjong Karang berkata, kerjayanya dalam bidang politik sudah sampai ke kemuncaknya.

Katanya, pengalaman berkhidmat di bawah pentadbiran tiga Perdana Menteri akan digunakan untuk berkerjasama dengan pemimpin UMNO bagi merampas semula Negeri Selangor daripada Pakatan Rakyat.

Bagi tujuan itu, katanya, UMNO Selangor sedang menyusun strategi untuk memastikan Barisan Nasional (BN) kembali mentadbir negeri itu selepas PRU14.

"Karier politik saya sudah sampai ke kemuncaknya dan berpengalaman berkhidmat di bawah tiga Perdana Menteri.

"InsyaAllah dengan pengalaman yang ada, saya dengan kerjasama pemimpin dan ahli UMNO Selangor sedang menyusun strategi untuk pastikan BN kembali memerintah di Selangor dalam PRU14 nanti," tulisnya di Facebook bagi mengucapkan terima kasih di atas sokongan sepanjang 20 tahun sebagai Ahli Parlimen Tanjong Karang.

Beliau mengambil kesempatan itu mengucapkan terima kasih kepada pengundi dan rakan-rakan di atas kepercayaan yang diberikan terhadapnya.

Noh turut menceritakan sejarah penglibatannya dalam politik yang bermula sebagai Ahli Parlimen biasa pada 1995, Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri (1999) di bawah Tun Dr Mahathir Mohamad.

Timbalan Menteri di Kementerian Dalam Negeri dan Menteri Pelajaran di bawah Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2004.

Di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak, beliau pernah menjadi Menteri Pembangunan Usahawan, Menteri Pertanian dan Asas Tani dan kini sebagai Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor bertaraf Menteri penuh.

Pengguna Facebook mengambil peluang itu untuk mengucapkan tahniah dan memuji Noh.

"Tahniah DS Noh! Pemimpin Terbaik! Anak kampung Tg Karang yg sentiasa disayangi masyarakat," tulis Nahar Ahmad.

"Tahniah dato seri, kami warga agensi MOA amat senang hati semasa dato seri menjadi menteri…tidak byk karenah..mudah mesra dengan pegawai atau kakitangan bawahan.." puji Rihal Mat Isa.

Selain reaksi yang memuji Noh, terdapat juga pengguna Facebook yang memberi komen berbentuk provokasi.

"Semoga penggal ini adalah penggal terakhir buat dsno…amin," tulis Azam Azhari.
"Kalau Datuk masih jadi macai yang tidak membela rakyat, anggap jelah ini yang terakhir," tulis Afad Ali.


FMT

Siapa lebih bijak Tun M atau Ahmad Maslan? - FMT Reporters

Posted: 26 Apr 2015 07:15 PM PDT

maza-ahmad-maslan

Mufti Perlis mempersoalkan adakah rakyat Malaysia yang kurang pengalaman tentang ekonomi berbanding Tun M akan lebih faham GST?​

PETALING JAYA: Mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainul Abidin mempersoalkan kenyataan Datuk Ahmad Maslan yang mengatakan Tun Dr Mahathir Mohamad tidak faham tentang Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Dengan membuat kenyataan seperti itu, itu, katanya, adakah Timbalan Menteri Kewangan itu lebih bijak berbanding Dr Mahathir yang sudah terkenal dengan kebijaksanaannya.

"Jika orang yang dianggap oleh majoriti rakyat Malaysia sebagai 'kurang cerdik' (mengelakkan perkataan bodoh) disebabkan kenyataan-kenyataannya tentang GST, dia menyatakan Tun M yang terkenal dengan kepintarannya itu tidak faham GST, apakah si pembuat kenyataan itu lebih bijak di bandingkan Tun M?," tulisnya di Facebook.

Ahmad Maslan sebelum ini dilaporkan berkata Tun M tidak faham GST kerana kemungkinan bekas Perdana Menteri itu tidak maklumat terperinci tentang GST daripada orang sekelilingnya.

Asri berkata, jika Tun M dikatakan tidak faham GST, apakah rakyat Malaysia yang hampir kesemua mereka kurang pengalaman tentang ekonomi negara daripada Tun M akan lebih faham tentang GST?.
Beliau juga menimbulkan persoalan adakah urusan negara yang melibatkan rakyat boleh diserahkan kepada orang yang safih (bodoh atau kurang cerdik).

"Patutkah golongan sufaha (kata banyak untuk safih iaitu bodoh ataupun kurang cerdik) diserahkan kepada mereka jawatan penting seperti menteri dan seumpamanya?," tulisnya.


FMT

VIDEO TERKINI: "KALAU NAJIB TAK LETAK JAWATAN, SEMUA MASUK PENJARA - By canang

Posted: 26 Apr 2015 06:30 PM PDT








Siapa Yang Bunuh Jalil Ibrahim - Misteri Tak Terungkai Selepas 32 Tahun Berlalu.

Posted: 26 Apr 2015 06:00 PM PDT


Kenapa saya mati dibunuh, tidakkah rakyat Malaysia mahu tahu?

Generasi sekarang macam aku dan ko mungkin tak kenal nama Jalil Ibrahim. Tapi pembunuhan Jalil Ibrahim seperti pembunuhan Altantuya juga. 

Yang membabitkan skandal ;

- Rasuah dan korupsi

- Jenayah pecah amanah

- Salah urus syarikat kewangan

- Pengauditan yang tidak sekata bagi menutup penyelewengan dan pinjaman yang telah diluluskan.

Bank Bumiputera Malaysia Berhad. BBMB. Kini dikenali sebagai CIMB. Selepas melalui proses penjenamaan, pengabungan dan restructure organisasinya bersama Rashid Hussain Berhad.

Itulah di mana bank tempat Jalil Ibrahim berkhidmat. Jalil Ibrahim dikenali sebagai seorang yang ;

- Jujur

- Amanah

- Rajin bekerja

- Sangat suka kepada kerja-kerja siasatan berkaitan audit account syarikat

Jalil Ibrahim berkhidmat dengan cemerlang. Prestasi yang baik itu membolehkan Jalil naik pangkat kerana disenangi oleh pegawai atasannya. Jalil kemudian dihantar ke Hong Kong. Bagi menjalankan kerja-kerja audit untuk cawangan kepada BBMB yang dikenali sebagai BMF iaitu Bumiputra Malaysia Finance (ketika itu) di Hong Kong. 

Sepanjang 6 bulan berada di Hong Kong. Jalil kemudiannya menemui kecelaruan dalam akaun syarikat. Bahkan menemui beberapa keputusan salah yang diluluskan oleh pegawai atasan ke atas beberapa pinjaman bernilai besar kepada ahli perniagaan, George Tan. George Tan mewakili kumpulan Carrian.

Untuk pengetahuan, BBMB pada ketika itu juga dibiayai oleh pembayar cukai dan juga keuntungan yang diraih oleh PETRONAS. (Rujuk video yang mencatitkan kenyataan Lim Kit Siang). Matlamat BBMB ketika ditubuhkan ialah ;

- Untuk menaikkan ekonomi bumiputera dan memberikan peluang kepada golongan bumiputera mengasah kemahiran, bakat dan berkongsi kepintaran mereka dalam bidang kewangan dan perbankan.

- Membantu mengembangkan ekonomi negara berikutan Malaysia menemui minyak (sumber baru) dan mendapat keuntungan berbillion2 ringgit kerananya.

BBMB ketika itu juga berjaya menjadi bank terbesar di Malaysia sebelum bersabit dengan krisis kewangan terbesar dalam negara dan dunia melalui anak syarikat BMF pada tahun 1983 dengan kematian pegawai audit yang amanah, Jalil Ibrahim.

Sebelum kematian Jalil. 
Pada tahun 1980, Bank Bumiputra Malaysia Bhd (BBMB) Menerima bayaran RM50 juta sebulan daripada Petronas sebagai sebahagian daripada perjanjian meningkatkan tabungan bank berkenaan, yang ditubuhkan khas bagi membantu Bumiputra. Bumiputra Malaysia Finance (BMF) pula ditubuhkan di Hong Kong sebagai platform untuk menyalurkan sebahagian daripada dana berkenaan.Sejumlah pinjaman bernilai RM2.5 Bilion diberikan kepada Kumpulan Carrian bagi pelaburanya di sektor hartanah di Hong kong. Bagaimanapun pada 1983, syarikat itu jatuh apabila pasaran saham di sana merundum, menyebabkan pinjaman berkenaan tidak dapat dilunaskan.

Ini mendorong BBMB menghantar penolong pengurusnya di bahagian audit, Jalil Ibrahim, 35 ke Hong Kong untuk menyiasat akaun BMF. Anak kelahiran Melaka itu terpaksa berulang alik beberapa kali ke tanah jajahan British itu dengan meninggalkan isteri dan empat anak yang masih kecil bagi mengaudit aliran keluar-masuk wang ke dalam akaun Carrian.

Menurut dokumentari yang mencatitkan kematian Jalil Ibrahim ;

- Jalil Ibrahim adalah individu yang bertanggungjawab untuk meluluskan apa jua jenis pinjaman disebabkan BMF sedang melalui proses pengauditan

- Pada hari Jalil Ibrahim mati dibunuh, pegawai tertinggi Carrian Group termasuk George Tan telah hadir ke pejabat BMF dan mendesak rakan sejawat Jalil Ibrahim, Henry Chin untuk segera meluluskan pinjaman bernilai 4 juta bagi menyelamatkan Carrian Group yang menghadapi masalah kewangan akibat kejatuhan pasaran saham.

- Henry Chin pada mulanya enggan. Namun akhirnya tunduk atas tekanan. Selepas beberapa jam menangguhkan proses kelulusan bagi menunggu ketibaan Jalil Ibrahim. Yang mana akhirnya Jalil tidak pulang ke pejabat buat selamanya. 

- Menurut siasatan polis, Henry Chin juga mengakui bahawa kedatangan 2 pegawai tertinggi Carrian ke pejabat BMF adalah kedatangan mengejut. Tanpa temujanji awal.

- Sebelum ini memang Jalil sendiri menegaskan tidak akan memberikan apa-apa pinjaman tambahan kepada Carrian Group. Apatah lagi Carrian Group juga gagal melunaskan bayaran pinjaman terdahulu. Bukan sahaja gagal membayar semula bahkan proses meluluskan pinjaman juga tidak mematuhi etika kerja yang sepatutnya. Senang cakap, berlaku kes pecah amanah ketika meluluskan beberapa pinjaman terdahulu. Maka, Jalil mahu menghentikan perkara tersebut dari terus berlaku. Sungguhpun ianya juga didalangi oleh pegawai tertinggi BMF sendiri, Lorrain Esme Osman.

Baca ini : Kenali Lorrain Esme Osman.

- Sebulan lebih sebelum Jalil dibunuh, terdapat satu petikan ayat yang memberikan teka teki kepada team pendakwaraya Hong Kong. Ianya tertera dalam diari milik Jalil. Jalil dikatakan telah menulis ;

"Honestly, i have reached the limit of my patience here. The problems in Hong Kong are not my making. And from today onwards, I am going to think of myself and my family first. They must know that i have had enough and i mean it".

- Seperti Altantuya, kes pembunuhan Jalil Ibrahim juga gagal menemukan motif disebalik pembunuhan.

- Individu yang dikatakan bertanggungjawab membunuh Jalil Ibrahim dikenali sebagai Mak Foon Than.

- Apa yang menarik perhatian ialah ketika disoalsiasat pada awalnya Mak mengakui dia bertugas mengutip wang dan diarahkan oleh orang kenamaan dari Malaysia. Nama orang kenamaan tersebut didedahkan kepada pegawai penyiasat.

- Yang dimaksudkan mengutip wang itu sebenarnya merujuk kepada SOGOKAN.

- Pada tahun 1986, Tan Sri Ahmad Nordin Zakaria, bekas ketua juruaudit negara mengatakan "Pembongkaran skandal BMF hanyalah kecil. Walaupun mereka yang disabitkan kesalahan sudahpun menerima hukuman, dia percaya ada pihak yang lebih penting turut terbabit".

Rujukan.

- Sepanjang dipenjarakan sebelum dijatuhkan hukuman, Mak seringkali menerima postcard yang menulis perkataan 'Diam itu lebih baik'.

- Pasukan penyiasat mempercayai postcard itu bertujuan memastikan Mak tidak mendedahkan dalang sebenar kepada punca kenapa Jalil diarahkan bunuh.

- Mak dijatuhkan hukuman bersalah oleh mahkamah Hong Kong pada tahun 1984 dan sepatutnya menjalani hukuman mati yang mana kemudiannya ianya ditukar kepada penjara seumur hidup.

- BBMB menerima tempias yang teruk berikutan apa yang berlaku kepada anak syarikatnya BMF. BBMB akhirnya terpaksa menanggung berbillion2 kerugian disamping intergriti perbankan yang tercalar teruk apabila BMF bukan sahaja dikaitkan dengan skandal pecah amanah, rasuah, penyelewengan bahkan pembunuhan salah seorang pegawainya yang jujur dalam menjalankan tugas.

- Henry Chin, yang juga rakan sejawat Jalil Ibrahim enggan tampil di mahkamah dan memberikan keterangan pada awalnya kerana mempercayai nyawanya mungkin dalam taruhan.

Lebih lengkap, sila tonton video ini ;


Jika gagal load, sila klik link ini.

Bagaimana Jalil mati?

- Dibunuh pada 18 Julai 1983

- Menggunakan tali pinggang kain. (Perasan tak lepas mandi kat drama2, pelakon akan pakai satu baju kaler putih yang ada tali tue? Baju tue punya tali arh).

- Ketika mati dibunuh, Jalil dilaporkan membawa wang sebanyak 38,000 ribu matawang Hong Kong.

- Amalan itu dikatakan biasa bagi pegawai bank atasan yang mana akan serve sendiri client bertaraf VVIP mereka.

- Transaksi perniagaan berlaku di Hotel Regent, Hong Kong.

- Apa yang Jalil tidak tahu, 'perniagaan' berkenaan adalah palsu. Ia adalah bertujuan untuk mengaburi niat sebenar kenapa Jalil diumpan ke hotel berkenaan pada waktu itu.

- Jalil kemudiannya dibunuh dan mayatnya dialih keluar dari hotel menggunakan beg pakaian berwarna hitam. Mayatnya dibuang ke kebun pisang di kawasan perkampungan di Hong Kong dan ditemui 24 jam selepas dibunuh. 


Jalil dipindahkan melalui teksi dan kemudiannya Mak menggunakan kereta sewa bagi membawa mayat Jalil ke kebun pisang di kawasan perkampungan untuk membuang mayat Jalil.

- Henry Chin adalah individu terakhir yang bercakap dengan Jalil sebelum melaporkan kehilangan Jalil kepada penguatkuasa Hong Kong pada hari yang sama.

- Perbualan terakhir mereka berkisarkan kepada larangan Jalil kepada Henry untuk mengesahkan pinjaman bernilai 4 juta kepada Carrian. Panggilan kali kedua terputus ketika Henry dan Jalil sedang berbual atas perkara tersebut.

- Skandal kematian Jalil dianggap kes pembunuhan bertaraf antarabangsa di Hong Kong kerana membabitkan 3 negara. Iaitu Singapore, Malaysia dan Hong Kong. Identiti George Tan sebenarnya ramai yang keliru. 

George Tan ialah ;

- Warganegara Singapura.
- Lahir di Malaysia = Sarawak.
- Ahli perniagaan Hong Kong.

Itu yang membuatkan pihak media dari 3 buah negara mengikuti rapat kes pembunuhan Jalil Ibrahim.

Di Hong Kong sendiri, kes pembunuhan Jalil Ibrahim dan siasatan berkenaan merupakan satu kes terbesar dan terpanjang dalam sejarah negara (ketika itu) tersebut. 210 juta Hong Kong dihabiskan dengan memakan masa sehingga 17 tahun untuk selesai. Dengan penahanan Lorrain dan Mohammed Hashim Samsudin kes berkenaan di anggap selesai. Secara protokolnya.

Namun, kes berkenaan sebenarnya tidak pernah selesai bagi pemerhati dan mereka yang mengikuti perbicaraan pembunuhan Jalil Ibrahim. Kenapa?

1. Motif pembunuhan Jalil sehingga kini tidak dapat dirungkai.

2. Mak ialah ahli perniagaan (kononnya) yang tidak pernah berurusan langsung dengan BMF ataupun BBMB serta Jalil. 

3. Tidak pernah didedahkan apakah jenis perniagaan yang diuruskan oleh Mak Foon Than. Tiada nama syarikat, alamat ataupun jenis perniagaan direkodkan.

4. Mak pernah membuat pengakuan bahawa dia ialah orang tengah yang menerima sogokan untuk menteri (orang kenamaan dari Malaysia). Dia akan berulang-alik dari Hong Kong ke Malaysia bagi mengambil wang berkenaan. 


Namun. Dokumentasi pengakuan berkenaan hilang dalam siasatan polis Hong Kong. Apabila disoal siasat dalam kamar mahkamah, Mak menafikan pernah membuat pengakuan berkenaan.

5. Ketika kejadian, Jalil dilaporkan membawa 38,000 HK Dollar. Ini satu jumlah yang besar dan amat mustahil untuk juruaudit yang bernekad mahu menghapuskan salah laku dalam pentadbiran BMF akan membuat tindakan berkenaan. 


Lorrain juga dilaporkan mengeluarkan 2 kenyataan berkenaan tindakan Jalil. Katanya, Jalil mungkin diugut. Ini kerana Jalil seringkali menemui orang tertentu sehingga lewat malam di hotel. 

Pandangan peribadi aku pula, boleh jadi inila taktik Jalil untuk memerangkap pihak tertentu. 2 kali panggilan dari bilik hotel kepada Henry Chin menandakan sesuatu. Contoh. 


Jika A mahu membunuh B, mahukah dia membuat pesanan kepada pelayan hotel? Bukan kah itu akan membuktikan kehadiran dia di tempat kejadian? 

Jika A mahu membunuh B, mahukah dia membenarkan B menggunakan telefon untuk menghubungi rakan B? Dan mahukah dia mencekik B ketika B sedang bercakap di talian telefon dengan rakannya? 

Bukan kah itu akan mendatangkan saksi dan bukti? Jangan2. Jalil secara sendirinya sedar yang dia terpenjara di bilik hotel apabila mengesan ada sesuatu yang tak kena. 

Kedatangan 2 wakil Carrian ketika Jalil tiada di pejabat dengan membawa surat jaminan yang diluluskan oleh Larrione sebenarnya menguatkan sangkaan bahawa pinjaman 4 juta hanya boleh release jika Jalil tiada di pejabat dengan menekan Henry Chin.

Jika pembunuhan terancang, apa perlunya keluar membeli bagasi bagi memuatkan tubuh Jalil? Baik beli siap-siap.

Jika pembunuhan terancang, apakah perlunya membunuh Jalil menggunakan tali baju dan tinggalkan bahan bukti di tempat pembuangan mayat?

Jalil merekodkan temujanji tersebut di dalam diari peribadinya. 

Mak, individu yang dituduh membunuh Jalil juga tidak la sebesar mana. Jalil juga boleh melawan sebenarnya. Melainkan ada individu ketiga yang turut membantu Mak, atau Mak membantu individu berkenaan untuk membunuh Jalil.

Mak Foon Than sehingga kini tidak pernah mengakui bersalah membunuh Jalil. Bukti ditempat kejadian yang menyebabkan dia didapati bersalah oleh juri ketika perbicaraan.

6. Selepas kematian Jalil, satu siasatan khas ditubuhkan di Malaysia bagi memahami dan menyiasat kes pembunuhan berkenaan. Siasatan berkenaan diwakili oleh 3 individu iaitu Tan Sri Ahmad Nordin, Chooi Mun Shou dan Ramli Ibrahim. 


Sebanyak 6,000 mukasurat dengan 13 bab laporan disediakan bagi merungkai misteri kematian Jalil Ibrahim. Ini antara apa yang didedahkan menerusi laporan berkenaan ;

- Pihak atasan BBMB enggan memberikan kerjasama penuh kepada siasatan yang diketuai oleh Tan Sri Ahmad Nordin.

- Carrian Group tidak akan wujud tanpa BMF. Ini berdasarkan kepada rekod dalam BMF sendiri. Jawatankuasa siasatan BMF juga mendedahkan ada 3 pelan utama dirancang bagi memanfaatkan pelaburan dari BBMB iaitu ;

Tahap pertama - Ambil alih syarikat Mai Hoon kemudiannya dijenamakan semula sebagai Carrian Investiment Limited.

 - Membeli Gammon House pada nilai 200 juta US. Kemudian menjualkan kepada kerajaan Malaysia pada nilai 250 juta US.

- Menubuhkan Plesley Investment Limited sebagai 'alat tengah' bagi menyalurkan semua pinjaman BMF kepada Carrian Group.

Tahap kedua - Membeli Grand Marine Holdings Limited pada harga 800 juta US. Yang kemudiannya dijual semula kepada kerajaan Malaysia pada nilai 1 billion US.

Tahap ketiga - Tidak berjaya dilaksanakan apabila Carrian mengalami masalah aliran modal tunai dan dirumitkan lagi dengan skandal pembunuhan Jalil Ibrahim.

7. Pengerusi BBMB (ketika itu) Dr. Nawawi Mat Awin bertemu Gabenor Bank Negara Tan Sri Abdul Aziz Taha sekitar bulan November 1982 dan mendedahkan bahawa dia bertindak atas arahan menteri kewangan ketika itu iaitu Tengku Razaleigh merujuk kepada urusniaga Gammon House. Ku Li bagaimanapun menafikan tuduhan berkenaan.

8. Apa yang berlaku ialah, rakyat tertanya kenapa kerajaan membeli Gammon House dan Grand Marine menerusi Carrion sedangkan urusniaga tersebut boleh dilakukan secara rundingan terus antara kerajaan dengan pihak yang terbabit. Kenapa peranan third party = Carrion Group digunakan?

9. Kenapa BBMB memberikan pinjaman mudah kepada Carrian Group yang mana akhirnya pinjaman berkenaan digunakan untuk membeli Grand Marine dan Gammon House dan dijual semula kepada kerajaan Malaysia dan menguntungkan Carrian Group?

10. Sudahla meniaga dengan zero modal dan itupun Carrian Group gagal membayar semula hutang perniagaan ke atas BMF? Carrian Group sekurang2nya mencatatkan 2 keuntungan berturut2 apabila kerajaan membeli 2 aset dari syarikat berkenaan. 

11. Pada 26 Oktober 1982, Carrian mengumumkan mereka menghadapi masalah aliran tunai dan gagal membuat bayaran namun selepas 3 hari, BMF meluluskan pinjaman yang dimohon oleh Carrian. 


Carrian meminta pinjaman sebanyak 30 juta namun BMF memberikan pinjaman sebanyak 30.2 juta.

12. BMF juga cuba 'menutup pinjaman' dari 7 syarikat yang dikaitkan dengan George Tan. 7 syarikat berkenaan membuat pinjaman sebanyak 138 juta US dan 100 juta US. 


Pada awalnya, pihak BMF menggunakan saluran undang2 untuk menuntut pinjaman yang tidak berbayar kepada 7 syarikat berkenaan menerusi writ saman, namun bank induk BBMB mengarahkan BMF agar 'menutup kes'. 

Tindakan ini sekaligus membuktikan yang Jalil bukan sekadar berperanan mengaudit akaun syarikat BMF dan menghalang urusniaga yang tidak sepatutnya bahkan ketika proses pengauditan berlaku, Jalil sebenarnya telah menemui sesuatu. 


Selepas memproses bukti, laporan lengkap dihantar kepada bank induk untuk merungkai persoalan-persoalan yang direkodkan oleh Jalil. Namun akhirnya, jawapan yang diharap tak kunjung tiba. Jalil akhirnya mati dibunuh. Itulah kata penyiasat. Jalil Ibrahim. 

Seorang pegawai bank yang tahu terlalu banyak rahsia. Kematiannya, menutup jenayah korupsi terbesar negara ketika itu.

Mak Foon Than. Yang membunuh dipenjara seumur hidup dan enggan mengaku bersalah.
Larrione, selepas melalui hukuman penjara 2 bulan akhirnya memilih mati bersama rahsia.
Mohammed Hashim juga memilih untuk membisu dan menjalani hukuman penjara dengan tenang.

Jalil Ibrahim tidak mati bersendirian. Salah urus niaga yang membabitkan kerajaan dan BBMB juga turut mati bersama-samanya. Misteri, unsolved.

Rujukan.

http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&action=printable&tid=235890

http://btmmari.blogspot.com/2012/02/misteri-kehilangan-wang-bumiputra-52.html

http://suraupanjang.blogspot.com/2013/09/dokumentari-siapa-bunuh-jalil-ibrahim.html

http://www.asiasentinel.com/society/bank-bumi-mystery-figure-dies/

http://www.tristupe.com/2005/11/remembering-late-op-jalil-ibrahim.html

http://www.carigold.com/portal/forums/archive/index.php/t-346062.html

Seorang Pemimpin Yang Kuat Harus Menolak TPPA - Mafiaboss Melayu

Posted: 26 Apr 2015 05:30 PM PDT

 
Mafiaboss Melayu's photo.

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di atas pendiriannya untuk menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA).
Dr Mahathir, dengan sinis berkata seorang pemimpin yang kuat dan berani tidak akan tunduk kepada tekanan dan desakan kuasa luar.

"Saya setuju dengan Najib bahawa kita perlu pemimpin yang kuat. Tetapi apakah ciri-ciri pemimpin yang kuat?

"Seorang pemimpin yang kuat akan tunjuk kekuatan apabila diuji. Jika kuat, pemimpin itu akan menangkis serangan bertubi-tubi dari dalam dan luar.

"Apabila pemimpin itu tewas menangani serangan tersebut, maka, kita tidak boleh percaya bahawa pemimpin itu kuat,".

Dr Mahathir berkata seorang pemimpin yang kuat harus sama sekali menolak TPPA kerana ia tidak akan mendatangkan manfaat.

"TPPA ini ganjil kerana rundingan dibuat secara rahsia. Kerajaan merahsiakannya daripada rakyat.
"Saya harap TPPA akan ditolak 100%," katanya sambil menambah bahawa TPPA adalah antara usaha pihak luar untuk menguasai Malaysia.

Sebelum ini, walaupun mendapat tentangan dari pelbagai pihak. Najib pernah berkata sekiranya Malaysia tidak menyertai TPPA, negara akan kerugian besar memandangkan Malaysia sebuah negara berorientasikan eksport yang membentuk sebahagian daripada rejim perdagangan bebas global.
 

PERMATANG PAUH Semoga sejarah berulang !!

Posted: 26 Apr 2015 05:00 PM PDT

 


Permatang pauh kami PKR tolak politik ganas samseng

Permatang pauh kami tolak politik perkauman

Permatang pauh kami perlukan pemimpin yang sanggup berjuang membela nasib rakyat.

BERSAMA PAKATAN RAKYA

Pemuda PAS Pmtg Pauh kekal boikot PKR

Posted: 26 Apr 2015 04:30 PM PDT

 


Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang (DPPNPP) bertegas tidak akan membantu gerak kerja Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil (PRK) kawasan Parlimen Permatang Pauh.

Ketuanya Mohd Yusni Mat Piah berkata keputusan itu diambil selepas AMK Pulau Pinang masih enggan memohon maaf selepas mengeluarkan kenyataan yang didakwa memfitnah Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, walaupun diberi tempoh sehingga semalam.

"DPPNPP dengan ini menetapkan pendirian bahawa semua jentera dan petugas Pemuda PAS Negeri direhatkan daripada semua gerak kerja sepanjang PRK Permatang Pauh. Semua Bilik Gerakan Pemuda tidak akan dibuka sama sekali. Mana-mana premis di bawah seliaan Pemuda juga tidak dibenarkan untuk digunakan sepanjang PRK Permatang Pauh.

"Malahan kumpulan Alternatif Riding Club (ARC) bagi aktiviti konvoi anak-anak muda atau seumpamanya, petugas keselamatan Jabatan Amal Negeri dan semua guru PASTI juga akan direhatkan daripada bertugas dalam PRK ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Yusni berkata pihaknya tidak akan terlibat dengan mana-mana jemputan untuk menyertai pentas ceramah sepanjang tempoh berkempen.

Kemelut yang melanda kempen Pakatan Rakyat, sebelum ini dianggap selesai selepas presiden yang juga calon PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengadakan pertemuan dengan PAS Permatang Pauh dua hari lepas.

Yang Dipertua PAS Permatang Pauh Omar Hassan semalam menyifatkan kemelut itu sudah selesai dan tidak lagi timbul isu permohonan maaf yang dituntut sebelum ini.

"Kita telah mendapat arahan daripada Majlis Syura yang dipengerusikan Presiden supaya jentera pilihan raya PAS kawasan Permatang Pauh memberi sokongan," katanya.

Pengarah Operasi Pilihan Raya Pusat PKR, Datuk Saifuddin Nasution sewaktu sidang media harian parti hari ini berkata, pihaknya berpegang kepada jaminan yang diberikan PAS Pusat dan menganggap tindakan DPPNPP itu tidak selari dengan kepimpinan kanan PAS.

-Bernama

Anwar Ibrahim boleh mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh?

Posted: 26 Apr 2015 01:09 PM PDT


 
Kelonggaran untuk menentukan sama ada Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh diserahkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
    
"Mungkin SPR akan meneliti fasal-fasal yang akan memberi peluang kepada banduan untuk mengundi...tetapi setakat yang saya tahu, banduan tidak ada hak untuk mengundi.
    
"Jika terdapat fasal untuk membenarkan banduan mengundi, saya pasti SPR akan menyediakan kertas undi untuk dihantar ke Penjara Sungai Buloh untuk individuitu mengundi," kata Zahid yang juga pengarah PRK Permatang Pauh.
    
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas kenyataan naib presiden PKR, Nurul Izzah Anwar supaya memberi kelonggaran kepada bapanya untuk mengundi.
    

Sementara itu, Nurul Izzah berkata permintaan beliau itu sejajar dengan saranan Ahmad Zahid pada Julai 2013, bahawa kementerian sedang mengkaji mekanisme yang sesuai membolehkan banduan mengundi pada pilihan raya akan datang.

"Saya sambut baik saranan Menteri Dalam Negeri dan mencadangkan agar PRK Permatang Pauh dijadikan projek perintis kayu ukur, dengan membenarkan Anwar, yang kami tegaskan sebagai tahanan politik, mengundi pada 7 Mei nanti," katanya dalam sidang media berasingan.
    
Menurut Ahmad Zahid ketika itu, antara aspek yang perlu diteliti ialah mengenai undang-undang yang diperuntukkan di bawah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk membenarkan banduan mengundi.
    
Katanya jika banduan yang telah tiga tahun dalam penjara atau dihukum penjara lebih daripada tiga tahun, mungkin perlu mekanisme sesuai untuk (membolehkan) mereka mengundi di kawasan penjara yang ditempatkan.
    
PRK Permatang Pauh akan menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon Barisan Nasional Suhaimi Sabudin, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PKR), Salleh Isahak (Bebas) dan Azman Shah Othman (Parti Rakyat Malaysia).
    
PRK ini diadakan berikutan penyandangnya Datuk Seri Anwar Ibrahim hilang kelayakan sebagai wakil rakyat setelah Lembaga Pengampunan menolak petisyen pengampunan diraja yang dipohon Anwar melalui anggota keluarganya.
    
Anwar kini menjalani hukuman penjara lima tahun bagi sabitan kes meliwat bekas pembantu peribadinya.
  
-Bernama

Ingatlah 6% , Pesan Sasterawan Negara Kepada Pengundi

Posted: 26 Apr 2015 12:14 PM PDT

Mafiaboss Melayu's photo. PERMATANG PAUH: Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said berpesan kepada para pengundi agar mengingati enam peratus cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang dikenakan ke atas mereka ketika memangkah undi.

Menurutnya, masalah terbesar yang sedang melanda negara ini adalah pelaksanaan GST yang membebankan rakyat.

Kata beliau, tidak menentang GST dan menyokong BN adalah sebenarnya menolong menaikkan harga barang seterusnya membantu membebankan rakyat.

"Setiap kali anda memangkah, ingatlah 6 peratus. Hendakkah anda memangkah untuk menaikkan harga, atau menurunkan harga?" katanya dekat sini, semalam. 

Oleh yang demikian, beliau yang lebih mesra dengan panggilan Pak Samad menegaskan setiap undi adalah sangat perlu bagi sama-sama menzahirkan bantahan dan penolakan terhadap cukai tersebut.

"Wan Azizah bukan hanya mewakili suaminya yang dizalimi, undi itu juga perlu diberi untuk menghanyutkan GST. 

"Oleh kerana itu, janganlah berfikir jauh sangat, ingatlah Wan Azizah yang mewakili suaminya yang terdera dan kita yang didera oleh harga, pangkahlah Pakatan Rakyat. Itu yang saya harapkan," tegasnya lagi.

Tiada ulasan: